(Sinar Harian 30.11.15)
Kedudukan
Islam, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu (bumiputera) dan hak istimewanya serta Bahasa
Melayu (BM), sudah muktamad dan dimaktubkan dalam perlembagaan. Kenapa perlu
dibangkitkan lagi? Ke mana arah negara ini hendak dibawa. Apakah tidak perlu
ada langsung identiti? Malang sungguh negara ini yang asal-usul berasaskan
sistem kenegaraan Melayu, identiti hilang begitu sahaja, disebabkan oleh
tangan-tangan jahat.
Akhirnya,
kita rugi, ultra kiasu untung besar dan menjadi semakin bongkak. Ruang dan
peluang digunakan oleh ultra kiasu dalam psywar dan psyop mereka secara
strategik dan terancang. Wakil-wakil mereka berada merata tempat, dalam
kerajaan, luar kerajaan.
Lihatlah
bagaimana mereka memanipulasikan isu JAKIM, BM vs Bahasa Inggeris (BI),
sehinggakan negara ini seolah-olah tidak ada perlembagaan. Apa sudah jadi
dengan Melayu?
Justeru,
bangunlah wahai umatku, sekat kemaraan ultra kiasu ini sebelum terlambat. Pertamanya,
jika mereka berkuasa nanti, jawatan-jawatan penting akan dibolot adalah
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Kerja Raya, Menteri
Kesihatan, Menteri Luar dan lain-lain kementerian strategik. Segala polisi
mereka yang tentukan seperti Pulau Pinang.
Kedua,
negara ini akan menjadi semakin sekular. Akan bermaharajalelalah segara
kemungkaran dan kemaksiatan. Arak, judi, kelab malam, rumah pelacuran, LGBT dan
lain-lain akan berleluasa.
Ketiga,
kebanyakan agensi Islam yang sedangkan beroperasi seperti JAKIM, YADIM, Jabatan
Agama dan lain-lain berkaitan dengan Islam tidak mustahil akan ditutup.
Keempat,
peruntukan sekolah-sekolah agama akan dikurangkan. Begitu juga dengan masjid
dan surau. Akan melambaklah lagi rumah ibadat bukan Islam dikatakan masih tidak
cukup, walaupun di kawasan yang sangat minoriti.
Kelima,
lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaaan, Sekolah Persendirian dan Sekolah Antarabangsa
akan dibina. UEC diiktiraf tanpa syarat. Mereka akan masuk dalam semua
perkhidmatan kerajaan, meskipun gagal BM. Ketika itu, orang Melayu menggigit
jari.
Keenam,
mereka akan berpakat dengan ultra kiasu negara jiran, untuk menghenyak orang
Melayu agar tidak boleh bangun lagi.
Ketujuh,
BM akan pupus, kerana bagi mereka tidak penting. BI dan bahasa ibunda sahaja
yang penting. Lihatlah kenyataan ultra kiasu Sarawak dalam Parlimen.
Kelapan,
ultra kiasu akan terus membina banyak rumah sehingga tidak mampu dibeli oleh
orang Melayu. Jika adapun yang mampu, Melayu mengambil keputusan berhijrah.
Kerana memang budaya Melayu tidak tahan tinggal bersama ultra kiasu. Lihatlah
taman perumahan hari ini, berapa ramai Melayu yang ada daya tahan tinggal di sana.
Banyak
lagi faktor lain. Justeru, negara tercinta ini mesti dielakkan daripada jatuh
kepada mereka. Ingatlah, Melayu hanya ada 50 peratus, pecah tiga, empat, dan
tidak mustahil berpuluh kumpulan, berbanding dengan ultra kiasu yang sangat
bersatu hati. Saya memuji ada yang tidak ultra kiasu yang bangun menentang
keputusan mereka di DUN Pulau Pinang.
Inilah warganegara yang perlu diperbanyakkan, tidak terlalu kiasu.
Melayu
mesti bersatu. Ya, sukar menyatukan Melayu. Tetapi Melayu mesti pandai MENGURUS PERBEZAAN. Pada saya, politik
Pas, Umno dan segelintir Melayu PKR, mutakhir ini semakin matang. Kenal siapa
kawan dan lawan. Perkara ini juga hendaklah berlaku dalam jabatan kerajaan dan
NGO Melayu. Bila saya sebut Melayu itu bermaknanya orang Islamlah. Jangan tuduh
saya lebih Melayu dari Melayu. Tidakkah kita mengambil iktibar bagaimana
kedutaan Amerika mengumpul orang-orang tertentu berjumpa Obama?
Lawan
sebenar kita adalah ultra kiasu. Saya tidak merujuk ultra kiasu ini kepada orang
Cina. Tetapi kepada mereka yang mahu menghancurkan Melayu dan Islam, dan
perkara berkaitan dengannya seperti yang para satu artikel ini.
Saya tabik Menteri
Komunikasi dan Multimedia yang begitu berani mempertahankan kedudukan BM
sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. BM merupakan bahasa penyatuan rakyat
pelbagai kaum di Sabah dan menjadi bahasa lingua franca masyarakat majmuk
negeri ini sejak awal kemerdekaan. Sabah berada di jalan yang betul dalam
memartabatkan BM tanpa meminggirkan BI. Inilah sifat negarawan sebenar. Layak
menjadi PM pada masa akan datang.
Peranan bahasa tidak
hanya boleh dilihat dari sudut bisnes atau nilai komersial semata. Tetapi ianya
hendaklah disebagai warisan khazanah tamadun sesuatu bangsa. Jika negara tidak
maju, bukan salah bahasa, tetapi sikap Melayu yang tidak mahu berubah.
Saya tidak pernah dengar
pemimpin besar dunia seperti China, Jepun, Turki, Korea dan lain-lain, ketika berucap
di PBB menggunakan BI, melainkan dalam bahasa kebangsaan mereka. Mereka berjaya
menjadikan bangsa dan bahasa mereka penting, berdarjat dan bermaruah. Bait-bait
kata ibarat mutiara mesti didengari dan ketahui. Siapa yang menterjemahkan
bahasa mereka di PBB?
Bangsa lain tidak perlu
gusar dengan bahasa ibunda mereka, kerana negara bangsa China dan India akan
terus wujud. Tetapi jika BM pupus, maka akan pupuslah Melayu itu. Sebab itu,
slogan bahasa jiwa bangsa, bukan perkara main-main, tetapi amat serius.
4 comments:
Orang gila kah pa hang? Ni pi masuk gua lah. Duk mencemarkan imej islam ja.
SPR patut sentiasa kemaskini trend pengundi baharu daftar di DUN mana, pengundi yang bertukar alamat dari DUN asal ke DUN baharu yang mana. SPR juga patut bangkitkan jumlah luarbiasa pengundi dalam satu-satu alamat.
Dari situ boleh didedahkan strategi ultrakiasu untuk menambah bilangan kerusi DUN atau parlimen demi tamakkan kuasa yang akan menentukan survival Melayu dan Islam dalam PRU yang akan datang.
Paling penting, nak jadi negara maju kena laksanakan biometrik dlm PRU lepas ni. Dah la isu pelancong hilang tak selesai. Sepatutnya orang mati wajib didaftar supaya identitinya tidak disalahguna untuk pihak lain mengundi.
Semua perkara berkaitan perlu diselesaikan oleh pihak berwajib termasuk melumpuhkan ekonomi hitam menjelang PRU 14!
assalam. SBR - Saya Bersama RidhuanT - apabila hati menjadi ikhlas - saybas tuan ridhuan tee saya tahu tuan buat buat begini bukan utk nama ttpi hati yg ikhlas dlm diri tuan membuatkan tuan x dapat berdiam diri dan terpanggil sbg satu jihad utk agama islam & kedaulatan tuan kpd tanah melayu ini.ALLAH BLESS U..sedangkn setengah Melayu Islam yg separuh masak tidak pula berfikiran sebegini..apakah jenis hati & pemikiran yg sedang dianutinya..aku juga insan biasa.
Tuan Dr.,
Bumi ini dijajah selama beratus tahun secara silih berganti oleh kuasa-kuasa luar ada kaitan dengan perkataan ini: "biaqpilah"? Dalam konteks perkara yang tuan Dr ketengahkan ini, saya sangat bersetuju kalau "biaqpilah" dijadikan pendirian, tidak hairan kalau kepupusan Babylon, Atlantis, Angkor Wat bukanlah kepupusan yang terakhir. Tanah Melayu bertuah kerana apa yang penduduk asalnya tidak kisah atau ambil pusing tetapi masih ada orang lain seperti tuan Dr Chee Tuan Seng Abdullah yang tolong ambil kisah dan ambil pusing. Cumanya sampai bila penduduk asal Tanah Melayu harus "membiaqpilah" hal-hal berkait rapat dengan survivaliti sendiri. Atau sememangnya Tanah ini bakal berakhir seperti Pulau Temasek.
Post a Comment