(Sinar Harian 18.5.15)
Allah berfirman,
ambillah (kejadian itu)
untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai wawasan.” (Al-Hasyr, 59: 2)
Peristiwa MAS terpaksa berpatah balik, ekoran
seorang penumpang (German) mabuk sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita
semua, sebagai rakyat, dalam sebuah negara Islam, Malaysia. Kenapa tidak
belajar dari peristiwa buruk yang berlaku?
Tidak dinafikan ada
sedikit kebaikan arak, kerana ada proses penapaian. Tetapi keburukan arak
mengatasi kebaikannya, sebab itu ia diharamkan. Mereka
bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya
ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219). Lihat juga an-Nisaa':
43, Al-Maidah: 90.
Nabi
turut memberi amaran, arak
adalah ibu daripada segala kejahatan, sama ada diambil secara berdikit atau pun
banyak.
Nabi
mengingatkan lagi, Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang
menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak, penghasil, penjual, penghantar, penolong
membeli, pelayannya, pengguna wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan
juga orang yang membeli arak daripada seseorang"
Begitu
juga dalam bible, minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang
yang menjadi mabuk (Proverb 20:1). Lihat juga
Proverb 31:6-7, Ephesians 5:18.
Pendek kata, arak punca segala kejahatan. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan
hubungan kejiranan, kadar jenayah dan perceraian meningkat.
Justeru, apakah justifikasi ultra kiasu, mahukan
arak dihalalkan, kalau bukan ada perancangan lain. Teringat kata-kata
Jomo Kenyatta, perdana menteri dan presiden pertama Kenya menjadikan saya
tersentak.
When the
Missionaries arrived, the Africans had the Land and the Missionaries had the
Bible. They taught us how to pray with our eyes closed. When we opened them,
they had the land and we had the Bible
Bila berjumpa doktor, selain dari merokok, soalan
lain yang ditanya adalah “minum” atau tidak? Jika arak itu baik, beri wanita
mengandung meminumnya. Begitu juga mereka yang memandu, termasuk pilot.
Sama
juga dengan sokongan mereka ke atas COMANGO. Saya yakin mereka tahu bahawa
pemangsanya adalah orang Islam. Maka, mereka mahukan mangsakan kita semua agar
kita tidak lagi sensitif terhadap agama, maka mudahlah bagi mereka untuk
menghancurkan kita semua.
Manusia
dibawah pengaruh arak, tidak lagi sedar diri, seperti dadah. Otaknya tidak lagi
rasional. Tidak hairan mereka bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata yang kotor.
Kes
pelacuran, rogol, sumbang mahram, dan AIDS, salah satu puncanya adalah dari
arak. Mengikut kaji di U.S. Department of Justice, setiap hari kes rogol berlaku disebabkan
perogol dalam keadaan mabuk.
Lapan
peratus rakyat Amerika melakukan sumbang mahram, 1 daripada 12 rakyat mereka
terlibat. Begitu juga dengan penularan penyakit AIDS. Pesakit utamanya adalah
peminum arak.
Selain
itu, pelbagai kajian telah dibuat mengenai mudarat arak. Antaranya, penyakit limpa dan hati, kanser kerongkong,
kepala, leher, hati, usus dan sebagainya.
Begitu
juga dengan tekanan darah tinggi, kerosakan hati, strok, sawan dan pelbagai
jenis penyakit. Pendek kata, namakan sahaja apa penyakit, arak adalah antara penyumbang
besar.
Kajian
juga membuktikan, arak bermula dengan parti sosial (social drinker). Tidak ada
peminum arak berniat menjadi peminum arak sejati. Tidak ada hujah untuk
mengatakan kita tidak akan mabuk walaupun biasa minum arak.
Peliknya kenapa bila kerajaan negeri Melaka mahu
mengharamkan arak di premis kedai 24 jam ditentang hebat oleh ultra kiasu.
Akibatnya umat Islam terpaksa mengalah atas alasan hak asasi manusia. Nasib
baiklah Terengganu dan Kelantan sudah lama melaksanakan.
Saya cadangkan tutup sahaja kilang arak yang tidak
mendatangkan manfaat kepada manusia. Apatah lagi menghidangkannya dalam pesawat
atau di mana sahaja, seperti yang dilakukan oleh Brunei. Ini kerana, semua
agama menentang arak.
Tidak bolehkah semua kerajaan negeri lain turut mengikut
langkah kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan, terutama di Kuala Lumpur,
Selangor dan Pulau Pinang. Jika Kristian di Sabah dan Sarawak yang turut
menggunakan kalimah Allah, apakah mereka tidak takut dilaknat Allah membenarkan
arak atas hal asasi manusia?
Kadangkala saya amat pelik, kita mengaku mahukan
hak-hak agama, tetapi tindak-tanduk kita tidak menunjukkan sedemikian.
Sebenarnya, kita mahukan agama atau tidak?
Kalau nak sangat minum arak, pastikan masuk syurga
di akhirat nanti, kerana arak di sana ibarat air sungai yang mengalir. Minumlah
sepuas-puasnya. Tetapi di dunia, tidak boleh, sebab membawa kerosakan. Ambillah
pengajaran.
Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
INSPIRE/PPI, UNISZA
3 comments:
Arak diharamkan kat duniawi tetapi halal kat surga?
Ni belum cerita lagi 72 bidadari konfirm anak dara lagi. Nak buat apa tu?
Kenapa agaknya direka cerita sabagini kat syurga?
Ustaz bijak pandai, tolong cerita sikit.
Ketagih dadah mungkin maut padah nya.
Ketagih arak mungkin tak sampai maut padahnya tapi bermacam angkara sosial dan penyakit badan.
Berbagai pengkajian telah di buat menunjukkan arak boleh mengurangkan jagka masa hidup manusia.
ss
Post a Comment