(Sinar Harian, 7 Sept 2015)
Bersih 4.0 nyata berbeza dengan bersih sebelum ini.
Jika sebelum ini, majoriti pesertanya
adalah orang Melayu (Islam). Tetapi pada kali ini berbeza sekali. Ultra kiasu paling
ramai. Sedangkan angka yang paling ditakuti mereka adalah angka 4 (si) bermakna
mati. Lihat di mana-manapun mereka berada, rumah, tingkat bangunan, lif dan
sebagainya, nombor 4 pasti akan diganti dengan nombor 3A.
Kenapa nombor 4 (si) atau mati sudah tidak lagi
menakutkan? Adakah kerana ketuanya Cina Muslim? Saya tidak fikir dia tidak
percaya kepada angka kerana darah Cina masih mengalir dalam badannya, sama
seperti saya. Sampai sekarang saya masih fobia kerana pembawaan sejak kecil.
Kenapa kali ini jadi tidak percaya? Jawapannya, demi kuasa, mereka sudah tidak
takut mati. Sebab, yang mahu “dimatikan”, bukan dia tetapi orang lain.
Watak yang ingin “dimatikan” adalah PM dan
Presiden Pas. Sebab itu, penganjur Bersih 4.0 tidak merasa bersalah ke atas insiden
memijak gambar kedua pemimpin ulung ini,
oleh anak muda mereka. Inilah generasi yang dilahirkan oleh ultra kiasu hari
ini. Mahukan orang lain mati, mereka sahaja yang hidup dan dapat berkuasa.
Ada beranggapan bahawa memijak gambar itu perkara
kecil. Jika sekadar memijak gambar Mat Sabu atau mungkin gambar saya, ya... itu
mungkin kecil. Tetapi PM adalah pemimpin tertinggi negara. Manakala Presiden
Pas, adalah presiden parti Islam dan juga Naib Ketua, Kesatuan Ulama’ Sedunia.
Lebih menjengkelkan apabila pemimpin GHB mengatakan
insiden ini tidak perlu diperbesarkan,
kerana ia akan menjadi pengundi Cina jauh dari Pas. Apakah kewujudan Pas hanya
untuk mendapat undi dan kuasa sama seperti parti lain? Tidakkah kewujudan Pas
lebih dari itu? Tanggungjawab, dakwah, kuasa dan lain-lain. Jika Pas kebulurkan
kuasa, sudah lama Pas menjilat ultra kiasu. Kenapa hubungan Pas dengan PR
terputus?
Nampak sangat GHB ini jahil dalam memahami dan menyertai
Pas sekian lama. Perjuangan mereka semata-mata untuk kuasa, bukan yang lain. Sepatutnya
awal-awal ini orang sebegini ditendang keluar. Orang sebegini tidak boleh
dipercayai, sama seperti ultra kiasu.
Dalam diri mereka penuh kebencian terhadap
kerajaan. Sehinggakan mereka tidak boleh
bezakan antara parti memerintah (ruling party) dengan kerajaan. Ini akibatnya
apabila tidak mengaji ilmu politik.
Mereka boleh benci kepada parti, tetapi mereka
tidak sama sekali benci dengan kerajaan, kerana kedua-duanya adalah perkara
berbeza. Umno (BN) adalah parti yang memerintah kerajaan, sama seperti Pas di
Kelantan, PKR di Selangor dan ultra kiasu di Pulau Pinang.
Kerajaan Malaysia, kerajaan Kelantan, Kerajaan
manapun, kerajaan tidak bersalah, kerajaan sudah tertegak apabila negara sudah
berdaulat atau merdeka. Kerajaan sudah wujud sebelum parti politik wujud.
Saya boleh benci pimpinan ultra kiasu, tetapi saya
tidak boleh benci kepada kerajaan Pulau Pinang atau Selangor. Kerajaan tidak
bersalah, tetapi orang yang menerajui kerajaan itu yang salah kerana
menyalahgunakan kuasa.
Amat memalukan apabila menonton klip video di luar
negara, kerana marahkan Perdana Menteri, mereka sanggup berkata “shame on you
Malaysian government”. Orang sebegini tidak sepatutnya menjadi warganegara dan
sepatutnya dihalang masuk Malaysia. Gunakan akta baharu, POTA untuk tujuan itu.
Perdana Menteri mengetuai kerajaan. Beliau dipilih
secara sah melalui saluran demokrasi. Jika tidak suka, tunggu sahaja PRU akan
datang, seperti yang disebut oleh Presiden Pas. Platform Bersih hanya boleh
menyuarakan, bukan menjatuhkan.
Racun-racun kebencian terhadap kerajaan yang ditanam oleh ultra kiasu dalam
minda kaum Cina di negara ini hanya akan merosakkan nama orang dan kaum Cina
yang tidak bersalah.
Ramai rakan WhatApp saya begitu benci dengan orang Cina selepas Bersih 4.0,
sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata tersangat kesat. Saya respon, Islam
tidak mengajar kita benci sebegini. Jangan benci orang Cina kerana dia Cina.
Orang Cina juga adalah makhluk jadian Allah. Mereka adalah khalifah seperti
kita juga. Khalifah lebih mulia dari makhluk lain. Bezanya hanya tidak seagama.
Jika tidak, sudah tentu mereka lebih mulia dari kita, kerana mereka menyahut
seruan Allah untuk bersatu.
Yang kita benci hanya sikap ultra kiasunya. Sikap itu yang perlu
diperbetulkan, bukan membenci orang Cina. Jika kita benci Cina, bermakna kita
benci kepada makhluk Allah. Hatta, babi yang diharamkan Allah untuk dimakan pun
kita tidak boleh benci. Kerana babi tetap makhluk Allah. Menjadi kewajipan kita
membantu babi jika memerlukan pertolongan, walaupun namanya babi. Sama juga
orang Cina, menjadi kewajipan kepada kita membantu mereka jika mereka kesusahan
atau memerlukan pertolongan. Saya amat mengharapkan kita tidak terlalu beremosi
selepas Bersih 4.0.
Saya amat tertarik dengan pendapat Cheah Sin Chong, kebanyakan masyarakat
Cina yang menyokong ultra kiasu tidak dapat berfikir secara matang dan rasional
berikutan hidup mereka mewah dan tidak merasai kesusahan. Tidak ramai orang
seperti Sin Cheong di Malaysia.
1 comments:
Salam Tuan,
Memang benar apa yang Tuan tuliskan. Apakan daya? Pemikiran rakyat Malaysia majoritinya telah dimomokkan dengan sentimen bangsa, kaum dan material telah berjaya disematkan di dalam benak pemikiran mereka. Sehingga tidak mampu membezakan antara partai dan kerajaan. Hanya segelintir yang boleh nampak perbezaan dan meletakkan perjuangan mereka berlandaskan unsur agama maupun kenegaraan.
Alangkah bagusnya jika setiap individu memahami akan maksud perjuangan seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau memperjuangkan bahasa, bangsa, budaya, negara dan agama sekali gus membawa setiap individu mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa.
Post a Comment