(SH 2 November 2015)
Saya
tertarik untuk mengulas kenyataan PM minggu lalu, hanya pendekatan wasatiyyah
dapat membendung liberalisme dan ekstremisme. Menurut Profesor Kamal
Hasan, wasatiyyah mengandungi tiga unsur iaitu adil, cemerlang dan seimbang. Adil
bermakna tidak memihak kepada sesiapa selain kebenaran, cemerlang dalam
pelbagai bidang, dan seimbang seperti yang ditunjukkan Nabi. Tidak melampau
dalam pengamalan agama. Misalnya, Nabi
puasa dan berbuka, solat dan tidur, berkahwin dan lain-lain.
Ketika menyampaikan syarahan di UniSZA, beliau
berkata; Islam adalah agama sederhana yang terletak antara ekstremisme (sikap
melampau) dan rendah akhlak (laxity). Ia tidak menganjurkan pengganasan dan
tidak pula kelekaan, sebaliknya agama yang menekankan perdamaian dan keamanan
(salam), toleransi dan menghormati hak agama lain. Bersumberkan Al-Quran dan
Sunah.
Menurutnya lagi, berimbang
dalam pelbagai aspek kehidupan seperti, menegakkan keadilan dan membuat
kebaikan. Tidak kikir dan tidak boros dan membazir. Tidak sombong dan riyak.
Menjaga hubungan baik dengan semua orang (agama). Membela dengan bersebab.
Menerima hak penganut lain mengamalkan agama. Pelbagai akhlak dan sikap santun
seperti yang dipaparkan Nabi (seperti berdiri menghormati mayat Yahudi). Masyarakat
Melayu-Islam di rantau ini telah memaparkan wasatiyyah dan toleransi.
Saya amat bersetuju dengan
kenyataan ini. Apatah lagi jika dikaitkan tolerasi orang Melayu-Islam dengan
bukan Islam. Rumah ibarat bukan Islam sepuluh kali ganda bilangan masjid surau,
meskipun Islam agama persekutuan. Patung-patung dan gereja yang ada, adalah
antara yang tertinggi dan terbesar di dunia, seperti boleh kita dilihat di Kuala
Lumpur, Selangor dan Kelantan, walaupun penganutnya tidak ramai. Selain itu,
kita dapat lihat juga seni bina masjid Cina berbentuk pagoda yang diperjuangkan
oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia.
Dalam banyak kes di
mahkamah melibatkan ketegangan agama seperti perebutan mayat, hak penjagaan
anak dan sebagainya, umat Islam akan mengalah apabila mahkamah membuat
keputusan. Jika ada yang masih berkeras, itu kes terpencil. Pokoknya, umat
Islam tidak akan merusuh seperti yang berlaku di negara lain.
Janganlah bandingkan dengan
tindakan taliban yang memusnahkan patung Buddha di Afghanistan. Mungkin mereka
berpandangan, buat apa lagi patung itu, jika penganutnya hampir tiada. Agama
ini untuk diamalkan, bukan dimuziumkan.
Buktikan, contoh-contoh
keganasan yang dilakukan oleh umat Islam. Jika adapun, ia adalah respon kepada
ketidakadilan dunia yang sedang memerangi dan menindas umat Islam. Apakah wajar
umat Islam Palestin diganyang sewenang-wenangnya tanpa ada senjata. Peperangan
yang gentlement adalah peperangan yang melibatkan kekuatan persenjataan
masing-masing.
Cuba buat perbandingan
antara minoriti bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam dengan minoriti
Islam tinggal dalam negara bukan Islam. Siapakah yang lebih mendapat keuntungan
dan nikmat keamanan? Jangan pergi jauh, lihat sahaja wasatiyyah di Malaysia.
Hampir keseluruhan kekayaan negara ini milik bukan Islam. Masih perlukah kita
menganjurkan seminar wasatiyyah bagi menunjukkan Islam agama sederhana?
Lihat kehebatan Salahuddin
al-Ayubi, bagaimana tentera bukan Islam yang cedera turut berikan rawatan,
walaupun mereka kalah dalam peperangan. Berbanding sebelum itu, apabila tentera
Islam kalah, bukan sahaja mereka dibunuh, malah umat Islam yang masih hidup
yang mahu tinggal di sana, turut diuji keIslamannya. Ada yang dipaksa makan
babi, bagi membuktikan bahawa keIslamannya telah cair. Sebahagian cerita ini
telah didokumenkan oleh produser barat sendiri dalam filem Kingdom of Heaven.
Tontonilah.
Inilah pendekatan yang telah
dibawa oleh pemimpin hari ini, tetapi malang ultra kiasu telah memanipulasikan
semua kebaikan yang diberikan. Beri betis nak peha. Keadaan ini juga yang
menyebabkan saya terpaksa melabelkan kumpulan ini. Jika tidak, buat apa mencari
susah dalam hidup ini. Saban hari mendengar caci maki orang. Sebagai insan
kerdil, idealnya saya tidak mahu mencari musuh.
Cabaran besar hari ini
adalah bagaimana mahu melahirkan pemimpin politik yang berilmu, mahir dalam
selok-belok sosio-ekonomi dan politik. Segala kerosakan yang berlaku adalah disebabkan
pemimpin politik, bukan rakyat. Terutama yang bertindak dan mengeluarkan
kenyataan yang tidak menampakkan kematangan dalam berpolitik. Dapat kuasa lupa
diri.
Amat sedih sekali mendengar
kata-kata bekas menteri, umat Islam hari ini hanya sensitif soal arak, tetapi
tidak dalam isu korupsi. Untuk makluman pemimpin jahil tersebut, kami sensitif
dalam semua perkara. Jangan kerana kita suka minum arak, maka kita mahu cover
dengan 1MDB. Perkara ini masih lagi dalam siasatan. Kebenaran pasti akan
terbongkar. Sabarlah dahulu. Ini tidak, bila sudah tidak berjawatan, bukan main
lantang lagi. Ketika berjawatan, kenapa menikus?
Saya harap pemimpin
sebegini, belajar Islam sebagai ajaran rahmatan lilalamin. Jika jahil dan gagap
baca Quran, pergilah mengaji dan bertanya kepada orang lain. Islam bukan
setakat hafal rukun iman dan rukun Islam, tetapi sebagai way of life, ada
keseimbangan dunia dan akhirat, menjaga hubungan Islam – bukan Islam. Kajilah.
3 comments:
Dr Redhuan,
Saya ada sedikit perkara yang mahu dikongsikan. Ianya ada begini. Dari semasa ke semasa ada saja pihak yang secara sinis memperkatakan/menulis tentang kemampuan umah mengikuti dan mematuhi ajaran agamawan. Ada yang ikut rela, ada yang ikut terpaksa, ada yang tidak ikut dan ada yang berdepan ikut tetapi belakang tinggal (hipokrit).
Dari situ akan ditimbulkan isu dan persoalan. Secara tersuratnya mereka persoalkan kenapa jadi begitu? Secara tersiratnya, gagalkah apa yang di sampaikan dan seterusnya apa yang mahu di capai itu? Akhirnya kalau semua itu tidak tercapai sepenuhnya, jari mereka seolah-olah menuding ke arah agama dan agamawan itu sendiri. Soalan saya ialah bagaimanakah umat terbanyak akan respons terhadap tulisan dari pihak yang sesinis itu?
RD
Mr anti-apartheid was imprisoned for many decades and for sure he would have had so many complains. Who cares? Retrospectively, what would this body do to help Mr anti-apartheid secured the best possible treatment from the white who imprisoned him? This is just one example. What about Saddam? Where were they when Saddam did not get his rights?
Wasatiyah Islam sebenar adalah berdasarkan pegagangan ASWJ-Asha'irah/Maturidiyah/Salaf.
Tidak bermudah mudah mengkafirkan, memurtadkan, mensyirikkan atau membid'ahkan org lain, dan tidak juga bermudah mudah menghalalkan apa yg haram, berhukum ikut kepala sendiri, dan berhati hati dgn yg syubhah.
WaAllahu'alam.
Post a Comment