Sinar Harian 15.6.15
Kasihan sungguh, berbangga dengan masa lalu, tetapi tidak pernah risau dengan masa kini dan akan datang. Apakah tidak sedar bangsa Melayu hanya menjadi hebat apabila menerima Islam sebagai cara hidup, lebih kurang 600 tahun lalu, bukannya 70,000 tahun dahulu?
Melayu pertama mengelilingi dunia pada zaman bila? Tanpa Islam, Melayu tidak ada apa. Lagi pula, masa lalu tidak penting lagi, kerana ia telah berlalu. Apa yang lebih penting adalah masa hadapan anak cucu-cicit kita.
Retorik masa lalu tidak menguntungkan kita, kerana ia tidak akan kembali semula. Baca buku fiqh memahami keutamaan pada usia pencen ini untuk menaikkan martabat Melayu, bukan beretorik.
Ingatlah gurindam ini. Wahai Melayu, cepatlah bertaubat, sebelum terlambat. Masa semakin singkat. Tak banyak yang boleh dibuat. Sebab, orang lain dah banyak rembat. Sehingga Melayu rengkat. Tak ada lagi tongkat. Ada yang dah patah semangat, sebab dah naik meluat. Cakap, tetapi tak buat.
Lihatlah ultra kiasu, hidup mereka sangat muafakat. Duit mereka berlipat-lipat. Tak perlu terperanjat, itulah hakikat. Kita pula, penuh dengan dendam kesumat. Justeru, ambillah nasihat, berhentilah buat maksiat, sebelum kena laknat.
Buatlah kerja untuk rakyat, keluarkan mereka dari melarat. Jadikan mereka bangsa hebat, bangsa berdarjat, di bumi berdaulat.
Ingat, kuasa hanya sebagai alat, bukan matlamat, demi maslahat umat, yang makin tenat. Mari kita pakat beringat, ALLAH akan tanya apa yang kita perbuat. Masa di dunia, banyak baik atau jahat. Dapat jawab, selamat. Jika tidak, tamatlah riwayat.
Melihat kepada situasi Melayu masa kini, perpecahan yang semakin menakutkan, rosaknya Melayu, kerana Melayu, bukan orang lain, seperti saya tulis dalam artikel lalu. Orang lain hanya mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh. Dalam segala aspek Melayu bermasalah.
Pendek kata, kalau ditulis masalah Melayu, tidak akan jadi artikel kolum minggu ini, semuanya akan dipenuhi dengan masalah Melayu. Bersambung-sambung. Bangsa lain tidak bermasalahkah? Baik sangatkah?
Bangsa lain, ada juga masalah, tetapi tidak setenat Melayu. Demi bangsa mereka masih bersatu, meskipun mereka tidak ada al-Quran dan al-hadis. Kita kata mereka masuk neraka jika tidak memeluk Islam.
Sejahat-jahat Melayu, dek kerana dia beragama Islam, maka akan masuk syurga juga akhirnya setelah diseksa di dalam neraka. Benarkah? Apakah Melayu tidak syirik apabila bertuhankan manusia, harta dan takhta? Apakah mungkin setelah diseksa, boleh kembali ke syurga atau terus kekal di neraka? Fikirkan...
Sedarlah, peringatan ini tidak akan saya luahkan jika Melayu tidak beragama Islam. Dek kerana kita seagama, seterusnya bersaudara, seperti yang ALLAH firmankan, maka saya luahkan semua ini, walaupun ia sangat perit dan pahit, kerana pasti bangsa lain akan akan terus mengutuk dan menghina saya, termasuk saudara-mara terdekat.
Ingat wahai Melayu, jangan bertindak nafsu, tetapi bertindak dengan melihat sejauh ia menguntungkan agama dan bangsa. Jangan terlalu beremosi, sehingga hilang rasional.
Melayu kini bertindak tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Hanya kerana seorang dua individu yang tidak disukai, Melayu sanggup menghancurkan keseluruhan Melayu.
Melayu hari ini mesti bangun mencipta kegemilangan, sebagaimana yang telah dicipta pada masa lalu. Beretorik kegemilangan masa lalu tidak akan membawa kita ke mana-mana, kerana masa yang berlalu tidak boleh diambil kembali, hanya boleh dijadikan iktibar sebagai ingatan ALLAH dalam surah Al-Hasyr, 59, ayat 2.
Masa untuk kita bangkit dan mencipta kegemilangan sudah tidak banyak, kerana orang lain sudah jauh meninggalkan kita. Mereka asyik merebut ruang dan peluang, meskipun peluang itu hak milik kita sendiri.
Malangnya, kita masih membincangkan masalah, sehingga terlepas peluang, kerana asyik berbalah. Lebih malang lagi, kita berbalah kerana mempertahankan musuh Islam, seperti yang berlaku dalam Pas dan Umno.
Musuh pun mengambil kesempatan memecahkan kita melalui psywar dan psyopnya. Berbaloikah? Sesama bangsa, berbeza parti, tidak nampak lagi jalan penyatuan. Ini belum termasuk, sesama bangsa, sesama parti pula, asyik tikam-menikam, saling menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan diri.
Bangunlah, jangan biarkan masalah terus membelenggu. Selesaikan masalah tersebut sebelum terlambat. Bangsa lain jauh berada di hadapan. Mencipta kegemilangan, seperti yang dilakukan pada masa lalu. Kedudukan mereka sangat kukuh hari ini sehingga sukar untuk digoyah.
* Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
14 comments:
sy sokong kenyataan anda...benar Melayu sekarang mengejar dunia...sanggup berpuak2 demi duit ringgit kedudukan dan pangkat...mementingkan diri sendiri...sanggup ketepikan masa hadapan bangsa...mereka akan insaf apabila tiba masa Melayu akan melayu buat selama lama nya...semoga Allah sentiasa pelihara bangsa Melayu agar sentiasa utuh pegangan dan akidah....
Ustaz Riduan Tee saya pernah mengikuti ceramah tuan beberapa kali sebelum tuan terkenal dan bila dah terkenal di tv. Saya perhatikan tuan memang suka menyalahkan orang melayu dan orang islam yg tak beriman. Saya nak tanya ustaz adakah salah kita dilahirkan sebagai bangsa melayu islam, semua bangsa ada kekurangannya begitu juga dgn bangsa Cina kalau saya nak senaraikan kejahatan mereka 1001 perkara saya boleh ceritakan tapi adakah mereka sering mengutuk bangsa mereka sendiri. Kalau umat islam tak mengikuti ajaran islam dgn betul atau kurang beriman adalah menjadi kewajipan ustaz-ustaz yg berilmu utk berdakwah kpd mereka bukan sering nak mengutuk aja bangsa melayu. Dalam bangsa Arab,Pakistan,Turki,Indonesia,Cina Islam semua ada kelemahan peranan ulamak merekalah utk berdakwah kpd mereka bukan mengutuk bangsa itu. Sudah-sudahlah ustaz jangan sampai org menyampah dan bosan dengar celoteh ustaz, muhasabah diri syukur kerana mendapat taufik dan hidayah dari Allah. Berdakwahlah cara Rasulullah S.A.W. dgn berkhihmah tanpa menyakiti hati sesuatu kaum. Maaf dipinta hanya satu teguran kalau ustaz boleh terima.
Tinggilah Kalimah La ilaha illaAllah, jgn sesekali direndahkan,
Hiduplah sbg seorg Islam, taat dan patuh, jauhi syirik, jauhi kufur,
Moga mati dlm Islam yg sempurna, iman dan taqwa.
Selamat berRamadhan, selamat berpuasa !
Hang Jebat,
Prof Riduan Tee jarang sekali menjawab di blog nya. Izinkan saya memberi pendapat di atas so'alan anda:
Bukan dia sengaja suka menyalahkan orang melayu dengan tidak ada tujuan. Tujuan nya ia lah membikin orang Melayu/ Islam sedar kelemahan dan menaikkan semngat mereka supaya berubah, supaya boleh bersaing dan bertanding dengan yang lain. Dia sendiri beristerikan orang Melayu dan membesarkan anak anak nya dengan cara hidup Melayu.
Saya setuju apa yang di sebut nya sifat "kiasu" atau tak mahu kalah, tak mahu ketinggalan itu ada pada kaum Cina. Tak salah, Melayu pun sepatut nya memegang kpd sifat itu. Yang salah ha nya bila "ultra kiasu", spt yang biasa ada pd mereka DAP.
Perbezaan nya ia lah sama ada ha nya "mengutuk", atau mengemukakan sesuatu supaya orang Melayu/Islam boleh mendapat iktibar atau panduan dari nya. Nampak nya anda salah faham tujuan RT. Tak setuju dengan anda mengatakan "sampai org menyampah dan bosan dengar celoteh ustaz". Jika demikian, dia tidak di undang ke berbagai jenis acara, dan ke sana sini, hingga ke Brunei dll.
Benar, negeri China yang di katakan 3,500 tahun sejarah nya telah bersepai, porak peranda hingga di serang dan di perintah orang Mongol Genghis Khan selama lk 80 tahun di abad 13, di serang dan di perintah orang Manchuria selama beratus tahun dari abad 16 hingga abad 20. Di bedal dek orang Barat di abad 19, Hong Kong di pulang dek British kpd China ha nya pada tahun 1990. Di buli dek Jepun di Perang Dunia I&II hingga Jepun di kalahkan dek allied forces. Merana, azab dan sangsara hingga menarik ideologi kominis, bertambah azab sangsara di bawah Mao Zedong, naik menjadi ekonomi ke2 besar di dunia ha nya 1-2 dekad yang lalu.
Maka dengan demikian azab sangsara, mangkin bertambah "risilient" watak dan sifat orang Cina di merata dunia, walau pun sifat buruk ultra kiasu, tak reti berterima kasih, dah dapat hak kerakyatan tapi tak hormatkan Perlembagaan negara masih ramai di kalangan DAP di negara ini.
Tapi pada umum mya, semangat "kiasu" tak mahu kalah atau tak mahu ketinggalan mereka itu perlu di ikuti dek Melayu supaya boleh bersaing dan bertanding dengan kaum Cina yang telah menjadi yang terkaya di negara ini demikian lama. Jangan nak marah sahaja, tak boleh di keritik untuk kebaikan, nanti corot dan tidak ada harmoni dan keamanan selama lama nya.
Wahai Hang Jebat,
Ustat-ustat sudah banyak kuat kasi kerja. Hang ada pergi dengar tazkirah kat masjid? Mungkin hang sibuk cari duniawi. Tak apalah gitu...tapi hang ada cuba tengok kat channel tv Astro pasal tazkirah? Mungkin hang tak sokong Astro. Apakah hang ada unifi? Ada rancangan Hikmah yang boleh kasi gostan 2 jam kemudian kasi fast forward bagi hang yang tak sabar...
Walaupun tak ada unifi, cubalah jenguk kat dalam youtube untuk melihat & dengar tazkirah ustat-ustat yang tak pernah letih "menjadi kewajipan mereka yg berilmu utk berdakwah".
Hang tahukah bahawa banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu? Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi. Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.
Tapi ingat wahai hang jebat, sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.
Jangan pula hang mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik demi mendapat pujian orang. Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.
Orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. - Surah al-Ankabut, ayat 69
Jebat my darling,
Apabila you menyampah seseorang, sedar atau tidak, minda dan hati you melabelkan orang itu sebagai ‘kotor’, ‘tak berguna atau ‘menyemak’. Apabila dia dianggap tak berguna, maka you pun memasukkan dia dalam ‘tong sampah’ minda dan hati. Semakin ramai orang atau perkara yang you menyampah, secara psikolojinya you menjadikan minda dan hati you sebagai tong sampah besar!
Andai dibiarkan minda dan hati you akan ‘reput’ dan busuk sehingga menutup atau menenggelamkan perasaan positif yang lain. Sebab itu, bila you menyampah terhadap seseorang, you buta kepada kebaikannya dan jasanya dilupakan begitu saja!
Mengapa you biarkan rasa ini dalam minda dan hati sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta segalanya mencipta setiap sesuatu ada sebab dan peranan tertentu. Allah tidak menciptakan sesuatu sia-sia! You jangan derhaka dengan Allah!
Ada pepatah yang mengatakan dirt are not dirt – only matter in the wrong place. Suatu yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak berguna’ boleh menjadi bermanfaat dan berfaedah andai diletakkan pada tempatnya. Najis yang menjijikkan sekalipun, andai diletakkan di tanah pertanian menjadi baja menyuburkan hasil tanaman.
Berhati-hatilah kerana semua yang ada di depan you adalah kerana kehendak Allah untuk membawa banyak kebaikan dalam hidup you. Insaflah orang yang paling mengambil berat tentang you tetapi you melihat dan melayannya hanya sebagai ‘sampah’ dek kerana rasa menyampah yang melulu...
Ketika zaman perjuangan awal Rasulullah membawa Islam yang menjadi rahmat untuk seluruh alam, orang-orang yang sombong dan bongkak sangat menyampah melihatnya.
Hang Jebat darling, are you sombong & bongkak? I don't think so lah, darling...
Wahai Hang Jebat, jangan bertindak nafsu, tetapi bertindak dengan melihat sejauh ia menguntungkan agama dan bangsa. Jangan terlalu beremosi, sehingga hilang rasional.
Hang Jebat menyarankan "Berdakwahlah cara Rasulullah S.A.W. dgn berkhihmah tanpa menyakiti hati sesuatu kaum."
Berapa kali kaum Chin sudah menyakiti kaum hang jebat?
Bacalah elok elok artikel kali ini, "Masa untuk kita bangkit dan mencipta kegemilangan sudah tidak banyak, kerana orang lain sudah jauh meninggalkan kita. Mereka asyik merebut ruang dan peluang, meskipun peluang itu hak milik kita sendiri."
"Lebih malang lagi, kita berbalah kerana mempertahankan musuh Islam"
Apakah hang jebat mempunyai kesukaran memahami "Musuh pun mengambil kesempatan memecahkan kita melalui psywar dan psyopnya. Berbaloikah?"
Si Jebat kata, "Berdakwahlah cara Rasulullah S.A.W. dgn berkhihmah tanpa menyakiti hati sesuatu kaum."
Bukan menyakiti hati sesuatu kaum. Ha nya yang ultra kiasu antara mereka. Itu pun bukan sengaja. Kena tempias bila nak menyarankan supaya Melayu/ Islam mula kiasu sikit - supaya tak mahu kalah, tak mahu ketinggalan.
Yang pakai nama Hang Jebat tuh sama ada dia Melayu berfikiran dan berpendirian lama, tak mahu berubah ikut zaman dan terima realiti bahawa Melayu mungkin corot di negara sendiri.
Atau dia ultra kiasu menyamar sebagai Melayu sengaja hendakkan Melayu terus spt yang saya sebut di atas ini.
Hah, teruk si Jebat kena hentam.
Kena Darling pun tuh. Berat makna nya.
Pada sy apa yg diutarakan oleh Prof bukan nak menghina atau merendahkan bangsa Melayu. Beliau cuba menyedarkan Melayu yang alpa. Malang bg kita tidak ada org yg bercskap tentang bgsa Melayu dalam keadsan hari ni... kita patut berterima kasih pads prof kerana tak pernah jemu menyedsrkan melayu lslam yang sentiasa bercakaran sesama sendiri demi percaturan politik tsnpa memikirkan nasib bangsa yang semakin hari diinjak oleh bgsa lain. Lihat saja ultra kiasu dgn berani menghina melekehkan siapa saja tokoh melayu yang mereka rasa tidak membawa keuntungan kepada mereka tanpa kesopanan. Apa tindakan org melayu lain..? Hanya melihat dan tidak kisah? Asal bukan aku yg kena..peduli apa..?
Pada sy apa yg diutarakan oleh Prof bukan nak menghina atau merendahkan bangsa Melayu. Beliau cuba menyedarkan Melayu yang alpa. Malang bg kita tidak ada org yg bercskap tentang bgsa Melayu dalam keadsan hari ni... kita patut berterima kasih pads prof kerana tak pernah jemu menyedsrkan melayu lslam yang sentiasa bercakaran sesama sendiri demi percaturan politik tsnpa memikirkan nasib bangsa yang semakin hari diinjak oleh bgsa lain. Lihat saja ultra kiasu dgn berani menghina melekehkan siapa saja tokoh melayu yang mereka rasa tidak membawa keuntungan kepada mereka tanpa kesopanan. Apa tindakan org melayu lain..? Hanya melihat dan tidak kisah? Asal bukan aku yg kena..peduli apa..?
Post a Comment