Monday, January 28, 2013

Sejauhmanakah kita pakar?

(Sinar Harian 28 Jan 2013)

Saya begitu teruja dengan kenyataan seorang pakar ekonomi sebuah bank, yang akan menyaman sesiapa sahaja  yang cuba mencemarkan reputasinya dan membuat kenyataan fitnah mengenai “integriti dan kredibiliti” beliau dalam prestasi kerjayanya. Ini berhubung dengan kenyataannya dalam satu forum ekonomi di negara jiran, bahawa BN akan kalah dalam PRU 13.

Analisa beliau adalah, pertama; BN kalah tipis dan kemenangan untuk PR. BN hanya mendapat 97-107 kerusi parlimen, manakala PR, 115-125. BN gagal untuk menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. BN kalah teruk di Melaka, Sabah dan Sarawak, begitu juga di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis. BN menang tipis di Pahang dan Johor.

Kedua, BN menang tipis. Hanya mendapat 112-122 kerusi parlimen. PR mendapat, 100-110. BN gagal menawan semula negeri-negeri yang sekarang ini di bawah PR. BN kalah di Perak dan Negeri Sembilan.

Ketiga, BN kalah teruk. Hanya mendapatkan 82-92 kerusi parlimen. Kemenangan besar PR, dengan 130-140 kerusi parlimen. BN gagal mendapatkan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kalah teruk di Sabah dan Sarawak, juga di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang. Menang tipis di Johor dan Melaka.

Melihat kepada analisa ini, adakah kenyataan ini benar-benar menunjukkan beliau seorang pakar? Ini bukan pandangan pakar, tetapi pandangan membakar.  

Akibat kenyataan tersebut, beliau telah dikenakan tindakan tatatertib. Saya tidak fikir sampai ke peringkat buang kerja. Pada saya, memberi pandangan berbeza atau mengkritik kerajaan (parti yang memerintah), dalam negara yang mengamalkan demokrasi, adalah suatu yang lumrah, sama ada pakar atau tidak, ia dibolehkan.

Cuma yang perlu dibahaskan adalah soal kredibiliti. Dalam hal ini, sudah tentu mereka yang dalam bidang, lebih berautoriti untuk bercakap. Misalnya, ramalan PRU 13 dan analisanya, sudah tentu mereka yang mengaji dalam bidang politik lebih sesuai bercakap.  Yang bukan bidang, berpada-padalah. Takut dipertikaikan kredibilitinya.

Selaku ahli akademik dan professional, saya mempunyai hak untuk mengkritik atau memberi komen atas pandangan beliau. Tidak perlulah memberi amaran atau peringatan. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Apatah lagi jika pendapatnya menyentuh bidang saya sendiri.

Terus terang, saya tidak begitu berani bercakap perkara yang bukan dalam bidang. Misalnya, bidang ekonomi. Jika saya mahu bercakap juga, saya akan merujuk kepada mereka yang pakar terlebih dahulu. Itupun saya akan bercakap memetik pendapatnya. Hal ini biasa berlaku dalam dunia akademik kepada mereka yang kurang pakar.

Lagi pula, tidak semestinya kita pakar dalam bidang kita sendiri, kita boleh paksa orang menerima pendapat kita, kerana belum tentu muktamad. Ramai pakar dalam bidang ekonomi dan perniagaan, mereka tidak pula menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Mereka hanya pandai bercakap dan berteori. Sama juga seperti saya, pakar dalam bidang politik tetapi tidak menjadi ahli politik atau wakil rakyat. Itupun saya takut menggelarkan diri pakar, sebab takut-takut kepakaran kita itu tidak mencerminkan kepakaran sebenar. Bayangkan jika bukan pakar.

Ada juga yang tidak ada langsung latar belakang pakar dalam sesuatu bidang, malah pendidikan mereka tidak seberapa, mereka tetap menjadi ahli bisnes yang berjaya, seperti Boon Siew, Lim Goh Tong dan sebagainya. Termasuk juga, Mark Zukerberg, pengasas Face Book (gagal di Universiti Harvard). Hari ini menjadi ahli bisnes antara yang paling berjaya. Ketika bercakap, seluruh dunia memberikan perhatian. Kenapa?

Sebab, mereka belajar dari universiti pengalaman (heart knock university). Pengalaman mereka tidak boleh dijual beli, hatta pakar dalam segala pakarpun tidak boleh berjaya seperti mereka. Inikan pula pakar ekonomi yang baru setahun jagung bekerja dan mahu menunjuk atau berlagak pandai.

Saya boleh bersetuju dengan pendapat pakar tersebut, jika pendapatnya dikaitkan dalam bidang. Misalnya, kesan PRU 13 ke atas ekonomi. Bukannya meramalkan siapakah yang akan menang dalam pilihan raya? Sedangkan kajian secara ilmiah, dalam bidang, tidak pernah dilakukan. Jika adapun kajian, ramalan ini sukar untuk diterima kerana beliau bukan penganalisis politik dalam bidang dan tidak turun padang, seperti pasukan kami lakukan di bawah seliaan Prof Ulung Shamsul Amri.

Kebetulan, saya baru balik menghadiri Seminar Pra PRU 13 di ibu negara. Kesemua yang membentang dan memberi pendapat adalah pakar dalam bidang. Tidak ada pakar ekonomi di situ. Kalau adapun hanya sebagai peserta. Jadi pendapat mereka dikira bolehlah diterima, sebab mereka pakar, walaupun mungkin pendapat mereka kurang tepat. Merekapun tidak berani membuat analisis sebegini. Kenapa?

Kemampuan kita terhad, kecuali Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Hatta mereka yang mendakwa  hampir sempurnapun belum tentu pakar. Misalnya, ditempat saya bekerja, ada pegawai tentera yang mendakwa mereka pakar dalam bidang keselamatan dan pertahanan, sehingga memperkecilkan orang lain. Dari satu segi kita boleh menerima. Persoalannya, kenapa dalam pertandingan menembak antara pegawai awam dan tentera, pegawai awam menjadi johan? Sedangkan menembak dan tentera, sudah sinonim?

Sebab itu, saya tidak bersetuju jika kita terlalu tertutup. Kita perlu raikan adab berbeza pendapat. Apa gunakan berkata dan memuji BN akan menang. Jika pada akhirnya nanti BN kalah. Elok juga kita menerima kritikan sebagai muhasabah. Kita tidak boleh syok sendiri.

Kesimpulannya, apabila bercakap biarlah ada kredibiliti, apatah lagi dalam forum antarabangsa. Berpada-padalah. Jika benar ada kajian sendiri yang dilakukan, elok berterus-terang, termasuk pasukan penyelidik dan modus operandinya. Kedua, jika kita tidak pakar, maka rujuklah pakar. Hormati pendapat pakar. Petik hasil kajiannya. Sekadar merujuk kajian Merdeka Center, rasanya tidak cukup.

Ketiga, hasil kajian sepatutnya diwacanakan, untuk mendapat input dan feedback, sama ada pakar atau tidak. Akhirnya, tidak wajar memberi amaran kepada orang lain untuk membahaskan hasil kajian tersebut. Ingatlah, pakar macam manapun, kita bukan Tuhan. Ilmu yang ada pada kita hanya setitik dari lautan yang begitu luas. Jangan sombong dan mendabik dada.

36 comments:

the tempo of life said...

setuju dengan pendapat ustaz .

Anonymous said...

Pakar kepala hotak kau.....

ko ni hanya la sekor hanjing belaan UMNO yg suka menyalak tak tentu hala....Memang pon UMNO suka ustaz dan professor kangkong pon.....

Ape ko pakar? Islam? Perghhhh Poooorahhhhh...

Ko ni pakar membodek pemimpin UMNO le

Ko ni pakar nak minta sedekah kontrak UMNO le

Ko ni pakar nak cari wang haram la

Ko ni pakar rasuah le serupa hang punya boss

Ko ni pakar menipu melayu kononya ko ni melayu

Ko ni pakar bisu bila pemimpin UMNO atau raja melayu terlibat dalam kegiatan maksiat

Ulama Islam KONONNYA....Puiiii....Ular Mak yg cari Makan le

Anonymous said...

anjing pakatan haram dah menyalak ... kah kah kah

Anonymous said...

RT pakar agama dan kesetian agama tetapi suka kutuk orang lain. RT harus cari agama yang boleh menyebab mulut dia tidak kotor, murah hati dan suka tolong orang. Agama yang berkaitan politik dan paksaan bukan agama yang baik. Carilah agama yang lebih baik. Insaf lah...........

Rahmah Saad said...

jazakAllah khayr. very well said masyaAllah:)

Anonymous said...

To anonymous 6:47

Kamu pula pakar apa yek....ohh pakar mencaci dan menghina. Bagus lah buat2 selalu perangai macam tu, orang berakhlah baik lah katakan.

Anonymous said...

Cacai Pakatan detected

Hidup bang non! Kikiki

Anonymous said...

Hak untuk bercakap soal politik adalah hak asasi seseorang rakyat. Adalah menjadi hak kepada pakar ekonomi tersebut untuk memberi pendapat beliau. Namun, bersikap seperti pencuri bukanlah etika yang boleh diterima mana-mana syarikat atau jabatan. Jika beliau boleh kumpulkan pendengar menggunakan nama beliau sendiri, diforum yang dibayar dan ditaja oleh wang dari poket beliau sendiri, bercakaplah apa saja. Tapi bila dia mewakili bank tempat dia berkerja, etika dan amanah bank adalah kewajipan beliau.

Selepas waktu kerja, dengan segala kebehatan beliau, kumpulkanlah pendengar seramai 100,000 orang sekalipun, kalau hebat sangat.

Anonymous said...

Hati kena langgar punya universiti kat mana ye?

Anonymous said...

Masya-Allah, saudara sepatutnya lebih beradab. nabi kita Muhammad SAW sekalipun dengan musuh baginda tetap bersopan santun. Inikah perangai umat Muhammad SAW di akhir zaman?

Sekalipun berbeza pandangan politik, pendapat sesiapa saja hendaklah dihormati. Jangan kita membangkang dan menghina ahli ilmu hanya kerana pendapat mereka tidak selari dengan pendapat kita!

Anonymous said...

boleh tak kita tanya pakar ekonomi pasal ubat sakit jangtung apa yg sesuai dgn kita? atau tanya pakar politik macam mana nak buat rumah? aahhh... elok aku tanya tok bomoh je la... diorg tau serba-serbi

Anonymous said...

Anonymous 6.47

Awak adalah pakar maki hamun...boleh dikatakan jugak pencacai pembangkang...walaupun tidak dinyatakan secara terang...

Anonymous said...

Lantak dia lah nak ramal BN kalah. Adakah dia buat tinjauan pendapat rambang siapa yang di senangi oleh rakyat. Banyak benda yang dia kena buat untuk menyokong hujah dia.

Orang boleh meramal tapi akhirnya rakyat yang menjadi penentu. Rakyat hari ini mudah mendapat akses kepada maklumat serata dunia.

Ada negara yang rakyatnya bersukaria dan berpesta kerana berjaya menjatuhkan kerajaan sedia ada yang kononya zalim kepada rakyat. Mereka berpesta, tak lama mana pun sebab selepas itu bila naik kerajaan yang baru yang mereka sendiri tabal, mereka kembali merusuh semula. Apa sebenarnya yang mereka nak ?

Terbaru lihat Mesir, sepatutnya bila Mursi dah naik menggantikan Hosni Mubarak, rakyat patutnya puas hati kerana mereka tak suka sangat kepada Husni Mubarak. Kenapa sekarang mereka tak suka dengan Mursi ?

Adakah kita ingat kalau BN berjaya dijatuhkan negara kita akan jadi bertambah baik ? Saya berani bersumpah, kita akan alami keadaan yang lebih burk daripada apa yang berlaku di Mesir.

Sekarang Pas sanggup mengalah kepada DAP dan PKR, kerana Pas rasa dia akan menang paling banyak kerusi dikalangan mereka. Sekarang Pas membisu soal jawatan PM, tapi adakah Pas redha duduk bawah Anwar kiranya dia mempunyai bilangan kerusi paling banyak.

Jangan kita lupa, para pemimpin Pas ada lah manusia yang waras lagi normal. Lain lah kalau PKR dan DAP anggap pemimpin Pas itu binatang yang boleh dijinakkan atau binatang yang dicipta oleh Allah dengan sifat lurus bendul dan sentiasa mematuhi arahan gembalanya. Atau PKR dan DAP anggap pemimpin Pas itu semuanya adalah manusia yang tak waras aqal.

Begitu juga kepada Pas. Jangan anggap pemimpin2 DAP tu binatang yang lurus bendul atau manusia yang tak waras aqal. Mereka pemimpin DAP adalah manusia yang punya aqal yang waras. Kalau DAP menang paling banyak kerusi, jangan ingat DAP nak redha duduk bawah perintah Hadi Awang atau Anwar sebagai PM. Kalau DAP redha, memang sah lah mereka bukan manusia atau mereka manusia tapi aqal tak waras.

Katakan Umno (BN) tewas, maka akan berpestalah para penyokong PR, tapi tak lama, kerana selepas itu mereka akan bersengketa sesama mereka, puak yang paling banyak kerusi akan berkata " kami paling banyak kerusi, kami mahu orang kami yang jadi PM " dan dibalas oleh puak yang satu lagi " walau pun parti kami menang paling corot, bukan kah kita dah bersetuju orang kami jadi PM " dan dijawab oleh puak yang menuntut kerusi PM " kau pakai undang2 mana, demokrasi kepala hotak kau "

Adakah kita rakyat Malaysia kepingin sangat merasai hidup dalam keadaan seperti yang berlaku di Mesir, Syiria dan beberapa lagi negara islam ortodoks ????

Rakyat Malaysia bukan melayu nampaknya tak kepingin sangat kerana mereka bimbang keadaan itu akan memusnahkan empire ekonomi mereka. Tapi rakyat Malaysia bangsa melayu nampaknya ghairah sekali ingin merasai suasana seperti itu kerana orang melayu ini rata2 hidup setakat cukup makan saja jadi mereka tak risau tentang kemusnahan ekonomi maklumlah yang mereka ada pun hanya lah gigi dan lidah saja. Orang melayu tak mengidam kebahagian hidup di dunia, yang mereka idam2kan adalah kebahagian diakhirat ... bangsa lain nak menguasai ekonomi, itu mereka punya pasal lah ... falasafah hidup melayu sangat mudah " tak apa miskin di dunia, asalkan di akhirat nanti kaya ".

Hj Mansuh

Anonymous said...

6:47 AM,

Tiap kali aku baca komen kau, aku kesian kat kau.

Kau mesti orang yang amat fras. Amat banyak benda yang tak betul di duia ini, di Malaysia ini, dalam fikiran kau.

Mengata tak habis habis. Cakap lucu. Tak ada isi langsung. Tak ada hujah lansung. Tak ada fakta langsung. Kesian kau.

Tu lah, kemarin mak bapak kau tak bimbing kau. Membesar keseorangan tak tentu arah. Dah besar, kau pulak tak mau campur rakyat umum. Yang kau campur jenis yang tak tentu arah juga. Kan dah merana hidup engkau.

Tapi tak terlewat, hampeh wei. Kau cuba le cari kawan kawan baru. Yang fikiran "mainstream", kata orang. Supaya kurang le kau melalak sana melalak sini macam orang gila.

Anonymous said...

11:51 AM,

Parti PAS dan PKR ada banyak bomoh, hahaha.

Anonymous said...

Orang melayu semakin confused kini. Mana satu yang betul. Mana satu nak di ikut.

1. Adakah islam yang dipertahankan oleh Ustaz Nasha ATAU adakah islam yang di katakan oleh Nik Aziz.

2. Adakah Allah yang umat islam tak ingin berkongsi dengan penganut kristian ATAU Allah tuhan Nik Aziz yang boleh di guna sama dengan penganut kristian.

Mana satuuuuuuuuuu .....

Anonymous said...

"RT pakar agama dan kesetian agama tetapi suka kutuk orang lain"

Apa bezanya dengan Ulamak (Ular dalam Semak) PAS yang bukan saja mengutuk, melucah, menghina, mencarut, racist, dan mengkafirkan sesama Islam? Mulut kotor? Ohhhh tidak, bagi penganut PAS tidak apa jika Ularmak mereka mencarut kerana tuhan pun mencarut kan? Sanggup makan babi dengan kafir harbi pun tak apa kan?

Lagi satu, saya tak nampak pun apa-apa kesan 'mulut kotor' dalam posting ini. Tiada perkataan mencarut, atau menghina. Segala perkataan disusun tanpa mengeluarkan kelucahan. Yang mengeluarkan kelucahan adalah penulis komen di atas saudara...yang memang jelas penyokong Pee Arr. Dia yang patut tukar agama yang lebih baik, menurut kata anda?

Anonymous said...

Apa-apapun, dengan mihnah-mihnah yang ada dalam umat Islam Malaysia sekarang kita dapat lihat golongan yang mana pertahankan Islam dan golongan mana yang merobekkan Islam.

Anonymous said...

3:53 PM,

Saya fikir ha nya Melayu PAS sahaja yang confused. Mereka berpecah belah akibat tak tentu arah pendirian pemimpin mereka.

Berkenaan Hudud, Nashruddin Mat Isa dah di gugurkan dari Majlis Syura, badan yang tertinggi dalam PAS. Dia nakkan PAS pertahankan Hudud, lawan Karpal Singh yang nak bermati matian tak mahu Hudud, tapi pemimpin PAS yang lain tunduk kapada DAP, senyap saja, namun puak yang di panggil Erdogan, berjaya dapatakan ahli ahli perwakilan di Muktamar PAS 2011 humban Hudud berdentum keluar.

Berkenaan kalimah Allah, dulu kata ha nya untuk orang Islam sahaja, kamdian Nik Aziz kata boleh untuk orang bukan Islam, Mat Sabu main ikut pukul saja hingga kominis pun dia kata wira, Hadi main ikut angin, bila ahli ahli perwakilan PAS nakkan dia sebabagi PM, berair bontotnya, kamdian selepas mesyuarat PR, kata kalimah Allah boleh untuk bukan Islam dengan syarat pulak.

Penghabisnya, Majlis Syura PAS putuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Sana sini ramai ahli dan penyokong PAS dah bingong.

Gitu juga fasal Hudud. Mahu Hudud, buang Negara Islam dan Hudud di Muktamar 2011, kamdian ambil semula Hudud di Muktamar 2012, kata tak mau kenakan Hudud kpd bukan Islam, tapi Kerajaan PAS Kelantan saman salon rambut Cina dan pasangan khalwat Cina. Lintang pukang lah ahli dan penyokong tak faham pendirian PAS tu.

Melayu PKR? Tak usah cakap le. Boss mereka, si Nuor, buat apa saja untuk nak dapat jadi PM konon. Tapi PAS pun tak mahu dia jadi PM, mahukan Hadi. Mana mereka mahu, si Nuor nakkan perhubungan dengan Israel, sampai nak pertahankan keselamatan Yahudi Zionist Israel tu.

Anonymous said...

"RT pakar agama dan kesetian agama tetapi suka kutuk orang lain"

Apa bezanya dengan Ulamak (Ular dalam Semak) PAS .." -

Beza nya ia lah RT mengeluarkan hujah hujah yang berdasarkan kapada, dan tidak lari daripada, Perlembagaan negara ini. Contohnya, Perlembagaan negara menyatakan agama negara ini ada lah agama Islam dan dia memberi keutamaan kapada kepentingan kaum Muslimin di negara ini sepenuhnya.

PAS tidak - puak puak dalam PAS berlainan pendirian berkenaan Hudud, ada pemimpim pemimpin yang biarkan kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam, hingga Majlis Syura keluarkan kata putus, itu pun hanya bahru bahru ini.

RT tak politikkan agama seperti ulama PAS ada buat. Hingga PAS cuba mengatakan mereka parti Islam. Mereka bukan parti Islam tapi hanya parti politik biasa, celaka Bretes benarkan nama PAS (PIMP pada masa itu) di daftarkan di masa Beretes masih menjajah di negara ini.

Pssst, ni aku pakai perkataan Bretes nanti ada pulak benda Allah yang komen, mengata aku seperti aku terbaca di suatu blog lain - lantak lah, dia dah tak ada hujah, nak ngata, bior kan dia. Kalau nak ngata aku mengampu RT pun, lantak lah. Aku dapati bahawa apa yang RT keluarkan ada lah fakta dan pendapat pendapat yang di keluarkannya selalunya aku setuju.

Dia pensyarah dalam bidang yang penting bagi pembangunan negara, jawatan jawatan yang dia pegang secara resmi dan secara sukarela di universiti dan di luar universiti menunjukkan dia kuat perasaan tanggung jawabnya terhadap agama Islam dan negara Malaysia, dan dia tak perlu mempolitikkan agama Islam sebab dia bukan orang politik.

Siapa yang nak tahu sepenuhnya latar belakang RT, baca lah profile dia yang di tulis di muka permulaan blog ini.

Anonymous said...

Jika anda seorang pengikut setia " Ulamak 3 Bersaudara " ... Iqra' (Baca lah)

Sedarkah Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan ATAU mereka sedar tapi buat2 tak sedar.

Jika kalimah Allah ada dalam bible. Maka kalimah Allah juga akan ada dalam gereja. Maka kalimah Allah juga akan ditemui bersepah di mana2 sahaja.

Secinta2 kita kepada Allah kita tak mencetak kalimah Allah di atas T-shirt atau topi atau kain rentang atau streamer atau bunting. Secinta2 kita kepada Allah kita tak buat tatto kalimah Allah di badan kita.

Bukan mustahil selepas ini penganut kristian beramai2 memakai T-shirt atau topi bercetak kalimah Allah sewaktu bersembhyang dalam gereja. Di sepanjang jalan menuju ke gereja penuh dengan bunting dan streamer yang terdapat kalimah Allah. Di pintu masuk utama gereja tergantung banner kalimah Allah. Dan selepas tamat majlis, lihat lah apa akan jadi kepada item2 yang saya sebutkan tadi ... kalimah Allah tadi dibuang bersepah merata2, dilangkah serta dipijak.

Bukan mustahil akan ada sebahagian penganut kristian yang datang bersantai di pantai2 dengan megah mempamerkan tatto kalimah Allah pada lengan, belakang, perut, punggung, payu dara dan ari2 (tundun) sebagai tanda kecintaan mereka kepada Allah.

Apa yang Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin serta pengikut mereka bertiga boleh buat ? Nak saman ... apa undang2nya ? Nak tegur ... apa hak mereka ? Nak warning kerana menghina tuhan orang islam ... Allah juga tuhan kami kata mereka. Kamu akan terkedu (tapi menyesal sama sekali tidak) wahai Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan.

Kalau orang2 melayu Pas boleh meragui keislaman orang melayu Umno. Maka tindak tanduk Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan memberikan hak kepada orang melayu Umno untuk bertanya " masih islam lagikah mereka bertiga ??? "

Saya meragui, dan saya sudah tak nampak lagi nor islam pada wajah mereka bertiga. Mudahan2 para pengikut mereka bertiga ini cepat2 sedar dan kembali kepada islam yang berpaksikan kepada Allah Yang Satu dan bukan berpaksikan Allah yang disembah oleh penganut agama kristian.

Allah kita (islam) tak sama dengan Allah mereka (kristian dan ulamak Pas tiga bersaudara) ... totally different entity.

Ex-Banker said...

Assalamualaikum wbt. Pada pendapat saya, beliau sebagai seorang Pegawai Tinggi Bank yang hadir didalam satu acara antarabangsa tambah pula mewakili bank yg terlibat, tidak wajar beliau bercakap tentang politik dan analisa pilihanraya ketika itu yang tiada kena mengena dengan tajuk program dan jawatan beliau di bank tersebut. Sekali pun diatas alasan pandangan peribadi kerana beliau diundang kesana atas kapasiti Pegawai Bank Islam. Apa saja ulasan atau kenyataan yang beliau buat akan menjadi kenyataan dari Bank tersebut. Kebiasaannya pakar ekonomi hanya akan membuat kenyataan yg berkaitan dengan ekonomi secara fundamental seperti"Kestabilan Ekonomi bergantung kepada Kestabilan Politik sesebuah negara dan dasar ekonomi negara tersebut" namun didalam hal ini beliau sudah tersasar dari posisi beliau sebagai pakar ekonomi Bank Islam apabila ulasan itu berbentuk ulasan sinis politik secara halus. Ada baiknya beliau membuat satu pembetulan menarik semula kenyataan yg telah beliau buat dan mengakui beliau bukan pakar didalam bidang yg beliau ulas. Kesilapan beliau telah mengundang satu persepsi bahawa di negara kita wujud pakar2 yang tidak berwibawa dibidang masing2 dan ulasan dari pakar2 ini dari kelas rendah. Perkara ini amat malang bagi ramai ahli ekonomi lain yang cerdik pandai. Hati-hatilah bila berbicara, jangan biarkan emosi mengatasi akal. InsyaAllah.

Anonymous said...

Wahai Muslim sekalian !!!!

Ingat lah. Allah adalah tuhan kita. Allah orang islam sama sekali bukan tuhan kepada penganut kristian. Jika kita mengatakan Allah juga adalah tuhan penganut kristian. Adakah kita bersetuju bahawa islam dan kristian adalah sama ? Adakah kita bersetuju bahawa keluar islam masuk kristian Tidak Murtad ? Adakah kita bersetuju untuk bersolat kita boleh pilih ke masjid dan boleh juga pilih ke gereja ? Adakah kita bersetuju anak kita bernikah dengan pasangannya yang beragama kristian tanpa perlu menukar agama ? Adakah kita bersetuju jenazah islam dan kristian di kuburan yang sama ? Adakah kita bersetuju jenazah kita boleh disembahyangan ikut sama ada islam atau kristian ? Dan banyak lagi yang perlu dijawab oleh mereka2 yang bersetuju dengan kalimah Allah di dalam bible .....

Hanya Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hassan saja yang boleh memberikan fatwa yang tepat diatas persoalan ini.

Saudara RT. Tolong c&p posting ini kepada mereka bertiga supaya mereka dapat mengeluarkan fatwa berkenaannya.

Anonymous said...

Mulai sekarang tak perlu lagi kita nak ungkit2 atau kaitkan Pas dengan perjuangan islam, atau hudud atau negara islam .. dah tak relevan lagi dah .. dah out of date.

Bila Pas dah setuju kalimah Allah dalam bible, maknanya Pas mangakui dalam kristian ada Allah, maknanya Pas mengakui bahawa kristian juga agama yang diredhai oleh Allah .. so tak ada guna lagi dah kita nak ungkit dan kaitkan Pas dengan islam sebab Pas juga bertanggung jawab mempertahankan agama kristian selain agama islam yang merupakan agama nenek moyang kepada Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hassan.

Anonymous said...

sememangnya kerajaan BN sekarang ada kelemahn dan kekurangan. Itu pasti.Siapa boleh beri jaminan jika PR membentuk kerajaan semua masalah akan selesai.... tak ada rasuah, nepotisme,kronisme, murtad atau pendek cerita rakyat akan hidup mewah,semua kebajikan terjaga...

Anonymous said...

Ex-Banker,

Saya setuju dengan pendapat Sdr.

Tapi kalau pegawai Bank Islam itu menarik balik kenyataannya pun, saya fikir tidak cukup. Sebab niat dia jahat. Nyata dia ada ajenda politik. Dia bukan bodoh. Dia di ketahui umum sebagai orang Anwar. Bukan saja sama sekolah di MCKK, juga sama pendapat politik.

Mungkin juga sama orientasi sex, sebab nama gelaran dia di sekolah pun "Wawa", sangat feminin. Di gelar "jambu" di MCKK. Di beritakan selalu berjumpa Anwar. Mungkin dapat lantikan ke jawatan Chief Economist (walau pun nampak masih muda dan "jambu") melalui Anwar. Di gambar memakai rambut berwarna, mengarut punya Bank Chief Economist. Bank Islam pulak tu.

Walau apa pun, dia telah di laporkan kapada Polis. Saya mahu lihat dia di siasat sepnuhnya dan di dakwa di Mahkamah di atas tuduhan melanggar Akta Perbankan dll. Dan saya mahu lihat dia di dapati bersalah dan di penjarakan. Supaya yang lain lain seperti dia sedar dan jangan melanda landa.

Anonymous said...

tulislah perkataan yg baik2.jgn menghina.kita sume bknya sempurna pun.

Anonymous said...

Boleh ke PM kita buat begini?
Tak baik untuk rakyat meneka-neka tarikh PRU dan tak baik untuk kestabilan. Ini pemikiran seorang kafir demi kebaikan negara beliau! Malu dengan kepimpinan sekarang di negara kita.

CANBERRA, Jan 30 — Australian Prime Minister Julia Gillard stunned voters today by setting a national election for September 14, eight months away, in her first major political speech for 2013.
Elections must be held in Australia by the end of the year, but Gillard said she wanted to end political uncertainty by setting the date now.

“It is not right for Australians to be forced into a guessing game, and it’s not right for Australians to not face this year with certainty and stability,” Gillard said.

“So in the interests of certainty, in the interest of transparency, in the interest of good governance, I have made the date clear today.”

Anonymous said...

2:46 PM,

Kita bukan Ostorlia. Kita ada Perlembagaan sendiri, ada cara dan peraturan sendiri. Penting lagi: kita ada politik sendiri - kita takda White Australia policy, kita ada multi-racial polity.

Ikut DS Najib lah. Dia ikut peraturan.

Dengor apa pakar undang undang perlembagaan (Constitutional Law Expert) Shad Salim Faruqi kata (ingat, bukan Mirip-PKR Aziz Bari, dia pangkat perofessor pun sekarang tak boleh pakai lagi):

UNLESS elections are called prematurely, the sun will set on Dewan Rakyat’s five-year term on April 27. Under Article 55(4) of the Constitution, a General Election must be held within 60 days of the dissolution and the next legislature must be convened within 120 days of the date on which Parliament was dissolved.

This means that the last date for General Election is June 26 and the next Parliament must convene on or before Aug 25. This constitutional scheme cannot be halted or altered except by the drastic (and unthinkable) measure of re-declaring an emergency under Article 150. During an emergency all provisions relating to elections and the convening of Parliament can be suspended as happened in 1969.

Anonymous said...

Mana budak yang di gelar "Jambu Anwar" tu pakar? Dia hanya Chief Economis saja. Tu pun tak tahu camna dia dapat jawatan tu. Dapat zaman Nuor berkuasa kot. Atau pengaruh Anwar di bank tu.

"Jambu" tu macam Saifol Sodomi II le. Saya pun dulu di MCKK. Macam Anwar dan budak Jambu tu. Tahu benor le fasal jambu menjambu tu. Bnor ada berlaku di asrama penuh beudak lelaki saja tu.

Budak tu di gelar kawan kawan dia di MCKK sebagai "Wawa". Amat feminin bunyi nya. Satu gambar saya lihat rambutnya pun di warnakan mcm pompuan. Di beritakan dia kenal rapat dengan Nuor. Apa lagi, kalu tak.

Ma'af le saya cakap pasal personal dia ni. Sampai berulang pun saya sanggup. Sebab dia dah melampau. Dah makan gaji di bank, jangan main politik Anwar le. Kepala hotak dia nak projekkan imej Pakatan Rakyat pulak.

Kau, kena dakwa di Mahkamah melanggar Akta Bank. Padan muka.

Anonymous said...

Kalau mengaku pakar ekonomi pun, bukan besar sangat. Di US ada beribu ekonomis, berbagai pakar ekonomi pun, hampir jatuh ke "fiscal cliff". Ekonomi mereka pun rebeh dah berapa lama.

Begitu juga di Eropah. Meleset, banyak negara kekurangan kerja. Greece di katakan nak bankrap. Tak habis habis International Monetary Fund nak buat itu ini, belom selesai masalahnya.

Tapi kalau Ekonomis di bank cakap pasal ekonomi negara atau ekonomi antarabangsa, dah memang dia punya kerja. Bila cakap pasal politik negara, menonjolkan parti pembangkang pulak, dah memang nak kena ketuk kepala.

Anonymous said...

".. kenyataan seorang pakar ekonomi sebuah bank, yang akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan reputasinya dan membuat kenyataan fitnah mengenai “integriti dan kredibiliti” beliau dalam prestasi kerjayanya."

Biarkan dia saman. Bawa ke Mahkamah dan reputasinya - jika ada - akan tercemar lagi, bergelumang dalam tahi bila peguam pembela keluarkan segala tahi tahinya.

Termasuk peguam bank berkenaan. Bila dia melanggar sahaja syarat syarat kerja, peraturan kerja bagi kakitangan bank itu, reputasinya sudah tercemar. Dan, berikutnya, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kejian di atas pencemaran reputasinya itu.

Tambah pula dia telah di siasat (sudah di dakwa?) melanggar Akta Perbankan yang di kawal oleh Bank Negara. Tidak ada sesiapa di benarkan memberi maklumat sulit atau berkata sesuatu yang menyebabkan orang awam kurang percaya kapada bank itu. Itu sebab bank tersebut telah mengambil tindakan menggantung kerjanya.

Bank tidak mahukan pelenggan (customers)nya, yang kebanyakannya terdiri dari ahli ahli perniagaan, hilang percaya kapada bank itu. Bank memang bergantung kapada pelenggan pelenggan yang berniaga meminjam wang. Sebab dari situ lah bank dapat keuntungan dan boleh hidup. Bila pelenggan nya dan orang awam sudah hilang kpercayaan kapada bank, akan mati lah bank itu. Oleh itu, bank tersebut telah bertindak dengan wajar menggantung kerja si benda Allah itu. Apa nak cakap fasal reputasi lagi bila dah begitu?

Anonymous said...

Dia tu sekurang kurang pun chief economist. Kau ni apa ada ? Loyar beruk pun belum tentu layak.

Anonymous said...

Ha Ha Ha Allah/Tuhan jika wujud tetapi tak berkuasa ! Manusia kena tipu ! Kah Kah Kah

Anonymous said...

MASALAHNYA ANALISA DIA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA KREDIBILITI DAN PROFESIONLISMA DIA.DIA AHLI PKR DAN MEMBUAT ANALISA BERKAITAN POLITIK.BAWA PULAK NAMA BANK ISLAM..JIKALAU DIA PAKAR EKONOMI BEBAS XERLAH.

Anonymous said...

Cubalah cerminkan muka saudara dahulu sebelum memberi komen. Adakah kerana saudara sendiri kiasu dengan kehilangan jawatan saudara sendiri? Tak payahlah nak terpekik dan terpekak dengan analisis dia. Itu hak dia. Saudara patut belajar menghormati hak asasi orang lain dulu.