(Sinar Harian 2.9.13)
Saya
tidak berkesempatan untuk menghadiri Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan
(KPPK) walau dijemput berkali-kali pihak penganjur 27 Ogos lalu dan sebelumnya.
Elok juga saya tidak hadir. Jika tidak, saya akan dituduh pengkhianat Cina
lagi.
Dalam
resolusi kongress tersebut, kerajaan digesa bertegas untuk melaksanakan sistem
pendidikan tunggal dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
di sekolah demi meningkatkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.
Kongres
itu turut menyokong tindakan Kementerian Pendidikan yang tidak mengiktiraf
Unified Examination Certificate (UEC) untuk dijadikan sebagai setara dengan
kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM).
Kongress
tersebut juga menuntut kerajaan tidak meluluskan penubuhan sekolah menengah
Cina dan tidak mengiktiraf kolej swasta Cina yang tidak mengikut kurikulum
pendidikan kebangsaan.
Persoalannya,
sedarkah kita berapa banyak Sekolah Persendirian Cina (SPC) dan IPTS Cina yang
telah diluluskan sebelum ini? Apakah MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) memantau
operasi IPTS menggunakan bahasa ibunda ini seperti yang dilakukan terhadap IPTA?
Buatlah kajian. Saya sudah letih memperkatakannya.
Isu
ini telah diperjuangkan sekian lama oleh NGO pendidikan Cina dan kebanyakan NGO
Cina lain seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong, Dong Jiao Zong serta Dong dan
Zong yang lain. Hari ini mereka sedang mengumpulkan tandatangan orang Cina bagi
menentang pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP) yang antara lain
mahu memperkasakan Bahasa Melayu (BM) dan beberapa penambaikan di SJKC.
NGO
ini amat takut tindakan kerajaan terbaharu akan menggugat penguasaan bahasa
Cina dan orang Cina tidak lagi menjadi secina-cinanya. NGO Cina tidak mahu
orang Cina jadi ‘Cina Pisang’ atau OCBC,
‘orang Cina bukan Cina’. Nampak macam lawak, tetapi itulah hakikatnya
Maka
tidak hairan, NGO Cina tidak langsung mahu pendidikan mereka diubah atau
disentuh oleh mana-mana pihak, termasuk kerajaan walaupun sebahagian besar dana
diperolehi daripada bantuan kerajaan. Apatah lagi mahu mendengar desakan NGO
Melayu. Mereka tetap bertegas itu adalah hak mereka dan dijamin oleh
perlembagaan. Dalam kata lain, perjuangan pendidikan Cina adalah hidup mati
orang Cina.
Persoalannya,
adakah selama ini kita bertegas? Nasib baiklah Pilihan Raya Umum (PRU) telah
berlalu. Jika tidak, bukan sahaja resolusi tersebut akan ditolak mentah-mentah,
malahan lebih banyak institusi pendidikan Cina yang akan didirikan seperti mana
yang telah diluluskan pembinaannya sebelum PRU 13. Misalnya, di Kuantan,
Segamat dan sebagainya.
Kenapa
kita perlu tunduk kepada desakan? Kenapa kita tidak fikirkan tentang masa depan
negara dan pembangunan negara bangsa? Persoalan ini telah bermain di minda saya
sekian lama.
Saya
harap, pada kali ini, kerajaan benar-benar serius dan jangan berdolak dalih
lagi. Nak jadi apa dengan PRU 14 nanti, jadilah. Janji agenda pembangunan
negara bangsa mesti diteruskan. Tidak kiralah siapapun yang memerintah.
Sebenarnya
ramai juga orang Cina yang tidak setuju dengan tindakan NGO-NGO Cina ini.
Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana NGO ini amat berpengaruh.
Pengaruh mereka disebarkan secara meluas oleh akhbar-akhbar Cina dan media elektronik
Cina yang lain. Pemikiran sebahagian besar orang Cina telah sebati Cina itu
sekolah, sekolah itu adalah Cina. Hidup mati Cina mesti bersama sekolah Cina.
Jika tidak, bukan Cina namanya.
Persoalannya,
adakah sebegitu berani sekali orang Cina? Terus terang, orang Cina sebenarnya
takut mati atau kiasi, selain kiasu (takut kalah). Kiasu berkait rapat dengan
kiasi. Sebab itu, kita lihat orang Cina begitu banyak melabur untuk kehidupan.
Kalau boleh, jika mati sekalipun, biarlah dalam keadaan relaks dan nyaman
dipenuhi wang ringgit.
Kita
lihat orang Cina paling ramai yang membeli insuran, terutama insuran nyawa. Mereka
tidak mahu mati dalam kemiskinan. Kalau boleh jika mati di hospitalpun biarlah
di hospital mewah. Sehinggakan dalam upacara kematian, simboliknya adalah wang
dan material. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saksikan upacara kematian orang
Cina.
Saya
membangkitkan isu ini kerana saya menerima ancaman bunuh baharu ini. Terus
terang, hidup mati di tangan Allah. Saya serahkan segalanya kepada Allah. Moga
Allah melindungi saya. Tapi saya bukanlah jenis yang takut mati, kerana Islam
mengajar saya bersedia untuk mati bila-bila masa sahaja sama ada ada wang atau
tidak, kerana ajal maut di tangan Allah. Sebab itu kita diajar supaya
mengadakan persiapan terbaik untuk mati.
Oleh
kerana sifat orang Cina takut mati (kiasi) sudah sampai masa kerajaan bertegas.
Tangkap dan penjarakan ekstremis-ekstremis yang tidak mahu menyahut agenda pembangunan negara bangsa.
Ketika itu saya yakin mereka akan kecut.
Jika
tidak, isu ini akan terus menjadi duri dalam daging. Bila datang PRU 14 nanti,
kitapun menikus. Akhirnya, semua kembali balik asal. Inilah politik Melayu yang
saya fahami sekian lama.
Bukanlah
maksud saya kita menutup SJKC yang berjumlah lebih 1300 buah. Saya fikir agak
mustahil untuk dilakukan. Mungkin mengambil masa. Tetapi, kerajaan hendaklah
memastikan SJKC mesti akur kepada arahan kerajaan dan penambaikan yang cuba
dilakukan. Jika tidak mahu, tutup SJKC dan jadikan ia aliran kebangsaan.
Kita
tidak boleh berlemak lagi, kerana kaduk sudah naik junjung. Biarlah PKR dan PAS
memanipulasikan isu ini. Apa yang penting agenda kebangsaan mesti diperkasakan.
Namun, isu ini hendaklah dilihat secara menyeluruh termasuk SJKT (Tamil). Saya
tidak risau sangat dengan SJKT kerana ia tidak seekstrem SJKC.
29 comments:
Tidak lain dan tidak bukan:
1. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan BM ada lah bahasa negara ini dan bahasa ibunda boleh di gunakan "ha nya selain dari tuntuk tujuan resmi" dad sekolah ada lah tujuan resmi mana mana negara.
2. Ada nya sekolah Cina dll - saki baki peninggalan zaman British kolonial - yang menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar tidak bermakna sekolah sedemikian boleh di teruskan. Nyata tidak selari dengan maksud dab tujuan Perkara 152 Perlembagaan.
3. Perpaduan negara memerlukan sekolah satu aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua, dan sekolah vernakular perlu di serapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan. Bahasa ada lah suatu alat perpaduan negara, ini telah di buktikan di banyak negara dalam sejarah. Amerika yang bermula dengan pendatang berbagai bahasa telah menggunakan Bahasa Inggeris (British ada lah yang mula mula menubuhkan Kerajaan di sana dan Amerika di anggap sebagai suatu jajahan kolonial British di suatu masa dahulu). Orang Hispanic yang ramai di California pun menggunakan Bahasa Inggeris di Amerika, jika tidak, tidak di layan.
4. Tidak ada so'al UEC di iktirafkan oleh Kerajaan Malaysia. Jika di iktiraf, mungkin ramai yang mengamok. Najib yang melayan kehendak penduduk Cina untuk mendapat undi telah di beri tsunami Cina. Selepas PRU13 pun dia masih nampak melayan kaum Cina, dua Kementerian masih di rizabkan untuk Cina, tidak melyan kehendak kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti menggerakkan DEB dengan gigih, pada hal Melayu dan Bumiputera yang memberi UMNO 88 kerusi dan lk 30 kerusi di Sabah dan Sarawak di PRU13.
5. Ramai Melayu yang telah bosan dengannya dan meminta di sana sini supaya UMNO menggantikan dia dengan pemimpin yang berjiwa dan bersemangat Melayu, tegas, berani, sanggup mempertahankan Perlembagaan dan hak Melayu serta memperjuangkan kepentingan Melayu yang UMNO telah berikrar melakukannya sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu.
Salam
Saya tidak mahu cerita banyak dalam hal tuntutan bermacam Zong yang mewakili kaum cina. Semua Zong itu tidak ada langsung hati untuk bersama dengan kerajaan untuk mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kerajaan tak perlu berdialog, tak perlu berunding, tak perlu berbincang, tak perlu berjumpa dengan mereka. Mereka akan tetap dengan Zong mereka, tak mahu mengalah walau sedikit pun.
Saya cuma nak minta kerajaan yang terbentuk selepas PRU 13 mahasabah diri. Bertanya lah dalam hati, " aku berjaya menjadi Perdana Menteri atas sokongan siapa ", " Umno berjaya membentuk kerajaan atas sokongan siapa ".
Kepada insan yang berkenaan, sekiranya anda mendapat jawapan diatas 2 pertanyaan itu MAKA LAKSANAKAN LAH APA YANG TELAH TIMBALAN PERDANA MENTERI ANDA RANCANGKAN.
Buat lah bancian umum kalau tidak percaya, 99% orang melayu sangat menaruh harapan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk meneruskan dan melaksanakan program untuk memertabatkan pendidikan Bahasa Melayu.
Kepada pucuk pimpinan Umno kita nak ingatkan JANGAN MENGECIWAKAN ORANG MELAYU YANG TELAH MEMILIH UMNO UNTUK MENJADI KERAJAAN SELEPAS 2013.
Kepada pucuk pimpinan Umno kita nak ingatkan GERAKAN " INI KALI LAH " YANG DIPELOPORI OLEH DAP YANG DISOKONG OLEH ORANG MELAYU PAS DAN MELAYU PKR HAMPIR2 MERAGUT HAYAT UMNO SEBAGAI KERAJAAN DI NEGARA INI SELAMA 56 TAHUN KALAU TIDAK DISELAMATKAN OLEH ORANG2 MELAYU YANG BUKAN UMNO BUKAN PAS DAN BUKAN PKR.
Kepada Najib dan Muhyidin DENGAR LAH SUARA DAN PERMINTAAN MEREKA (MELAYU TAK BERPARTI) DAN NGO MELAYU kerana mereka ini lah yang akan menjadi TALIAN HAYAT kepada Umno pada PRU 14 nanti.
Wasalam.
anda patut memikirkan utk menceburi politik,mungkin anda akan menjadi PM malaysia pertama bukan melayu.anda adalah melayu walaupun anda seorang cina dan ini sngt bagus utk integrasi nasional dan lagi mengikut teori RAHMAN RAHIM bg PM malaysia ,selepas N bg NAJIB ,R mungkin RIDHUAN TEE kerana kami x mahu ROSMAH
9:23 AM,
Setuju
"Semua Zong itu tidak ada langsung hati untuk bersama dengan kerajaan untuk mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kerajaan tak perlu berdialog, tak perlu berunding, tak perlu berbincang, tak perlu berjumpa dengan mereka. Mereka akan tetap dengan Zong mereka, tak mahu mengalah walau sedikit pun."
Kita teruskan sahutan ini, beb. Sampai depa pekak, pastu pakai sign language. Dan beri tau depa mcm orang orang ternama negara ini pun dak kata - kalau tak suka negara ini (dok tijak gambaq dan permainkan bendera negara kita di Dataran Merdeka petang Merdeka 2012), berhijrah lah
dan yang kata -
kalau tak suka sistem negara ini, cara kita milih pemimpin, cara di Perlembagaan dsbnya, pergi lah kenegara yang sistemnya depa suka.
Aku senang sahaja, dah banyak kali kata, depa tak peduli, sekarang aku gunakan perkataan berambus lah.
Untuk Renungan Orang Melayu
Di Dewan Rakyat - Kedudukan suara Wakil Rakyat Islam dalam BN adalah 112 kerusi (68%) sedangkan suara Wakil Rakyat Bukan Islam hanya 21 (32%) sahaja - 133 kerusi BN menang.
Di Dewan Rakyat - Kedudukan suara Wakil Rakyat Islam dalam PR cuma 37 kerusi (42%)sedangkan suara Wakil Rakyat Bukan Islam adalah 52 kerusi (58%) - 89 kerusi PR menang.
**** Saya ingin bertanya kepada orang Pas, berapa orang daripada kamu yang insaf tentang betapa lemahnya Suara Islam dalam PR yang kamu sanjung dan puja itu ? Dengan kedudukan yang semacam itu, apa yang parti Pas boleh buat untuk merealisasikan undang2 Hudud yang dijaja oleh ulamak kamu yang bernama Nik Aziz dan Hadi Awang sejak berkurun yang lalu ? ORANG PAS YANG TERBACA POSTING SAYA INI .. TOLONG JAWAB DENGAN DENGAN HATI YANG IKHLAS.
Di Dewan Rakyat - Kedudukan Suara Wakil Rakyat Islam (Umno + Pas + PKR) adalah 149 kerusi (67%) sedangkan Suara Wakil Rakyat Bukan Islam cuma 73 kerusi (33%) sahaja.
Di Dewan Rakyat - Sudah terang lagi bersuluh, suara Islam adalah Dominan. Suara Islam adalah Dominan tetapi tidak mempunyai Kekuatan. Tidak mempunyai Kekuatan kerana tidak Bersatu.
Mungkin orang Pas tak faham bila saya guna istilah " Dominan ". Tak apa saya guna istilah " Majoriti " untuk memahamkan orang Pas.
Bersetujukah anda orang Pas kalau saya kata, Di Dewan Rakyat sekarang Suara Islam adalah sebenarnya menjadi Minoriti Dalam Majoriti.
Menyedihkan bila 67 vs 33 dikatakan 67 itu angka minoriti manakala angka 33 pula dikatakan majoriti. Ini lah realitinya. Jangan ada pemimpin Umno atau pemimpin Pas mahu menafikan.
Nampak macam saya ini bodoh metamatik, tetapi saya belajar metamatik terbalik (reversed mathematic). Dalam reversed mathematic Digit Besar belum tentu dapat mengatasi Digit Kecil.
……….bersambung
Ana Muslimah
Sambungan ......
Ini lah sebenarnya yang sedang berlaku dalam Dewan Rakyat, Suara Islam memang paling ramai tetapi tak boleh nak buat apa2.
Di Dewan Rakyat - Kalau semua Wakil Rakyat Islam bersatu hati bersatu suara Islam pasti terbela. Tolak ketepi cerita Hudud, ia terlalu complicated, banyak benda lain daripada Hudud boleh dibuat untuk mengangkat murtabat Islam.
Di Dewan Rakyat - Kalau semua Wakil Rakyat Melayu bersatu hati bersatu suara bahasa Melayu terpelihara. Suara2 sumbang daripada segala macam Zong Cina yang menentang usaha TPM untuk mengangkat murtabat Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan negara akan menjadi tidak bertaring. Tetapi yang tinggal hanya lah Tan Sri Muhyidin Yassin terkial2 sorang diri berdepan dengan Zong2 Cina yang tak sedar diri itu, tetapi mujur lah masih ada NGO Melayu yang masih kuat jiwa Melayunya sedia berjuang bersama2 dengan TSMY.
Mana suara Pas ? Mana suara PKR ? Mana suara Umno ? Mana suara Pemuda Umno ? Sedih teramat sedih saya melihat perangai orang2 kita.
Insaf lah. Kalau orang melayu bersatu .. Melayu jadi kuat, kuat bukan untuk berperang dengan bukan melayu tetapi kuat untuk menjaga hak dan kepentingan orang Melayu yang dipersetujui bersama semasa mahu mencapai kemedekaan. Islam menjadi kuat, kuat bukan untuk memaksa semua rakyat Malaysia mesti masuk Islam tetapi untuk memperlihatkan kepada penganut agama lain betapa kuatnya orang islam patuh kepada perintah agama. Negara kuat, kuat bukan untuk menyerang negara lain tetapi kuat untuk menyediakan segala macam nikmat kepada rakyat Malaysia.
Kepada saudara2 saya daripada Pas dan PKR. Pergilah anda berjuang bersama2 dengan rakyat Mesir dan Syria, selepas itu balik ke Malaysia dan ceritakan pengalaman indah yang anda dapat selama berada di sana terlibat membantu2 puak2 yang mengaku mereka berjuang atas nama Islam sampai sanggup membunuh saudara seagama.
Mahu kah anda Negara Malaysia ini jadi seperti itu ? Terhibur dan Gembirakan anda melihat Melayu yang mengaku beragama Islam berperang sama sendiri hanya kerana " Aku Umno Kau Pas " atau " Aku Pas Kau Umno ".
Semuga akan terbit bisikan nakal walau pun di ketika anda sedang bersolat " Aku Sembah Allah swt, Puak Sebelah Sana Juga Sembah Allah swt, Tapi Kenapa Aku dan Mereka Tidak Boleh Bersatu. Kau Berjaya Setan. Tahniah Setan. Kau Hebat Setan "
Tolong lah Wahai Wakil Rakyat Umno dan Wakil Rakyat Pas dan Wakil Rakyat PKR menfaatkan bilangan suara melayu yang majoriti di Dewan Rakyat untuk Bangsa Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam.
KITA LEMAH KERANA KITA TIDAK BERSATU. KITA ADALAH MINORITI DALAM MAJORITI KERANA KITA TIDAK BERSATU.
Ana Muslimah
Salam Dr Riduan Tee,
1. Saya baca pasal ugutan bunuh tersebut. Sebagai Islam kita berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga, kemudian bertawakkal. Kita mesti yakin dengan kuasa Allah SWT bahawa si pelaku akan mendapat balasan setimpal. Saya doakan keselamatan anda.
2. Pasal sekolah vernakular, sudah lama majoriti Melayu menentang. Memang TIDAK baik untuk masa depan Negara. Bila anak-anak bergaul sesama mereka dari awal, hubungan sosial menjadi erat lama kelamaan. Bila didikan main peranan, mereka semua akan membesar sebagai satu pasukan, saling memahami hati dan kehendak yang sama. Lebih mengenal adat, budaya dan agama berbilang. Lantaran itu ibu bapa akan saling bergaul dan bekerjasama melalui PIBG, aktiviti sekolah malah luaran. Ini yang MESTI kita wujudkan. Ini lah keunikan Malaysia yan boleh kita banggakan.
3. Masakini semua impian musnah setelah 56 tahun Merdeka. Kaum cina yang di bakar sentimen perkauman ekstrim oleh semua parti politik cina di ketuai DAP telah berjaya memisahkan semua generasi cina secina-cina nya. Perasaan ini di sokong penuh persatuan-persatuan cina yang di gelar berjenis-jenis Dong dan Zong. Hakikat nya PRU 13 telah menampakkan belang yang nyata, membangkang semua dasar dan aspirasi kerajaan. Pilihan dengan penuh rasis dan ketamakan. Memang tepat bila Utusan mempersoalkan " Apa lagi cina mahu?" Kini MCA dan Gerakan hanya tinggal nama dan sudah menjadi pengkhianat. The Star sudah jadi media DAP dan di sokong Malaysiakini, dalam apa jua keadaan yang tidak lagi mempromosi dan mengangkat martabat dan maruah Kerajaan Yang Memerintah. Akbar dan media pelik yang tidak lagi menyesuaikan diri dalam suasana Malaysia.
4. Peribadi nya saya akui kesalahan besar yang telah di lakukan oleh PM dan TPM. Kuasa di tangan tidak di guna menyemai kebaikan hari esok. Lantaran itu, sebagai tulang belakang, UMNO sudah hilang daya untuk berjalan atau berlari mengatasi persaingan. Gagal mencontohi dan memimpin. Gagal mengawal sentimen persepsi mainan pihak lawan.
Semoga Malaysia mencontohi jiran-jiran Asia. Tiada rugi nya apabila Negara menjulang Perlembagaan. Teguh berdiri di atas Dasar-Dasar yang sudah mapan.
Unified Examination Certificate (UEC) tidak boleh di iktirafkan. Jika di iktirafkan, sudah tentu ramai yang membantah, menunjuk perasaan, mungkin ada yang mengamok.
Nasib lah Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Pelajaran. Dia boleh di harapkan. Selagi dia ada sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pelajaran, tak ada so'al UEC di iktirafkan. Di harapkan dia terus memegang jawatan jawatan itu, kalau tidak di naikkan sebagai Presiden parti, menggantikan Dato Seri Najib di pilihan parti tak lama lagi. Ramai yang sudah melaungkan supaya Najib di gantikan dengan seorang yang berwatak dan berjiwa Melayu sepenuhnya.
Muhyiddin juga telah memutuskan supaya Sejarah di mestikan di sekolah sekolah. Kita boleh harapkan generasi akan datang mengetahui Sejarah, menerima fakta fakta sejarah di negara ini, saperti kedudukan pendatang yang tidak berkerakyatan atau "Stateless" selama 150 tahun, mendapat hak kerakyatan ehsan Melayu UMNO menytujuinya, yang DAP dan sepertinya tidak pernah berterima kasih. Juga memahami dan menerima Ketuanan Melayu yang di lambangkan di peruntukan peruntukan Perlembagaan berkenaan peranan, fungsi dan tanggung jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja, dll.
Juga Kedudukan Istimewa Melayu yang menjadi balasan bagi hak kerakyatan bukan Melayu. Di panggil Kontrak Sosial. Kedudukan Istimewa Melayu itu telah di panjangkan bagi meliputi Bumiputera Sabah dan Sarawak bila Malaysia di tubuhkan.
Kelulusan UEC tidak membawa kapada fahaman dan penerimaan itu semua. Kurang pasti, tapi kalau pun sekarang Sejarah di mestikan di sekolah Cina juga, mungkin sukatan pelajarannya berlainan, seperti bagi Bahasa Malaysia - lebih rendah dari taraf BM yang di ajar di Sekolah Kebangsaan.
Apa hal pun, UEC tidak boleh di iktiraf. Kelulusan sekolah Cina yang tidak menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran nya berlainan dari SK.
Islam Bukan Arab dan Arab Bukan Islam
Nabi Muhamad itu orang Arab. Tetapi agama yang disebarkan olehnya sesuai untuk semua manusia tanpa mengira bangsa.
Pernah saya terbaca dalam blog ada orang yang menulis " Kita Terima Agama Yang Dibawa Oleh Orang Arab Tetapi Jangan Kita Ikut Perangai Orang Arab ". Bila saya renung2kan memang ada kebenaran kata2 itu.
Arab .. bersatukah mereka mendepani cabaran dan ancaman musuh bersama ? Yahudi tidak pernah padam dendam mereka terhadap Negara2 Arab. Israel sebuah negara kecil yang berlagak samseng di tengah berbelas2 negara gergasi Arab.
Arab .. hendak berlawan dengan Israel mereka tak mampu. Akhirnya mereka menunjukkan kekuatan sesama mereka sebagai memenuhi hobi suka berperang. Mereka sama mereka berperang. Mesir dan Syria sebagai contoh. Maka bertepok sorak lah Israel. Maka berpesta lah Yahudi.
Melayu .. disaat kuasa politik bangsa Melayu dicabar dengan begitu hebat sekali oleh kaum pendatang. Masih enggan bersatu untuk berdepan dengan tekanan dan tuntutan oleh kaum pendatang.
Melayu .. seolah2 Umno dan Pas itu bukan dari rumpun yang sama. Umno dan Pas seolah2 mereka bukan " kembar satu uri ", salah seorang demam maka yang seorang lagi juga terasa nak demam. Umno dan Pas seolah2 kaki ori dengan kaki palsu, kaki kanan ori sedangkan kaki kiri palsu, maka kaki kanan ditimpa batu kaki kiri tak rasa apa2.
Umno dan Pas sama2 menerima agama yang dibawa oleh orang Arab .. bagus. Tetapi adakah Umno dan Pas juga sama2 mahu mencontohi perangai Arab .. susah nak bersatu dan mempunyai hobi suka bermusuhan sesama sendiri ??????
Bangsa Melayu akan duduk dibawah perintah kaum pendatang juga akhirnya jika Umno dan Pas berterusan begini. Melayu Singapore duduk bawah perintah kaum pendatang (cina). Melayu Penang akan senasib dengan Melayu Singapore andai Lim Guan Eng is brave enough bersedia mengistiharkan keluar dari Malaysia. Bukan mustahil ...
Melayu nak tunggu apa lagi ? Adakah nak tunggu sampai DAP akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri di negara ini dan di setiap negeri, saat itu baru Umno dan Pas nak ajak orang Melayu bersatu .. sudah terlambat wahai Najib, wahai Nik Aziz, wahai Hadi Awang, wahai para ulamak Umno dan wahai para ulamak Pas.
Wahai Umno, wahai Pas. Ajak lah orang Melayu bersatu .. sebelum terlambat. Usahakan lah orang Melayu bersatu .. sebelum terlewat.
Ana Muslimah
These UEC-promoting goons now talk about suing or demo-ing, these non-conforming SOGs:
KUALA LUMPUR - Dong Zong (United Chinese School Committees Association) may take legal action against the Education Ministry should the final draft of the National Education Blueprint 2013-2025 remain detrimental to Chinese education.
"One option is to sue the government," Dong Zong President Yap Sin Tian said, adding that the other was to protest .. rally.
Dong Zong opposes the blueprint, seeing it as a step to realise the government's ultimate objective of implementing the monolingual education policy.
The education movement objects to the plan to increase the teaching hours of Bahasa Malaysia for years 4, 5 and 6 to 270 minutes a week from 180 minutes.
Apa daah ini maanusia, tak reti konsep bersatu di bawah satu sistem, satu aliran persekolahan. Cakap fasal "multi-nations within a nation" kupra warak dia. Tak mahu terima bahawa PM Britain David Cameron pun sudah lama kata "Multi-culturalism is dead", di laung juga oleh German Chancelor Angela Merkel dan 2 pemimpin EU yang lain.
Dan di selatan China - tempat asal usul hampir kesemua pendatang Cina di negara ini - mereka buat demo bantah arahan dari Peking supaya ketatkan penggunaan Mandarin. Di selatan China tak mahu Mandarin, di Malaysia heboh nakkan Mandarin. Biul punya jenis.
Orang ha nya sebut nak tambah masa untuk BM di sekolah pun, dia heboh.
Tapi siapa mahu endahkan apa dia kata selain dari pengikut Dong Zong. Yap penipu, pakai 2 ijazah PhD tipu. Di laporan yang ini, akhbar itu tak sebut pun pangkat Dr yang dulu dia pakai. Tak guna punya maanusia, pemecah rakyat punya Dong Zong.
Kita hanya boleh melepaskan geram dan perasaan melalui tulisan yang entah dibaca atau tidak. kita seperti anjing menyalak bukit apabila memperkatakan tentang kepentingan bahasa Melayu dan pendidikan kebangsaan adalah cara terbaik untuk membentuk negara bangsa dikalangan rakyat pelbagai ektnik di negara ini.
Kepentingan pendidikan kebangsaan dan bahasa melayu aku kira merupakan salah satu penawar yang paling berkesan untuk memastikan rakyat yang berbilang kaum dinegara ini untuk menikmati kehidupan yang harmoni.
Dalam konteks sosial dinegara ini,Pendidikan kebangsaan dan Isu bahasa melayu sepatutnya tidak dipolimikkan. Harus di fahami bahasa melayu kini merupakan hak semua golongan rakyat Malaysia dan sebagai warganegara WAJIB dihormati dan ditutur dengan fasih.
Amat malang bagi negara ini apabila selepas 56 tahun kita menikmati kemerdekaan bahasa melayu dan pendidikan kebangsaan masih terkial-kial keujudannya.
Bagi aku jika isu ini serta TIDAK KETEGASAN kerajaan menanganinya maka aku bimbang tidak beberapa tahun lagi keadaanya akan menjadi
lebih buruk dan waktu itu apakah kita yakin keharmonian kaum di negara ini akan dapat dipelihara.
Apbila dasar ini sering dipolitikkan mengikut selera pemimpin maka ini juga merupakan salah satu faktor yang melemahkan pendidikan kebangsaan dan bahasa melayu di negara ini. Dasar yang sepatutnya menjadi tunjang utama bagi memastikan keharmonian kaum dinegara ini seolah-olah diperkecilkan fungsi dan peranannya hinggakan terdapat rakyatnya sendiri hilang rasa hormat serta memperlekehkanya.
Kerajaan mesti TEGAS dalam melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan dan terus mendaulatkan bahasa melayu demi kepentingan dan keharmonian masadepan rakyat dinegara ini.
Salam Saudara Ridhuan,
Saya mendoakan keselamatan saudara sekeluarga..Pandangan saudara amat bernas dan logik dan saya amat bersetuju sekiranya saudara menceburi bidang politik agar dapat terlibat dlm pembikinan dasar negara.We need more people like u.
www.kuliahtube.com
PPPM boleh manjadi senjata ampuh Zong2 Cina untuk mempengaruhi pengundi cina pada PRU 14 nanti. Umno dan Najib pada ketika itu mungkin menjadi kecut, kecut kerana takut Umno tak menang dan Najib tak dapat jadi PM.
Sejarah Umno nak menghadapi PRU 13 amat menjelikkan. Kerana hendakkan undi kaum pendatang, maka Cina dan India dilayan sebagai anak emas.
Tetapi pada akhirnya Umno nyaris2 tidak menjadi kerajaan, Najib nyaris tidak dapat menjadi PM. Tidak dinafikan disaat2 menjelang hari pembuangan undi orang melayu yang tidak berapa berkenan dengan Umno telah membuat Pusingan U demi untuk menyelamatkan kuasa politik melayu.
Mereka sekarang sedang memerhatikan tindak tanduk Umno dan Najib dalam menjaga kepentingan Melayu dan Islam.
Apa akan jadi kepada Umno pada PRU 14 jika mereka benar2 keciwa. Semua usaha dan desakan Zong2 Cina ini adalah bertujuan hendak mengujudkan perasaan keciwa para pengundi melayu yang bukan ahli Umno yang telah mengundi calon Umno pada PRU 13 yang lalu.
Tengok betapa bijaknya kaum pendatang khasnya orang DAP mengatur strategi untuk melunturkan sokongan orang melayu yang tak berparti kepada Umno.
Najib kena peka tentang strategi jahat ini. Strategi untuk membuang Melayu dari tampuk pemerintahan Malaysia.
Kepada Najib kita ingatkan " Anda Tunai Mereka Tak Undi, Anda Tak Tunai Mereka Tak Undi ". PRU 13 adalah fakta sejarah niat dan mahu mereka yang sebenar.
To side track dan juga mengenai pelajaran, ada orang yang telah devote diri beliau kepada persiapan dunia akhirat. Sila baca luahan dari seorang Muslimah yang pernah menjadi KPSU Lumut yang coord dan menyiapkan Pengkalan TLDM Lumut juga bekas KP, Kem. Permahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau membuka pusat asrama utk anak yatim dan sekolah menengah Islam tahfiz dan memerlukan perhatian sumbangan dan bantuan fisabilillah dari kita. Sila hayati cerita beliau dalam subject Bas Sungai Manik pada webside : www.saffanskot22.com
Wassalam,
Z
2:14 PM,
Najib tahu dia tunaikan janji dan beri wang tunai kapada sekolah sekolah Cina pun, mereka tak udni BN. Dia tahu sejak PRK Hulu Selangor, banyak bulan sabelom PRU13. Sekolah Cina Rasah di janjinya bantuan wang untuk merombak semula bangunan sekolah itu.
Nyata dari kertas kertas undi di peti undi Pekan Rasah di masa itu bahawa meraka tak undi BN. Tapi selepas itu mereka yang tak ada muka, tak reti bahasa, dengan selamba pergi tuntut janji Najib. Berdentum hati saya membaca Najib beri mereka cek bernilai RM2 juta.
Terus dia memberi berbagai memenuhi kehendak Cina. Tapi selepas Melayu memberi UMNO 88 kerusi, apa Najib beri? Ada kah dia umumkan penggiatan DEB dsbnya? Tak ada dengar pun. Sebaliknya dia sibukkan nak mencapai taraf negara maju walau pun sebelom tarikh yang di sasarkan di 2020. Dengan itu dia tidak endahkan perkara meratakan padang bagi kaum Melayu mencapai kekayaan korporat dll.
Maka itu sebab ramai Melayu telah melaungkan supaya 150,000 ahli UMNO yang ada kuasa undi di pemilihan pemimpin parti akan datang ini menggantikan Najib dengan pemimpin yang berwatak dan berjiwa Melayu sepenuhnya. Jika tidak di ganti di tahun 2013 ini, sekali lagi pemilihan parti di tahun 2016 sudah suntuk masa sebab PRU14 di jankga di tahun 2018.
Jika Najib terus menjadi Presiden UMNO dan PM di PRU14, kemungkinan UMNO dan BN tewas memang nyata. Ramai Melayu akan bosan dan berhenti menyokong UMNO di masa itu. Dan tsunami Cina akan berterusan. Jahanam lah nasib Melayu di buatnya. Dia liberal kononya, tidak endahkan Kedudukan Istimewa Melayu dan tidak menggiatkan DEB untuk menyama-ratakan padang bagi Melayu bertanding di bidang ekonomi dll.
434PM
Itu lah yang saya kata mereka puak ultra kiasu licik dalam mengatur strategi. Saya pernah berbual dengan rakan cina saya yang pro DAP. Dia pertikai orang melayu marahkan Najib kerana terlalu liberal. Dia pertikai bila ada orang Umno hilang keyakinan kepada Najib untuk memimpin Umno. Katanya walau pun dia tidak sokong Umno tetapi dia sokong Najib kerana pendirian liberalnya. Dia sokong Najib kerana Najib tak seperti mentornya iaitu Tun Mahathir. Katanya lagi jika perwakilan Umno menukarkan Najib dengan orang lain dalam PAU 2013, itu ada lah satu kesilapan.
Dari kenyataan dia saya dah nampak bahawa dia mahu Najib terus memimpin Umno dan negara. Itu lah yang saya kata Strategi Halus yang terancang. Najib selagi dia jadi Presiden Umno, secara otomatik dia akan jadi PM. Najib selagi dia jadi PM, advantage adalah kepada kaum pendatang, akan ada lagi permintaan kaum pendatang yang bakal dia penuhi, semakin nak dekat dengan PRU 14 semakin banyak yang dia akan cuba tunaikan atas alasan nak sejukkan hati kaum pendatang supaya mereka tidak tolak BN pada PRU 14 nanti. Dan kaum pendatang terus menerus akan ugut Najib " lu bagi kami undi BN, lu tak bagi bye bye BN ", pada hal bagi kah atau tak bagi kah mereka dah tak minat lagi dengan BN selagi Umno menjadi penerajunya. Harapan kaum pendatang khususnya orang cina sejak PRU 12 adalah kepada Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP.
Di pihak orang melayu pula semakin bertambah lah rasa keciwa mereka terhadap Umno. Orang melayu keciwa bukan kerana Umno tetapi kerana pemimpinnya. Bila orang melayu yang pada PRU 13 dulu telah beri undi kepada calon Umno keciwa, maka nasib Umno selepas PRU 14 belum ada kepastian. Saya tak kisah BN nak bungkus, tapi saya sebagai sorang melayu rasa gerun sangat jika Umno " terbungkus " pada PRU 14 nanti.
Umno boleh " terbungkus " jika orang melayu yang tidak berparti tak undi calon dari Umno. Kita tahu kaum pendatang tidak akan beri lagi undi kepada calon Umno .. mesej mereka melalui keputusan kiraan undi mengikut peti undi pada PRU 13 cukup clear, cukup terang dan cukup jelas.
Saya melihat sinario dalam Pakatan Rakyat adalah DAP sebagai pemandu lokomotif, PKR sebagai penumpang yang duduk dalam gerabak kelas kedua manakala Pas sebagai penumpang yang duduk dalam gerabak kelas kedua. Dan atas sebab itu kaum pendatang khasnya orang cina sangat favorite kepada Pakatan Rakyat.
10:08 AM,
Tidak semestinya "puak ultra kiasu licik dalam mengatur strategi". Saya fikir ini kes Najib sendiri yang memilih begitu sebab dia sendiri fikir dirinya liberal konon, dan/atau dia pelahapkan undi Cina sebab Melayu di porak perandakan dek Anwar Al Juburi dan Nik Aziz, yang nasib lah dia dah tak laku dalam politik, dah bersara.
Keadaan menjadi amat buruk di pemerintahan Tun Dol - "flip flopping, auto-piloting and sleepy", kata Tun Dr Mahathir. Maka puak ultra kiasu melanda landa, naik kepala sebab Tun Dol biarkan apa dia orang buat dan kata, Menteri Dalam Negeri Khalid apekenama berteraburan ke Beijing mintak ma'af kapada Kerajaan China kerana kononnya Polis kita mendera seorang rakyat China, pada hal perempuan itu ada lah rakyat Malaysia. Di ketawakan dek puak ultra kiasu, sehingga melanda landa pulak mereka menghasut di zaman "Menteri Amaran" Hishamuddin.
Saya sangat khuatir apa nak jadi jika UMNO biarkan Najib berterusan sebagai Presiden/PM sehingga PRU14.
Harap dapat masa untuk menulis lagi selepas ini. Sementara waktu, wassalam.
Kau tu memang pengkhianat! Kalau aku jumpa kau, mesti aku lempang kau! Kau tu macam juga Raja Mendeliar! Kau jangan lupa asal usul kamu tu Cina! Jangan cuba jadi lebih Melayu dan Islam dari kami!
10:08 AM,
Jika perwakilan Umno menukarkan Najib dengan orang lain dalam PAU 2013, itu bukan satu kesilapan saperti yang di katakan penyokong DAP itu. Sabenarnya, itu satu kebaikan bagi kaum Melayu. Juga bagi UMNO yang tentu akan di sokong oleh lebih ramai lagi orang Melayu akibatnya.
Nyata Najib tidak pedulikan sangat hak dan kepentingan Melayu dan melayan kepentingan kaum Cina. DEB pun di senyapkannya dalam Model Ekonomi Barunya. Di derap akhirnya ada DEB di sebut, tapi secara melepaskan batuk di tangga.
Adik nya Nazir di CIMB mengetawakan DEB. Di biarkannya. Bank yang dahulu Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), di tubuh oleh ayahnya Tuhn A Razak untuk membantu Melayu dalam perniagaan, sekarang tak tahu berapa banyak bantuan kakapada Melayu yang di lakukannya. Kakitangannya pun di katakan sudah ramai Cina. Pada hal, pernigaan dan keuntungan besarnya ada lah dari badan badan Kerajaan atau GLC saperti MOF Inc, Khazanah dll, yang tidak memerlukan Cina mendapatkan perniagaan itu.
Najib terlampau nak mengejarkan Malaysia jadi negara maju. Mahukan pencapaian taraf itu walau pun sebelom sampai sasaran tarikhnya, ia itu di 2020.
Dalam ghairahnya nakkan taraf negara maju, dia tidak hiraukan pentingnya meratakan padang untuk Melayu bertanding dalam bidang perniagaan dan bidang bidang ekonomi lain.
Saya fikir akan jahanam hak dan kepentingan Melayu jika Najib berterusan sebagai Presiden UMNO dan PM sehingga PRU14. Lebih ramai Melayu akan merungut dan tidak mengundi UMNO/BN di PRU14. Jika UMNO/BN tewas di PRU14, merana lah kita. Ultra kiasu akan berleluasa dan naik kepala kita. Melayu tidak akan di peduli mereka dan di pinggir saperti di Penang dan Selangor.
Jadi, amat penting lah 150,000 perwakilan UMNO yang ada hak mengundi di bulan Oktober ini memikirkan hal ini dan mencari pemimin yang benar benar berwatak dan berjiwa Melayu menggantikan Najib. Kita amat perlukan pemimpin yang tegas dan sanggup mempertahankan hak dan memajukan kepentingan Melayu saperti pemimpin pemimpin UMNO berjanji melakukannya masa penubuhan UMNO 60 tahun lalu.
Pendirian Najib berkenan SJKC, UEC dan sepertinya itu sudah banyak di perkatakan. Jika dia terus sebagai PM, berbagai kemudahan di beri nya kapada SJKC, yang menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar, dan itu bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan berkenaan BM.
10:29 PM,
Kau nyata bukan Melayu dan bukan Islam. Jenis Red Bean menuduh secara liar, tanpa bukti atau justifikasi. Menyamar sebagai Melayu dan Islam. Mengata "Jangan cuba jadi lebih Melayu dan Islam dari kami!" konon. Kupra worak kamu.
Berhenti lah kerja menyamar kamu. Kamu semua dah kalah. Sebelom PRU13 dulu ramai jenis kamu buat gitu. Sekarang ramai yang terdiam, cabut lari, letak ekor di antara kaki korang.
Hanya kau saja ketinggalan zaman. Masih nak kata korang menang by the popular votes ke? masih nak demo Blak505 ke? Korang terojun ke longkang le, apek. Anwar pun dah tak main Black 505 lagi, ko sedar le. Boro punya warang.
Dear Dr Tee,
Anonymity has several effects on human behavior. In the fields of social psychology and economics, anonymity has long been examined in connection with self-interested behavior (Kerr, 1999), antisocial behavior (Silke, 2003; Spivey & Prentice-Dunn, 1990; Zimbardo, 1969), and unethical behavior (Diener, Fraser, Beaman, & Kelem, 1976; Mathes & Guest, 1976; White, 1977).
It is generally believed, based on findings of social-dilemma and dictator game studies, that anonymous people tend to choose selfish strategies motivated by self-interest (De Cremer & Bakker, 2003; Fox & Guyer, 1978; Hoffman, McCabe, Shachat, & Smith, 1994; Kollock, 1998).
In association with such findings, a meta-analysis of deindividuation research indicates that socially unacceptable behavior in the form of pursuit of material self interest (e.g., stealing money) occurs more frequently among anonymous people in a group (Postmes & Spears, 1998).
In addition, the ethical-decision making literature suggests that people are more likely to behave in an unethical manner when that behavior benefits them in some way (Grover & Hui, 1994; Hegarty & Sims, Jr., 1978; Loe, Ferrell, & Mansfield, 2000).
Tatsuya Nogami
637 AM
Untuk waktu ini - Cina memang mahu Najib terus memmimpin Umno dan kerajaan. Kerana pendirian liberal Najib menguntungkan mereka. Najib nampak sangat lembek dengan kaum pendatang.
Muhyidin - Cina tak dapat terima cara Muhyidin. Jiwa melayu Muhyidin jauh lebih baik daripada Najib. Ini lah yang membuatkan Muhyidin tidak disenangi oleh cina. Muhyidin tegas dalam memperjuangkan kepentingan melayu. PPPM itu idea siapa .. Muhyidin ? Najib ?
Pemansuhan Akta - Semua orang tahu, semua rakyat nampak. Bila tidak ada lagi ISA dan EO .. penjenayah semakin ganas dan berani. Kaum pendatang khas cina semakin menjadi2 kurang ajar kepada melayu dan agama islam. Malah polis sendiri mengaku terpaksa " kerja lebih masa " setelah tiada lagi ISA dan EO.
Dalang Pemansuhan ISA dan EO - Orang melayu sedar yang mahu sangat ISA dan EO di hapuskan adalah kaum pendatang cina. Orang cina sedar ISA dan EO selama ini menyekat kebebasan mereka bersuara menuntut sesuatu yang tak sepatutnya dituntut. Najib tahu apa akan berlaku bila ISA dan EO dah tiada. Tapi hati kecil Najib berkata " ahhhh peduli apa aku, janji aku terus dapat jadi PM selepas PRU 14 dengan sokongan orang cina ". Najib telah merasuah cina untuk mendapatkan undi dengan bersetuju memansuhkan ISA dan EO. Yang mahu sangat ISA dan EO dimansuhkan adalah kaum pendatang cina. Di pihak orang melayu mereka rasa secured dengan adanya ISA dan EO.
Nasib Umno - Hidup mati Umno ditentukan oleh orang melayu. Pengajaran PRU 13 " cina tidak tolak BN, yang cina tolak adalah Umno ". Najib sudah pasti akan terus jadi Presiden Umno selepas PAU 2013 kerana Muhyidin tidak mungkin berani untuk menawar diri melawan Najib sungguh pun ada permintaan daripada majoriti orang melayu tak berparti dan mungkin juga daripada sebahagian akar umbi Umno. Tetapi adakah selepas PRU 14 Najib masih lagi PM jika orang melayu tak berparti dan sebahagian ahli Umno sudah mulai tawar hati dengan Umno. Kita tidak terkilan, kita tidak sedih, kita tidak gerun, kita tidak kesal kalau Najib tidak jadi PM sebab kita nampak Najib tak berapa peduli sangat dengan ratapan dan rintihan orang melayu. Tetapi kita orang melayu akan meratap dan meratus dan merintih tak sudah2 jika Umno bukan lagi kerajaan yang memerintah tanah melayu ini selepas PRU 14. Kita gerun sangat kerana kita takut " sekali terlepas akan terlepas selama2nya ". Singapore kepada PAP dan Penang kepada DAP .. masih ada hari lagi kah ia dapat kembali kepada melayu ??????????????????
Alternatif Melayu - PKR bukan untuk melayu bergantung harap walau pun ketuanya melayu. Perjuangan Anwar .. untuk melayu tidak, untuk islam pun bukan .. kabur teramat kabur. Pas mempunyai advantage kalau kena caranya .. selama ini melayu tidak berparti menjauhi Pas cuma kerana Pas dilihat menjadi kuda kepada DAP. Pas yang tergila2kan DAP.
Peluang Keemasan - Pas sepatutnya nampak peluang bila orang melayu sendiri sudah mula meluat dengan Umno hanya kerana satu dua orang pemimpin kanan parti itu. Bukan mustahil jika orang itu masih lagi menerajui Umno, orang2 melayu yang tak berparti dan sebahagian ahli Umno sendiri sanggup untuk " membungkuskan " Umno pada PRU 14 nanti. Peluang akan memihak kepada Pas hanya jika Pas dapat membebaskan dirinya daripada menjadi Kuda DAP.
Kuda Pas yang sedang ditunggang oleh DAP telah dikenal pasti oleh orang melayu di luar Pas. Mereka2 adalah Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Khalid Samat dan Mustafa Ali. Jika 5 nama ini berjaya dipadam daripada senarai kepimpinan tertinggi Pas pada MAP 2013 .. insyalah pertolongan daripada Allah swt akan datang kepada Pas.
Saudara Ridhuan Tee sendiri walau pun pro Umno tapi jika diamati dia masih boleh menerima Pas dalam beberapa perkara walau pun tidak dalam semua perkara. Saya juga berpendirian yang serupa.
kalu aku orang cina, aku tetap sokong Ah jib gor. Tapi bila mengundi, aku tetap tak bagi kepadanya.
Tatsuya Nogami,
So many times this talk against commenting as Anonymous here has been countered with cogent reasoning. Are you a robot, just submitting comments here and there, without reading those counter-comments previously made? And not answering the questions asked in those counter-comments?
If you are truly a Japanese as your name sounds, anatawa bakat desu neh? Gakko e ikimasen desu neh? Bagero desu neh?
Anonymous.
PS:
And what proof can you produce that you are the person named Tatsuya Nogami?
You could be a masquerader - using other people's names. No Japanese would want to go through so many blogs in this country to post the copy and paste comment you could have got from somewhere. No mention that you belong to a human rights or no-anonymous organization whatever. Calling you stupid is in order. I could write one of a thousand names and call you stupid. But I remain
Anonymous.
Teringat satu ayat Quran yang selalu digunakan. Tak ingat surah dan ayat ke berapa; maksudnya "Mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang".
Mati-mati golongan "Ubah" dan "Ini kalilah" ingat boleh mengambil-alih pemerintahan selepas PRU13 dengan segala perancangan yang hebat dan bantuan segala macam dalam keadaan orang Melayu yang tak bersatu sejak PRU12 lagi.
Tapi jelas, Allah mengasihi umat Melayu/Islam Malaysia dengan tidak mengizinkan perkara ini berlaku. Malah keputusan PRU13 diterbalikkanNya dan ditunjukkanNya dengan jelas pihak yang sayangkan Islam dan pihak yang ingin meliberalkan Islam.
Apakh PRU14 nanti kita akan dapat pemeliharaan Allah? Sikap kita terhadap Islam yang akan menentukan.
Kita harap kerajaan guna ISA atau EO keatas siapa sahaja yang menentang PPPM untuk kesejahteraan negara.
Saudara Blogger
Minta maaf kerana isu saya lari tajuk. Saya mohon tuan siarkan dengan niat yang baik demi Perpaduan Ummah dan Perpaduan Melayu.
Metro Ahad 8.9.2013 menyiarkan cerita berkenaan Ajaran Syiah khasnya berkenaan Kahwin Mutaah dikalangan penganut Syiah seperti yang diceritakan oleh wanita janda 3 anak Suhana 34 tahun, yang telah melalui pernikahan secara mutaah sebanyak 3 kali dalam empoh 2 tahun - pertama selama 4 bulan dengan mas kahwin sebuah kitab Syiah, kedua 3 minggu dengan mas kahwin sebuah telepon bimbit dan ketiga 2 bulan dengan mas kahwin RM2.00.
Kepada kaum wanita yang bernikah mutaah saya nak sedarkan kalian, maruah anda adalah jauh lebih hina daripada seorang pelacur. Untuk tidur satu malam dengan seorang pelacur orang lelaki sanggup bayar paling tidak pun RM200.00 (2nd class prost). Kalau first class mungkin RM500 - RM1000 untuk satu malam.
Sedangkan Suhana hanya dibayar RM2.00 untuk ditiduri selama 60 malam (2 bulan) atau RM0.03333 sen untuk satu malam. Sebab itu saya berani berkata maruah Suhana berkali2 lebih hina dan rendah daripada seorang pelacur kaki lima.
Tetapi alhamdulilah, akhirnya Suhana sudah sedar dan insaf dan kini beliah sudah kembali kepada ajaran ASWJ.
Jika anda kata saya berbohong, cari Metro Ahad 8.9.2013 dan baca lah.
Apa yang nak saya sampaikan adalah WANITA DALAM AJARAN SYIAH HANYA LAH ALAT UNTUK MEMUASKAN NAFSU LELAKI SEMATA2 .. LELAKI DAPAT MELAMPIASKAN NAFSU SEKS TERHADAP WANITA YANG DIA SUKA DAN WANITA ITU REDHA TANPA DIA TUDUH BERZINA.
Memang perlakuan sex itu berlaku dengan kerelaan kedua2 belah pihak sebagai suami dan isteri .. suami tanpa tanggung jawab terhadap isterinya. Dalam kolum ini, saya tidak berhajat menyentuh risiko kesusahan yang bakal ditanggung oleh wanita selepas tamat tempoh pernikahan mutaah.
Ana Muslimah
Dear Tatsuya Nogami,
Never argue with an idiot; he will bring you down to his level and win from experience.
By the way to 11:36 AM, September 05, 2013, successful people are always looking for opportunities to help others. Only unsuccessful idiots are always asking, "What's in it for me"?
Post a Comment