(Sinar Harian 16 Sept 2013)
Kerap
kali kita dengar, setiap kali berakhir Perhimpunan Agong Tahunan (AGM) sesebuah
parti politik, mesej tidak lain, agenda bangsa mesti diperkasakan. Mereka
mahukan bangsa mereka terangkat dan terdarjat. Tidak ada yang miskin, terbiar
dan merempat. Pendek kata, semua bangsa mahu menjadi hebat.
Dalam
usaha menuju mencapai matlamat itu, kerajaan
akan didesak dan diugutkan untuk memenuhi tuntutan tersebut. Jika tidak
ditunaikan undi akan beralih arah. Benar atau tidak, mereka mengundi, Tuhan
sahaja yang tahu.
Atas
nama bangsa, mereka bersatu. Gagasan 1Malaysia dijadikan alasan kuat untuk
mendapatkan hak mereka. Begitulah kuatnya mereka menjaga bangsa mereka.
Hairannya,
kenapa semangat ini semakin luntur kalangan pemimpin parti politik Melayu
seperti UMNO, PAS dan PKR. Saya tidak mahu bincangkan parti PKR, parti serpihan
UMNO. Saya tidak fikir parti ini akan bertahan lama sebab tidak ada agenda yang
jelas.
Fokus
saya hanya kepada UMNO dan PAS. Kenapa UMNO dan PAS tidak boleh duduk semeja
untuk memperjuangkan nasib umat Islam dan Melayu? Sampai bila PAS harus menuduh UMNO kafir, korup dan
sebagainya, sedangkan UMNO terus memerintah dan mewakili orang Melayu Islam? Begitu
juga UMNO, sampai bila mahu menuduh parti PAS, parti Pak Lebai tidak tahu
mengurus negara? Sampai bila mahu menolak kerajaan perpaduan atau unity government?
Bilakah
agaknya kita mahu menggembelingkan kekuatan dan mendapatkan hak? Jika kita
terus bersikap sebegini, kita tidak akan ke mana-mana? Apa yang tinggal pada
Melayu?
Wajarkah di kala parti lain
begitu kuat menjaga bangsanya, kita pula mendesak parti Melayu supaya hilang
kemelayuannya? Siapa yang kita harapkan untuk menjaga Islam dan Melayu?
Tidakkah semua Melayu beragama Islam?
Saya
masih menaruh harapan tinggi terhadap UMNO dan PAS. Walaupun apa jua tuduhan
yang dibuat, sekurang-kurangnya UMNO dan PAS masih mempunyai hala tuju. Matlamatnya
jelas. Soal sama ada mereka memperjuangkan atau tidak, itu kita boleh bincang kemudian.
Saya
cuma ingin ingatkan UMNO dan PAS, bahawa masa semakin suntuk. Orang lain
semakin kuat dan agresif mendesak. Sehinggakan untuk merobohkan rumah ibadat
haram di tanah kerajaan sendiri begitu sukar untuk dilakukan bagi memberi laluan
pembangunan.
Bayangkan
jika di situ adalah rumah ibadat seperti masjid atau surau. Apakah kita
seagresif itu untuk mempertahankannya. Mengkaji sifat Melayu Islam, saya fikir
tidak. Melayu Islam akan mengalah akhirnya.
Terbaharu,
Dong Zong dan sekutunya mahu menyaman kerajaan jika masih meneruskan agenda
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025, bagi memperkasakan bahasa Melayu
di Sekolah Cina. Bayangkan, kerajaan hendak melaksanakan agenda kebangsaan yang
sedia termaktub dalam perlembagaan pun tidak boleh. Berdaulatkah kita setelah
56 tahun merdeka?
Logiknya,
jika agenda kebangsaan sudah jelas, kita tidak perlu bertanyapun kepada
sesiapa, untuk mendapat persetujuan bagi tujuan perlaksanaan, kerana sudah
sedia maklum. Ini tidak, kita seolah-olah meminta sedekah di bumi sendiri.
Meraih simpati untuk melaksanakan hak bernegara.
Melayu
mempunyai tanah iaitu Tanah Melayu atau tanah rezab Melayu. Malangnya tanahnya
sebahagian besar sudah jatuh kepada bukan Melayu terutama di kawasan bandar.
Melayu mempunyai tulisan iaitu tulisan jawi, malangnya telah diganti menjadi
tulisan rumi. Melayu mempunyai bahasa iaitu bahasa Melayu, malangnya bahasa ini
semakin melayu (layu).
Melayu
mempunyai keretapi iaitu Keretapi Tanah Melayu, malangnya telah diganti menjadi
nama komuter, ERL, LRT, monorail dan lain-lain nama glamour. Tanah ini, negeri
Melayu, tetapi tidak ada sekolah Melayu. Sedangkan bangsa lain ada sekolah
untuk bangsanya. Nasib baik, Melayu masih ada sekolah agama. Jika tidak, ada
apa yang Melayu boleh wariskan.
Melayu
tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak
mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah
hati Melayu.
Ada yang mengatakan hati Melayu
telah mati. Hati Melayu sudah tidak sensitif lagi. Rasullullah SAW mengingatkan bahawa hati kita
ini bagaikan kuah yang sedang mendidih. Simpang siur dan turun naiknya
begitu unik. Kekadang ia sihat dan baik bagaikan fitrah
asalnya. Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan
lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.
Seorang ulamak dan cendekiawan
Islam ada berkata, antara tanda-tanda hati seseorang itu telah mati adalah
tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak
menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa.
Marilah
kita melakukan muhasabah diri. Apakah hati Melayu begitu keras sehingga tidak
nampak bahaya yang bakal dihadapi. Hati Melayu perlu dibaja kembali dengan iman
dan Islam. Suka kepada kebaikan. Kebaikan yang dapat menjana kekuatan dan
perpaduan. Lupakanlah sengketa yang lalu. Kita perlu memandang ke hadapan.
Pesan
Imam Al-Ghazali: “Carilah hatimu pada tiga
tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak
temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari
hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga,
maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada
ketika itu kamu tidak mempunyai hati.”
Inilah hati Melayu yang sebenar.
Bebas dari dendam dan hasad dengki. Carilah hati itu. Mudah-mudahan Melayu
dan Islam akan menjadi kuat.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
14 comments:
Sokong penuh dr ridhuan...saya sayang ustaz - melayu islam
Tsunami Cina menyayat hati Melayu, di ajak berkongsi kuasa sejak 56 tahun yang lalu, sistem itu di tolak tepi di PEU13.
Maka riuh Melayu mendesak DS Najib menghentikan usaha usahanya membongkok ke belakang cuba mengambil hati Cina. Melayu juga mendesak dia memusatkan perhatian kapada Melayi yang memberi dia 88 kerusi di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah Sarawak yang telah memberi lk 30 kerusi di sana.
Maka Sabtu lalu di umumkan dasar meningkatkan Dasar Ekonomi Baru dengan berbagai langkah untuk menaikki ekonomi Melayu dan Bumiputera.
Itu pun masih ramai Melayu yang tidak puas hati. Masih banyak yang di desak. Mengubat hati Melayu bukannya senang.
Di masa Merdeka, Melayu telah menyetujui hak kerakyatan di beri kapada kaum pendatang yang telah diam di negara ini tanpa kerakyatan atau "Stateless" selama 150 tahun.
Puak ultra kiasu, terutamanya DAP, bukan sahaja tidak berterima kasih kapada Melayu, malah cuba mengungkit Ketuanan Melayu, dan Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di panjangkan kapada Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa penubuhan Malaysia.
Mereka anti-Melayu, anti-Islam dan telah menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Akibatnya: Dasar Ekonomi Baru timbul.
Mereka telah menyebabkan tsunami Cina di PRU13. Akibatnya: DEB di pertingkatkan.
Sekarang Melayu mahukan % kekayaan korporat di naikkan hingga lebih dari 30%. Dan kekayaan dalam lapangan lapangan ekonomi lain juga di sasarakan, saperti bidang bangunan komersial dan rumah kediaman.
Ramai Melayu telah mengatakan Najib tidak perlu pedulikan mereka yang tidak mahu kongsi kuasa dan tidak reti berterima kasih kapada jasa Melayu. Sehingga ramai yang telah melaungkan supaya 150,000 pengundi UMNO di pemilihan parti di bulan Oktober ini gantikan Najib dengan pemimpin yang benar benar berwatak dan berjiwa Melayu.
Benar, bukan senang mengubat hati Melayu. Oleh itu, jangan sesiapa fikir Melayu boleh di abaikan, boleh tidak di hemahkankan, boleh tidak di pedulikan lagi. Ramai yang sudah menlaungkan di sana sini supaya Cina tsunami yang tidak menghormati dan mematuhi Perlembagaan negara di halau keluar. "Berhijrah lah", kata mereka yang kenamaan. "Berambus lah", kata yang tidak berkenamaan.
"Dong Zong dan sekutunya mahu menyaman kerajaan jika masih meneruskan agenda Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025, bagi memperkasakan bahasa Melayu di Sekolah Cina."
Ramai Melayu yang sudah tersayat hati mereka dengan tsunami Cina sekarang menjeritkan supaya Sistem Sekolah Satu Aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua di laksanakan tanpa menghiraukan Dong Zong dan sekutunya. Najib pernah menyatakan dalam blog 1Malaysia nya di masa permulaan dia menjadi PM bahawa "Sistem Sekolah Satu Aliran akan di laksanakan bila rakyat mahukannya". Maka sudah lama rakyat mahukannya dan Najib mesti laksanakannya sekarang.
Jika mereka boleh tidak mempedulikan Melayu dan mengakibatkan tsunami Cina di PRU13, mengapa kita mesti pedulikan mereka.
Nyata Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa BM ada lah bahasa resmi negara ini dan bahasa ibunda boleh di gunakan "HANYA SELAIN DARI UNTUK TUJUAN RESMI". Dan sekolah ada lah tujuan resmi mana mana negara.
Maka jika sampai ke Mahkamh pun, Kerajaan akan menang. Lawan hingga ke peringkat Mahkamah tertinggi dalam negara, ia itu Mahkamah Persekutuan, jika perlu.
Mandarin yang mereka mahukan sebagai bahasa pengantar bukan bahasa ibunda mereka pun. Mandarin ada lah bahasa resmi negara China.
Anehnya pula mereka di selatan China (di mana nenek moyang mereka berasal) tidak mahu pula menggunakan Mandarin. Bila Kerajaan pusat di Beijing keluarkan arahan supaya perketatkan penggunaan bahasa Mandarin di seluruh negara beberapa tahun lalu, mereka di selatan Cina mengadakan demo di Canton dan Hong Kong. Tapi di Malaysia nakkan Mandarin pula. Apa ini?
Salam Dr. mohon izin untuk di siarkan dlam blog melayupasirgudang.blogspot.com.
Assalamualaikum Dr.
Saya memang minat baca blog Tuan, dan apa yang Tuan tuliskan setuju sangat dengan naluri saya....Tuan, orang Cina yang masuk Islam, saya orang Melayu yang ada darah keturunan Cina....kita tahu bagaimana perangai orang Cina yang tidak Islam...kerana Tuan di besarkan dalam keluarga Cina dan saya lama bergaul dengan Cina....bukan tidak ada Cina yang tidak baik, saya masih berkawan lagi dengan dia orang...kenbanyakan nya yang Kristian.....Melayu ni baik, suka jaga hati semua orang...sebenarnya itu adalah sifat Islam yang baik....masaalah nya....ada orang memang tidak tahu menghargai......
Beberapa blog ada membangkitkan tentang ini, "kalau dahulu, Melayu memberikan ruang untuk Cinabeng menumpang di hujung tanahnya. Kesudahannya, Cinabeng itu berjaya memiliki tanah dan Melayu yang membenarkan Cinabeng berkenaan menumpang, akhirnya diusir kerana menduduki tanahnya secara haram!"
Kawan saya pun ada bercerita tentang ini terjadi juga di kampungnya lama dulu. Melayu berbudi tanpa meminta balasan kepada pendatang cina yang merempat, akhirnya dia sendiri yang dihalau oleh cina yang diberi budi.
Banyak berlaku pada era sebelum merdeka dan terus berlangsung sehingga kini daripada hilang tanah dengan cara cina yang jijik kepada hilang negeri Melayu.
Pun... masih tak puas. Apa yang berlaku di negara China ada refleksi kepada apa yang boleh dilakukan di sini. Lihat apa jadi kepada Tibet dan Turkistan Timur.
Pengecualian kepada cina-cina yang hatinya telah dijinakkan oleh Islam dan sanggup berintegrasi dengan Melayu.
We need racial riot la dr. All chinese kapir harbi should be killed like in Indonesia 1998.
Assallamualaikum wbr Dr Ridhuan Tee,
Bahan tulisan yang senantiasa kuat menjadi renungan dan rujukan.
Semoga ALLAH terus memberi rahmat dan barakah keatas DR dan sekeluarga.
Wassallam.
OM - Melayu Luar Negara
Ucapan Syabash Kepada ...
DS Mohd Najib - Perdana Menteri daripada Umno
DS Zahid Hamidi - Menteri Keselamatan Dalam Negeri daripada Umno
DS Hishamudin Hussien - Menteri Pertahanan daripada Umno
TS Khalid - Ketua Polis Negara seorang Melayu
Saya kagum dan amat bangga dengan ketegasan dan keberanian anda Mengharamkan BANGKAI CHIN PENG atau ABU BANGKAI CHIN PENG dibawa balik ke Malaysia.
Kami orang Melayu dan Bumiputra bangga memiliki pemimpin Melayu seperti anda. Insyallah pada PRU 14 nanti Umno tetap di hati kami. Harap anda pertahankan (maintain) pendirian anda.
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Hidup Umno Untuk Melayu dan Bumiputra !!!!!!!!!
Askar Pencen
Askar Pencen,
Saya sokong laungan anda.
Jika tidak ada Askar Melayu selama ini, teruk lah kita.
Peranan kalian bersama Polis Di Raja di 13 Mei 1969 sangat berharga.
Di Fiji, pendatang di biarkan penjajah British jadi majoriti, depa menang pilihan raya pun, tak merasa pegang kuasa. Askar rampas kuasa.
Harap pendatang sedarkan keadaan dan berpada pada. Jangan berleluasa. Sentiasa.
TAHALUS SIAO-SI
(Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee
Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........
Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.
Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...
" Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "
Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :
MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.
Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.
Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.
Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.
Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).
Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.
Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).
Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.
Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.
Ana Muslimah
UMNO fikiran pusing-pusing tapi PAS fikiran lurus macam mana boleh kerjasama
tahniah ana muslim... saya sokong pendapat anda..pada ustaz Ridzuan teruskan perjuangan...
Post a Comment