Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 04, 2015

Hati Ali, Pedang Muawiyah

8:07 AM Posted by RIDHUAN TEE 34 comments
(Sinar Harian 4 Mei 2015)

Minggu lalu saya dijemput oleh Gabungan NGO Prihatin dalam bercakap dalam program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir (Tun M). Jemputan dibuat kerana pihak penganjur mahu orang akademik bercakap kerana mereka sudah muak dengan orang politik. Atas dasar sangka baik, saya menerima jemputan tersebut. Saya diberi peluang untuk bercakap selama 15 minit sebelum Tun M bercakap.

Saya tidak berpihak mana-mana. Intipati ucapan saya adalah krisis yang berlaku antara Tun M dan PM tidak menguntungkan umat Islam. Sudah tentu ultra kiasu yang untung besar dan mengambil kesempatan. Bincanglah apa yang benar, apa yang salah, bukannya siapa benar, siapa salah. Tidak semestinya saya terikat dengan pandangan Tun, terutama dalam isu hudud. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, meskipun saya diberitahu supaya bercakap senada dengan Tun.  

Tiba-tiba portal ultra kiasu melaporkan saya terlibat menganjurkan program tersebut dan setuju dengan Tun M agar PM meletak jawatan. Bila pula saya berkata demikian. Ini adalah pembohongan. Hati-hati.

Negara ini mesti diselamatkan daripada jatuh ke tangan ultra kiasu dalam krisis Tun-PM. Umat Islam mesti bersatu atas nama kebenaran, tidak kira Umno atau Pas. Kita sudah tidak ada banyak masa. Perbalahan yang tidak menguntungkan mesti dihentikan sebelum terlambat.

Ketika pertikaian antara 2 sahabat mulia Nabi, Saidina Ali dan Muawiyah dalam Perang Sifin, umat Islam berpecah dan hati berbelah bahagi. Hati bersama Ali, pedang bersama Muawiyah. Mana satu nak dipilih? Inilah dilema yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

Ali dan Muawiyah, kedua-duanya dijamin syurga. Tidak berani saya untuk jatuhkan hukuman siapa benar, siapa salah. Iktibarnya dari peristiwa ini adalah, kepentingan umat Islam mesti diutamakan daripada individu. Masa hadapan lebih penting dari masa kini.

Pemimpin datang dan pergi. Tetapi kerajaan, negara dan rakyatnya tetap kekal, sehingga kiamat. Apa pun juga tindakan kita, pastikan tidak merugikan generasi akan datang. Cadangan saya adalah, PM dan seluruh pemimpin tertinggi Umno, serta mereka yang ikhlas, duduklah semeja dan berbincang, apakah jalan terbaik untuk  menyelamatkan negara ini.

Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara. Jika benar kita salah, mengakulah. Jika tidak, teruskanlah. Jangan terus menerus menegakkan benang yang basah. Rakyat sudah muak dengan permainan ini.

Saya tidak boleh bayangkan jika kepemimpinan negara ini jatuh ke tangan ultra kiasu. Paling kurang pun mereka akan minta jawatan Timbalan PM. Mereka akan desak sekolah perkauman, rumah ibadat ditambah. Sijil UEC diiktiraf. Tanah-tanah yang diduduki secara haram, diberikan pajakan 999 tahun. Begitu juga dengan ladang khinzir, kilang arak, judi, kelab malam (persundalan/aktiviti seks) akan bertambah.

Bukanlah kita hendak menidakkan hak golongan minoriti. Tetapi apa yang ada pada hari ini sudah lebih dari mencukupi. Tidak ada negara dalam dunia ini yang begitu bertolak ansur selain dari Malaysia dalam soal menjaga hak majoriti-minoriti. Meskipun kita mendaulatkan Islam.  

Saya tidak kata, apa yang Umno BN lakukan sehingga kini semuanya betul. Masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama dalam aspek integriti. Cuma saya tidak dapat menerima, apabila kita terus berpecah berhadapan ultra kiasu, yang terus bersatu.

Sekiranya rally bersama Tun diteruskan, umat Islam akan terus bersepai. Sebelum ini, Tun selalu mengingatkan kita, umat Islam akan menjadi semakin lemah jika terus berpecah. Hari ini bukan sahaja sudah berpecah, tetapi retak menanti belah.

Memahami budaya politik Melayu, pengikut masing-masing mudah menjadi fanatik. Lebih malang lagi apabila tidak dapat membezakan mana benar, mana salah. Menyorak dan mengutuk sehingga tidak sedar diri.

Saya tidak nafikan selama 22 tahun Tun menjadi PM, banyak perubahan dan pembangunan yang kita nikmati. Saya setuju dengan kenyataan Tun, kita nampak wang yang ‘hilang’ itu. Namun, lagak Tun menyerang lagak PM sama seperti ultra kiasu, agak menakutkan saya.

Pada satu ketika Tun pernah berkata, tidak akan menyebelahi atau bersama pembangkang meskipun menentang pemimpin Umno BN.  Hari ini ceramah Tun rata-rata dipenuhi pembangkang dan bekas pemimpin Umno yang menyertai pembangkang. Sehingga ada bekas menteri yang menunggu seawal 7.00 pagi, sebelum Tun sampai pada jam 10.00 pagi. Bekas menteri tersebut turut menyarankan agar tidak menjemput saya lagi dalam rally akan datang. Pinggan tak retak nasi tak dingin.

Akhirnya, krisis ini langsung tidak menguntung umat Islam. Berubahlah sebelum rebah seperti yang PM kata. Jika ada yang dikatakan Tun itu betul, maka perbetulkanlah dengan segera, sebelum parah. Jika ada yang dibangkitkan itu serkap jarang, maka perjelaskanlah.

Dilema antara hati bersama Ali dan senjata bersama Muawiyah mesti diselesaikan. Jangan sampai terperangkap dalam kelicikan ultra kiasu. Jika tidak, pasti kita akan menyesal kemudian hari. 


Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

34 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,

Izinkan saya memetik tulisan Prof iaitu Tun selalu mengingatkan kita, umat Islam akan menjadi semakin lemah jika terus berpecah.

Apa namanya Tun tidak memecahkan umat Islam dengan kenyataan seperti berikut :

1. hina dan mempersenda sunnah Nabi s.a.w. seolah-olah beliau lebih bijak dari Nabi s.a.w.

2. hina hukum-hukum Hudud dan hukum Islam yang lainnya seolah-olah beliau lebih pandai dari Tuhan

3. hina ulama dan menganggap ulama sebagai penghalang kepada kemajuan

4. pecat Mufti Selangor kerana kes ratu cantik

5. minta Al Quran ditafsirkan semula

6. tafsir agama mengikut akalnya

7. kata orang yang sembahyang tak mestinya baik dan orang yang tak sembahyang tak mestinya jahat. Begitu juga dengan perempuan bertudung

8. ina sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang mati syahid dengan mengatakan mereka tidak dimandikan kerana Arab tiada air

9. jadikan negara bertambah sekular dengan beberapa percubaan untuk memisahkan agama dari politik

10. jadikan UMNO bukan lagi parti orang Islam. Orang bukan Islam di Sabah ramai yang menjadi ahli UMNO

Anonymous said...

Prof

Kepentingan orang Melayu tetap terpelihara kerana dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selain peranan Majlis Raja-raja Melayu.


Anonymous said...

Apa yang di namakan "news portal" yang sabenar nya ha nya blog Pembangkang dan lain lain blog biasa ultra kiasu memang selalu "twist, spin, slant" maklumat dengan seboleh boleh nya.

Ada masa nya mereka mengeluarkan fitnah, tipu helah, dsb nya. Di media sosial pun begitu. Sekarang heboh dengan Ketua DAP Perak mengeluarkan gambar yang di katakan di "photo shopped" atau di sentuh rupa, cuba menunjukkan banyak ribu yang pergi ke perhimpunan anti-GST. Ramai yang menghentam dia menipu spt itu di sana sini.

Ada yang melanggar undang undang spt Akta Hasutan, Penal Code dll. Telah di beritakan 5 orang Pengarang dari Malaysian Insider di tangkap dan di tuduh di bawah undang undang spt itu.

Ketua Pengarang nya dulu telah di beritakan di saman sivil dek bekas Pengerusi MAS Tajudin Ramli. Bertempiar dia meminta ma'af bertalu talu di blog itu dan di lain lain media.

Maka kita perlu selalu mengrespon dan mengcounter apa yang mereka kata di sini sana. Jahat niat dan maksud mereka. Polis sentiasa mengawal dan kita perlu membantu membantutkan dan menumpulkan usaha usaha jahat mereka itu.

Anonymous said...

Dari dulu hingga kini UMNO dipecah-belahkan oleh Tun Mahathir.

Beliau sendiri kata, yang pandai menyertai PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP.

Kata orang, keruh air di hulu keruhlah air di hilir. Kekalutan zaman inilah yang menyebabkan kita mendapat warisan yang kita lihat pada hari ini.

Kekalutan yang begitu parah yang rakyat hadapi hari ini tidak mungkin bermula pada zaman Pak Lah atau Najib. Ianya bermula setidak-tidaknya 20 tahun sebelum kekalutan itu sampai ke tahap hari ini. Tidak adil kita letakkan kesalahan itu kepada Pak Lah dan Najib kerana siapa yang melantik Pak Lah dan Najib wajib bertanggungjawab bersama-sama.

Anonymous said...

Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Tun Mahathir semakin menjadi-jadi.

Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Tun Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

Ironinya Tun Mahathir dalam kenyataan terbarunya telah menyifatkan tidak akan bertemu Najib untuk membincangkan kritikannya kepada negara melalui blognya.

Mungkin Tun Mahathir sudah lupa dengan ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".‎

Saya setuju dengan profesor kerana kalau Tun Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan Najib, saya risau bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah.

Apa gunanya kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak mempunyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun Mahathir sendiri juga salah seorang yang akan berputih mata?

Anonymous said...

Setuju benar dgn pandangan Prof.

Anonymous said...

Sdr 9:17 AM,

Keras kata kata Sdr itu sehingga membayangkan mungkin Sdr yang mahu memecahkan umat Islam.

Takda pulak Sdr dampingkan bukti bagi tiap 10 point yang Sdr keluarkan itu. Maka nampak lah macam apa yang di katakan "wild, unsubstantiated and unjustified allegations" yang selalu di lontarkan dek pihak Pembangkang.

Banyak kpd interpretasi, Sdr. Interpretasikan dengan cara membina. Ambil kira keadaan tempatan kita. Cilaka omputih Kristian telah bawa masuk pendatang dan pecah belahkan rakyat tempatan dengan kerja kerja mubaligh mereka dulu. Terima lah hakikat ini dan cuba jangan pegang kpd interpretasi kulut.

Menuduh Tun Dr Mahathir "lebih bijak dari Nabi .. lebih pandai dari Tuhan .. hina ulama dan menganggap ulama sebagai penghalang kepada kemajuan .." itu semua sudah berlebihan, malah melampau.

TDM pernah "pecat Mufti Selangor"? Pecat makna buang kerja? Kerana kes ratu cantik? Bila?

Apa salah nya minta Al Quran ditafsirkan semula? Anda tak pernah baca tafsiran Al Qur'an oleh Abdullah Yusuf Ali, seorang Pensyarah Sejarah Yunan (Greek) di tahun 1930an, yang rasa nya di guna dek Kedutaan Saudi bagi naskah-naskah "Translation, Interpretation and Commentary of the Qur'an" yang di beri dek Bahagian Penerangan Kedutaan itu FOC kpd sesiapa yang minat mengtahui Islam dan memohon nya.

Di Pendahulan nya, Abdullah Yusuf Ali
ada mengatakan ada beberapa usaha usaha pentafsiran di buat oleh berbagai bijak pandai Islam sabelom nya. Tak salah ada interpretasi lain, asalkan betul, mengikut pendirian dan fatwa fatwa yang di gunakan di negara ini.

Luaskan lah pemikiran Sdr. Cari lah jalan yang baik bagi menyatukan ummat Islam. Sekarang sudah berpecah belah di Timur Tengah, di Palestin dan juga di Malaysia.

Anonymous said...

9:27 AM,

Hak dan kepentingan orang Melayu tidak tetap terpelihara jika tidak ada Akta Hasutan.

Kerana Akta itu yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi hak dan kepentingan orang Melayu. Akta itu mengharamkan pemindaan Perkara Perkara dalm Perlembagaan yang berkaitan dengan nya.

Maka itu lah yang cuba di buang dek bukan Melayu spt ultra kiasu DAP yang desakkan ISA, Akta Hasutan dll di buang. Di sokong dek penderhaka bangsa dan negara Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu yang beri).

Dan Akta Hasutan hampir di buang dek Najib jika tidak di laungkan oleh UMNO Bahagian, Pemuda UMNO dan Wanita UMNO tak lama dulu. Itu pasal ramai yang mahukan Najib di ganti terutama nya bila timbul pulak skandal 1MDB dan sekarang masalah GST.

Anonymous said...

9:43 AM,

Nampak nya kamu jenis Pembangkang yang suka cakap lepas, secara generalisasi, iku sedap rasa, saperti di kedai kopi. Memang sedap kata "Dari dulu hingga kini UMNO dipecah-belahkan oleh Tun Mahathir." Bukti nya takda.

Amat tohor lah pemikiran kamu menuduh TDM kata "yang pandai menyertai PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP" itu sebagai "memecah belahkan UMNO". Tak logik kata kata kamu itu.

Yang lain lain kamu kata itu semua nya "cakap secara sedap", generalisasi. Umpama nya, mengata "Kekalutan yang begitu parah", takda fakta dan hujah yang terperinci. Jadi, macam mana nak percaya apa yang kamu kata?

Anonymous said...

9:58 AM,

Sedap kita berbincang di sini. Kita berdua nampaknya berbeza pendapat. Bagus kita berbincang secara siuman dan beradab setakat ini.

Setuju bahawa "Dari hari ke hari, serangan ke atas Najib oleh Tun Mahathir semakin menjadi-jadi." Saya sokong TDM. Fasal 1MDB, dia kebanyakan nya ha nya minta penerangan ke mana RM27 bilion itu pergi.

Tidak setuju "Siapa juga yang cuba mempersoalkan Tun Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka". Sebab dia bukan Presiden UMNO dan bukan PM lagi. Tapi bagus lah anda sedari bahawa ada "ribuan penyokongnya yang menganggap Tun Mahathir sebagai seorang yang maksum". Tapi yang kata "umpama nabi" itu, ha nya anda. Gerun anda melihat keadaan itu, ye? Oleh itu, sila lah jaga kata kata anda itu.

Anda memperingatkan "ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".‎ Tapi, fikir lah apa yang menyebab dia kata tak akan berjumpa dengan Najib lagi. Sebab dah berkali kali dia berjumpa, contoh nya, untuk mendapat penerangan 1MDB, tapi tak dapat.

Benar, "kalau Tun Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang, bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah." Tapi bukan tujuan TDM menumbangkan Najib/ BN. Baca lah sejarah peristowa 1MDB - TDM mula dengan meminta penerangan.

Tapi, bila Najib dah tak mahu, atau tak dapat jawab, atas sebab sebab tertentu yang Najib sahaja yang tahu, mengapa Najib tak undur, tarik diri?

Jangan tunggu dapat Presiden UMNO yang baru salepas PRU14. Perlu di lakukan sekarang, lk 2 tahun sabelom nya. Supaya ada masa utk membetulkan keadaan, cuba menarik balik sokongan ahli yang sudah goyang, penyokong dan peminat UMNO/BN.

Kalau tak, memang mungkin putih tulang kita semua.

Anonymous said...

Apa dah kena dengan korang yang nak tafsirkan AlQuran semula?

Banyak kandungan ayat ayat suci AlQuran yang sentiasa memperingatkan kepada manusia dan orang orang yang beriman tentang balasan baik dan balasan jahat yang akan diterima selepas kematian kelak.

Adakah dengan mengunakan hukum fikiran korang menyarankan supaya AlQuran itu ditafsir semula kerana pada pendapat korang kandungan tafsir yang dibuat oleh para ulama dan ambiya’ yang terdahulu tidak dapat memenuhi kemahuan dan kehendak korang?

Bagi Tun hidup di dunia ini ialah apa yang ternampak di mata dan terasa pada jasad. Semuanya berasaskan dan berdasarkan kepada segala teori teori hasil ciptaan manusia yang kemudiannya dikatakan teori sains.

Tun telah dididik menghayati teori sains yang telah menjadikan dirinya seorang doktor, maka kepercayaannya kepada alam ghaib tidak dapat diterima oleh akal fikirannya.

Baginya mempercayai tentang syurga dan neraka, siksaan dalam kubur dan perbicaraan di padang masyar dan siksaan neraka atau ganjaran syurga hanya akan dipercayai apabila matanya, mulutnya, lidahnya atau jasadnya sendiri yang merasai, sekiranya tidak dirasai maka semua itu adalah fiksyen semata mata .

Maka itulah jika kita cuba menerangkan tentang isra’ dan mikraj sudah tentulah tidak akan dapat diterima oleh akal Tun. Atas sebab tertutupnya mata hatinya, beliau tanpa sedikitpun merasa berdosa atau bersalah apabila dia mempersendakan tentang AlQuran, tentang Rasullullah s.a.w. dan apalagi untuk mendengar nasihat segala alim ulama.

Beliau pernah mendakwa "kalau PAS, dia sogok syurga kerana tak ada siapa yang tahu sama ada benar atau tidak (masuk syurga)... sebab yang pergi ke sana tak balik bawa cerita".

Keadaan dan kedudukan Islam di Malaysia masa kini sudah banyak dikelirukan oleh Tun.

Anonymous said...

10:23 AM,

Setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Anonymous said...

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu.

Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu?

Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa.

Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina?

Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Anonymous said...

Wahai 10:23 AM;

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Dari ‘Auf bin Malik Ra. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda;
Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan,...

Dari Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata: Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku"

Dari Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

Anonymous said...

Anon 10:34 AM, May 04, 2015

Ketahuilah perpecahan umat Islam merupakan ujian bagi orang yang beriman, hendaknya mereka memilih jalan yang benar dan meninggalkan kelompok tersesat lainnya.

Anonymous said...

Wahai 11:57 AM,

Ketahui lah oleh kamu bahawa Abdullah Yusuf Ali, penterjemah, pentafsir dan penulis commentary Al Qur'an itu telah menyatakan bahawa Ai Qur'an ada lah di turunkan dan tulis dalam bahasa Arab kuno.

Maka banyak perkataan yang ada berbagai makna nya. Dan tafsiran nya berlaian, antara seorang pentafsir dengan yang lain. Dan peroses pentafsiran itu berterusan. Tak salah sesiapa meminta pentafsiran bahru di buat. Asalkan mengikut undang undang dan fatwa fatwa yang sah laku di negara negara berkenaan.

Umpama nya, di Malaysia, pentafsiran mesti lah berdasarkan pengertian Sunni, bukan Shi'ah. Sebab Shi'ah di haramkan di negara ini.

Anonymous said...

Anda akan dapat perbezaan metaliti, akhlak, cara pertuturan, ilmu dan pengetahuan antara remaja UMNO dengan PAS.

Saya membuat kajian lebih daripada puluhan kali dan orang-orang UMNO ini sebenarnya bukanlah dari kalangan yang berpendidikan tinggi, berilmu terutama agama dan pengetahuan am tetapi mereka ini dipilih sedemikian rupa untuk menyokong agenda UMNO. Mereka ini ibarat dicocok hidung.

1. 80%-90% remaja UMNO ini tidak tahu mengaji dan membaca jawi.

2. Tonasi (tone) gaya bercakap melambangkan ketidak sopanan.

3. Persoalan agama amat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan remaja PAS.

4. Sejarah negara atau sejarah UMNO sendiri tidak diketahui atau tidak faham.

5. Tidak dapat membezakan "MENGUCAP" dan "BERISTIQFAR".

6. Tidak dapat membezakan Rasulullah dan Pemimpin lain.

7. Berpakaian tidak senonoh. Aurat dipandang mudah.

8. Lebih mengenali pemimpin UMNO diperingkat kawasan dan Perdana Menteri tetapi tidak mengenali menteri-menteri lain. "General Knowledge" tidak ada.

9. Tidak bersembahyang dan ada yang tidak tahu bersembahyang.

10. Tidak kenal siapa Nik Aziz, pemimpin PAS atau siapa itu parti pembangkang (mereka disekat dari mengetahui semua ini).

Anonymous said...

1:14 PM,

Kamu menyebut Hadith, nampak nya. Mengapa tak sebut kesahihan nya. Kalau tak, siapa saja boleh sebut apa saja dan mengaku itu Hadith.

Banyak penipuan sekarang ini. Anwarul Al Juburi mungkin sebut kata kata Yahudi Zionis. Saperti dia mahu "pertahankan keselamatan Israel". Na'uzubillah. Arab Palestin yang berzaman dah merana tak di pedulikan nya.

Tiada siapa yang boleh ingat semua atau kebanyakan Hadith. Ada lebih sejuta Hadith yang di kumpul. Imam Bukhari seorang sahaja kumpul lk 600,000 Hadith. Dia hafal ha nya lk 200,000. Namun demikian, Kitabnya mengandungi hanya lk 5,900 Hadith.

Dengan yang di kumpul oleh Sayuti, Muslim dll, bukan kah ada lebih sejuta
Hadith. Siapa nak ingat apa yang kamu tulis, kawan.

Gunakan lah fakta fakta dan hujah hujah lain - lebih senang menerima nya, lebih faedah nya kita berbincang.

Anonymous said...

Realiti sekarang, perpecahan dalam Umno semakin melebar. Tiada ahli parti termasuk pemimpin nombor wahid berani menafikan hakikat ini.

Bukti paling nyata wujud perpecahan itu ialah kemunculan Team "M" (penyokong Mahathir) & Team "N" (penyokong Najib).

Kalau dulu Team A (Mahathir) dengan Team B (Razaleigh).

Sejarah sentiasa berulang dalam Malaysia kerana adanya skrip dan plot masing masing disimpan dalam file untuk dikeluarkan semula pada waktu tertentu.

Mengapa ini sering berlaku? Sebab file tersebut berkesan mendapat hasil yang diingini disamping pengelolaannya adalah orang orang yang sama.

Anonymous said...

Ooooooooo 2:08 PM, anda orang PAS. Padan lah hujah hujah nya berlainan dari yang biasa. Pssst, bukan menyindir, ha nya menyebut "berlainan".

Saya parti apa pun tak. Tapi ada belajar agama sikit sebanyak, tahu Jawi, khatam Qur'an, tahu sepatah dua bahasa Arab, termasuk "Wala takrabun ..." dah lupa perkataan "orang yang mengaku pandai agama". Orang yang betul betul "pandai" takpa, tapi orang yang "mengaku pandai" agama itu susah sikit.

Yang "membuat kajian lebih daripada puluhan kali" tapi tak sebut asas atau cara kajian nya tu, susah juga. Pulak nya terus mengata "orang-orang UMNO ini sebenarnya bukanlah dari kalangan yang berpendidikan tinggi, berilmu terutama agama dan pengetahuan am tetapi mereka ini dipilih sedemikian rupa untuk menyokong agenda UMNO. Mereka ini ibarat dicocok hidung."

Maka ini ke Mat Sabuan lah nampak nya. Kominis Mat Indera pun di kata nya wira.

Beri 10 point lagi. Mengata pulak "Tonasi (tone) gaya bercakap melambangkan ketidak sopanan." Tapi, yang baring di atas jalan pakai kain, jubah dan ketayap, menghalang kereta Raja Muda Perak lalu dulu tu sopan ke, Mamat?

Mengata Tidak bersembahyang tu satu hal, tapi mengata "ada yang tidak tahu bersembahyang" tu anda sudah lebe.

Dan mengata pemuda UMNO "disekat dari mengenal siapa Nik Aziz, pemimpin PAS atau siapa itu parti pembangkang", anda sudah mengarut.

Supaya tak melarat kita ke tahap bercakap tak beradab dan menyentuh tata tertib Islam, saya cuba tak layan kata kata anda lagi. Assalamu 'alaikum wbt.

Anonymous said...

Apakah Malaysia akan menjadi lebih selamat jika Tun Mahathir Mohamad berjaya melantik dirinya sekali lagi sebagai “penobat raja”?

Hujah utama dalam serangannya ke atas Najib ialah untuk menyelamatkan Umno daripada kegagalan dalam pilihan raya akan datang.

Apakah cukup untuk perdana menteri baru – misalnya Muhyiddin – mengurangkan pembaziran dan rasuah untuk memperkasakan Umno?

Kalau kekalkan kuasa Umno itu “tugasan” daripada Dr Mahathir, maka beliau mungkin menutup mulut rakyat dengan memenjarakan lebih ramai wakil rakyat pembangkang dan aktivis NGO sebelum menutup ketirisan dalam sistem penyampaian kerajaan.

Apakah ini akan membawa kestabilan politik dan dasar ekonomi yang mampan dan berani?

Malaysia mempunyai institusi yang bermasalah iaitu:

(a) pilihan raya yang tidak adil dan tidak bebas;

(b) Parlimen yang tidak dapat menyemak dan mengimbangkan kuasa eksekutif;

(c) badan kehakiman dan badan penguatkuasa yang tunduk kepada kuasa eksekutif; dan

(d) sekatan ke atas kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan yang melemahkan media dan masyarakat sivil.

Tun Mahathir memainkan peranan secara langsung atau tidak langsung dalam menjatuhkan 3 orang perdana menteri dan 2 orang timbalan perdana menteri telah menampilkan dirinya sebagai penyelamat negara dalam usahanya untuk menjatuhkan seorang lagi perdana menteri.

Persoalannya, mengapa Tun Mahathir bersungguh-sungguh menaikkan Najib pada 2008 dan 2009 untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi yang dikira lemah?

Bukankah Najib didikan daripada sistem nilai Tun Mahathir yang begitu oportunis dan Machiavellian?

Berapa lama agaknya Tun Mahathir akan muncul kembali bergendang untuk menjatuhkan perdana menteri yang baru?

Anonymous said...

Saya fikir usaha untuk menyingkirkan Najib tidak semudah apa yang dilakukan kepada Abdullah. Najib kandati nampak lembek tetapi dia sebenarnya keras.

Najib sebagai anak bangsawan tidak mudah bersikap seperti Abdullah kerana pengalaman dilalui Abdullah itu akan diguna pakai oleh Najib.

Kelebihan Najib selain daripada dia mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, Najib juga ada seorang isteri yang kebal yang memainkan peranan memperkukuhkan Najib. Suka atau tidak, sayang atau benci, hakikatnya Rosmah adalah pembantu dan pendokong baik kepada Najib.

Saya yakin kepada apa dinyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Mahathir tidak mempunyai power untuk menjatuhkan laki Rosmah.

Harapan Mahathir kepada Muhyiddin untuk mengambil alih tempat Najib juga tidak cukup power kalau pun Muhyiddin ghairah untuk jadi PM. Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh yang kuat peringkat akar umbi dalam Umno untuk menjadi pelantar kepada kenaikkannya. Muhyiddin juga perlu berwaspada dan jangan ikut sangat kehendak dan arahan Mahathir.

Anonymous said...

Wahai orang PAS yang mengakui pandai agama di sini,

Setuju dengan sebutan kamu -

"Setiap kenyataan yang keluar melalui .. blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya."

Oleh yang demikian, awasi lah kata kata kamu, saperti:

1. UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu

2. yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO.

3. terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

4. bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO

5. bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO

6. UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik.

Menuduh saja nampak nya kamu. Kamu sudah campur adukkan agama dengan politik. Ingat lah bahawa benar tidak nya - sama ada dari segi agama ke atau dari segi politik ke - Tuhan saja yang memutuskan. Yang mengaku pandai agama mungkin lebih beban nya jika sabit kesalahan.

Kamu pandai agama ke atau cuba pandai politik di sini? Kedua dua nya aku tak main. Tak mau cakap tak serupa bikin. Aku ucapkan wassalam. (Teringat kawan aku kata - yang selalu lafaz Assallamu'alaikum atau Peace Be Upon You itu tidak semesti nya bermaksud Salam atau Peace).

Anonymous said...

Sesiapa sahaja yang percaya dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa beliau hanya bertanya soalan bukannya menuduh Perdana Menteri Najib Razak ialah sama ada mereka “plain stupid” yang tidak memahami politik atau hipokrit yang enggan mengakui realiti sebenar.

Keseluruhan pertanyaan beliau berunsur pertuduhan dan sindiran ke atas batang tubuh Najib Razak. Mengapa hanya beberapa hari bertanya puluhan soalan, beliau muncul lagi mengulangi soalan yang sama dalam bentuk yang lain?

Jika Dr Mahathir tidak menuduh apa-apa, mengapa beliau mahu Najib Razak meletak jawatan? Jika beliau sekadar mahu soalan dijawab mengapa beliau mengatakan Najib Razak sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri?

Isu Altantuya telah beberapa kali diterangkan bahawa ia telah dibicarakan di Mahkamah terbuka dengan tertuduh mendapat pembelaan dari peguam bela terkemuka negara.

Apakah Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman bahawa keputusan Mahkamah boleh diatur dan disusun untuk melindungi seseorang penjenayah? Namun berdasarkan cara beliau mempertikaikan penyiasatan dan perbicaraan ia boleh memberi kesimpulan Dr Mahathir percaya sistem kehakiman boleh dipengaruhi dan ditentukan.

Dr Mahathir bukan sahaja menyerang Najib, malah membuat tuduhan yang sangat berat iaitu pembunuhan Altantuya Saribu dibuat atas arahan Polis.

Siasatan dan perbicaraan telah diadakan. Tiada keraguan bahawa kedua-dua mereka membunuh Altantuya. Adakah mereka tidak berhak dihukum mati jika mereka membunuh atas arahan orang lain? Sudah tentu mereka berhak dihukum mati kerana mereka telah membunuh orang.

Justeru apabila Dr. Mahathir menyatakan tidak adil mereka dihukum bunuh sedangkan mereka hanya anggota polis berpangkat rendah yang menerima arahan, ia memberi maksud Dr Mahathir menuduh Polis yang berpangkat tinggi mengarahkan pembunuhan tersebut.

Memasukkan isu ini dalam kritikan kepada Mohd Najib secara tidak langsung bertujuan memberi isyarat bahawa Najib terbabit dalam kematian Altantuya.

Oleh kerana Najib telah beberapa kali bersumpah tidak kenal dan terbabit dengan kes ini, maka Tun Mahathir harus memberi bukti kepada rakyat.

Anonymous said...

Pada suatu pagi, pergilah seorang surirumah ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai mejual makanan laut milik orang Cina untuk mencari ketam.....

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bakul ada kasi tutup, itu ketam Cina.... Sana dalam bakul tak ada tutup… itu ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal bakul ketam Cina apek kasi tutup....bakul ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari itu bakul. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bakul. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka, apek?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor cuba keluar dari itu bakul, yang lain akan kasi tarik itu kaki ketam tadi masuk balik dalam bakul. Kalau itu ketam sekor tadi berjaya lepas keluar. Dia mau dia sekor saja keluar, yang lain biar duduk dalam bakul. Kalau dia sudah keluar pulak, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar....

Melayu: Owh, begitu ka ceritanya, apek?

Cina: Lu boleh tengok sendiri laaaa.... itu ketam dalam ada dalam bakul sana sebagai bukti.

Melayu: aiyaaa... itu macam ka? BIKIN MALU saja laaa...

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berjaya, Cina lain tak akan kacau, dia tengok saja dan belajar bagaimana saudaranya boleh berjaya.

Saudaranya Cina itu pula apabila sudah berjaya, dia akan mengajar dengan berkongsi pula dengan Cina yang lain agar boleh berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja cara supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila seekor ketam dah berjaya naik, ketam beramai-ramai berpakat2 lain menarik kaki dia untuk jatuh.

Akhirnya, seekor pun tak dapat naik dan lepas keluar dari bakul itu. Selepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri, salah menyalah dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Bukannya mencari jalan penyelesaian.

Apek, tolong nasihat Tun.....

Anonymous said...

3:17 PM,

Sesiapa sahaja yang percaya Najib tak perlu jawab atau respon kpd apa yang Tun Dr Mahathir kata fasal 1MDB bukan sahaja “plain stupid” tapi juga "bangang", mengikut perkataan yang Najib gunakan dulu.

Bakpa nak bincang tuduh ke tanya ke, jawab saja le. Ngapa tak jawab. Kalau Najib tak mau jawab, suruh setaf 1MDB jawab. Kalau tak, korang macai macai Najib jawab le. Ngapa biorkan jadi melarat, melarut dan mengarut? Bikin orang spekulasi macam macam. Dia ada banyak nak sembunyi ke?

Tun Dr Mahathir mahu Najib meletak jawatan sebab banyak kali tanya tak jawab. Tak boleh fikir itu ke?

Isu Altantuya di kemukakan nya sebab Najib membisu fasal 1MDB dan tak mahu letak jawatan. Jadi, dia cari isu lain nak bikin Najib letak jawatan le.

Tak terbaca pulak Dr Mahathir "membuat tuduhan yang sangat berat iaitu pembunuhan Altantuya Saribu dibuat atas arahan Polis." Yang dia kata ia lah pembunuhan di buat "di atas arahan", tak sebut siapa. Kalau dia ada sebut, nyatakan le punca yang boleh di percayai serta link nya.

Apabila Dr. Mahathir menyatakan tidak adil mereka dihukum bunuh sedangkan mereka hanya anggota polis berpangkat rendah yang menerima arahan, itu tidak bermakna dia "memberi maksud .. menuduh Polis yang berpangkat tinggi mengarahkan pembunuhan tersebut." Itu kamu punya anggapan. Tak betul.

Siapa yang beri arahan? Kalau kamu tahu, tolong le sebutkan.

Yang memberi arahan tidak semesti nya Najib. Jadi isu Najib bersumpah tidak timbul.

Anonymous said...

3:39 PM,

Silap, patut awak sebut ketam Cina tu DAP ke, ape ke. Dan ketam Melayu tu, PKR ke, PAS ke.

Kalau ketam DAP, sangat ultra kiasu lorr. Lain ketam Cina pun tak boleh campur, tak boleh masuk, dia mesti mau menang saja, siapa lain masuk mesti kena sepit sampai tahi keluar, di makan ketam DAP tuh.

Ketam PKR pulak, asyik menyungkit belakang ketam lain, berburas kena duri, kamdian di sepit nya, tak kasi yang lain masuk, kawasan itu untuk Yahudi Zionis dan Israel kata nya.

Tolong kasi tau Anwar di Sg Buluh. Dia punya pasal, ketam DAP naik kepala, makan tahi ketam lain pun, masih ultra kiasu.

Anonymous said...

Mamat 3:39 PM,

Ketam tu jalan kengkang. Sebab Anwarul Al Juburi masuk bakul tuh. Jangan kasi dia atau jenis dia masuk. Jahanam di buat nya.

RT kata, "Tidak berani saya untuk jatuhkan hukuman siapa benar, siapa salah." Ramai rakyat kata begitu juga di permulaan Tun Dr Mahathir nyahkan Al Juburi dari Jemaah Menteri dan UMNO dulu. Kemudian nya nampak nyata Al Juburi pengkhianat bangsa dan negara. Rakan saperjuangan nya PAS pun nak di kentut nya - mahu perubungan diplomatik dengan Zionis Israel, mahu "pertahankan keselamatan Israel", kata nya, masakan PAS tak sebulu langsung dengan Yahudi dan Zionis.

TDM dengan DS Najib? Apa kah kita nak tunggu UMNO/BN dah tunggang langgang atau telungkup di PRU14 baru kita nak kata Najib perlu di gantikan? Saya mahukan UMNO/BN merintah selama lama nya. Saya tak percaya langsung Pakatan Rakyat boleh menjaga hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerana ada ultra kiasu DAP di antara mereka. Kalau mereka naik, Akta Hasutan, Perkara 153 Perlembagaan dll terjejas.

Lihat saja di Penang sekarang. PKR di buli dek DAP di DUN Penang. ADUN pompuan PKR sampai sakit dada ke jantung ke akibat 5 "motion" nya semua di tolak dek DUN DAP Penang. Itu rakan sejawat mereka. Mereka merintah, yang lain tak di peduli nya langsung, cadangan rakan sejawat pun di tolak tepi dengan sewenang wenang nya saja.

Anonymous said...

2:43 PM,

Cukup tak cukup untuk "perdana menteri baru – misalnya Muhyiddin – memperkasakan Umno" itu di atas pengundi PRU14. Penting nya, Najib di ganti, sebab sudah amat sangat baggage dia, Rosmah, dan anak menantu nya yang di kaitkan dengan 1MDB.

Tapi aku tak payah layan sangat hujah hujah kau itu sebab kebanyakan nya tuduhan liar, saperti ynag biasa kamu orang keluarkan.

Anonymous said...

3:08 PM,

Najib sebenarnya keras? Tak tau lah, tapi dia boleh di ganti.

Siapa kata "anak bangsawan tidak mudah bersikap seperti Abdullah"? Kita zaman moden sekarang, tak ada lagi wayang bangsawan, kawan, wei.

Sokongan akar umbi yang kuat? Itu pendapat anda. Ramai lain yang tak setuju. Ketua Bahagian bukan akar umbi, Ketua Cawangan, Pak Man, Pak Long, Pak Su tu akar umbi. Tahu berapa ramai Ketua Cawangan yang merongot fasal Najib. Ketua Bahagian pun. Baca lah blog UMNO Bahagian Cheras.

Hahaha, Najib "ada seorang isteri yang kebal"? Melawak kamu ye? Tak baca bebagai skandal yang berpunca dari nya? Ramai yang kata Rosmah lah yang amat sangat menjatuhkan imej Najib.

Betul Tun Dr Mahathir tidak mempunyai "power" untuk menjatuhkan laki Rosmah. Tapi dia punyai "pengaruh" yang kuat, beb.

Anonymous said...

Jika "Hati Ali, Pedang Muawiyah" menjadi rujukan, sejarah pertelingkahan antara Muawiyah dan Saidina Ali R.A harus dijadikan iktibar.

Seperti yang pernah ditulis oleh UstazPahrol Muhamad Juoi, perbezaan pandangan antara mereka berdua demi kemaslahatan ummah telah menyebabkan berlakunya perang saudara. Keadaan ini cuba diambil kesemptan oleh pihak ketiga – kerajaan Rom. Wakil Rom yakni pihak luar ketika itu berjumpa dengan Muawiyah untuk menghulurkan bantuan bagi menghadapi tentera Sayidina Ali, namun Muawiyah dengan tegas telah menolak tawaran itu.
Ini membuktikan bahawa Muawiyah tahu batas-batas krisis sesama Islam – yakni jangan sekali-kali bersekongkol dengan musuh yang mempunyai ‘hidden agenda’ untuk menyelesaikan masalah sesama Islam.

Poin di sini adalah, antara dua pihak yang bertelingkah, siapa yang kelihatannya lebih hampir kepada menyerahkan nasib agama, bangsa dan negara kepada musuh?

Anonymous said...

Bagus Poin 12:32 PM,. Saya suka.

Saya nak nuding jari (tak tuding, macam mana nak cuba selsaikan masalah, ya tak?) kpd yang rapat dgn pihak yang nak ketepikan Hudud. Wakil Rakyat nya, Norlela, di DUN Penang bahru saja belasah ultra kiasu itu di New Straits Times, salepas semalam dia membidas DAP sebab 5 "motions' kpd DU Penang nya di ketepikan dek DAP sebanyak tiga kali di kemukakan. Palsampah ultra kiasu DAP.

Tak dapat pedang Ali ke, ambik pedang UMNO le, Norlela, kibarkan kpd depa tuh. Pemimpin PKR hangpa bukan peduli lagi dah.

Anonymous said...

Saya tidak setuju RT mengatakan ultra kiasu terus bersatu.

Ramai ahli parti ultra kiasu DAP yang di singkir atau di ketepikan kerana tak setuju/ melawan pucuk pimpinan mereka. Ronnie Liu sudah lama menjadi "bekas" Ketua DAP Selangor, sebab dia cakap fasal "money politics" DAP di suatu konvensyen DAP Selangor.

Dr Boo juga telah menjadi "bekas" Ketua DAP Johor, sebab dia komplen pucuk piminan DAP tak demokratik, nak "interfere" tak kasi dia bebas membuat keputusan dalam urusan DAP Johor.

Hal bahawa CEC parti itu tidak di terima dek Registrar of Societies bagi tahun 2012 dan 2013, meleret hingga tahun 2014, menunjukkan masalah perpaduan besar dalam DAP. Ahli ahli yang di anggap tak menyokong pucuk pimpinan parti tidak di beri tahu atau di hantar notis tarikh dan tempat pemilihan CEC. Sebab mahu menentukan 20 orang yang konon nya "di undi" ke CEC mereka itu kesemua nya yang menyokong penuh pucuk pimpinan.

DEMOCRATIC Action Party apekebende nya macam itu? Pastu, bila di tegur dek RoS, keluar tabi'at biadap dan kurang ajar nak saman RoS konon, tabi'at biadap yang Naib Presiden nya sendiri, Tengku Aziz, telah lemparkan kpd bossman Lim Guan Eng masa dia cabut keluar dari parti itu 1-2 tahun yang lalu.

Perkara tak bersatu di antara ultra kiasu DAP dengan mereka yang ultra kiasu bukan ahli atau dalam parti parti lain pun boleh di tulis panjang lebar. Tapi mencukupi lah bagi kali ini.

Ha nya nak kata memang ada ramai juga yang ultra kiasu tapi tak menjadi ahli DAP. Ada yang mengatakan bahawa akhbar kepunyaan parti ahli BN pun telah di serap seludupi dek ultra kiasu yang pendirian dan pemikiran nya mirip kpd ultra kiasu DAP. Itu sebab pada masa masa nya laporan atau komen akhbar itu condong kpd pendirian dan pemikiran ultra kiasu DAP. Tidak, ultra kiasu tidak terus bersatu.

Anonymous said...

Saya tidak setuju RT mengatakan ultra kiasu terus bersatu.

Ramai ahli parti ultra kiasu DAP yang di singkir atau di ketepikan kerana tak setuju/ melawan pucuk pimpinan mereka. Ronnie Liu sudah lama menjadi "bekas" Ketua DAP Selangor, sebab dia cakap fasal "money politics" DAP di suatu konvensyen DAP Selangor.

Dr Boo juga telah menjadi "bekas" Ketua DAP Johor, sebab dia komplen pucuk piminan DAP tak demokratik, nak "interfere" tak kasi dia bebas membuat keputusan dalam urusan DAP Johor.

Hal bahawa CEC parti itu tidak di terima dek Registrar of Societies bagi tahun 2012 dan 2013, meleret hingga tahun 2014, menunjukkan masalah perpaduan besar dalam DAP. Ahli ahli yang di anggap tak menyokong pucuk pimpinan parti tidak di beri tahu atau di hantar notis tarikh dan tempat pemilihan CEC. Sebab mahu menentukan 20 orang yang konon nya "di undi" ke CEC mereka itu kesemua nya yang menyokong penuh pucuk pimpinan.

DEMOCRATIC Action Party apekebende nya macam itu? Pastu, bila di tegur dek RoS, keluar tabi'at biadap dan kurang ajar nak saman RoS konon, tabi'at biadap yang Naib Presiden nya sendiri, Tengku Aziz, telah lemparkan kpd bossman Lim Guan Eng masa dia cabut keluar dari parti itu 1-2 tahun yang lalu.

Perkara tak bersatu di antara ultra kiasu DAP dengan mereka yang ultra kiasu bukan ahli atau dalam parti parti lain pun boleh di tulis panjang lebar. Tapi mencukupi lah bagi kali ini.

Ha nya nak kata memang ada ramai juga yang ultra kiasu tapi tak menjadi ahli DAP. Ada yang mengatakan bahawa akhbar kepunyaan parti ahli BN pun telah di serap seludupi dek ultra kiasu yang pendirian dan pemikiran nya mirip kpd ultra kiasu DAP. Itu sebab pada masa masa nya laporan atau komen akhbar itu condong kpd pendirian dan pemikiran ultra kiasu DAP. Tidak, ultra kiasu tidak terus bersatu.