Tidak semena-mena bekas
Presiden Majlis Beguam melatah, dengan membuat kenyataan media, mahukan saya
disekat daripada bersuara, kerana terlalu perkauman katanya. Beliau menggesa
Sinar Harian, agar berhenti kolum mingguan saya. Siapa nenek kebayan ini untuk berbuat
demikian? Jika orang lain boleh berkata apa yang mereka suka, kenapa saya tidak
boleh? Ini zaman media terbukalah!Sila buat kajian mendalam siapa lebih yang
lebih rasisnya sebenarnya? Saya atau ultra kiasu?
Apabila kita mempertahankan
hak kepada yang berhak, maka itu dikatakan rasis. Apabila ultra kiasu bercakap
apa sahaja tentang hak mereka. Itu dalam kategori hak asasi manusia. Pemikiran
rimba apakah ini?
Jika nak tahu pemikiran
saya, marilah berdebat. Jangan buat tuduhan melulu. Saya hanya berkata benar. Jika
saya perkauman sekalipun, itu lebih baik daripada memperjuangkan hak asasi
tanpa had sehingga mahu menghalalkan LGBT
dalam negara beridentitikan Islam. Kenapa pula peguam sebegini boleh diberikan
ruang bercakap, saya pula tidak boleh? Apakah agama yang beliau anuti
menghalalkan semua ini?
Malaysia tetap
Malaysia. Tidak ada Malaysia baharu seperti yang beliau canangkan, seolah ada
Malaysia versi lama. Versi Malaysia lama macam mana? Talibankah? Apakah versi
Malaysia baharu, perlu menjadi seliberal-liberalnya, tanpa ada jati diri
tempatan, yang disebut payung anak watan atau Malay Canopy. Malaysia tidak boleh lari berindentitikan Islam dan
Melayu sampai bila-bila. Jika ada percubaan untuk meliberalkannya, pasti ada
orang yang akan bangkit menentang.
Inilah sejarah sistem
kenegaraan Melayunya. Jika mahukan kebebasan tanpa had, bukan di sini. Negaraku
tidak boleh dicemari oleh unsur-unsur yang boleh mengundang murka Allah. Nanti
bergegar rumah peguam itu jika berlaku gempa bumi.
Kenyataan saya mengenai
bercawat masuk ke rumah ibadat tidak ada langsung dalam tulisan saya di Sinar
Harian. Tetapi kenyataan saya yang diambil oleh laman Web Isma, dan seterusnya
dipetik oleh laman sosial ultra kiasu. Nyata sekali peguam ini tidak membuat
penyelidikan, tetapi tuduhan semborono. Jangan jadi lawyer buruk.
Kenapa tidak
pertikaikan parti-parti politik perkauman yang nyata memperjuangkan kaum mereka
yang lebih ekstrem, seperti Malaysian Malaysia. Kenapa saya sebagai individu
yang menjadi sasaran? Hebat sungguh saya, walaupun selama ini saya sangka diri saya
sungguh kerdil?
Biar saya jelaskan
kenapa LGBT lebih bahaya dari perjuangan saya yang dikatakan perkauman. Perkara
tersebut bercanggah dengan Perlembagaan dan Rukun Negara. Kenyataan saya
mengenai bercawat ke rumah ibadat, kerana ultra kiasu tidak pernah percaya
kepada etika berpakaian ketika berurusan dengan premis kerajaan. Mereka mahukan
jadikan pejabat kerajaan seperti rumahnya. Mana boleh.
Ahli parlimen ultra
kiasu dengan bangga memuatkan gambar sekumpulan orang Iban berpakaian tradisi
membuat persembahan di gereja dalam laman FBnya, sebagai menyahut cabaran saya
sebelum ini. Dia sangka dia hebat.
Akhirnya, gambar yang
dimuatkan itu, makan tuan. Pengguna FB mengutuk beliau seolah-olah melabelkan
begitulah cara orang Iban berpakaian ketika berurusan dengan pejabat kerajaan.
Sedangkan, pakaian tradisi tersebut hanya dipakai ketika pertunjukan sahaja. Orang
Iban tetap berpakaian sopan ketika berurusan dengan pejabat kerajaan. Ternyata
orang Iban lebih bertamadun.
Saya amat memahami kehidupan
orang Iban kerana penyelia tesis kedoktoran saya adalah Profesor Iban yang
bersifat terbuka dan kuat keIbanannya. Malah, saya memuji orang Iban kerana
bangga dengan pakaian dan jati dirinya.
Bukan seperti
segelintir pemimpin ultra kiasu, mata sepet, rambut hitam lurus, berlagak
menggunakan nama orang putih dan mewarnakan rambutnya. Kemudian lupa diri,
bertindak lebih orang putih dari orang putih. Belajarlah daripada bangsa Iban
dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang penuh identiti. Mungkin sebab itulah
beliau tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sama seperti saya.
Pejabat kerajaan adalah
tempat urusan rasmi. Sama seperti mahkamah. Adakah mereka yang berada di
mahkamah, termasuk peguam tersebut boleh berpakaian sesuka hati. Ada etikanya.
Kenapa tidak memakai pakaian tradisi masuk ke mahkamah?
Masih ingat lagi ahli
parlimen ultra kiasu yang saya sebut di atas, memakai baju-T belang-belang
menghadiri sidang parlimen sehingga ditegur oleh ahli parlimen BN. Kita yang
bukan ahli parlimen, ketika membuat lawatan ke parlimen, dikenakan peraturan
berpakaian yang begitu ketat, paling kurang bertali leher. Kenapa ahli parlimen
yang sepatutnya menjadi contoh memakai baju-T? Peliknya, tidak ramai yang
sensitif.
Kenapa peguam ultra
tersebut dan ultra kiasu yang lain begitu berpakaian sopan ketika menghadap dan
menerima anugerah pangkat dan kebesaran daripada Sultan? Bila nak dapat
sesuatu, seperti pangkat dan harta, sanggup buat apa sahaja. Tetapi dalam hal
lain, tidak pula. Nampak sangat hipokrit. Adakah orang sebegini boleh
dipercayai?
Pada saya, kerajaan
tidak sepatutnya tunduk kepada desakan perlu adanya etika berpakaian. Saya
tidak kisah sangat jika ia berlaku di tempat awam. Malah di setengah tempat,
mereka boleh bertelanjangpun. Tetapi hormatlah institusi formal seperti pejabat
kerajaan.
Profesor
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
17 comments:
Kupla worak bekas Presiden Majlis Peguam nak sekat orang bercakap. Dia tak baca depa yang mengakui sebagai "news portal" ke? Yang di gelar "news scrotal" dek sasetengah pihak. Aa lagi gelaran depa, tapi scrotal pun dah cukup dah.
Depa yang selalu melampau dengan "news heading" depa. Ap tah lagi dengan isi kandungan "laporan" depa. Selalu mirip kapada menghasut. Ada yang 5 Pengarang nya dah kena tangkap dan di tohmah di Mhkamah di bawah Akta Hasutan.
Suruh mereka baca defininasi Racist di kamus terkenal. Bukan semua peguam tahu definasi sabenar.
Rasis tu ia lah bia mereka nak cecah hak kaum lain. Kalau setakat nak majukan kaum sendiri saja, tak rasis. Tapi bila nak ungkit Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153 Perlembagaan, itu rasis. Dah dapat hak kerakyatan tapi tak terima kasih pun. Sebalik nya, asyik nak lagi, nak lagi, nak lagi. Itu di panggil ultra kiasu. Saperti DAP.
Lama kelamaan di kenali sebagai parti anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 1969. Baca lah Kertas Putih yang di keluarkan dek Majlis Tindakan Negara, Oktober 1969, jika nak butiran lanjut nya.
DAP pikul sepanduk "Malaysian Malaysia" konon nya. Nak sama rata konon nya. Mana boleh sama rata selagi ada Kedudukan Istimewa Melayu itu yang telah di panjangkan kpd Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa penubuhan Malaysia.
Macam gitu, buan saja hipokrit. Itu jembalang puaka tak hormatkan hak orang lain, tak hormatkan Perlembagaan negara, tak mahu hidup mengikut Perlembagaan negara.
Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu di lindungi dek Aktan Hasutan. Sama dengan lain lain Perkara "sensitif" di Perlembagaan, termasuk kedudukan, peranan, fungsi dan tanggong jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja, dll. Itu pasal mereka nakkan Akta Hasutan di buang.
Najib dah buat keputusan nak buang, sebab nakkan undi jembalang puaka itu. Nasib lah majoriti terbesar Ketua Ketua Bahagian UMNO, Pemuda dan Wanita UMNO bantah. Najib kena U Turn dan teruskan Akta Hasutan.
Mana boleh nak buang. Mengungkit kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera akan menarik ungkitan kpd hak kerakyatan pendatang juga. Tak boleh begitu. Kalau tak, "all hell will break loose". Tak siapa dapat faedah dari tindakan saperti itu. Ini mesti di ulangkan utk peringatkan mereka ultra kiasu selalu.
Woi pendatang ultra kiasu, belajar lah sejarah negara nih. Anak anak korang dah terpaksa berlajar di sekolah. Nanti korang di ketawakan anak anak korang sebab tak tau sejarah, asyik nak meroyan aje cakap itu ini tak tentu arah.
teruskan perjuangan prof. saya sentiasa mengikuti tulisan tulisan prof...
Ngaku rakyat Malaysia, BM pun tak boleh cakap betul. Islam agama negara ini pun tak tahu. Azan subuh pun nak rongot. Mana tak hipokrit apekedarah nya macam tu.
Saya sangat meminati pencils an tuan yang tidak dapat pada pendapat orang lain
Teresa Kok di beritakan menyaman RT kerana melabel nya hipokrit. Saya ingin mempertahankan RT dengan beberapa komen.
Definasi hipokrit di Oxford English dictionary:
hypocrisy - Simulation of virtue or goodness; dissimulation, pretence
(Simulate - feign, pretend to have or feel or put on ; pretend to be, act like, resemble, wear the guise of, mimic (of word), take or have an altered form suggested by (word wrongly taken for its source)
hypocrite - Person guilty of hypocrisy; dissembler, pretender
Berbagai fakta dan hujah boleh di kemukakan berdasarkan definasi di atas.
Sudah lama Teresa Kok di labelkan hipokrit. Pada February 10, 2014, President, Centre for Political Awareness, juga menulis, "Teresa Kok is being hypocritical".
Antara fakta fakta dan hujah hujah yang di keluarkan pada masa itu ada lah saperti di petikan di bawah ini:
As MP, she has the responsibility of upholding values and ethics that sow the seeds for unity and not dissension. Yet her Chinese New Year video clip (showed the opposite) .. the whole production smacks of malicious intent .. (that) she had overstepped boundaries is disgusting.
In a most revealing and audacious revelation, Kok was arrogant and resorted to revolting name-calling retaliation showing her lack of respect for fellow leaders and her warped malevolent side.
Here are some of the labels she used in her press statement:
• She called critics of her video “racial bigots” and “stupid” for failing to appreciate the concept of satire.
• She singled out Umno minister Mohd Shafie Apdal and MCA’s Koh Nai Kwong for apologies, saying the duo had falsely accused her of mocking local security forces who fought during the Lahad Datu intrusion last year.
• She lashed out at MCA for being “political parrots,” accusing the party’s leaders of repeating the comments and actions of “racial bigots and extremists.”
• Kok is reported to have said Wanita MCA chief Heng Seai Kie as an example of a leader who could not accept political satire… and has shown her stupidity by calling on MCMC and police to intervene and stop my video for the nation’s stability and unity.
Is such behaviour becoming of a Christian MP? While on one hand she has the gall to make such an offensive video and on the other hand, has no guts to apologise or to admit her video clip of political satire is most inappropriate and out of line for the CNY celebrations . Neither does she dare to admit it was produced to reframe the representation of current issues to her advantage, through her lens, her perspective and that of DAP. Impressive?
(Bersambong)
(Sambongan)
By definition, satirical literature is different from pure comedy, as it is “not meant to elicit laughter just for the sake of laughing, for that is called clowning. It is a form of black comedy that reflects the political and social pains of every citizen.” Granted that for a long time, satire has long been used for political criticism with a specific target and an ideal for comparison description of a folly or vice. However, Teresa Kok and her DAP partners-in-satire must realise that whilst there is freedom in using satire, we should exercise responsibility in how we use it and not abuse others verbally after that!
The Columbia encyclopedia states:
From ancient times, satirists have shared a common aim: to expose foolishness in all its guises – vanity, hypocrisy, pedantry, idolatry, bigotry, sentimentality – and to effect reform through such exposure. The many diverse forms their statements have taken reflect the origin of the word satire, which is derived from the Latin satura, meaning “dish of mixed fruits,” hence a medley.
Certainly, that video clip does not effect reform; rather it stirs unrest and a host of negative sentiments. To hide behind the mask of innocent tomfoolery or comedy in the name of fun is nothing short of being hypocritical. If she really had the intention of using political satire, why couldn’t she have used it in a non-offensive, non-divisive manner so that everyone can laugh at it in good fun because it is well-written, entertaining and everyone, including the satirist, clearly knows and admits who/what is the target.
Kok's detention under the ISA for one week in 2008 did not teach her precious lessons of responsibility in what she says publicly. Then, her claim that the quality of food served to her during her incarceration was so bad that it was similar to dog food was carried by Utusan Malaysia which reported her statement. Kok claimed Utusan was manipulating her words, denied making that statement, and instead insisted that she had said that the food was only slightly better than dog food. Later, she admitted to making contradictory statements. (Wikipedia)
Finally, many Malaysians mudah lupa that Kok triggered a controversy when she aired a clip that showed a female police officer ordering a female detainee to do nude squats in the nude. Kok claimed the victim is a Chinese national when in reality, she is a Malaysian now identified as Hemy Hamisa Abu Hassan Saari. So, judge for yourself whether Kok has been consistently inconsistent in her responsibility as a MP.
Yang di atas ini sahaja pun sudah cukup membuktikan Teresa Kok ada lah hipokrit. Ada banyak lain yang boleh di kemukakan.
An example of Teresa Kok's hypocrisy -
She tried to belittle the contribution of women in national development, criticized the appointment of Datuk Heng Seai Kie, Wanita MCA National Chairman, as Deputy Minister. Yet she herself tries to project herself as a champion of women and as a female leader.
http://www.mca.org.my/en/teresa-kok-belittles-womens-ability-towards-nation-building/
Kenapa la awal Ramadhan dulu tak buka bazar Ramadan depan rumah ambiga. Abang kawasan mana tak buka tapak?
Tiada so'al Islam dan lain lain Perkara sensitif dalam Perlembagaan yang di lindung dek Akta Hasutan di ukar pada bila bila masa. Akta Hasutan pun dah di kekalkan.
Presiden UMNO sendiri yang cuba singkirkan nya di tentang dek Ketua Ketua Bahagian, Pemuda dan Wanita UMNO. Siapa lain cuba buat demikian akan di singkirkan. Apa tah lagi lain lain pihak yang bukan UMNO. Ingat, Melayu/Islam ada lah 60% di negara ini.
Hahaha, Malah di setengah tempat, mereka boleh bertelanjang pun.
Di budget hotel, di rumah urut yang berselirat di Selangor di bawah pemerintahan Pakatun (yang bahru saja mampus), bersepah deme bertelanjang gamak nya. Di pejabat Kerajaan, jangan le, wei. Tahu le hormatkan keadaan resmi, jangan biadap dan kurang ajor semata.
Nak pakai seluar menunjuk peha atau baju hampir menunjuk buah dada, berhijrah le ke negara negara yang Perlembagaan nya takda sebut Islam sebagai agama negara nya.
Hah, bekas Presiden Majlis Peguam nakkan Malaysia Baru? Cakap melalui hidung dia ke?
Dia tak tau ke Amerika pun sekarang dah balik kpd The Days of the Wild West - tembak sini, tembak sana.
Bebas sangat dengan lesen senapang, tiap hari ada yang mati kena tembak tak pasal pasal, beribu mati tiap tiap bulan di seluruh negara 250 juta manusia tuh. Tak pernah baca angka angka FBI ke?
Selagi mereka tak hormati dan patuh kapada Perlembagaan negara sapenuh nya, selagi itu kita tak boleh percayai mereka.
Selagi Perkara 3 Perlembagaan dan segala undang undang yang telah di kanunkan berikutan dengan nya tidak di hormati dan di patuhi, selagi itu mereka tidak layak memimpin negara ini. Mana yang tersilap di undi dan memimpin Pulau Piang, kena tukar pada masa yang sesuai.
Kalau bunyi azan pun di komplen, bermakna tak hormatkan Prkara 3 Perlembagaan yang menyatakan Islam ada lah agama negara ini. Jenis itu tak boleh di beri undi. Bagus PAS dah pecah dari kumpulan mereka.
Selamat Hari Raya kpd semua peserta dan pembaca blog ini.
سلامت هاري راي عيد الفطري
معاف ظاهير دان باطين سموا :)
Post a Comment