Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 19, 2013

Apa lagi bukan Islam mahu!

7:09 AM Posted by RIDHUAN TEE 16 comments


Saudara pembaca blog, hari ini dua artikel berbeza saya disiarkan dalam akhbar Sinar Harian seperti di bawah dan Utusan Malaysia, bertajuk Surau jadi Tokong: Jahil atau Sengaja!. Artikel Utusan Malaysia akan saya paparkan kemudian, InsyaAllah. 

(Sinar Harian 19.8.13)

Mentang-mentang Pengerusi Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kini, seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Saran saya, samanlah. Tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi. Sesiapapun ada hak. Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008. Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

Bagilah bekas suami peluang mendidik anak paling kecil tersebut. Kasihan dia. Saya yakin, anak tersebut selamat dan akan dididik dengan baik menjadi manusia berguna. Suatu hari nanti, pasti bekas suami akan bawa bertemu ibunya, kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi ekstrem dan menolak ibu bapa sendiri, meskipun bukan Islam.

MCCBCHST dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan perlembagaan persekutuan, berhubung kes seperti ini. 

Bagi MCCBCSHT, keputusan mengislamkan anak-anak bila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, bertentangan dengan prinsip keadilan. Keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak kepada Ridzuan mengislamkan anak-anaknya tidak sah.

Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan bahawa penukaran agama itu batal dan tidak sah serta memindahkan hak jagaan ke atas tiga anak tersebut kepada Indira mesti dihormati. 

Rentetan itu, satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke parlimen. Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan dari kumpulan bukan Islam.

Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.

Katakanlah kita terbalikkan kes ini, siibu itu Islam dan sibapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah siibu akan mendapat hak penjagaan? Apakah MCCBCHST dan NGO bukan Islam akan setuju dengan keputusan ini?

Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan’ ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah MCCBCHST untuk menentukan masa depan Malaysia?

Amaran saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan MCCBCHST untuk berada dalam NGO ini. Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di sini iaitu  Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima.  Jika ada undian, pasti kita akan kalah.

Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita. Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.

Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. MCCBCHST mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.

Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam. Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.

Siapakah yang menjadi hakim dalam kes kalimah Allah? Begitu kes perebutan anak Indira dan Ridzuan di Ipoh? Hakim Islam atau bukan Islam? Apakah keputusannya menyebelahi Islam? Jangan ingat kami bodoh.

Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.

MCCBCHST selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalannya saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji? Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku agama persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.

Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit. Jika yang sedikit inipun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? Hanya MCCBCHST yang tahu…     

16 comments:

Anonymous said...

Saudara Ridhuan Tee

Terima kasih kerana berani bertanya " Apa Lagi Bukan Islam Mahu "

Biar saya jawab soalan tuan. " Mereka Mahu Negara Ini. Mereka Mahu Perintah Negara Ini. Mereka Mahu Membentuk Kerajaan Negara Ini. Mereka Tidak Mahu Melayu Menerajui Kerajaan Negera Ini. Mereka Mahu Kita Rakyat Islam Duduk Di Bawah Perintah Mereka. "

Jika tercapai LIMA RUKUN yang diatas tadi maka akan terhentikan segala provokasi mereka terhadap Bangsa Melayu dan Agama Islam. Jika Perdana Menteri nya ialah Lim Kit Siang maka akan mantap lah LIMA RUKUN Ultra Kiasu mereka.

Sekarang kita ada Najib seorang Perdana Menteri Melayu yang beragama Islam menjadi Ketua Kerajaan. Tetapi melihat kepada tindak tanduk yang sangat2 mengeciwakan kita bangsa Melayu dan umat islam di negara ini maka timbul lah pertanyaan dalam kepala saya :

Melayu kah si Najib ini ?
Islam kah si Najib ini ?

Ternyata Tan Sri Muhyidin nampak Lebih Melayu daripada Najib bila :

TS Muhyidin berani bersuara menyatakan pendirian atas tindakan2 provokasi terhadap bangsa melayu dan bahasa melayu.

Ternyata Tan Sri Muhyidin nampak Lebih Islam daripada Najib bila :

TS Muhyidin berani bersuara menyatakan pendirian atas tindakan2 provokasi terhadap agama islam. TS Muhyidin berjaya membentuk keperibadian wanita islam kepada isterinya (isteri TPM sentiasa bertudung dalam semua majlis yang dia hadir, sedangkan isteri PM merasakan dirinya cantik dengan rambut kembang seperti muka singa betina tengah marah)

Perwakilan Umno PAU 2013 sepatutnya memberi perhatian atas perkara ini. Peringatan saya adalah : ANGKAT PEMIMPIN YANG BERJIWA MELAYU DAN YANG MENCINTAI ISLAM.

Ahli Umno Titiwangsa

kakmona said...

sedih... usaha dan kuasa doa yg akan membantu ummat Islam di Malaysia... semoga agamaku terus berdaulat di Bumi Malaysia..

jgn sampai jd mcm Mesir..

Anonymous said...

Wahai Saudara2 Ahli Umno

Terbaca saya berita dalam Utusan hari ini. Si Nazri Aziz Laknatullah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Najib Razak mempertikaikan perintah Sultan Johor merobohkan Surau Buddha. Bertambah2 bencinya saya terhadap si Laknatulah ini.

Adakah orang macam ini hendak di simpan lagi oleh para perwakilan Umno dalam PAU 2013 ??????

Terbaca saya berita dalam Utusan hari ini, ada pemimpin tertinggi Umno mencadangkan supaya Presiden Parti Umno diberi hak untuk memilih 3 orang Naib Presiden Parti Umno yang di sukainya untuk duduk dalam barisan MT Umno.

Apa maknanya ini ? Masih ada lagi kah demokarsi dalam Umno ? Saya 100% yakin idea ini datang daripada Najib sendiri tetapi berselindung disebalik orang2 nya. Adakah Najib ingin menjadi Diktator dalam Umno ? Cara Najib tak ada bezanya dengan cara Lim Kit Siang buat dalam DAP .. bapa, anak dan menantu memegang teraju utama parti.

Hendaknya akan ada mana2 Umno Bahagian yang berani mencadangkan diadakan pertandingan untuk jawatan Presiden. Najib sudah melampau. Sudah lah nasib melayu dan islam tidak di bela langsung, ini dia nak jadikan Umno sebagai pertubuhan sendrian berhad pulak. This Najib is too much.

Ahli Umno Titiwangsa

Anonymous said...

Salam buat semua......saya setuju dgn Ahli UMNO Titiwangsa.

Kenapa pada waktu sekarang berbagai penghinaan berlaku?? Hina Islam, caci orang Melayu, caci umat Islam, hina Raja-Raja Melayu, persoal kedudukan orang Melayu? Mengapa sekarang ini perkara penghinaan ini menjadi-jadi? Seolah-olah bahan gurauan dan ketawa.......dan dengan beraninya mereka berdiri melaung mencabar-cabar kerajaan.

Inilah akibat dari kepimpinan yang lemah. Rakyat terpaksa menanggung RISIKO yang dibuat oleh para pemimpin yang kononnya LIBERAL. Mereka yang di atas memang tak rasa apa-apa tapi kita RAKYAT BAWAHAN inilah yang menanggung tindak-tanduk yang dibuat oleh orang atasan.

Janganlah kerana pangkat, kuasa, pengaruh dan wang-ringgit maruah Melayu dan agama itu tergamak DIGADAIKAN. Mesti kita ingat tiada manusia yang kekal hidup. Dunia ini bersifat SEMENTARA, pangkat, kuasa, pengaruh dan wang-ringgit tidak akan dibawa bersama ke akhirat. Jadi adalah lebih baik kita berbakti dengan jujur untuk agama, bangsa dan tanahair disamping mendapat imbuhan yang berpatutan dari jasa kita tadi.

Seperkara yang saya bimbangkan ialah apabila orang Melayu menggunakan KERTAS UNDI PRU14 untuk menyuarakan suara mereka. Apabila orang Melayu merasa maruah Melayu mereka sudah AMAT TERCABAR mereka akan mengambil kertas undi sebagai alternatif. Ini amat MEMBIMBANGKAN. Macam yang sepupu saya kata waktu dia datang pada raya yang lepas......."kalau aku tengok UMNO dah sama macam Pakatan, jadi lebih baik aku pangkah aje Pakatan sebab DAH TENTU Pakatan tu MEMANG begitu...." Inilah yang merisaukan.....

Sungguh Melayu itu sudah HILANG maruahnya. Melayu sudah tidak dihormati lagi. Kita dengan sewenang-wenangnya dicaci, dihina. Di manakah letaknya MARUAH MELAYU kita bila kita dicaci-hina di TANAH-BUMI SENDIRI?? Tidak adakah lagi ANAK JATI MELAYU yang boleh mengembalikan MARUAH KETURUNAN MELAYU dan MARUAH ISLAM??

Allah swt sajalah yang menyelamatkan kita......

Anonymous said...

Saudara Ridhuan Tee

Dalam suasana kita menyambut Syawal ini saya seronok melihat ada pihak2 yang perihatin meraikan anak2 yatim. Bagus begitu. Teringat saya kepada anak2 wira kita yang gugur dalam Peristiwa Pencerobohan Lahad Datu. Agaknya macam mana mereka menyambut Syawal tanpa ayah. Kalau sebelum mengundi dulu nampak banyak pihak berebut nak meraikan mereka. Tapi selepas pilihanraya cerita tentang mereka senyap seperti senyapnya cerita SIAPA 3 ORANG DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU.

Rasanya dalam mood nak pemilihan Umno 2013 ini kena sangat lah kalau isu Dalang ini di ungkit sebagai panduan kepada perwakilan dalam memilih pemimpin Umno yang boleh dipercayai.

Masa nak PRU 13, Najib nak kepada WINABLE CANDIDATE sebagai calon untuk BN menang.

Masa nak PAU 2013, kita ahli Umno nak kepada TRUSTABLE CANDIDATE untuk memimpin parti kita.

Ahli Umno Titiwanga

Anonymous said...

Setuju kah anda dengan saya : Kita tidak mahu lagi NAJIB , HISAHMUDIN , NAZRI AZIZ & KHAIRI JAMALUDIN sebagai ahli MT Umno.

Setuju kah anda dengan saya : Mereka berempat ini dalam banyak hal nampak mengambil tindakan yang tidak memihak kepada melayu dan islam.

Setuju kah anda dengan saya : Selepas PRU 13 Umno nampak semakin dayus walaupun Umno dominan dalam DR/Barisan Kabinet kerana Umno banyak mengikut telunjuk bukan melayu yang tidak pun mempunyai wakil dalam kabinet BN.

Umno perlukan Reformasi kepimpinan. Korban kan 4 untuk menyelamatkan berjuta. Bagaimana ?

Ahli Umno Titiwangsa

Anonymous said...

Saya banyak sokong apa yang Ahli Umno Titiwangsa dan Anon 11:50 AM kata. Bernas dan sepatut nya membikin pengundi2 di PAU 2013 berfikir keras dan mengambil tindakan sewajar nya.

Belom sempat nak mengulas. Akan buat demikian bila lapang nanti.

Anonymous said...

Baru sempat baca sepintas lalu, syabas Prof Ridhuan. Saya amat sokong apa yang Sdr kata di kedua dua pos yang di keluarkan itu. Memang kita ada hak bersuara.

Sudah melampau dia orang. Akibat tidak tegas, malahhan berlemah lembut pendirian pihak berkuasa. Jenis dia orang membaca lemah lebut kita sebagai kelemahan. Di eksploitasi, melalak, berteriak, melompat lompat mereka berleluasa, cuba naik kepala kita. Mesti di halang, di bantah se kuat kuat nya. Mereka yang bersubahat - dengan cara sedar atau tidak - perlu di nyahkan. Seperti si Syed Singapura bertaraf PR yang telah di lucutkan itu.

Saya harap Ahmad Zahid naik jadi Presiden UMNO. Kalau tak pun, Muhyiddin, dan Zahid sebagai Timbalan Presiden.

Banyak boleh di perkatakan dalam hal ini. Mari lah kita beramai ramai mengeluarkan suara. Teruk Melayu/ Islam di buat depa yang cuba merosakkan keadaan dan yang tak tentu arah tujuan. Tujuan penubuhan UMNO 60 tahun dahulu entah dah pergi kemana sekarang.

Tak boleh di biarkan. Kita mesti bertindak. Sekurang kurang nya dengan kata kata. Yang boleh mengundi di PAU 2013, sila gunakan undi itu untuk kebaikan bangsa Melayu dan agama Islam. Saya fikir tidak boleh harapkan Najib. Jahanam kita di buat nya.

Anonymous said...

Melayu terlalu sangat bertolak ansur sehingga mereka di tolak beransur ansur. Padan muka.

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa,
Anonymous 10:07 AM,

Johor Umno resolved today to allow the posts of president and deputy president to be unchallenged in the party elections at the end of the year.

Johor Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the resolution was made to ensure that the party continues to remain strong and able to meet expectations of the Malays in particular as well as the non-Malays.

The "expectations of the non-Malays as well"? Non Malays tu bersama dengan Melayu yang tubuhkan UMNO 60 tahun dulu ke? Mengarut dia cakap.

Patut suruh mereka tubuhkan satu lagi UMNO le. Di pimpin oleh Najib. Timbalan nya "foot-in-the-mouth Nazri". Menteri Dalam Negeri nya Khairy. Meluat aku tengok.

Tapi mungkin dia mahukan pengundi di PAU pilih lain dari Najib. Dia gunakan kata kata yang terselindung - "couched language". Dia kata:

"We have to accept the fact that ultimately it is up to the party to have the power to choose who will lead the party".

Bagus lah. 150,000 pengundi UMNO di PAU 2013 boleh memilih yang lain dari Najib memimpin parti.

Unknown said...

Assalamualaikum Dr. RT,

Saya ingin menambah sedikit mengenai isu 'keadilan' yang disebut oleh YBhg Dr. Saya melihat keadilan dari kaca mata orang Melayu, adakah adil apabila rakyat dari kaum lain diberikan hak yang sama dengan orang Melayu? merampas tanah milik Melayu dengan cara tipu mulihat? mendesak orang Melayu berundur jauh ke pendalaman dengan cara menaikkan cukai tanah, tengok sahaja apa yang tinggal di Bandar melaka... yang dahulunya dalah kepunyaan orang Melayu... maaflah kalau saya katakan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memang tidak adil kerana gagal memelihara hak orang Melayu. Cuba banci aset kepunyaan orang Melayu sebelum merdeka dengan masa ini. berapa peratus orang Melayu memegang aset dalam bentuk tanah dan bukannya rumah burung merpati!!.

Kenapa kaum lain sibuk menuduh Kerajaan tidak adil, tetapi yang merasa kerugiannya adalah org Melayu yang banyak kehilangan. Malangnya seperti yg Dr. katakan orang Melayu agaknya terlalu baik, tak banyak kisah dan tak tahu untung nasib kalau mereka kehilangan negara ini nanti. Atau pun mungkin orang Melayu sangat mudah mempercayai orang, mudah kasihankan orang dan dalan erti kata yang lain mudah ditipu.

Apa yang akan ditanggung oleh orang Melayu nanti jika negara ini tergadai... pertamanya jangan harap untuk mempraktikan Islam, jangan harap untuk mengumandangkan azan, jangan harap untuk membangunkan surau dan masjid. Silap-silap surau dan masjid akan jadi tempat ibadat agama lain.

Sekali lagi saya katakan, Kerajaan yang tidak adil mengambil hak orang Melayu dan memberikannya kepada kaum lain. Orang Melayu sudah bertapak di negara ini berkurun lama dan kaum lain bari 1 generasi (50 tahun).

Anonymous said...

Terima kasih yg tidak trhingga kepa ybhg prof kerana sanggup menjadi pembela melayu.. mudahan perjuangan prof dpt mmbuka minda dan hati lebih ramai umat melayu yg sibuk menjaga kepentingan masing2 sehingga agama kita iaitu Islam turut dipergadaikan.. Mej TUDM

Anonymous said...

Ini lagi tanda ada pemimpin UMNO mahukan - atau sekurang kurang nya tidak menghalang - ahli ahli UMNO yang jadi pengundi pengundi di PAU 2013 memilih pemimpin yang lain dari Najib:

According to the star.com, Johor Baru MP Tan Sri Shahrir Samad said the amendments made in the Umno constitution at the last party election in 2009 would result in a more open contest.

“This will change the perception that people have that Umno is not a democratic party and practice iron fist ruling.

He also said that there was an air of excitement among Umno members and expected every top post in the party’s supreme council including president and deputy president to be contested.

Umno’s election for its top office bearers will be held on Oct 5, ahead of the party’s annual general assembly that will take place from Dec 2 to 7 while Youth, Wanita and Puteri wings would hold their internal polls on Sept 28.

Masih tak nyata - kalau ada tanding jawatan Presiden dan Timbalan, mengundi pada 5 Oktober juga ke?

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa,

Kepentingan Cina Najib kisahkan, kepentingan Melayu dia tak kisahkan sangat, undang undang mengawal ketenteraman negara di buangnya.

Di kondem di sana sini, dia kata, "The government had not made a final decision on the reintroduction of such laws, and was only assessing whether existing laws were sufficient to tackle crime effectively."

Dia sibukkan fasal hak kebebasan manusia (human rights) di Malaysia pada hal di Amerika yang di katakan begitu bebas dan demokratik pun, masih ada tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay. Nampaknya dia hendak jadi lebih liberal dari Amerika. Apakedarahnya?

Tapi yang paling menyayat hati ia lah dia ketepikan DEB, mahukan Melayu bertanding di padang yang tak sama rata, Melayu yang tidak ada budaya berniaga di biarnya bersaing dengan kaum Cina yang telah beribu tahun berniaga, sanggup mengambil risiko, mengejar untung, mengumpul modal, harta dsbnya sebagai cara hidup dari generasi ke generasi.

Najib tak kisahkan jika Melayu terus ketinggalan dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang di kawal oleh Cina yang hanya 23% jumlah penduduk dan telah kaya raya berpuluh tahun. Oleh itu saya mahu dia di ganti di PAU 2013 ini.

Anonymous said...

Sdri Adnee Haji Ahmad,

Saya suka melihat tambahan peserta di blog ini saperti Sdri. Izinkan saya memberi pendapat berkenaan apa yng Sdri telah sebutkan.

Orang politik memang biasanya cuba menarik undi. Malangnya ada yang tak berperinsip, tak mengasaskan tindakan mereka kapada Perlembagaan negara, tidak mengambil kira fakta fakta sejarah. Ada pula yang korap, mata duitan, makan sogok dari pemaju perumahan dsbnya.

Di Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat memang sudah lama tanah rizab Melayu di pinggir kota di benarkan Kerajaan PR di pindah milik, di gantikan dengan tanah jauh di luar bandar tempat jin bertendang.

Maka rugi Melayu dalam beberapa segi akibat nya. Keuntungan dari tanah nilai yang tinggi di pinggir kota itu entah pergi ke mana. Kemudian, tanah itu di majukan untuk perumahan. Kerajaan PR pulak benarkan jualan unit unit perumahan itu 40% kapada bukan Melayu. Sekali lagi Melayu kerugian. Ada ha nya seorang sahaja wakil DAP di Kedah sudah jadi begitu rugi orang Melayu Kedah. Melayu lain di PR Kedah membenarkan nya.

Nasib lah rakyat sedar dan jatuhkan Kerajaan PR Kedah di PRU13. Kita harap tidak akan berlaku lagi kerja bodoh seperti itu di pemerintahan BN Kedah sekarang ini.

Anonymous said...

Setuju dengan Ahli Umno Titiwangsa supaya UMNO korbankan 4 orang itu.

Kita kena rayukan kapada 150,000 pengundi UMNO di PAU 2013 itu. Minta terutama nya Najib di ganti. Kalau tidak, merayap lah Melayu dalam negara sendiri.

Najib tak kisah jika Melayu menjadi begini sampai bila bila masa. Dia kejarkan taraf negara maju tak kira apa. Sasarannya di tahun 2020 pun dia nak cuba capai lebih awal. DEB di ketepikannya. Melayu mampus ke, terhimpit ke, merepes dengan hanya 20% kekayaan korporat (belom kira dalam lapangan lain seperti lepunyaan bangunan komersial yang % kepunyaan Melayu lagi teruk), Melayu sentiasa ketinggalan dalam lapangan ekonomi dan perniagaan pun di biarkan nya sahaja.