(Sinar Harian 05.05.14)
Ultra kiasu jahat dan licik, dengan
sengaja menggunakan isu ucapan Obama dan temuduga biasiswa MARA untuk menekan
kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi nafsu
serakah mereka. Apa yang pelik adalah, kita begitu cepat melatah tanpa usul
periksa. Apa isu sebenarnya? Ingatan saya, kepada orang Melayu jangan jadi
bodoh. Mengaku salah tidak tentu pasal. Siasat dan buat penyelidikan dahulu,
lepas itu, barulah bincang apa yang benar, apa yang salah.
Ucapan presiden boneka Yahudi itu
mengenai kedudukan bukan Melayu sangat menyakitkan hati. Bukan Melayu dikatakan
didiskriminasikan dan ditindas. Tertanya-tanya saya, diskriminasi apa? penindasan bagaimana yang telah dilakukan
kerajaan? Ultra kiasu dengan cepat menyahut, mahukan konsep yang diperjuangkan
sejak penubuhannya, Malaysian Malaysia
dipraktikkan segera, sama rata dan sama rasa. Ini bermakna, perlembagaan perlu
dipinda.
Apa masalahnya? Kenapa tidak dijawab
secara akademik? Kenapa orang Melayu begitu baik?
Sistem pendidikan di negara ini, sudah
lebih Cina daripada negara China, seperti sekolah jenis kebangsaan dan universiti
Cina berasaskan kaum. Sekarang ini, di sana sini, di setiap negeri, ada sahaja,
bandar insdustri Malaysia-China diwujudkan. Siapa yang beruntung dalam soal
ini?
Kemasukan ke Institusi pengajian
tinggi, boleh dikatakan majoriti adalah orang bukan Melayu. Di IPTA, mereka
sudah hampir separuh. Di IPTS, majoriti besarnya adalah bukan Melayu. Ini tidak
termasuk universiti yang dipunyai oleh parti
politik dan ahli perniagaan berasaskan kaum. Mungkin ada yang
membangkitkan UiTM dan Universiti Islam. Persoalan saya, berapa banyak
universiti jenis ini berbanding universiti swasta?
Saya amat yakin, Obama yang menjadi
boneka Yahudi yang telah dibrainwash
oleh musuh musuh Islam sebelum ke mari. Tidak mustahil ia adalah ultra kiasu. Sebab
itulah, kita lihat NGO-NGO bukan Islam begitu ghairah bertanya soalan kepada
Obama. Soalan-soalan dan pandangan mereka, tidak sedikitpun memuji negara yang
didiaminya, sanak saudara dan tempatnya mencari makan secara senang lenang.
Pada saya mudah sahaja, jika di
sini, bukan lagi syurga untuk dijadikan
tempat tinggal, carilah tempat lain yang boleh menjanjikan syurga itu. Kenapa
mereka tidak berbuat demikian? Jawapannya, mudah. Di sini sudah ada syurga.
Kenapa mereka masih meminta dan mendesak? Mereka mahukan syurga yang lebih
indah. Kita yang masih buta.
Kita pula terlalu bersangka baik dengan
mengharap Obama memuji pentadbiran negara kita. Wal hal, kunjungan Obama sebenarnya
agenda untuk memporak-perandakan negara ini.
Begitulah liciknya strategi Yahudi dan
bukan Islam, akhirnya mereka yang menang, kita terus berada di pihak yang kalah,
sejak dahulu lagi.
Sekarang inipun kita masih tidak mampu
untuk menjawab. Saya sudah naik muak, dengan dasar pengecut dan mudah mengalah
kita semua.
Timbul pula cerita isu temuduga biasiswa
MARA. Apa salahnya jika temuduga turut turut bertanya soalan pasal Islam? Dapat
jawab, itu dikira kredit. Tidak dapat jawab, tiada masalah. Bukan bermakna
pelajar yang tidak dapat menjawab akan diketepikan. Kuota mereka tetap ada.
Saya tidak kata tindakan penemuduga itu betul. Tetapi serangan mereka amat
keterlaluan.
Kita begitu beriya-iya untuk berkongsi
kalimah Allah. Ini tidak termasuk kepercayaan kepada Nabi-nabi Islam, Nabi Adam,
Musa dan Isa. Kenapa dalam hal ini begitu beremosi? Apa yang tidak relevannya?
Kadangkala dalam temuduga, kita juga
ditanya mengenai perbandingan agama yang berkaitan dengan agama lain. Semuanya
itu ada dalam subjek sejarah dan moral. Pelajar Melayu tidak pernah bisingpun.
Jika tidak dapat jawab, terus terang
sahaja, saya tidak tahu. Apa yang penting kita dapat. Adalah perkara biasa
dalam temuduga jika kita tidak dapat menjawab. Itu bukan satu kemaluan yang
besar.
Dahulu, ketika saya masih kecil, saya
adalah anak pertama bukan Islam Malaysia yang belajar dan mengambil mata
pelajaran agama Islam dalam peperiksaan. Ketika itu, saya beranggapan, tidak
salah mempelajari ilmu-ilmu Islam kerana ia bersifat universal. Hari ini saya,
merasai keuniversalannya. Saya memahami erti adil.
Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Jika adil itu adalah Malaysia Malaysia, Malaysia ini sangat tidak
adil. Diskriminasi sangat jauh bezanya. Rumah ibadat di negara ini sudah tidak
nampak macam negara Islam, tetapi sudah jadi negara bukan Islam, dengan
lambakan kuil, tokong dan gereja yang melebihi 500 ribu berbanding surau masjid
sekitar 50 ribu, 10 kali ganda
Bahasa Melayu tidak lagi berdaulat. Bahasa
asing lebih mengakar terutama bahasa Inggeris dan bahasa Cina. IPTS langsung
tidak mempraktikkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, juga IPTA
Ekonomi dan harta kekayaan negara ini
rata-ratanya dibolot dan dikaut oleh bukan Islam. Orang Islam hanya pandai
memberikan lesen dan menerima habuan rasuah daripada bukan Islam. Di mana
diskriminasi dan penindasan? Kenapa tidak dipertikaikan nasib bangsa Fijian di
Fiji yang diperintah India dan orang Melayu yang diperintah Cina di Singapura?
Adakah di situ ada sama rata dan sama rasa? Maju sangatkah negara-negara ini
dengan konsep sama rata dan sama rasanya?