(Sinar Harian, 21 Sept
2015)
Dalam
politik, segala kemungkinan boleh berlaku. Kawan menjadi lawan. Lawan menjadi
kawan. Pendek kata, untuk mendapatkan kuasa, segalanya boleh berlaku. Janganlah
terlalu mempercayai. Baiahpun dipermainkan. Inilah realiti politik, tidak kira
di mana kita berada.
Terbaharu,
PKR telah mencuri beberapa pemimpin dan wakil rakyat Pas yang berpengaruh bagi
mengukuhkan kedudukan kuasa mereka. Tindakan terdesak itu mungkin dilakukan setelah
mendapat arahan surat dari penjara.
Aneh!
bukankah mereka lebih cenderung menyertai GHB atau PAN dari PKR sebelum ini? Sama-sama
saksikan kehadiran mereka memberi kredit atau sebaliknya kepada PKR? Masalah
dalaman PKR tidak kurang hebatnya.
Ketika
Khalid Ibrahim, bekas menteri besar Selangor, ditendang keluar dari PKR, ada
ura-ura mengatakan beliau mahu memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Pas
cepat-cepat mengeluarkan kenyataan menolak, hanya kerana mahu menjaga hati
kawan, supaya tidak menjadi lawan.
Tidak
semena-mena, bila tiba giliran PKR, sudahlah tidak beritahu Pas, malahan
membuat kenyataan akhbar secara terang akan kemasukan kedua tokoh tersebut
dalam parti mereka. Lebih dahsyat, diumumkan bersekali dengan jawatan penting
dan strategik yang diberikan.Terdesak sangatkah?
Inilah
politik rakus, apabila Islam tidak menjadi asas, matlamat menghalalkan cara. Nampaknya,
apa yang dinyatakan oleh Machiavelli, lebih 500 tahun lalu menjadi kenyataan.
Demi kuasa, manusia sanggup lakukan apa jua cara, sekalipun terpaksa menikam
rakan sendiri. Orang agama atau bergelar ustaz juga tidak berkecuali. Saya
dapat merasakannya.
Tidakkah
mereka takut dengan syurga neraka? Bukankah perkara ini yang menjadi buah mulut
dan dijaja ketika ceramah. Kenapa mudah sangat kita bercakap tetapi tidak mengotakan?
Makna
politik yang begitu suci, telah tercemar dan ternoda dengan tangan-tangan jahat
manusia. Inilah perkara yang perlu ditangani
demi mengembalikan semula kesucian politik itu.
Lebih
pelik lagi ada yang berani mengeluarkan fatwa sendiri. Baiah yang disumpahi,
mahu dilanggar sesuka hati. Bila terkena batang hidung, merekapun berkata, serahkan
pada Allah, syurga neraka bukan terletak di tangan Pas. Sedapnya mulut!
Dahulu
ketika mahu bertanding atas tiket Pas, kenapa tidak dibangkitkan soal ini?
Sekian lama kewujudan Pas, pimpinan silih berganti, baiah terus disepakati.
Tiba-tiba
apabila mereka mahu keluar daripada Pas, dengan mudah mahu membatalkan baiah
tersebut dengan hanya merujuk kepada seorang dua mufti yang dirasakan memihak
kepada mereka.
Apakah
ulama-ulama yang selama ini berada dalam Pas, ilmunya tidak setanding mufti
pada hari ini? Misalnya, Fadzil Noor, Nik Aziz, Harun Taib, Yahya Othman, Dr.
Daeng Sanusi, Dr. Mahfoz, Dr. Harun Din, dan ramai lagi, sama ada masih hidup
atau telah pergi, ilmu mereka tidak setanding mufti Perlis misalnya? Siapakah
ulama siku lutut? Saya masih tercari-cari.
Maka, benarlah kata Hans J. Morgenthau, apabila kebenaran
mengancam kuasa, kuasa mengancam kebenaran, truth
threatens power, and power threatens truth, maka segala cara akan dicari
untuk menghalalkannya.
Inilah
dilema Melayu. Mereka telah ditimpa masalah. Tetapi jalan keluar masih tidak
dicari. Terus menyalahkan orang lain, hasil masalah yang dicipta sendiri. Saya
tidak nafikan orang lain turut menimbul dan memberikan masalah, seperti ultra
kiasu.
Terbaharu,
gara-gara pilihan raya kampus, seorang pemimpin pelajar (Melayu), 22 tahun,
mengalami kecederaan selepas diserang menggunakan senjata tajam dan disimbah
cat, dalam kawasan kampus sendiri. Apa sudah jadi dengan Melayu, kerana kuasa,
sehingga dalam kampus pun mereka masih ‘tikam-menikam’. Adakah troli yang
disamak boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu?
Perhimpunan
baju merah 16 September 2015 adalah perhimpunan Melayu. Seramai mana pun baju
merah turun, sehingga menenggelamkan bandaraya Kuala Lumpur, ia masih belum
meyakinkan saya kekuatan Melayu yang sebenar, kerana realitinya Melayu tidak
kuat akibat perpecahan.
Jika
sekadar nak menunjukkan bahawa bilangan baju merah yang turun lebih ramai
daripada kuning, memang tidak ada masalah. Kerahkan mereka turun, bagi bas dan sedikit
habuan, melambak mereka turun. Apa yang kita dapat selepas itu? Patutlah tidak ramai bukan Islam masuk Islam
di negara kita (kurang satu peratus), rupa-rupanya kita lebih tunjukkan warna daripada menonjolkan Islam.
Apa
guna merah kelihatan banyak jika tidak bersatu, berbanding kuning yang lebih
sedikit tetapi bersatu, realitinya? Kuning tidak akan takut kepada merah selagi
merah tidak bersatu.
Air mata saya mengalirkan
membaca kata-kata Musli Oli dalam FBnya. Saya hadir dua himpunan. Kuning dan
Merah. Hasil pemerhatian, peserta Kuning ramai di kalangan anak muda elite dan
golongan profesional minum di Starbucks, makan di Subway dan Nandos. Manakala
peserta Merah ramai orang veteran parti yang sarapannya nasi dagang, nasi lemak
dan ubi rebus. Mereka telah berjuang sekian lama pertahankan kerajaan tetapi
cuma dapat tapak gerai untuk berniaga di bulan Ramadan. Sedih tengok Pakcik dan
Makcik terhencot-hencot berarak dari PWTC kerana alignment sudah lari. Saya merayu
kepada pemimpin-pemimpin Melayu, perjuangkanlah nasib mereka dengan ikhlas dan
jujur kerana golongan ini sanggup bergadai nyawa dan harta pertahankan kuasa
kamu.
Mohd
Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA
5 comments:
bila matlamat menghalalkan cara...
Bila matlamat menghalalkan cara........ itulah yg terjadi kini..dlm senario politik Malaysia
Banyak komen ingin di keluarkan di blog ini. Pos pos Professor memberangsangkan dan menaikkan semangat. Sayang nya di dapati kebelakangan ini komen komen tak di "moderated" dgn kadar selalu yg di harapkan, sebab Professor nampak nya terlalu sibuk.
Saya pulak jenis yang ada satu jenis complex - nak tengok komen itu keluar dalam 1-2 hari.
Wassalam.
Sebelum himpunan baju merah ada mca marah kat dap? Kebanyakannya senyap seperti bersetuju dengan apa yang dap buat. Lepas dah berlaku himpunan baju merah, barulah mca secara 'hipokrit'nya salahkan dap atas apa yang berlaku.
Sebelum himpunan baju merah ada mca marah kat dap? Kebanyakannya senyap seperti bersetuju dengan apa yang dap buat. Lepas dah berlaku himpunan baju merah, barulah mca secara 'hipokrit'nya salahkan dap atas apa yang berlaku.
Post a Comment