(Sinar Harian
14.9.15)
Saya kurang bersetuju apabila kumpulan merah mahu berhimpun pada 16
September 2015, sebagai respon kepada kumpulan kuning, Bersih 4.0. Jika kita
tidak mahu dilihat seperti mereka, kenapa mesti kita mengikut atau respon
kepada mereka. Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang
akan kita dapat selepas itu? Menang sorak?
Menang sorak sahaja tidak cukup jika kampung
tergadai. Inilah pepatah warisan nenek moyang sekian lama. Lebih baik tumpukan
perkara yang lebih berfaedah.
Ultra kiasu berani kerana mereka sudah berada di tempat yang kukuh.
Kewangan mereka mantap, perpaduan mereka kukuh. Melayu pula bagaimana? Ekonomi
jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah
hampir kepada berpuluh kumpulan. Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing
mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah
jawabnya.
Kenapa kita tidak pernah belajar daripada ultra kiasu?
Sekurang-kurangnya ambillah pengajaran. Misalnya, kenyataan seorang menteri di
Singapura ketika berkempen menjelang hari pengundian pilihan raya mereka 11
September 2015.
Dengan jelas beliau berkata dan menyindirkan kita. Katanya, nasib
baik bapanya mendarat di Singapura dari negara China, dan kini dia menjadi
warga Singapura. Jika dia mendarat di Tanah Melayu, sudah tentu dia menjadi
warga Malaysia selepas berpisah pada tahun 1965. Malaysia dituduh sebagai
negara rasuah, rasis dan berbagai lagi yang negatif.
Hebat sangatkah Singapura hari ini? Tidak hairan Singapura maju
kerana saiznya sekangkang kera. Bolehkah Singapura maju tanpa kita? Apakah
orang Melayu selaku penduduk asal tidak dipinggirkan? Kenapa Dr. Lily Zubaidah
tidak dibenarkan pulang ke Singapura? Saya diberitahu, ketika sambutan
kemerdekaan negara mereka baru-baru ini, video pendek yang ditayangkan langsung
tidak menggambarkan keadaan sebenar bahawa Singapura adalah sebahagian daripada
Tanah Melayu. Kenapa sejarah ini perlu dipadamkan? Inilah ultra kiasu yang perlu
kita belajar, bukan bertindak sama seperti mereka.
Saya harap orang Melayu membuka mata supaya jangan terlalu beremosi.
Berhentilah melakukan kerja-kerja kurang bermanfaat ini. Ia bukan medan
untuk menunjuk siapa lebih buat? Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak
bangsa agar menjadi manusia berguna.
Fikirkan bagaimana hendak melahirkan lebih ramai orang Islam menjadi
pengeluar, bukan pengguna semata-mata. Hari ini, boleh dikatakan kita rata-rata
menjadi pengguna.
Tidak mustahil terambil, terbeli, atau termakan benda-benda yang haram,
mengandungi babi. Kadangkala saya merasa pelik, kita begitu sensitif dalam soal
menyamak bekas atau troli terkena anjing. Tidakkah kita sedar kadangkala kita
termakan benda haram secara sedar, apabila kita bukan pengeluar. Seringkali
kita dengar makanan yang sengaja dicampur babi dan benda haram yang lain.
Misalnya, tindakan ahli Jawatankuasa Masjid Plentong, Johor Bahru menyamak dengan
air tanah, 500 buah troli di sebuah pasaraya selepas ia dicemari air kencing
anjing. Pada saya, tidak perlulah disamak, cukuplah disiram dengan air bersih.
Lagi pula yang terkena satu dua sahaja. Anak kita tidak akan menjadi jahat,
jika terpegang troli tersebut. Ramai yang merempit hari ini, walaupun tidak
memegang troli tersebut?
Saya tidak nafikan
bahawa pihak pasaraya terbabit bersalah kerana tidak memahami sensitiviti orang
Melayu. Pihak pasaraya sepatut menegah mana-mana pelanggan membawa binatang
peliharaan. Ini bukan perkara luar biasa, tetapi norma antarabangsa. Ramai bukan Islam yang memberi komen menentangnya.
Jika kita benar-benar sensitif dengan najis ini, yang perlu ‘disamak’
adalah perut-perut pemberi dan penerima rasuah, makan hasil hutang tidak
berbayar dan pemakan riba. Itu benar-benar haram.
Saya masih teringat orang-orang kampung yang berhutang dengan bapa saya.
Buku hutang mereka bertingkat-tingkat, sampai ada yang ditulis di
dinding-dinding kedai bapa saya. Anak-anak mereka yang berhutang dengan bapa
saya kebanyakan masuk universiti, hutang tidak pernah bayar. Tidakkah perut
mereka dan anak-anaknya perlu “disamak”?
Bila tiba bab anjing, kita begitu teliti. Pada saya, berpahala menolong
anjing babi dalam kesusahan, berdosa menolong dan bersubahat dengan perasuah dan pemakan riba dan siberhutang
yang tidak membayar hutangnya.
Soal anjing ini soal sensitiviti, bukan terlalu bersifat hukum. Saya bukanlah mahu
mempermudahkan hukum, tetapi pendekatan kita dan publisiti sebegini tidak menguntungkan
dakwah. Saya tidak fikir mereka yang membela anjing bagi tujuan keselamatan
(menjejaki penjenayah), malaikat tidak masuk ke rumah. Malaikat tidak masuk
adalah mereka yang kufur dengan Allah, tidak solat dan melakukan aktiviti haram
seperti rasuah, riba, berhutang tanpa bayar. Lebih malang jika ada yang berkata
tipu Cina tak apa, tipu Melayu jangan, kerana mereka saudara seagama.
Sudah sampai masanya
kita lebih banyak bertindak daripada berteori. Kita hanya menang di atas
kertas, realitinya kita kalah. Justeru, hentikanlah perhimpunan ini.
Tumpukanlah usaha bagaimana memartabatkan agama, bangsa dan negara sebelum
terlambat.
11 comments:
releks...u cina thats why u tak rasa apa yang kitorang melayu rasa sekian lama.
it took 4 kali Brshit baru Melayu bangkit...that shows our tolerance level is high.
and it is beautiful to see UMNO and PAS together is it not?
So releks chill...dont be negative of the Red Rally...by strengthening the Malays they are also strengthening Islam...:)
Salam En Ridhuan, saya hormati pandangan encik. Memang kita,bangsa melayu tidak pernah berhenti memartabatkan agama, bangsa dan negara. Cuma jika dikertas ianya dilakukan secara senyap melalui undian. Tapi jika kesahihan dan kedaulatan pada apa yang kami pertahankan itu dicabar dengan cara yang biadap, kita perlu menunjukkan dengan satu imej yang boleh dilihat orang2 biadap itu bahawa majoriti yang senyap ini memang wujud. Dan akan terus mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Itulah sebabnya juga adanya resolusi bernoktah yang disampaikan. Sorak dapat, Alhamdulillah. Kampung tergadai? Maaf kampung ini tanahair kami, dan tak sesekali kami akan menggadaikannya. Perhimpunan ini adalah bukti kepada ikrar itu.. Wasalam.
Salam prof.
terima kasih kerana begitu melindungi bangsa saya...
sekarang nih..orang cina "serang" melayu...orang cina (macam prof.) jugalah yang "defend" melayu
saya amat tidak bersetuju dengan pendapat tuan, saya amat menyokong demonstrasi ini kerana setidak tidak nya orang melayu masih mampu untuk berjalan bersama dan berkumpul ramai ramai yang mana tidak pernah kita lakukan. ia orang melayu mungkin ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan dan lain sekurang kurang nya maruah orang melayu terbela. bila tuan berkata melayu perlu belajar dari bangsa cina, tuan lihat sahaja kumpulan melayu berjaya yang dipanggil kumpulan 25 yang berpendidikan tinggi, bekas bekas pemimpin melayu seperti tun m atau yang lain. mereka leka dengan kekayaan yang mereka nikmati atas kebodohan orang2 melayu sebelum ini, adekah mereka sanggup membantu dan berjuang dengan orang melayu jawapan nya tidak, menghina lagi adalah, lihat saja lah blogger din turtle, kadir jasin dan tuan syed, bukan saja menghina bangsa malah menghina ugama. so harap tuan jangan merendahkan diri mereka yang berbaju merah, yang keluar itu melayu berjiwa besar, mungkin mereka dari golongan bawahan namun hanya mereka ni sahaja yang sanggup membela maruah orang melayu itupun sekiranya melayu masih mempunyai maruah.
Setuju sgt2. Sama mcm budak2 sekolah. Nk lawan penumbuk sape lgi besar. Terlalu typical sgt perangai cmtu. Tidak terlalu bijak. Nnti org cina mungkin akan balas balik, buat perhimpuanan lgi besar. Slps tu melayu plak buat...lgi besar.....last2 ape dpt. Xde ape2. Sekadar bertambah2 lagi kebencian kaum. Org melayu boleh bertindak. Tetapi....jdi bijak skit. Bkn berlawan cmtu.
Assalamualaikum Prof.,
Bg saya, perhimpunan ini adalah sbg tunjuk balas atas bersih 4. dan kalau nk tambah lg, sebab ramai melayu berang dgn tindakan memijak gambar pemimpin melayu. itu sahaja. soal ekonomi, x nafikan cina mengetuai, dan x kurang jugak melayu. melayu menuju ke arah penguasa ekonomi dan insya Allah akan berjaya.
perhimpunan ini hanya isyarat balas terhadap bersih 4. kalau bersih 4 boleh kumpulkan cina, melayu pun boleh berkumpul. jauh lg aman dr bersih 1, 2, 3, 4. di petaling street cuma ada isu kecil.
bg saya lg, saya suka dgn ayat tun musa hassan, you all nak sgt berkumpul kan ? berkumpullah! Chauvinist, racist, communist pun boleh berkumpul. Kalau saya lah kan Prof., saya tambah lg. Melayu. Melayu nk berkumpul, silalah! Tak salah pun.
Yg peliknya, bila baju merah berkumpul, heboh kata racist. ape yg cina buat selama ni x racist?
Maaf Prof., saya maksudkan cina di atas adalah cina dap. saya sayang Prof., kawan2 saya yg cina, yg x pernah terkeluar dr mulut mereka pasal menyokong DAP.
Salam,
mereka ini bila terdesak dan nak kuasa mereka cari melayu cerita pasal perkauman ,cina jahat itu dan ini , bila dah dapat kuasa dan kedudukan dan projek mula cari taukey cina minta bantu dapat duit cepat contoh Pemimpin kita yang cari Jho Low untuk sapu duit , ini termasuk lah yang lain lain yang sewaktu dengan nya, saya tak sokong bersih 1,2,3 kecuali 4 dan saya juga anti DAP.
setuju dr. semoga rakyat islam khasnya dan rakyat malaysia amnya akan kebali hidup aman dan bersatu seperti satu ketika dahulu. kepimpinan sekarang ini amat lemah dan kucar kacir utk menyatukan rakyat.
Saya sentiasa bersetuju dgn Tuan sebelum ini.. namun komen yg Tuan berikan tentang Himpunan Baju Merah saya tak bersetuju sama sekali dengan pandangan Tuan itu.. kita tak boleh biarkan diri dipijak-pijak selalu.. sesekali kita kena juga memijak.. namun dgn penuh berhemah & masih mendaulatkan undang2.. !
Saya pun sependapat dengan Anon 11:14 PM, September 18, 2015. Bila Melayu bertindakbalas aje, semua salah!
Tengok, susulan daripada Himpunan Baju Merah barulah MCA dan Gerakan 'ada berani' untuk menyalahkan DAP atas segala hasutan perkauman. Sebelum ni ada berani? Malah sentiasa sependapat dengan DAP.
Tetapi masih lagi hipokrit sebab MCA masih lagi membiarkan dan merelakan DAP menjalankan agenda subversif melalui akhbar The Star miliknya sendiri.
Saya pun sependapat dengan Anon 11:14 PM, September 18, 2015. Bila Melayu bertindakbalas aje, semua salah!
Tengok, susulan daripada Himpunan Baju Merah barulah MCA dan Gerakan 'ada berani' untuk menyalahkan DAP atas segala hasutan perkauman. Sebelum ni ada berani? Malah sentiasa sependapat dengan DAP.
Tetapi masih lagi hipokrit sebab MCA masih lagi membiarkan dan merelakan DAP menjalankan agenda subversif melalui akhbar The Star miliknya sendiri.
Post a Comment