Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, September 28, 2015

Siapa lebih lama makan babi?

7:43 AM Posted by RIDHUAN TEE 15 comments
(Sinar Harian 28 Sep 2015)

Lama sudah saya tidak mendengar kata-kata “Cina babi”, kecuali selepas perhimpunan merah 16 September. Menyamakan manusia, Cina dengan binatang (babi), adalah perbuatan manusia tidak bertamadun. Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin.  

Atas apa jua alasan, sama ada orang Cina suka makan babi atau tidak, perkataaan ini sepatutnya tidak boleh sama sekali dikeluarkan di khalayak. Apa kata, kalau orang lain berkata, Melayu lembu. Apabila ada yang protes, maka kita pun jawab, ia tidak sensitif, kerana orang Melayu memang suka makan lembu.

Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan kamu tidak menguntungkan dakwah, malah merugikan. Ya, memang saya tidak nafikan, saya turut melabelkan segelintir Cina dengan istilah ultra kiasu, tetapi saya merujuk kepada sikap mereka, yang asyik mahu menang, tanpa sedikitpun mahu kalah. Tidak kira sama ada Cina atau Melayu atau lain-lain.

Perlu diingat, tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapat lebih 80 juta Cina Islam di Negara China, 5 kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia, yang tidak pernah menyentuh babi, kerana mereka beragama Islam.

Malah, orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita. Orang Melayu menerima Islam 600 tahun yang lalu. Orang Cina telah menerima Islam hampir 1400 tahun yang lalu. Malah, sejarah pengIslaman orang Melayu, turut dilakukan oleh pendakwah Cina.

Tanpa orang Cina datang ke berdakwah dan berdagang ke Alam Melayu (selain Arab dan India), mungkin pengIslaman orang Melayu secara besar-besaran menjadi tidak sempurna. Justeru, berhati-hatilah apabila membabikan orang lain. Mungkin sebelum Islam dahulu, orang Melayu turut memakan dan bermain dengan binatang ini. Persoalan saya, berdasar sejarah, siapa lebih lama makan babi? Siapa mengajar siapa supaya menjauhi babi? Cina atau Melayu?

Saya jarang sekali memohon maaf kepada seseorang, tetapi dalam insiden kali ini menjadikan saya malu dan terasa ingin memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu, atas keceluparan orang yang mengaku Islam, menggunakan kata-kata kesat.

Saya melakukan sebegini kerana saya amat faham tentang sifat dan makhluk yang Allah jadikan. Babi sekalipun, haram dimakan atau dipelihara oleh orang Islam, namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan mesti dihormati, kerana ia ciptaan Allah, bukan syaitan. Hatta, syaitan sekalipun adalah ciptaan Allah, sekali pun ia musuh kepada manusia dan bertugas menyesatkan manusia.

Apakah salah Allah menjadikan syaitan? Begitu juga dengan orang Yahudi. Benar, Allah melaknati Yahudi dalam al-Quran, kita pun sebut Yahudi laknatullah. Pada masa sama, Allah memberi kelebihan kepada Yahudi. Yahudi menguasai dunia dan ekonomi. Kenapa Allah lakukan sedemikian? Patutkah kita menyalahkan Allah? Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani.

Terkadang kala saya amat sedih melihat orang Melayu yang mengaku Islam, menganiaya makhluk yang tidak berdosa seperti yang anjing, yang turut menjadi sensitif kepada orang Melayu, sehingga kita sanggup menyamak beratus-ratus troli, sedangkan perkara yang lebih haram seperti rasuah dan riba dibiarkan berleluasa, malah diambil menjadi darah daging.

Justeru, saya memohon supaya kita tidak terlalu beremosi. Ya, memang kita menentang sikap ultra kiasu. Tetapi itu bukan bermakna kita mengambil sikap memusuhi mereka, kecuali ia memberikan ancaman terhadap Islam.

Ambillah iktibar, cerita ibu bapa saya yang berniaga di kawasan orang Melayu suatu ketika dahulu. Ibu saya sanggup ‘mencuri’ beras, yakni mengambil beras tanpa pengetahuan bapa saya dan memberikannya kepada orang Melayu yang mempunyai ramai anak atas dasar belas kasihan.

Saya tidak boleh bayangkan betapa besarkan jasa ibu bapa saya ‘membesarkan’ orang Melayu yang kesusahan di kampung saya, dengan memberikan mereka berhutang, sehinggakan buku hutang bertapok-tapok tidak berbayar, sehinggakan ada hutang yang ditulis didinding-dinding kedai. Orang kampung membesar dengan hutang kepada ibu bapa ayah. Ramai anak mereka berjaya masuk universiti, hutang masih tidak berbayar. 

Bacalah kisah Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak Cina sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu ‘Hassan dan Abu’. Hajijah menjaga dan menyayangi anak Cina ini seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus. Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina?

Begitu juga kisah seorang Cina tua tinggal seorang diri, membeli nasi lemak daripada peniaga Melayu. Melihat keadaan Cina tua itu, peniaga Melayu ini memberikan nasi lemak secara percuma kepadanya.


Kesimpulan, saya tidak melarang kebebasan berhimpun, jika ada tujuannya. Tetapi jagalah akhlak dan mulut. Jika bersalah, mengakulah. Tidak perlu mencari alasan yang tidak munasabah. Itu ultra kiasu namanya. Ultra kiasu hanya ada pada orang Cina, tetapi kepada orang Melayu juga. Berhimpunlah secara baik, tonjolkan imej baik Islam seperti yang dikehendaki pimpinan negara kita.  

15 comments:

Anonymous said...

Setuju tak semenggah ngata Cina babi. Ha ya yang kangjor buat gitu. Walu pun ramai di DAP yang "biadap" kata Naib Pengerusi DAP, Tengku Aziz, masa dia cabut keluar dari parti itu, namun tak patut ngata Cina babi.

Anonymous said...

Waaa, tak sedar saya ada lebih 80 juta Cina Islam di Negara China. Dan orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita, hampir 1400 tahun yang lalu.

Memang membabikan sesiapa bermakna menyamakan mereka dengan binatang. Duta China yang langsung tak diplomatik, campur tangan dengan urusan negara kita bila cakap bebukan di Petaling Steert itu pun tak boleh di babikan. Harap Wisma Putra panggil dia hari ini saperti di laporkan di media massa. Dan tere dia supaya tak bertabi'at macam itu lagi.

Anonymous said...

Saya fikir timbul nya emosi babi membabi itu ada lah di sebabkan tingkah laku ultra kiasu biadap dan kurang ajar penganut dan penyokong DAP. Memang "overwhelming majority" yang keluar di Bersih 4 itu ada lah mereka. Yang menijak nijak gambar pemimpin pemimpin Melayu itu melebihkan emosi Melayu.

DAP memang anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Kebanyakan nya sebab tak menerima dan menghormatkan Prlembagaan negara, terutama nya Perkara Perkara sensitif yang di lindungi dek Akta Hasutan, termasuk Ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama negara ini.

Tapi Sejarah telah di mestikan di sekolah sekolah mulai 2013 - TK kpd TS Muhyiddin. Maka generasi baru anak anak DAP akan mengtahui sejarah, memahami kedudukan dan peranan masing masing di negara ini, akan kurang ultra kiasu nya dan lebih harapan fahaman antara kaum dan perpaduan di negara ini.

Anonymous said...

Betul doktor..malu ambo ehh..
Tapi mulut manusia ni tak leh nak tutup..
Yang cakap cina babi tu pun belum tentu sembahyang tu

Anonymous said...

Bila manusia tidak tahu usul asalnya, beginilah jadinya..Kadang-kadang kita lupa akan sejarah, dimana bumi dipijak, disitulah langit di junjung. Siapa yang mula dulu, maka dialah yang kena memohon maaf.

Anonymous said...

saudara sebelum beragama islam makan babi juga,itu sebab tulis dengan nada yang marah,betul tak.

Anonymous said...

Sejarah Melayu dan Islam bukan sahaja bermula dari Melaka. Contohnya Batu Bersurat Trengganu yg ditulis jawi lebih awal usianya dari kedatangan Islam di Melaka.

Unknown said...

Assalamualaikom. sya bersetuju dalam banyak keadaan, kita memang patut menjaga mulut dari menutur perkataan2 yg buruk kerana perkataan yg keluar dari mulut kita itu melambangkan peribadi kita.

Unknown said...

Assalamualaikom. sya bersetuju dalam banyak keadaan, kita memang patut menjaga mulut dari menutur perkataan2 yg buruk kerana perkataan yg keluar dari mulut kita itu melambangkan peribadi kita.

Anonymous said...

Babi membabi, bodoh membodoh, malas memalas, kangkung mengakung, ada yang mengkangkang spt pelacur.

Stimulus dan reaction, cause and effect, siapa yang mulakan, depa lah yang salah.

Keadaan politik yang terakhir - Bersih 4 yang "overwhelmingly Chinese" di katakan mahu mengguling bukan sahaja Najib, tapi juga Kerajaan yang di pimpin Melayu. Bila ada yang sengaja menijak gambar gambar pemimpin Melayu Najib dan Hadi, di katakan Bersih 4 mencemar maruah kaum Melayu amat sangat.

Maka Himpunan Rakyat Bersatu Baju Merah pun keluar, mahu menebus maruah Melayu itu, sekurang kurang nya memberi pesanan supaya jangan lagi cuba mencicah maruah Melayu. Maka ada yang membabi di situ.

Anonymous said...

Sejarah negara ini sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka tidak ada ketegangan rasis. Pada hemat saya, itu bermula bila Lee Kuan Yew, PAP dan Singapura berada di dalam Malaysia 1963-65.

Racism di definasikan sebagai antagonistic kpd kaum lain. LKY mulakan cogan kata "Malaysian Malaysia" mahukan sama rata dengan tidak memperakui dalam nada yang sama Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tersergam di Perkara 153 Perlembagaan negara. Dia telah mengsubvert Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu, dan dengan itu dia dan PAP rasis.

Bila LKY, PAP dan Spore di nyahkan dari Malaysia, DAP telah ambil alih tindakan subversif itu, terutama bila Lim Kit Siang pegang kuasa dalam parti itu, mahu menyentuh hak dan kepentingan Melayu di Perkara 153 dll hingga sekarang.

Maka timbul lah ketegangan perhubungan antara kaum, babi membabi dll keluar di sana sini sehingga berlaku pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Sejak itu DAP di kenali sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Anonymous said...

Duan. Yang mengajar saya supaya tak makan babi ialah alquraan. bukan orang cina seperti awak..

Anonymous said...

Apabila orang Melayu menggelar kaum Cina sebagai Cina Babi, saya yakin mereka tidak menujukan gelaran ini terhadap Cina Muslim kerana dah termaktub di dalam ajaran Islam bahawa semua orang Islam adalah bersaudara.Gelaran ini hanya ditujukan kepada Cina kafir DAP dan penyokong-penyokongnya yang terang-terang anti-Islam dan anti-Melayu.Bagi orang Cina(bukan Islam) yang tidak bermusuhan dengan apa-apa yang berkaitan dengan Melayu dan Islam,tali persahabatan dan perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain,Alhamdulillah,saya kira masih berjalan dengan baik.

Anonymous said...

Kalau saya dengan saudara, saudara dulu makan babi.. Traf Prop, tapi bodoh sangat.. saya belajar islam bukan dari cina babi .. tolong Prop jangan perbodohklan diri Lu...kesihan...

Anonymous said...

600 tahun dahulu?mana tuan ridhuan tau?apa buktinya?melayu hidup dgn babi sebelum islam?mana tuan ridhuan tau?ada pernah nampak ke?nak panggil melayu lembu?bagus la.melayu dah lama dipanggil lembu oleh cina.tapi bila melayu tak pernah marah tu sbb cina berhenti panggil melayu lembu.ramai melayu dipanggil lembu dulu sebab dikatakan malas.kami tak kisah pun.org india yg akan terasa kalau dipanggil melayu lembu.cina tetap cina wahai mualaf ridhuan.cina tetap cina.dah masuk islam pun masih nak menghentam melayu.kenapa tak tengok sebab musabab melayu terlalu marah pada cina?tak suka boleh balik china,tak kiralah mualaf ke buddha ke kristian ke.