(Sinar Harian 5 Jan 2015)
Keputusan terburu-buru kerajaan negeri Sarawak
melarang saya memasuki bumi kenyalang ini sudah tentu amat mengecewakan, juga
merugikan. Sebelum ini, saya bebas sahaja memberikan ceramah di sana. Kebanyakannya
atas jemputan masjid, majlis daerah dan wakil rakyat.
Saya adalah saya, dulu sampai sekarang. Boleh
tanya kepada penduduk Sarawak yang mengikut ceramah selama ini, adakah saya
menanamkan politik kebencian antara kaum, semangat ekstremis dan apa jua
konotasi yang negatif? Jawapannya, saya
pasti, TIADA. Kebanyakan berpuas hati dengan ceramah saya. Kita amat
profesional dan menghormati budaya dan sensitiviti setempat. Masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Kita adalah pendakwah, sampaikan walau satu ayat,
bukan berpolitik seperti ahli politik. Bermuka-muka. Cakap lain, buat lain. Setiap
kali saya ke Sarawak (Sabah), saya banyak menekankan soal meraikan kepelbagaian
dalam Islam.
Islam tidak beranak di kawasan orang Islam. Tetapi
lahir dan berkembang di kawasan orang bukan Islam. Bermula dari seorang, Nabi
Muhammad SAW yang membawa Islam, berkembang hebat, sehingga seluruh Tanah Arab
menerima Islam, sehinggalah ke seluruh dunia hari ini.
Jika Islam menanamkan politik kebencian atau
melakukan kekerasan, sudah tentu bukan Islam tidak akan memeluk Islam. Islam
tidak akan berkembang. Tetapi, hakikat berlaku sebaliknya. Hikmah, kelembutan, keamanan
dan contoh teladan, menjadikan bukan Islam tertarik dan seterusnya memeluk
Islam. Terkini, aktor kacak barat, Liam Neeson, dikhabarkan akan memeluk Islam,
meninggal agama Katholiknya. Alhamdulillah.
Hingga ke hari ini, walaupun agama Islam, hanya
baharu lebih kurang 1400 tahun, penganutkan sudah mencecah 2 billion, nombor
dua populasi terbesar dunia selepas Kristian (2000 tahun), begitu juga agama
lain yang telah wujud lebih dari 3000 tahun.
Pendek kata, Islam adalah agama yang termuda,
selepas Kristian. Apakah Islam boleh sampai ke tahap ini jika mengambil
pendekatan bermusuh dan membenci? Semua ini saya faham dengan jelas.
Inilah intipati setiap kali saya berceramah di
Sarawak mahupun Sabah. Juga, setiap kali saya memberikan syarahan kepada
pelajar, saya selalu mengambil contoh Sabah dan Sarawak sebagai model
1Malaysia.
1Malaysia sudah lama dipraktiskan di sana,
berbanding Semenanjung, yang walaupun hanya ada 3 etnik terbesar, Melayu Cina
dan India, asyik bertikam lidah, tidak pernah habis, hanya kerana politik. Keharmonian
Sabah Sarawak jauh lebih baik, meskipun parti politik mereka berasaskan kaum
begitu banyak.
Apapun saya terima dengan hati terbuka keputusan
kerajaan negeri. Saya tidak rugi apa-apa pun jika tidak ke negeri tersebut.
Banyak negeri lain yang sudi menerima dan boleh kita menyumbang.
Cuma saya amat terkilan tindakan terburu-buru.
Sekurang-kurang rujuklah kerajaan pusat terlebih dahulu sama ada saya ekstrem
atau tidak. Namun demikian, saya akui
Sabah Sarawak memiliki kuasa imigresen sepenuhnya, merujuk perkara 18 dan 20, selepas
kemasukan ke dalam Malaysia 1963.
Keputusan ini adalah keputusan politik. Saya
adalah mangsa. Terus terang, saya agak marahn dengan kenyataan menteri mudanya
dan orang pejabat Ketua Menteri.
Jika tidak benarkan saya masuk, tidak mengapa,
pinggan tak retak, nasi tak dingin, kau tak nak, aku pun tak ingin. Tetapi
tidak perlu mengeluarkan kenyataan seperti mengaitkan saya dengan budaya politik
ekstrem Semenanjung. Kenapa perlu babitkan Semenanjung. Ia tidak baik untuk
pembangunan politik bernegara.
Kami, di Semenanjung tidak seburuk yang saudara
semua sangkakan. Kami tahu membezakan antara baik dan buruk, sebab kami bukan
ultra kiasu. Ya, tidak dinafikan ada yang ekstrem. Tetapi mengeluarkan
kenyataan umum sedemikian, bukan ciri seorang negarawan.
Mungkin mereka terlepas pandang, saya sebagai
seorang pendakwah dan pada masa sama saya juga adalah pensyarah yang mengkhusus
dalam bidang sains politik dan kerajaan. Saya bercakap dan menulis mengikut
bidang.
Menjadi hak saya sebagai pakar, memberikan input-input
dan ulasan politik semasa, dalam sebuah
negara mengamalkan demokrasi berparlimen. Sebab itu, saya tidak disukai dan
menjadi mangsa sekumpulan ahli politik yang pandai mengaburi mata rakyat
mengatakan mereka mewakili semua kaum dan menyeru kepada perpaduan.
Kenapa kita begitu bersikap tertutup? Kenapa kita
mendengar sebelah pihak sahaja, terutama PKR dan DAP? Ceramah saya di Sematan
adalah berkaitan Maulid Nabi. Jika saya menanamkan politik ekstrem, yang
mula-mula akan ban saya adalah kerajaan pusat di sini. Tetapi saya masih bebas
keluar masuk TV. Jadi, apa masalahnya?
Sudah sampai masanya kita perlu matang. Jika
beginilah sikap dan perangai pemimpin muda Sarawak dalam berpolitik, tidak
mustahil suatu masa nanti Sarawak akan terlepas kepada tangan pembangkang.
Untuk mengetahui saya esktrem atau tidak, sudilah
kiranya, melayari you tube yang telah diuploadkan oleh bekas pelajar saya
ketika membuat assignment Hubungan Etnik, https://www.youtube.com/watch?v=-XN3ISZvoxU.
10 comments:
DAP dari semenanjung dibawa ke Sarawak ibarat menyuntik satu virus ke dalam badan. Lubang suntikan akan sembuh dan tertutup tetapi virus terus membiak dan memusnahkan imunisasi badan.
Dalam kes Sarawak yang luasnya lebih besar daripada semenanjung, virus dari semenanjung telah 'dibenarkan' untuk sedikit demi sedikit memusnahkan keharmonian (imunisasi). Hasutan demi hasutan sedang berjalan, nak bawak Sarawak keluar dari Malaysialah, nak jadikan negeri kristianlah. Tetapi semua ini seolah-olah dibenarkan.
Jangan kata di sana telah lebih awal 1Malaysia, virus ini akan mewujudkan MultiMalaysia.
Jika Umno sendiri tidak dibenarkan dibawa ke Sarawak, peranan siapakah yang membenarkan virus DAP membiak di sana?
Dah terlewat walaupun halang sesiapa dari semenanjung datang ke Sarawak.
Trivia: kalau bible untuk kegunaan di Sarawak, kenapa turun di pelabuhan Klang? Dah tahu di Selangor ada undang-undang melarang tapi degil juga. Itulah dia virus yang sama yang ada di Sarawak.
Ingat! Sebelum kedatangan Brooke, Sarawak pernah berada di bawah kesultanan Brunei yang menjalankan undang-undang Islam.
Pasal agama Islam jangan tolak ansur. Pemerintah tak boleh tolak ansur. Penganut tak boleh tolak ansur. Not negotiable.
Sebab tertera di Perlata 3 Perlembagaan bahawa "Islam ada lah agam Pereskutuan". Takda agama lain di sebut. Bermakna agama Islam ada tempat tertinggi di negara ini.
Mengarut nak gunakan kalimah Allah. Orang Arab Kristian boleh gunakan kalimah Allah sebab itu ia lah bahasa mereka. Di Malaysia ada Bahawsa mmelayu. Istilah bagi nya ada lah Tuhan. Bagi agama Kristian, istilah Tuhan amat tepat. Sebab Tuhan Kristian berbentuk 3 - The father, The Son dan The Holy Ghost.
Tetapi Allah ia lah yang Maha Esa. Yang Satu sahaja. Penganut agama lain di Semenanjung tak boleh gunakan kalimah itu. Nokhtah.
Sarawak ada kuasa Imigeresen pada mereka. Biar lah begitu. Setakat ini mereka berjaya mengawal keadaan dan mendapatkan kemenangan BN tiap PRU.
Dalam pada itu, setuju dengan pendapat bahawa kita semua mesti sentiasa berwaspada dan berjaga jaga mengnyahkan pengaruh ultra kiasu ungrateful ingrate Cina Bukit DAP. Mereka anti-Melayu dan anti-Islam sejak penubuhan nya 47 tahun yang lalu. Menyebabkan pergaduhan kaum tahun 1969.
Mereka mengungkit itu ini. Bagus nya pergaduhan kaum 1969 itu telah membawa DEB. Timbul dari Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di panjangkan kapada Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa penubuhan Malaysia di tahun 1963.
DAP di Sarawak tentu mahu ungkit perkara ini juga lagi. Untuk meraih undi Cina di sana. Tapi Bumiputera di sana tak dapat di pengaruhi mereka dari segi ini. Maka tentu mereka mahu ungkit perkara agama. Sebab ramai di sana yang bukan Islam tapi Kristian.
Ini lah sebab penting mengapa pihak berkuasa kena awasi penjangak DAP itu sentiasa. Jangan teragak agak menggunakan Akta Hasutan bila mereka cuba menghasut Bumiputera Sarawak dari segi agama.
Memang dia orang sangsikan naik nya pengaruh Islam dalam dunia kebelakangan ini. Germany sekarang mengalami kenaikan jumlah penganut agama Islam hingga 20%, termasuk penghijrahan bahru ke negara itu.
Reaksi orang German termasuk demonstrasi terhadap Kerajaan mereka yang membenarkan keadaan begitu. Demonstrasi itu termasuk memadamkan lampu di masa tertentu di kota Dresden.
Mungkin mereka mengalami sedikit dilemma - 60 tahun dulu Adolf Hitler sangat rasis mahukan "supremacy of the Aryan race", 6 juta Yahudi di "bersihkan" dari alam Germany. Salepas Perang Dunia ke2, orang German pada umum nya luas pemikiran, toleransi dsb nya. Tidak pasti ke mana arah nya reaksi mereka yang tak mahukan kenaikan Islam di negara itu.
Di Malaysia takda so'al reaksi terhadap penigkatan Islam dari apa apa segi pun. Sebab Perlembagaan negara nyata menyebut Islam ada lah agama Persekutuan ini. Siapa yang tak boleh terima hal ini boleh blah ke negara lain.
Perasaan Aku ... Mula2 simpati , kasihan .... Sekarang benci , biaq pi , padan muka.
Sebab apa ?
1. Bila orang yang non partisan cadangkan Pas bergabung dengan Umno perintah kelantan supaya pembanunan semula kelantan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan .... Pemimpin Pas TOLAK.
2. Bila orang kata aktiviti Pembalakan tak terkawal di kelantan punca banjir .... MB Kelantan menafikan walau pun bukti dikemuka. Bangang punya MB , sebelum nafi tengok bukti dulu , kemudian siasat.
3. Bila menonton video Doa KO Umno di YouTube .... yang AMIN doa itu adalah mereka yang sekarang jadi mangsa banjir. Makanya banjir ini terjadi adalah berkat doa ulamak Pas yang maksom. Amek ko , padan muka.
Kelantan tenggelam dalam banjir ? ....
THANK YOU ALLAH
XIEXIE ALLAH
NANDREE ALLAH
NAMASTE ALLAH
KHAR KHOON KHARP ALLAH
TERIMA KASIH ALLAH
SYUKRAN ALLAH
ALHAMDULILLAH....
Melarang rakyat Malaysia yang kuat pegangan Islam nya masuk Sarawak nampak nya ha nya cuba menyeimbangkan ramai pemimpin parti parti Pembangkang yang di larang masuk Sarawak juga. Nyata lah itu political expediency.
Tapi pertimbangan harus di beri kpd hal bahawa Islam ada lah agama negara ini, saperti di rakam ke dalam Perlembagaan negara. Hal agama tidak boleh di samakan dengan hal porak peranda yang pemimpin parti parti pembangkang selalu lakukan di sini sana.
Di Sarawak, rakyat Malaysia di Semenanjung di khuatiri menyusahkan keadaan politik atau sebagai nya. Walau pun tidak ada rakyat Islam yang "mengacau" keadaan, dan Professor Ridhuan tidak pernah melakukan apa apa selain dari mencuba menegakkan syi'ar Islam.
Di Eropah di zaman sekarang, reaksi terhadap kenaikan jumlah penganut Islam dan kemahuan Muslimin beribadah di mesjid mesjid yang bertambah jumlah nya, melakukan azan di khalayak ramai dsb nya, telah menyebabkan demonstrasi rakyat bukan Islam di sana, termasuk dengan cara menutup lampu hingga bandar hampir gelap sebagai tanda tidak sukakan "Muslim assertion of their rights to practice religion", di Germany, contoh nya.
Di France, ahli ahli kartunis mentertawakan Islam dan Nabi Muhammad telah menyebabkan tindak balas menembak 12 orang mati, termasuk kartunis yang mentertawakan itu, dan pegawai pegawai Polis. Sekarang gelisah reaksi rakyat Peranchis berkenaan dengan nya.
Di England, pendirian terhadap rakyat Islam di sana ada lah satu sebab yang mendorong PM David Cameron mengata, "Multi-culuralism is dead" beberapa tahun yang lalu.
Sabenar nya, orang orang Eropah tidak boleh marahkan bertambah nya dengan banyak penhijrah Muslimin ke negara negara mereka. Negara negara itu telah menjajah di Afrika, Asia Selatan dan Asia Timur Laut beratus tahun yang lalu. Akibat nya, ramai lah rakyat Islam India, Pakistan, Uganda, Algeria dll berhijrah ke sana oleh beberapa sebab.
Tun Dr Mahathir kata Melayu cepat lupa. Tapi orang orang putih Eropah pun cepat lupa juga berkenaan penjajahan itu dan harus menerima balasan kapada penjajahan mereka. Ada 1-2 mereka yang sedar dan merayu supaya mereka di Eropah jangan "amnesia" terhadap keadaan sejarah yang telah menyebabkan "globalisasi" KeIslaman di zaman sekarang.
Malaysia akan dilabel sebagai negara pengganas tak lama lagi disebabkan sikap ultra perkauman serta agama yang ditunjukkan oleh saudara! Bagus! Aku sendiri nak lihat hero ketuanan melayu seperti saudara dibantai cukup-cukup oleh pihak kapir serta makan babi! Kah! Kah! Kah!
10:06 PM,
Kalau Malaysia di label sebagai negara pengganas, sebab nya ia lah penjangak macam kau.
Ultra kiasu DAP menyamar sebagai Melayu/ Islam, mengata Melayu dan Islam macam macam tak senonoh di sana sini.
Sabarlah Dr pasti ada hikmahnya. La tahzan Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang sabar.
Saya suka dengar ceramah dr. Dari saya kecil sampai sekarang. Teruskan usaha murni Dr demi memperjuangkan agama Allah ini. Moga kita sama-sama sentiasa mendapat rahmat kasih sayangNya.
Post a Comment