Sinar Harian (25 Jun 2015)
Pas mendesak
ketua ultra kiasu memohon maaf di atas kenyataan celuparnya, mengkritik hudud
ketika berceramah di pentas Pas Kota Bharu. Peliknya, kenyataan tersebut
dikeluarkan dalam majlis Pas sendiri. Apa motif Ketua Pas Kota Bharu menjemput
ketua ultra kiasu itu sedangkan Pas sudah tahu pendiriannya terhadap hudud? Tidak
mungkin Pas buta? Seluruh dunia tahu pemimpin ultra kiasu dan majoriti
pengikutnya adalah penentang tegar hudud?
Lebih pelik
lagi, kenyataan ketua ultra kiasu turut dipertahankan oleh pemimpin ultra kiasu
dalam Pas sendiri atas alasan ketua ultra kiasu tersebut tidak faham Islam. Sekian
lama berkawan, apakah ultra kiasu masih tidak faham lagi tentang hudud yang
diperjuang Pas? Apa yang ultra kiasu Pas lakukan selama ini? Sibuk berpolitik
hingga lupa berdakwah?
Ultra kiasu sangat
faham. Tetapi sengaja buat tidak faham. Sudah menjadi dasar mereka menentang
apa juga program berkaitan Islam. Pendek kata, mereka adalah musuh Islam dan
tidak mahu ikhtiraf keistimewaan Islam dalam perlembagaan.
Ultra kiasu
turut memberi alasan, lawatan mereka ke Jordan dan Mesir membuktikan negara
yang seratus peratus Islam pun tidak melaksanakan hudud, kenapa Pas mahu
melaksanakannya dalam negara berbilang kaum?. Kenapa tidak melawat Brunei yang
dihuni lebih 20 peratus orang Cina?
Lawatan mereka
ke Timur Tengah, bukan semata untuk menghasut dan mempengaruhi pelajar-pelajar kita
di sana, tetapi mencari hujah untuk memperlekehkan perjuangan Pas. Apakah ini
sifat seorang rakan sepakatan?
Pemimpin ultra
kiasu Pas yang menyokong ketua ultra kiasu itu ada agenda lain. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila ultra
kiasu berjaya merampaskan Putrajaya suatu masa nanti.
Justeru, saya
harap pimpinan tertinggi Pas dapat membersihkan ultra kiasu Pas yang semakin
menjadi barah dalam Pas. Pas mesti buang ultra kiasu Pas ini. Pastikan mereka
akan kalah dalam pemilihan Pas akan datang. Jika tidak, Pas tidak akan
dihormati lagi.
Islam bukan lagi
menjadi keutamaan kepada pemimpin ultra kiasu Pas. Selain agenda peribadi,
matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap Umno. Sebab itu, dia
sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan ultra kiasu akan kekal dalam PR dan
menang dalam PRK dan PRU, meskipun terpaksa menggadaikan prinsip, termasuk
berbaik dengan penentang tegar Islam.
Tuan Guru Haji
Hadi, janganlah berharap akan dilantik menjadi menteri kanan, kalau ditakdirkan
ultra kiasu berjaya merampas Putrajaya. Mungkin sekadar menteri hal ehwal Islam
sahaja.
Ultra kiasu
tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan Pas semata-mata untuk kuasa
dan undi. Ditakdirkan, tidak ada PKR, saya yakin sudah lama Pas ditendang
keluar dari PR.
Justeru,
sebelum Pas tersingkir, lebih baik Pas singkirkan dahulu ultra kiasu Pas yang
menjadi duri dalam daging. Selama ini, tanpa sokongan ultra kiasu, Pas masih
boleh bertahan. Paling tidak di Kelantan. Apakah Pas sanggup berkawan dengan
musuh yang jelas musuh?. Tetapi tidak langsung menghulur tali untuk bersama
saudara sendiri, seperti Umno?
Saya harap pemimpin dapat
merenung sejenak artikel saya ini. Amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh
ultra kiasu agar Pas keluar dari PR jika masih mahu perjuangkan hudud. Sebelum
ultra kiasu berbuat demikian, saya sarankan ultra kiasu tanya dulu kepada PKR,
apakah PKR rela melepaskan Pas dari PR.
Saya amat yakin mati hidup
balik pun, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas, walaupun apa cara sekalipun. Ini
kerana, PKR sedar, tanpa sokongan Pas, mereka akan putih mata untuk memerintah Selangor.
Sebab itu, setiap kali, ultra kiasu mahu Pas disingkirkan, PKR terus merayu
agar krisis dalaman ini diselesaikan secara baik.
Terbaharu, salah seorang Exco ultra
kiasu Selangor menyarankan agar Pas tidak menganjurkan sebarang program di Selangor kerana negeri itu yang tidak
melaksanakan hudud. “Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?
Ini tamparan
yang amat hebat, bukan sahaja kepada Pas, tetapi juga kepada rakyat Selangor
yang bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri
bapaknya?
Saya juga tinggal
di Selangor, ingin memberitahu ultra kiasu, bahawa walak kami bukan kepada
kerajaan Selangor, tetapi kepada Sultan Selangor. Kami tinggal di Selangor,
sebab kami masih ada Sultan.
Yang sepatutnya
tidak datang ke Selangor, adalah ultra kiasu, kerana Sultan adalah ketua agama
Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang selalu dikotori ultra kiasu.
Kepada
pemimpin ultra kiasu dalam Pas, ingatlah pesan Haron Din, Mursyidul Am Pas, musuh Islam sentiasa
akan mencari ruang untuk menyebut perkara negatif tentang Islam. Kalau kita
ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan, tidak boleh membiarkan
musuh Islam campur tangan dalam perkara besar.
Prof
Dr. Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
12 comments:
Ultra kiasu DAP sudah lama di kenali sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Cuba menidakkan nya dengan MP nya pada masa itu, Kua Ka Soong, menulis buku menuding jari ke pihak lain. Tapi belom buku siap di terbitkan pun dah bergaduh besar dengan Ketua ultra kiasu di masa itu, Lim Kit Siang. Hingga cabut lari dari DAP si Kua Ka Soong.
Ultra kiasu juga cuba memecahbelahkan PAS dalam rangka pendirian anti-Islam mereka. Dulu di beritakan bahawa Mat Sabu di beri ultra kiasu ganjaran beribu Ringgit sebulan director's fees dan elauns sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Pulau Pinang. Bagi mnentukan punca air dari Kedah tidak tergendala di zaman pemerintahan PAS.
Sekarang tak tahu jika ada ganjaran rahsia di tawarkan kapada Ketua PAS Kota Bahru memberi peluang kapada bapak Ketua ultra kiasu menampar parti itu di acara PAS di Kota Bharu.
Melampau. PAS Kota Bharu buat acara, panggil musuh PAS meludah Hudud yang parti itu mahu laksanakan.
Melompat si bapak Ketua ultra kiasu, berlari dan naik roket ke Kota Bharu. Dapat peluang bukan saja menyucuk jarum tapi terang terang memperkecilkan Hudud di khalayak masyarakat yang pada umum nya mahukan Hudud.
Lim Kit Siang sendiri kata beberapa hari lalu bahawa Pakatan Rakyat akan pecah 2 minggu dari itu. Makna nya salepas Muktamar PAS pada 4 Jun ini. Maka di cuba nya juga elakkan terjadi nya hal itu. Dengan cara menyokong usaha usaha menggulingkan DS Hadi yang tegas mahukan Hudud.
Anak nya yang telah "di aturkan nya" supaya menjadi Ketua ultra kiasu telah berkata dengan terus terang dan lantang tidak mahu berkerja dengan Hadi di dalam PR.
Tetapi usaha usaha anak beranak itu nyata melebihkan retak perhubungan DAP-PAS, dan seterusanya memecahkan Pakatan Rakyat.
Mari kita lihat apa akan berlku salepas Muktamar PAS 4 Jun ini.
Tidak ada so'al ultra kiasu tidak faham Hudud. Kepala hotak mereka dah keras membatu, tak gitu tak di panggil ultra kiasu.
PAS Pusat dah kata mereka pergi ke DAP HQ di KL 4 kali, menerangkan Hudud dan menyatakan bahawa Hudud tidak akan di kenakan kpd bukan Islam. Fikirkan lah - mereka pergi, kebanyakan nya dari Kelantan dan Trengganu, ke Ibupejabat DAP di KL tuh. Betapa merendahkan diri. Pada hal sama taraf sebagai rakan sekatil dalam PR.
Namun demikian, tak di pedulikan dek ultra kiasu. Moral nya: jangan beri muka kpd ultra kiasu. Beri sejengkal nak sepeha. Buat baik di anggap mereka sebagai kelemahan, boleh di eksploitasi mereka. Tak kira apa, asalkan dapat kuasa mengikut kehendak dan tujuan mereka. Jangan benarkan. Patahkan tujuan dan pudarkan hala dan arah politik ultra kiasu mereka. Tak menghormatkan Perlembagaan dan enggan diam di negara ini mengikut Perlembagaan negara. Mereka perlu di suruh berhijrah ke negara yang Perlembagaan nya mereka hormati dan mahu ikuti.
Bagus DS hadi telah bertegas dengan DAP. Malah dengan PKR juga. Sejak drama Pakatan Rakyat berkenaan penggantian Menteri Besar Selangor lagi. Dan Hudud Hadi tegaskan juga. Mari kita serukan supaya ultra kiasu dalam PAS di ranapkan di pemilihan parti kali ini. Dan do'akan supaya Hadi terus menerajui parti itu selama lama nya.
Benar, DS Hadi tak boleh harap akan dilantik menjadi menteri kanan kalau ultra kiasu sampai ke Putrajaya.
Tapi PAS mahukan Hadi jadi PM. Demikian kata Muktamar PAS yang terakhir. Mereka tak mahu sokong Anwarul Al Juburi sebagai calon PM pun.
Ultra kiasu DAP sahaja yang mahukan Al Juburi sebagai PM. Sekarang dah tersumbat di Penjara Sg Buluh, tak tahu le siapa calon mereka.
Wan Azizah PAS tentu tak boleh fikir sebagai PM. Sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen pun, tak main, bak kata mereka yang suka berjenaka.
Salepas 5 tahun? Mana tahu masa itu UMNO/BN ada pemimpin yang gigih, amat di sukai ramai, dapat semula 2/3 majoriti di Parlimen dsb nya.
"Tidak mungkin Pas buta?" hahaha
Sudah tiba masanya pembersihan dilakukan di dalam pas semasa muktamar nanti...
Ultra kiasu dalam PAS tak berapa ligat salepas Anwarul Al Juburi masuk penjara. Anwaristas nak tenggelam. Mat Sabu dapat beberapa pencalonan sahaja bagi pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS, di banding dengan berpuluh puluh yang pencabar nya dapat. Si Khalid pun jarang keluar dalam berita.
Di blog ini pun sengap nampak nya. Tak macam dulu ada ramai yang mengomen di sini. Sibuk kempen agak nya. Dan mungkin RT pun sibuk, tak moderate blog dia selalu saperti dulu, depa Anwarista pun hilang minat nak mengomen.
Pahal pun, aku do'akan puak Ulama menang besau, puak Awarista tenggelam. Aku nak cari Imam untuk sembahayang hajat KO Anwarista, KO Anwarista - macam adik Nik Aziz (?abang dia) yang Imamkan sembahayang hajat anti-UMNO dulu.
Berita yang paling sedap dengor sekarang ia lah fasal PR nak pecah. Tokong Lom hentam Hadi, Hadi hentam balik si tokong, fasal shadow cabinet dsb nya.
Ultra kiasu dalam PAS mesti gelisah. Fedap. Geram. Tentu lah salahkan Hadi, cuba nak gulingkan Hadi. Letak calon jawatan Presiden seorang bekas Naib Presiden. Mat Sabun yang dah lama jadi Timbalan Presiden pun tak berani cabar Hadi.
Entah lah kot Mat Sabun tahu dia selalu di ketawakan dek orang, tak banyak dapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden pun. Mintak mintak Hadi terus Presiden, Mat Sabun pun terkorban di Muktamar nanti. Ultra kiasu bukan saja merosakkan parti, juga negara.
Hudud adalah undang yg paling baik untuk mengatasi jenayah??? Pada 22hb May yg lalu dimana Masjid Shi'a di Arab Saudi timur tengah diserang pengganas hingga menyebab 21 kematian penduduk. Negara Arab Saudi adalah negara yg paling suci dan paling ketat undang Hudud tapi kenapa masih ada pengganas mengacau?Jelas sekali Hudud tidak beza dgn undang sivil yg tak mampu menakutkan penjenayah kerana penjenayah bila nak buat jahat dia pasti tak takut undang dr tuhan, hantu, manusia, binatang, UFO atau universal. Sebenarnya Hudud adalah ciptaan Nabi Arab utk kuasa politik dan mengawal pengikutnya. Undang ini sesuai zaman dulu tapi bukan zaman ini kerana undang ini tidak ikut zaman dan keadaan dan masih bulat-bulat ikut setiap undang lama. hahaha...
Tak boleh lah ambil contoh Masjid Shi'a di Arab Saudi di serang pengganas sebagai contoh tak setuju Hudud boleh mengatasi jenayah. Keadaan perang di Timur Tengah melibatkan Saudi Arabia dan Sunni-Shi'ah. Bila perang berbagai yang luar biasa berlaku.
Yang tak takutkan undang undang sivil itu ia lah DAP dan sekutu nya. Ramai yang di tangkap dan di tohmah di Mahkamah kebelakangan ini ada lah mereka. Tapi Hudud amat mereka takuti. Lihat sahaja betapa bantah nya mereka - Karpal Singh bantah hingga mati. Lim Guan Eng bantah hingga Pakatan Rakyat pecah.
Kamu ketawakan hahaha mengata Hudud tak sesuai zaman ini kerana undang ini tidak ikut zaman?
Kamu ikut zaman mana? Zaman lukis kartun Nabi Muhammad macam Charlie Hebdo buat di Paris? Hingga 12 dari mereka di tembak mati dek penganut Islam?
Kamu nak zaman yang CNN beritakan sekarang ada "Draw Muhammad" Rally planned on Friday"? Jangan, nanti kamu di kejar dan di cari dek penganut tegar Islam hingga ke lubang cacing.
seorang Exco ultra kiasu Selangor menyarankan agar Pas tidak menganjurkan sebarang program di Selangor kerana negeri itu yang tidak melaksanakan hudud -
Saya harap ini satu lagi bukti tabi'at tak semenggah malahan kurang ajar DAP yang PAS perlu ambil perhatian. Langsung tak endahkan Perkara 3 Perlembagaan bahawa Islam ada lah agama negara ini dan Sultan ada lah Ketua agama di negeri Selangor.
Berpisah lah dari mereka, tinggalkan Pakatan. Harap puak ulama menang besar di Muktamar dan suatu resolusi ke arah keluar dari Pakatan timbul dari Muktamar yang bermula 4 Jun ini.
Post a Comment