Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Wednesday, August 14, 2013

Sampai bila mahu dihina?

7:04 AM Posted by RIDHUAN TEE 13 comments


(Sinar Harian 12 Julai 2013)

Tidak kira siapa menghina Islam, salah tetap salah. Tindakan mesti diambil. Walupun mungkin orang Islam (Melayu) sendiri melakukannya. Tidak ada pilih kasih dalam Islam dalam menentukan keadilan. 

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri (TPM) dimangsakan oleh ultra kiasu ekoran kontroversi klip video menghina Islam dalam internet. Memaparkan seorang individu Islam menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dengan latar bunyi takbir raya.

Mula-mula agak suspen, sama ada yang melakukannya orang Islam atau bukan Islam. Setelah disiasat, rupa-rupanya orang Islam. Ultra kiasu bersorak gembira.

Lanjutan itu, ultra kiasu mendesak TPM memohon maaf kerana telah memberikan respon awal sebelum dikenali siapakah yang melakukannya. 

Sedangkan, kenyataan TPM adalah rentetan daripada penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh bukan Islam sebelum ini.

Kenyataan TPM yang didakwa berbunyi, “bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam, sedangkan tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya” diperbesar-besarkan.

Pada saya, jika benarlah kenyataan TPM tersebut, permohonan maaf tidak perlu dilakukan. Umat Islam tidak boleh lagi bersabar dengan penghinaan demi penghinaan yang semakin berleluasa dan sengaja dilakukan.

Itupun nasib baiklah umat Islam tidak bertindak balas seperti yang berlaku di negara lain. Jika tidak, saya pun tidak boleh menjangkakan apa akan terjadi.

Lagipun, menyamakan video anjing tersebut dengan kes Alvivi adalah dua perkara yang berbeza. Video anjing itu adalah kejahilan. Manakala video Alvivi adalah kesengajaan, Adakah kita sudah lupa video hubungan seks rambang pasangan ini yang sengaja dipaparkan? Tidakkah ia mengganggu ketenteraman awam?

Isu ini mengingatkan saya kes ketuk ketampi perempuan berkulit putih di penjara pada tahun 2008. Heboh satu Malaysia. Ultra kiasu mendakwa polis melakukan penderaaan di penjara dan berlaku tidak adil ke atas orang Cina.

Tanpa soal periksa, Perdana Menteri ketika itu telah menghantar seorang menteri ke negara China untuk meminta maaf.

Namun, setelah disiasat, rupa-rupanya bukan warga Cina yang ketuk ketampi di penjara, tetapi orang Melayu. Tiba-tiba satu Malaysia senyap. Kenapa ultra kiasu tidak bela Melayu tersebut? Kena pada Cina (bukan Islam) tidak boleh. Kenapa pada Melayu OK? Bukankah parti dan NGO ultra kiasu selalu mendakwa bahawa mereka berjuang untuk semua kaum?

Kenapa dalam isu ini, TPM dipaksa untuk meminta maaf? Siapa ultra kiasu ini? Ingat, penghinaan ke atas Islam oleh bukan Islam bukan dibuat sekali dua, tetapi berkali-kali.

Saya setuju dengan pendapat TPM, orang Islam jarang sekali kedengaran  kenyataan atau tindakan mereka menyakiti bukan Islam. Jika adapun, boleh dibilang dengan jari berbanding dengan bukan Islam. Itupun hasil provokasi bukan Islam. Bila orang Islam bertindak balas, 'dibuktikan bersalah', hukuman yang diterima oleh orang Islam tersebut begitu berat. Tidak siapapun membela mereka.

Namun, bila ada bukti menunjukkan bukan Islam bersalah, seperti kes Alvivi, yang mana jaminan tidak diberikan, heboh satu Malaysia. Mereka mendakwa mahkamah tidak adil. Hukuman tidak setimpal dengan kesalahan.

Ultra kiasu masih berpandangan, kesalahan Alvivi  amat kecil berbanding orang lain, seperti isu kenyataan bakar bible (Ibrahim Ali) dan ceramah Zulkifli Nordin. Mereka sengaja memejamkan mata bahawa kenyataan tersebut tersebut disebabkan provokasi dan tindakan ultra kiasu yang selalu mencabar kesabaran umat Islam.

Nasib baik PRU 13 telah berlalu. Jika ditakdirkan PRU 13 masih belum selesai, saya amat yakin kesalahan orang seperti Alvivi sudah lama dimaafkan atau dibebaskan serta tidak akan didakwa atau dibicarakan langsung.

Inilah politik kita. Undi lebih penting daripada maruah agama, bangsa dan negara. Manusia berada di atas undang-undang. Saya harap kali ini tidak. Kita mesti bertegas, jika mahu melahirkan negara idaman, seperti negara lain.

Jika di negara lain, orang seperti Alvivi, jawabnya, tiada maaf bagimu. Negara lain amat tegas dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang. Tidak kira sama ada melibatkan rakyat tempatan atau warga luar. Jika tidak percaya? Pergilah ke Thailand, cuba hina Buddha dan Raja mereka. Merengkok dalam penjaralah jawabnya. Juga di Singapura.

Apakah kita lupa penghinaan ke atas al-Quran, penghinaan terhadap nabi penghinaan azan dan perbuatan mencampak kepala babi ke dalam masjid dan surau? Ini tidak termasuk penghinaan terhadap perkara fundamental Islam seperti larangan pergaulan bebas lelaki dan perempuan (saloon), arak, judi,  dan sebagainya. Belum lagi saya paparkan penghinaan terhadap raja-raja Melayu dan kedudukan Melayu dan bahasa Melayu. Begitu juga isu perebutan anak kalangan pasangan memeluk Islam, yang selalu memihak kepada bukan Islam. Bertegaskah kita?

Justeru, pada kali ini, saya amat mengharapkan pihak berkuasa bertindak dengan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam, dan begitu juga jika ada umat Islam yang melakukannya ke atas bukan Islam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

13 comments:

Anonymous said...

Adakah anda bersetuju dengan saya BAHAWA AGAMA ISLAM DIPERSENDAKAN OLEH PENGANUT AGAMA LAIN ADALAH KERANA :

1. Umat Islam Dinegara Ini Sedang Mengusahakan Perpecahan Di Kalangan Mereka :

(1) Bangsa Melayu yang merupakan penganut islam terbesar di negara ini berpecah 3 - Umno, Pas dan PKR

(2) Bangsa Melayu yang merupakan penganut islam terbesar di negara ini semakin bercelaru SIAPA CUKUP ISLAM dan SIAPA KURANG ISLAM diantara SYIAH dengan SUNNAH.

(2) Para Ulamak Islam bangsa Melayu dinegara ini nampak tidak sokong menyokong diantara satu sama lain bila agama Islam dipersendakan oleh penganut agama lain. Contoh : Bila Ulamak Umno @ Kerajaan membantah, Ulamak Pas dan PKR membisu seribu bahasa.

Kepada Para Ulamak Islam bangsa Melayu saya ingin bertanya :

ADAKAH PENDIRIAN POLITIK ANDA MELEBIHI dan MENGATASI PENDIRIAN ANDA TERHADAP AGAMA ANDA (ISLAM) ??????

Mohd Muslim, Perak DR

Anonymous said...

Cari Lah Rasionality

Yang nampak tak sepakat, tak sekata dan tak bersatu adalah kelompok ulamak Islam melayu. Sedangkan diperingkat kita penganut Islam tak ada apa pun. Kita ikut Islam macam mana yang kita pelajari sama ada secara formal atau informal. Orang sembahyang kita ikut sembahyang, orang kata kena puasa kita berpuasa tanpa banyak soal, orang kata jangan minum arak kita tak minum, orang kata jangan berjudi kita tak buat, orang kata jangan berzina kita lagi takut dijangkiti penyakit HIV, dekat nak raya orang pakat keluar zakat fitrah kita walau pun hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang tetap juga bayar fitrah.

Yang sebenarya, pada kita akar umbi Islam ini, tak ada pun Syiah dan Sunnah. Pada kita ada cuma Islam satu saja, satu tuhan, satu nabi, satu kitab dan satu kiblat.

Kita sesama penganut tak akan bergaduh. Kita tak pernah peduli Syiah kah atau Sunni kah, hang buat lah cara hang dan aku buat cara aku, setiap kita manaruh harapan semoga tuhan menerima setiap amal ibadah kita. Orang Syiah mengharapkan tuhan menerima amal ibadah mereka, orang Sunni pun serupa. Kita hidup rukun dan damai.

Kalau boleh biar saya umpamakan Syiah dan Sunni ini sebagai jenis kenderaan yang hendak digunakan oleh 2 orang sahabat untuk menuju ke destinasi yang sama. Katakan Mat Syiah dan Mat Sunni kedua2nya nak ke KL secara berasingan, tetapi mereka harus berjumpa di satu tempat pada waktu yang ditetapkan. Mat Syiah selesa naik bas dan Mat Sunni benci naik bas lalu dia naik keretapi, namun pada akhirnya mereka berjumpa juga di KL seperti yang ditetapkan.

Di sini yang memainkan peranan sama ada Mat Syiah dan Mat Sunni dapat berjumpa di KL atau pun tidak adalah Pemandu Bas dan Pemandu Keretapi. Jika mereka melencong maka Mat Syiah dan Mat Sunni tak akan sampai KL dan tak akan bertemu sampai bila2 pun.

Dalam cerita saya tadi, para Ulamak sama ada Ulamak Syiah atau Ulamak Sunni, mereka adalah umpama Pemandu Bas dan Pemandu Keretapi. Kita pengikut Syiah dan pengikut Sunni akan mencapai matlamat Islam yang sebenar hanya jika kedua2 driver kenderaan yang kita gunakan itu ikhlas dan bertanggung jawab membawa kita ke destinasi yang hendak sama2 kita tujui iaitu KEREDHAAN ALLAH SWT.

Yang menjadi masalah sekarang adalah DRIVER nampaknya masing2 ada kepentingan masing2, maka kepentingan kita sebagai penumpang diketepikan, malah penumpang pula yang didesak supaya bersetuju dengan lencongan yang mereka lakukan.

WAHAI PARA DRIVER (ULAMAK) ....

ADAKAH PENGANUT AGAMA LAIN BERANI MENGHINA AGAMA KITA (ISLAM) ANDAI KATA KITA INI BERSATU DALAM SETIAP PERKARA PADA SETIAP MASA ??????

Ungkapan bahawa Islam membenarkan perbedaan pendapat nampaknya telah dipergunakan oleh Para Driver kita untuk mencapai matlamat diri mereka. Matlamat sebenar Islam terlencong adalah kerana peranan Para Driver ini lah.

Wahai Para Ulamak sekalian sama ada anda Syiah atau Sunni, hanya anda yang tahu cerita sebenar di sebalik lakon layar Syiah Sunni .. jadi lah A Good Driver untuk membawa kami dekat kepada Allah swt.

Mohd Muslim, Perak DR



Anonymous said...

Assalam tuan,
Yg uplod video tu adalah seorang PENKID, mana2 manusia yg mahu berfikir tentu tau istilah PENKID dan hukumnya dlm Islam, mereka tiada perasaan berjihad utk Islam, kita didunia akhir zaman tuan.

glassman said...

Sudah lari tajuk jadi Syiah Sunnah walvhal Syiah terkeluar dari ISLAM! NABI berperang Badar , 330 melawan Seribu lebih!

Anonymous said...

Mohd Muslim,

Sdr kata Kita sesama penganut tak akan bergaduh? Baca lah sejarah Islam sejak mula nya timbul puak Syi'ah. Kan Syi'ah yang mula memecah, menubuhkan puak bahru?

Saya tak mahu masuk campur hal Syi'ah. Tapi Islam di negara ini ada lah Sunni. Undang undang nya dah begitu. Mengapa kalian tak mahu ikut undang undang.

Islam pada asal nya ada lah mengikut pimpinan Nabi Muhammad RSW. Dan Kalifah Kalifah berikutnya. Puak Syi'ah telah mula berpecah dari kumpulan asal. Bukan kah kita seharusnya ikut puak yang asal?

Sekarang ada sedikit sahaja pengikut Syi'ah di banding dengan Sunni. Mengapa tak ikut suara majoriti? Majoritinya amat besar. Sekurang kurang nya 85%. Mengapa mahu berpecah? Mengapa tak mahu ikut majoriti? Apa salah nya ikut majoriti - Sunni?

Wali Selipar said...

Dgn sumber kewangan dan keseronokkan duniawi mereka merasuah umat islam tersebut yg tergila2 mengejar nikmat dunia yg bersifat sementara.

Dgn itu, ayuhlah kita kuatkan iman kita dan memohon pada yg Esa agar kita dan keluarga kita dijauhi fitnah yg amat dasyat yg semakin menjadi2.

Anonymous said...

Saudara RT dan Saudara Seagama.

Apa kata kita anggap saja mereka orang bukan islam yang tak habis2 mempersendakan Agama Islam itu sebagai " ORANG TAK SIUMAN ".

Kalau mereka SIUMAN, mereka tak akan buat benda2 yang tak mendatangkan faedah kepada diri mereka, agama mereka dan negara.

Dan kita para penganut Islam semua adalah terdiri daripada ORANG YANG SIUMAN sebab itu lah kita tidak buat apa yang ORANG TAK SIUMAN buat.

Lagi kita duk layan mereka lagi lah mereka naik syiok nak buat bagi kita marah. Lama2 dia nak jadi benda yang tak elok kepada perpaduan antara rakyat.

Tapi kalau sampai bakar surau dan mesjid, ganggu orang sedang solat atau mengotorkan surau dan mesjid ... itu sudah melampau lah. Maka pada ketika itu kita perlu lah bertindak setimpal dengan perbuatan mereka.

Jangan layan mereka kerana memang sah MEREKA TAK SIUMAN. Harga diri ORANG TAK SIUMAN ini nak di bandingkan dengan anjing kurap rasanya mulia lagi anjing itu, nak di bandingkan dengan babi juga rasanya mulia lagi babi itu.

Jika kita nak panggil mereka ANJING atau BABI takut pulak mereka perasan diri mereka itu hebat setaraf dengan ANJING dan BABI pulak. Sebab pada hakikatnya mereka adalah LEBIH TERUK DARIPADA ANJING dan BABI.

Kepada anda2 yang mempersendakan Agama Islam belajar lah menerima hakikat bahawa YOU PEOPLE ARE WORST THAN DOG OR PIG.

Mat Kedah

hamba ALLAH said...

Kepada Mohd Muslim,

boleh saya komen sket dengan kenyataan anda ini.. berkenaan DRIVER.. Bagi saya, kita sebagai penumpang juga berhak untuk menukarkan DRIVER yang melencong aqidahnya kepada penumpang yang boleh memandu dengan lebih arif tentang jalan yang harus dilalui @ penumpang berikan petunjuk jalan mana yang perlu dilalui.. kita ada hak untuk menyuarakan pendapat dan menyebarkan perkara yang HAQ. Bagi saya, pada zaman sekarang ini, Bukan semua ulamak tahu apa yang mereka buat.. Mereka hanya menggunakan pola-pola fikir.. Mereka bercakap tidak berpandukan pada ALQURAN dan SUNNAH.. Mereka berkata mengikut nafsu syahwat dan nafsu ghodop mereka berpandukan sedikit ilmu dari apa yang mereka pelajari dan mereka kembangkannya dengan pola-pola fikir mereka sendiri. Ini yang TAK BETUL..
Sebolehnya, mereka harus berkata 100% datangnya dari ALQURAN dan SUNNAH.. SUNNAH di sini bukan hadith.. Bukan saya kata jangan ikut hadith. Ada plak yang saman saya plak. Maksud saya adalah seperti SUNNAH adalah yang diajarkan kepada kita. Tuan Guru saya ada mengatakan bahawa ALQURAN adalah TEORI dan SUNNAH adalah AMALI/PRAKTIKAL. Itu yang saya faham.. Apa-apa yang terkandung didalam ALQURAN diterjemahkan oleh SUNNAH. Sebagai contoh "SOLAT" - Didalam ALQURAN hanya menyebut anda perlu SOLAT, tetapi tidak menzahiirkan bagaimana untuk SOLAT? Dari itu datangnya SUNNAH yang boleh menzahirkan bagaimana manusia itu untuk SOLAT..

Saya cuba beri contoh kepada anda.. Bayangkan anda mendapat wahyu dari ALLAH mengatakan anda akan menerima ALQURAN hari ini. Sesudah anda selesai membaca, anda dapati SOLAT wajib untuk umat ISLAM kerjakan. tetapi ALQURAN tidak memberitahu "detail" tentang bagaimana untuk SOLAT? Anda boleh bertanya kepada siapa tentang hal ini? Anda orang pertama mendapat ALQURAN seperti NABI MUHAMMAD. Apa yang anda boleh lakukan? Apa yang anda perlu lakukan? Orang lain tidak tahu bagaimana untuk SOLAT.. Adakah ada orang yang tahu bagaimana untuk SOLAT pada waktu itu?

Sekian..

Anonymous said...

Saudara Hamba Allah dan Saudara2 Anon yang response kpd tulisan saya.

Saya sentuh Syiah Sunni bukan kerana saya ini orang Syiah. Saya seorang muslim yang neutral and non partisan. Saya seorang muslim yang kepingin untuk melihat slogan keramat " Islam Is Religion Of Mankind Unity " benar2 terjadi dan bukan sekadar illusi semata2.

Ingin saya bertanya kalian, dalam keadaan yang berlaku sekarang ini relevan kah kita untuk meneriakkan slogan retoric " Islam Is Religion Of Mankind Unity ". Kalau kalian jawab " relevan " saya tak rasa bersalah nak kata " anda sebenarnya SYOK SENDIRI dan PERASAN ".

Terus terang saya kata, sebagai seorang penganut Islam, saya rasa malu untuk mempromosikan kehebatan agama anutan saya kepada rakan bukan muslim. Sangat sedikit elemen yang membanggakan yang boleh saya sampaikan kepada mereka.

Nak dikatakan ada perpaduan dalam Islam, satu dunia tahu apa yang berlaku di negara2 benua arab, dan satu dunia tahu dua puak Islam iaitu Syiah dan Sunni tidak akan bersatu selagi ada bulan dan matahari walau pun mereka Berkongsi Tuhan, Berkongsi Kiblat, Berkongsi Kitab dan Berkongsi Nabi. Nak dikatakan ada kemajuan dalam Islam, satu dunia tahu negara2 Islam kebanyakannya menjadi peminta sedekah daripada negara2 orang kafir yang kaya raya.

Jangan pula kalian kata saya menghina agama anutan saya sendiri, saya tidak berniat begitu. Saya paling mahukan adalah PERPADUAN. Mustahilkah hendak dilakukan ? Benda ini adalah dalam kawalan kita para penganut islam tak kira Syiah atau Sunni, Tuhan walau pun Dia Maha dalam serba serbi tetapi Tuhan sendiri tidak mampu untuk menyatukan penganut islam jika sekiranya penganut islam itu sendiri tidak mahu bersatu.

Saya tetap meletakkan kesalahan kepada para ulamak kerana mereka gagal memimpin kita untuk BERSATU, malah mereka memainkan peranan untuk memburukkan lagi perpecahan yang sedia ada. Mereka hafiz quran tetapi mereka gagal membaca mesej Allah swt " Aku Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu Melainkan Kaum Itu Sendiri Yang Berusaha Mengubahnya ".

Diketika orang agama lain membina kekuatan ketenteraan dan kekuatan ekonomi untuk menghalang kebangkitan islam, kita orang islam pulak ghairah untuk mengatakan Puak Aku Saja Yang Betul dan Puak Sebelah Sana Semuanya Sesat. Kalau orang Sunni kata Syiah Sesat, orang Syiah juga kata Sunni Sesat. Lalu SIAPA YANG BENAR2 TAK SESAT.

Kita penganut islam yang biasa2 TAK SESAT, YANG SESAT LAGI MENYESATKAN adalah mereka yang bergelar Ulamak tak kira lah Ulamak Syiah kah atau Ulamak Sunni kah. Ulamak dengan ahli politik sama saja, kepentingan diri menjadi keutamaan. Kepada ahli politik kepentingan parti dan ahli parti, kepada ahli agama (ulamak) kepentingan agama dan ummah sekadar pemanis bicara saja.

Mohd Muslim, Perak DR

Anonymous said...

Saya setuju TPM tidak perlu ma'af kerana kenyataan dia "bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam, sedangkan tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.”

Sebab sudah banyak kali berlaku. Yang terakhir sebelom itu dan yang telah menjijikkan dan menyayat hati ia lah pasangan menggunakan nama Alvivi. Amat bagus mereka di sumbat ke lokap Polis sebelom di heret ke Mahkamah. Dan Majistret tidak membenarkan ikat jamin. Yang jantan di sumbat ke Penjara Sg Buluh. Yang betina ke Penjara Kajang.

Walau pun di benarkan ikat jamin (bail) oleh Mahkamah Tinggi dan di lepaskan selepas lk se minggu, mersa mereka merekut di lokap dan di penjara walau pun belom di bicarakan. Hrap bila di bicarakan akan di sumbat di penjara lagi hingga 2 tahun. Bukti nya nayta di video klip mereka.

Sekarang ada lagi gambar makanan Hari Raya yang di tengahnya kepala babi pulak. Facebook yang bernama Pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Johor. Sedang di kesan oleh MCMC dan Polis. Harap akan di sumbat ke Lokap Polis dan akhirnya di penjara juga.

Mesti di buat demikian. Tidak lain, tidak bukan. Bagi mengelakkan reaksi rakyat Muslimin secara fisikal yang boleh memudharatkan keadaan secara besar besaran.

Anonymous said...

Setuju dengan artikel Dr hari ini "Singapura maju kerana Malaysia" dalam Utusan Malaysia 16 Ogos 2013.

Rakyat Singapura, nak dapat barang murah pun pergi kat Malaysia sampai rakyat tempatan pula yang terpaksa bersaing dengan kuasa beli mereka.

Hasad dengki Kuan Yew sampai ke usia emas. Apa lagi yang dia nak / tak puas lagi tak tau le.

Sampaikan mendiang isterinya sebelum mati masih sempat berpesan supaya berjaga-jaga dengan Melayu -mati dalam keadaan dengki kepada Melayu.

Orang macam ni bukan mati "Rest In Peace" tapi mati "Rest With Grudge"; mati penuh dendam.

Hidup penuh mewah tak entah apa yang tak cukup, tak pernah puas. Kepuasannya adalah apabila dapat meletakkan Melayu dalam keadaan hina. Jadi mengutuk Malaysia adalah sinonim dengan mengutuk Melayu yang menerajui Malaysia.

Anonymous said...

Mohd Muslim,

Anda kata rasa malu untuk mempromosikan kehebatan agama anutan saya kepada rakan bukan muslim. Saya fikir tak perlu anda promosikan atau dakyahkan atau "missionary"kan.

Daripada buat cuba buat demikian, bukan kah lebih baik gunakan masa untuk menyatukan Islam dalam rangka renggang antara ahli UMNO, PAS dll?

Tak jadi masalah bila tak sebut Syi'ah. Sebab puak itu tak di benarkan di negara ini. Bukan so'al siapa lebih Islam. Ha nya so'al undang undang negara ini tidak membenarkan fahaman Syi'ah. Maka membuang masa jika kita perso'alkan panjang lebar fasal nya. Perkara yang dah seribu tahun lebih tak dapat di selesaikan. Anda sendiri pun tahu bila mengatakan "Syiah dan Sunni tidak akan bersatu selagi ada bulan dan matahari walau pun mereka Berkongsi Tuhan, Berkongsi Kiblat, Berkongsi Kitab dan Berkongsi Nabi."

Jika anda paling mahukan PERPADUAN, saya cadangkan anda mulakan lah dengan langkah langkah kecil. Seperti memujuk Melayu ahli ahli PAS, UMNO dll bersatu. Tak mustahil jika anda berjata satu dua.

Jangan ha nya "meletakkan kesalahan kepada para ulamak", kita kena cuba juga sendiri. Cuba anda teliti ayyat Qur'an yang anda beri itu - "Aku Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu Melainkan Kaum Itu Sendiri Yang Berusaha Mengubahnya". Tuhan tak bilang ha nya Ulama sahaja yang perlu usahakan perpaduan. Jadi, kita semua ada peranan nya.

Amacam, boleh cuba?

hamba ALLAH said...

Kepada Mohd Muslim,

Saya suka disini dimana awak mengatakan awak bukan syiah dan awak adalah ISLAM Nuetral.. Saya bangga, ada juga yang mengatakan dia bukan sunni dan bukan syiah.. Apa yang sebenarnya yang ingin saya katakan.. PERLEMBAGAAN ISLAM yang sebenarnya akan TERZAHIR juga. walaupun anda tanya saya bahawa adakah NEGARA ISLAM akan terbentuk?

Awak tunggu dan lihat.. Saya yakin bahawa NEGARA ISLAM akan terbentuk pada masa akan datang dan YAKINLAH.. NEGARA ISLAM ini adalah seperti NEGARA ISLAM yang terhasilkan dari NABI MUHAMMAD SAW dan PERLEMBAGAANNYA.. NEGARA ISLAM ini juga pernah ada di MALAYSIA masa dahulu.. Pernah dengar KERAJAAN ISLAM MELAYU MELAKA (KIMM)? KERAJAAN inilah yang akan bangun semula pada masa akan datang ini(masa terdekat ini InsyaaAllah)..

Sebab, dimana tempat anda jatuh, disitu juga anda akan bangun.. betul tak.. Takkan anda jatuh dekat KUALA LUMPUR tiba2 bangun dekat PERAK plak.. kan? KERAJAAN ini akan menjalankan SYARIAT ISLAM yang telah lama tidak dijalankan sejak KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM TURKEY. KERAJAAN ISLAM ini jugalah yang akan mempertahankan umat ISLAM sedunia. Kita nantikan kewujudannya.. INSYAAALLAH..