Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 01, 2015

Waspada psywar ultra kiasu

8:25 AM Posted by RIDHUAN TEE 16 comments
(Sinar Harian 1.6.15)

Capture their minds and their hearts and souls will follow. Inilah strategi ultra kiasu untuk mendapat kuasa. Masih tidak sedar?

Psywar atau perang saraf adalah satu proses komunikasi, saling melakukan kegiatan propaganda antara satu watak politik dengan watak politik yang lain, antara kelompok dengan kelompok yang lain, antara satu negara dengan negara yang lain, bertujuan saling memberikan tekanan, bagi menjatuhkan nama orang, kelompok atau negara tersebut.

Manakala psyop atau perang gerak saraf  adalah suatu operasi komunikasi yang terancang dan sistematik melalui media, yang berupaya mempengaruhi emosi, mengubah sikap, pendapat atau perilaku kelompok tersebut, bagi meraih kemenangan atau mencapai sesuatu matlamat.

Ultra kiasu bukan sahaja menggunakan strategi ini berperang dengan Putrajaya (Umno), tetapi juga dengan Pas. Inilah juga taktik ini digunakan oleh Tsun Tzu dan Hitler. Dahulu ultra kiasu marah saya apabila memetik kata-kata Hitler. Hari ini mereka menggunakan strategi Hitler. Tidak kenal lagi?

Mereka akan gunakan apa jua cara, supaya kerajaan nampak buruk, mereka itu seperti malaikat. Nak tunjuk ikhlas konon. Bila ada isu yang merugikan mereka cepat-cepat beri alasan. Misalnya, cadangan penempatan pelarian Rohingya di Pulau Pinang. Mendengar sahaja cadangan tersebut, dengan pantas mereka menolak, di pulau tidak sesuai tetapi di Tanah Besar.

Isu-isu lain yang melibatkan kepentingan mereka akan disenyapkan seperti isu arak, judi, kelab hiburan, zina, pelacuran dan lain-lain. Kita lihat apa yang mereka lakukan terhadap Pas. Mereka menggunakan Islam yang diperjuangkan Pas untuk menentang dan menjatuhkan pemimpin Pas, Haji Hadi. Katanya, agama Islam pentingkan sifat ramah, bukan marah. Apakah kita tidak boleh marahkan langsung? Malah terus berlembut dengan kafir harbi? Mahukan dalil al-Quran?

Ultra kiasu sedang menabur racun untuk wujudkan suasana ragu-ragu supaya khalayak melihat merekalah malaikat. Setelah berjaya menanamkan ragu-ragu ini, maka akan dihebohkan supaya khalayak terpengaruh dan seterus diyakinkan.

Apakah benar hudud tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum? Kenapa tidak melawat ke Brunei yang mempunyai hampir 30 peratus bukan Islam? Kenapa hanya fokus kepada Jordan dan Mesir? Tidakkah mereka tahu siapa pemimpin di sana?

Pas meletakkan agenda Islam melebihi PR. Tidak salah jika benar Pas ‘mungkir janji’. ‘Mungkir janji Pas’ dibenarkan jika memberi ancaman dan  memudarat kepada Islam. Apakah ultra kiasu tidak mungkir janji dengan merobek kontrak sosial dan perlembagaan? Mempertikaikan perkara sensitif, apabila kerakyatan telah diberikan?

Ultra kiasu mempertikaikan, kenapa Haji Hadi tidak marah kepada orang lain yang turut menentang hudud? Kenapa sasarkan ultra kiasu sahaja? Jawapannya, sebab ultra kiasu musuh tegar Islam. Setelah diberi penerangan, masih tegar menentang Islam.

Malah, ultra kiasu melalui psywar dan psyop, memberikan enam hujah supaya khalayak nampak keburukan Pas. Pertama, dalam PRU 13 Pas, bertanding di kawasan yang telah diperuntukkan kepada PKR. Tidakkah ultra kiasu sedar bahawa semua kerusi tersebut adalah kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini? Kenapa PKR yang baharu setahun jagung begitu ghairah untuk bertanding?

Kedua, penolakan pimpinan Pas terhadap Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor adalah hak Pas. Kenapa perlu dipertikaikan? Strategi Kajang tidak dibawa berbincang dengan Pas. Hanya dipersetujui di kalangan ultra kiasu.

Ketiga, siapakah ultra kiasu untuk memberi pandangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 yang mesti terlebih dahulu dibentangkan kepada PR sebelum dibentangkan di Parlimen? Adakah ianya akan diterima sekalipun dibentangkan kepada pucuk pimpinan PR? Adakah dalam ultra kiasu ada ulamak? Ulamak ultra kiasu sudah jadi model.

Keempat, apakah kerajaan negeri Pulau Pinang mahu pun Selangor, membentangkan perancangan mereka kepada pucuk pimpinan Pas. Pernahkah pucuk pimpinan ultra kiasu mengambil kira sensitiviti Pas apabila mengadakan Pesta arak, October Fest? Minum dikhalayak dan menunjuk-nunjuk? Adakah kemaksiatan itu dirujuk kepada PR?

Kelima dan keenam, adakah cadangan pemilihan ahli majlis melalui pilihan raya tempatan dibawa berbincang dengan Pas? Begitu juga dengan pembentukan kabinet bayangan, adakah pendapat Pas diambil kira? Ultra kiasu tidak perlulah mengingatkan Pas bahawa mereka sedang dipermainkan Umno. Pas bukan bodoh. Pas sangat matang.

Pas Cuma mengambil pendekatan yang berhemah seperti yang dikehendaki Islam. Pas ada perkiraan syurga neraka dalam sebarang tindakan, berbanding ultra kiasu yang melanggar kesemuanya. Tidak ada kamus halal haram. Apa yang penting adalah matlamat menumbangkan Putrajaya, kuasa. Inilah kelicikan ultra kiasu.

Inilah psywar dan psyop ultra. Mereka tahu, kedudukan mereka dalam kabinet bayangan. Kabinet bayangan akan menimbulkan kemarahan rakyat. Biarkan kemarahan itu semakin meluap, mereka akan tampil memberi kenyataan bahawa itu bukan idea mereka tetapi PKR. Berwaspadalah.

Jika hudud Kelantan bertentangan dengan perlembagaan, biarlah mahkamah yang tentukan bukan ultra kiasu. Ultra kiasu bukan hakim.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

16 comments:

Anonymous said...

Psywar Lim Kit Siang 'Save Malaysia coalition', konon nya, tak jalan. Kena putar dek orang hingga dia kena buat penjelasan "it's not an endorsement for PAS-Umno unity".

Psywar anak nya Guan Eng "Pakatan can fight alone without PAS" (Malay Mail) mungkin akhir nya Pakatan tinggal DAP saja. PKR pun tak di peduli nya, Azizah kata "mari kita bersatu", dia pun tak kisah.

Anonymous said...

Ultra kiasu DAP Lim Kit Siang psywar-kan NGO baru Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM) yang tawarkan RM1 juta bagi bukti politikos makan wang, Lim mengata CAGM takda "credibility" .. depa tidur selama 10 tahun yang lalu, dsb nya.

Di sembam dek CAGM. “Lim is a shameless politician. He represents everything that is wrong with our politicians," kata Pengerusi nya Md Zainal Abidin dalam satu kenyataan semalam.

Anonymous said...

Psywar termasuk propaganda dan segala apa yang jahat bertujuan memburukkan dan menjatuhkan sesuatu, termasuk parti politik, malahan Kerajaan. Selalu nya tujuan nya terselit, tak di hebahkan.

Saperti Maha Ultra Kiasu dan Maha Chauvinist Lee Kuan Yew, mengarang dan coba mempopularkan rangkai kata "Malaysian Malaysia" konon nya, mahukan sama rata, masa dia dan Singapura dalam Malaysia 1963-65. Tapi dia tak sebutkan dia tak mahu hormatkan Perkara 153 di Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu dan Buiputera Sabah dan Sarawak, yang di rakamkan di Perlembagaan sebagai balasan bagi Orang Melayu menyetujui bukan Melayu di beri kewarga negaraan di masa Merdeka.

Maka itu menjadi psywar LKY, senyap senyap, yakni dengan tidak memberi penerangan maksud sabenar nya, dia subvert Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera.

Mana boleh sama rata selagi ada Perkara 153. Itu lah yang di katakan LKY itu jahat, cuba merosakkan kestabilan harmoni antara bangsa di negara ini. Sehingga Tengku A Rahman pulak bodoh, "tendang keluar" Singapura dari Malaysia konon nya. Tapi sabenarnya si bodoh itu telah mencebiskan sovereignty dan territorial integrity negara ini, memisahkan sebahagian territory yang negara negara dalam sejarah berperang mempertahankan nya. Singapura asal nya suatu wilayah Melayu menjadi 72% Cina oleh Maha Ultra Kiasu Lee Kuan Yew.

Ultra kiasu DAP cuba pikul sepanduk Malaysian Malaysia yang mengandungi psywar amat jahat itu bila di tubuhkan. Biadap dan kurang ajar, anti-Melayu dan anti-Islam sehingga mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Salepas itu di caci, di maki, di ludah psywar itu sehingga DAP berura ura menukarkan nya kapada "Middle Malaysia" di suatu masa dulu. Tapi di tunjuk rakyat Middle Finger mereka kapada DAP dan lenyap cogan kata itu sekarang.

Anonymous said...

Psywar Anwarul Al Juburi sekarang: sakit belakang. Tujuan: nak jatuhkan Kerajaan.

Masa tak kena penjara, ligat dengan belakang orang. Sekarang komplen sendiri punya belakang. Berak berdarah lah, konon. Tapi doktor Penjara Sg Buluh tak kata apa pun.

Dahtu, dah di tentukan akan di bawa ke hospital esok 2 Jun pun, tak cukup, tak terima kasih pun. Masih keluarga nya riuh di akhbar si polan itu kurus, sakit belakang lah, itu ini apekebende nye.

Itu propaganda dalam psywar si bedebah itu dan keluarga nya. Amat ultra kiasu. Tak boleh caya. Keluar penjara nanti, Sodomi III pulak.

Anonymous said...

Gila punya DAP Lim Guan Eng punya psywar - It was PKR who stole the loyalty of 2 PAS ADUN over the issue of the Selangor MB making PAS mad at them and Hadi started not attending top level Pakatan meetings, now the Tokong accusing Hadi breaking up Pakatan.

Chiisshh.

Anonymous said...

Psywar = psychological warfare = perang saraf. Guna apa saja cara bikin orang percaya apa yang dia orang hendakkan.

Psywar DAP mahukan rakyat percaya mereka itu sama taraf dengan Melayu sapenuh penuh nya. Dah jadi rakyat konon, nak sama rata sapenuh nya. Tak kisah sejarah negara ini. Tak kisah Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, Islam sebagai agama negara ini dsb nya.

Cuba perso'alkan Kesudukan Istimewa itu sehingga tercerus pergaduhan kaum 1969. Hendakkan Kristian jadi satu daripada agama resmi sama taraf dengan Islam di Perkara 3 Perlembagaan. Mana boleh. All hell will break loose jika mereka meroyan sesangat.

Anonymous said...

Senang saja obat nya jika mereka ultra kiasu melampau, tak hormatkan Perlembagaan, tak mahu ikut Perlembagaan sa penuh nya. Pujuk beberapa kali, kalau tak peduli juga, suruh mereka berhijrah.

Sekarang zaman berhijrah. Di merata dunia. Di Amerika Utara, di Eropah, di Lautan Mediterranean, di Bangladesh, di Myanmar.

Anonymous said...

Melayu mesti ultra kiasu. Tak ultra pun, mesti kiasu. Pentingkan diri sendiri, selalu nak menang, nak untung, tak mahu ketinggalan. Cuba berniaga, takda budaya berniaga, gomen mesti bantu hingga berjaya.

Kalau gitu, baru boleh tanding dengan ultra kiasu yang ramai jadi warga negara di sini. Kalau tak, kalau depa dapat pegang kuasa, habis semua di bolot depa. Lihat saja Penang. Melayu dah terpaksa pindah keseberang sebab tak dapat beli rumah begitu mahal di pulau tuh.

Anonymous said...

Kita yang bahasa tak gitu tinggi, pemikaran tak gitu geliga, tak pandai sangat nak putar belit, mesti jangan setuju aje apa diorang propaganda dan psywarkan.

Lawan psywar ultra kiasu, jangan tak lawan. Bantah, jangan tak bantah. Walau pun depa pakai Melayu yang belot. Ludahkan pembelot dan lesingkan yang ultra kiasu. Jangan kasi depa lebih dari apa yang patut. Apa yang patut? Ikut Perlembagaan.

Anonymous said...

Boleh Dr ulas pasal kegiatan subversif yang baru viral semalam mengenai video Take Johor For Jesus. Ni dah betul-betul melancarkan perang ke atas Sultan Johor!

Anonymous said...

Ada anom tulis, saya tokok tambah lagi bagi sodap..

Mahathir Mamak, nama asal Iskandar Killai A/L Iskandar Ali Kutty, pon bukan nama asal, beranak di Koraila, India, sudah Nyanyok, Meroyan sebab IPP milik kroni dia semua dipaksa jual kepada 1MDB. Dulu dia yang rancang black-out seluruh negara untuk tubuhkan IPP. IPP menjual tenaga dengan harga yang tinggi kepada TNB. Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju lalu letak jawatan. Kawan saya mendapat bonus 18 bulan semasa kerja dengan IPP. Bayangkan berapa keuntungan yang IPP dapat dengan mencekik darah rakyat. Bayangkan berapa Banyak KOMISEN untuk Madey, ANAK CUCU and the GANG berkoyan-koyan. 

Lepas tu dia minta pulak RM2 billion untuk bailout Proton kunun2nya untuk R&D. DS Najib tak bersetuju. Sebagai Pengerusi Proton kalau Madey genius sangat pulihkanlah Proton. Dulu Proton maju sebab cukai import kereta tinggi. Macam tu lah cara dia nak tunjuk hebat. Nak tunjuk hebat tapi pelekeh rakyat. Lain dulu lain sekarang Madey, you are nothing but a loser hence, you also have to compete in order to win. Kenapa Perodua berjaya tapi tidak Proton. Maknanya Madey, kau otak lembap bukanlah pandai sangat.

Tun Dollah letak jawatan, syarat menantu dia Khairy dapat status Menteri. DS Najib setuju selepas PRU13 dan Khairy kena tunjuk kewibawaan dan ketokohan utk jawatan. Kau Madey marah sangat dgn Khairy sbb anak Botak @ Pondan@Gay kau kalah dlm pemilihan UMNO. Madey, kau paksa DS Najib supaya Khairy tak diberi liputan dan peranan dlm apa2 pun jua rancangan kerajaan supaya politikal milage Khairy merosot. DS Najib bukan jenis main belakang macam kaulah Madey LANUN, cuma Khairy memang species Bodoh lagi tak sedar diri.

Lagi syarat kau letak kat DS Najib supaya membantu anak kau siHaramjaddah Mirzan yg terbukti Bonggok, Lembap, suka Berjudi, kalah besar bila berjudi, berapa kali Kerajaan nak kena BAILOUT anak celaka kau Madey? Last kau paksa Mokhzani jual saham dlm SapuraKencana utk tanggung bayar hutang anak bodoh Mirzan. Kenapa tak suruh Mokhzani jual sekali saham kau dalam MAXIS?

Apa citer kilang kondom beri pada Marina di SADHU, daerah Outram dlm perjalanan ke Hatyai? Hee hee banyak2 kilang KILANG KONDOM yg kau kasi makan kedarah anak bini cucu kau. Apa citer Bank kau dekat Guam yg lagi satu anak kau kat Jepun Mirinda jaga?

PRU 14. Masa tu kerajaan sudah kaya kerana GST. Peniaga tidak boleh lari dari cukai lagi. Begitu juga Madey pun susah nak dapat komisyen (black money) lagi kerana ianya akan dapat dikesan dengan sistem GST yang lebih efficient. Wang-wang haram tidak boleh mengalir keluar dari negara lagi. Malaysia menjadi negara maju. Gaji kakitangan kerajaan dinaikkan 25%. Cukai korporat diturunkan untuk bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment). Banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Cukai pendapatan turun untuk bantu golongan pertengahan. BRIM naik dua kali ganda.

Madey akan hapuskan BRIM. Dia tak kan bagi duit kat orang susah. Sudah tentu BN akan kalah kerana sebahagian besar penyokong kerajaan adalah penerima BRIM. Selain dari BRIM kerajaan juga ada banyak sediakan modal untuk orang yang mahu berniaga melalui TEKUN dsbg. Jadi soal lebih baik bagi joran dari bagi ikan tidak timbul. In fact Kerajaan bagi kedua-dua sekali. Sapa yang mahu berniaga boleh berniaga. Sapa yang mau makan gaji boleh makan gaji.

Kesimpulannya BN akan menang pada PRU 14. Jangan termakan hasutan Mamak Celaka yang ingin merosakkan negara. Madey, kau nak bertanding ker dlm pemilihan UMNO atau kau Nak Anak Botak Mukhriz Gay Pondan jadi PM? Haram Orang UMNO mengundi utk Anak Botak kau yg tak ada pendirian..gagal mentadbir Kedah, gagal patuh pd Presiden, Perdana Menteri... Kalau Amerika paksa kau, kalau Mukhriz jadi Perdana Menteri waktu tu, apakah Mukhriz akan JUAL MALAYSIA, kerana nak selamatkan kau Madey Celaka?

4:32 PM,

Apa da ko cakap nih? Tarak bukti pun. Kerala pun ko tak tau, ko kata Koraila apekebende nya.

Ko main terojah aje. Pastu ko nyakitkan hati orang, panggge dia Mamak, Madey. Pembaca pun meluat dengor ko cakap.

Tapi kalo di kedai kopi bole, le. Ternganga Pakcik Pakcik dongar.

Ko orang Najib ye? Ko cuba le jawab so'alan so'alan yang dia kemukakan di blog nya tuh. Beratus ribu yang lain pun nak dongar, dah tulis di sana sini. Yang jenis tak nulis, ha nya nak dongar saja pun ada berjuta.

Anonymous said...

Hati hati lah pembaca. 4.32 PM itu mungkin psywar ultra kiasu DAP.

Yang memanggil Mahatir Mamak Kutty dsb nya tu selalu nya ultra kiasu DAP, marahkan sebab TDM ISAkan Lim Kit Siang bertahun tahun di tahanan Kamunting dulu.

Depa ada yang BM nya bagus. Selalu keluar di sana sini. Mungkin DAP Red Bean, tugas khas sebab baik BM nya, senang menyamar sebagai Melayu.

Delores Hope said...

abcdefghij

Anonymous said...

Wahai Mamat 4:32 PM,

Kalau Tun Dr Mahathir tu Mamak, kamu apa? Jangan lah mengata itu ini, Mamat wie, sebab manusia dah beribu tahun di dunia, tiada siapa yang tahun keturunan sabenar nya sejak Nabi Adam.

Raja raja di Eropah, Bretes contoh nya, walau pun asal usul nya ada di catitkan dalam sejarah, tapi ha nya lk 500 tahun sahaja. Ratu Elizbeth sekarang di katakan berasal dari King Richard III, tapi takda siapa tahu asal usul Richard III itu pula.

Kalau kamu ngata Mahathir Mamak, mungkin kamu keturunan yang di hutan beranak. Memang, semua manusia pada asal nya berpuluh ribu tahun dahulu diam di hutan, pakai cawat saja.

Jadi, jangan lah mengarut, ye? Nak kritik pun, kritik lah, tapi jangan hal peribadi, ok?