Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
(Mingguan Malaysia 11.8.13)
Penentangan terhadap agenda membina
negara semakin menjadi-jadi, seolah wujud agenda membina negara dalam negara.
Inilah akibatnya apabila kita terlalu berlembut dengan ultra kiasu atau
kumpulan yang tidak pernah bersyukur ini.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan juga
Menteri Pendidikan, melahirkan kebimbangannya terhadap trend mutakhir pertubuhan
Cina seperti Dong Zong dan sewaktu dengannya, yang semakin berani menyentuh
isu-isu hubungan antara kaum sehingga menimbulkan polarisasi. Masyarakat Cina dilihat
terlalu sensitif sehingga menjadikan usaha baik yang dirancang kerajaan seperti
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP) dimanifestasi sebagai syak
wasangka yang menyentuh isu perkauman.
Perhimpunan Dong Zong sebelum ini yang
didakwa dihadiri oleh lebih 1000 pertubuhan Cina membuat resolusi menghalang
apa yang kita buat dalam PIPP 2013-2025. PIPP dilihat sebagai usaha untuk
menghapuskan bahasa ibunda mereka dan berbaur perkauman. Sedangkan hampir dua
tahun telah kerajaan telah mengumpul input supaya selari dengan Akta Pendidikan
dan Falsafah Pendidikan Negara. Malangnya, NGO Cina ini langsung tidak mahu
terlibat dalam perbincangan pelan tersebut.
Menurut TPM, trend yang berlaku itu
tidak langsung membantu memupuk semangat perpaduan. Justeru, umat Islam mesti
sedar dan tiada pilihan lain, selain memperkukuhkan jemaah.
Perkara itu tidak akan berlaku jika
umat kuat dan bersatu. Kelemahan dan perpecahan yang berlaku, digunakan
kesempatan sepenuhnya untuk menentang apa jua agenda membina negara, termasuk
dengan lantang mencabar agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang
Melayu dan raja-raja Melayu.
Peliknya, umat Islam dengan sengaja
buat-buat tidak faham akan kemerbahayaan ini. Kita masih menganggap perkara ini
remeh atau ini masalah Umno, bukan masalah negara.
Kita sesama sendiri asyik bergaduh.
Sedangkan orang lain terus merancang dan mengatur strategi. Contohnya, bagi
mengaburi mata rakyat dan umat Islam, sekutu Dong Zong, Gabungan Pertubuhan
Cina Malaysia (Hua Zong) telah membuat kenyataan akan menganjurkan Anugerah
Integrasi Nasional Usman Awang bagi menghargai sumbangan individu atau
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap usaha-usaha perpaduan dan integrasi
nasional.
Menurut Hua Zong, penganjuran itu
bertujuan menggalakkan lebih ramai individu atau NGO menyumbang ke arah
perpaduan selain memupuk semangat integrasi dalam kalangan rakyat. Sasterawan
Negara, Usman Awang diangkat bagi mengisi nama anugerah itu kerana beliau
antara tokoh yang mempunyai semangat dan pandangan positif yang jelas mengenai
integrasi. Pemenang tunggal Anugerah Perpaduan cemerlang akan menerima hadiah
wang tunai berjumlah RM100,000 dan sijil sementara lima pemenang yang terpilih
Anugerah Perpaduan Gemilang masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000
beserta sijil. Saya memuji usaha-usaha sebegini.
Peliknya, kenapa nama Usman Awang,
bukan tokoh yang lain? Kenalkah mereka dengan aspirasi dan jati diri Melayu Usman
Awang? Setelah membelek-belek latar belakang Usman Awang, rupa-rupa Usman Awang
terlibat dalam Persatuan
Persahabatan Malaysia-China. Usman Awang juga pernah menjadi Ahli Jemaah Kolej
Selatan, sebuah kolej swasta aliran Cina. Adakah kerana penglibatan Usman Awang
dengan beberapa pertubuhan Cina ini, maka Usman Awang dipilih?
Persoalan saya, jika Allahyarham tidak
terlibat dengan hubungan dengan Cina ini, apakah beliau akan dipilih? Secara
peribadi, saya amat kagum dengan pencapaian dan kehebatan Allahyarham secara
pakej.
Saya bimbang nanti apabila terbaca
puisi Usman Awang bertajuk “Melayu”, mereka akan menarik balik anugerah ini
pada tahun seterusnya. Saya pohon,
ketika anugerah ini disampaikan nanti, bacalah puisi hebat Usman Awang ini.
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu
itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu
di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah
disunat anunya itu)
Dalam
sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu
itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu
itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak
Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah
dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya
hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang
lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimanakah
Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Selain puisi ini, baca juga
biodata Usman Awang dan perjuangan Melayunya. Sejak tahun 50-an beliau
merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM),
Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-65).
Beliau juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi,
Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Genta Rasa. Bacalah juga Kumpulan Puisi
Keranda 152. 152 merujuk kepada kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan dalam
perlembagaan.
Usman Awang juga adalah pejuang
kuat akhbar berbahasa Melayu. Usman Awang pernah mogok dan sanggup menganggur mempertahankan
BM. Usman Awang juga adalah orang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usman
Awang telah mengangkat dan mengharumkan nama institusi bahasa dan sastera
tersebut hingga ke tahap antarabangsa selama beliau berkhidmat di DBP.
Ketokohan dan kehebatan Usman Awang
mesti diserlah secara pakej, bukan hanya merujuk sumbangan beliau kepada China
dan Cina. Orang Cina mesti difahamkan siapakah yang dimaksudkan dengan Melayu oleh
Usman Awang? Bagaimana mengenali Melayu? Dan dimanakah kekuatan dan sensitiviti
Melayu? Seperti nukilan puisi tersebut.
Perpaduan dan integrasi tidak dapat
dicapai kerana kita meletakkan agenda bangsa di hadapan dengan mengenepikan
sama sekali agenda membina negara. Misalnya, terbaharu, sekutu Dong Zong iaitu
MCA, berbeza pendapat dengan MIC dalam soal menyeragamkan subjek Bahasa Melayu
(M) di semua sekolah, termasuk SJK (Cina/Tamil). MIC bersetuju diseragamkan. MCA
menentang sekeras-kerasnya. Pandangan MCA sama Dong Zong, dan semua Zong yang
lain, termasuk DAP dan Gerakan.
Alasan MIC jelas. Rakyat Malaysia
mesti menjunjung BM dan mendapat kredit dalam peperiksaan. Jika tidak, sampai
bila-bila pun pelajar bukan Melayu tidak akan dapat menguasai agenda kebangsaan
ini. Sudah tentu tidak baik untuk pembinaan negara bangsa.
NGO Cina menolak pandangan MIC. Jika
BM diseragamkan, subjek ini akan menyukarkan pelajar Cina untuk menguasai
bahasa Cina, kerana terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada BM. Puak
ultra kiasu langsung tidak mahu bersusah sedikit menyahut agenda negara. Mereka
mahu menjadi secina-cinanya - membina negara dalam negara.
Letih memperkatakan isu yang tidak
pernah habis ini. Nasihat saya kepada kerajaan, jangan dengar lagi apa jua kata-kata
Dong Zong atau Jiao Zong atau mana-mana NGO Cina lagi. Laksanakanlah apa yang
telah diputuskan secara tegas. Jika tidak, PIPP 2013-2025 tidak akan ke
mana-mana. Kita akan terus berhadapan dengan masalah demi masalah, bukan
mengatasi masalah.
Jika masih berdegil, buat referendum
kepada rakyat negara ini, seperti mana kita membuat referendum kemasukan Sabah
dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Tidak ada gunanya kita terus
berlembut dengan ultra kiasu ini. Mereka hanya pentingkan bangsa, bukan negara,
kerana mereka ingin membina bangsa dalam negara.
Benarlah kata cendekiawan
etnik, Mansor Mohd Nor, parti-parti politik Cina tidak bebas dalam agenda
politik mereka kerana sering dicatur oleh persatuan-persatuan Cina yang mahu
membina negara idaman berdasar penerimaan kerakyatan samarata, penerimaan
bahasa mandarin sebagai bahasa rasmi dan pelaksanaan pengajian dalam bahasa
Mandarin dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Persatuan-persatuan Cina ini meletakkan teras negara idaman ini sebagai
keutamaan dan menggunakan strategi dua barisan untuk bekerja dengan sesiapa
sahaja yang mahu jadi ‘kuda tunggangan’ mereka demi mencapai matlamat itu.
13 comments:
Bagus Kementerian Pelajaran telah adakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Bagus Tan Sri Muhyiddin telah mengarahkan penyiapannya dan menegur pendirian Dong Zong berkaitan dengannya.
Sebenarnya, Dong Zong tidak perlu di pedulikan atau di layan. Terutama nya selepas Dong Zong langsung tidak mahu terlibat dalam perbincangan pelan tersebut yang telah di aturkan oleh Kementerian.
Hanya boleh Dong Zong di beri nasihat supaya bertabi'at baik dan di beri penerangan mengapa mereka tak perlu di hiraukan. Seperti yang TS Muhyiddin lakukan. TSM memang orang yang benar benar peka terhadap perlunya negara membangun berdasarkan Perlembagaan negara. Dia seharusnya menggantikan DS Najib yang ramai sudah menyuarakan perlu di ganti di pemilihan parti UMNO tak lama lagi ini.
Dong Zong berpendirian ganjil. Tidak selaras dengan Perlembagaan negara. Perlembagaan menyatakan Bahasa Malaysia ada lah bahasa negara ini dan bahasa ibunda boleh di gunakan ha nya "selain dari untuk tujuan resmi". Dan sekolah ada lah tujuan resmi mana mana negara. Maka semua sekolah perlu menggunakan BM sebagai bahasa pengantar.
Dong Zong yang mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar tidak menghormati Perlembagaan sepenuhnya. Benar sekolah Cina telah ada sejak sebelom Merdeka. Tetapi tidak semestinya boleh di teruskan sehingga bila bila masa. Masakan Perlembagaan menyatakan kedudukan BM di negara ini dengan jelas.
Tambahan pula, amat perlu ada hanya satu sistem persekolahan. Atau sistem sekolah satu aliran. Atau Satu Jenis Sekolah Untuk Semua. Untuk timbulnya suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu di jangka masa panjang. Bahasa di ketahui di seluruh dunia sebagai suatu alat penting untuk perpaduan negara.
Anehnya, di selatan China di mana orang Cina di negara ini berasal, mereka tidak mahukan Bahasa Mandarin. Mahu gunakan bahasa ibunda tempatan seperti Hokkien, Konfu, dsbnya. Bila Pemerintah Pusat di Beijing keluarkan arahan memperketatkan penggunaan Bahasa Manndarin 1-2 tahun lalu, mereka di Canton, Hong Kong dll telah buat demonstrasi.
Ini lah satu dari tanda tanda ultra kiasu mereka ini. Kerajaan perlu tabah dan berpendirian tegas. Kalau tidak, negara akan tergadai akibat tindak tanduk mereka yang tidak hormatkan Perlembagaan, hanya mengaku sebagai rakyat tetapi tidak membuktikan ta'at setia mereka kapada negara ini.
Tidak ada so'al membenarkan sesiapa membina negara dalam negara (nations within a nation). Tidak boleh. Mesti di keji. Di larang. Dan di bantutkan.
Perlu kita bersatu padu. Satu Perlembagaan, satu bahasa, satu tujuan, harapan dan cita cita (same aims, hopes and aspirations) sebagai warga negara Malaysia.
Negara Cina beribu tahun budayanya, terbesar jumlah penduduknya di dalam dunia ini, tetapi lintang pukang dalam sejarah nya, di anggap oleh negara negara Barat sebagai pariah, hingga hanya 10-20 tahun yang lalu. Sebabnya - lintang pukang tujuan, harapan dan cita cita rakyat nya, asyik bergaduh antara puak, cuba menawan satu sama lain, sehingga di tawan kuasa asing beratus tahun lama nya - Mongolia selama 80 tahun di abad 13, Manchuria selama 300 tahun hingga ke awal abad 20.
Azab sengasara hidup di sana, sehingga ramai yang lari keluar, termasuk ke negara ini - termasuk nenek moyang mereka di Dong Zong. Mereka perlu sedar. Malangnya ramai antara mereka tidak minat Sejarah. Terutamanya yang menjadi ahli atau menyokong parti chauvinis dan rasis DAP. Yang membangkang Sejarah di mestikan di sekolah sekolah. Amat berterima kasih kita kapada Tan Sri Muhyiddin yang telah menjadikan Sejarah mesti di pelajari dan lulus untuk mendapat Sijil SPM, saperti BM juga. Saya harap di mestikan di sekolah Cina juga.
Dong Zong perlu sedar bahawa PM Britain David Cameron telah menyatakan se tahun yang lalu bahawa "Multi-culturalism is dead." Dan telah di laungkan juga oleh Chanselor Germany Angela Merkel, serta dua pemimpin EU yang lain. Nyata dari situ bahawa negara negara Barat juga tidak membenarkan sesiapa cuba "membina negara dalam negara".
Negara ini perlukan pemimpin yang tegas dan berani melaksanakan dasar dasar yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan, terutama nya berkenaan pelajaran. DS Najib tidak boleh di harapkan. Membongkok ke belakang cuba mendapatkan undi Cina di PRU13, tapi dapat Tsunami Cina. Dia nampknya tidak serik, masih mahu hapuskan Akta Hasutan, memuaskan kehendak Pembangkang yang nampaknya telah termasuk Cina tsunami. UMNO perlu menggantinya. TS Muhyiddin boleh menjadi ganti nya.
"Pandangan MCA sama Dong Zong, dan semua Zong yang lain, termasuk DAP dan Gerakan."
Depa dah mcm cicak putus ekoq. Pi sana pi sini tak tau nak buat apa. Dulu asyik bergaduh antara depa. Tu depa punya pasai. Tapi nak habaih kerusi depa di buat dek tsunami Cina. Merana BN di buat depa.
Dah tu dok merajuk pulak. Tak mau ambik jawatan dalam kerajaan pulak. Macam budak kecik. Buat malu BN lagi. Resign le Soi Lek, wei.
Ah Jib Gor tak nak komen ka tentang Dong Zong !
Kita terlalu, terlalu dan terlalu berlembut...melampaui batas-batas kebiasaan seorang manusia untuk berlembut dengan seseorang yang lain.
Renungan sekadar berinteraksi dari Mekah. Sila layari :www.saffanskot22.com.
Wassalam,
Z
Dalam PIPP nanti sila tekankan tentang pelajaran adab. Kebanyakan penyokong pendidikan cina ni tak hiraukan sangat tentang adab sopan.
Antara perkara biadab yang sinonim dengan mereka adalah tidak tahu menghormati majlis.
Baru-baru ni isu datang majlis rumah terbuka hari raya siap bawa bekas nak tapau makanan di situ. Sebelum raya tahu pulak menghina Islam dan Melayu, bila raya tak tahu malu datang rumah terbuka selamba bawa balik makanan.
Sebelum ini dan sudah menjadi trend adalah pergi ke mana-mana dan ke majlis pakai seluar pendek. Yang lelaki kadang-kadang pakai singlet dengan seluar pendek. Yang perempuan pulak pakai seluar pendek sendat. Perkara ni nampak sangat jelas bila mereka beli makanan di bazar ramadhan.
Mereka juga dah tak tahu malu berpakaian menjolok mata bila berkunjung ke premis-premis kerajaan.
Keadaan ini juga mewujudkan seolah-olah negara dalam negara; bebas berkurang ajar dan biadab dalam keadaan majoriti yang masih menjaga tatasusila.
Jika keadaan biadab ini tidak dikawal, ini akan mewujudkan keadaan selesa di mana ini dianggap hak asasi sedangkan hak asasi majoriti beragama Islam untuk menjaga pandangan tidak dihiraukan.
Kerajaan perlu ikut perlembagaan.
BUkan ikut kata-kata mereka yang bercanggah dengan perlembagaan. Tak guna buat perlembagaan kalau amalan tidak mengikut perlembagaan. Kata lain tapi buat lain.
Saya boleh katakan kerajaan sekarang seperti kata pepatah:
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Jangan kerana sikap terlalu bertolak ansur kepada kaum bukan MElayu boleh mendatangkan musibah yang lebih besar atas ketidakpuasan hati orang Melayu.
Tolonglah kerajaan bersikap seperti AYAM JANTAN. Bukan seperti PONDAN!
Sy sgt setuju dengan kenyataan Anom 11:59 12/AUG.... mengenai perangai KURANG ADAB mereka ini....! pengalaman hidup sy dibeberapa negara yg jauh lebih maju dari Msia jelas membezakan adab kesusilaan dlm berpakaian....terutama di dalam majlis, pejabat dan lain2 tempat umum. Saya menganggap ini adalah satu protes dan provokasi utk mencabar adab sopan yg selama ini di perjuangkan oleh MELAYU secara umumnya. Apakah ini bermaksud mereka berada di dalam fasa menentang apa saja yg di perjuangkan dan di pertahankan oleh melayu...termasuk hak2 melayu itu sendiri?
Azrul,
Minta UMNO tukarkan Najib. 150,000 ahli yang megundi di pilihan pemimpin party kali ini.
Cari lah siapa saja yang ahli UMNO, cakapkan. Mana yang ada harapan jadi pengundi tu, cuba dapatkan mereka sedar sebab sebab mengapa Najib perlu di tukar.
Kalau nak hujah hujah yang boleh di gunakan, sila lah kasi tahu di sini.
Bagi menjawab so'alan Anon 3:46 PM, ingin saya mengeluarkan pendapat bahawa kebanyakan mereka yang datang ke negara ini terdiri dari yang selalu membangkang dan membantah di China.
Mereka di perintah kuasa asing Manchuria sehingga awal abad 20. Di selatan China (kebanyakan Cina di Malaysia ini berasal dari situ), mereka membangkang dan membantah sehinggah ke zaman sekarang - arahan Kerajaan pusat di Beijing mengetatkan penggunaan bahasa Mandarin pun di bantah mereka, mahu nebggunakan bahasa tempatan mereka, demonstrasi di Canton, Hong Kong dll 1-2 tahun lalu. Pelik pula di Malaysia mereka mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina.
Maka budaya membangkang dan membantah itu juga di manifestasi dalam perkara "kesusilaan dlm berpakaian....terutama di dalam majlis, pejabat dan lain2 tempat umum."
Mmemang itu "satu protes dan provokasi utk mencabar adab sopan yg selama ini di perjuangkan oleh MELAYU secara umumnya .. dalam fasa menentang apa saja yg di perjuangkan dan di pertahankan oleh melayu...termasuk hak2 melayu itu sendiri". Mereka bantah apa saja yang bukan jenis mereka. Sebab sudah beratus tahun di perintah dan bencikan pemerintahan Maharaja Manchu. Turun temurun mereka yang lari ke Malaysia sudah lama di kenali sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Sejak pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang di cetus mereka.
DAP memang di penuhi oleh jenis itu, termasuk kongsi gelap, penjahat dan gengster antara ahli dan penyokong tegarnya. Kongsi gelap dsbnya itu di bawa dari China, masuk ke Penang sejak abad 18 lagi, sekarang berleluasa di Penang. Lihat sahaja betapa banyak tembak menembak antara mereka di Penang kebelakangan ini. Gangland war, kata sesetengah pemerhati.
Pendirian, kata kata dan gerak geri pemimpin DAP sendiri mencerminkan budaya bantah membantah itu. Apa saja di bantahnya. Tidak hormatkan undang undang dan Perlembagaan. Sehingga menyo'al RoS kenapa meminta pemilihan CEC mereka di buat semula. Pada hal, sebagaimana wakil RoS telah terangkan, undang undang berkenaan tidak memerlukan RoS memberi penerangan mengapa mengambil apa apa tindakan terhadap mereka yang tidak mengikut peraturan dan undang undang.
Semalam Lim Guan Eng dll bermesyuarat membantah secara tak mahu ikut arahan RoS. Kepala keras macam kongsi gelap, penjahat dan gengster. Saya harap RoS akan de-register DAP. Mengapa tidak boleh masakan UMNO sendiri pernah di buat begitu di masa yang lalu.
Sila lihat contoh parlimen taiwan bagaimana. Sampai naik kerusi berbaling sesama sendiri sebab masing masing keras kepala tak mahu beralah.
Post a Comment