(Sinar Harian 9.9.13)
Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan
hubungan Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita
dalam buku terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009
kepada Malaysia? Katanya, jika Malaysia tidak membekalkan air yang mencukupi
kepada Singapura, penyelesaiannya adalah perang.
Suka
atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan Melayu. Sebab itulah, sejak
dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan yang ada. Belanja
pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka adalah Yahudi.
Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara Melayu
sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik mungkin.
Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?
Kita
sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari dahulu sampai sekarang dan
akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke Singapura dengan harga SG20
(dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan pada kadar harga yang amat
murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu juga dengan harga air.
Saya
perincikan sekali lagi perjanjian air antara kita dengan Singapura. Sejak
dahulu kepemimpinan Singapura mengulangi akan terjadi perang jika air
dihentikan atau dicerobohi kawasan tadahan air di negeri Johor.
Malah,
kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura. Tidak
ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah jawabnya. Pihak Singapura
menolak rundingan semula perjanjian air kerana menganggap ia mencabar
kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang kita buat selepas itu,
selainkan terpaksa bersetuju.
Persoalan
saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi hari, pemimpin mereka mengeluarkan
kenyataan yang menyakitkan hati kita, terutama buku terbaharu Kuan Yew.
Tidakkah
kita sedar bahawa perjanjian bekalan air antara kerajaan Malaysia dan Singapura sentiasa menjadi
beban politik kepada kita kerana ia langsung tidak menguntungkan kita. Ini
tidak termasuk ruang udara kita yang sentiasa diceroboh.
Malah,
Singapura untung berlipat kali ganda memperniagakan air yang kita salurkan
dengan harga yang tidak masuk akal. Selain daripada dijual mahal kepada kita
semula. Mereka juga membuat keuntungan berlipat ganda dengan menjualnya kepada kapal-kapal
yang berlabuh di pelabuhan.
Singapura
hanya membayar 0.03 sen setiap seribu gelen. Malaysia pula menurut perjanjian
baru air tahun 1962 perlu membeli air terawat dari Singapura pada harga 0.50sen
setiap 1000 gelen. Sedangkan Melaka membeli air dari Johor pada kadar 0.30 sen
setiap seribu gelen. Sehingga kini (2061) kita jual air kepada Singapura pada
kadar 0.03 sen bukan 0.30 sen! Sebab itu Singapura cepat maju, sebab mereka
pandai memanipulasikan keadaan. Kita pula bagaimana?
Dalam
perjanjian air, terang-terang menyebut bahawa kita ada hak untuk mengkaji
semula harga air tersebut. Kenapa sukar sangat untuk Singapura mematuhi dan
berbincang mengenainya.
Teks
bahasa Melayu:-
"Klausa
17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada Perjanjian 1962 jelas menyatakan:
"Provisi pada perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi
kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh
iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini dimeterai...." Dua puluh lima
tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya bermaksud bila-bila masa selepas tahun
1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar
segera di antara dua tahun ini. Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987,
kedua-dua belah pihak dibenarkan mengikut perundangan menyemak semula harga
tersebut."
Hari
ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan Singapura bertindak balas
dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water pada kos SG 0.30 sen. Tindakan
ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan air, tetapi juga sebagai membuktikan
kepentingan strategik pertahanan negara Yahudi ini.
Pada
1 September 2011, Syarikat Public
Utilities Board (PUB) Singapura telah
menyerahkan kembali 4 kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air
dan dua buah rumah air kepada kerajaan negeri Johor iaitu Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam
Tebrau, Johor.
Pemulangan
kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan kontrak 50 tahun bekalan
air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada tahun 2011. Lagipun Singapura
sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana masih ada satu lagi
perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun 2061.
Kenapa
jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di negeri Johor dicerobohi atau
pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri lain? Jawapannya, kawasan sekitar
kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera Singapura. Kita selaku rakyat
Malaysia tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat
takut sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara tersebut.
Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku.
Persoalan
saya, ketika orang lain asyik menyindir dan menekan kita, adakah kita mahu
terus bersabar? Apakah kita terus mahu berada di tempat yang kalah? Bila pula
kita mahu menang?
Sun
Tzu pernah memberikan nasihat, kenali diri dan musuh, anda akan menang ratusan
pertempuran. Adakah kita sudah mengenali diri dan musuh? Saya fikir belum. Kita
terlalu banyak berpolitik sehingga terlepas pandang ancaman ini walaupun telah
56 tahun merdeka. Berdaulatkah kita sebenarnya?
Dr Mohd
Ridhuan Tee Abdullah
Penganalisis Sosio
Politik
29 comments:
Maha chauvinis dan rasis Lee Kuan Yew kata, penyelesaiannya adalah perang. Tiap kali saya baca fasal The Little Emperor in the Red Dot, hati panas dan marahkan Tengku A Rahaman melepaskan Singapura kapada si bedebah itu secara bodoh. Kita tak perlu berperang bila LKY buat kurang ajar masa Singapura ada di dalam Malaysia 1963-65. Kita boleh ha nya tangkap dia, istiharkan keadaan Dharurat di Singapura dan perintah melalui seorang Director of Operations. Saperti di lakukan di Kelantan bila politikus di sana cuba renyahkan keadaan. Pada masa LKY buat hal, kita ada satu briged tentera darat di Singapura dan Tentera Laut Malaysia berpusat (headquarters) di Woodlands, Singapura.
Dalam sejarah, negara negara berperang mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan kawasan nya (defending its sovereignty and territorial integrity). Penderhaka Tengku A Rahaman melepaskan se bahagian kawasan negara kita yang mustahak dengan percuma. Bedebah dia. Perkara ini mesti di sebutkan berkali kali, dan mesti di ajar di sekolah sekolah di dalam mata pelajaran Sejarah, supaya tidak akan ada penderhaka dari pemimpin negara akan datang.
Sekarang kita tersengeh sengeh apabila bedebah LKY kata begitu. Malahan ada lagi yang melepaskan hak hak negara secara tidak bijak. Saperti Pulau Batu Putih yang di bawa kapada Mahkamah Antara Bangsa secara tidak bijak.
Pemimpin Malaysia tidak mengambil langkah langkah tegas menunjukkan kapada Mahkamah bahawa kita telah menjaga atau membuktikan minat di atas pulau itu sejak lama sabelom itu. Dan Tun Dol setuju pergi ke Mahkamah antarabangsa sebelum kita menyediakan langkah langkah saperti itu atau mengaturkan kes kita dengan kukuh. Saya fikir tidak ada negara yang boleh di paksa menyetujui kes di selesaikan di mahkamah antarabangsa. Tak besar pulaunya Pulau Batu Putih itu. Tapi besar implikasinya.
Mari lah kita laungkan dan jeritkan kebodohan di kes kes ini dari masa ke masa. Supaya tidak akan berlaku lagi tindakan bodoh saperti itu di lakukan oleh pemimpin pemimpin negara kita.
Mementingkan perkara yang tidak penting
.sehingga pekara yang penting tidak diambil berat..daulat pada rakyat sendiri tapi tidak negara luar...
Bagi saya ada hikmah sangat besar apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura.
Cerita pasal air ini dah menular sampai Kedah dah. Kerajaan Kedah minta Pulau Pinang bayar untuk air dari sungai Kedah, dengan lagak gensternya Lim Guan Eng berkata " No way ". Pastu Mukhriz pula terhegeh2 nak pergi jumpa Lim Guan Eng nak bincang pasal air itu. Apa cite nih ? Tak bermaruah langsung MB Kedah.
Sungai kita yang punya. Punca air dari bukit bukau dan gunung ganang kita yang punya. Apa susah sangat. Sekat saja pengaliran air itu .. selesai masaalah ATAU cemarkan air sungai itu dengan sisa buangan sampai mereka tak lalu nak minum.
Common Mukhriz. Jangan lah jatuhkan murtabat dan maruah kerajaan negeri Kedah (Umno) sampai macam tu sekali. Kami rakyat Kedah is very proud of you as our MB.
Mat Kedah
panglima perangcyber,
Apa dia hikmahnya Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura? Tolong lah kasi tau. Kalau tak, mcm mana nak jadi panglima perangcyber.
Kalau nak katakan takut jadi huru hara di buat dek LKY, dia dah keluor pun, lagi dia boleh hasut Lim Kim Siang dll yang sama dengan dia di PAP sebelom keluar dari Malaysia di tahun 1965. Selepas Singapore keluar, LKS selalu pergi ke Singapura. Dia angungkan LKY mengalahkan demi-god, kata orang. Hingga pakaian putih seragam PAP pun DAP tiru.
Hasut punya hasut, hingga mencetus pergaduhan kaum di 13 Mei 1969. Tapi kalau LKY di tangkap dan Dharurat di istiharkan di Singapura, curfew dsbnya hingga keadaan tak lagi tegang, Singapura boleh terus dalam Malaysia, dan LKY tak boleh melanda landa menggertak memberak dsbnya.
Sungguhpun Singapore negara kecil tapi cekap dan maju. Harga air murah bukan faktor kejayaan mereka. Jika kita tak jual air kepada dia, dia pun boleh beli dengan Indonesia atau guna air laut. Akhirnya yg rugi kita. Pergaduhan antara negara yg akhir kesusahan rakyat. Dunia ini hidup sementara. Keamanan dan keharmonian menjamin kita hidup lebih bermakna. Jangan macam orang di Timur Tengah yg suka gaduh dan perang bila ada keamanan
Dear Dr Tee,
Anonymous is an example of how extremist communities can start from the grassroots level.
Anonymous was created on the Internet and are diffused through cultural channels to infect minds.
Scholars and policy-makers alike must learn what they will be facing in the future. While terrorism remains an old but complex phenomenon, there is a lot to be learned about cyber terrorism. The latter may still be in its infancy stage, but groups like Anonymous have emerged all over the globe.
The digital info sphere is constantly growing to accommodate new players.
Ari ni kalau Singapura masih sebahagian Malaysia, dengan pertambahan 3 juta pengundi Cinabeng lagi, BN atau UMNO dah tumpas pada PRU 13 yang lepas.
Kan jelas kebijaksanaan Bapa Kemerdekaan?
Sir,
Freedom of expression is given to people who stand up for what they’re saying and not hiding behind anonymity.
Kevin,
What you talk one? Why you also no give your personal particulars?
Your "About Me" only says you are an insurance agent. No say your personal particulars, your background, your education and qualification. How to trust what you say?
You just wanna advertise your insurance business here arr? You are in America, you think Malaysians here wanna buy insurance from you? I don't think so.
You wanna commenters to give their full names, addresses etc so that you can write insurance proposals for them and write to them?
You have written here more than once I think. No need to waste your time and irritate readers here for hijacking the topic discussion. Commenters may lose their cool and irritate you back, d'ya hear?
10:42 PM,
Hahaha, kau ada teropong sakti ke di tahun 1965? Kau ada di dunia ke di 1965? Mengarut le kau. Tapi untuk jenaka di pagi hari, ok le.
Joel Aschbrenner,
You also don't give your personal details at all, except just your name. That's not ID, man. It's just a name that anybody can write and is as good as Anonymous.
The website that your name is linked to does not even provide an "About Me" like other websites do. What the heck, man?
You just advertising your services? You exploit any opportunity to get free advertising? Not caring the blog post title and what people are discussing? Call you stupid, you say Anonymouses have bad behaviour. But isn't your "non-Anonymous" but not-giving-personal-particulars, trying-to-get-free-advertising and disrupting-blog-discussions also bad behaviour?
6:06 PM,
Ketahui lah bahawa memperoses air laut itu amat mahal kos nya. Kuwait ada loji memperoses air laut untuk minuman dan makanan tapi mereka ada demikian banyak minyak dan boleh menampong kos itu.
Dan mereka ada membuat proses mengkilang aluminium dari bauxite (banyak ada di Pahang dan Trengganu) yang di impot. Proses itu memerlukan memproses air laut, maka di samping itu mereka keluarkan air tamabahan untuk minuman dan makanan untuk rakyatnya.
Yang murah ia lah memperoses air dari sungai berdekatan yang menerima air dari parit parit kecil dan longkang. Yang mengandungi air kotor atau "sewage" (air kecning dan air tahi yang sudah di peroses). London menggunakan sistem itu dari air di Sungai Thames, dan semua air di hotel hotel dan di rumah kediaman di London ada lah air saperti itu. Jadi, jaga jaga lah bila di London, supaya tak terminum air saperti itu. Yukk.
Dan Singapore juga ada memperoses air saperti itu. Di kawasan kemajuan barunya saperti di Marina Bay. Jadi, jaga jaga lah bila di Singapore. Takut terminum air yang di peroses dari air yang mengandungi processed sewage - air kecing dan tahi orang Singapore. Kalau yang astronaut, takpa - dia orang minum air yang di proses macam tu di angkasa raya!
Kot orang Malaysia banyak dah kena minum air macam tu di Singapore, sebab tak tahu. Mugkin ada yang jadi bodoh akibatnya. Saperti Tun Dol yang lepaskan Pulau Batu Putih kapada Singapore. Dah lah si bodoh Tengku A Rahman kasi Singapore kpd LKY FOC. Tapi zaman dia belom ada proses air saperti itu di Singapore. Zaman Tun Dol, sudah ada. Tak seronok minum air sewage Singapore, kan? Yukkk.
Kevin,
My name is Anton Ramakura. I say you are not standing up but sitting down.
Does it make a difference putting my name? Do you know who I am?
I'm disagreeing with you even by putting my name. And saying you are sitting down is not that bad, is it?
Kepada saudara mara yang pro Pas, kawan rakan yang pro Pas yang mengenali saya atas nama pena Ana Muslimah .. saya mohon jangan marah kepada saya dan jangan buang saya atau sisih saya atau memusuhi saya.
Dalam isu kalimah Allah saya berpendirian begini :
" Allah saya sebagai seorang yang pro Umno, serta sebagai orang yang tak akan bersetuju Allah digunakan oleh penganut kristian .. tak sama dengan Allah kalian. Allah saya hanya untuk orang islam iaitu orang2 melayu Umno dan orang islam lain diseluruh dunia .. dan haram bagi saya untuk menyembah Allah yang kalian sembah kerana Allah kalian adalah tuhan yang mengaku bernama Allah sedangkan dia juga adalah tuhan kepada orang kristian "
Jika pendirian saya ini sesat dan murtad mengikut fahaman kalian maka saya mohon kalian (saudara mara dan kawan rakan pro Pas) rujuk dan minta lah fatwa daripada Tokguru Nik Aziz .. kerana hanya Tokguru Nik Aziz sahaja yang tahu jawapan. Walahualam .........
Ana Muslimah
Mat Kedah,
Baguih pendapat hang tu. Tolong pi habaq kat depa semua di Kedah.
Pssst, habaq ahli ahli UMNO saja noo. Supya depa boleh bagi tau Mukhriz baik baik.
Jangan Habaq kat depa lain. Nanti depa putar belit, pusin apa kita cakap nak jatuhkan kita. Depa dah geram kalah di PRU13 tu.
Kena bagi penampaq sebiji kat Guan Eng cakap mcm gengster tu
Salam.
Dulu-dulu Sultan/Raja2 yang let-go tanah atas sebab2 tertentu tetapi sekarang Kerajaan pula yang bertindak demikian. Yang ruginya siapa? Rakyat yang sangat menderita kerana:
1. harga rumah tinggi.. pinjam bank
2. harga petrol tinggi..mmmm nipis beg duit
3. harga education tinggi.. pinjam ptptn
4. isteri pun kerja.. bayar upah bibik/babysitter
5. nak kahwin.. pinjam bank
6. nak guna jalan.. bayar tol
7. harga kereta tinggi.. pinjam bank
8. insuran tinggi.. sebab harga kereta tinggi
9. bil klinik/hospital tinggi.. ambil insuran
bayar, hutang, bayar, hutang, bayar...sampai mampus.
11:56 AM,
Kalau semua nya anda kata tinggi, anda kena berhijrah ke Papua New Guinea, di sana ada dataran tinggi (highlands plateau) di mana masih ada suku kaum yang makan manusia (cannibals) sehingga ke hari ini.
Gini lah, kawan: di mana mana pun hidup susah. Di mana mana pun ada rasuah, penyelewenagn dsbnya. Tuhan tu kaya, semua manusia di buatnya sama rata pengamalannya. Yang kaya susah juga, hutang nya berjuta, yang lain hutang tak seberapa.
Tapi kita jangan berlagak le, hidup dengan kadar patut saja. Jangan nak kereta canggih kalau pendapatan tak banyak lebih, jangan ikut highway, gunakan jalan lama pun possible way. Nak cepat maju, gomen buat highway cara prebet, privatization, syarikat tu di benorkan dapatkan balik modal depa dengan kutip toll.
Pakai TV biasa je cukup le. Jangan nak Astro Beyond ke apakebende, sampai hutang sekeliling pinggang buat ape.
Pssst, hutang kahwin tu lain cita le, sebab dah cinta, kawin muta'ah oang Shi'ah saja buat, Syi'ah tidak di benarkan di negara kita.
Janganlah kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berjasa kepada negara Malaysia. Hal ini telah terbukti dengan kesungguhannya bersama rakan - rakannya untuk memerdekakan bumi bertuah ini. Tahukah anda bahawa Tunku pernah ditawarkan jawatan tinggi oleh British, tetapi Tunku telah menolak jawatan itu dengan berkata "pada masa ini bangsa saya lebih memerlukan khidmat saya" dan seterusnya Tunku telah mengetuai orang Melayu untuk memerdekakan negara ini.
Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang menggambarkan kasih dan sayangnya Tunku kepada tanah airnya. Janganlah kita menjadi orang yang tidak mengenang budi. Hargailah Tunku Abdul Rahman, orang yang telah bersusah payah memikirkan cara untuk memerdekakan negara ini.
Renunglah kembali sejarah..
Apabila Singapura keluar dari Malaysia, maka Lee Kuan Yew telah menangis. Ramai ahli kaji sejarah yang pelik terhadap beliau. Lee Kuan Yew sepatutnya gembira kerana bakal menjadi Perdana Menteri Singapura, tetapi mengapa beliau menangis? Jawapannya ialah kerana pada waktu itu Lee Kuan Yew berasa sedih kerana perancangannya untuk menguasai Malaysia telah gagal.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Roh Allahyarham Tunku Abdul Rahman.
4:08 PM,
Tengku A Rahman bukannya nila setitik, dia ibu nila sebuku besar, telah menjahanamkan air sekolam. Fikirlah, Singapura itu kawasan yang amat penting bagi Tanah Melayu, kemudian bagi Malaysia, sejak Stamford Raffles menubuhkan pusat perdagangan di tahun 1815. Menjadi pulau stratejik, di laluan antarabangsa dari Timur ke Barat melalui Selat Melaka. Dengan segoris pen sahaja dia telah melepaskannya kapada LKY FOC.
Kita merana di buat dek LKY berbagai hal. Di pinggirkannya kaum Melayu dan kepentingan Melayu di Singapura, dengan sombongnya di ugutnya perang di mana dia patut melutut mahukan air dari Semenanjung Malaysia, di bawaknya musuh Islam - Yahudi Zionis sebagai penasihat entah apakebenda lagi di Tentera Singapura, di "subvert"nya penduduk penduduk Malaysia dengan berbagai cara.
Dari segi peranannya dalam mendapat Merdeka pun (bukan "memerdekakan bumi bertuah ini", sebab dia takda kuasa, British yang pegang kuasa), dia tidak memikirkan kepentingan kaum Melayu. Masakan buruh Cina di Amerika di hantar pulang berkapal kapal selepas tamat pembinaan Tran-America Railway, Tengku telah setujukan hak kerakyatan kapada pendatang, yang ramai di antaranya mendatangkan maselah, saperti DAP dan tsunami Cina, kongsi gelap, penjahat dan gengster, institusi yang di bawa dari China, saperti juga rasuah, yang telah berleluasa di China sejak 2,000 tahun lalu.
Tengku juga telah melonggarkan syarat pengeluaran sijil kerakyatan kapada kaum pendatang selepas sahaja Merdeka, mengenepikan ujian kecekapan Bahasa Malaysia, sehingga ramai yang sekarang tidak boleh berBahasa Malaysia di negara ini. Maka yang keras kepala dengan sekolah Cina dengan Mandarin sebagai bahasa pengantar juga telah merumitkan masalah perpaduan negara.
Apa kamu nak hebohkan tawaran jawatan oleh British kapada Tengku, sebab itu tidak menunjukkan dia pemimpin yang baik bagi kaum yang terbesar jumlahnya di negara ini. Mungkin baik kalau dia terima jawatan itu dan negara tidak kehilangan Singapura dan politik negara tidak begitu rumit akibat keputusan keputusan yang di buat Tengku dahulu.
Kamu nampak tidak bijak, boleh lihat dari kamu asyik menggunakan kata kata Tengku "memerdekakan negara ini" kononnya, masakan dia tak ada kuasa buat demikian. Jadi, bagaimana mahu percaya apa yang kamu kata.
4:08 PM,
Kamu yang perlu renungi kembali sejarah dengan kaca mata Melayu. Jika kamu bukan Melayu, memanglah ramai antara kamu menyanjung tinggi Tengku A Rahman sebab banyak keputusan keputusan yang di buatnya memberi berbagai faedah kapada pendatang, terutamanya kaum Cina.
Jika kamu bangsa Cina, saya tidak membangkang sangat apa yang kamu sudah dapat di negara ini, kerana itu sudah fakta, tapi cuba memuji Tengku A Rahman dengan tidak sewajarnya, saya bangkang. Pada saya, dia pengkhianat negara, melepaskan Singapura kapada LKY FOC. Sejarah mesti tunjukkan hal itu dengan kata kata begitu supaya pemimpin Malaysia tidak akan buat sedemikian lagi, jangan pulak ada yang cuba lepaskan Penang kapada puak yang sanjungi Sun Yat Sen saperti Lim Guan Eng - dia resmikan pembukaan bangunan yang dinamakan Sun Yat Sen.
Sama ada Lee Kuan Yew menangis benar atau "a wolf's cry", hakikatnya dia cuba memudarkan politik di Malaysia dan sepatutnya di tangkap, istiharkan Dharurat di Singapura dan perintah melalui se-orang Pengarah Operasi, saperti di lakukan di Kelantan bila politikus di sana cuba buat hal di suatu masa kemudiannya.
Apa rancangan LKY pun, jika pemimpin Malaysia tegas, saperti Tun A Razak dan Tun Dr Ismail, Lee Kuan Yew tidak akan naik muka. Sekarang ramai yang mahukan LKY mati cepat supaya tak lagi dari masa kemasa menyayat hati kaum Melayu yang berpendirian nasionalis dan sayangkan tanah air mereka.
Anon 642 am
Terima kasih kerana hang sokong pendapat aku.
Aku nampak para pemimpin melayu kita tak kira lah yang dari Umno kah atau Pas kah, lemah teramat lemah dan suka menyembah2. Dalam isu bekalan air kepada Pulau Pinang, awat yang Mukhriz meletakkan diri dia sampai macam tu hina sekali. Mukriz patut tanya diri " sapa berhajat kepada sapa ", Pulau Pinang berhajat kepada Kedah atau Kedah berhajat kepada Pulau Pinang. Mukhriz patut bertanya lagi kepada diri sendiri " Adakah Kedah akan menderita kalau tak salur air kepada Pulau Pinang ATAU adakah Pulau Pinang akan menderita kalau Kedah tak salur air kepadanya ".
Patut ada juga dalam kepala Mukriz pertanyaan " antara pesakit dengan doktor sapa patut cari sapa, adakah doktor pi cari pesakit ATAU pesakit pi cari doktor ".
Kalau aku lah yang jadi MB Kedah, ok Pulau Pinang tak mahu bayar duit ayaq dekat Kedah, Tak apa no problem. Kalau aku tak boleh nak bina tandop untuk tahan ayaq, aku akan bina kilang dan industri penternakan berdekatan dengan tempat Pulau Pinang duk sedut ayaq dari sungai itu, kemudian aku lepaskan segala sisa buangan masuk ke dalam sungai. Biaq Pulau Pinang mentekedarah ayaq yang tercemar, biar Pulau Pinang keluar belanja banyak nak tapis dan bersihkan ayaq tu sebelum dapat digunakan. Ko nak ayaq free sangat nah ambil ko ayaq yang tak payah bayaq walau sekupang pun.
Aku harap selepas ini Mukriz pun berikir macam aku dan berhati perut macam aku juga lah .. beri pertimbangan kepada cadangan aku tadi. Kita baik dengan orang selagi orang baik dengan kita, tapi sekali orang buat kurang ajaq dengan kita .. sorry lah .. kita pun boleh buat 10 kali lebih kurang ajaq kepada depa.
Lim Guan Eng dah tunjuk kurang ajaq kepada Mukhriz sepatutnya sebagai anak jantan Mukhriz patut kurang ajar balik kepada Cina DAP tu.
Bagi aku Cina DAP Lim Guan Eng ni cukup2 kurang ajaq (1) kepada ROS (2) kepada Melayu (3) kepada Islam (4) kepada raja2 melayu (5) kepada Umno.
Hang nak tahu kenapa dia Lim Guan Eng larang tayangan Tanda Putera di Pulau Pinang ? Sebab filem Tanda Putera mendedahkan sifat kurang ajar cina2 DAP sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.
Mat Kedah
Inilah pertama kali tulisan saya yang disiarkan di blog ini mendapat kritikan khususnya daripada bangsa saya sendiri. Malah ada pula yang menyangka bahawa saya ini seorang Cina. Bukanlah maksud saya untuk terlalu menyanjungi Tunku Abdul Rahman, cumanya kerana Tunku telah pun tiada, dan sebagai seorang Islam adalah tidak baik untuk mengatakan perkara buruk terhadap orang yang telah meninggal dunia.
Namun begitu kesilapan yang pernah dilakukan Tunku semasa pentadbirannya perlulah dikaji dan dijadikan pengajaran supaya pemimpin pada masa kini tidak mengulangi kesilapan tersebut.
Orang Melayu perlu segera bersatu padu demi mendaulatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Oleh itu lakukanlah perubahan di Perhimpunan Agung UMNO dengan memilih pemimpin yang benar - benar berjiwa Melayu. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang - orang yang bersabar.
Mat Kedah 9:42 AM,
Belom sempat nak tulih banyak, la ni hanya nak kata saya ingat Mukhriz tu, walau pun kurang tau fasal protokol atau tata tertib perhubungan antara pemunya dan peminta, dia tujuanya tak bercelaru macam Pak Lah yang ada banyak kuncu kuncu berkepentingan sendiri business dengan Spore macam macam, samapi dok enggeh saja kapada Lee Kuan Yew dalam beberapa perkara.
Nanti masa lapang, saya akan masuk lagi bertukar fikiran.
DOA IKHLAS
Kenapa lah Nik Aziz, Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulamak dalam Pas bengap dan bodoh sangat. Saya nak bagi tahu para ulamak dalam Pas bahawa :
" Ada pun tujuan pihak Kristian nak menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu adalah berniat untuk mendekatkan orang melayu (generasi selepas saya dan para ulamak Pas) kepada agama Kristian "
Memang layak sangat kalau kita memanggil Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulamak Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dengan gelaran :
Nik Aziz Laknatullah
Hadi Awang Laknatullah
Nasrudin Hassan Laknatullah
.... dan yang lain2 nya.
Doa dari ku :
" YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM SELAMATKAN ANAK BANGSA KU DARIPADA MENJADI KRISTIAN. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM BERIKAN KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM PERBICARAAN MENGHALANG PENGUNAAN NAMA SUCI MU DALAM MAJALLAH HERALD DAN BIBLE BERBAHASA MELAYU. AMIN .... "
Ana Muslimah
Mat Kedah,
Betui, betui, betui. Cina DAP Lim Guan Eng ni memang cukup2 kurang ajaq kepada ROS, kepada Melayu kepada Islam, kepada raja2 melayu dan kepada Umno. Tengku Aziz kata dia biadap - masa dia Naib Penegrusi DAP, masa dia cabut keluaq DAP.
Betui jugak Guan Eng larang tayangan Tanda Putera di Pulau Pinang sebab filem Tanda Putera mendedahkan sifat kurang ajar cina2 DAP sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. Dia malu ramai ahli dan penyokong DAP yang buat lagu tu.
Kita kena kutuk depa sampai penghabih. Habih apa? Habih Pakatan Rakyat dan DAP le. Aku dok ingat bila Lim Kit Siang mampuih nanti, tak lama lepaih tu, DAP pun mampuih lah. Anak dia Guan Eng bukan pandai pun. Tarak bapak, tarak ramai orang sokong le.
12:26 PM,
Kalau kita berpandukan kapada "kerana Tunku telah pun tiada, dan sebagai seorang Islam adalah tidak baik untuk mengatakan perkara buruk terhadap orang yang telah meninggal dunia", maka akan jahanam lah kita. Siapa saja buat salah, dah mati tak boleh nak kata apa. Melanda landa depa yang selalu menggugat kita, tahukan mereka boleh lepas dari di kritik apabila mati.
Saya tak rela. Saya tak pasti pendirian agama Islam benar benar begitu. Tak pasti ada Firman Allah yang nyata baginya. Firman Allah di turunkan dalam Bahasa Arab kuno, orang Arab sendiri pun susah nak mentafsirnya.
Baca lah apa yang di tulis oleh Abdullah Yusuf Ali, bekas Pensyarah Sejarah Yunan (Greek) yang telah bertahun tahun mengkaji penterjemahan Al Qur'an ke dalam beberapa bahasa Eropah, termasuk Latin, kemudian membuat kajian bandingan (comparative study) berbagai agama beberapa tahun lagi di London di pertengahan pertama abad 20. Boleh di baca di
The Meaning of The Holy Qur'an
Abdullah Yusuf Ali
New Edition With Revised Translation And Commentary
Amana Corporation, 1991
Kalau nak ikut Hadith pula, ada lk sejuta Hadith, mengikut sahihnya, Imam Bukhari sahaja kumpul lk 600,000 Hadith, hafal 200,000, tetapi Kitabnya mengandungi hanya kurang sedikit dari 6,000 Hadith.
Jadi, saya masih berpegang kapada hal bahawa siapa pemimpin yang menderhaka kapada negara perlu di kritik sampai bila bila dalam sejarah. Tujuannya mengelakkan berlaku lagi kelakuan saperti itu.
Saya fikir sejarah Islam pun begitu. Zaman Gilang Gemilang Islam selama 500 tahun sehingga abad 13, jatuh akibat serangan Mongol. Tapi kemudharatan kaum yang mengakibatkan berpecah Islam sehingga timbulnya puak Syi'ah pun ada di sejarahkan sejak Kalifah Khalifah awal dahulu lagi.
Sekian, harap maalom.
12:26 PM,
Setuju orang Melayu perlu segera bersatu padu demi mendaulatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Memang perlu melakukan perubahan di Perhimpunan Agung UMNO dengan memilih pemimpin yang benar - benar berjiwa Melayu. Kalau tak buat di October 2013 ini, nak buat di 2016 akan terlambat sebab 2018 dah PRU14.
Saya susah nak bersabar dengan Anwar. Dia lah yang pemecah perpaduan Melayu yang amat sangat. Yang satu lagi Nik Aziz. Tapi dia dah bersara dari jawatan MB. Rasanya tak begitu besar pengaruhnya lagi. Namun demikian, dia di beritakan tidak mahukan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Saya suka tu, sebab Mat Sabu juga kuat memecah perpaduan Melayu. Dia di katakan penyokong Anwar juga.
Walau pun pada dasarnya PAS masih bermusuhan dengan UMNO, tetapi selepas tsunami Cina di PRU13, saya rasa PAS nampak kesedaran tersilapnya mereka berskongkol dengan DAP dan PKR. Mereka dapat undi yang paling kurang antara parti komponen PR.
Hadi beberapa hari yang lalu berkata di Kuala Trengganu bahawa jika PKR dan DAP menjejas kepentingan Melayu dan Islam, sudah tentu PAS akan keluar dari Pakatan. Saya suka mendengar itu dan sekarang kurang nak mengkritik PAS.
4:08 PM,
Tidak salah mengeluarkan pendapat di sini atau di mana mana pun, terutamanya dengan kata kata yang berpatutan saperti yang Sdr/Sdri buat, walau pun pendapat itu bercanggah dengan pendapat orang lain.
Sila lah teruskan mengeluarkan pendapat. Sebenarnya, dengan ada perbezaan pendapat itu maka ada lah perbincangan. Dan orang lain pun ada hak mengeluarkan pendapat mereka. Ini sihat dalam demokrasi.
Ada pengkomen yang keluarkan pendapat menyokong Syi'ah atau mengatakan Syi'ah boleh mempraktikkan fahaman mereka di negara ini. Ini salah, tidak betul, walau pun Perkara 3 Perlembagaan negara kita mengatakan Islam ada lah agama negara ini dan agama lain di benarkan di praktikkan dengan aman.
Syi'ah bukan suatu agama. Syi'ah ada lah serpihan dari agama Islam. Negara ini ada undang undang sivil yang di aktakan megikut Perkara 3 Perlembagaa itu, menubuhkan badan badan saperti Jabatan Agama Islam dan Majlis Fatwa Negara, dengan kuasa kuasa tertentu, bagi mentadbir hal hal agama di negara ini. Maka keputusan telah di buat oleh pihak berkuasa bahawa Syi'ah tidak boleh di praktikkan di negara ini.
Saya harap sesiapa yang menyokong ajaran Syi'ah di negara ini berhenti dari berbuat demikian. Dan sesiapa yang mempraktikkannya boleh di tangkap dan di bawa keMahkamah. Saperti yang telah di lakukan di masa yang lalu.
Kita sudah banyak masalah dengan bukan Islam mahu gunakan kalimah Allah dsbnya. Kita perlu berpegang kapada fahaman Islam Sunnah sahaja di negara ini. Bersatu sekurang kurangnya dari segi itu.
Post a Comment