Bila ultra kiasu dan Melayu jahil bersatu…
Tidak
semena-mena idea Pegawai Pendidikan Daerah (PPD Kuantan) agar semua sekolah di
daerah Kuantan wajib menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar Islam pulang
ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka, menjadi heboh satu
Malaysia, seolah-olah sudah korup isu. Setiap hari hari pemberita akhbar dan
laman web ultra kiasu akan mencari tokoh-tokoh tertentu untuk ditemubual agar
menjadi sensasi.
Niat
busuk hati pemberita tersebut sangat jelas. Mereka tidak mencari yang pro untuk
ditemubual tetapi yang kontra. Jawapannya sudah sedia diketahui. Apakah kita
masih buta melihat bagaimana musuh-musuh Islam ultra kiasu ini? Jahat sungguh
mereka ini.
Paling
kurang pujilah sedikit, kalau tidak banyak, inisiatif orang mengajak orang lain
kepada kebaikan seperti solat berjamaah. Membawa orang dekat dengan Tuhan. Ini
tidak, mereka akan mensensasikan berita ini sehingga yang baik menjadi buruk.
Sedangkan perkara buruk dan jahat mereka sengaja diamkan. Dalam maksud, ultra
kiasu takut orang menjadi baik, tetapi suka tengok orang menjadi jahat atau
liar. Sepatutnya mereka disedarkan, bahawa semakin ramai orang Islam
sembahyang, semakin faham mereka kepada Islam, semakin ramai yang akan menjadi
baik, semakin aman damai negara ini dan juga kehidupan. Tidak kurang, semakin
mereka menghormati hak bukan Islam.
Seperti
yang selalu saya perkatakan, semakin orang Melayu memahami Islam, semakin
tinggi tahap toleransi terhadap bukan Islam. Ini sudah terbukti dalam sejarah,
semakin orang Melayu faham Islam, semakin dekat dengan Allah, semakin mereka
dapat menerima bukan Melayu yang datang berhijrah.
Semua
tahu bahawa niat pegawai pendidikan tersebut amat murni. Sembahyang adalah antara salah satu pengisian
utama dalam membina karektor warga sekolah, khususnya murid agar dapat mencegah
perkara negatif dalam mengharungi dunia yang kian mencabar. Demi kecemerlangan
murid-murid, guru-guru kita meletakkan 5 fokus utama iaitu pembinaan karektor,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir. Untuk itu, setiap
sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah. Pihak sekolah menyasarkan
kira-kira 10 peratus murid lelaki beragama Islam boleh menjadi pemimpin dalam
masyarakat, boleh membaca al-Quran dengan baik, menjadi imam, membaca doa
selamat dan tahlil.
Sepatutnya
ramailah yang memuji. Tidak ada kaitan langsung pun untuk mengIslamkan sekolah
kebangsaan. Malangnya, ultra kiasu Melayu tumpang semangkok. NGO yang kononnya
mewakili ibu bapa yang diketuai oleh Melayu, yang mungkin masih gagap bacaan
Qurannya, turut bersuara. Pergilah mengaji. Jika belum pernah pijak sejadah,
pergi beli sejadah. Atau saya cadangkan bina rumah dekat surau dan masjid
sebagai proses tarbiyyah. Jika kita sendiri gagal untuk mendidik anak-anak untuk
bersolat, sokonglah inisiatif guru-guru untuk galakkan anak orang lain
bersolat.
Jika
difikirkan secara mendalam, kenapa guru-guru hendak bersusah payah menjaga anak
orang supaya bersolat. Lantaklah. Tetapi inilah guru. Kadangkala terlebih jaga
anak orang, sehingga terlepas pandang anak sendiri.
Sepatutnya
NGO yang diketuainya berbincang dengan pihak sekolah atau sekurang-kurang bertindak
seperti NGO lain, menyokong inisiatif tersebut seperti Perikatan Wanita
Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), yang
percaya inisiatif ibadah berkumpulan dapat melahirkan sifat kepimpinan dalam
kalangan pelajar Islam, dan dalam jangka masa panjang, pelajar sendiri dapat
menjadi pembimbing rakan sebaya.
Ini
tidak, sedap-sedap saja dia menyarankan ibu bapa supaya menghantar anak-anak
yang mahukan disiplin sedemikian ke sekolah agama atau tahfiz yang lebih khusus
dan berkemahiran. Jika begitu keadaan, tidak perlulah kakitangan kerajaan
diberikan kefahaman Islam. Biarkan kakitangan Jakim dan pejabat agama sahaja
yang faham Islam. Orang lain biarkan jahil termasuk yang bercakap banyak dalam
soal ini. Bagi yang faham, kita menganggap ini fardu kifayah. Tanggungjawab
yang akan dipersoalkan Allah s.w.t. Sebab itulah Jakim meletakkan pegawai
agamanya di setiap kementerian.
Apakah
kerana terlalu nak meraikan bukan Islam yang terlalu minoriti di sekolah
kebangsaan maka kita terpaksa korban identiti dan prinsip kebangsaan? Apakah
sekolah kebangsaan bertujuan untuk melahirkan anak-anak yang tidak kuat agama
atau jahil agama? Bacalah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Sekolah
agama hari ini boleh dikatakan semuanya bersifat bersepadu. Tidak mengajar
subjek agama sepenuhnya. Begitu juga dengan sekolah tahfiz. Ini bukan sekolah
agama dan tahfiz dalam tok kaduk dahulu. Walaupun tidak dinafikan ada sekolah
agama bercorak sedemikian.
Ini bukan
sekolah mana yang perlu dia belajar, tetapi soal pembangunan insan. Melahirkan
pelajar yang seimbang jasmani dan rohani selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Tatkala ibubapa gagal menyembahyangkan anaknya, tidakkah lebih baik ia dapat melatih dirinya di sekolah
dengan inisiatif guru-guru.
Paling
menyedihkan apabila ultra kiasu menemubual bekas timbalan menteri pendidikan tinggi, yang meminta dasar dikaji untuk melihat jika
ia akan mendorong lebih ramai ibu bapa bukan Islam dan sesetengah ibu bapa
Melayu menghantar anak ke sekolah lain kerana khuatir sekolah kebangsaan
semakin menjadi sekolah agama. Persoalan saya, sejak bila bukan Melayu
menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan apabila diberi pilihan sekolah
vernakular? Pernah dibuat kajian? Janganlah buat andaian? Buruk sangat pemimpin
seperti ini.
Pemimpin
MCA berkata, sekolah kebangsaan berjaya menarik ramai murid bukan Melayu dan
lebih baik jika fokus ditumpukan kepada pendidikan, bukannya agama sebagai
tugas dan tanggungjawab utama sekolah. Sejak bila aliran kebangsaan berjaya
menarik perhatian bukan Melayu terutama orang Cina. Bila orang politik
bercakap, cakap ikut sedap mulut. Bukan buat kajian pun. Rata-rata keluarga
Cina menghantar anak mereka ke SJKC. Jika ada pun menghantar ke sekolah
kebangsaan, hanya 10 peratus sahaja.
Saya
pelik dengan pemimpin ultra kiasu ini. Bila dicadangkan sekolah satu aliran.
Sibuk mempertahankan SJKC. Bila kita mahukan supaya pelajar Islam diwajibkan
berjemaah, dia kata ini akan menjadikan bukan Melayu takut untuk ke sekolah
kebangsaan. Sedangkan sebenarnya tidak ada pun yang dihantar ke sekolah
kebangsaan, kecuali di sekolah menengah disebabkan oleh sekolah menengah aliran
vernacular tidak banyak. Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya utarakan
agar para pembaca faham, apa sebenarnya pelabelan ultra kiasu yang selama ini
saya lakukan.
Lagipun,
solat berjmaah ini hanya untuk pelajar Islam. Tiada kaitan langsung pun dengan
pelajar bukan Islam. Mereka boleh teruskan kerja mereka sebagai pelajar. Peliknya,
pemimpin ultra kiasu ini panas punggung pasal apa? Kenapa mahu campurtangan
dalam hal ehwal orang Islam. Kecualilah sekolah tersebut mahukan pelajar bukan
Islam turut serta sembahyang berjamaah bersama. Sama juga ketika berdoa. Ketika
pelajar Islam berdoa, pelajar bukan Islam berdoalah mengikut cara
masing-masing. Siapa suruh angkat tangan. Bacaan doa ini tidak salah kerana ia
selari dengan perlembagaan persekutuan yang mendaulatkan Islam sebagai agama
persekutuan.
Justeru,
sebelum pemimpun ultra kiasu Melayu memberikan komen, fikir dahulu apa tujuan
solat dan fadhilat solat berjamaah. Jika jahil lebih baik diam sahaja. Mewajibkan
solat berjamaah itu satu langkah yang baik. Solat berjamaah bukan solat
semata-mata
Pertama,
memastikan yang tidak pernah solat, sekurang-kurang bila diwajibkan solat
berjamaah, sekurang-kurang kaki mengijak sejadah. Selama ini mungkin dia tidak
pernah sembahyang di rumah, disebabkan adanya ibu bapa seperti NGO tersebut.
Dengan mewajibkan solat berjamaah, sekurang-kurang sekali sehari, pelajar kita
tunduk sujud pada Allah yang selama ini tidak pernah dilakukan di rumah.
Kedua, solat
dan solat berjamaah adalah proses tarbiyyah manusia. Jangan lihat solat
berjamaah sekadar solat semata-mata. Dari sudut psikologi, solat dapat mendidik
jiwa. Solat dapat mencegah diri daripada perbuatan mungkar. Melahirkan insan
takut kepada Tuhan dan berakhlak mulia. Ya, benar… ada yang bersolat tetapi
juga melakukan mungkar. Tetapi bilangannya agar minoriti. Sama juga isu
segelintir paderi yang terlibat dalam skandal seks.
Ketiga,
solat berjamaaah adalah soal latihan kepemimpinan. Dengan menjadi imam, secara
tidak langsung melatih pelajar menjadi pemimpin yang berani dan berilmu. Untuk
menjadi seseorang imam, pelajar tersebut mesti tahu surah wajib dan doa
ringkas yang perlu dibaca. Dengan
mewajibkan pelajar ini solat berjamaah secara tidak langsung ia akan mengambil
inisiatif untuk mempertingkatkan dirinya. Yang mungkin selama ini dia tidak
pernah sembahyang berjamaah di rumah, kerana mendapat ibu bapa seperti yang
mereka menentang tidak melakukan amalan tersebut.
Keempat,
arahan yang dikeluarkan hanya untuk pelajar Islam. Tidak perlulah bukan Islam
menyibuk. Ketika umat Islam berpuasa, pernahkah kita suruh pelajar bukan Islam
turut berpuasa di sekolah? Kenapa ketika itu, NGO ultra kiasu tersebut tidak
mengeluarkan kenyataan supaya pelajar Islam tidak perlu berpuasa kerana dengan
berpuasa, ia akan mengislamkan sekolah tersebut. Pelajar bukan Islam akan takut
ke sekolah. Biarkan puasa hanya berlaku di sekolah agama dan tahfiz sahaja.
Mereka yang menentang ini puasa ke atau tidak?
Kelima, kadangkala
jika nak melaksanakan sesuatu kebaikan, ia tidak boleh dijadikan pilihan. Ia
wajib diinstitusikan atau dijadikan undang-undang. Kita tidak paksa bukan Islam
masuk Islam, tetapi bila sudah masuk, kenalah patuh kepada undang-undang Islam.
Sama juga seperti undang-undang jalan raya. Misalnya, undang-undang jalan lampu
isyarat. Ia tidak boleh dijadikan pilihan tetapi mesti dikuatkuasakan. Baharu
kita boleh mendisiplin pemandu jalan raya agar tidak berlaku kemalangan.
Keenam,
kerana hendak menjaga hati orang Islam, banyak upacara dan perayaan orang Cina
dan India turut disambut di sekolah aliran kebangsaan, seperti pesta kuih
bulan, pesta tanglung, pesta ponggal dan banyak lagi pesta mereka. Orang Islam
(Melayu) langsung tidak bising sambutan tersebut akan mengtanglungkan atau
mengponggalkan orang Melayu. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Apabila kita
umat Islam nak buat sesuatu yang dilihat islamik, semua tidak boleh kerana akan
berlaku proses pengislaman dan tidak menarik bukan Melayu ke sekolah. Apabila
mereka berada di sekolah kebangsaan, berlaku proses pencinaan dan pengindiaan,
orang Melayu tidak pula bising. Lebih pelik lagi wartawan ultra kiasu ini tidak
pula mensensasikan berita-berita seperti ini. Budaya dan cara hidup mereka
boleh menular dalam sebuah negara Islam, manakala cara hidup Islam dalam sebuah
negara Islam tidak boleh dan perlu disekat. Pemikiran rimba apakah ini? Banyak
lagi yang boleh disenaraikan, cukup sekadar ini dahulu.
Saya amat
yakin, majoriti ibu bapa bersetuju
mewajibkan isu solat berjamaah ini dalam kalangan pelajar Islam. Yang
tidak bersetuju ini hanya minoriti, yang tidak ada pengikut, tetapi mereka ini
mempunyai payung besar. Kita tahu siapa yang memayung mereka dan orang besar di
belakangnya. Justeru, tidak perlulah dilayan. Teruskan sahaja. Yang
membimbangkan saya ultra kiasu yang
menentang ini, mereka juga terlibat dalam gerakan liberal dan tergolong dalam
kalangan pengikut yang bersolat mengikut getaran hati. Hati-hatilah.
0 comments:
Post a Comment