Sinar Harian 26.1.14
Dahulu, orang tidak berani banyak bercakap,
apatah lagi mencabar perkara berkaitan Islam, Melayu dan Raja, kerana mereka
tahu, ianya sangat sensitif. Mereka faham asal-usul sejarah negara ini.
Hari ini, tidak lagi.Semua mereka tidak peduli.
Ramai yang menjadi ultra kiasu. Ultra kiasu tahu Melayu hari ini sudah terlalu
lemah. Bukan sahaja disebabkan perpecahan yang serius, tetapi ramai orang
Melayuliberal sendiriyang akan menyokong tindakan dan bersekongkol dengan mereka.
Jika mereka mahukan LGBT atau perkara yang
bertentangan dengan agama dan perlembagaan, pasti akan ada Melayu liberal yang
akan bersama mereka. Maka, kesempatan ini perlu diambil sebelum terlambat.
Ada yang dengan mudah, menyalahkan UMNO. Hubungan
kaum tegang disebabkan UMNO. Ekonomi gawat kerana UMNO. Perkasa dan Isma wujud
disebabkan UMNO. Pendek kata, semuanya ini berlaku disebabkan oleh UMNO. UMNO jahat. Seolah-olah,
bila tiada UMNO, semua akan menjadi baik.
Pada saya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh
wujudnya sikap atau kumpulan ultra kiasu. Sarawak hari ini kecoh disebabkan
oleh ultra kiasu masuk di sana. Peliknya, saya diharamkan, ultra kiasu
dibenarkan. Siapakah yang mensensasikan berita Sarawak mahu keluar dari
Malaysia, kalau bukan gara-gara ultra kiasu.
Lebih dahsyat lagi, perkara kecil, yang langsung
tiada kaitan dengan cara hidup Islampun turut dicabar. Janganlah dibincang
perkara lebih besar seperti syariat Islam, mahkamah syariah dan hudud. Mereka
akan tentang bermati-matian. Pendek kata, ultra kiasu telah berjaya mengaburi
politik Malaysia.
Misalnya, isu kecil,usaha Kerajaan Negeri Kelantan yang melakukan operasi ke atas golongan
pekerja wanita yang tidak mengenakan tudung di bandar Kota Bharu.
Ultra kiasu mendakwa
perniagaan orang Cina akan terjejas dengan pemakaian tersebut. Persoalannya,
berapa kerat orang Cina ada di Kelantan? Apa yang terjejas? Yang ditutup hanya kepala,
bukan diikat tangan dan kaki? Kebersihan terjamin. Paling kurang, rambut tidak
gugur ke dalam makanan. Sebab itu, tukang masak, kepalanya ditutup.
Teruja saya dengan kenyataan Puteri Umno
menyokong langkah kerajaan Kelantan mewajibkan pekerja wanita memakai tudung.
Inilah yang kita mahu lihat, yang baik disokong, sebaliknya yang tidak baik
ditentang. Tidak kira datang dari siapa atau parti mana pun.
Berbeza sungguh dengan Thailand, dahulu sehingga
ke hari ini tiada siapa berani mengutuk agama Buddha, bangsa Thai, dan Raja
Thai. Sabit kesalahan penjara 15 tahun. Kerana apa? Mereka ada will-power.
Bukan itu sahaja, hari Kristmas adalah hari
bekerja, bukan cuti umum, walaupun agak ramai juga beragama Kristian di sana. Logiknya,
perlulah bercuti, sebagai menghormati agama lain. Tetapi ia tidak berlaku.
Tidak pula dituduh ekstrem.
Berbanding kita, setiap perayaan ada cuti,
meraikan kepelbagaian. Malah, ada yang mendesak supaya diberikan ditambah
bilangan cuti umum, bagi setiap perayaan, walaupun populasinya kurang dari 10
peratus. Pendek kata, mereka mahukan sama rata dan sama rasa.
Dalam apa juga kes, mereka mahukan ada wakil
setiap kaum, tanpa mengambil kira bilangan atau populasinya.
Adakah adil namanya, jika ada 6 hakim, maka
setiap kaum mesti ada wakil? Jika begitu keadaannya, negara kita ada lebih 100
etnik, adakah kita perlukan 100 hakim.
Jika mengikut formula populasi, sudah tentu 4
Melayu Islam, selebihnya dua, pilihlah mana-mana hakim kalangan bukan Melayu.
Jika semua kaum mahu ada wakil, di manakah keadilannya?
Justeru, saya amat musykil, bila mana isu kalimah
Allah ini tidak dapat dirayu lagi, golongan ultra kiasu mendakwa, agama
minoriti akan ditindas atau dikekang. Berikan bukti, apa kekangan dan
penindasan yang berlaku? Apa yang ada hari ini, masih tidak cukupkah? Kita
seolah-olah telah memberikan segalanya.
Mana ada bukti dalam dunia, agama (bangsa) yang
sangat minoriti, boleh mendapat hak yang begitu banyak kecuali di Malaysia?
Rumah ibadat paling banyak? Terbesar? Tertinggi? Ianya hanya berlaku di
Malaysia. Hargailah toleransi ini. Inilah hati budi mulia orang Melayu.
Keadilan yang dipraktikkan di sini tidak lagi mengikut
formula. Tetapi ikut suka atau memberi sehingga puas.
Janganlah ambil contoh rumah ibadat. Lihatlah
stesen radio, tv, akhbar, majalah dan lain-lain. Semua yang lebih adalah bukan
Melayu. Ini belum termasuk sektor ekonomi. Akhbar utama Melayu, hanya ada 3,
termasuk Sinar Harian. Selebihnya berpuluh akhbar bukan Melayu.
Cuma, umat Islam ada lebih sedikit dalam sektor
perkhidmatan awam dan GLC. Itupun semua mahu direbut. Peliknya, sektor polis
dan tentera, yang melibatkan risiko nyawa, tidak pulak menjadi rebutan.
Terbaharu, ultra kiasu mendesak sekolah
vernakular diberikan status sekolah bestari atau sekolah berprestasi tinggi. Tidak
bestari lagikah sekolah mereka, semua kelengkapan lebih dari mencukupi. Selain
dari bantuan penuh kerajaan, parti politik dan jutawan mereka turut membantu?
Saya tidak hairan jika suatu hari nanti kerajaan
akan menunaikan hasrat itu. Termasuk mengiktiraf sijil sekolah persendirian
mereka seperti UEC, walaupun mereka tidak memenuhi kehendak yang ditetapkan
oleh kementerian. Saya bukanlah terlalu menentang, status tersebut mungkin boleh
diberikan, jika mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Tetapi itu tidak
berlaku.
Kenapa kita tidak mengikut negara-negara lain,
seperti Siam, Indonesia, Nyanmar, Vietnam, Britain dan lain-lain negara seluruh
dunia? Semua perkara berkaitan pribumi akan didaulatkan, terutama agama dan
bahasa bangsa mereka. David Cameron secara jelas mengisytiharkan Britain negara
Kristian. Umat Islam di sana akur diam, tidak bercakap banyak. Inilah
toleransi.
Bukankah bumi ini sama seperti bumi Siam,
asal-usulnya Siam, semua perkara berkaitan dengan Siam didaulatkan. Asal usul
bumi adalah bumi Melayu, kenapa Melayu dan Islam tidak terdaulat. Kenapa semua
menjadi tunggang-langgang?
Pertama, orang Melayu Islam itu sendiri tidak
mahu ke arah itu. Melayu sudah jauh dari ikatan Melayu. Melayu tidak lagi kenal
diri Melayu. Melayu sudah jauh dari jati diri. Tidak hairan, jauh dari ikatan
agama Islam itu sendiri yang telah mengubah kehidupan mereka selama ini. Bila
Melayu menjadi moden, mereka mahu agama turut moden sama, mengikut nafsu
mereka.
Dahulu, Melayu ramai yang belajar agama, sekolah
missionari, tetapi tidak dengar Melayu bertukar agama. Kerana apa? Kerana Melayu
sangat kuat jati diri. Meskipun tidak bertudung.
Hari ini Melayu, ada yang berkurung, tetapi perangainya
amat jahil tentang Melayu. Mereka bertindak, lebih orang putih dari orang
putih.
Melayu tidak tahu falsafah di sebalik baju kurung
atau baju Melayu. Kenapa baju itu dinamakan kurung, mengurung bentuk badan.
Kenapa pula lelaki memakai baju Melayu, bersamping pula, menutup penonjolan
kemaluan.
Adat, Melayu dan Islam berpisah tiada. Kini,
sudah tidak lagi. Ada yang berpandangan, jika berpegang kepada Islam, mereka
tidak akan ke mana-mana. Melayu perlu moden dan liberal, baharu boleh maju.
Seolah-olah agama Islam ini tidak sesuai dengan zaman moden.
Kedua, cara orang Melayu berpolitik amat
merugikan. Mereka terlalu berpolitik. Politik untuk kuasa. Untuk kekalkan kuasa,
mereka akan lakukan apa sahaja, termasuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan
negara. Asalkan dapat berkuasa, kita akan beri apa sahaja, termasuk perkara
yang menjadi milik kita. Tanah rezab hilang entah ke mana, sekarang baru nak
ganti. Ini belum termasuk pembelian hartanah besar-besaran dari Singapura.
Melayu sanggup korbankan jawatan kabinet, kerusi
DUN dan Parlimen untuk memenuhi kepuasan orang lain, walaupun mereka tidak ada
majoriti atau menang atas tiket orang Melayu. Apabila mereka sudah dapat, jika
mahu diambil semula, memang putih mata. Mereka akan kata, ini tidak adil.
Orang lain belum tentu boleh berbuat demikian. Amat
sukar sekali melihat Melayu bertanding kawasan majoriti bukan Melayu. Jika
bertandingpun, hilang wang deposit.
Jika mereka tidak rasis, sudah tentu Melayu mudah
untuk menang di kawasan majoriti bukan Melayu, tetapi itu tidak berlaku. Bukan Melayu
mudah sangat menang di kawasan majoriti Melayu. Malangnya, mereka tidak pernah
bersyukur.
Ikut proposi kaum mereka tidak layak dapat kerusi
kabinet. Tetapi diberi juga. Inilah hati Melayu yang sukar untuk saya fahami.
Ketiga, sebenarnya orang Melayu terlalu baik.
Kebaikan ini dibalas dengan sifat ultra kiasu, bukan dengan pantun yang
berbunyi, palau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan
dikandung, budi baik dikenang juga.
Syarikat GLC yang diketuai Melayu sanggup membuka
ruang dan peluang untuk bukan Melayu menyertainya, atas dasar perpaduan dan
desakan parti-parti politik.
Pernahkah kita kenakan kuota syarikat bukan
Melayu untuk mengambil pekerja Melayu. Kebanyakan yang jika diambil semuanya
jadi simbol untuk menarik perhatian pelanggan dan menguntungkan bisnes mereka.
Bank mereka atau syarikat produksi makanan,
kerani kaunter semua Melayu, untuk menarik pelanggan Melayu. Ada yang
disyaratkan mesti tahu berbahasa mandarin. Paling pahit apabila, ada yang
dihalang untuk bersolat jumaat
Jika diambil orang Melayu berpengaruh untuk
menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, mereka hanya menjadi pak pacak dan
diberikan elaun yang tinggi. Kita berada di situ, berasa diri sangat hebat. Wal
hal diperalatkan.
Peliknya ultra kiasu tidak dikatakan ekstrem.
Saya yang bercakap benar, itulah yang ekstrem.
Akhirnya, saya menyeru kepada orang Melayu Islam,
bangkitlah sebelum terlambat. Permainan ultra kiasu ini amat licik. Mereka
sudah dapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tetapi mereka tidak pernah puas.
Maka sasarkan kepada UMNO dan NGO-NGO seperti Perkasa dan Isma, bagi mengaburi
mata masyarakat bahawa mereka tidak rasis. Tetapi yang sebenar, mereka yang
paling rasis. Mereka yang menjadi punca kepada masalah hari ini. Malangnya,
kita terus menjadi mangsa. Apakah kita masih ada masa
untuk bangun?
19 comments:
Jaga tepi kain orang buat apa?
Kau pun bukan bangsa Melayu?
Mengapi-apikan semua bangsa sahingga tercetus huru-hara dan menghancurkann negara adalah matlamat setan yang bertopengkan ahli agama.
Malaysia dengan kaum berbilang bangsa dan agama akan terus maju ke hadapan tanpa kaum setan seperti mu yang gemar melihat perbalahan antara kaumm dan agama.
Tak kan setelah 57 tahun Merdeka, nak balik semula ke tahun 60 puluhan?
Buat malu sahaja sesiapa yang mati akal dan mengikut tohmahan Profesor yang membabi buta.
Dari segi pegangan agama Islam, lebih kurang macam perangai ISIS dan Boko Haram tu.
kau yg ultra kiasu memeluk islam
Tn2 diatas...apa yg blogger nie tulis....semuanya fakta bro.... Lu semua pegi wat research sket... Mmg citer kat msia camtu...apa nak cover2...mmg betul...terima jer la...
Ini br org yg ada intergriti...betul ckp betul.... Salah ckp salah....
Dua komentar diatas diibaratkan 'kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak nampak'. Sungguh menyedihkan. Hati sudah menjadi hitam untuk merasai apa yang telah terjadi disekelilingnya.
Tak pyh la nk kutuk2. Dia ada ilmu. Kt ni blum tentu tau sejarah msia, sejarah islam. Apa yg dia kata tu realiti-fairuze rosali
What is your point Mr. Ridhuan Tee? why must you put more salt on the nearly healed wound? We are a multi racial country with other religions and races.
Dan awak sendiri bukan seorang berbangsa melayu. Apa yang awak nak buktikan di sini? Kita sudah moden, kita perlu menganjak ke hadapan. Dgn Islam saya percaya kita boleh hidup seiringan dengan sahabat-sahabat kita yang bukan islam. tetapi bukan dengan cara kamu. kamu ni saya anggap sebagai sudah melampau.
maafkan saya, tetapi apa yang kamu cakap ni sama saja dgn puak ekstremis.
Moga Allah terus menguatkan kita untuk terus mempertahankan agama Islam di bumi MALAYsia yang tercinta ini..aminnn
Rasanya kritikan yang Dr Ridhuan Tee utarakan di sini adil saksama. Mereka yang naik berang hanyalah golongan degil yang tak boleh ditegur, selain menyerlahkan kebodohan sendiri.
Salute Dr Ridhuan!!!
anon 4:35 dan anon 6:13 jangan jadi bangsat..! tahu lah berterima kasih sesama manusia kalau tahu bersyukur kepada yang MAHA ESA..! ubat memang pahit..!
teruskan ustaz..!
Sokong yg Prof. nyata kn.
Klau lh majoriti umat melayu berfikiran macam Prof tentulah puak2 racist x berani bongkak
seperti keadaan sekarang.
Harap Prof terus memberi idea2 untuk umat melayu terus berjuang tanpa jemu.
Insyaallah
Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,
Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,
Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,
Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...
Haa haaa Haaa
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....
Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...
Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,
Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,
Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,
Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...
Haa haaa Haaa
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....
Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...
Anon 4:35 & 6:13.. kau berdua ni bukan bangsa melayu tulin tetapi bangsat tak tahu menilai buruk baiknya...
Aik! Kena sound benda yang benar dah melenting. Korang hina bangsa yang bersangka baik terima korang kongsi tanah air boleh pulak. Lepas tu nak huru-harakan negara yang damai harmoni boleh aje pakai alasan hak asasi.
Apabila Ultra Kiasu memenuhi ruang ulasan Prof Ridhuan Tee..Kerana tidak menggunakan akal mereka sewenang wenangnya menyelar setiap kata yg benar dilontarkan kepada mereka..sungguh memalukan
Teruskan hangatkan punggong puak-puak pakatan haramjadah ni prof. Biar mereka melompat tak tentu hala. Mereka adalah musuh-musuh Melayu. Mereka adalah musuh-musuh Islam. Mereka adalah musuh-musuh Allah. Allah tidak kenal bangsa. Tapi Allah kenal orang2 yang bertakwa. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah selamatkan bumi Malaysia dari fitnah manusia2 durjana.
Ekstremis apo le bendonye..Engko y bangang sampai ultra kiasu. Ibarat engko da luka banyak oleh ultra kiasu tp diorg bg ko gula2 tuk lupakan apa y diorg buat.. Bangang.
Saya fikir orang melayu keliru dan tidak tahu membezakan Agama dengan Bangsa. Orang melayu tidak sepatutnya berpecah kerana agama. Yang menjadi masalah kerana ada melayu yang rasa diri lebih Islam dari melayu yang satu lagi.
Percaya lah parti yang menjadikan Islam sebagai platform akan mati jika pihak pemerintah melarang keras menjadikan agama sebagai perjuangan politik. Saya yakin DAP tidak bantah penggunaan agama dalam politik kerana ada advantage kepada perjuangan mereka .... satu cara membiarkan melayu pecah belah atas kemahuan sendiri. Dan ini lah yang sedang berlaku kepada bangsa melayu. AGAMA ISLAM GAGAL MENYATU PADUKAN BANGSA MELAYU. PALING MUNAFIK ADALAH BANGSA MELAYU ... MEREKA BERSATU SEMASA MENGADAP TUHAN, HABIS SAJA SESSI MENGADAP TUHAN MEREKA AKAN PECAH IKUT IDEOLOGI POLITIK MASING2. KETUA HIPOKRIT ADALAH PARA ULAMAK KERANA PENGIKUT INI SEKADAR PAK TURUT SAJA.
Saya bersetuju dengan Taykar bila dia mencabar supaya Umno - Pas bersatu. Cabaran Taykar ini sama seperti cabaran Langkah Mayat oleh Karpal Singh. Mereka sudah kaji hati perut melayu, sebab itu mereka berani buat cabaran. Perbandingan Minyak dan Air yang berulangkali disebut oleh Taykar bukan kosong, mungkin dia sudah buat expirement cuba mensebatikan kedua bahan itu.
Persoalannya sampai bila kita mahu membiarkan Minyak dan Air buat hal masing2 sedang bahan penstabil iaitu Islam ada depan mata.
Gunakan Islam Untuk Merapatkan & Jangan Guna Islam Untuk Merenggangkan. Semoga para Ulamak Pas diberi petunjuk oleh Allah.
SAM
Post a Comment