Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, September 23, 2013

Dialog mesti bercakap benar

7:06 AM Posted by RIDHUAN TEE 23 comments


Sinar Harian 23 Sept 2013

Saya merasa pelik kenapa sekumpulan NGO pro-Melayu membantah dan membuat repot polis mengenai penganjuran majlis dialog anjuran MP Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, dengan sekumpulan penganut Kristian, yang  berlangsung minggu lalu di Pulau Pinang. Biarkan. Sepatutnya kita menggalakkan, bukan menghalang, sebagai salah satu saluran dakwah, daripada tidak berbuat apa-apa.

Alasan mereka, sepatutnya PAS menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid. NGO tersebut melahirkan kebimbangan jika beliau tidak mampu untuk mempertahankan Islam dalam dialog tersebut. "Kita tidak menghalangnya tetapi sepatutnya dialog itu diberi peranan kepada orang yang fasih tentang Islam seperti mufti”.

Melihat kepada latar belakang Mujahid, saya fikir, beliau agak layak. Berkelulusan ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera, Universiti Al-Azhar, Mesir;  Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah, Universiti Malaya. Lagipun beliau ada menulis buku bertajuk “Berdialog Dengan Gereja Sebuah Travelog Kedamaian” dan lain-lain buku berkaitan Islam. Adakah kita ,ahu mengharamkan buku beliau?

Dialog antara agama tidak semestinya menampilkan mufti. Tetapi mereka yang pakar dalam perbandingan agama. Tidak semua mufti pakar dalam perbandingan agama. Apatah lagi kemampuan berbahasa Inggeris. Pokoknya, setiap kalangan kita yang ingin berdialog mesti asas ilmu Islam dan memahami selok-belok dialog antara agama, serta berani berkata benar, walaupun pahit dan tidak berpolitik.

Jangan menyembunyikan kebenaran semata-mata untuk mendapat undi dan menjaga hati kawan. Apatah lagi kita semua tahu, Pulau Pinang adalah lubuk ultra kiasu, sama ada mereka Kristian atau tidak.

Ingatan saya kepada Muhajid, sebelum berdialog pada masa akan datang, ajaklah mereka yang pakar dalam perbandingan agama bersekali. Pastikan ahli panelnya seimbang. Tidak hanya didominasi oleh satu pihak, seperti yang berlaku dalam dialog di gereja suatu ketika dahulu November 2012, di Subang Jaya.

Tentu kita masih ingat, ketika itu, terdapat 9 ahli panel, 3 Islam, 6 bukan Islam, termasuk Mujahid dan puteri PKR. Sehinggakan puteri PKR tersebut sanggup berkata tidak paksaan dalam beragama. Orang Islam boleh keluar Islam.

Ini ucapan politik untuk mendapatkan mileage politik, undi dan kuasa, tanpa melihat fakta dan realiti sebenar. Jika jahil bertanya, jangan bercakap semborono. Dialog antara agama sebegini menjadi bahaya jika ada agenda politik. Itulah yang mungkin menjadi kebimbangan NGO pro-Melayu tersebut pada fikiran saya.

Dalam berdialog, kita perlu ada adab. Pada masa sama, memahami realiti semasa. Tahu selok-belok sensitiviti masyarakat setempat, budaya Melayu dan bukan Melayu, serta peruntukan undang-undang dan perlembagaan.

Kita tidak digalakkan menyebut, agama kitalah yang terbaik berbanding agama lain. Jika itulah ucapannya, agama lain pun akan berkata perkara yang sama. Bila itu terjadi, dialog tidak akan menjadi dialog lagi. Dialog akan menjadi majlis yang defensif. Masing-masing akan berkata agama merekalah yang terbaik.

Apa yang penting adalah bercakap benar dan menyampaikan pandangan dan pendirian agama masing-masing terhadap sesuatu isu. Saya cuma berharap PAS berani dan dapat bercakap benar di hadapan musuh-musuh Islam. Jangan menikus dan jadikan platform tersebut untuk menghentam UMNO dan kerajaan. Itu bukan adab berdialog.

Pemimpin PAS mesti profesional dalam hal ini. Berkatalah apa yang benar dan apa yang salah daripada menuding jari siapa benar, siapa salah. Biarlah orang mendengar menilai. Itulah jalan dakwah yang terbaik. Saya percaya Mujahid adalah kepakaran tersebut.  

Pada masa sama, sentiasa berhati-hati dengan agenda Kristianisasi. Kita sudah tahu matlamat gereja di sebalik menganjurkan forum tersebut.

Misalnya, isu kalimah Allah yang saya yakin dibincangkan. Isu ini bukan soal UMNO atau orang pro-UMNO. Bukan juga isu kita menghalang bukan Islam menggunakan kalimah suci ini. Isu ini perlu dilihat lebih jauh. Proses dan perancangan Kristianisasi.

Indonesia adalah contoh yang terbaik. Apabila terlalu banyak kebebasan diberikan, tanpa ada perlindungan. Bukti-bukti menunjukkan ramai yang telah meninggalkan agama wahyu ini. Bukan kerana agama kita ada kekurangan. Agama kita sempurna, tetapi mereka buat kerja. Kita asyik bercakap, kerja tidak buat.

Kita dengan mudah boleh menyalahkan UMNO. Apakah yang telah dilakukan oleh UMNO dalam memperkukuhkan akidah umat Islam daripada goyah? Ya, saya akui, UMNO masih kurang berjaya dalam memperkukuhkan akidah umat Islam, apatah lagi program dialog antara agama, walaupun ada jawatan kuasa antara agama.

Terlalu banyak program hiburan berbanding program akidah. Walaupun program akidah ada, tetapi tidak mampu untuk menghadapi arus hiburan yang begitu kuat melanda. UMNO perlu sedar hakikat ini. Melayu perlukan agama, bukan hiburan yang keterlaluan. Melayu tidak selamat dengan hiburan. Tetapi Melayu akan selamat dengan agama. Percayalah, kita tolong Allah, pasti Allah akan tolong kita. Jika sebaliknya, tunggulah kehancuran itu.

Sebagai menyahut cabaran Mujahid, NGO pro-Melayu atau UMNO perlu menampilkan tokoh-tokoh untuk berdialog agar kekeliruan antara agama dapat dirungkaikan, supaya tidak ada pihak yang menuduh, cakap tidak serupa bikin.

23 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat RT. Aneh mereka membuat laporan Polis. Tidak semestinya hanya pakar agama Islam yang boleh menganjurkan dialog saperti itu.

Dan latar belakang Mujahid, termasuk ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah, Universiti Malaya serta ada menulis buku bertajuk “Berdialog Dengan Gereja Sebuah Travelog Kedamaian” dan lain-lain buku berkaitan Islam, melayakkan dia mengambil tindakan saperti itu.

Saya juga setuju dengan syor supaya Mujahid mengajak pakar pakar agama Islam mengambil bahagian dalam dialog itu. Dialog ada lah penting bagi mengurangkan seliseh faham, mahu pun pendirian bertegang, antara berbagai pihak atau kumpulan.

Anonymous said...

Pendapat saya.

Dialog antara agama tidak diperlukan kerana saya tidak nampak apa2 kebaikan pun kepada kedua2 pihak yang terlibat. Tidak akan ada pihak yang mahu mengaku kelemahan dan kekurangan dalam agama masing2. Masing2 akan mempertahankan agama masing2. At the end, semua pihak akan terasa benar2 membuang masa.

Sebagai contoh, katakan dialog antara Islam dengan Kristian. Adakah kita expect at the end of the dialogue session akan ada penganut Kristian yang menjadi muslim kerana telah nampak kebenaran dalam Islam. Sama juga dipihak Kristian, adakah mereka harap benda yang serupa berlaku.

Jangan buang masa buat kerja bodoh yang tak mendatangkan apa2 hasil. Kalau kita cinta kepada keamanan dan kesejahteraan hidup sesama insan, ikut falasafah ini " aku rasa agama aku paling betul, aku ikut dan taat kepada semua perintah dan larangan agama aku " DAN " jika kamu rasa agama kamu paling betul, kamu ikut dan taat lah kepada semua perintah dan larangan agama kamu ". Insyallah kamu dan aku hidup aman damai. Bila kamu dan aku tidak bermusuhan maka aman damai lah dunia ini.

Tolong beritahu saya, adakah dalam dunia ini agama yang menghalalkan kejahatan. Kalau ada saya pun teringin nak menganutnya supaya saya boleh melakukan segala macam kejahatan yang terlintas dalam kepala untuk memuaskan nafsu serakah saya.

Nasihat saya. Orang islam, ikut lah islam. Orang kristian, ikut lah kristian, Orang hindu, ikut lah hindu. Orang buddhist, ikut lah buddhist. Jangan ada siapa2 mengatakan kepada orang yang bukan daripada agama anutannya " eh kawan, you punya agama tak betul lah, agama saya saja yang betul " which is very and very and very wrong indeed.

Ana Muslimah.

Anonymous said...

Kalau nak pisahkan PAS daripada bersahabat dengan Setan .. nyahkan Nik Aziz, nyahkan Hadi Awang. Angkat Harun Taib jadi Presiden, dan Harun Din jadi Mursidul Am .. insyallah PAS mungkin akan menjadi alternatif kepada orang melayu.

Ikhlas drp Ana Muslimah

Anonymous said...

"Terlalu banyak program hiburan berbanding program akidah."

Astro yang CEO nya pun Melayu (perempuan), nampaknya berlain hala tujuan nya. Nampak terlalu bebas, seperti Astro Awani, mengeluarkan berita yang mirip kapada pendirian Pembangkang. Kalau beritanya begitu rupa, bagaimana pula program hiburannya boleh di harapkan mencerminkan akidah Islam yang di pelupuri 60% penduduk negara ini.

Demikian banyak lesen penyiaran radio, tv dll yang telah di keluarkan. Di biarkan "bebas" kononnya di zaman pemerintahan Tun Dol. Saya tak senang hati pulak dengan pendirian Najib yang di katakan mahu "liberal", kononnya. Sudah di lesing rakyat sebelom dan selepas tsunami Cina.

Najib tidak di tanding di pemilihan parti Oktober ini. Tetapi ada yang berkata bahawa jika dia membongkok lagi kapada kehendak Pembangkang, termasuk tsunami Cina, Melayu akan jeritkan supaya dia meletak jawatan dan Muhyiddin ambil alih kuasa.

Anonymous said...

1209 PM

"Terlalu banyak program hiburan berbanding program akidah."

Maaf. Saya nak ajak saudara hidup dalam kebenaran dan bukan fantasi. Adakah anda mahu program tv itu 75% dipenuhi dengan program akidah.

Come on friend. Please tune yourself to be a truely human in nature. Jangan pura2 jangan hipokrit. Berpijak lah di bumi yang nyata .. jangan terlalu berfantasi apa lagi berillusi.

Kalau program tv itu 75% atau 50% adalah program akidah, jangan kata saya tak minat nak menonton malah anda sendiri juga, anak isteri anda juga, suku sakat anda juga. Bukan itu saja, malah tak sampai 3 bulan syarikat Astro akan bungkus kerana tak mampu membiayai kos operasinya bila tak ada syarikat yang berminat nak membeli ruang atau slot iklan yang disediakan oleh Astro.

Berfikir lah sebagai manusia dan jangan berfikir semacam makhluk yang hidup di alam bunian. Saya suka sebut contoh, para pemimpin Pas kerana mereka tidak berfikir sebagai manusia maka sebab itu lah mereka berani berjanji kepada melayu2 yang tidak berfikir sebagai manusia bahawa JIKA PAS MENANG PILIHANRAYA, PAS AKAN BENTUK KERAJAAN ISLAM YANG AKAN MELAKSANAKAN HUDUD 100% DI NEGARA MALAYSIA INI. Dan paling menyedihkan bila melayu2 yang hidup di alam bunian itu boleh percaya bahawa PAS BOLEH MELAKSANAKAN ISLAM JIKA DIBERI PELUANG.

Sahabat. Realitinya negara Malaysia ini ada melayu, ada cina, ada india, ada kadazan, ada murut, ada dayak, ada macam2 bangsa. Realitinya negara Malaysia ini ada islam, ada kristian, ada buddhist, ada hindu, ada sunni dan ada syiah.

Kalau kita bercakap dengan menggunakan Kepala (Head) maka kita tak akan bercakap merepek sebagaimana para pemimpin dan " ulamak " Pas. Tetapi kalau kita bercakap dengan menggunakan Kepala Lutut maka terkeluarlah benda2 yang pelek daripada mulut kita.

Maaf saudara. I am a borned muslim but I use my head beore talking. I am not Umno member, but I am very sure the Umno leaders and Umno ulamak used their head in making promise to the malay muslim community.

Maaf andai terkasar. Agak emosional sikit ...

Ana Muslimah.

Anonymous said...

Kepada ahli2 Pas.

Saya yang menjadi pemerhati kepada percaturan politik Pas sejak sekian lama merasakan Pas akan hanyut dan hanyut dan hanyut jika ahli parti ini masih mahu menyimpan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Ingat saudara2. Perjuangan Hadi Awang dan Nik Aziz untuk membolehkan kalimah suci Allah digunakan dalam bible bahasa melayu tak akan kami orang melayu yang tidak menjadi ahli Pas lupa hingga ke akhir hayat kami.

Seruan Ikhlas Dari Ku

Gunakan peluang dalam Muktamar Agong Pas 2013 untuk melakukan perubahan. Angkat lah Harun Taib menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden Pas dan Haron Din menggantikan Nik Aziz sebagai Mursidul Am Pas.

Harun Taib dan Haron Din tidak pernah menyokong kalimah suci Allah dignakan oleh penganut kristian. Harun Taib dan Haron Din juga tidak pernah nampak ghairah giller untuk meminta bantuan Setan dalam menghadapi PRU dan Umno.

" Aku suka Umno, aku sayang Pas kerana aku adalah seorang melayu yang cintakan islam "

Ana Muslimah

Anonymous said...

Ramai dah kenal Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat. Saya selalu bertanya, kenapa di Malaysia tak ada mereka yang mungkin setaraf dgn mereka. Ustaz Hussin Yee pun bagus.

Saya rasa kita perlu seorang macam mereka berdua supaya debat dan penjelasan dilakukan terus menerus. Ustaz Ravi di TV tu pun hanya untuk mensosialkan keadaan sahaja.

Anonymous said...

Ana Muslimah 3:04 PM, September 23, 2013,

Tak perlu Maaf. Takpa kalau emosional sikit pun ... asalkan fakta betul, hujah munasabah.

Alam kebenaran sekarang penuh dengan karutan. Kebanyakannya mereka puak Pembangkang yang suka kata apa saja, bila bila masa saja. Sejak zaman Tun Dol. Mereka menuntut itu ini, kebebasan, konon, liberal konon. Hingga memutar belitkan Perlembagaan. Contohnya, asyik menyebut Perlembagaan memberi hak sama rata di suatu Puruntukan umum (Perkara 8 ?), tapi mereka tak mahu terima ada Perkara khas, khusus dan spesifik (di ulang untuk efek) berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ada contoh contoh lain yang menunjukkan mereka memikir bebas berbuat apa sahaja, sehingga ketepikan Perkara 3 Perlembagaan yang mengatakan bahawa "Islam ada lah agama Persekutuan" atau agama negara ini. Mereka putarkan hal clausa berikutnya mengatakan agama lain boleh di praktikkan, hingga lupakan bahawa "boleh di praktikkan" itu ada syaratnya - di praktikkan dengan aman. Maka, berkeras nak menggunakan kalimah Allah itu mananya mempraktikkan agama Kristian "dengan aman".

Bertanya "Adakah anda mahu program tv itu 75% dipenuhi dengan program akidah" itu ada lah mengarut, tak perlu di jawab.

Saya tak pandai, tak ada PhD. Saya hanya memetik kata kata Profesor Ridhuan Tee, saperti di rencana dia di atas - perenggan kedua dari penghujung. Hujah hujah baginya pun sudah di keluarkannya. Saya tak perlu tambah.

Saya suka dengan kegiatan Sdr mengeluarkan pendapat di sini, selalunya untuk mendapatkan perpaduan ummat. Cara cara nya ada yang saya setuju, ada yang saya tidak. Biasa lah, kita demokrasi. Bila terlanjur pun, saya tak le marah. Hanya menyuarakan mana yang saya fikir betul dan mengeluarkan hujah hujah bagi nya.

Sila lah teruskan mengeluarkan pendapat. Hanya elakkan emosi supaya tidak lari dari rasionalisasi.

Anonymous said...

Ana Muslimah 3:04 PM, September 23, 2013,

Terlanjur saya membuat komen di atas tadi, biar saya ulas sikit 1-2 point Sdr:

So'alnya ia lah "balance" atau perseimbangan, tak semesti 50% atau 75%, tetapi mana yang patut. Apa yang di kira patut, boleh di bincang.

Jika mahu perpaduan dengan PAS, kita perlu elakkan kata kata kusut, ha nya sebutkan apa yang di fikir salah dan apa yang kita fikir perlu di lakukan.

Benar, negara Malaysia ini berbilang kaum, berbagai agama. Tetapi kita mesti berpandukan kapada Perlembagaan negara. Perlembagaan mengatakan bahawa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak ada Kedudukan Istimewanya. Dan Islam ada lah agama negara ini.

Maka itu bermakna setiap tindakan Kerajaan, dan badan badan yang hidup berdasarkan ihsan Kerajaan, termasuk Astro yang muncul dari lesen siaran (tak kira satelit atau cable atau biasa, semua siaran ada lah di lesenkan, saperti juga lesen siaran akhbar) yang di keluarkan oleh Kerajaan, perlu memberi perhatian terhadap apa yang terkandung di dalam Perlembagaan itu.

Perlembagaan ada lah undang undang tubuh mana mana negara demokratik. Perlembagaan ada lah undang undang yang paling tinggi di dalam negara. Segala undang undang lain timbul darinya, tidak boleh bercanggah dengannya. Begitu sekali kesahihan dan keutuhan Perlembagaan itu. Semua rakyat perlu menghormati dan mematuhi Perlembagaan negara. Perlembagaan ada lah suatu ukuran ta'at setia seseorang rakyat kapada negara.

Saya harap Sdr dapat mempromosikan perkara ini. Perkara pentingnya rakyat - mahu pun Kerajaan - sentiasa bertindak berdasarkan Perlembagaan. Jika ini sentiasa berlaku, tidak akan timbul kaum Kristian berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dan ada Melayu Muslim yang menyokongnya. Sehingga perlu ada dialog di cadangkan, walau pun kes berkenaan ada di Mahkamah Rayuan sekarang.

Sokongi lah dialog tersebut. Kita perlu elakkan bakar membakar gereja dsbnya. Semua hujah hujah berkenaan kalimah Allah sudah di keluarkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Sekarang kita kedepankan perkara menghormati Perlembagaan. Di mana di katakan dengan terang bahawa Islam ada lah agama negara ini dan dengan itu perlu di beri kelebihan. Agama lain tidak satu pun ada di sebut di Perlembagaan.

Dan Perlembagaan menyatakan bahawa agama lain boleh di praktikkan dengan aman. Maka jangan lah berkeras dengan mahu menggunakan kalimah Allah sebab itu bermakna mempraktikkan agama itu tidak dengan aman.

Anonymous said...

Ana Muslimah,

Komen Sdr di 3:19 PM, September 23, 2013 itu saya setuju dan sokong penuh.

Mari lah kita berdo'a moga moga mereka bertindak saperti yang di sarankan.

Wassalam.

Anonymous said...

909 dan 912 AM

Tidak ada apa yang saya ingin lihat, melainkan kepingin sangat nak tengok orang melayu bersatu sebagimana bangsa lain. Tidak bersatu dalam politik, tak apa. Biar lah Umno dengan Umno nya, Pas dengan Pas nya. Saya terima fitrah kejadian Allah. Kejadian Allah tidak ada yang 100% perfectly identical seperti produk keluaran kilang.

Kita laki bini, ada ketika tak sependapat. Kita anak beranak juga, ada kalanya tak sependapat. Kita adik beradik walau pun dari satu perut, ada waktunya tak sependapat. Ini fitrah yang dijadikan oleh Allah.

TETAPI .. ada masa2nya walau pun kita2 yang saya sebut tadi tidak sependapat, akan bersatu pendapat bersatu kepala bersatu tenaga bila hal2 yang menyentuh urusan ahli keluarga kita diganggu gugat oleh orang lain.

Contoh 1 : Kita suami isteri tak pernah berlaga angin. Tiba2 salah seorang anak kita di timpa musibah di jalan raya, di saat itu kita dan isteri tanpa di suruh2 duduk dalam satu kenderaan berkejar ke tempat kajadian, sampai di tempat kejadian tanpa sedar kita berpelukan seraya si isteri berkata " anak kita bang, ya Allah kenapa dengan anak kita bang " dan kita si suami pulak sambil memeluk dan menepuk2 belakang isteri berkata " sabar Mah sabar, Mah sayang Mud abang juga sayang Mud, di anak kita Mah, tapi Allah lebih sayang kan Mud ".

Wal hal dalam keadaan biasa kita suami isteri tak pernah ujud kemesraan dalam hubungan sebagai suami isteri .. ada saja yang tak kena.

Contoh 2 : Kita adik beradik, tak habis berdengki antara satu sama lain. Kita hidup sebumbung, makan semeja, tidur sebilik tapi tapi tak ada gurau senda diantara kita. Tiba2 abah bagi tahu " Mat, adik kau Si Mid kena pukul dengan Si Meon sampai lebam2 hanya kerana dia tersepak betis Si Meon masa bermain bola ". Percaya atau tidak, Si Mat akan berkata kepada adiknya Si Man yang selama ini dia cukup meluat " Man, meh kau ikut aku kita pergi cari Si Meon celaka tu, aku nak ajar dia cukup2, aku nak tengok siapa jantan ".

.......bersambung

Anonymous said...

909 dan 912 AM

Sambungan..............

Saya sedih senario yang saya gambarkan itu tidak berlaku diantara Umno dengan Pas. Tidak ada masa2 seperti yang saya contohkan sebentar tadi yang menampakkan mereka akan bersatu dalam keadaan tertentu.

Senario 1 : Bila melayu dihina, bila melayu diperlekeh, bila raja2 melayu dipersenda oleh bangsa lain. Umno dan NGO melayu saja yang terkial2 mempertahankan maruah melayu dan raja2 melayu. Sedangkan di pihak pembangkang melayu (Pas dan PKR) tidak bersuara langsung, seolah2 bersutuju dengan perbuatan bangsa lain, seolah2 mereka bukan orang melayu, seolah2 yang melayu hanya lah orang Umno dan NGO melayu sahaja.

Senario 2 : Penghinaan keatas islam. Ada orang cina ajak orang melayu mencuba Sup Tulang Bibi (Bak Kut Teh) sebagai menu untuk buka puasa. Ada orang agama buddhist buat upacara sembahyang buddhist dalam surau. Ada cina kristian nak minta kerajaan benarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Yang sibuk riuh demo sana demo sini, report polis sana report polis sini hanyalah orang Umno dan NGO melayu. Sedangkan pembangkang melayu (Pas dan PKR) macam tak ada apa2 saja, seolah2 yang kena hina itu bukan islam anutan mereka tetapi adalah islam anutan orang Umno dan NGO melayu, seolah2 Allah yang kristian nak guna dalam bible bahasa melayu itu adalah Allah versi orang Umno dan NGO melayu dan bukan Allah versi orang melayu Pas atau melayu PKR.

Sampai macam tu sekali permusuhan sesama melayu. Seolah2 kaki kiri dan kaki kanan tidak berkongsi saraf tunjang (central nervous system). Kenapa melayu jadi macam tu punya teruk. Adakah Allah Umno dengan Allah Pas itu of different entity ? Adakah Islam Umno dengan Islam Pas itu of difference source ? Adakah Al Quran Umno dengan Al Quran Pas itu suatu kitab yang menceritakan perkara yang tidak serupa ? Masyallah .. musibah apa kah yang Kau turunkan kepada bangsa ku ini Ya Allah ?

Bagi saya, kalau nak belajar fasal ilmu perpaduan, tak perlu pergi jauh2 sampai ke benua arab, tak perlu masuk universiti. BUKA MATA DAN PERHATIKAN CARA ORANG CINA .. ITU UNIVERSITI YANG PALING PRACTICAL UNTUK MELAYU BELAJAR ILMU PERPADUAN.

Jangan nak menafikan :

(1) Orang cina berjaya menguasi ekonomi kerana perpaduan sesama mereka.(2) Orang cina sedikit demi sedikit membina kekuatan politik di tengah2 komunity melayu kerana perpaduan sesama mereka. (3) Orang cina mendapat sedikit demi sedikit segala yang mereka tuntut sejak sekian lama kerana perpaduan sesama mereka.

Saya dapat rasa " Allah hantar orang cina datang berdagang ke Tanah Melayu ini kerana ada mesej yang Allah nak sampaikan kepada orang melayu ". Tapi sayang, melayu tetap melayu, buta hati dan buta perut WALAU PUN KEADAAN MEREKA SEMAKIN HARI SEMAKIN MELAYU (WILTING LIKE PLANT UNDER HOT SUN).

Ana Muslimah

Anonymous said...

"sepatutnya PAS menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid."

RT telah memberi penerangan latar kelulusan Mujahid. Nampaknya dia layak. Hanya soa'al sama ada dia akan mengeluarkan pendirian suatu puak PAS yang menyokong kehendak Kristian menggunakan kalimah Allah di negara ini.

Jika dia berpendirian begitu, dia tidak layak, walau bagaimana tinggi kelulusannya sekali pun.

Anonymous said...

Ana Muslimah 4:04 PM,

Contoh laki bini dan adik beradik tu tak boleh pakai bagi menyatukan PAS dan UMNO.

Kata orang, gaduh agama orang sanggup mati, gaduh politik pun ada yang sanggup tak berteguh hingga mati. Dah sampai sembahayang di mesjid lain, imam berlain, Bang.

Nak bersatu, kita kena fikirkan dari segi politik. Kita berpecah kerana politik.

Anonymous said...

Ana Muslimah 4:06 PM,

Kita boleh redakan perasaan bosan atau pemikiran kusut kita fasal Melayu tak bersatu dengan mikirkan bahawa bangsa lain pun tak bersatu. Di merata dunia.

Sejarah menunjukkan berbagai bangsa asyik berperang antara mereka dalam satu negara yang sama, meski pun di antara berbagai negara walau pun pada umumnya asal usul yang sama.

China dan Taiwan masih belom bersatu walau pun sudah mencapai konsep "One nation but two systems" saperti juga di Hong Kong. Jepun juga asal usul orangnya ia lah dari China, mengikut sesetengah pakar sejarah, tapi berperangan banyak kali, termasuk di Perang Dunia II.

Ini tak bermakna kita mesti diamkan masalah perpecahan ummat, tapi kita perlu "steady" dengan cara kita mencari jalan supaya bersatu.

Di negara ini pun, Cina juga tak bersatu. Berlain lain parti politik. Berlain lain puak dalam parti. Lihat sahaja DAP dan puak puaknya. Puak Ronnie Liu tidak kedengaran sekarang. Mungkin kecoh lagi di pemilihan CEC di 29 September ini. Terjadi nya kecoh di pemilihan CEC bulan Disember 2012 dahulu ada lah di sebabkan parti chauvinis DAP pun tak bersatu dalam partinya.

Tsunami Cina tidak semestinya membuktikan semua Cina bersatu. Kalau majoriti besar kaum Cina bersatu untuk mendapat kuasa pun, tak berjaya dan hanya sementara.

Presiden MCA di Batu Pahat 1-2 hari lalu berkata sepatutnya kritik kritiknya dalam MCA marahkan UMNO, bukan dia sebagai Presiden. Walau pun UMNO di sasarnya, nyata dia menunjukkan ada puak puak yang nak menggulingkan dia dari jawatan Presiden.

Bermakna tidak bersatu di dalam MCA. Apa tah lagi antara parti parti Cina MCA-DAP dsbnya.

Anonymous said...

Saudara Ridhuan Tee

Subjek sentuhan saya mungkin out of topic. Tapi sakit hati bila membaca ulasan dalam Utusan yang dipetik dari Akhbar Berbahasa Cina.

Dikatakan, Program Memperkasakan Ekonomi Melayu/Bumiputra - tidak adil kepada bukan melayu. Dikatakan, kerajaan hanya membantu melayu dan bumiputra sahaja melalui pemberian tender RM200K kebawah hanya kepada Kontrak Kelas F melayu dan bumiputra. Dikatakan, kerajaan menafikan peluang bukan melayu bila setiap tahun kontrak Petronas bernilai RM20 billion akan diberikan kepada kontraktor melayu dan bumiputra sahaja.

Saya nak tanya. Mereka yang ultra kiasu ini Bodoh atau Buat2 Bodoh, Buta atau Buat2 Buta ?

Saya nak beritahu mereka. Kerajaan berilah sebanyak mana kontrak sekali pun kepada melayu dan bumiputra, sebesar mana sekali pun nilai kontrak itu sama ada lion atau billion atau trillion ... ultra kiasu juga yang untuk berlipat ganda.

Melayu dapat tender, siapa yang menjadi pembekal bahan mentah nya ????

Ultra kiasu ini dah sampai ke tahap Tamak Melampau atau Tamak Giller. Dia nak sapu semua, dia nak makan sorang2, dia nak kenyang sorang2. Kalau sampai macam tu sekali, MANUSIA KAH ORANG CINA YANG ULTRA KIASU INI ?

Cantik nya hubungan Melayu dan Cina sekiranya semua orang Cina berfikiran seperti Tee Chuan Seng @ Mohd Ridhuan Tee. Amannnnn Malaysia.

Ana Muslimah




Anonymous said...

Ana Muslimah,

Setuju dan sokong. Nak cakap pasal yang kata fasal Bumi empowerment tu tak adil. Tapi panjang lebar, tunggu masa lapang lebih sikit.

Depa kena hormatkan Perlembagaan, Kedudukan Istimewa Melayu, Kontak Sosial, Melayu dah setujukan hak kerakyatan depa, sejarah negara ini dsbnya.

Anonymous said...

Salam Prof RT,


Saya berharap sangat tuan dapat memberi pandangan dalam isu ini -

http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kita-wajib-bantah-dimana.html

Tidak ada blogger Melayu Islam baik pro Umno maupun pro Pas yang mahu sambut isu ini. Seolah tidak penting... atau apasaja alasan peribadi masing2.

Umat Islam harus bangkit bersuara membantah projek ini !

PS - Tidak perlu siarkan komen ini - TerimaKasih !

Anonymous said...



Rupa2 nya orang Umno ini tak berapa cerdik. Kalau pun cerdik tapi tak boleh nak dibuat contoh dan teladan. Baru saja bertanding jawatan dalam Umno, bertanding sesama orang Umno, bertanding sesama adik beradik, tapi tengok gaya dan cara mengalahkan bertanding dalam pilhanraya umum.

Pakat korek keburukan dan kelemahan sesama sendiri. Saya yang sebagai pemerhati ini, sikit pun tak rasa excited dengan apa juga pendedahan sesama mereka ... kedua2nya adalah 2 x 5 saja, tak lebih dan tak kurang.

Hari ini MB Kedah Datok Mukriz tegur dan ada keluar dalam paper Sinar (kalau saya tak lupa) ... cukup cantik punya peringatan. Dia ingatkan kepada semua perwakilan, " entah kan ada entah kan tidak ada lagi pemilihan Umno selepas PRU 14 ", saya setuju dengan beliau, kalau macam ini punya sengit perebutan jawatan dalam Umno ... Datok Muhkriz nak bagi tahu kita " takut2 selepas PRU 14 nanti Umno ini sudah jadi kupang tembaga ".

Kalau anda tak faham apa itu " kupang tembaga ", pi lah cari kawan di kalangan orang Kedah dan tanya depa apa maknanya.

Hangpa nak yang mana satu. Menang dalam pemilihan tapi kalah dalam PRU 14 ??????

Tolong pikiaq nasib kami orang melayu ini sama, jangan duk kira tembolok hangpa saja.

Mat Kedah

Anonymous said...

Beza Umno dengan Pas.

Bila orang besar Pas sakit, orang2 besar dari Umno berduyun2 datang menziarah dan bertanya khabar. Ada pula tu sanggup menawarkan segala bantuan yang diperlukan. Itu lah budaya orang Umno yang di tuduh KAFIR.

Bila orang besar Pas mati, orang2 besar dari Umno berduyun2 datang mengunjung sebagai penghormatan terakhir. Malah sanggup sama2 bersembahyang jenazah dengan ahli2 Pas. Malah sanggup mengiringi jenazah bersama2 dengan ahli Pas sampai ke kuburan. Itu lah budaya orang Umno yang di tuduh KAFIR.

Adakah orang2 besar dari Pas boleh dan mampu melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh orang2 besar dari Umno .... ???????

Kesimpulannya BEGITU LAH ALLAH JADIKAN PERBEZAAN DIANTARA ORANG UMNO YANG " KAFIR " DENGAN ORANG PAS YANG " ISLAM ". Mudahan2 memberikan keinsafan kepada kita yang sedang dalam perjalanan menemui Allah sebagai mana yang telah dilalui oleh Ustaz Azizan.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Azizan dan menempatkan roh beliau di dalam syurga bersama2 dengan orang2 yang beriman kepada Nya. Amin....

Ana Muslimah

Anonymous said...

Aku tak nampak sekor pun pemimpin DAP datang beri penghormatan terakhir kepada jenazah Ustaz Azizan semasa pengkebumian beliau.

Semoga Nik Aziz, Hadi Awang dan seluruh warga Pas BUKA MATA LUAS-LUAS.

Ana Muslimah.

Anonymous said...

Mat Kedah,

Kalau hang nak "pikiaq nasib kami orang melayu ini sama", pi pujuk PAS tu bersatu dengan UMNO lah.

Tak bersatu pun takpa, asaikan berkerja sama.

Anonymous said...

Ana Muslimah,

Mana depa DAP nak pi ziarah bekas MB Kedah tu. Azizan dok buat tak paluli kpd depa DAP di masa merintah Kedah.

Takpa lah depa tak mai pun - bikin busuk saja kawasan jenazah atau kubur kalau depa mai.