Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, January 19, 2015

Bila orang putih menjadi ultra kiasu

7:39 AM Posted by RIDHUAN TEE 18 comments


(Sinar Harian, 19.1.15)

Seorang peguam ultra kiasu, bernamakan orang putih, bermata sepet, tidak semena-mena mengkritik JAKIM kerana dikatakan mempromosikan ekstremisme menerusi penyampaian khutbah, setiap kali ketika umat Islam di negara ini menunaikan solat Jumaat. Tidak mustahil selepas ini dia akan menuduh JAKIM pengganas (terroris). Malangnya ada juga ultra kiasu Islam yang menyokong peguam ultra kiasu ini.

Berapa kalikah dia mengikuti atau mendengar khutbah? Tanyalah sesiapapun, terutama orang PAS dan PKR. Mereka akan kata teks khutbah yang disediakan oleh JAKIM atau Majlis/Jabatan Agama Negeri, tidak ummpphh, pro kerajaan atau mengampu, berbanding khutbah mereka yang lebih ‘berkualiti’.

Kenapa tiba-tiba sisepet ultra kiasu ini boleh mengatakan JAKIM promosikan ekstremisme? Berapa dalam pengetahuannya terhadap agama Islam? Pernahkah dia mendengar khutbah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat?

Jika tidak tahu, mari sini biar saya tunjukkan. Sepet ajar sepet, sayangnya saya tidak ada nama orang putih.  

Ternyata, ultra kiasu ini dan kuncu-kuncunya semakin berani dan kurang ajar mencampuri urusan agama Islam. Sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka. Pernah saya mencadangkan supaya kita menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad. Tetapi dikritik ultra kiasu habis-habisan.

Sahabat saya beragama Kristian, selalu melaporkan gereja di Jalan Kelang Lama yang mempromosikan kebencian, kerap kali menjemput paderi dari Singapura.

Khutbahnya bukan sahaja ekstrem, tetapi amat jelas mencabar kedaulatan negara ini. Sejarah negara diputar-belitkan.

Nampaknya sisepet ini amat degil. Jika tahu, ianya sensitif tetapi dengan sengaja melakukannya. Elok juga dia merengkok di penjara. Biar dia tahu langit ini tinggi ke rendah.

Jika ultra kiasu lain di negara ini jenis yang ikhlas, jujur dan tidak licik, sudah tentu ada kalangan mereka yang mengutuk tindakan sisepet putih itu. Ini tidak, kebanyakannya menyokong secara terbuka.

Lihat sahaja komen-komen mereka dalam laman web ultra kiasu. Kerajaan dan JAKIM dikutuk habis-habisan, dengan pelbagai kata-kata kesat dan penghinaan.

Bandingkan jika saya yang melakukan ‘kesalahan’ yang sama, saya fikir dalam laman web atau akhbar ultra kiasu, sudah tentu tidak ada cerita lain lagi. Misalnya, penipuan berita mengatakan saya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, bila saya dilarang masuk. Sedangkan saya tidak ke sana pun.

Pendek kata, mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat ultra kiasunya, termasuk melakukan penipuan.

Tahukah ultra kiasu bagaimana prosedur khutbah dibuat? Ada jawatankuasa panel penulis dan penilai. Khutbah tidak dibuat dengan sesuka hati. Antara tajuk-tajuk khutbah JAKIM sepanjang 2 bulan lalu adalah, menjana masyarakat prihatin, Rasulullah teras perpaduan ummah, fitrah insani, mencegah rasuah, memperkasa zakat, kasih Ilahi, agenda memperkasa ummah, membina jati diri Muslim, cabaran membentuk keluarga milinium dan sebagainya. Ekstremkah tajuk-tajuk ini?

Apakah nilaian ekstrem pada kaca mata ultra kiasu? Saya cadang ultra kiasu pergi mendengar khutbah di negeri PR. Bagaimana saban minggu tema tidak lain, iaitu kewajipan melaksanakan hukum Allah untuk mengatasi semua masalah iaitu hudud. Khatibnya semua orang PAS. Peliknya, PKR yang mendengar, menolak hudud.

Saya amat tertarik dengan respon seorang Sarjana Muslim di German, apabila Islam dikaitkan dengan keganasan. Katanya, siapa yang mulakan Perang Dunia I dan II? Siapa yang bunuh 20 juta orang asli di Australia? Siapakah yang mengebomkan Hisroshima dan Nagasaki hingga menjadi padang jarak padang tekukur? Siapakah yang membunuh lebih 100 juta orang India di Amerika Utara? Siapakah yang membunuh 50 juta orang red Indian di Amerika Selatan? Siapakah menghambakan kira-kira 180 juta orang Afrika. Kemudian 88% daripada mereka yang meninggal dunia, telah dibuang ke dalam lautan Atlantik? Adakah semua ini perbuatan umat Islam? TIDAK!

Semua ini kerja orang bukan Islam. Justeru, siapakah sebenar yang ekstrem dan pengganas? Justeru, sebelum menuduh umat Islam, berikan maksud sebenar ekstrem atau pengganas? Bila bukan Islam melaku kejahatan, dikatakan jenayah. Bila orang Islam melakukan perkara yang sama dikatakan pengganas. Kerja gila apakah ini? Kenapa Islam sentiasa dijadikan sasaran?

Jika kerajaan pimpinan orang Islam hari ini ekstrem, sudah lama sisepet dan kuncu ultra kiasunya tidak akan dapat mencari makan di sini.  Mereka tidak akan menjadi kaya-raya. Pernahkah kerajaan ambil sebahagian dari kekayaan itu sebagaimana yang komunis lakukan?

Sama juga, jika JAKIM mempromosi ekstremisme, sudah tentu orang bukan Islam tidur tak lena. Mereka akan dipulaukan dan sebagainya. Tetapi, keadaan berlaku sebalik. Bukan Islam tinggal di kawasan majoriti Melayu hidup dengan aman, tidurnya lena, lebih lena dari umat Islam sendiri.

Sebenarnya, toleransi dan kerjasama umat Islam terhadap bukan Islam amat tinggi nilainya. Maka hargailah, sebelum mereka hilang sabar.

18 comments:

Anonymous said...


(Note: bukan semua matsaleh jahat)

Beliau terpengaruh dan menjadi alat dgn strategi jangka panjang Mat Saleh.

Agama digunakan untuk perperangan. Sebelum minyak jadi bahan utama- arab & yahudi boleh duduk tanpa masalah.

Dari dahulu benua asia berniaga sehingga orang Arab boleh duduk di China menagmalkan Islam tanpa masalah.

Kedatangan orang Mat Saleh telah membawa ideologi Perang Komunis, Perang Guge, Perang Vietnam, Perang memecah belah arab -minyak (lawrence Arabia dll), Perang hamba, Perang Melaka membolot rempah.

Bayangkan tanpa mereka (yang jahat)- pastinya Benua Asia berniaga secara natural simbiosis. Arab, Afrika, India, Asia tenggara, china bertukar2 hasil.

Janganlah terpengaruh & menjadi alat- Khuatir Perang Malaysia pula bakal berlaku.

Selama ini (sebelum manusia pagan menganut agama mat saleh) tiada banyak masalah. Bumiputera Sabah/Sarawak bergaul dengan Muslim tanpa sangsi.

Manusia yang menerima DANA asing ini pula yang kemaruk. Anda pasti dana ini tidak berniat JAHAT?

Anonymous said...

Terbaekklah Prof..(Sepet ajar sepet, sayangnya saya tidak ada nama orang putih.)

Anonymous said...

Dah si peguam bernama Mat Salleh tu di heret ke Balai Polis, di tahan 1-2 malam, di tuduh menhgasut di Mahkamh rasa nya (?), bakpa Menteri Penerangan pulak mengatakan RTM boleh adakan debat antara dia dengan JAKIM?

Kan gitu mencairkan suasana serius tindakan Polis menangkap si Mamat itu dan megheretnya ke Balai Polis.

Kan gitu akan memberi dia peluang mengeluarkan beberapa hujah mencemoh lagi agama Islam, mungkin mengkerohkan lagi suasana dan keadaan.

Kan debat tak membuktikan mana mana pihak menang dengan nyata. Jauh berbeza jika di "debat" di Mahkah.

Patut nya, diamkan saje le bila Polis dah ambil tindakan tuh. Aku tak faham le manusia camtu.

Anonymous said...

Ini lah padah nya bila Pemerintah tak merintah dengan tegas dan penuh integriti. Depa pendatang naik muka melanda landa, nak tijak kepala kita. Mana boleh.

Gila, ISA di buang, pastu nak buang pulak Akta Hasutan. Jadi, depa ingat, ele, takpe, kita boleh cakap atau buat ape saje, tak takut, gomen sekarang dah liberal, konon. Liberal kepala hotak depa.

Nasib le akar umbi UMNO dari Cawangan ke Bahagian ke Pemuda dan Wanita, jugak ada di peringkat Majlis Tertinggi pun riuhkan tak mahu Akta Hasutan di buang. Kalau tak, dah lingkup Akta Hasutan yang mempertahankan dan melindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan. Perkara Perkara itu le yang menjadi hak dan kepentingan Melayu. Mana boleh di pertikai atau di abai.

UMNO perlu gantikan saje pemimpin yang nak buang Akta Hasutan, nak mengejar taraf negara maju dengan tak kisahkan sangat hak dan kepentingan Melayu.

Anonymous said...

Nak numpang tanya - yang pakai nama Mat Salleh tu, anak Mat Salleh ke? Kalau betul, awat mata sepet, kulit tak putih?

Bintng filem Hollywood Marlon Brando ada kata bila mendedahkan dia ada anak dengan Housekeeper dia - "Kadang kadang malam rasa sejuk, yang ada di rumah ha nya Housekeeper dia. Itu le sebab nya dia ada anak dengan Housekeeper itu."

Apa begitu keadaan nya dengan kes Mamat pakai nama Mat Salleh nih?

Memang, itu dia punya pasal. Tapi bila dia dok ngata yang bukan bukan berkaitan agama Islam dan JAKIM, kita pun boleh lah ngata macam macam fasal dia. Kalau dia anak di luar nikah, kurang le kredibiliti dia. Susah rakyat nak caya cakap sorang anak haram.

Anonymous said...

Salam dan Sejahtera untuk Prof.
Berjumpa Prof di PICC rasa macam dahulu juga takda bezanya..tak nampak dimana extremenya...walau apa pun Prof usah lemah semangat..teruskan usaha murni Prof..kerana penulisan Prof masih dibaca orang dan membuatkan orang berfikir-Orang Kampung

Anonymous said...

Agak-agak dia boleh tak pergi ke Sarawak?

Anonymous said...

Apakah peguam mempunyai bukti kukuh tentang khutbah yang dikatakan mempromosikan ekstremisme?

Anonymous said...

Blog yang bernama Malaysia Chronicle masih lagi mengungkit isu kalimah Allah dengan menerbitkan apa yng di panggil "open letter" yang di tulis seorang benda Allah bernama "Noor Azrie Petra Noor Azman of Aura Merdeka". Tak tahu apekebende nya Aura Merdeka itu.

Menuduh "the country’s interpretation and enforcement of Islamic laws are edging towards extremism", dia konon nya mengajak Muslimin lain membawa agama nya ke arah "moderation".

Dia menuduh sistem undang undang berdasarkan Islam dan sunnah yang di praktik di negara ini bertelingkah dan membawa kapada “extreme limits”. Memberi contoh bahawa halangan menggunakan kalimah Allah, dia mengata “Allah never said His name is exclusive for Muslims in the Quran nor in the Qudsi Hadith.”

Bangang nya manusia yang berkata demikian. Saya pula ingin menulis "open letter", saperti berikut:

Wahai manusia yang berkenaan, ketahui lah oleh mu bahawa tiada agama atau undang undang yang merakam apa apa peraturan, sistem atau cara hidup dengan sapenuh penuh nya.

Maka Allah telah mengurniakan manusia otak, oleh itu gunakan lah otak itu sapenuh nya. Interpretasi lah Qur'an, Hadith dan dan segala undang undang itu dengan baik, berdasarkan undang undang yang di reka manusia sendiri, saperti Perlembagaan negara.

Bila Perkara 3 Perlembagaan menyatakan "Islam ada lah agama Persekutuan ini", dan tiada agama lain di sebut, maka ketahui lah oleh mu bahawa Islam ada tempat istimewa di negara ini.

Oleh itu, jangan lah ungkit lagi isu penggunaan kalimah Allah. Kalau ia pun, sebab sebab dan rationale bagi halangan itu telah di terangkan berkali kali dan dengan panjang lebar.

Anonymous said...

"Open letter" yang di tulis benda Allah bernama Noor Azrie Petra Noor Azman itu telah di terbitkan di Malay Mail. Tak pasti sama ada penulis itu benar benar Melayu/ Muslimin, sebab banyak penipuan dan penyamaran di buat dek DAP Red Bean dsb nya sejak beberapa lama yang lalu.

Dia menuduh nama Islam tercemar di merata dunia akibat "raids on nightclubs .. to “shame or disgrace” Muslims .. and confiscate [the] religious rights of a person like the Gospels of the Christians”.

Kata nya, ".. for every law based on the teachings of Islam and the sunnahs of any Prophets (peace be upon them all) must have a dalil (proofs) that is sahih (authentic/truthful),” he added.
Tak tahu makna sabenarnya apa yang di kata nya itu, namun penulisan nya di terbitkan, mungkin bagi mengelirukan pembaca dan mengipaskan perasaan benci terhadap Islam dan penguat kuasa agama itu di negara ini.

Begitu juga kata kata peguam yang mengguna nama Mat Salleh itu. Dia tidak pernah mendengar khutbah di mesjid mesjid tapi menuduh khutbah itu melampau atau "extreme". Maka sesuai benar lah tindakan Polis mengheret si Mamat itu ke Mahkamah dan menyiasat nya.

Anonymous said...

Penulis Noor Azrie Petra (atau Ching Kom Pong atau Muthusamy, jika itu suatu penyamaran) juga memuji kumpulan 25 pesara Pegawai Kerajaan yang mahukan undang undang dan pelaksanaan nya di kaji semula bagi menunjukkan kapada bukan Islam bahawa "the Islamic civilisation was intellectually advanced and respectful of other religions and races."

Kupra worak punya cerita. Kalau agama Islam telah di nyatakan sebagai agama negara ini, apa lagi nak buktikan itu ini kapada yang lain. Kerajaan pusat telah membuktikan moderasi dengan tidak mengimplementasi Hdud - tak cukup ka? Apa lagi korang mau?

Dan apa bukti mereka membuat kenyataan yang ada implikasi kita tidak "respectful of other religions and races"?

Dan si Mamat pemunya blog itu nak mengada ngada ke? Yang menerbitkan penulisan nya mahu apa lagi?

Group of 25 nak apa lagi, nak cuba "campaign for public discourse on the position and application of Islamic laws" apekebende nya?

Di katakan "dominated by some of the country’s most senior-ranking civil servants", tapi apa kah mereka benar benar menghormati Perkara 3 Perlembagaan yang menyatakan Islam ada lah agama negara ini?

Saya tahu bahawa antara mereka ada yang selalu menonggak arak, sekurang kurang nya di masa mereka masih berkhidmat. Yang di kementerian Luar Negeri dan bekas Duta itu sentiasa "exposed to" minuman keras di jamuan itu ini di dalam "diplomatic community". Cicah ke tidak arak salepas bersara tak tahu lah.

Jadi, saya curigakan tujuan dan "credibility" kumpulan 25 itu mahukan kajian semula "the position and application of Islamic laws" di negara ini.

Anonymous said...

446 curigakan tujuan G25 itu - kot depa mengharapkan "relax punya application of Islamic laws" supaya boleh "cheers and yamseng whisky" lagi ke?

Anonymous said...

G25 mahu Kerajaan tunjukkan bahawa "the Islamic civilisation was intellectually advanced and respectful of other religions and races."

Mereka itu "intellectual" ke? Mereka tak kira siapa yang mulakan tidak "respectful of other religions and races" ke? Macam mana nak kata mereka "intellectual"? Mengarut lah mereka.

Mana mana agama pun mahukan penganut nya menjaga kehormatan dan maruah agama itu. Kalau si polan pakai nama Mat Salleh itu tak mendengar, membaca khutbah khutbah Jumaat, tak mengakji dengan waras apa yang di tulis JAKIM dan lain lain pihak di negeri negeri lain, tapi nak mengata macam macam, sepatut nya si polan itu di tenyeh dan G25 bersuara.

Ada G25 kata apa apa berkenaan Mat Salleh celup itu? Dia perlu di bawa ke Mahkamh hingga yang tertinggi di negara ini bagi menentukan dia di penjara selama yang di benarkan undang undang bagi nya.

Anonymous said...

SHAH ALAM- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mendoakan agar Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang gering sekarang agar cepat sembuh.

Katanya, beliau berharap agar ALLAH sentiasa mengurniakan kesihatan yang terbaik untuk Nik Aziz.

“Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh ALLAH SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh ALLAH SWT,” tulisnya dilaman Facebooknya hari ini. (Sinar Harian 21.1.2015)

Dulu ada orang pernah mendoakan WAMINHOM NAJIB (apa makna nya wallahualam). Mungkin makna nya DAN PANJANGKAN LAH UMOR NAJIB (main agak makna saja ni). 😟😟😟

Anonymous said...

Saya sarankan sekuat kuat nya - RTM jangan adakan debat di TV atau di mana mana antara Mat Salleh celup itu dengan JAKIM atau sesiapa.

Biorkan apa debat di adakan di Mahkamah.

Anonymous said...

Klau nak ikutkan hati sakit, memang nak harapkan Nik Aziz ikut Karpal Singh. Teruk sangat Melayu dan orang Islam di buat nya.

Tapi tak baik. Itu politik. Ini keadaan dia gering, politik mesti di ketepikan.

342 mengagak makna bahasa Arab tu ke arah yang baik, betul tak betul, tak salah pun.

Anonymous said...

MOSUL - IRAQ. Kira-kira 13 remaja ditembak mati pengganas Kumpulan militant Negara Islam (IS) hanya kerana menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Asia antara pasukan Iraq dan Jordan, minggu lalu. (Sinar Harian 21.1.2015)

Haaa yg ini tak zalim kan. Pembunuhan ini halal kerana mahu menegakkan ISLAMIC STATE yang pasti akan mendaulatkan HUKUM ALLAH. ������

JANGAN SALAHKAN AMERIKA & SEKUTUNYA KALAU MEREKA MELABELKAN PEJUANG ISLAM SEBAGAI PENGGANAS ... MEMANG GANAS PUN.

Anonymous said...

Paling tepat perkataan "kurang ajar mencampuri urusan agama Islam" itu.

Tidak lain dan tidak bukan. Sesiapa yang menyentuh hal agama Islam yang tertera di Perkara 3 Perlembagaan negara sebagai agama negara ini memang lah kurang ajar, tak tahukan bahawa bukan sahaja Islam di sebut demikian tetapi juga bahawa tiada agama lain di sebut pun, bermakna Islam ada kedudukan istimewa di negara ini, saperti pernah di sebut oleh seorang bekas Hakim.

Yang menjijikkan pula ia lah hal bahawa dia seorang peguam. Nampak lah ultra kiasu nya amat sangat - dah tak dapat kedudukan istimewa dengan apa apa cara, dia cuba menganiayakan agama kita. Maka paling keji lah si Mat Salleh ini.

Pengarah NGO apekebende nya bila dia tak tahu tempat dan kedudukan nya di negara ini. Hormati dan patuhi Peelembagaan negara, jika tidak mahu berbuat demikian, berhijrah lah. Sesuai bagi nya berhijrah ke negara negara Mat Salleh yang Perlembagaan nya dia mahu hormati dan patuhi. Amerika contoh hya - jangan pedulikan mereka ada tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay, walau pun Malaysia telah membuang ISA.

Mahukan berbagai kebebasan konon nya, hingga tiada berhad. Menuduh ekstremism dalam khutbah, konon nya - ekstremism my foot!