Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Wednesday, September 18, 2013

Pas mesti keluar pakatan

4:07 PM Posted by RIDHUAN TEE 22 comments

Utusan Malaysia 18 September 2013

CADANGAN Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, agar Pas mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP harus diberikan perhatian serius oleh semua pimpinan Pas.

Walaupun Pas kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz NIk Mat jelas dalam soal ini.

Kerap kali saya mengingatkan Pas supaya berhati-hati dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang. Nampaknya, ingatan saya mula menjadi kenyataan. Tidak ada guna berkawan dengan orang yang tidak suka pada Islam atau tidak beramal dengan Islam, apatah lagi menentang Islam, meskipun telah lama dipujuk.

Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu UMNO? UMNO dahulu berbeza dengan UMNO kini.

Mereka yang mahukan Islam semakin ramai, walaupun mungkin ada sedikit kalangan pimpinannya yang tidak mahu. Apatah lagi UMNO hari ini berada dalam keadaan tersepit.

Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang-penentang Islam.

Saya tidak nampak pakatan pembangkang boleh menjadi medan dakwah kepada Pas kerana PKR dan DAP tidak pernah berubah pendekatan terhadap Islam. PKR tidak mahukan Islam menjadi dasar, manakala DAP terang-terang menolak dan menentang Islam.

Lihatlah pada cara mereka membela kes-kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam. Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana? Semua telah maklum.

Jika berhujah pasal hak, berapa banyak lagi rumah berhala diperlukan, sehingga bilangannya menenggelamkan surau dan masjid. Bilangan bukan sedikit, tetapi berkali-kali ganda. Statistiknya telah saya paparkan sebelum ini, sama ada yang sah atau tidak sah.

Ingin saya bertanya kepada Pas berapa ramai orang PKR dan DAP memeluk Islam setelah sekian lama berkawan? Atau sekurang-kurangnya berlembut dengan Islam? Boleh dikatakan tidak ada. Yang amat ketara, 'hak' mereka, walaupun bukan hak, pantang diusik sama sekali.

Paling tidak, hormatilah pendirian Pas mengenai Islam dan negara Islam. Ini tidak, pantang disebut sahaja nilai-nilai Islam dan negara Islam, maka DAP dan PKR tidak senang duduk, menunjukkan betapa antinya mereka terhadap Islam.

Kita mahu lihat betapa kuatnya pakatan pembangkang tanpa Pas. Jangan mimpilah untuk berkuasa jika Pas tidak berada dalam pakatan. Jangan mimpi juga untuk mengugut atau menggertak umat Islam.

Sejak sekian lama, sebahagian ulama dalam Pas mengkritik sesetengah pucuk pimpinan Pas kerana rapat dengan pimpinan pakatan pembangkang dengan pelbagai gelaran diberikan.

Gelaran demi gelaran diberikan oleh mereka yang telah keluar daripada Pas. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam Pas adalah gelaran yang popular.

Datuk Hasan Ali ketika dipecat daripada Pas, menggelar orang Pas yang rapat dengan pimpinan PKR sebagai parasit-parasit Pas.

Nasharudin Mat Isa sebelum disingkirkan daripada Majlis Syura ulama berulang kali mengingatkan agar Pas mengkaji balik kedudukannya dalam pakatan pembangkang. Beliau secara lantang menganjurkan Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana PKR dan DAP telah belot dalam tahalus siyasi.

Apabila idea ini dicadangkan, orang yang paling kuat menentang adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyifatkan idea-idea sebegini adalah daripada musuh Pas sendiri yakni UMNO. Sejak dahulu lagi beliau berpendirian sedemikian.

Menurut Sayuti Omar, penyokong kuat pakatan pembangkang tahalus siyasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan (sekejap) tetapi bersifat angin berjimak (lama). Jika Pas beralih angin kepada bekerjasama dengan UMNO, apakah UMNO akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas?

Dan sejauh manakah Pas dapat meyakinkan UMNO memperjuangkan Islam dan Melayu, sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan Pas.

Pada beliau, paling kurang, Pas perlu mengambil iktibar daripada politik Turki. Di Turki, parti Islam berpecah kepada dua kumpulan apabila kumpulan pimpinan Recip Tayyip Erdogan membentuk AKP dan meninggalkan penyokong Necmetin Erbakan dalam Saadet. AKP terbukti berjaya dan menjadi parti yang memerintah Turki sejak tiga penggal lalu dan Erdogan kini adalah Perdana Menteri Turki yang berpengaruh.

Dalam Pas, kumpulan yang dinamakan sebagai Erdogan mahu bersama pakatan pembangkang, manakala kumpulan penyokong Harun Taib ini mahu mengkajinya.
Pada saya, andaian ayam mengawan dan angin berjimak tidak boleh dipakai jika kawan-kawan itu jenis yang menentang Islam.

Malaysia tidak boleh disamakan dengan Turki dan sebagainya. Malaysia adalah Malaysia. Negara lain kebanyakan masyarakatnya adalah sebangsa (homogeous society). Pi mai pi mai tang tu juga. Negara mereka tetap terlepas kepada bangsa mereka.

Apakah kita tidak belajar daripada keadaan di Fiji. Apakah orang Fiji memerintah Fiji atau diperintah hari ini? Orang Fiji telah mengemis di bumi sendiri. Saya tidak perlu bercerita lanjut. Buatlah kajian atau sekurang-kurangnya bacalah politik Fiji. Seksanya orang Fiji apabila diperintah orang lain.

Kita adalah masyarakat berbilang bangsa. Lebih malangnya pecahan Islam dengan bukan Islam, tidak besar. Konsep majoriti-minoriti seolah-olah tidak wujud sebab penduduknya hampir seimbang.

Jika terlepas, sukar untuk dikembalikan. Justeru, sebelum terlepas, perlu berhati-hati. Sebelum nasi menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya jika tanah air yang berasaskan kepada payung anak watan (indigenous canopy) terlepas kepada orang lain.

Sebab itu dalam memahami politik Malaysia, ia bukan sekadar mengawan ayam atau berjimak angin. Tetapi lebih daripada itu. Masa depan dan survival umat Islam.

Selama-lamanya saya tidak akan percaya kepada PKR dan DAP jika mereka tidak lembut dan menerima Islam selaku agama persekutuan di negara ini. Selamanya mereka menentang, selama itu juga saya tidak akan berlembut dengan mereka.

Rayuan saya kepada Pas. Buanglah rasa buruk sangka terhadap UMNO. Begitu juga UMNO terhadap Pas. Mulakan langkah pertama. Perbincangan kerajaan perpaduan.

Jika kuasa yang menjadi matlamat, berapakah bilangan kerusi Kabinet yang boleh diberikan oleh UMNO kepada Pas. Jika tidak bersetuju, berbincang lagi. Belum pun muktamad. Pokoknya kita mahukan segala keputusan menguntungkan Islam. Biar DAP kecut perut.

Lihatlah bagaimana bersatunya orang lain. Kerajaan begitu tegas dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), yang berkaitan rapat dengan penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) kepada 240 minit di SJKC.

Sebaik-baik sahaja idea ini dilontarkan, NGO-NGO Cina dan parti politik Cina begitu kuat menentang. Kita ingatkan MCA akan menasihatkan ultra kiasu ini dan bersama kerajaan. Rupa-rupanya tidak. MCA serupa dan senada dengan mereka. Bila tiba bab mempertahankan bangsa, semua bersatu.

Tidak cukup dengan itu, mereka begitu lantang mengkritik agenda bumiputera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Alasan mereka, GLC itu wujud hasil cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. Kenapa perlu ada agenda bumiputera?

Setelah lebih 56 tahun merdeka, parti komponen BN sendiri dan pakatan pembangkang, begitu jahil tentang Perlembagaan. Bagaimana ia boleh diharap untuk memerintah negara.

Kita pula bagaimana? Kita bukan hanya bercakap soal bangsa, tetapi soal agama iaitu agama Allah SWT, Islam sebagai cara hidup. Kita perlu mengambil iktibar sebelum terlambat.

Memang mudah untuk berkata atau terpengaruh dengan kata-kata, sesiapa pun memerintah, kedudukan Islam, Melayu dan Raja pasti akan selamat.

Apakah keyakinan itu boleh kita harapkan kepada pakatan pembangkang, terutama DAP? Mereka bila-bila masa boleh bekerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk memusnahkan kita.

Pas tidak perlu masuk ke dalam UMNO untuk saling bekerjasama. Begitu juga dengan UMNO. Mereka boleh kekal dengan parti masing-masing. Apa yang penting perlu ada kerjasama dalam isu-isu berkaitan agama, bangsa dan negara.

22 comments:

Anonymous said...

Saudara Ridhuan Tee

Pertama sekali saya mahu ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi terima dan siar posting saya atas tajuk " Tahalus Siao-si ".

Hendaknya tulisan saya itu dapat membantu tuan dalam menyedarkan para pemimpin PAS dan ahli2 PAS.

Niat saya hanya satu. Saya tidak mahu para penyokong dan ahli PAS menjadi taksub kepada KERJASAMA GILA yang boleh meMATIkan perjuangan islam.

Saya kata " Gila " kerana orang islam meminta pertolongan bukan islam untuk menegakkan islam.

Adakah Nik Aziz sekarang sudah " Gila ". Adakah Hadi Awang juga sekarang sudah " Gila ". Masih waras lagi kah ahli2 PAS jika mereka masih taksub dan wala' kepada perintah dan arahan daripada ulamak PAS yang " Gila ".

Tindakan ulamak PAS sekarang tak ubah seperti Seorang Ustaz Meminta Bantuan Setan Untuk Menghalau Pelesit Yang Mengganggu Jiwa Seorang Pesakit. Dan Setan yang diminta pertolongan oleh si Ustaz itu akan masuk ke dalam badan si pesakit untuk berlawan dengan Pelesit sehingga Pelesit lari keluar daripada badan si pesakit. Si pesakit pasti akan sembuh daripada gangguan Pelesit, TETAPI ADAKAH SELEPAS ITU SETAN YANG BERJAYA MENGHALAU PELESIT AKAN KELUAR DENGAN SUKARELA MENINGGALKAN TUBUH BADAN SI PESAKIT (YANG KINI SUDAH TAK SAKIT LAGI) TANPA UPAH ATAU JANJI DARIPADA USTAZ YANG MEMINTA BANTUAN NYA ?????

Katakan ... PAS itu Ustaz, Negara Malaysia ini pesakit, Umno itu pelesit dan DAP itu Setan.

Kisahnya adalah ... PAS (ustaz) nak minta bantuan DAP (setan) untuk menghalau Umno (pelesit) bagi menyelamatkan Negara Malaysia (pesakit) daripada pemerintahan sekular (rasukan). Apa agaknya kesudahan cerita drama sketsa itu ....

Sama2 lah kita tunggu dan saksikan drama Arahan dan Terbitan oleh Pengarah dan Penerbit Tersohor Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bersama Abdul Hadi bin Awang yang akan masuk panggung pada tahun 2018 (PRU14).

Ana Muslimah

Anonymous said...

Salam sdr Ridhuan... saya percaya, buat masa ni, Pas tak kan keluar dari pakatan selagi pemimpin Pas yg pro kpd pkr dan DAPig masih ada dlm saf kepimpinan Pas...

Bekas ahli said...

PAS perjuangkan Islam ? Irrelevant ! Dgn Tahaluf siyasi, hanya menguntungkan sekutunya dan sesetengah pimpinan PAS.
Dgn Tahaluf siyasi, mendedahkan apa yg tersembunyi sebelum ini dr watak dan akhlak pimpinan mrk.

Anonymous said...

Kalau AGENDA POLITIK dan DUNIA DIDAHULUKAN dari AGENDA ISLAM, BANGSA dan TANAHAIR.....maka pasti jawapannya ialah HANCUR.

Kalau SAUDARA ISLAM dijadikan MUSUH dan KAFIR dijadikan SAUDARA maka pasti jawapannya juga HANCUR.

Kalau kita BERKIBLATKAN DENDAM KESUMAT, BENCI dan MARAH yang tersemat di hati yang mana menjadi penghalang bagi PENYATUAN UMMAH maka tunggulah AZABNYA.....KITA AKAN SAMA-SAMA JATUH dan SAMA-SAMA MEREMPAT...Na'uzubillahiminzalik.

Sebelum ada antara kita yang menyangkal kenyataan di atas tolong rujuk kepada firman Allah swt dan hadis Rasulullah saw yang begitu banyak berkenaan dengan orang-orang musyrik dan kafir......juga berkenaan dengan PERSAUDARAAN dan PENYATUAN UMMAH.

Allah terlebih dahulu MAHA MENGETAHUI dan semua firman daripadaNya adalah BENAR SEMATA-MATA BENAR BELAKA.

Kita telah diberi NASIHAT, AMARAN, PETUNJUK dalam firman-firman Allah swt dan sabda-sabda Rasulullah saw.....tapi...malangnya kita masih MENGADAKAN ALASAN demi ALASAN untuk MENOLAK TEPI kebenaran kata Allah dan RasulNya bagi MENGHALALKAN AGENDA KITA.

Mengapakah kita masih BEBAL berbelit-belit untuk MENEGAK BENANG YANG BASAH......mencari jalan bagi MENGHALALKAN AGENDA yang menongkah arus?

Pernahkah Allah swt berfirman bahawa umat Islam boleh meletakkan KEPERCAYAAN kepada orang-orang kafir untuk menjaga batas-batas Islam? Sejauh manakah KEIKHLASAN HATI kafir terhadap ISLAM?? Bolehkah kita JANGKAKAN??

Kita boleh bergaul, bekerjasama dengan kafir tetapi tidaklah hingga hal-ehwal Islam turut mereka campurtangan sehingga mencabar MARUAH ISLAM.....dan janganlah sehingga bagi membuktikan KESETIAAN dalam persahabatan tadi ada yang tergamak mencari alasan-alsan, mencari jalan, MEMBUKA JALAN bagi MENGHALALKAN perkara yang boleh melorongkan KEHANCURAN ISLAM dan UMMAH.

Janganlah JALAN yang boleh MENGHANCURKAN ISLAM itu dijadikan alasan untuk MENTARBIYAHKAN ISLAM kepada kafir......tapi tahukah dan SEDARKAH kita bahawa kafir mempunyai AGENDA besar MENTARBIYAHKAN AGAMA MEREKA kepada umat ISLAM?? Bukankah kita sepatutnya menjadi DEFENSIF dalam menjaga KESUCIAN ISLAM dan UMMAH??

Allah swt saja yang akan memberi petunjuk bagi mereka yang dipilih....dan Allah swt jualah yang memilih siapa yang hatinya dihitam dan DIHIJABKAN dari menerima petunjukNya....dan kita berterusan berhujah-hujah menegakkan benang yang basah dan beranggapan kita berada di jalan yang benar.....sedang kita ditipu-daya oleh muslihat kuncu-kuncu iblis.

Apakah jawapan kita kepada Allah swt? Mahukah dijawap kerana DENDAM, MARAH dan BENCILAH maka kita TIDAK MAHU UMMAH ini DISATUKAN.

Firman Allah swt Surah Al-Mumtahanah:
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). Itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Firman Allah swt Surah Al-Anfal:
Sesungguhnya orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.

Sabda Rasulullah saw:
"Janganlah bertanya kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) berkenaan apa-apa kerana sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu apabila mereka sendiri dalam kesesatan. Jika kamu menerima dari mereka sesuatu, sama ada kamu akan mempercayai apa yang batil atau menolak apa yang hak."

Kita boleh SANGKAL dan BANTAH firman Allah swt dan sabda Rasulullah saw di atas.....kita juga boleh berhujah, berbantah-bantah dan buat apa sahaja semahu kita di dunia ini.....tapi kita tetap akan kembali kepadaNya dan memberi jawapan kepadaNya terhadap apa yang DIPERTANGGUNGJAWABKAN ke atas kita...dan TUNGGULAH....Allah swt akan MEMBUKTIKAN KEBENARAN akan KATA-KATANYA.....dan ketika itu kita akan MENYESAL...kita sudah TERLAMBAT...Na'uzubillahiminzalik.

Anonymous said...

Cara yang selamat dan dapat menguntungkan seluruh bangsa Melayu ialah dengan penyertaan Pas ke dalam Barisan Nasional. Pas dan UMNO perlu saling bertolak ansur dan menghormati di antara satu sama lain. UMNO perlu ikhlas kepada Pas dengan berkongsi kuasa untuk mentadbir negara ini. Dalam masa yang sama Pas juga boleh mentarbiah UMNO tentang konsep negara Islam yang diidamkan.

Insya Allah sekiranya Pas ikhlas berjuang demi menegakkan Islam, dan bukan kerana mengejar kuasa, pasti lama kelamaan seluruh orang Melayu akan menyokong untuk mendirikan negara Islam. Kerana itulah Pas perlu memberikan tarbiah secara berperingkat, dan bukanlah secara tergesa - gesa.

Ketika dalam Barisan Nasional, janganlah pula Pas terlalu mengejar kuasa. Biarlah UMNO yang mengetuai kerajaan. Ingatlah, matlamat asal perjuangan Pas adalah menegakkan agama Allah, bukan untuk kepentingan diri.

Lupakanlah segala dendam kesumat sekiranya ada. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dengan itu barulah teguh peribadi bangsa Melayu.

Anonymous said...

Hoi....anon 3.51AM
Kalau kafir tak baik buat apa Allah cipta orang kafir dan tak terus berhenti kelahiran orang Kafir.Rasa u terlampau percaya cerita dongeng menjadi otak sempit dan ketinggalan zaman. Hihihi....

Anonymous said...

6:20 PM,

saya fikir, kalau pun buat masa ni masih ada pemimpin Pas yg pro kpd pkr dan DAPig, sudah bermula angin kuat mahukan keadaan baru di antara ramai pemimpin PAS.

Saya tertarik dengan hal bahawa Nik Aziz telah berkata bahry bahru ini bahawa dia mahukan orang lain sebagai Timbalan Presiden, bermkana bukan Mat Sabu yang pro-PKR Anwar Al Juburi.

Anonymous said...

12:36 AM,

Saya kurang faham maksud Sdr. Kalau boleh, tolong terangkan dengan lanjut sikit apa makna

"Dgn Tahaluf siyasi, hanya menguntungkan sekutunya dan sesetengah pimpinan PAS.

"Dgn Tahaluf siyasi, mendedahkan apa yg tersembunyi sebelum ini dr watak dan akhlak pimpinan mrk."

Kalau boleh, tolong beri contoh.

Terima kasih.

Anonymous said...

2:37 PM,

Saya ha nya nak kata sokong Sdr sepenuhnya.

Anonymous said...

Kalau PAS bekerjasama dengan UMNO seperti kucing dengan harimau. Jadi kucing setiasa perlu berjaga-jaga tersilap kena gigit

Anonymous said...

Ramai yang akan kenduri besar bersyukur kalau PAS keluar dari Pakatan.

Orang ramai, orang awam. Orang politik, tak tau le. Yang keras kepala macam batu.

Tapi dah ada tanda tanda orang politik PAS pun mahu "kaji semula" kedudukan depa dalam Pakatan. Bagus lah. Mudah mudahan kan membawa kapada PAS bebas, bersendirian.

Anonymous said...

Salam kepada Anon 7.46 Sept 20.

Sebaiknya kita jangan biarkan iblis dan syaitan meniup prasangka yang mendorong kepada permusuhan antara umat Islam. Jangan kita menjadi alat kepada Iblis untuk merealisasikan sumpahnya kepada Allah iaitu akan menyesatkan umat Islam hingga kiamat.

Bagi saya penyatuan sesama Islam adalah lebih baik dari bersatu dengan musyrikin dan kafirun.

Sabda Rasulullah SAW (HR At-Tabrani):
"Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah di kalangan kamu ialah mereka yang berjinak-jinak dan berusaha menjinakkan hubungan antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah di antara kamu ialah orang-orang yang menyebarkan perbuatan umpat-mengumpat dan orang-orang yang memecah-belahkan di antara para saudara (Islam)".

Firman Allah SWT (Ali Imran: 105):
“Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas kepada mereka. mereka itulah orang-orang yang akan mendapat siksa yang amat berat."

Sabda Rasulullah SAW (HR Bukhari dan Muslim):
"Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan bahagian satu dengan bahagian yang lainnya."

Waspadalah dengan hasutan Iblis, dia datang dari setiap arah tanpa kita sedari. Apa saja yang mendatangkan kebaikan kepada agama Allah SWT dan umat Muhammad SAW akan ditentang habis-habisan oleh iblis dan syaitan. Itu sumpahnya kepada Allah SWT sebelum dihalau dari syurga.

Dan juga janganlah kita membuang masa berhujah melayan musyrikin dan kafirun ini. Mereka tetap dengan pendirian mereka kecuali kita ikut sesat seperti mereka. Adalah lebih berfaedah tumpuan diberi kepada agama dan umat kita.

Semoga kita sama-sama dan semua umat Islam dilindungi dan dibimbing ke jalan yang terang oleh Allah SWT dan sama-sama mendapat syafaat Rasulullah SAW, amin.

Anonymous said...

Alasan kerana sesama agama perlu bersatu tetapi dalam hati ada sebalik. Inilah permainan politik dari timur tengah yang tak habis-habis berkonflik dari zaman dulu hingga sekarang. Agama tak mesti membawa kebahagian dan keamanan yang penting hati ada niat baik

Anonymous said...

Saya terbaca semalam atau 2 hari lalu Hadi Awang berkata bahawa PAS sanggup bekerja sama dengan UMNO dengan syarat UMNO ambil tindakan berkenaan rasuah dll, tetapi tak dapat di cari lapuran itu hari ini.

Laporan itu mengaitkan dengan kenyataan TS Muhyiddin tak lama sabelom itu bahawa UMNO sedia berunding dengan PAS berkenaan berkerja sama.

Apa kah ada pihak pihak berkenaan tak suka mendengar Hadi bercakap demikian dan mengusahakan supaya berita itu di keluarkan dari siaran akhbar berkenaan?

Sekarang saya hanya menjumpai kenyataan berikut:

“The PR presidential council that met on September 18 2013 again state its readiness to hold a dialogue with BN with the purpose of solving the country’s worsening problems like the growing government debt, soaring prices, rising crime and widening racism that is threatening the good relations of our society,” read a statement signed by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP advisor Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang."

Mungkin PKR dan/atau DAP telah mengugut pihak berkenaan supaya mengeluarkan dari siaran laporan mengatakan Hadi berkata PAS sanggup berunding dengan UMNO bersendirian sahaja?

Saya percaya sudah ada angin perubahan yang kuat meniup di dalam PAS sekarang ini. Harap PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat dan berkerjasama dengan UMNO. Ada dua jawatan Menteri masih kosong, sekarang di pegang sementara oleh Menteri Menteri UMNO.

Anonymous said...

Adakah masa depan orang melayu berada dalam tanggung jawab Umno ? Karut dan sangat mengarut kalau ada orang melayu yang berfikir begitu.

Adakah masa depan islam berada dalam tanggung jawab PAS ? Sungguh2 mengarut kalau ada orang melayu islam yang ingat begitu.

Melayu tidak terselamat kerana Umno. Islam juga tidak terbela maruahnya kerapa PAS.

Tidak terjadi perpaduan melayu hanya dengan penggabungan Umno dan PAS. Perpaduan melayu hanya terjadi jika setiap orang melayu bersungguh2 mahu bersatu, bersatu bukan kerana mengikut arahan pemimpin, tetapi bersatu atas kehendak hati sendiri, bersatu kerana orang melayu merasakan itu saja jalan untuk menyelamatkan masa depan dan politik orang melayu.

Pada PRU13 ramai melayu telah bersatu atas gerak dan rasa hati sendiri. Pada PRU13 ramai melayu yang tidak terpengaruh dengan rayuan para pemimpin baik dari Umno mahu pun PAS. Pada mereka " Persetan dengan rayuan Nik Aziz, persetan dengan pembohongan Islam oleh Hadi Awang " begitu juga dengan rayuan dan seruan daripada pemimpin Umno " Ah !!! go to hell with Najib, go to hell Muhyidin ".

Dan akhirnya pada PRU13, orang melayu telah memilih mengikut gerak hati, mereka tolak PAS bukan kerana mereka bencikan PAS, mereka undi Umno bukan kerana mereka suka kepada Umno.

Dan ini lah yang menjadi pertimbangan saya, dan saya mempengaruhi anak2 dan isteri saya yang layak mengundi pada PRU13, saya ingatkan mereka " jika kita pilih PAS maknanya kita mengharapkan bantuan Setan untuk menegakkan Islam di negara ini, jika kita memilih Umno orang melayu akan kekal memegang tampuk kuasa di negara ini ".

Saya suami isteri dan anak beranak tidak condong sama ada kepada PAS mahu pun Umno. Kami boleh undi PAS dan kami boleh undi Umno. Tetapi pada PRU13, petunjuk Allah swt datang kepada kami, lalu Dia menggerakkan hati2 kami seolah2 berbisik di telinga kami " Untuk saat dan ketika ini Aku amanahkan kepada Umno untuk menjaga bangsa kamu dan agama Aku ". Maka dengan kehendak Allah swt, menanglah Umno pada PRU13 untuk membentuk kerajaan.

Kesimpulan daripada saya adalah JANGAN SALAHKAN UMNO ATAU PAS JIKA ORANG MELAYU TIDAK BERSATU, SEBALIKNYA SALAHKAN DAN BODOHKAN DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI ORANG MELAYU.

Buka mata dan buka minda MCA, GERAKAN DAN DAP TIDAK PERNAH MENYERU DAN MERAYU SUPAYA ORANG2 CINA BERSATU DALAM SATU GABUNGAN UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN ORANG CINA, tetapi lihat bagaimana orang cina bersatu tanpa disuruh bila hak dan kepentingan mereka terancam .. gerak hati memandu mereka dan bukan parti politik Cina yang memandu mereka.

Wahai orang Melayu belajar lah sesuatu daripada orang Cina.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Saya yakin dan teramat yakin PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat selagi Nik Aziz masih hidup dan selagi Hadi Awang masih hidup ATAU selagi Nik Aziz masih ada kuasa dalam PAS dan selagi Hadi Awang masih menjadi Presiden PAS.

Muktamar Agong PAS semakin hampir. Para peserta dan ahli PAS sepatutnya mengangkat pemimpin PAS di kalangan orang2 yang berani seperti Harun Taib yang meminta PAS kaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat.

Go Harun Taib go. Go and save PAS wahai Harun Taib. Pisahkan PAS daripada Setan yang menjadi khadam kepada Nik Aziz dan Hadi Awang.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Terbaca saya dalam paper Sinar Harian. Hadi Awang berkata, jika Umno nak bincang dengan PAS, tak ada masalah, tapi bukan untuk bersama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Itu jawapan dari seorang " ulamak " yang sombong serta bongkak. Dia sanggup duduk bersama dengan DAP dengan harapan dapat membentuk kerajaan, sedangkan orang melayu melihat keadaan PAS dalam Pakatan Rakyat tak ubah seperti " Kupang Tembaga " saja. Astaghfirullah .. rupa2nya Allah swt telah menutup pintu hati " si ulamak " itu kepada kebenaran. Saudara sebangsa dan seagama telah Allah jelmakan sebagai musuh kepada " si ulamak " itu manakala Setan Allah nampakkan kepada dia sebagai sahabat yang boleh dipercayai. Tak apa lah kalau itu yang Allah mahu maka biar lah " si ulamak " itu dengan dunia dia.

Saya sebagai orang diluar PAS, berdoa semuga Allah jelmakan Harun Din dan Harun Taib sebagai " Imam Mahadi " yang diutuskan untuk menyelamatkan PAS, menyelaatkan Islam dan menyelamatkan orang melayu. Tidak ada apa yang saya harapkan melainkan terlalu sangat teringin untuk melihat seluruh orang melayu berada dibawah satu payung .. payung yang melindungi bangsa melayu dan agama islam.

Kepada TS Muhyidin ingin saya berkata " bersabar lah, niat anda jika ikhlas, insyallah Allah akan bersama anda juga satu hari nanti ".

Saya mendoakan agar Allah swt memberikan kekuatan kepada Datok Harun Din dan Datok Harun Taib untuk memimpin PAS ke jalan yang benar dan diredhai. MEMINTA BANTUAN SETAN UNTUK MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM DAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD ADALAH SUATU PERBUATAN YANG SESAT.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Ana Muslimah 12:31 PM,

Saya sokong pendapat Sdr. Saya juga berharap dan mendo'a supaya Haron Taib naik di dalam PAS.

Saya juga tertarik dengan berita mngatakan Nik Aziz mencalonkan seorang lain sebagai Timbalan Presiden PAS, bermakna mengenepikan Mat Sabu yang di katakan pendiriannya mirip kapada Anwar Al Juburi. Apa ini suatu tanda baik untuk PAS dan untuk peluang PAS berkerjasama dengan UMNO?

Anonymous said...

Ana Muslimah 3:43 PM,

Saya sokong pendapat Sdr di 3:43 PM itu juga.

Tapi mungkin Hadi berkata demikian hanya bagi menjaga politik peribadinya. Dia di ketahui mahukan banyak pujian, bergelora di hati dan di mukanya bila di cadangkan dia calon PM di Muktamar yang lalu, dan masih mengharapkan sesuatu saperti itu di Muktamar akan datang. Mungkin dia "main politik" bila menjawab dengan tidak nyata perkara berkerjasama dengan UMNO, saperti di lapurkan di Sinar Harian itu.

Saya pula tertarik dengan kenyataannya di Kuala Trenggangu 1-2 minggu lalu. Dia berkata bahawa jika PKR dan DAP menggugat hak dan kepentingan Melayu, sudah tentu PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat. Apa kah itu juga "main politik" bagi tujuan Muktamar akan datang di mana dia berharap terus menjadi Presiden PAS?

Walau bagaimana pun, saya senang hati sedikit melihat kurangnya kutukan sengit antra dua dua pihak UMNO dan PAS sejak tsunami Cina itu. Jauh berbeza dengan suasana bermusuhan di antara dua parti Melayu itu di masa sebelom PRU13. Saya harap akan berterusan begitu, moga moga akan terjelma hal kedua dua parti itu berkerja sama untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Anonymous said...

Kalau nak pisahkan PAS daripada bersahabat dengan Setan .. nyahkan Nik Aziz, nyahkan Hadi Awang. Angkat Harun Taib jadi Presiden, dan Harun Din jadi Mursidul Am .. insyallah PAS mungkin akan menjadi alternatif kepada orang melayu.

Ikhlas drp Ana Muslimah

Kamaliah Abdul Kadir said...

Apa yang tuan cakapkan mengenai berapa ramai ahli DAP dan PKR bukan Islam yang telah memeluk agama Islam perlu dilontarkan kepada ahli2 PAS dan boleh dibuat kajian dan dipamerkan kepada ahli-ahli PAS.

Kamaliah Abdul Kadir said...

Tuan perlu membuat kajian berapa ramai ahli DAP dan PKR bukan Islam yang sudah memeluk agama ISlam sejak PAS, DAP dan PKR berkerjasama dan pamerkannya kepada ahli-ahli PAS.