(Sinar Harian 12 Jan 2015)
Ketika negara dilanda musibah banjir, kita
mengharapkan seluruh rakyat Malaysia berpadu tenaga, membantu mereka yang
memerlukan, atau paling kurang, menzahirkan rasa simpati.
Batal atau tangguh dahulu program atau aktiviti
yang tidak mendatangkan faedah. Misalnya, membatalkan sambutan Tahun Baharu 2015,
seperti yang dilakukan. Biarkanlah mereka berkenaan sahaja menyambutnya.
Lagipun, saya tidak nampak manfaat menyambutnya,
melainkan satu pembaziran dan kemungkaran. Alasannya mudah, setiap bangsa
(agama) sudah ada tahun baharu tersendiri. Sambutlah dengan penuh keimanan.
Di Brunei, sambutan tahun baharu langsung tidak
dibuat, meskipun tidak dilanda musibah. Cara inilah yang perlu kita pelajari
dan ikuti. Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda
baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.
Misalnya, program realiti TV semakin menjadi-jadi
ketika rakyat ditimpa musibah. Lebih menjengkelkan ada adegan-adegan hina yang
sengaja ditonjolkan bagi mencari publisiti murahan dan kontroversi.
Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi
berusia dipeluk oleh dengan pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan,
kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu. Begitu juga
adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya
apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating. Dosa pahala
letak di mana?
Sekadar berkongsi pengalaman sepanjang mengacara
program realiti tv. Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti
tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini?
Barakah apa yang dicari?
Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah
banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah
sampai masanya kita bertaubat. Bersedialah sebelum musibah datang menimpa. Matlamat
asal program realiti tv untuk mencungkil bakat sudah tersasar jauh. Ia tidak
lagi bersandarkan kepada asas ilmu dan amar makruf nahi mungkar.
Lebih menyedihkan program realiti agama, mencari
pendakwah versatil. Sepatutnya peserta
dinilai dari segi ketinggian ilmu yang dimiliki. Bukan soal kebolehan menyanyi
atau melawak. Kesihan para peserta dipaksa menyanyi dan melawak untuk mengejar
rating.
Akhirnya, ketika uji bakat, prioriti ilmu diketepi.
Kebolehan menyanyi dan melawak itulah yang dicari. Begitu juga dengan pemilihan
juri. Ada juri yang baru setahun jagung menceburi bidang dakwah, yang
dipertikaikan dari segi kredibilitinya, diberikan mandat menjadi juri.
Komen juri ini seolah-olah dia pakar dalam
pengucapan awam atau public speaking. Tidak terdengar sepatahpun ilmu asas
pengucapan awam, seperti athos, pathos dan logos (3os) ketika memberikan komen.
Carilah makna 3os ini. Sesuaikan melalui
pendekatan dakwah Rasulullah SAW. Tidak kurang yang syok sendiri memberi komen,
seolah-olah pengucapan awam mereka begitu baik sekali, wal hal banyak yang
masih perlu diperbaiki.
Misalnya, komen seorang juri yang kononnya pakar
dalam bidang tajwid. Ini belum termasuk pandangan kontroversinya mengenai Bani
Tamim dari kalangan orang Melayu dan menghalalkan darah Ikhwanul Muslimin Mesir.
Lagak komennya mengalahkan pakar bidang pengucapan awam.
Apakah matlamat sebenar realiti tv? Mengundang
barakah atau musibah? Sehingga mereka yang sudah tidak bergigipun
dipertandingkan? Ini belum termasuk yang belum bersunat?
Nasihat saya kepada mereka yang masih lagi leka
dengan musibah ini. Pertama, jangan undang murka Allah. Kurangkanlah program
realiti tv bersifat merosakkan. Jangan selalu berfikir kontroversi dan sensasi
itu baik. Suka di sisi kita, belum tentu Allah suka.
Kedua, letakkan ilmu di tempat yang tinggi dalam
menjayakan program realiti tv. Fathi Yakan berpesan, kebersihan jiwa dan rohani
perlu diberi perhatian. Sentiasa ikhlas dan mengingati Allah. Keilmuannya harus
mantap ukhrawi dan duniawi.
Ketiga, pendakwah katanya mesti ada keupayaan
untuk menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan
maklumat yang sedia ada, berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Keempat, pendakwah perlu mengetahui kekuatan dan
kelemahan yang ada pada dirinya sendiri. Jika tidak boleh menyanyi, tidak perlu
paksakan diri.
Kelima, pendakwah perlu menjadi teladan yang baik
(al-Qudwatul Hasanah). Pengalaman merempit tidak bermakna kita boleh menarik
mat rempit.
Keenam, pendakwah perlu mempunyai pandangan yang
tajam, tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas. Tanya
lain, jawab lain.
Ketujuh, pendakwah perlu mempunyai kemahuan yang
kuat. Daya Tarikan yang tidak melampau.
Kelapan, pendakwah perlu melaksanakan amar makruf
nahi munkar. Pemimpin realiti tv perlu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan
maksiat.
Hassan al-Banna berkata: “Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti
pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah
kepada mereka”.
Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan
yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke
penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukanlah pintu penjara, agar mereka
keluar menjadi baik.
10 comments:
Malam ni konsert. Malam esok Drama swasta kisah cinta romentik atau rebut harta. Malam lusa cerita omputih. Seterusnya beryahanana dan ceramah agama. Bebudak plak tiap2 hari tengok kartun yahudi dengan perangai yang pelik2.
Kalau dah aktiviti harian bercampur aduk. Haram pun boleh, halal pun ok. Dah tentu itulah hasilnya.
Bila begitu banyak lesen radio dan TV di keluarkan di zaman Tun Dol dan Najib, maka bermacam karenah lah padah nya.
Tak tahu apa dasar yang di gunakan bagi pengeluaran lesen itu. Kalau berdasarkan jumlah penduduk pun, tak tahu nisbah di negara mana yang di ikuti.
Kalau nisbah di UK, lain lah, sebab mereka selalu nya ada perinsip perinsip dan peraturan yang telah di uji melalui masa (tested through time).
Lesen radio dan TV telah di keluarkan dalam berbagai bahasa. Tak pedulikan langsung Perkara 152 Perlembagaan yang menyatakan Bahasa Melayu ada lah bahasa bagi negara ini. Radio dan TV Kerajaan pun ada ruang bagi bahasa bahasa lain.
Sudah lah dengan sekolah pun ada berbagai sistem, termasuk yang menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar nya. Pada hal mereka di selatan China, asal usul hampir kesemua Cina di negara ini, membangkang dan membuat demo di Canton, Hong Kong dll bila Beijing kuatkuasakan penggunaan Mandarin sebagai bahasa resmi negara mereka.
Bagaimna kah boleh timbul suatu bangsa Malaysia yang bersatu, kukuh dan bersepadu di negara ini? Timbul bangsa rojak lah padah nya.
Perlu ada pemimpin yang berani dan sanggup melaksanakan dasar dasar bagi benar benar menyatu padukan rakyat negara ini berdasarkan Perlembagaan negara.
8:28 AM
Saya berpendapat Prof Ridhuan Tee adalah seorang pemimpin yang berani dan sanggup melaksanakan dasar dasar bagi benar benar menyatu padukan rakyat negara ini berdasarkan Perlembagaan negara.
Buktinya ternyata sekali dalam penukilan beliau. Kini hanya tinggal pelaksanaan oleh beliau.
Siapa yang ada kuasa mengubahnya? Kenapa tak guna kuasa? Kenapa tunggu? Berapa lama lagi?
Orang Korea peluk orang melayu satu Malaysia bising. Bila Melayu peluk melayu dalam TV siapa pun tak bising.
8:40 AM,
Sayang nya Prof Ridhuan tak masuk politik. UMNO pun dia kata tak mohon jadi ahli. Walau pun dia Melayu dari segi definasi Melayu dalam Perlembagaan.
Kalau dia ahli UMNO bertanding sebagai pemimpin tertinggi, saya akan kempen untuk dia di undi.
1:40 PM,
Ko tak nampak ke beza nya, Mamat? Melayu peluk Melayu dalam TV kalau adegan cerita tu hal laki bini, apa salah nya?
Ko tak peluk bini ke? Siapa ko peluk? Jangan peluk Anwarul Al Juburi, ok? Haram besau.
Yang aku tak tahan tuh nengok gambar si tua Kit Siang konon nya simpati dengan mangsa banjir, berjalan dalam 6 inci air, sinsing seluar, pegang kasut, tapi atas jalan raya. Van yang bawak dia ada 2-3 meter di depan. Dia tak sedor ada orang ambik gambar dari jauh, nampak keadaan menipu helah tuh.
Pastu satu gambar lagi dia dalam boat konon. Tapi kipas enjin boat tuh naik ke atas, sebab ha nya 1 kaki air dalam nya. Lagi satu gambar nunjukkan boat dia tuh pun di atas jalan raya juga.
Teruk benor propaganda DAP nih. Menyampah sungguh aku nengok. Takda pulak dia di gambar tengah menghulur banrangan makanan atau hape ke. Gamak nya tak di beenar orang PAS pun, sebab dia sendiri takda mengaturkan bantuan makanan apekebende. Pastu cakap macam macam pasal bantuan bah oleh Kerajaan.
Pigi jahanam le kamu DAP. Kalau DAP ada kuasa atas TV, gamak nya 90% program nunjukkan si Kit Siang dan Tokong Lim. Jaga le rakyat semua. Jangan kasi depa bau Putrajaya pun.
"mencari publisiti murahan dan kontroversi."
Ini lah padah nya. DS Najib tak mahu kawal dan yang mengaku mereka news portal konon nya tidak di lesen saperti Singapura lakukan. Akibat nya, Najib di ketawakan, perkecilkan dan tidak di hormati sebagai Perdana Menteri, saperti di tajuk berita berikut:
SHAME ON YOU NAJIB: Your dad Tun Razak wanted M'sia to be 'multireligious ...
Malaysia Chronicle - 12 hours ago
Boleh di katakan semua alat mass media Pembangkang cari publisiti dan kontroversi - propaganda politik. Yang bukan di punyai atau terkenal sebagai alat Pembangkang pun cuba mengeluarkan program, atau menyelitkan di dalam program mereka, adegan atau petikan berita yang menarik pihak anti-Establishment, cuba menarik perhatian mereka, hendak mendapatkan "rating" yang tinggi.
DS Najib perlu fikir semula. Adakan kawalan, jangan bebas tak terhingga di TV dsb nya. Dan lesenkan apa yang di panggil "news portal" itu. Selalu benar di permainkan, di hina dan di cemok dek mereka saperti di Malaysia Chronicle itu.
Post a Comment