Mutakhir ini, media
ultra kiasu tidak putus-putus mencari dan menemubual pembesar (menteri atau bekas) dan anaknya,
pegawai tinggi kerajaan atau bekas, guru
besar dan lain-lain yang liberal bagi melunaskan agenda jahat mereka. Publisiti
diberikan secara meluas. Selepas itu, mereka akan dijemput berceramah, seperti
kumpulan jahil itu.
Malaysia tidak tergugat
dengan orang sebegini. Semakin banyak mereka bercakap, semakin terserlahlah kebodohannya.
Kumpulan ini tidak ramai pengikut. Tetapi dicanangkan seperti ramai. Sama
seperti Amanah. Kita kenal dan tahu siapa mereka. Lainlah kalau mereka ini alim
dan berintegriti tinggi sejak awal lagi. Harapkan gelaran dan jawatan sahaja
tinggi.
Orang sebegini telah
mati hatinya. Mereka hanya fikirkan untuk melunaskan nafsu mereka. Agenda
negara tidak dipedulikan. Kerana kuasa, manusia sanggup lakukan apa sahaja.
Termasuk menggadaikan maruah agama dan bangsa. Politik, adalah sesuatu serba
mungkin.
Saya harap umat Islam
yang lain tidak tertipu. Agenda negara dan perlembagaan negara mesti
dipertahankan mestipun nyawa menjadi taruhan.
Tidak semesti seseorang
pemimpin, atau mereka yang bergelar atau anak-anak mereka itu baik. Boleh
diikuti atau didengari atau dijadikan contoh teladan. Bapanya borek tidak
semestinya anak rintik. Kadang kala si bapa begitu baik, anak jadi malaun. Bapa
Pak Imam, anak macam pelesit.
Terbaharu, mereka
mahukan akaun JAKIM diaudit. Betapa jahilnya mereka yang pernah menjadi
penjawat awam jika tidak tahu bahawa setiap agensi kerajaan akan diaudit setiap
tahun.
Jika suka sangat
membela anjing, tidak perlulah paksa orang lain atau galakkan mereka bela
anjing. Sendiri mainlah dengan anjing. Saya tidak menghukumkan membela anjing
itu haram. Tetapi memahami budaya Melayu, mereka agak elergi dengan binatang
ini. Maka, saya hormat pendirian itu.
Kita bukan mahu mencari
kesalahan umat Islam, tetapi melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar adalah
wajib. Bawa orang jadi baik, cegah mereka buat jahat. Beberapa kali saya
ingatkan kumpulan jahil ini, jika masih gagap baca Quran, bertanya kepada yang
pakar. Jangan tafsir ikut sedap mulut. Gelaran, pangkat yang ada, tidak akan
ditanya malaikat apabila ke kubur nanti.
Membandingkan kedudukan
Islam zaman Tunku Abdul Rahman dengan hari ini sudah tentu tidak wajar. Dunia
sudah berubah. Memartabatkan Islam, tidak ada kaitan dengan Arabisation. Inilah
adalah tanggungjawab setiap Muslim, kecuali mereka yang jahil.
Berapa ramai umat Islam
yang buta al-Quran telah dicelikkan melalui JAKIM? Adakah mereka ini menyertai
ISIS? Mungkin kumpulan jahil ini belum masuk kelas JAKIM. Masuklah! Yakinlah!
Apa jua yang dilakukan untuk memartabatkan oleh JAKIM dan Institusi Islam yang
lain tidak akan menjadi Malaysia Arabisation. Pemahaman Islam kita berbeza
dengan negara lain, kecuali mereka yang Syiah dan ekstremis.
Kumpulan ini menyoal
pada zaman Tunku, ada orang minum wiski atau arak, tetapi pemahaman Islam
mereka tetap baik. Persoalannya, apakah kita perlu minum arak sama bagi
menunjukkan keliberalan kita? Selaku NYDP PERKIM, kehebatan Tunku adalah, dia
memujuk dan mengajak bukan Islam masuk Islam, sehingga ada dua tiga orang
menteri kabinet memeluk Islam. Kita hari ini bagaimana? Adakah pendekatan
mengajak dibuat walaupun kononnya kita lebih baik?
Apakah kita mahu
berhujah, orang minum wiski itu lebih baik dari orang agama? Apa salahnya kita menekankan
lebih kepada atau bercakap bahasa Arab kerana ia Bahasa al-Quran? Jangan kerana
kita jahil Bahasa Arab atau negara Arab kurang maju, maka Arab itu tidak baik.
Pada saya bahasa kedua selepas BM, sepatutnya bahasa Arab, diikuti BI dan
lain-lan bahasa ibunda, barulah Wasatiyyah.
Cendekiawan barat (Inggeris)
sanggup mentelaah kitab bahasa Arab untuk mengorek permata yang pernah
ditinggalkan oleh cendekiawan Islam zaman lampau. Kenapa hari ini kita terlalu
mendewakan BI, sehingga buta al- Quran?
Saya tidak pernah
hairan dengan kumpulan jahil ini walaupun mereka bekas pemimpin besar kerajaan.
Harapkan nama sahaja Islamik. Satu hari nanti bila mereka mati, kita nak
tengok, mereka cari siapa? Apakah mereka akan mencari Pak Imam atau tidak? Atau
mungkin mayatnya bangun dan menguburkan diri sendiri.
Terbaharu, pemimpin negara
India mengeluarkan kenyataan tegas akan menapis adegan cumbu ‘spectre’, filem terkini
James Bond. Saya belum pernah mendengar kenyataan begitu begitu daripada badan
penapis filem negara kita. Adakah ini Arabisation? Kenapa dunia diam? Bila
negara Islam dibom saban hari, dunia senyap sepi. Bila negara liberal dibom,
satu dunia bising? Di manakah keadilan?
Saya kagum dengan
jurutera, Kishva Ambigapathy, anak Malaysia yang dipilih menerajui Majlis Belia
Komenwel (CYC) 2015-17 di Malta. Beliau memakai baju Melayu ketika berada dalam
majlis tersebut. Inilah anak Malaysia yang perlu ada di negara bertuah. Pada
mereka yang tidak ada semangat seperti ini, kata-kata balik Tongsan ada
betulnya.
2 comments:
Thank you Prof. Its a wonderful opinion. Keep it up
"Kumpulan ini menyoal pada zaman Tunku, ada orang minum wiski atau arak, tetapi pemahaman Islam mereka tetap baik." Jika mereka mahu kembali seperti di zaman Tunku yang hampir setengah abad yang lalu mengapa mereka tidak mahu kembali ke zaman yang lagi lama, lebih 14 abad yang lalu? Waktu tu arak secara mutlak diharamkan dan pemahaman Islam pada waktu tu lagi sangat-sangat baik.
Lagi satu berkenaan Jakim; salah satu peranannya adalah mengeluarkan persijilan halal. Hasilnya banyak restoran yang telah disahkan halal mempunyai logo halal yang ditampal di luar premis. Orang Islam boleh makan di situ dengan yakinnya. Persoalannya, adalah golongan liberal ni mahu makan di restoran yang menampal sendiri "ditanggung halal", "ditangkung halal", "tiada babi" dan sebagainya? Adakah mereka main sebat sahaja makan di tempat-tempat macam tu? Arak nak minum, makanan bercampur unsur babi nak makan?
Post a Comment