https://www.ismaweb.net/2018/10/29/tuankah-melayu-jika-hanya-tinggal-nama-melayu/
Istilah ketuanan Melayu heboh
diperkatakan semula, bermula seorang makcik tua bekas menteri bercakap,
kemudian disambut oleh menteri muda yang suka tayang body. Mereka mahukan
kesaksamaan bagi memastikan Malaysia maju. Benarkah Malaysia tidak akan ke
mana-mana jika ada yang mempertahankan kepentingan yang termaktub dalam
perlembagaan?
Atas apa tujuan apa ia dibangkitkan,
saya kurang pasti. Cuma saya merasa pelik, bila Melayu mempertahankan hak
Melayu, itu rasis. Namun, apabila bangsa Cina atau India mempertahankan hak
mereka, itu hak. Seolah-olah kita mahu menutup mata bahawa di negara lain tidak
mempertahankan kepentingan bangsa masing-masing?
Sedar atau tidak, bahawa setiap negara
yang ada di dunia ini, masih wujud ketuanan bangsa, cuma tidak diterjemahkan
dalam bentuk nama iaitu ketuanan?.
Apakah Cina tidak ada ketuanan Cina di
China. Ketuanan Siam di Thailand. Begitu juga India di negara India. Jika tidak,
ada masakan nama Allahabad yang ada bunyi Islam ditukar nama Prayagraj.
Seluruh dunia senyap, apabila nama
Allahabad ditukar nama Prayagraj oleh kerajaan India. Menurut sumber sejarah,
sebelum ini Allahabad dikenali sebagai Prayag. Ada sumber lain mengatakan
sebelum nama Prayag, adalah nama Khausambi.
Allahabad sebelum itu, dikenali
sebagai Illahabas (1584) bermaksud abode
of God, diberikan oleh Raja Akbar ketika Islam memerintah India melalui
kerajaan Moghul. Selepas itu menjadi nama Illahabas menjadi Allahabad ketika
Shah Jahan memerintah. Itu dalam konteks di India.
Di Malaysia, semua orang tahu bahawa apabila
disebut ketuanan Melayu, ia BUKAN merujuk kepada Melayu itu tuan, manakala
orang lain atau bangsa lain itu hamba. Ketuanan Melayu hanya merujuk Melayu
sebagai penduduk asal rantau nusantara ini.
Jika benarlah Melayu itu tuan yang
sebenarnya tuan di bumi ini, sudah tentu Melayu sudah menjadi kaya raya, punyai
bangunan pencakar langit dan tanah-tanah Melayu yang menjadi kepunyaan Melayu.
Realitinya, Melayu sudah tidak punya
apa-apa lagi. Jika di kawasan Kuala Lumpur dan sekitar, majoriti Melayu tinggal
di rumah flat, bertanahkan lantai simen. Melayu sudah tidak punya tanah di
tanah tumpah lahirnya sendiri.
Semua tanah sudah menjadi milik bangsa
lain.
Justeru, saya menjadi sangat musykil,
apa ada pada nama nama ketuanan Melayu jika sekiranya Melayu merempat di
buminya sendiri.
Jika Melayu benar-benar menjadi tuan
di tanah ini, sudah tentu bukan Melayu telah diasimilasikan menjadi Melayu
seperti mana Siam menyiamkan orang Cina dan orang Indonesia mengindonesiakan
orang Cina.
Tetapi di Malaysia, Cina terus dengan
bentuk dan rupa ketuanan Cina. Begitu juga dengan India. Bukan itu sahaja,
ketuanan mereka juga dijamin dengan mengekalkan sekolah-sekolah berasaskan
bahasa ibunda masing-masing. Malah logo sekolah mereka ada yang sepatah haram
pun bahasa Melayu tidak ada.
Jika ketuanan Melayu mengakarkan sudah
tentu sekolah sekolah vernakular ini akan dihapuskan seperti yang dilakukan
oleh Thailand dan Indonesia. Tetapi ia tidak berlaku. Malah, sekolah berasaskan bangsa ini semakin
bertambah dan mengakar.
Secara tidak langsung, sudah wujud ketuanan Cina dan India
sejak bermulanya penghijrahan, sebab tidak berlaku asimilasi seperti mana yang
dapat dilihat di Thailand dan Indonesia.
Jika diteliti secara mendalam, hari
ini, Melayu langsung tidak menjadi tuan. Tuankah mereka jika semua gedung dan pasaraya
dipunyai oleh bukan Melayu?
Tuankah Melayu jika tanah-tanah
komersial dipunyai orang lain? Tuankah Melayu jika bahasa Melayu sendiri tidak
diutamakan, malah bahasa asing yang mengakar?
Tuankah Melayu, jika jawatan menteri
pembuat dasar seperti undang-undang, ketua hakim, peguam negara disandangkan
oleh bukan Melayu?
Tuankah Melayu jika Melayu hanya
menjadi pekerja bukan taukeh? Tuankah Melayu jika Melayu merempat di bumi
sendiri?
Tuankah Melayu apabila kita lihat
dahulu nama-nama jalan semuanya ada tulisan jawi, hari ini nama-nama jalan
hanya bertulis rumi, ada yang bertulis Cina.
Tuankah Melayu, jika masjid surau hanya
ada sekitar 30 ribu, sedangkan rumah ibadat bukan Islam ada 500 ribu?
Sebenarnya, apa yang tidak sama rata
dan apa tidak saksama?
Terbaharu, kerajaan hari ini sedang berusaha untuk meratifikasi
enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Konvensyen
Antarabangsa Menentang Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini berkaitan
secara langsung tentang kedudukan hak istimewa Islam dan Melayu dalam
perlembagaan.
Jika ICERD ini dilaksanakan, maka Perkara 3 dan
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kedudukan istimewa
diberikan kepada Islam dan bumiputera akan dihapuskan, semua hak menjadi sama
rata sama rasa.
Dalam keadaan yang ada perlindungan, kita sudah tenat.
Bagaimana jika tidak ada perlindungan langsung.
Hanya kerana Raja Melayu itu raja, Perdana Menteri itu
Melayu, adakah cukup untuk mengatakan bahawa kita tidak perlu risau, takkan
Melayu hilang di dunia.
Sesungguhnya Melayu akan hilang, jika
agenda jahat ICERD ini dilaksanakan. Islam hilang daripada jati diri Melayu.
Begitu juga dengan kedudukan ekonomi Melayu.
Adakah Islam begitu rapuh sehingga
kita memerlukan perlindungan? Sebenarnya Islam tidak perlukan perlindungan
perlembagaan jika kita kuat dan bersatu. Tetapi masalah kita lemah, kita
berpecah. Orang lain mengambil kesempatan.
Jika tidak percaya, cuba kalau kita
tukar nama Jalan Yap Ah Loi kepada nama Jalan Abdul Rahman. Atau nama Jalan Patto
kepada nama Siti Kasim. Atau bandar Goh Tong jaya kepada nama Razak Jaya.
Ketika itu apa reaksi ultra kiasu? Tuankah Melayu jika nama-nama yang
pelik-pelik terus mengakar menenggelamkan nama Melayu? Sama-sama kita fikir.
0 comments:
Post a Comment