Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 14, 2015

Jika jahil bertanyalah pakar

10:01 AM Posted by RIDHUAN TEE 4 comments
SETIAP daripada kita ada kepakaran masing-masing, mengikut jurusan yang dipelajari ketika di universiti. Seperti saya, pengkhususan dalam bidang sains politik. Sebab itu, saya banyak menulis mengenai isu-isu politik dan semasa.
Itu bukan bermakna, saya jahil dalam Islam. Jika tidak, apa erti saya memeluk Islam. Lagipun, ALLAH tidak sebut pula syurga itu, hanya untuk orang agama, tetapi untuk orang yang beriman dan bertakwa. Pendek kata, Islam ini untuk semua orang (manusia). Terpulang, sama ada nak masuk atau tidak.
Namun, bukan semua orang boleh bercakap pasal agama. Jika saya tidak tahu, maka saya akan merujuk kepada orang agama, kerana mereka pakar dan faham al-Quran dan hadis. Saya perlu merujuk mereka, kerana saya bukan pakar.  
Budaya ilmu sebegini seolah-olah tidak berlaku hari ini. Terlalu ramai mahu menjadi pakar. Dialah pakar dalam semua bidang, termasuk dalam bidang agama, meskipun sepatah ayat Quran tidak difahami.
Terbaharu, kenyataan kumpulan jahil yang diketuai oleh wanita gondol mengenai undang-undang khalwat. Kenyataan mereka semakin lama, semakin menyesatkan. Peliknya, perkara batil dan jahat tidak pula dibantah. Orang mahu menjadi baik, menjadikan dia marah.
Kumpulan ini amat bahaya jika dibiarkan berleluasa, kerana dia boleh menyesatkan manusia. Justeru, kita perlu mengenali ciri-ciri yang ada pada mereka.  
Antara cirinya adalah, pertama, yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar. Mereka bermati-matian mempertahankan pendapatnya yang disangka betul, walhal batil. Ingatan Nabi; sebahagian tanda-tanda hampirnya hari kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membawa) dan sedikit antara yang mengerti agama, banyak umarak (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang (Riwayat Thabrani).
Kedua, si jahil ini dengan mudah mengutuk ulama jika pendapat ulama itu tidak mengikut nafsu dan ideologi mereka. Sedangkan, ulama mengeluarkan pendapat bersandarkan al-Quran dan Sunnah, si jahil ini menggunakan logik akal, malah ada mereka yang tidak boleh membaca al-Quran.
Saya tidak kata semua ulama itu betul dan kita perlu taksub kepada mereka. Tetapi itulah bidang kepakaran mereka, maka rujuklah jika ada ilmu yang bukan dalam bidang kepakaran kita.
Ketiga, si jahil ini begitu mudah membela orang jahil, daripada mereka yang berilmu. Jarang kita dengar kenyataan mereka menentang hak asasi manusia, seperti LGBT. Kerap kali mereka mengutuk ulama dan menghina undang-undang Islam.
Hari ini mereka mahu menghalalkan khalwat, katanya ia urusan peribadi. Adakah mereka selama ini suka dan tidak melarang anak-anak mereka berkhalwat? Jangan tersalah faham makna khalwat yang bersifat baik, mendekatkan diri dengan ALLAH.
Keempat, si jahil ini banyak terpengaruh dengan ajaran sesat seperti illuminati dan freemason, perosak agama. Kumpulan ini mempercayai kepada satu kuasa yang mereka puja. Kuasa itulah yang mereka kenali sebagai ‘tuhan atau god’. Tuhan yang mereka kenali sebagai the all seeing-eye, Mata yang dapat melihat segala sesuatu.
Itulah mata satu yang selalu digunakan. Simbol ini terdapat pada wang kertas Amerika, USD1. Ajaran ini tidak percaya kepada agama, lebih kepada membawa manusia menyembah syaitan. Kumpulan ini amat berbahaya jika mereka menguasai media elektronik.
Kelima, hanya mengambil petikan al-Quran yang berpihak kepada mereka. Walaupun ada yang boleh membaca al-Quran, mereka akan memilih-milih ayat-ayat al-Quran tertentu bagi menjustifikasikan tindakan. Misalnya, pada mereka wanita tidak wajib menutup kepala. Sebab itu, ramai yang gondol. Tidak mustahil golongan solat hanya menggunakan niat sahaja.  
Keenam, percaya kepada undang-undang manusia lebih daripada undang-undang ALLAH. Kumpulan ini lebih berbangga dengan perlembagaan penjajah daripada al-Quran dan Sunnah. Sumber ini akan diperlekeh dan sesiapa yang mengikutinya akan menjadi mundur dan Arabisation.
Akibatnya, jika si jahil ini berleluasa, maksiat akan turut bermaharajalela. Maka, akan berpestalah maksiat. Tidak ada lagi yang peduli dengan orang hal lain. Jaga tepi kain sendiri, jangan jaga tepi kain orang.
Lanjutan daripada itu, perpecahan sesama sendiri akan menjadi semakin menjadi-jadi. Ultra kiasu yang menang dan terus mengambil kesempatan. Akhirnya, tidak mustahil generasi akan datang menjadi semakin tenat kerana terdidik dalam keadaan jahil dan perpecahan tanpa sudah.
Ambillah ingatan ALLAH yang bermaksud: dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hari semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya (al-Israa, 36).

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE, PPA, UNISZA

4 comments:

Anonymous said...

Pertubuhan Illuminati yang bermaksud ”to be enlightened“ adalah ditubuhkan sejak abad ke 16 di Jerman, yang bertuhankan Iblis (Lucifer dalam agama Kristian). Kemudian diambil alih Empayar Rothschild, yang mencipta falsafah Zionisma di abad ke 17 , dan akhirnya berjaya menubuhkan rejim pengganas Israel di abad ke 20, untuk menawan dan menghancurkan Dunia Islam di Timur Tengah (ingin menghancurkan dgn. bom Nuklear, Mekah/Madinah/Masjid Al-Aqsa satu hari nanti) dan Dunia Katolik di Barat, untuk menubuhkan "”Novus Ordo Seclorum" - a New World Order, or One World Government” bertuhankan IBLIS (Lucifer dalam agama Kristian).

Illuminati menguasai sepenuhnya pertubuhan Freemason sejak abad ke 16, yang disertai golongan elit Barat, dan terus mensasarkan agama dan penganut Katolik untuk dimusnahkan, terutamanya dengan membunuh dan merompak Raja-Raja Katolik Eropah dan Rusia, sebagai penjaga-penjaga agama Katolik Eropah melalui pembunuhan kejam Raja dan Permaisuri Peranchis serta para keturunan mereka dalam "French Revolution" dalam tahun 1789, dan bila Tzar Rusia dan seluruh keluarga dan keturunannya dirogol dan di bunuh dengan kejam oleh puak 'Sosialis-Bolshevik' yg. sebenaqnya ditaja puak Zionis Illuminati ini (sebenaqnya rancangan untuk menumbangkan Gereja Katolik dari “Holy Roman Empire” telah bermula dari perang Katolik-Protestan di abad ke-15 lagi, antara 1618-1648, selepas Rothschild menyelinap masuk pertubuhan Freemason).

Agama-agama Islam dan Katolik amat dibenci puak Syaitan Illuminati-Freemason-Zionis ni kerana anti-homoseksualiti, anti-seks bebas/pornografi, anti-dadah dan anti pengguguran anak terutamanya.

Anonymous said...

Tak susah nak teka mengapa parti cauvinis ultra kiasu anti-Islam beriya-iya menganjur "Forum G25: Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan". Malah orang kuatnya sanggup merasmikannya.

Betul seperti apa yang Dr katakan; yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar. Apa yang menjadi tujuan sebenar maqasid syariah dalam Islam mahu diselewengkan.
Contohnya:
1. memelihara agama; ibubapa Islam mahu tidak dibenarkan menentukan agama anak sebelum 18 tahun. Pengenalan atau pengamalan agama anak menjurus kepada Islam perlu dihalang
2. memelihara jiwa; membunuh diri oleh orang Islam tidak perlu dihalang malah sudah menjadi perkara biasa
3. memelihara keturunan; khalwat yang membawa kepada perzinaan dan kelahiran luar nikah mahu dibenarkan.
4. memelihara akal; arak yang merosakkan kewarasan akal mahu dihalalkan (tidak boleh diharamkan) walaupun di kawasan majoriti Islam.
5. harta; memperolehi harta melalui riba dan keuntungan melampau tidak boleh dihalang. Selain itu, duduk secara haram di tanah rezab Melayu sehingga tanah tersebut diberi milik kepada penduduk haram hendaklah dibenarkan!

Apa yang saya nampak, gerakan liberal ini sangat disukai oleh parti ultrakiasu kerana selari dengan matlamat ultra kiasu yang anti-Islam dan anti-Melayu seperti yang dibangkitkan oleh seorang mufti sehinggakan maqasid syariah pun hendak diberikan definisi yang berlawanan daripada yang sepatutnya.

Apa yang berlawanan dengan maqasid syariah sebenar, itu yang diperjuangankan oleh ultrakiasu dibantu oleh golongan pseudo-Islam!

Anonymous said...

kebanyakan ulama zaman ni, hanya pakar hadis, tetapi tidak memahami kandungan al quran.

Anonymous said...

Salam,

Saya sangat setuju dengan Anonymous 6:07 PM.. Mungkin mereka hanya hafal ayat Quran yang mereka suka dan yang memenuhi kehandak jiwa mereka sahaja tanpa teringin nak nyatakan dan hebahkan kehendak sebenar Allah melalui Quran-Nya ataupun hanya sebagai lurus bendul tak bertempat.
Mereka hafal bahasa Arab Quran tapi tidak faham maksud sebenar ayatnya..cuma faham melalui menghafal tafsiran sahaja.

Perkataan syair dalam Quran kita akan tujukan semata-mata pada penyair atau penyanyi atau ahli seni. Siapakah sebenarnya penyair yang digambarkan dalam Quran? Kita membaca Quran berlagu dan mendayu-dayu..merdu...tapi tidak menerima NASIHAT PENGAJARANNYA sebab tidak faham. Baca dengan minda kosong.

-Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala AQ 26:224

-(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan NASIHAT PENGAJARANNYA dan Kitab Suci yang memberi penerangan; AQ 36:69

Untuk menutup mulut kita senang sahaja pada mereka..hanya yang bergelar ulamak/ustaz sahaja yang boleh menafsir ayat Quran..yang bukan bergelar ulama/ustaz tapi berilmu tinggi dan fasih berbahasa Arab dan tata bahasanya pun tak boleh sesuka hati nak tafsir Quran.

Menurut Al Quran sesuatu kebenaran itu datang kepada kita secara PERCUMA. Al Quran juga menyarankan supaya kita mengikuti pelajaran yang diberi oleh orang-orang yang tidak meminta upah dari kita untuk pelajaran itu.

-"Ikutilah orang yang tiada meminta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" AQ 36:21
-"Jika kamu berpaling dari (peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (muslim) " AQ 10:72
-"Dan kepada kaum 'Ad (kami utus) saudara mereka, Hud. Ia berkata : "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan sahaja. Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkannya " AQ 11:50-51
-"Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka (terhadap seruanmu ini), itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam " AQ 12:104
-"Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Quran). Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh umat " AQ 6:90

Mungkin di atas ada bantahan dari sesiapa..

-"Dan sesungguhnya Kami telah MENGULANG-NGULANGI bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak MEMBANTAH" AQ 18:54

-"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakkan manusia tidak menyukai kecuali mengingkarinya" AQ 17:89

-"Atau (apakah patut) mereka berkata : 'Padanya (Muhammad) ada penyakit gila'. Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakkan mereka BENCI PADA KEBENARAN itu " AQ 23:70




“Aku tidak diperbolehkan menggerakkan lidahku untuk membaca al-Qur’an kerana ingin cepat-cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan Allah-lah mengumpulkannya di dadaku dan membuatku membacanya. Apabila Allah telah selesai membacanya, maka aku mengikuti bacaan itu. Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Allah-lah PENJELASANNYA" AQ 75:16-19

-“Allah telah mendatangkan kepadaku sesuatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya” 25:33

- “Dan sesungguhnya telah Allah mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” 54:17,22 dan 32

- “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan” 25:30