(Sinar Harian, 22.6.15)
Hampir 2 minggu berada
di Tanah Suci, bersama 48 rakan lain, menjadi tetamu Raja Saudi, termasuk boss
Sinar Harian, kini saya kembali semula. Hati membuak-buak untuk memberikan
komen perkembangan semasa politik negara setelah menumpukan perhatian menjalani
ibadah di sana.
Hebat sungguh ultra
kiasu, lagak anak ‘jantan’ dalam PR, memutuskan hubungan dengan Pas secara
total. Tidak malu dengan keputusan itu, malahan mereka sanggup pergi ke
Kelantan dan menawar diri untuk membina masjid di sana, setelah kononnya ‘berjaya’
membina beberapa buah ‘rumah’ untuk penduduk Gua Musang yang dilanda banjir
tidak lama dahulu. Macamlah kerajaan Kelantan begitu haprak sehingga tidak
mampu untuk membina masjid di buminya sendiri.
Begitu juga dengan adegan
mual lagak sasterawan Melayu ultra kiasu mengambil kesempatan
mengisytiharkan diri menyertai parti ultra kiasu secara rasmi. Konon katanya
mahu menjadi ‘hamba’ dan tidak mendambakan jawatan dan pangkat, apatah lagi
untuk dicalonkan menjadi wakil rakyat. Hebat Melayu ultra kiasu ini sehingga,
tidak memilih parti Melayu seperti Pas dan Umno, sebagai wadah, tetapi parti
ultra kiasu. Nasihat saya, bila berpolitik (atau bekerja), pastikan wadah politik
boleh membawa kita ke syurga. Apatah lagi ketika usia rumah kata pergi, kubur
kata mari. Dekatilah masjid dan surau.
Berbalik kepada tawaran
ultra kiasu membina masjid, apakah kerajaan Kelantan tidak mampu atau membina
mengikut ikut keperluan, bukan ikut suka pacak sahaja? Apakah ultra kiasu tidak
nampak patung Buddha kedua terbesar di dunia terbaring di negeri Kelantan,
walaupun bilangan penganutnya sangat minoriti. Kenapa Kerajaan Kelantan
membenarkan dan membantu pembinaannya walaupun jika dilihat dari segi bilangan,
sememang tidak layak untuk mendapat kemudahan seperti itu? Inilah toleransi
terhebat umat Islam yang tidak ada di negara lain.
Masih tidak tahu psywar
dan psyop ultra kiasu? Siapakah yang mahu membina masjid tersebut? Kerajaan
Pulau Pinang atau hartawan ultra kiasu yang telah menjadi kaya-raya setelah
dibantu oleh kerajaan pusat selama ini. Selepas ini tidak mustahil ultra kiasu
akan menaja umat Islam untuk menunaikan umrah atau haji, bagi menunjukkan
mereka begitu prihatin terhadap nasib umat Islam yang ‘terbiar’ di bawah BN.
Kepada umat Islam yang
akan menerima bantuan tersebut, usah ditanya sumber kewangan yang ingin didermakan,
hasil halalkah atau haramkah? Bukan kita tidak tahu. Apa yang penting, ambil
duit ultra kiasu itu dahulu, kerana duit mereka itu juga adalah hasil duit
rakyat juga. Ultra kiasu tidak akan jadi kaya tidak umat Islam tidak membantu
ekonomi mereka.
Kejayaan mereka membina
empayar ekonomi disebabkan oleh kemurahan kita juga. Siapa yang memberi AP gula
kepada mereka? Konsesi balak? Sebuah bukit untuk berniaga judi dan macam-macam
kemudahan lagi?
Sebab itu, saya sangat bersyukur bila PR telah disytiharkan
mati. Tahniah Pas kerana berani membuat keputusan dan tidak lagi dibuli oleh
ultra kiasu. Ya, kita tidak nafikan memang sukar untuk parti Melayu (Umno dan
Pas) untuk memerintah tanpa sokongan atau berpakat dengan bukan Islam. Sebab
itu, Umno perlukan BN, manakala Pas perlukan PR. Namun, dalam soal prinsip kita
tidak boleh bertolak ansur.
Lanskap politik saling bergantung dan mengharap ini
boleh berubah jika Umno dan Pas bersatu. Kenapa tidak dirintiskan kerjasama ini,
seperti yang pernah dilakukan sebelum ini? Kenapa begitu kuat berdendam?
Berbaik dengan musuh, menolak persaudaraan sesama sendiri?
Saya tidak nafikan sifat tolak ansur amat penting
untuk dijalin dan diteruskan. Tetapi kita perlu melihat jenis bukan Islam yang
macam mana. Jika mereka terus memusuhi Islam seperti ultra kiasu, adakah
persahabatan ini perlu diteruskan?
Sejak dari awal berkawan dengan Pas, ultra kiasu asyik
membuli Pas. Pas tetap bersabar. Ultra kiasu tidak henti terus menyerang. Akhirnya,
kepemimpinan Pas membuat keputusan. Saya yakin, melihat kepada kealiman ulama
Pas, tidak mustahil mereka telah melakukan solat isytikarah, minta pertunjuk
Allah, sebelum membuat keputusan yang ‘pahit’ ini.
Peliknya, kenapa segelintir pimpinan yang tidak
rajin atau mungkin jarang sekali pernah solat isytikarah, kecuali ketika mahu
beristeri dua atau lebih, tidak dapat menerima keputusan ulamanya ini? Siapa
lagi yang ingin didengari kalau bukan ulama yang menjadi sanjungan Pas selama
ini? Hebat sangatkah profesional yang ada dalam Pas, sehingga mengenepikan
keputusan ulama mereka yang saya fikir pasti meminta petunjuk Allah?
Saya amat yakin jika almarhum Fadzil Noor dan Nik
Abdul Aziz masih hidup, saya tidak yakin mereka sedia atau sudi bekerjasama
dengan ultra kiasu lagi, seperti yang didakwa oleh anak-anak mreka. Kejahatan
ultra kiasu, ternyata tidak boleh didakwahkan lagi. Ultra kiasu begitu bongkak
dan takabbur setelah mendapat kuasa. Bayangkan jika mereka berjaya mendapat
Putrajaya selepas ini.
Profesor Dr
Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
20 comments:
Puak suka melabel inilah yang harus dibasmi!!! Porah Ridhuan Tee!!
Sabenar nya ultra kiasu nak bina mesjid di Gua Musang dsb nya ada lah daya meng"subvert" PAS. Tak masuk akal, Gua Musang tempat yang di kelilingi dek Melayu di berbagai Rancagan FELDA dan projek kemajuan Tanah Kerajaan PAS Kelantan. Peserta nya hampir semua nya Melayu. Islam. PAS atau UMNO. Banyak PAS, sebab PAS pegang Kerajaan Kelantan.
Pulak biadap dan kurang ajar (kata Naib Presdiden DAP Tengku Aziz masa dia cabut keluar DAP dulu) Tokong Lim dan parti nya nak one-up, menunjuk nunjuk mereka jaguh orang Gua Musang. Ha nya di bandar itu sahaja yang ada bukan Melayu, mungkin beberepa lain di kedai kedai kampung besar.
Tak masuk akal mengata orang orang mesjid yang biasa nya penganut PAS minta parti anti-Melayu, anti Islam DAP tolong bikin mesjid untuk mereka. Rasa nya boleh mengata kepala hotak mereka DAP yang ngata begitu. Sengaja di cari mereka peluang begitu. Entah entah, di atur mereka beberapa Pok Dogo untuk mengata mereka minta DAP bantu buat mesjid. Bedebah ultra kiasu itu semua.
Bila Pok Somak masuk DAP, habis lah horamat ambo kpd dia. Hak dia apekebende nya masuk parti ultra kiasu tapi hak ambo nak fikir dia dah dayus fikiran, nyanyok apekedarahnya buat gitu.
Dah takdok daya keluarlan puisi berinspirasi, nobel bagus ke dia? Orang dah tak pedui dia lagi ke? Sampai nak cari publisiti masuk parti ultra kiasu.
Saya puas hati bahawa DAP yang tendang PAS keluar dari Pakatan. Bukan sebalik nya saperti di dakwa DAP.
Bila si biadap Lim Guan Eng tak mahu ada hubungan dengan Hadi, bermakna DAP mula tendang PAS. Bila Lim Kit Siang, kemudian nya anak nya Guan Eng, kata Pakatan Rakyat sudah tiada, sudah mati, makna nya tendangan DAP itu selesai, complete.
PAS Ulama masih belom buat keputusan pun fasal resolusi mereka yang di buat di Multamar itu.
Tak usah panjang cerita lah DAP menuduh PAS yang buat pasal. Rekod panjang lebar menunjukkan apa yang kamu semua buat kpd PAS. Mengarut saja kamu semua mmenuduh PAS, pada hal kamu semua yang menendang PAS keluar dan memecahkan Pakatan Rakyat.
Pahal pun, saya suka itu semua berlaku. Terang terang saya kata saya bencikan DAP. Anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Siapa nak dengar hujah hujah bagi nya, sila sebut saja di sini dan saya akan huraikan.
Rude, gapo me nuduh ore tapi tak kasi sebab sebab? Mu rude & bodo.
Ada yang sebut puak professionals, ada yang kata progressives, ada yang panggi depa Anwaristas. Yang tak hormatkan puak Ulama, otang lama dalam parti. Depa dah terikut cara ultra kiasu. Nak bangkang apa saja untuk capai kehendak depa.
Selarang si Khalid Samad beri puak ulama 100 hari konon. Biaq pi lah depa nak cabut keluaq dari PAS. Sentiasa jadi duri dalam daging, bakpa.
Masih tidak tahu psywar dan psyop ultra kiasu?
Dah lama dah diorang but keroja jahat tuh. Tak ingat gambar pompuan kafir masuk mesjid, bercakap depan mimbar, tak tutup aurat, tak pakai tudung pun. Dah banyak tahun tuh. Biadap dan kurang ajor.
Ya, buli dan perli memang kerja ultra kiasu DAP. Sejak menubuhan parti mereka hampir 50 tahun dulu.
Si biadap tu semua tahu apa yang mereka lakukan tidak betul, menyakitkan hato orang tempatan yang telah persetujukan hak kerakyatan mereka di masa Merdeka. Tapi di ajar dek Maha Chovinis dan Maha Rasis Lee Kuan Yew semasa PAP dan Singapura dalam Malaysia 1963-65. Sepanduk kurang ajar "Malaysian Malaysia" konon. Mahukan sama rata dengan tidak pedulikan Perkara 153 Perlembagaan yang menyatakan Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di panjangkan kapada Bumiputera Sabah dan Sarawak di penubuhan Malaysia.
Cakap cara lepas sahaja, tak bertanggung jawab, mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu. Sehingga mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Pastu marah bila perkara ini di sebut. Walau pun dengan tujuan memperingatkan rakyat supaya jangan hala ke situ bila bila lagi. Tak mahu Sejarah di mestikan sebab malu anak cucu tahu latar belakang emak bapak nenek moyang mereka. Tapi bagus lah Sejarah telah di mestikan di sekolah sekolah sejak 2013.
"Bayangkan jika mereka berjaya mendapat Putrajaya selepas ini."
Tak boleh bayangkan, bro. Tak masuk akal, tak di terima. Tak rela DAP atau mana mana pakatun yang ada DAP sampai ke Putrajaya. Kita bangkang, kita halang, kita rentang.
Mereka sekarang dah tunggang langgang. Kita bikin mereka lintang pukang. Sebab mereka ramai yang puaka dan jembalang.
Kerana cara pemikiran, cara hidup, budaya, perwatakan mereka dah mcm itu, segala apa yang diorang cakap, buat dan tak buat pun dah menjadi dan nampak sebagai psywar dan psyop.
Hidup sentiasa bergaduh, bergengster, berperang, timbul watak asyik nak menang, tak mahu kalah, jadi ultra kiasu. Tak boleh hilang punya. Dah dapat hak kerakyatan, diorang kata itu dah hak mereka. Dah kaya raya, punya berbagai macam benda, SJKC, UTAR dll, tapi nak lagi, nak lagi, nak lagi. Sampai timbul sindiran rangkaian kata "Apa Cina mahu lagi?"
Kita kena terus kritik dan kutuk mereka, coba bikin mereka sedar bahawa kaum lain pun ada hak nya, jangan cuba cicah hak orang lain, ikut Perlembagaan negra sapenuh nya, bila dah dapat kuasa spt di Penang, jangan ketepikan kaum lain, sehingga Hindraf kata "Demikian lama DAP pegang kuasa di Penang, orang India tak dapat kacang putih pun."
Cukup melampau si ultra kiasu. Mesjid yang di kaitkan dengan Islam, pembinaan mesjid di Kelantan di kaitkan dengan PAS, pun nak di ambil nya "hak" PAS itu. Tak gitu, tak di panggil ultra kiasu.
Kita mesti usaha beri ultra kiasu jalan buntu. Supaya mereka berhijrah sebab mereka pun tak hormatkan Perlembagaan negara dengan jitu.
Ultra kiasu DAP mempolitikkan mesjid lagi, apekedarah nya? Kalau lah suruh si Muslim dalam DAP tu buat pengumuman, lain lah juga. Tapi si Mongkol Arif Sabri cakap fasal itu ha nya salepas si Maha Ultra Kiasu dah umumkan. Nampak bebenor niat ultra kiasu mereka.
Ultra kiasu berada di mana saja. Tempat yang biasa nya aman sentosa spt Guan Musang pun ultra kiasu DAP dah asuk buat heboh.
Di Bar Council pulak, nak menang ke, tak mahu ketinggalan punya jenis ultra kiasu nak cuba cakap macam dia pandai agama Islam -
Bar: Fasting month not to inconvenience others
The spirit of the fasting month must not be devalued by imposing restrictions on others to sow prejudice, distrust and suspicion, kata si steven thiru. Apa dia tahu? Dia dah baca Perkara 3 Perlembagaan bahawa Islam ada lah agama negara ini?
Pulak laporan tu kata "The spirit of the fasting month must not be devalued .." Devalued kepala hotak depa. Haiishh, macam macam saja. Nak carut maki hamun, tak boleh. Aku hormatkan Bulan Puasa.
Mesti nak ulang apa yang dah selalu di kata: di bulan puasa, Muslimin boleh berperang. Perangkan musuh Islam.
Ramai pakar pakar bijak pandai agama selalu keluarkan contoh ada beberap peperangan melawan musuh Islam berlaku di bulan puasa di zaman Nabi Muhamad. Termasuk Perang Badr di abad 7, di mana tentera Nabi Muhammad mengalahkan tentera Yahudi dan kafirun lain yang lebih ramai.
Nyata bahawa ultra kiasu DAP musuh Islam - mereka anti-Islam, tentang Hudud sampai mati (Karapal Singh dah mati). Mereka kata itu PAS Hudud. Tak kisah lah, pokok nya Hudud ada di sebut di Al Qur'an dan ada lah undang undang Allah SWT. DAP main bangkang saja, tak mau bincang dgn PAS pun.
Allah mak, kawan kawan, meluat aku tengok Pak Samad. Ultra kiasu DAP di kata nya benar benar perjuangkan Malaysia. Dah nyanyok ke dia?
Kalau seronok dengan jiwa baru, berteraburan berdemo di jalanraya dengan Bersih dan macam macam, nak cari ilham menulis sajak ke noble ke, takkan lah sampai masuk DAP?
Dah takde kawan kawan ke dia? Dah tak boleh ukar firkiran dengan yang waras, yang tahu mana yang melampau, mana yang ultra kiasu amat sangat ke? Mesti ada sesuatu yang bikin dia tukar haluan tu. Jangan jangan dah salah tekan suis. Umur 80an ni suis pun dah longgar ke.
Bukan ngata orang tua di bulan puasa. Ha nya tak boleh faham faham, kagum nengok pe'el dia.
Umno perlukan BN, manakala Pas perlukan PR. -
PR dah kiyak rabak. Dah takda lagi, kata si anak beranak diktator Kit Siang dan Tokong Lim.
Ma'af, di bulan puasa ni izinkan saya keluarkan apa yang Raja Petra Kamarudin Malaysia Today kata -
There is talk that the ‘progressives’ in PAS are going to form a new party — maybe they can call it Parti Untuk Kaum Islam (PUKI) — and will team up with DAP and PKR to form a new opposition coalition, Pakatan Rakyat 2.0.
Tapi selagi ada anasir anasir PAS, boleh ke Pakatan 2.0 hidup? Tak ke banyak beza pendirian juga. Hudud ada banyak undi, tak ke si progressives tuh nak sentuh Hudud jugak lagi, mengamok lagi Kit Siang dan Tokong Lim. Kalau gitu, tak lama jadi Pakatan 3.0 ke 4.0 ke, hehe.
salam encik ridhuan tee. minta maaf kalau saya hantar msg salah tempat sebab sayani bukannya pakar it dan berkaitan.
pendek cita saya dah baca buku yg dibawah tulisan encik. so... ni pendapat saya supaya encik ridhuan tee boleh menjadi lebih baik
1. org malaysia secara keseluruhannya confused dgn istilah bangsa dan kebangsaan. yg wujud hanyalah kebangsaan malaysia bukan bangsa malaysia. so kita patutnya kata kita satu kebangsaan malaysia bukan satu bangsa malaysia.mungkin encik boleh rujuk pakar bahasa melayu dan dewan bahasa dan pustaka!
2. merujuk takrifan/istilah siapa `melayu` dlm perlembagaan wajib dimansuhkan. kerana berdasarkan kajian saya itu adalah istilah tinggalan penjajah british l#kn#tullah. mungkin sebab mahu berlaku kekeliruan terhadap tanah islam yg akan dibebaskan juga takkanlah BANGSA MELAYU YG TAK RETI BERBAHSA MELAYU bukan melayu.... ustad faham2lah ye dan org yg macamni2 adalah melayu disebabkan ini itulah....
3. filem kingdom of heavens terdapat salah fakta yg berat sebelah. harap ustaz jangan terlebih2 dlm menyukai filem tersebut.
apa2pun harap ustaz teruskan usaha ustaz dlm mempertahankan islam di Persekutuan Tanah Melayu ini. saya juga berharap ustaz mengkaji juga pasal hubungan empayer uthmaniyah dgn raja melayu sblum kejatuhannya. berdasarkan kajian saya dapati uthmaniyah sentiasa memberi bantuan pada raja2 melayu dlm membebaskan islam terutamanya kesultanan aceh dari mulanya rantau melayu dijajah portugis hingga british hingga pada satu tahap sultan abdul hamid tidak boleh buat apa2 kerana konlik besar yg berlaku di negeri2 sekitar baginda sendiri
#wallahhualam harap2 dapat private chat dgn ustaz satu hari nanti
salam encik ridhuan tee. minta maaf kalau saya hantar msg salah tempat sebab sayani bukannya pakar it dan berkaitan.
pendek cita saya dah baca buku yg dibawah tulisan encik. so... ni pendapat saya supaya encik ridhuan tee boleh menjadi lebih baik
1. org malaysia secara keseluruhannya confused dgn istilah bangsa dan kebangsaan. yg wujud hanyalah kebangsaan malaysia bukan bangsa malaysia. so kita patutnya kata kita satu kebangsaan malaysia bukan satu bangsa malaysia.mungkin encik boleh rujuk pakar bahasa melayu dan dewan bahasa dan pustaka!
2. merujuk takrifan/istilah siapa `melayu` dlm perlembagaan wajib dimansuhkan. kerana berdasarkan kajian saya itu adalah istilah tinggalan penjajah british l#kn#tullah. mungkin sebab mahu berlaku kekeliruan terhadap tanah islam yg akan dibebaskan juga takkanlah BANGSA MELAYU YG TAK RETI BERBAHSA MELAYU bukan melayu.... ustad faham2lah ye dan org yg macamni2 adalah melayu disebabkan ini itulah....
3. filem kingdom of heavens terdapat salah fakta yg berat sebelah. harap ustaz jangan terlebih2 dlm menyukai filem tersebut.
apa2pun harap ustaz teruskan usaha ustaz dlm mempertahankan islam di Persekutuan Tanah Melayu ini. saya juga berharap ustaz mengkaji juga pasal hubungan empayer uthmaniyah dgn raja melayu sblum kejatuhannya. berdasarkan kajian saya dapati uthmaniyah sentiasa memberi bantuan pada raja2 melayu dlm membebaskan islam terutamanya kesultanan aceh dari mulanya rantau melayu dijajah portugis hingga british hingga pada satu tahap sultan abdul hamid tidak boleh buat apa2 kerana konlik besar yg berlaku di negeri2 sekitar baginda sendiri
#wallahhualam harap2 dapat private chat dgn ustaz satu hari nanti
Post a Comment