Cerita mengembek dan orang kafir (8.6.15)
Saya amat teruja membaca
cerita seorang ustaz, mengenai seorang pemuda mengembek, gara-gara menghina
janggut Almarhum bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul (TGNA), yang
menjadi viral. Pemuda itu berhenti mengembek setelah meminum air yang ditawarkan
oleh TGNA.
Begitu juga, sebelum
ini, cerita mayat bertukar menjadi khinzir, dan macam-macam lagi cerita pelik
dari mulut orang Islam, termasuk ustaz, Hujahnya amat simplistik, sebagai
balasan terhadap perbuatannya.
Tidakkah sepatutnya cerita-cerita
sebegini berlaku kepada orang kafir, atau mereka yang lebih zalim? Termasuk
penentang tegar Islam, seperti ultra kiasu? Bukan itu sahaja, mereka juga pemakan
tegar khinzir, peminum arak tegar, pemain tegar judi dan lain-lain
tegar lagi?
Tidak pernah pula
kedengaran. Malah sepanjang saya menziarahi
kematian orang kafir, termasuk mereka yang ‘zalim’, tidak pernah juga
nampak perubahan wajah mereka, termasuk bertukar menjadi khinzir, anjing,
kucing dan sebagainya. Malah, mayat mereka kelihatan cantik selepas disolekkan, sebelum dikebumi.
Apakah Allah hanya akan
seksa atau membalas kejahatan orang kafir ketika berada di alam kubur?
Manakala, orang Islam, ketika di dunia sudah ditunjukkan balasannya?
Peliknya, kita selalu
didedahkan dengan insiden pelik berlaku ke atas umat Islam, dengan dosa mereka
tidak seberapa. Sedangkan orang kafir, yang kejahatan sangat ketara dan
bermaharajalela tidak pula dinampakkan? Isshhhhh, peliknya
Apakah selepas ini bila
Presiden Mesir, Al-Sisi, meninggal dunia, almaklumlah kejahatannya kepada
Ikhwan, wajah dan bentuk mayatnya akan bertukar menjadi babi? Jika begitulah
keadaan, saya fikir, selepas ini tidak ada orang jahat atau menjadi kafir.
Semua pakat bertaubat
dan memeluk Islam kerana nampak balasan Allah di depan mata. Sebagai orang
Islam yang beriman dan percaya dengan kekuasaan Allah SWT, saya tidak tolak
‘cerita pelik’ sebegini. Tetapi terus
terang saya tidak selesa, apabila kalangan cerdik pandai yang menjaja cerita
ini. Kita bimbang, ada orang mungkin percaya, ada manusia lain yang lebih hebat
dari Nabi.
Nabi, sebagai utusan
Allah, maksum, lagi hebat, tidak pula menggunakan mukjizatnya untuk melembut
atau mengIslamkan musuh-musuh Islam. Malah orang kafir terus menjadi penentang
tegar Islam? Kenapa mereka tidak mengembek atau mengembu seperti kambing dan
lembu kerana menentang Nabi? Allah tidak berkuasakah?
Jika isu hina janggut
inilah yang menyebabkan seseorang itu mengembek, sudah tentu bapak segala musuh
Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan segala Abu yang lain, termasuk
pemimpin-pemimpin Amerika yang sangat kuat menghina Islam akan mengembek
terlebih dahulu. Tetapi, tidak pula berlaku, malah mereka semakin jahat.
Secara peribadi, saya
amat menghormati kewarakan dan sifat tawaduk Almarhum TGNA. Tetapi dalam kes
mengembek ini, saya perlu simpan dahulu,
kerana cerita sebegini terlalu peribadi, sekirapun benar. Tidak perlulah
diceritakan di khalayak. Apa tujuannya? Begitu juga cerita berjumpa Rasulullah,
jika pun benar, simpan untuk diri
sendiri.
Saya bimbang,
cerita-cerita sebegini akan menimbulkan implikasi lain. Mengenali orang Melayu
yang mudah menjadi fanatik dan suka mengambil jalan pintas, tidak mustahil,
cerita sebegini, boleh membawa manusia bertuhankan manusia atau memuliakan
manusia tertentu. Ada manusia tidak mulia, ada manusia yang mulia. Serahkan
kepada Allah untuk menentukan segala.
Ingatlah, agama Islam
agama Allah. Jika Allah mengkehendaki, Allah boleh gunakan kuasanya untuk
menyelamat agamaNya dan umatNya tanpa disentuh atau dijentik oleh sesiapapun.
Malah, Allah boleh terus beri balasan di depan mata dan sekelip mata, sebagai
tindak balas. Kenapa dan mengapa kita terus diuji dan dicuba?
Pelarian Islam Rohingya
dengan penderitaan yang teramat sangat. Mereka diseksa dan dibunuh
sewenang-wenangnya. Kenapa pemimpin junta Nyanmar tidak mengembek atau
mengambing? Malah semakin zalim.
Begitu juga pembunuhan
sesama umat Islam di Syria dan Mesir. Saya belum dengar lagi Syiah yang
membunuh tukar bertukar suara menjadi suara kambing. Jika sayalah dijemput
untuk mencerita kehebatan seseorang yang untold
story, saya akan tonjolkan segala kebaikan dengan hujah akademik, bukan
simplistik, kerana ada implikasi lain.
Justeru, saya minta kepada para ilmuan dan
agamawan, tidak perlu menjual air jampi, termasuk air zam-zam. Kita jaja
cerita, jika air ini diminum, maka yang gelap hati menjadi terang, jahat
bertukar baik.
Jika begitu mudahnya Islam, senang kerja kita. Tidak
perlu bersusah payah berjuang dan berdakwah. Pakat-pakat pakai jampi sahaja. Hembus
sana, hembus sini. Kita juga boleh kumpulkan, para huffaz seluruh negara, bawa
mereka ke kolam tadahan air yang disalurkan ke setiap rumah. Jampi kolam air
tersebut dengan 30 juz bacaan al-Quran.
Sudah pasti air tersebut akan diminum oleh orang
kafir dan ultra kiasu. Keesokannya, mereka berduyun-duyun menyerbu pejabat
agama untuk memeluk Islam dan seterusnya mengundi Pas, dan menolak Umno. Adakah
semua ini boleh berlaku?

10 comments:
Cerita begitu sepatut nya di kenakan kpd DAP. Ultra kiasu ungrateful ingrate yang bukan sahaja tak reti berterima kasih tapi juga coba mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Marah bila di kata DAP anti-Melayu, anti-Islam dan mencetuskan pergaduhan kaum di 13 Mei 1969. Tak suka sejarah, bantah Sejarah di mestikan di sekolh sekolah, takut anak cucu depa tahu latar belakang dan sejarah jenis depa tuh.
Tapi sejarah dah di mestikan di sekolh sekolah sejak 2013. Anak cucu depa dan gnerasi akan datang semua akan tahu. Mudah mudahan akan lebih aman dan sentosa negara ini di masa depan, kurang ang ultra kiasu macam orang DAP.
Kita bersyukur beragama kpd Allah SWT. Ultra kiasu DAP mungkin ada empat agama yang mereka praktikkan. Confucianism, Taoism dan Buddhism yang ada Professor Sejarah kata jenis mereka telah praktikkan pada masa yang sama sejak abad ke 6 dulu lagi. Dan kebelakangan ini mereka pulak sibuk menganuti Kristian Evangelism.
Hingga ada yang mengata ada perjumpaan paderi paderi dan orang DAP di sebuah hotel di Penang, mahukan Kristian di jadikan satu dari agama resmi di negara ini.
Mana boleh? Nak cari pasak? Perlembagaan negara terang terang mengata di Perkara 3 bahawa "Islam ada lah agama Persekutuan ini". Tak lain, tak bukan. Tak boleh di pinda langsung.
Di lindung dek Akta Hasutan, spt Perkara Perkara lain berkenaan hak dan kepentingan Melayu. Najib nak buang Akta Hasutan, silap silap dia kena buang - keriau begitu banyak Bahagian UMNO, Pemuda dan Wanita UMNO, hingga dia tukar pendirian, umumkan bahawa Akta Hasutan ada lah di teruskan.
As Salam Tuan Profesor,
Soalan cepu emas saya ialah mengapa mereka yang bukan Islam terutama di Malaysia setelah begitu lamanya sudah merdeka MASIH menentang hukum Islam?
Apakah itu juga kehendak Allah?
Contohnya, mengapa ultra kiasu DAP/MCA/Gerakan menentang hukum Hudud sedangkan Hudud adalah kanun jenayah hanya untuk orang Islam? Hudud tidak akan dikenakan kepada mereka yang bukan Islam.
Apakah mereka ini sengaja dijadikan musuh Islam kerana kehendak Allah atau mereka ini masih tidak memahami Islam?
Apakah maksudnya nanti ramai orang Islam akan kudung tangan sekiranya hukum Hudud dilaksanakan? Adakah orang Islam yang banyak melakukan jenayah? Apakah itu kehendak Allah bahawa Islam dikaitkan dengan jenayah?
Pendirian Islam Nurul izzah sendet ebab nakkan undi. Pendirian Islam Marina Mahathir senget sebab nakkan heboh. Pendirian kaum intelektual Kumpulam 25 senegt sebab .......
Mengarut mengata ada Islam melampau. DAP melampau dia tak sebut. Apa daaaaa ........
3:58 PM,
Yang masih menentang Islam itu kebanyakan nya ia lah penganut dan penyokong DAP. Jenis yang tak tahu berterima kasih, dah dapat hak kerakyatan, tak menghormatkan Perlembagaan negara. DAP di gelar Cina Bukit, berasal dari selatan China yang pada asal nya di dudukki oleh beberapa hill tribes, tak bertamadun.
Mereka kata mereka tentang PAS Hudud. Tapi apa hal pun, Hudud itu ada lah undang undang agama Islam, ada di sebut di dalam Al Qur'an, walau pun tidak di bebut butiran lanjut nya. Nyata mereka tidak memahami Islam tapi ada juga yang faham tetapi sengaja membantah.
Mereka yang membantah kebanyakan nya memikir bahawa, bila di laksanakan, Hudud akan juga meliputi bukan Islam. Contoh yang di beri ia lah di Kelantan hukum ke atas unisex salon juga di kenakan kapada yang di punyai atau di operasi oleh bukan Islam.
Rohingya diseksa dan derita kenapa tuhan Arab tak datang tolong? Adakah ini ujian atau suka mereka diseksa? Rasa tuhan Arab kalau wujud tapi takda kuasa pun?
"Kita bimbang, ada orang mungkin percaya, ada manusia lain yang lebih hebat dari Nabi."
Apa tujuan mereka mengadakan "cometititon to draw Prophet Muhammad" yang diberitakan berlaku di Texas, US. Jika untuk mepertikai senda Nabi Muhammad, lakatullah mereka.
Yang di Paris pelukis komik Charlie Hebdo yang anggota ny termasuk Yahudi Zionis dah memang kurang ajor, biadap laknatullah mereka itu. 12 orang di tembak mati oleh sekumpulan Islam tak lama dahulu.
9:00 PM, June 12, 2015,
Setuju kebanyakannya adalah penganut dan penyokong DAP. Tapi puak MCA/Gerakan kong kali kong sama juga.
Umno tidaklah macam DAP. Bila MCA kalah teruk, tidaklah disuruh lepaskan jawatan seperti DAP kat Pulau Pinang. Ketua MCA yang kini telah dikurniakan Tan Sri yang menyuruh meletakkan jawatan. Umno tetap membuka laluan untuk MCA memenuhi jawatan kabinet.
Inilah perbezaan yang ketara tentang orang Islam dan mereka yang bukan Islam.
Semua yang berlaku adalah kehendak Allah. Bagi mereka yang ada mata, jangan ulang kesilapan mengundi DAP pada masa yang akan datang. Orang Islam tidak pernah memusuhi mereka yang bukan Islam. Orang Islam sentiasa ada niat membantu mereka yang bukan Islam. Mereka yang bukan Islam tidak mempunyai niat semurni orang Islam terutama dalam bidang politik.
Bagaimana orang Islam nak hormat DAP kalau mereka tidak mahu memahami agama Islam? Apakah penolakan hukum Islam itu bukan suatu penghinaan kepada Allah?
Sekiranya tidak memahami Islam, belajarlah dari mereka yang lebih arif tentang Islam. Sebaliknya, mereka berdamping dengan PAS bukannya ada niat nak belajar Islam.
9:00 PM, June 12, 2015
Isu unisex salon di Kelantan BUKANLAH hukum HUDUD.
HUDUD adalah kanun Jenayah.
Isunya ialah dalam Islam yang begitu mudah difahami adalah haram untuk lelaki pegang dan potong rambut wanita.
Perkataan unisex pun sudah tak betul dari sisi pandangan Islam.
Sekiranya ingin menceburi dalam pasaran orang Islam, kenalah belajar dan faham. Sayangnya, setelah begitu lama berdampingi dan duduk bersama, mereka yang bukan Islam masih inginkan orang Islam tunduk kepada kehendak mereka.
Orang Islam sudah lama bertoleransi dengan mereka yang bukan Islam. Cukup-cukup lah tu. Bertoleransi itu pun ada hadnya. Hanya jangan abaikan perintah Allah.
dr ...yang ni saya kurang bersetuju dgn dr,sesuatu perkara berlaku ada hikmahnya,yang kafir Allah telah janjikan neraka,mereka kekal didalamnya,yang islam Allah bagi peringatan2 tertentu supaya mereka yg hamper tergelincir akan kembali kepada akidah islam,Allah jadikan firaun matinya tenggelam ditengah laut,Allah kisahkan untuk umat akhir zaman,bukankah dizaman nabi musa tongkat nabi bertukar menjadi ular,bukankah dizaman nabi Ibrahim api tidak menjamahnya,namun adakah orang kafir itu beriman,bahkan mukjizat nabi dikatakan sihir,sebab itu Allah tidak jadikan orang kafir mati berubah menjadi babi,kerana mereka tiada kaidah....
Post a Comment