Utusan Malaysia 19.8.13
Apa sudah jadi dengan Malaysia
sejak akhir-akhir ini. Penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi. Surau
menjadi tokong. Pihak pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi mendakwa ia
dibenarkan dan bukan satu kesalahan, sebagai menunjukkan Islam adalah agama
sejagat dan bertoleransi. Siapakah yang ajar mereka?
Ya, saya tidak nafikan Islam
itu adalah sejagat, tetapi kesejagatannya tidak bermakna kita boleh berkongsi
Tuhan atau rumah ibadat, seperti agama lain. Jangan kerana terlalu ghairah
dengan gagasan 1Malaysia, sehingga semuanya boleh dikongsi. Dalam Islam,
perkara berkaitan dengan akidah dan tauhid, tidak boleh dikongsi dengan bukan
Islam.
Alasan pengurusan resort
tersebut amat tidak logik. Walaupun ia dibina menggunakan wang sendiri. Itu
bukan bermakna, sesiapa sahaja boleh mempergunakan surau tersebut? Apatah lagi
sudah terpampang tulisan bahasa Arab berbunyi ‘Nur Muhammad’ di atas surau
tersebut.
Saya tidak mempertikaikan jika
ianya berlaku di negara bukan Islam. Tetapi di Malaysia sebagai negara Islam,
sudah tentu saya tidak dapat menerimanya.
Saya pernah bersolat di surau
Lapangan Terbang Changi Singapura. Di sana tidak ada surau, tetapi ada meditation room atau multi-faith prayer room untuk semua
agama. Di situlah saya bersolat, kerana ia adalah bilik kosong dan lapang,
gunasama bagi penganut yang ingin menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan
masing-masing.
Ditakdirkan jika ada patung di
bilik tersebut, saya tetap akan bersolat, kerana saya berada di negara bukan
Islam. Saya perlu menunaikan tanggungjawab kepada Allah Yang Maha Esa, meskipun
ada patung-patung bertaburan sana sini. Apapun saya tidak bersetuju dengan idea
menempatkan semua rumah ibadat di satu kawasan atas alasan 1Malaysia, seperti yang
sedia wujud di seremban, di situ terdapat masjid, kuil dan tokong.
Insiden ini mengingatkan saya
kepada peristiwa yang dialami oleh Khalifah Omar Al-Khattab. Dalam lawatan
kerjanya, termasuk mengunjungi gereja. Tiba-tiba masuk waktu solat. Paderi gereja
tersebut menawarkan Omar untuk bersolat di ruang gereja. Tetapi Omar menolak
penuh hikmah. Ditakuti ada orang berpersepsi bahawa Omar mahu menukar gereja
menjadi masjid. Maka Omar menolak pelawaan paderi tersebut. Begitulah
berhikmahnya agama Islam meraikan orang (agama) lain. Perlukah kita berhikmah
dalam isu ini?
Konsep dan prinsip tauhid
Rububiyyah dan Uluhiyyah dalam Islam amat jelas. Begitu juga konsep keesaan
Tuhan seperti yang dinukilkan dalam surah Ahad. Allah tidak beranak dan tidak
diperanakkan. Allah adalah satu-satunya. Syahadah kita adalah Tiada Tuhan
selain Allah, bukannya tiada Tuhan melain Tuhan.
Di sinilah kegagalan dan
kekeliruan (kesengajaan) bukan Islam memahami Islam. Mereka menganggap kita
menyembah Tuhan yang sama. Allah @ Tuhan bukan terjemahan yang tepat bagi
Allah. Tetapi dalam bahasa Melayu Tuhan orang Islam merujuk kepada Allah.
Sedangkan Allah itu adalah Allah. Tidak ada terjemahan tepat untuk menyamakan
Allah dengan Tuhan.
Orang bukan Islam tidak ada
masalah untuk menggunakan nama Tuhan. Terkadang kita dengar juga mereka
menyebut ‘Tuhan Allah’. Timbul kekeliruan, mana satu Tuhan, mana satu Allah.
Justeru, saya menyeru umat
Islam, gunakan nama Allah tanpa diterjemahkan kepada makna Tuhan. Begitu juga
isu perebutan nama kalimah Allah, kita perlu muktamadkan dengan tidak
membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah yang mulia ini kerana makna
dan konteksnya berbeza. Begitu juga soal pemahaman kita dengan mereka.
Majlis
Perundingan Malaysia bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism
(MCCBCHST) tidak setuju dengan tindakan kerajaan Kedah mengharamkan penggunaan
kalimah kalangan non-Muslim. Katanya, ia bertentangan dengan perlembagaan dan
kes tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah. Kerajaan Kedah dituduh tidak
hormati undang-undang.
NGO
jahil ini masih tidak faham bahawa perkara berkaitan agama adalah di bawah
tanggungjawab dan hak negeri masing-masing di bawah raja-raja Melayu. Bacalah
sejarah kenapa ada nama negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu? Kuasa
di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih kuat mengikat berbanding yang
bersekutu dan negeri-negeri Selat, terutama kedudukan Islam dan raja-raja
Melayu.
Untuk
makluman, bukan sahaja soal kalimah Allah, malah kalimah-kalimah suci lain,
termasuk perkataan ‘surau’ pun mereka tidak boleh guna. Bacalah undang-undang
setiap negeri. Misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang)
2004, fatwa di bawah subseksyen 48(3) dan
(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri
Pulau Pinang atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong. Kalimah-kalimah
yang tidak boleh digunakan adalah Firman, Allah, Ulama’, Hadith,
Ibadah, Kaabah, Qadhi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah,
Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Solat, Wali, Fatwa, Imam, Nabi,
Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al Quran, As Sunnah, Auliya’, Karamah,
Syahadah, Masjid, Baitullah, Surau, Musolla, Zakat Fitrah, Hajjab, Taqwa,
Soleh.
Lihat
juga Fatwa
telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah Seksyen
35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992. Begitu juga subseksyen 48(6)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2004 [Enakmen 16 Tahun 2003],
Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia
Baginda Tuanku Sultan. Subseksyen
21(3) dan subseksyen 24(4) Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008
[Enakmen 10] Jawatankuasa Fatwa dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Negeri Kedah Darul. Tidak ketinggalan seksyen 37
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan
perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Terang
lagi bersuluh, perkataan ‘surau’ turut terpelihara. Bagaimana mungkin mereka
boleh menggunakan surau sebagai tokong atas dasar guna sama. Nampak pelik, tetapi
inilah uniknya Malaysia.
Peliknya,
dengan isu-isu yang berlegar kebelakangan ini, apakah selama ini mereka tidak
tahu bahawa perkara sebegini adalah sensitif? Saya fikir, mereka sengaja
melakukannya. Bila jadi isu dan kontroversi, kemudian minta maaf, tutup fail. Maklum
sahajalah BN dan UMNO dalam keadaan tersepit. Dengan sebab itu mereka begitu
berani.
Terbaharu,
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers
for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap “seperti
Taliban” kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi itu. NGO itu
juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik
resort itu.
Ternyata
NGO ini amat kurang ajar kerana mencampuri urusan agama Islam di bawah kuasa
raja-raja Melayu. Isu ini bukan isu Taliban atau tidak, tetapi mempertahankan
kesucian agama.
Dalam isu ini, kenapa surau
yang menjadi sasaran? Tidakkah sudah begitu banyak rumah ibadat bukan Islam di
seluruh negara berkali-kali ganda berbanding surau masjid? Lagipun, tanpa
bangunanpun mereka boleh menunaikan tanggungjawabnya. Patung-patung mereka
boleh diletak di mana-mana kawasan lapang yang difikirkan sesuai.
Apapun, saya kurang bersetuju
dengan tindakan merobohkan surau tersebut. Jika kiblat tidak betul, betulkan
sahaja arahnya. Pastikan selepas ini hanya akan digunakan oleh orang Islam
sahaja. Jika dirobohkan, sudah tentu tidak ada lagi tempat untuk solat
berjamaah bila mengunjungi resort tersebut. Siapa yang rugi. Sama seperti rumah
kita sendiri. Tidak semestinya rumah dibina mengadap kiblat. Yang penting bila
solat mengadap kiblat, tanpa merobohkan rumah.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya/Ketua Program
30 comments:
Waaah, bertambah masyhur Prof Ridhuan Tee dengan rencananya kebelakanagan in. Termasuk yang di atas ini. Ada di lapurkan dan di ulas di akhbar akhbar tempatan.
Di ungkit RT mengatakan kemungkinan penggunaan surau itu oleh penganut agama lain di sengajakan. Saya sokong kata kata Professor itu dan juga mengatakan ada kemungkinan mereka sengajakan buatan itu.
Bukan mereka tak tahu - tulisan tulisan di surau itu nyata. Bukan mereka tak sedarkan sensitiviti penganut penganut agama Islam. Mereka bukan orang sembarangan. Kumpulan tertentu agama lain yang berkenaan. Berorganisasi dan beracara berzikir mengikut cara mereka di luar negara mereka.
Bukan mereka tidak tahu Islam ada lah agama yang tertera di Perlembagaan negara ini sebagai "the religion of the Federation". Walau pun mereka orang asing datang dari Singapura, mereka bukan yang bangang dan buta tuli.
Tapi saya baran dengan hamba Allah yang memakai nama Syed rakyat Singapura yang mendapat kebenaran sebagai Penduduk Tetap di negara ini. Dapat mencari makan, berniaga di negara ini tapi tak hiraukan sensitiviti orang orang Islam di negara ini. Amat bagus kebenaran Penduduk Tetap nya di kensel. Dia perlu di kenakan tindakan Mahkamah di bawah mana mana undang undang yang ada memperkecilkan atau menghasut agama Islam.
Kemudian dia harus di nyah keluar dari negara ini. Syed yang keturunan Nabi Muhammad SAW, konon.
Sekadar renungan dan perkongsian berinteraksi atas tajuk : 'D Day Minis One - The Heavens Open'. Sila layari : www.saffanskot22.com.
Wassalam,
Z
Kenapa hal ini berlaku? Kenapa sejak kebelakangan ini umat Islam di Malaysia sering dipermainkan? Jawapannya mudah,iaitu umat Islam tidak bersatu padu.
Sebenarnya nenek moyang kita telah memberikan nasihat yang baik sejak zaman dahulu lagi. Nasihat itu berbunyi :
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."
Tetapi ramai orang Melayu tidak mengambil berat tentang nasihat yang berguna ini malah ada pula yang mempermainkan peribahasa ini dengan menokok tambah "bercerai kita kahwin lain"..
Jika orang Melayu tidak bersatu padu, maka sampai bila- bila pun bangsa Melayu akan diperlekeh oleh golongan yang tidak mengenang budi.
Oleh itu, marilah kita kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar iaitu memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Lakukan perubahan di Perhimpunan Agung UMNO 2013, pilihlah pemimpin yang benar- benar berjiwa Melayu dan berlaku adil kepada bangsa lain.
Ugama ku ugama ku, ugama mu ugama mu.. Kalau tuan check komen2 kat blogger2 yg memainkan isu ini akan menemui komen2 dari muslim sndiri yg mngutuk plarangan surau dijadikan tmpat pmujaan dan seruan, ada antara pengomen2 muslim yg juga mngutuk bila tindakan mrobohkan surau akn diambil, ada yg bsimpati dgn pngusaha resort, sbenarnya muslim2 itu dh mnyalakan lampu hijau dlm meliberalkan kbebasan bragama, dgn pkongsian tmpat ibadat adalah 1 prmulaan, pejuang liberisme dlm bragama mganggap isu surau sbagai pluang terbuka krana adanya muslim2 yg bpihak pada mereka, Nauzubillah!
Ini lagi satu kes Jahil Atau Sengaja?
The Star pun dah mula nak menghasut ke? Ada kan perbincangan di atas perkara yang tak perlu dan tidak harus di bincang, yang boleh di anggap menghasut, yang boleh mendatangkan hasutan timbal balik berkenaan hak kerakyatan bukan Melayu -
"Should affirmative action go?
Affirmative action has been in the country for over 40 years and while some say it has managed to bridge the economic gap between the Bumiputras and non-Bumiputras, there is debate on whether it should continue."
Apekedarahnya theStar memanggil United Nations Development Programme Malaysia Human Development Report national consultant Dr Muhammed Abdul Khalid, blogger Syed Akbar Ali, Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) CEO Tan Sri Michael Yeoh and Universiti Malaya’s Prof Dr Edmund Terence Gomez membincang perkara ini The Star’s Cafe Latte Chat? Mahu orang Melayu adakan suatu perbincangan yang sama bertajuk “Should the citizenship right given to non-Malays at Merdeka be reviewed in the light of such nonsense as above"?
Mereka sepatutnya tahu bahawa affirmative action itu di timbulkan dari Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153 Perlembagaan. Dan faktor faktor sejarah yang menyebabkan jurang besar di antara kedudukan ekonomi dll kaum Melayu yang majoriti di negara ini di banding dengan kaum Cina yang ha nya 23%. Kedudukan Istimewa Melayu itu telah di panjangkan kapada Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa penubuhan Malaysia di tahun 1963.
Mengapa affirmative action tidak boleh di teruskan selagi bukan Melayu ada hak kerakyatan?
Macam macam karutan keluar bila Najib nak tunjukkan dia liberal kononnya. Walau pun di tampar muka nya dengan tsunami Cina di PRU13. Dia perlu di gantikan sebagai Presiden dengan pemimpin lain di pilihan parti UMNO 2013 tak lama lagi.
Anonymous 12:41 PM,
Setuju dengan syor anda
"Lakukan perubahan di Perhimpunan Agung UMNO 2013, pilihlah pemimpin yang benar- benar berjiwa Melayu dan berlaku adil kepada bangsa lain."
Harap ahli ahli UMNO membaca rayuan kita ini, memanjangkan pesanan ini kapada yang lain lain, dan cuba memujuk mereka yang ada undi memilih pemimpin di pilihan pemimpin parti tak lama lagi itu.
Mungkin itu tanda2 yang Allah bayangkan kepada kita yang akan terjadi akhirnya jika umat islam masih tidak bersatu. Bila kita umat islam lemah, bila kita umat islam bawa haluan masing2 .. tahu2 tempat sembahyang kita pun diceroboh oleh penganut agama lain.
Dalam Pas ramai yang mengaku ulamak. Dalam Umno juga ada ulamak. Bertanya lah dalam hati masing2 .. apa peranan ulamak dalam menjaga perpaduan umat islam ?
Kalau ulamak Pas menyeru supya orang melayu tinggalkan Umno dan masuk Pas .. kalau ulamak Umno pula menyeru supaya orang melayu tinggalkan Pas dan masuk Umno .. Itu Sebenarnya Adalah Seruan Perpecahan.
Apabila dua pihak yang sedang bertelagah .. masing2 kata dirinya saja yang betul .. masing2 tidak mahu mendengar setiap apa yang cuba diterangkan oleh pihak yang satu lagi .. Maka Perpecahan Akan Semakin Melebar.
Apabila dua pihak yang sedang bertelagah .. sedia menerima kenyataan secara bersama .. " anda tak betul, tetapi saya juga mungkin tak betul ATAU boleh jadi saya betul dan anda juga betul " Dan seruan salah satu pihak secara matang serta merendah diri kepada pihak yang satu lagi .. " apa kata kita duduk bersama untuk sama2 memperbetulkan apa yang anda nampak tidak betul pada diri saya DAN memperbetulkan apa yang saya nampak tidak betul pada diri anda " .. percaya lah selepas itu kedua2nya akan ketawa seraya berkata " rupa2nya kita dua2 tak betul " .. dan insyallah selepas itu akan terbina tanpa sedar satu bentuk perpaduan yang sangat akrab diantara mereka .. mereka menjadi akrab kerana mereka mula sedar mereka ada persamaan.
Allah swt pasti akan menurunkan rahmat kepada Negara Malaysia jika Umno dan Pas bersedia untuk mendengar diantara satu sama lain .. rahmat turun kepada setiap rakyat tanpa mengira agama .. orang bukan islam tak ceroboh tempat ibadat orang islam .. rakyat saling hormat kepada agama orang sebagai mana dia hormat agama sendiri .. Ini lah Yang Islam Ajar Kepada Penganutnya.
Islam tidak ajar kita bermusuhan walau pun dengan bukan islam, apa lagi sama seagama Islam dengan Islam.
Tiga perkara di sini.
1. Rombongan penganut Buddha ini datangnya dari Singapura. Mereka memang kurang memahami sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi, orang Islam bukannya majoriti di sana.
2. Saya penganut Buddha. Saya juga mengamal meditasi, tapi caranya lain. Meditasi yang saya amalkan adalah duduk bersilang, melapangkan minda dan fokus pada pernafasan. Sekiranya sami ada bersama, dia akan memberi bimbingan untuk membantu proses meditasi. Tidak perlu ada "prayers", "hymms" dan sebagainya.
Meditasi memang lain dari sembahyang. Tapi saya akui fahaman agama saya kurang dan saya tidak tahu tentang kemungkinan wujudnya pengamalan meditasi berlainan oleh mahzab penganut Buddha yang lain.
3. Kalaulah saya sebagai penganut Buddha masih mempunyai pengetahuan yang cetek, saya tidak hairan pemilik resort (orang Islam) beranggapan tentang meditasi sepertimana saya huraikan sebentar tadi.
Saya tidak bermaksud untuk kata siapa betul, siapa salah. Siapalah saya berhitung kira soal agama.
Cuma saya rasakan sebarang ketidakpuasan hati harus ditujukan kepada pihak yang terlibat. Pihak polis telah mereman pemilik resort. Bertanyalah kepada rombongan Singapure juga. Jangan nak pesongkan isu dan salahkan penganut Buddha di Malaysia.
Tak aci lah macam tu.
JW
Blogger Syed Akbar Ali (Outside the Box?) di katakan oleh Malaysia Today.com telah menulis secara terang mengatakan Najib patut "step down".
4:52 PM,
PAS dan UMNO pernah berkerja sama di suatu masa dahulu - di masa Tun A Razak sebagai Perdana Menteri. Presiden PAS, Asri Muda, telah memegang jawatan Menteri Kemajuan Tanah. Dia telah masukkan ramai orang PAS ke dalam rancagan rancangan FELDA di seluruh negara.
Tapi sekarang di bawah anak Tun Razak - Najib - susah nak bayangkan PAS akan berkerja sama dengan UMNO. Ramai rkyat dan ahli UMNO mahukan Najib di gantikan dengan pemimpin yang berjiwa Melayu dan mahu pertahankan serta memajukan hak dan kepentingan Melayu sepenuhnya.
JW,
Saya telah baca rencana RT sekali lagi dengan teliti dan komen komen di pos ini sepintas lalu. Saya dapati tidak ada sesiapa yang "pesongkan isu dan salahkan penganut Buddha di Malaysia" saperti yang anda katakan.
Sila tunjukkan di mana yang ada sesiapa kata begitu. Jika tidak ada, anda "Tak aci lah macam tu."
Baca lah semula kata kata RT:
"Dalam Islam, perkara berkaitan dengan akidah dan tauhid, tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam.
".. sudah terpampang tulisan bahasa Arab berbunyi ‘Nur Muhammad’ di atas surau tersebut. (Surau itu pun ada lah bangunan khas, maka dari hal itu boleh masuk di pemikiran sesiapa juga bahawa ada fungsi khas. Kalau untuk guna sebagai "gazebo" atau rehat dsbnya, tak ada tulisan Arab di situ).
".. berlaku .. di Malaysia .. negara Islam."
Yang datang dari Singapura perlu hemah sensitiviti penduduk negara yang di lawat. Begitu juga tidak boleh sesiapa melawat ke China dan mencemar berbagai bentuk sembahan di buat rakyat negeri China, walau pun umpamanya membakar joss sticks di tepi jalan. Bodoh bagaimana pun, mesti pelawat tahu atau bertanya apa itu yang di bakar di atas atau di tepi jalan dan cuba mengelak melanggar atau memijaknya.
Kita dapati macam-macam perkara yang dulunya tak pernah terjadi dalam Malaysia kini sudah jadi kebiasaan. Inilah hasil dari amalan LIBERAL. Segalanya digadaikan semata untuk mendapat sokongan dan undi tanpa melihat risiko dan implikasi yang akan timbul dari sikap LIBERAL ini.
Jadi tidak hairanlah kalau sekarang berbagai-bagai hal berlaku.
Tahniah dan syabas....!!!
Kami rakyat bawahan mahu melihat perubahan dibuat dalam PAU akan datang. Tolonglah akur kepada suara rakyat kerana rakyatlah yang memilih dan menentukan kerajaan. UMNO bukan hak pemimpim UMNO tapi UMNO adalah hak rakyat Melayu. Apakah boleh UMNO itu berdiri tanpa sokongan dari rakyat? Kita tidak mahu melihat UMNO itu berkubur tanpa sokongan rakyat Melayu. Jadi tolonglah buat perubahan demi kesinambungan agama, bangsa dan tanahair. PAU akan datang adalah penentuannya.
Saya sangat setuju jika surau itu di robohkan...ia nya adalah simbolik....tempat pemujaan tuhan lain dari Allah tidak boleh ada kompromi langsung.....tidak sama dengan rumah...kebanyakan rumah...bukan tuan rumah yang bina....buat aje surau baru di atas tapak yang sama....InshaAalah bantuan kewangan akan datang mencurah- curah...saya juga tidak akan solat di tempat terdapat patung...malaikat tak masuk biarlah dibawah tangga atau di dalam stor seperti anak tiri saya buat semasa dia di German.....Wallahu a'lam....
Haramkan juga perkataan-perkataan yang berunsur/berkaitan Islam daripada disalahgunakan oleh peniaga-peniaga atau pengusaha bukan Islam dengan tujuan untuk mengelirukan orang Islam seperti perkataan-perkataan Bilal pada pasaraya, Ahmad pada sejenis kuih, masjid pada beras dan sebagainya.
Apa tujuan menggunakan perkataan-perkataan tersebut sehinggakan orang Islam sendiri menyangka perniagaan tersebut atau produk dimiliki oleh orang Islam. Ingin mengelirukan sehingga sanggup juga ditulis dengan tulisan jawi.
Mereka ini pula menyokong golongan yang memusuhi Islam dan anti kepada tulisan jawi. Alih-alih mereka menggunakan perkataan berkaitan Islam dan tulisan jawi bagi mengaut keuntungan besar.
9:37 AM,
setuju. harap ahli umno ayng ada kuasa mengundi akan undi presiden yang betul betul berjiwa melayu tak lama lagi.
najib - tak boleh harapkan dia. jahanam melayu kalau dia terus presiden / pm.
When I first came to UK, I saw these pictures in their local newspapers
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2096263/The-Mecca-city-In-London-street-faithful-way-pray-mosque-overflows.html
I asked my colleagues (British male) on why is there no bigger mosques built to accommodate the Muslims performing their Friday prayers. I was shocked when I heard the reply "Muslims can pray at any corners of the streets, so why bother to allow then building mosques".
I felt terribly disgusted!
9:37 AM,
Sokong pendapat Sdr.
Sabenarnya tiada siapa yang liberal selagi tidak mengikuti Perlembagaan negara sepenuhnya.
Perkara 153 Perlembagaan menyatakan Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di panjangkan kapada Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa penubuhan Malaysia di tahun 1963. Dasar Ekonomi Baru di gubal berdasarkan Perkara 153 itu dan mengambil kira fakta fakta sejarah di mana kaum Melayu ketinggalan jauh di belakang dalam lapangan ekonomi dll akibat dasar dasar Penjajah British selama 80 tahun merintah negara ini.
Najib yang ketepikan DEB sebab nak liberal sebenarnya tak liberal - dia ha nya liberal olok olok atau pseudo-liberal. Dia mahukan Melayu bertanding dengan Cina di padang yang tak sama rata. Cina ada budaya berniaga sejak beribu tahun. Melayu hanya mula berniaga sejak DEB yang di mulakan di tahun 1970.
Jahanam Melayu jika Najib terus menjadi Presiden UMNO/ PM selepas pilihan parti UMNO tak lama lagi. Saya merayu kapada ahli ahli UMNO yang ada kuasa mengundi supaya tukarkan dia dengan pemimpin yang berjiwa Melayu sepenuhnya.
Malaysian Buddhist in UK,
Heartening to know you feel disgusted.
But we have to accept that there are the ignorant, the skewed, the warped thinking and the arrogant British.
There are many of such in British history - including in their colonial history.
The BBC allowed a terribly nasty sex offender stomping around all over the places in the name of BBC some time back. Knighted, too (but the bugger is now dead). That might have been an attempt to show liberalism.
Najib is trying to be liberal in Malaysia. Discarded the important tools for curbing criminal and all sorts of undesirable activities - the ISA, Emergency Ordinance, Restricted Residence Act and soon, the Sedition Act. Thousands of prisoners released from Simpang Renggam Prison as a result of those. The secret societies, thugs and gangsters have been shooting one another dead. I don't mind that. But they shoot innocent civilians dead, too. Like the Deputy Director General of Customs, a teacher and many others.
Many have now been asking that Najib be replaced at the UMNO party election coming soon. Replaced as UMNO President means replaced as PM.
Inilah bahana nya bila umat islam tak bersatu
longjack2006,
Betul. Tapi Sdr ada cadangan ke nak wat camna?
Sya cadangkan buang Najib dari jawatan Presiden UMNO, cari pemimpin yang tegas dan berani, no-nonsense kapada bukan Melayu yang mencaci, nak mencecah maruah Melayu dan tak ikut undang undang dan Perlembagaan negara, bila mereka hormtkan Kerajaan, kuat lah Melayu, ada lah peluang bersatu.
Sekel juga kepala Nuor Juburi, dia banyak memecahkn Melayu. Nik Aziz sekor lagi, tapi dia dah bersara sekarang, tak kafir mengkafirkan dan memecahkan Melayu, tak jadi hal lagi.
JW, saya pun tak setuju kamu katakan "pesongkan isu salahkan penganut Buddha di Malaysia".
Apa yang berlaku sekarang ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seorang dua berbuat silap, perkara ini dianggap semacam orang bukan Islam mencaci maruah agama Islam dan bangsa Melayu.
Peliknya bila berlaku sekumpulan orang yang berarak kepala lembu berdarah, tidak timbul pula penyalahan secara umum orang Melayu menghina agama lain. Yang disalahkan hanyalah kumpulan kecil yang terlibat dalam insiden tersebut.
Fikir-fikirkanlah, wahai pembaca blog ini.
Malaysian Buddhist in UK,
Thank you for voicing your displeasure about your colleague (the typical ignorant and majority British). Instead of saying Muslims pray on the streets, they should be ashamed for not providing proper place for the minority Muslims in the country to perform prayers.
RELIGION = LOVE = PEACE
mana peginye hj ARIFFIN?
Jahil atau segaja suka hati dialah asalkan dia happy ! Tuhan tak marah manusia yg marah. Banyak peperangan, pergaduhan dan kemalangan di dunia berlaku tapi tuhan pun tak datang tolong atau kacau. Sibuk....
11:34 PM,
Apa kau cakap ni, Mamat? Kau sengaja nak mengarut ye? Takde kerja lain ke?
POLEMIK KALIMAH ALLAH (1)
Sebagai saya seorang muslim. Saya sangat berharap penganut agama lain bertindak sebagai seorang beragama yang waras aqal yang boleh menerima " Agama Islam Bukan Agama Pengacau ".
Ingin saya bertanya kepada penganut agama lain. Adakah kehidupan anda pernah diganggu oleh penganut agama Islam ? Tidak pernah sekali pun, bukan ? Adakah anda pernah mendengar penganut agama Islam menceroboh masuk ke rumah ibadat agama anda (tokong, kuil atau gereja) untuk bersolat ? Tidak pernah sekali pun, bukan ? Adakah anda pernah mendengar ada penganut Islam yang mempersenda dan menghina tuhan2 anda (patung2 batu yang dibuat oleh anda sendiri untuk disembah) ? Tidak pernah walau sekali pun, bukan ?. Adakah anda pernah mendengar penganut Islam hendak menjadikan tuhan anda sebagai tuhan mereka ? Contohnya seperti mana dalam kes tuhan penganut Islam " Allah " mahu direbut oleh penganut agama Kristian. Tidak pernah walau pun sekali, bukan ?
Kepada penganut agama Kristian, saya mahu memberitahu anda bahawa " Malang Sungguh Anda Semua Kerana Sejak Beribu Tahun Dahulu Rupa2nya Agama Kristian Tidak Mempunyai Tuhan ". Lantaran itu saya bukan berniat mahu menghina agama Kristian, tetapi saya berani berkata bahawa " Kristian Lah Satu2nya Agama Di Dunia Ini Yang Tidak Mempunyai Tuhan ". Adakah anda penganut Kristian bersetuju dengan saya ?
Suka atau tidak anda2 yang beragama Kristian kena bersetuju dengan saya " Bahawa Agama Kristian Tidak Ada Tuhan ".
KALAU AGAMA KRISTIAN ADA TUHAN, THEN PERLU APA ANDA BERSUSAH PAYAH NAIK TURUN MAHKAMAH HANYA UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH SUPAYA PENGANUT ISLAM DIPAKSA OLEH UNDANG2 UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PENGANUT KRISTIAN MENYEMBAH " ALLAH " SEBAGAI TUHAN ANDA ??????
Itu maknanya selama ini agama anda tidak punyai Tuhan, lalu anda secara paksa mahu merampas ALLAH tuhan kami orang Islam. Anda orang Kristian mahu ALLAH menjadi Tuhan anda. Tidak mengapa kalau Islam dan Kristian itu hanya berbeda dari sudut imamnya sahaja seperti kami dengan 4 pengikut imam iaitu Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafi, berbeda memang berbeda tetapi perbedaan itu tidak sampai ke tahap menjejaskan akidah dan keimanan kami kepada para rasul dan sahabat serta tuhan ALLAH. Masalahnya Kristian dan Islam sangat banyak jurang bedaannya yang membuatkan “ kamu tidak dapat terima kami dan kami tidak dapat terima kamu “
Ana Muslimah
POLEMIK KALIMAH ALLAH (2)
Diatas keterangan itu saya berhujah Bahawa Selama Ini Agama Kristian Tidak Ada Tuhan. Sedangkan agama Islam, sejak mula sampai kini agama kami ada tuhan dan tuhan kami itu kekal sampai bila2 dan tuhan kami tidak pernah menukar namanya mengikut tempat atau etnik penganut .. di mana2 juga tuhan kami tetap bernama ALLAH .. di benua Arab namanya ALLAH, di benua Amerika namanya ALLAH, di benua Afrika namanya ALLAH, di benua China namanya ALLAH, di kutub utara namanya ALLAH dan di kutub selatan namanya ALLAH .. orang Arab sebut namanya ALLAH, orang kulit hitam sebut namanya ALLAH, orang kulit putih sebut namanya ALLAH .. di Malysia, orang melayu sebut namanya ALLAH, orang cina sebut namanya ALLAH, orang india sebut namanya ALLAH, orang asli sebut namanya ALLAH .. orang iban, orang dayak, orang kadazan, orang dusun sebut namanya Allah .. ahli politik Umno seperti Najib dan Muhyidin sebut namanya ALLAH, ahli politik PKR seperti Anwar Ibrahim, Sivarasa dan Tian Chua sebut namanya ALLAH, ahli politik Pas seperti Nik Aziz dan Hadi Awang sebut namanya ALLAH, ahli politik DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh sebut namanya ALLAH.
Itu lah istimewanya tuhan kami orang islam, Dia amat consisten dari segi nama dan sifat walau di mana Dia berada atau dengan siapa Dia berada.
Dan itu lah diantara sebab musababnya kenapa kami penganut islam tidak pernah ingin merampas tuhan penganut agama lain untuk dijadikan tuhan kami. Kami tidak perlu tuhan agama lain kerana TUHAN KAMI ALLAH IS THE BEST.
Adakah anda penganut Kristian bersetuju dengan saya BAHAWA ANDA JUGA MENGAKUI BAHAWA TUHAN KAMI ALLAH IS THE BEST. Kalau anda penganut Kristian kata Allah Is Not The Best God then tak payah lah nak merebutnya daripada kami.
Kepada penganut agama Kristian dan agama2 lain, kalau anda rasa tuhan kami ALLAH ini hebat dan istimewa TAK PERLU LAH ANDA NAK BEREBUT ALLAH DENGAN KAMI SAMPAI KITA TERPAKSA NAIK TURUN MAHKAMAH ATAU SAMPAI KITA TERPAKSA BERPERANG .. itu kerja orang BODOH, itu kerja orang OTAK TAK CENTRE ..
Jika anda rasa ALLAH IS THE BEST GOD then melangkah lah kaki MASUK KE DALAM ISLAM, haaa selepas itu anda guna lah nama ALLAH itu sepuas2nya, kami tidak melarang malah kami reda kerana ANDA DAN KAMI ADALAH BERSAUDARA DUNIA AKHIRAT.
Ana Muslimah
POLEMIK KALIMAH ALLAH (3)
Alangkah indahnya andai kata Nik Aziz dan Hadi Awang selaku ulamak Islam daripada Pas yang turut disegani dan dihormati oleh orang Umno, mempelawa penganut Kristian MELANGKAH KAKI MASUK KE DALAM ISLAM sebagai syarat untuk mendapat sokongan supaya mereka dibenarkan menggunakan Kalimah Allah.
Lim Guan Eng sepatutnya merupakan orang pertama dipelawa Melangkah Kaki Masuk Ke Dalam Islam oleh Nik Aziz dan Hadi Awang kerana Lim Guan Eng orang yang mencetuskan polemik ini.
Jelas kepada kita rupa2nya sokongan Nik Aziz dan Hadi Awang dalam isu kalimah Allah ini lebih bermotifkan politik daripada pengembangan agama islam itu sendiri.
Ana Muslimah
Setiap agama mepunyai pengasasnya. Moral pengasas menentukan kesucian dan kebenaran agamanya. Kepercayaan agama harus juga bertimbang moral pengasas agama. Adakah pengasas ini gila kuasa? Gila perang? Gila kekayaan? Gila perempuan? Kejam? Jika dia mempunyai ciri-ciri atas bermakna dia ialah seorang munafik sungguhpun dia amat setia kepada agama. Agama cuma diperalatkan untuk menutup perkara kejinya. Maka agamanya tak harus kita percayai.
Bukan semua agama mempunyai pengasas. Islam tidak mempunyai pengasas. Islam adalah agama yang diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Islam merupakan agama yang benar dan menjadi pegangan kepada semua Nabi dan Rasul terdahulu. Islam tidak boleh disamakan dengan agama yang lain kerana kedudukannya tinggi dan mulia mengatasi agama yang lain.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Ya betul u punya agama semua betul lain agama semua tak boleh pakai. Tapi kenapa lain agama lebih awal daripada u punya agama? Tuhan awal benar atau barunya benar? Kahkahkah...
Post a Comment