(Sinar Harian 21 Jan 2013)
Tahniah!
saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis
panduan hiburan bagi sambutan program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah,
pada 15 Februari 2013 ini. Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian
dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan
dan tidak menjolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan
ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau. Jika berlaku
nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program
yang dijalankan dengan serta merta.
Terus
terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk
Islampun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu
agama yang membenarkan hiburan melampau.
Namun, dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti
cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan
kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, serta
menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam. Tidak cukup dengan itu, garis
panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani
berkata "menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka
mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?"
Kenyataan
seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. Saya berasa bangga kerana presiden
persatuan seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta
maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil. Personaliti tersebut terpaksa akur.
Kepada persatuan seniman, “Gua tabik lu bro! walaupun banyak filem lu yang gua
tidak suka, tetapi dalam isu ini, gua bersama lu dan lu hebat bro!”. Ternyata, jiwa
Islam kamu masih kuat. Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri
hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam.
Pada
saya, garis panduan tersebut bukan sesuatu yang baru. Pihak JAKIM pada tahun
2009 turut mengeluarkan garis panduan hiburan yang hampir sama. Mengambil
kira pandangan ulamak kontemporari, Yusuf al- Qaradawi, hiburan yang dapat menghibur
jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga diharuskan
oleh Islam, dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata
kotor, keji atau yang boleh memberansangkan kepada perbuatan dosa. Ini
bermakna, Islam tidak menentang hiburan selagi mana kita menjaga adab dan
mematuhi garis panduan.
Persoalannya,
kenapa kita terlalu obsess dengan hiburan yang melampau?
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia dalam persidangan kali ke 2 pada 12-13 Mei 1981, telah
membuat keputusan, nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah,
tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur
gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa
kepada fitnah adalah harus.
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; Mendengar nyanyian dan pancaragam
adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; Mendengar nyanyian dan pancaragam
adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Saya
berpendirian, kenyataan kerajaan negeri, JAKIM, Majlis Fatwa adalah adil untuk
semua pihak, sama ada Islam atau bukan. Tidak ada suatu agamapun yang
menggalakkan hiburan yang melampau, kecuali gerakan freemason yang dipelopori
oleh barat, pemimpin parti ultra kiasu dan beberapa pengamal media elektronik.
Hairan
saya, kita semua begitu beriya-iya memperjuangkan kalimah ALLAH, termasuk bukan
Islam, tidak ketinggalan agama minoriti Sikh. Maka tunaikanlah hak ALLAH
tersebut. Jika ultra kiasu ini beragama dan sayang kepada agamanya, sudah tentu
mereka turut akan akur kepada garis panduan ini demi menjaga martabat dan
maruah manusia. Malangnya, mereka menentang habis-habisan, mahu bebas
sebebas-bebasnya. Apa kata kita minta ibu bapa atau adik beradik menyanyi dan
menari telanjang. Apakah kita suka melihatnya?
Apa
yang sebenar bukan Islam mahukan? Mana lebih baik antara telanjang dengan
menutup aurat? Jawab dari hati kamu!
Ingin
saya bertanya, kebebasan apakah yang tergugat? Kita tidak kisah orang
telanjang, tetapi bila orang mahu tutup sedikit, kita begitu sensitif? Kenapa
sebegitu ya? Agama apakah yang menggalakkan perlakuan melampau ini? Apakah
berbogel juga dibenarkan perlembagaan? Apakah melakukan hubungan seks (bebas)
dengan wanita lain dibenarkan perlembagaan?
Kenapa parti ultra kiasu dan pejuang hak asasi manusia, tidak bersuara
tentang amalan seks songsang seperti LGBT? Apakah parti ini mungkin akan
menghalalkan LGBT seperti mana parti ultra kiasu? Pelik sungguh, kejahatan
disokong, kebaikan pula ditentang.
Bila
ada sesuatu yang melibatkan kononnya kepentingan mereka, maka dikatakan
bercanggah dengan perlembagaan. Persoalan saya, jika mahu berhujah mengenai
perlembagaan, maka iktiraflah hak istimewa agama Islam, kedudukan orang Melayu,
raja-raja Melayu, dan banyak lagi? Kenapa terlalu kerap membangkitkan isu
sensitif ini? Kita peralatkan perlembagaan untuk merosakkan negara ini.
Ultra
kiasu turut memberi amalan, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat,
tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif
dalam menyentuh isu-isu sensitif. Pada saya, ini bukan suara rakyat, tetapi
suara syaitan.
Saya
harap PAS tidak akan goyah dengan tekanan ini. UMNO hendaklah menyokongnya. Kita
hendaklah bersama dalam perkara kebaikan, walaupun ideologi berbeza. Garis
panduan ini perlu diwujudkan di semua negeri, apatah lagi di peringkat pusat.
Bukan apa, supaya setiap persembahan kita ada identiti dan jati diri rakyat
Malaysia yang mengaku mereka beragama, termasuk juga mereka yang mengaku ALLAH
juga kepunyaan mereka.
Kadang
kala saya hairan, mereka yang mahu mengaku ALLAH tuhan mereka, tetapi perangai
dan tingkah laku tidak mengikut suruhan dan larangan ALLAH. Saya amat khuatir
pertunjukan hiburan negara kita nampak lebih barat dari barat. Begitu juga
dengan gaya dan cara hidup. Stail dan warna rambut amat menjelekkan. Kita
sangka itu moden, tetapi penampilan lebih hodoh daripada beruk. Nasib baik
beruk tidak boleh bercakap. Jika tidak, beruk akan berkata, “kamu ni manusia, aku
beruk, tetapi kamu lebih teruk dari aku beruk”. Lebih membimbangkan lagi ada
perancangan tangan-tangan jahat untuk merosakkan identiti dan jati Islam. Bila
identiti ini sudah tercabut, maka ketika itu tidak ada apa-apa lagi yang perlu
dikhuatirkan lagi kerana negara ini sudah menjadi negara freemason.
46 comments:
Saudara RT
Saya bukan tak nak sokong tindakan kerajaan Kedah bawah pimpinan Azizan. Benda yang dia nak buat memang bagus, dan Umno juga patut sokong.
Tapi bila sudah 2 kali mereka buat U turn kerana ditegur oleh DAP, maka sia2 lah kita menyokong dan memberi pujian kepada Azizan.
Azizan rupanya takut kepada DAP, itu baru ada satu orang saja wakil DAP dalam DUN Kedah, bayangkan kalau ada 5 atau 6 wakil DAP. Nampaknya Azizan tak boleh dharapkan untuk menaikan islam, Pas pun sama juga.
Saya masih curiga dengan Hadi Awang dan Nik Aziz dalam isu kalimah Allah. Saya rasa kemungkinan besar mereka dua orang akan buat re-U turn untuk menyokong semula desakan Lim Guan Eng. Sebab Karpal Singh dah mula bersuara tuntut janji persetujuan pada 8 Jan 2013.
Apa pun kita tunggu dan lihat saja lah ...
Hj Mansuh
Seruan menggunakan kewarasan berfikir.
Rata2 ahli Pas beranggapan Umno menolak islam, maka parti Umno itu jadi Kafir, maka orang yang menjadi ahli Umno itu jadi Kafir, maka orang yang menyokong Umno juga jadi Kafir.
Tetapi syukur alhamdulillah, orang Umno tidak pernah merasakan diri mereka jadi Kafir malah mereka terus menunaikan perintah Allah dengan khusyuk dan tawadhuk sedaya mungkin. Malah pemimpin Umno juga tak jemu2 merancangkan program2 yang boleh memajukan umat islam dari segi aqidah, ekonomi dan pendidikan mengikut kemampuan.
Wahai sahabat2 ku orang Pas, andai kata Umno itu menolak islam, andai kata Umno itu Kafir, andai kata kami yang menyokong Umno ini Kafir. Adakah anda fikir pemimpin Umno mahu bersusah payah tak jemu2 mahu membangunkan umat islam dinegara ini dari segi aqidah, ekonomi dan pendidikan seperti yang anda lihat didepan mata anda ? Adakah anda fikir anda akan berjumpa dengan kami orang2 Umno sama2 bersolat jemaah fardhu dan solat Jumaat di surau dan mesjid di kawasan kediaman anda ?
Adakah anda tak dapat membezakan diantara golongan Islam dengan Kafir.
Untuk memberi kefahaman mudah kepada anda sahabat2 dari Pas. Selagi seseorang itu mengucap dua kalimah shahadah, selagi seseorang itu menunaikan rukun islam (walau pun tidak selengkapnya), selagi seseorang itu tidak mengistiharkan dirinya keluar dari islam, maka di sisi Allah dia tetap islam, maka dia menjadi saudara seagama kepada seluruh muslim tak kira dia orang Pas atau apa, andainya dia mati maka wajib bagi masyarakat muslim termasuk orang Pas menguruskan jenazahnya mengikut kaedah yang ditetapkan dalam islam.
Sesungguhnya kami ahli dan penyokong Umno ini, yang di label Kafir oleh orang2 Pas, jika dihalau, diseksa hatta dibunuh sekali pun oleh orang2 Pas, kami tetap dalam agama islam ini juga, kami tetap bertuhankan Allah yang maha esa, kami tetap mempertahankan Allah adalah tuhan sembahan untuk orang islam sahaja.
Wahai sahabat2 dari Pas, saya sarankan kalian bertafakurlah barang sejenak sebaik sahaja memberi salam selepas selesai tahayatul akhir dalam 3 solat subuh berturut2, insyallah kalian akan nampak kebenaran " Umno kah yang Kafir atau DAP kah yang Kafir ", insyallah kalian akan diperlihatkan oleh Allah swt dengan jelas sejelas2nya " Najib, Muhyidin dan Jamil Khir kah yang Kafir atau Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh kah yang Kafir ".
Pengalaman Hj Mansuh meminta petunjuk dari Allah melalui kaedah ini, alhamdullilah dibantu oleh Allah swt menunjukkan jalan yang benar dan selamat kepada pak aji.
Pak aji tak ada niat nak bermusuh atau membenci kalian kerana kalian adalah sama agama dengan pak aji, tambahan pula kalian sebangsa dengan pak aji.
Kalian nak undi Pas, itu hak kalian, tak ada apa salahnya. Kalian tak mahu undi Umno, itu juga hak kalian, pak aji tak rasa terkilan. Cuma kalau kalian undi DAP, pak aji sangat terkilan kerana Allah swt nampaknya telah menutup kewarasan berfikir kalian sehingga tak dapat mengenali mana satu musuh islam dan mana satu kawan islam. Mudahan2 Allah swt masih mahu menerima kalian sebagai hambaNYA walaupun 3-4 orang pemimpin tertinggi puak kalian tergamak membuka ruang kepada golongan kafirun untuk meperlekeh dan menghinaNYA.
Pak aji dengan ini memberi izin kepada anda pengunjung blog RT untuk copy paste posting ini ke blog lain untuk memberi kesedaran kepada saudara2 kita orang Pas agar mereka dapat membezakan diantara Musuh Islam dengan Kawan Islam. Mudahan2 mereka penyokong Pas selamat dan kita penyokong Umno juga selamat.
Hj Mansuh
Dalam hal Islam, PAS atau UMNO kenalah bersatu dan tidak berkompromi dengan non muslim. Cuma pada hemat kami Ameno ni selalu suka mainkan rekod-rekod lama yang sudah tak relevan lagi sekarang, sebab apa? Sebab demi masa depan mereka yang kritikal. Bagi kami Pas tidak lah perfect tapi Ameno tu lagi lah tidak perfect dan penuh skandal, NFC, Puspahanas, jual kerakyatan dan macam-macam lagi. Kroni kenyang tanpa rasa bersalah sedikit pun bahkan dilindungi.
Adalah Islam membenarkan ini semua ???
Haha...dah lambat lah...kerajaan pas kedah sudah kasi green light pada semua non muslim negeri boleh buat apa apa dia orang suka asal orang islam x terlibat...budaya non muslim adalah sangat lain daripada yg islam tu....jadi jangan nak libatkan budaya islam tu pada kita orang...kami non muslim ni x ada nak kacau, maki orang islam tentang budaya u orang, jadi harap u orang ni jangan nak jaga kain tepi kita orang....u x respect kita macammana u nak orang lain respect u orang....
Anon 112
Saya setuju Umno-Pas perlu bersatu untuk menjaga melayu dan islam. Solan berkenaan penyelewengan yang anda bangkitkan, saya terima hakikat bahawa siapa juga bila dapat kuasa dia akan gunakan kuasa untuk kepentingan diri dan puaknya. Namun kebajikan rakyat juga tidak dilupakan.
Baiklah, saya setuju dengan beberapa contoh penyelewengan yang anda sebut kononnya dilakukan oleh Umno.
Tapi mahukah anda menerima hakikat bahawa pemberian tanah yang begitu luas kepada cina DAP dari Perak oleh kerajaan Kelantan juga adalah satu penyelewengan dan penginayaan kepada orang melayu yang sedang mengusahakan tanah itu ?
Tapi mahukah anda menerima hakikat bahawa kedegilan Azizan di Kedah mahu terus menebang balak di Hutan Simpan Pedu walaupun tindakan itu dibantah oleh Jabatan Hutan dan lain2 jabatan teknikal, tidak dapat tidak akan mengancam keselamatan rakyat Kedah yang bergantung kepada Tasik Pedu sebagai sumber air pertanian dan domesik.
Saya tidak berminat untuk menghuraikan kesan buruknya secara teknikal kerana saya bimbang anda tidak faham apa yang saya perkatakan, sebagai mana Azizan tak faham penerangan oleh Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pertanian dll nya.
Azizan sebagai contoh, dia lulus Universiti Al Azhar, bidang apa ? Dia mungkin pakar bab hukum hakam islam, tapi tahukah dia bab kejuruteraan hutan, kejuruteraan air, kejuruteraan pertanian, kujuteraan racun, kejuruteraan environment.
Nik Aziz contohnya, pada masa mula jadi MB ada kata semua tanah atas muka bumi ni hak Allah belaka, halal belaka, yang haram hanya Tanah Haram di Makkah saja. Maka rakyat Kelantan khasnya orang melayu pun berduyun pergi buka hutan untuk bercucuk tanam, sebab MB dah kata macam tu, MB dah bagi jaminan boleh teroka tak salah.
Cuba sebelum kata macam tu, Nik Aziz minta nasihat dari Pejabat Tanah Daerah atau Nik Aziz take the trouble baca dan faham apa itu Kanun Tanah Negara, tentu rakyat tak terinaya seperti yang berlaku kepada orang melayu Kelantan yang tak bertanah.
Tapi bila seorang yang rasa dirinya bertaraf ulamak, perasan dia tahu serba serbi maka dia main redah macam lembu yang ditutup mata saja lah.
Untuk makluman saudara yang arif lagi bijaksana, inilah yang berlaku bila ulamak jadi ketua negeri lepas tu tak mahu pakai cakap pakar dalam bidang2 yang berkenaan. Contoh paling bodoh lagi memalukan bila Hadi Awang kata video tu besi mana boleh jadi bukti di mahkamah ... nampak sangat dia ni tak reti Undang2 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Keterangan (Akta 56).
Minta maaf, saya tak tahu anda orang Pas atau orang PKR.
Hj Mansuh
Hj Mansuh,
Saya pun curiga juga Nik Aziz dan Hadi Awang pusing U Turn lagi dalam hal kalimah Allah.
Jadi, kita kena cakapkan selalu lah bahawa Majlis Syura itu ada lah kuasa yang tertinggi dalam parti itu.
Kita hebohkan demikian tiap kali ada sesiapa sebut kalimah Allah boleh untuk orang bukan Islam.
Tak boleh, Majlis Syura sudah cakap begitu dan Majlis itu kuasa tertinggi dalam parti PAS.
Mat Sabu? Dia cakap apa pun biar dia tunggang langgang sesorang le. Gila, kominis pun dia kata wira. Mengarut.
1:12 PM,
Mana kritikal nya UMNO, Mamat?
PAS dan PR yang dah nazak. Tengok saja betapa banyak isu penting yang PAS bertegang dengan DAP dan PKR.
Contohnya:
1. Kit Siang kata "Never", Karpal Singh kata "Over my dead body" kapada Hukum Hudud PAS.
2. PAS kongkong juga Hudud, tapi Muktamar PAS 2011, humban Negara Islam dan Hudud, kamdian Muktamar 2012 peluk semula Hudud.
3. PAS mula mula kata kalimah Allah bukan Islam tak boleh pakai. Pastu Guan Eng buat kenyataan nakkan pakai kalimah Allah. Dahtu, Nik Aziz, Mat Sabu dan Hadi kata boleh. Bedebam keluar kenyataan Majlis Syura PAS - bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah. Lintang pukang Nik Aziz, Mat Sabu dan Hadi keluar kata kata depa sokong Majlis Syura pulak. Nampak macam main mainsaja korang.
4. DAP nakkan Anwar Al Juburi sebagai PM. Korang PAS nakkan Hadi. Bercekak le korang lagi.
5. Korang PAS taknak ada apa apa dengan Yahudi Zionis Israel. Anwar bukan saja nakkan ada hubungan dengan Israel, nak pertahankan keselamatan Israel pulak.
Pasal berperang berebut kerusi nak tanding di PRU13 tak payah cerita le. Panjang berjela jela tak habis cerita.
Cakap fasal skandal UMNO pulak. Skandal PAS Kelantan kasi rasuah kapada DAP Perak Nga dan Ngeh beri 10,000 ekar tanah di Kelantan sebab nakkan depa setujukan Nizar jadi Menteri Besar Sekejap di 2008 tu amacam, Mamat?
Bukan soal tentang aurat atau telanjang.
Orang macam engkau ini berpura-pura tak mengetahui apa yang menjadi isu. Isunya sekarang siapa orang Islam untuk mencampuri urusan Bukan Islam. Media pandai memutar belit isu ini menjadikan isu ini sebagai isu moral. Tetapi, orang bukan Islam tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang sedang berlaku di sini adalah pergerakan pertama oleh puak pelampau mengawal Bukan Islam. Dalam isu pertunjukan Tahun Baru Cina mereka jadikan alasan moral, kononnya nak jaga akhlak orang untuk campur tangan. Besok banyak lagilah perkara yang mereka akan halang. Ini cuma "testing". Masalah dengan orang bukan Islam mereka ini terlalu lembut. Saya rasa kalau PAS nak kawal bukan Islam, bukan Islam patut menentang percubaan itu. Harus diingati PASlah parti pertama yang menganjurkan supaya orang Bukan Melayu dihantar balik.
3:58 PM,
Dia Associate Professor. Kau apa? Nak kata dia "tak mengetahui apa yang menjadi isu" pulak. Kata kau bodoh, boleh ke? Tengok, aku nak kata kau bodoh pun, aku tanya kau dulu. Kau buat macam aku le. Tak main tuduh liar saja.
Kepala hotak kau tak tahu ke Perlembagaan mengatakan agama negara ini ada lah Islam. Dari situ, nyata lah bahawa tingkah laku dan sopan santun rakyat tak boleh mencanggah agama Islam, tau tak? Bukan so'al "orang Islam mencampuri urusan Bukan Islam", kamu faham tak?
Yang kau kata "pergerakan .. puak pelampau mengawal Bukan Islam" tu PAS lah. Keluarkan saman kapada salon potong rambut Cina, saman pasangan khalwat Cina di Kelantan. Kau hentam PAS lah, bodoh. Hah, kena kau, pagi ni aku naik stim sikit sebab kau mula komen kau dengan ngata orang tak tentu hala.
Kupra warak kau mengatakan "Masalah dengan orang bukan Islam mereka ini terlalu lembut." Kau tak tahu ke jenis yang kurang ajar tu isu kalimah Allah dah ada di Mahkamah Rayuan pun Lim Guan Eng keluarkan kenyataan mahu jolok lagi perkara itu. Sampai Majlis Syura PAS - "rakan seperjuangan" dia - keluar kenyataan bahawa kalimah Allah bukan Islam tak boleh pakai.
Korang bukan Islam nak tentang PAS korang punya fasal le. Aku takda masalah kalau kau kata "PASlah parti pertama yang menganjurkan supaya orang Bukan Melayu dihantar balik." Aku mahukan yang tak hormati Perlembagaan tu di nyahkan dari negara ini.
Isu kalimah Allah benar2 melukai hatiku.
Hari ni dalam Utusan aku terbaca kenyataan " Ulamak " Serban Besaq Nasrudin Hasan Al Munafiqun bagi warning dekat Karpal Singh supaya " tutup mulut " daripada mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.
Nampak macam berani sangat Mamat Serban Besaq ni, ya kah dia berani ? Yang aku takut kalau Karpal jawab balik, Mamat Serban Besaq tu terkencing2 dalam jubah.
Aku cuma nak tanya Mamat Serban Besaq tu, dulu waktu isu ni duk tengah panas sampai Sultan pun masuk campur apasal awak sanggup mati mempertahankan pendirian Hadi Awang Al Munafiqun dan Nik Aziz Al Mushriqun membenarkan kristian guna kalimah Allah ????
Ok, sekarang awak berani warning Karpal Singh sebab Hadi dan Nik Aziz terpaksa bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas. Tak begitu wahai Mamat Serban besaq ?????. Awak tak setuju kerana Hadi dan Nik Aziz, dan bukan kerana awak menghormati kesucian nama Allah, betul ????
Baik la, macam mana kalau dalam sehari dua ni sebelum PRU13, tiba2 Hadi Awang Al Munafiqun dan Nik Aziz Al Mushriqun, tukar pendirian daripada tak bersetuju kepada bersetuju kristian guna kalimah Allah. Adakah awak akan tetap mengatakan tidak bersetuju seperti setakat hari ini ????
Wahai Mamat Serban Besaq, sekali awak dah tunjukkan karektor munafiq awak kepada kami, sampai bila2 kami tidak akan percaya kepada awak, kami bukan seperti orang Pas, hari ini munafiq besok bertaubat, orang Pas terima balik, lusa manufiq lagi tulat bertaubat, orang Pas mahu terima lagi.
Pendirian kami orang Umno dan yang menyokong Umno, sekali dia dah jadi munafiqun (pembelot), kami akan ingat sampai bila2, kami akan sentiasa mencurigai orang itu walau pun dia dah bertaubat. Itu awak kena faham wahai Mamat Serban Besaq.
Jika anda yang pembaca posting ini, bersetuju dengan saya, sila nyatakan pendirian anda.
Walaupun saya ni penyokong tegar Umno namun sebelum isu kalimah Allah saya masih boleh terima Pas sebagai alternatif, tetapi sekarang tidak lagi selagi 3 ekoq munafiqun dan mushriqun itu ada menerajui Pas. Hati saya betul2 terluka.
Hj Mansuh
"Apa yang sebenar bukan Islam mahukan?" -
Mereka melampau. Di bermacam perkara. Tak tahu berterima kasih. Cuba nak naik kepala.
Saya tertarik kapada c&p berikut yang saya harap bukan Islam sekali sekala terfikir berkenaan dengannya:
Cabutan dari Hansard Kerajaan Britsh:
FEDERATION OF MALAYA INDEPENDENCE BILL, HC Deb 12 July 1957 vol 573 cc633-715
LORD SHEPERD: ………..the Tunku Abdul Rahman, Prime Minister of Malaya. He is already a man of great stature and a respected Prime Minister of the Commonwealth. ……. I think we must recognise, too, that under his leadership the Federation of Malaya has made a number of concessions which took a good deal of heart-searching to make.
SECRETARY OF STATE FOR COLONIES, MR ALAN LENNOX-BOYD : Now, a word about the balance achieved between the rights of Malays and Chinese. The special position of the Malays was recognised in the original treaties made by His Majesty in previous years, and Her Majesty Queen Victoria and others with the Malay States. It was reaffirmed when these treaties were revised. It was confirmed in the 1948 Agreement, and reference was expressly made to it in the terms of reference of the Reid Commission. So the Malay privilege clauses in the articles of the Constitution do not, in the main, introduce any precedent, but give recognition in the Constitution to the existing situation.
SECURITY POSITION IN MALAYA. HL Deb 01 July 1948 vol 157 cc267-84
THE EARL OF LISTOWELL: ……Consideration has also been given to the best method of ridding the country of, those who abuse its hospitality. This was referred to at some length by the noble Viscount, Lord Elibank. The law in force at the moment in the Malay States permits the deportation of any person in a State from Federation territory.
MALAYA (SITUATION), HC Deb 06 April 1950 vol 473 cc1368-404
Mr Snow: …….I am very disturbed by the fact that, by and large, this trouble in Malaya is Chinese. The Malayans themselves, so far as I can gather from reading such documents as I can find, are not in this rising; it is Chinese in origin. If that is so, is it not time that we provided more and more scope for the native Malayans—I use that term advisedly—to participate more in the economic life of the country? I think the hon. Member for Hornsey will agree with me when I say that many of these Chinese merchants who live a very ostentatious life and who provide a sort of social provocation the whole time, are at the root of the trouble.
Mr FLETCHER:………I believe that as we have recognised Communist China it would be perfectly in order for us to ask that the ports of Amoy and Swatow should be opened, so that we can send back these people, who clearly should be welcomed there for their political attitude, and who clearly are not welcome where they are at the present moment.
Saya menghormati Karpal Singh sebagai seorang yang teguh pendirian. Berbeza cita rasa politik tidak semestinya saya sentiasa berpandangan buruk terhadap seseorang. Ungkapan " langkah mayat saya " yang dikeluarkan oleh Karpal terhadap Nik Aziz, adalah satu pendirian yang paling berani dalam politik.
Sebagai meneruskan kesinambungan pendirian paling berani yang pernah ditunjukkan, Karpal Singh sepatutnya memberi kata dua kepada Pas, " sama ada Pas kekal bersama PR atau Pas sila tinggalkan PR jika Pas enggan menghormati persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Jan 2013 ".
Dari segi prinsip, tak ada guna PR mahu simpan Pas, Pas ternyata bukan rakan yang boleh dipercayai dalam PR kerana Pas boleh bertukar menjadi Munafiqun kepada PR pada bila2 masa. Hari ini Pas sokong, besok Pas setuju, lusa dan tulat belum tahu lagi pendiriannya.
Kalau PR rasa kehadiran Pas banyak bawa masalah kepada cita2 politik DAP dan PKR, jika PR rasa tanpa Pas pun PR boleh menang mudah PRU13, then Mr Karpal what are you waiting for, propose to DSAI as your supreme leader in PR to give the final words to Pas, " stay with PR or out you from PR ".
Saya harap rasa hormat saya kepada Karpal Singh kerana ketegasannya tidak pudar sepudar rasa hormat saya kepada the 3 stoogess dalam Pas (Hadi, Nik Aziz dan Nasrudin).
Hj Mansuh
Ada Berani Kah, Ada Telor Kah ?????
Sekarang kita cabar Karpal Singh dan Anwar Ibrahim, kalau betul kamu berdua anak jantan or if both of you have balls, sila minta Pas keluar dari Pakatan Rakyat dengan cara yang terhormat sebelum dihalau keluar.
Ada kah telor kamu wahai Karpal Singh ???? Ada kah telor kamu wahai Anwar Ibrahim ????
Kepada Orang Melayu Sekalian.
Jika mereka DAP dan PKR tak berani menghalau Pas keluar dari Pakatan Rakyat kerana menentang keputusan bersama Mesyuarat Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Jan 2013, memang sah lah mereka DAP nak gunakan undi orang2 melayu Pas untuk menjatuhkan kuasa politik melayu dan islam di negara ini.
Kami yang pro Umno dah nampak, tak kan hangpa orang melayu Pas tak nampak2 lagi ... awat sampai macam tu sekali bengap nya hangpa.
Hj Mansuh
Halo Hj Mansuh. Awak jangan cabar pemimpin kami tau. Awak tak kenal siapa dia Karpal. Kita mahu tengok siapa ikut cakap siapa. Karpal ikut Pas atau Pas ikut Karpal. Saya gerenti Karpal tidak akan ikut cakap Pas. Awak tunggu dekat mahu pilihanraya. Itu jam baru awak tahu siapa jadi lalang. DAP ka atau Pas ka.
Cuba2lah bayangkan .....
Pernah tak korang terbayang apa reaksi Hadi Al Munafiqun, Nik Aziz Al Mushriqun dan Nasrudin Serban Besaq Al Fasiqun andai kata kenyataan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama kristian itu terkeluar dari mulut pemimpin atau ulamak dalam Umno.
Rasa2nya terlompat2 macam beruk makye di dahan pokok sambil menjerit dan membuat bising, " Umno kafir ", " Umno Murtad ", " Umno toghut ". Itu tak apa lagi, silap2 3 ekoq makye tu kata kepada pengikut2 dia, " bunuh lah orang2 Umno kerana darah orang Umno halal ditumpahkan sebagai membuktikan kecintaan kita kepada Allah ".
Masyallah ... seram dan mengerikan Pak Aji nak bayangkan.
Hj Mansuh
Hj Mansuh kata : Kami yang pro Umno dah nampak, tak kan hangpa orang melayu Pas tak nampak2 lagi ... awat sampai macam tu sekali bengap nya hangpa.
Haji...Gerakan, MCA tu bukan Cina ka? Apa beza Cina MCA, Gerakan dan DAP? Boleh kah saya cuba teka siapa yang bengap?
Dengan Parti kita sekadar nak bertanding 60 kerusi parlimen, saya tak nampak Bahawa mengundi Pas dalam pilihanraya Akan datang ni dapat memenangkan Islam kerana ianya bukan majoriti Dan terpaksa tunduk kepada DAP.. Oleh itu adalah lebih bermenafaat kita semua mengundi umno pada masa ini kerana lebih kecil mudaratnya
Anon 358
Maaf ya, kalau dikata Muslim nak mengawal bukan Islam, macamana pula bukan Islam nak memperguna hak Islam (kalimah Allah).
Belum kira monopoli berniaga, pendekatan sekular dan liberal yang dibawa meracun dalam hidup Islam.
Betul, di dada akhbar ramai Muslim yang buang bayi. Tapi siapa yang buka pusat pelacuran dan judi? Siapa yang niagakan nombor ekor? Siapa yang nak minum arak? Memanglah moral yang kami mahu jaga, kerana tidak mahu menular di dalam masyarakat kami. Kami tidak mahu footprint dari purple behavior yang bukan muslim bawa. Kerana kami ini lemah dan mudah terpedaya. Bahasa kasar dari pandangan saya, yang bukan Muslim dah sememangnya terpedaya dari awal, itu budaya bukan muslim, apa nak kisah.
Kalau saya terkasar kata, maaf ya.
Hj Mansuh kata ... Kami yang pro Umno dah nampak, tak kan hangpa orang melayu Pas tak nampak2 lagi ... awat sampai macam tu sekali bengap nya hangpa.
Soalan kami: Ada beza ka cina MCA. cina Gerakan dengan cina DAP?
Kalau kiasu macam mana nak menari dengan dedah badan? Bodoh! Kau faham tak makna kiasu atau main muatkan aje?
1Malaysia sama maknanya dengan 1Israel hasil dari APCO! Apa komen saudara sebagai orang Islam? Jangan cuba tutup fakta! Bagaimana pula kes menantu yang lari dari Interpol? Itu saudara tak nak komen ke? Siapa lagi kiasu sebenarnya?
Kenapa orang Islam selalu kacau aktiviti bukan Islam kerana orang Islam cemburu bukan Islam semua boleh dan Allah tak hukum mereka ! Kah Kah Kah
Kerajaan Negeri Kedah telah sediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013'. Tentu ada yang kutuk Menteri Besar PAS Kedah. Jangan pusing U-Turn lagi sudah lah. Malu. Hilang maruah jika buat begitu.
Di bulan puasa satu tahun yang lalu, PAS Kedah haramkan pusat hiburan di bulan puasa. Melenting "rakan seperjuangan" PAS, ia itu DAP. Karpal Singh dengan tegas ugut nak saman. Bukan saja MB Kedah gigil lutut, Jawatankuasa PAS pusat pun berkejaran adakan mesyuarat, buat keputusan dan kemudiannya pusat hiburan di Kedah di benarkan beroperasi semula di bulan puasa itu. Bukan main besar malunya PAS di masa itu. Tunduk kapada DAP.
PAS Kelantan pula nampaknya tak begitu malu bila hentikan tindakan sementara akibat DAP Karpal bidas saman kedai potong rambut Cina dan pasangan khalwat Cina. Exco Kelantan mesyuarat, buat keputusan hentikan saman salon rambut Cina itu "buat sementara", kata ahli Exco yang bertanggung jawab.
Malu juga PAS, rakyat nampak PAS Kelantan tunduk kapada DAP juga lagi walau pun tak begitu malu kerana "hentikan sementara sahaja".
Di Bentong pulak PAS minta hentikan acara hiburan di mana penyanyi Cina pakai pakaian seksi. Heboh lagi bantah membantah.
Tak tahu lah ke mana arah dua "rakan seperjuangan" itu. Mereka bergaduh fasal Hukum Hudud bermati-matian. "Langkah mayat aku dulu," kata Karpal Singh kapada Hudud PAS.
Saudara 2.04pm, masalahnya terdapat sebilangan non muslim nak menjadikan pergaulan bebas sebagai amalan or Islam terutama golongan muda. Dengan demikian, rosaklah Islam. Itu yang sebilangann non muslim mahukan. Strateginya sama dengan strategi Yahudi. Itu isunya. Adakah DAP akan bising jika Kerajaan Kedah akan menangkap orang Islam jika terdapat orang Islam dalam majlis anjuran non muslim yang penuh pergaulan bebas dan terlanjang? Jawab saudara!
Soalan kami: Ada beza ka cina MCA. cina Gerakan dengan cina DAP?
5:20 PM, January 22, 2013
Mamat, aku harap kau bukan si Mamat Serban Besar tu ya.
Jawapan Pak Aji : Tak ada beza, kedua2nya cina, kedua2nya kafir.
Korang Pas ni memang pelupa. Ko ingat tak Hadi Awang Al Manufiqun kata apa dekat Umno bila Umno pakat dengan MCA, Gerakan dan MIC bentuk kerajaan ... Umno Kafir.
Pertanyaan Pak Aji : Sekarang Pas pakat dengan DAP yang Pas pun akui DAP tu parti cina kafir ... Tak Kafir Kah Pas ?????
Peringatan Pak Aji : Kalau nak jawab tak payah lah nak cakap " oh itu tahalus siasi kah tahalus sarsi kah atau tahalus sial kah ". Aku tak minat nak dengar, jawab soalan straight to the point lah.
Hj Mansuh
Cerita Songlap Menyonglap.
Dulu riuh Pas songlap Derma Tabung Memali. Terkini riuh DAP songlap Dana Mangsa Perang Sri Lanka.
Dua kali lima. Allah saja nak tunjuk dekat kita " dua2 tu setan ". Yang satu setan berpakaian serban dan jubah. Yang satu lagi setan berpakaian kemas dan rapi.
PRU13 makin dekat, kalau terpilih setan maka setan lah yang akan memimpin kita supaya kita juga menjadi setan seperti mereka.
Hj Mansuh
9:50 PM,
Amat bodoh kamu mennanya "Kalau kiasu macam mana nak menari dengan dedah badan?"
Kau yang tak faham makna kiasu dan main muatkan aje. Kiasu tu maknanya tak mahu mengalah, tak mahu ketinggalan, asyik nak menang saja.
Dedah badan sebab tak mahu ketinggalan dapat duit dari mendedah badan itu.
Eleh, jangan cakap dedah bahu, dedah benda lain pun macam macam buat. Orang kata, banyak di rumah urut, hotel harga rendah dan sebagainya.
Apa pun kita jangan lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datok Haron Din dan rakan2 ( Datok Haron Taib, Dato Tuan Ibrahim, Datok Ismail Kamus dan Ustaz Nasrudin Mat Isa ). Kerana mereka ini lah orang2 dalam Pas yang telah menyelamatkan akidah anak2 melayu kampong ( anak orang Umno dan anak orang Pas juga ) daripada mendekati agama kristian.
Bayangkan lah kalau biblenya dalam bahasa melayu, dah tu sentiasa saja ada dalam bilik tidur anak cucu kita, bukan mustahil satu hari dia akan cair. Kerana dia lebih memahami isu kandungan bible daripada memahami ajaran yang ada dalam quran. Bible dalam bahasa melayu, tuhannya Allah. Quran dalam bahasa arab, tuhannya Allah juga.
Masyallah... saya tak boleh nak bayangkan, mungkin dalam masa 10 tahun lagi, akan tumbuh lah gereja dalam kampong melayu.
Adakah ini yang nak diperjuangkan oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan ?????? Kalau begitu, di pihak manakah kiblat mereka bertiga ?????
Hj Mansuh
Hj Mansuh,syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat,dalam kitab mana yang ada keterangan ayat tersebut.Sedih sekali sebab ianya keluar dari mulut pemimpin dan parti yang anda cintai.Tutup aurat bg parti anda sesuatu yang remeh dan yang terakhir semoga anda bersama pemimpin yang anda cintai diakhirat kelak dan mendapat moga-moga pemimpin anda dapat memberi syafaat kepada anda.(golongan yang dapat memberi syafaat antaranya ulamak)
Amat jelas sekali bahawa isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible merupakan salah satu agenda halus untuk menyebarkan dakyah kristian khusus dikalangan orang-orang melayu. Memanglah terdapat hujah yang mengatakan penggunaan nama Allah ini telah pun digunakan sejak berzaman lagi. Tetapi situasi pengunaannya itu tidak sama jika ianya mahu di guna pakai di Malaysia.
Di Negara ini, bangsa melayu umumnya beragama Islam. Malah dalam perlembagaan Negara turut mentarifkan bahawa orang melayu itu mengamalkan adat budaya melayu, bertutur bahasa melayu dan beragama Islam.
Kerana itulah dikalangan masyarakat melayu akan merasa janggal dan pelik jika terdapat orang melayu beragama selain dari Islam.
Dalam konteks masyarakat melayu di Negara ini penggunaan kalimah Allah kalau dibenar diterjemahkan untuk maksud Tuhan dalam Bible berbahasa melayu maka secara tidak langsung ianya boleh mengancam akidah orang-orang melayu yang rapuh pegangan agamanya.
Proses ini amat mudah berlaku kerana kalau dilihat kepada senario Orang Melayu masakini, pengaruh kehidupan moden dan budaya pelbagai masyarakat majmuk telah mula mempengaruhi dan meresap dalam kehidupan masyarakat orang melayu.
Manakala kekuatan dan ukuwah bangsa melayu dinegara ini menjadi semakin lemah disebabkan berlakunya perpecahan sesama sendiri. Islam telah dijadikan alat bagi segelintir golongan melayu untuk memenuhi kehendak nafsu dan matlamat yang hendak mereka perjuangkan. Mereka berjaya apabila ada kalangan orang melayu yang terpengaruh dan menjadi pengikut setia.
Masyarakat Islam dinegara ini disogok dengan pelbagai budaya kuning.Hiburan dan cara hidup sosial yang melampau dan keterlaluan seolah-olah tiada siapa yang boleh mengawalnya.
Pihak berkuasa pula adakalanya teragak-agak dalam tindakan mereka.Hak masyarakat bukan Islam sering dijadikan hujah ultra kiasu untuk menghalalkannya.
Walaupun majoriti masyarakat dinegara ini beragama Islam tetapi suara golongan ultra kiasu ini masih tetap bermaharaja lela. Inilah natijahnya jika pegangan Islam telah menjadi semakin lemah,
Sepatutnya dalam urusan mengawal budaya yang keterlaluan dan melampau ini pihak berkuasa mesti tegas selagi ianya berpegang kepada peraturan dan undang-undang. Bukan sahaja Islam malah agama lain pun turut tidak membenarkan perbuatan dan kelakuan yang melampaui batas.
Dalam kekalutan ini, Islam sebenarnya maseh tetap relevan sebagai penyelamat umat manusia khususnya melayu dinegara ini. Selagi islam menjadi pegangan orang melayu maka bangsa melayu akan kekal utuh dan kuat.
Sebab itulah Islam telah diancam dengan pelbagai cara samada secara langsung atau tidak langsung kerana apabila pegangan agama orang melayu dinegara ini semakin lemah maka mudahlah mereka mempengaruhi dan menguasai jiwa dan kehidupan bangsa melayu.
RT BODOH Cina potong kotek ! Agama lain lebih baik dan bebas daripada Islam tetapi RT BODOH pilih Islam ! HaHaHaHaHaHaHaHaHaHa................
Pas akan bungkus...tergolek anjing pru13, dulu kita undi pas sebab bebalnya paklah...dengar suara pak jubur kaki lobang taik..itu aja. Pas tu keldai dap..pkr pulak syok sendiri, kuasa sebenarnya dap..bukan pas atau pkr ( pu ki R )
4:37 PM,
Saya setuju sangat dengan pendapat Sdr.
Kalau PAS bersatu dengan UMNO suara Islam akan menjadi majoriti dan boleh cuba laksanakan dasar dasar yang memfaedahkan ummat Islam di negara ini.
Memang, perbezaan pendapat berkenaan Hukum Hudud ada di anatara PAS dan UMNO. Tapi, dengan DAP, langsung tak ada peluang nak laksanakan Hudud. Mereka bermati-matian tak mahu Hudud - "Langkah mayat aku," kata Karpal Singh kalau PAS mahu laksanakan Hudud. Dia dah tua tapi ada dua anak jantan dia yang akan bermati-matian juga membantah Hudud.
Bagus lah Sdr menyarankan bahawa daripada "terpaksa tunduk kepada DAP" adalah "lebih bermenafaat kita semua mengundi umno pada masa ini kerana lebih kecil mudaratnya.
Saya juga ada terbaca pendapat ahli ahli PAS yang lain menyarankan demikian. Seperti di pautan berikut:
http://mymassa.blogspot.com/2013/01/surat-dato-haron-din-ahli-pas-seru.html
Ustz Ridhuan ,mohon izin masuk
Kalimah, Al Kitab,Tukar Agama:
Ramai terlepas pandang bahawa kumpulan kepimnpinan padri mengambil sikap sedemikian aggro terhadap Islam.
Kumpulan padri padri ini tidak akan lepas satu peluang pun mempamirkan kemilitan evanjelis.
Renong lah secara terbuka: Pada hakikat nya, mereka mendapat sokongan dari semangat liberal terbukaan engage inklusive transformasi KPI KRA
kelainan world view vernakular 1M4U gajet roadshow, I am open to all your
ideas and concerns, I am PM for all open sky open door kesamarataan 1M.
Dengan suntikkan semangat 1M – semua orang di Malaysia bolih minta apa saja cakap apa saja buat apa saja kutup sapa aje macam tiada panduan macam tiada pedoman macam tiada persekolahan macam tiada tamaddun.
1M juga mengalakkan demonstrasi jalanan yang telah membawa kapada civil disorder.
Dengan di sediakan prasarana media dan galakkan RM200 untuk beli
semua jenis gajet,1M memberi kebebasan demokraci bersuara tanpa ISA.
1M mengurangkan penglibatan polis yang mengakibatkan cetusan civil disorder dan ujud lah the defiance gaining momentum dan penghuni negara 1M semacam Namewee Adam Patrik dan Bawangi.
Dalam semangat 1M ini, Ah Beng pulau pinang yang merupai penyokong kuat evanjelis, menyeru 1M terima pemakaiaan Kalimah untuk semua.
Ah Beng terus buka balik pertelagahan kalimah Islam dalam ucapan tahun baru 2013.
Ah Beng memberi maana yang penuh kapada 1M.
Ah Beng pencetus cari fasal dan cari isu.
Sebab Ah Beng tahu 1M memihak kapada nya.
Sebab Ah Beng tahu main politik yang di ajar olih 1M sendiri,
Sebab 1M sudah membuka pintu luas dan kuncu pintu sudah di campak di lautan Penang.
1M adalah liberal acuan Obama dan Cameron, maka makin amat berani lah gereja makin terbuka lah aggrro mereka.
1M adalah mirror image ideoloji Ketua umum PKR.
Sudah Cukup lah kita dengan Sunnah Nabi kita.
1M sudah mengundang kemurkaan Allah.
Buang sahaja 1M.
arjuna waspada
changkat lobak
So sad...May Allah makes it easy for all Muslims to unite and help each other and may all Muslims do their best to practice Islam completely. Aameen.. It is when some Muslims do not take the initiative to study and practise Islam...the rest of the community do not understand the beauty of Islam...To know Islam..is not to just look at the Muslims because not all Muslims are practising Islam..As for those who likes to criticize Islam...study it first before you pass judgement..Nobody in their right mind should say stuff about things they are ignorant about..
2:04 PM, January 21, 2013,
Korang kena respek Perlembagaan negara yang mengatakan gama negara ini ia lah agama Islam.
Bila korang respek itu, akan timbual sesama respek atau mutual respek.
Takda siapa nak libatkan budaya Islam kapada bukan Islam. Segala apa yang di lakukan ia lah untuk menentukan kepentingan Islam sebagai agama negara ini terjaga dan di majukan. Melampau ke tidak di Kedah dan Kelantan, korang kena tanya PAS lah.
Tapi, siapa bukan Islam yang tak mahu hormatkan Pelembagaan dan tak mahu terima fakta bahawa Islam ada lah agama negara ini, boleh blah. Boelh berhijrah ke Australia, Kanada dan sebagainya.
1:54 PM, January 22, 2013,
Kenapa pulak tak boleh cabar pemimpin korang? Apa besornya si Karpal tu? Betul, PAS Kedah berkeliaran bila dia ugut nak saman keputusan haramkan pusat hiburan di Kedah di bulan puasa 2 tahun lalu. Sampai MB Azizan pusing U turn. Tapi PAS Kelantan tak macam itu.
Bila Karpal bising PAS Kelantan keluarkan saman kedai gunting rambut Cina dan pasangan khalwat Cina, Nik Aziz dan Exconya mesyuarat, kemudian kata tindakan begitu akan di tangguhkan "buat sementara sahaja". Selepas PRU13, akan buat semula. Amacam, tak ke Karpal tersengeh saja? Apa besornya Karpal walau berdesing pun?
Kolek Kecil,
Bagus hujah hujah Sdr tu.
Tapi saya fikir tak payah kuatir berkata "Kalau saya terkasar kata, maaf ya." Tak payah sebut pun.
Kata begitu, dia orang naik kepala. Dia orang tengok sebagai kelemahan kita dan dia orang kata apa saja dia orang suka. Lihat lah komen komen dia orang di blog blog pembangkang, terutamanya MalaysiaToday.com.
Dia orang anggap kita merendahkan diri sebagai satu kelemahan dan dia orang naik kepala kita.
Saya fikir, asalkan kita tidak gunakan kata kata kasar atau lucu, kita tak payah minta ma'af di atas apa yang kita kata.
12:01 AM, January 23, 2013,
Bodoh lah kamu bila menanya "Kenapa orang Islam selalu kacau aktiviti bukan Islam kerana orang Islam cemburu bukan Islam semua boleh dan Allah tak hukum mereka."
Bila kamu tanya begitu dan kemudian ketawa Kah Kah Kah, nyata kamu budak kecil, niat jahat, tak bertanggung jawab. Siuh, jangan masuk campur perbincangan orang dewasa, kau budak kecik.
Dan aku nak nasihatkan kau suapaya banyak bercampur gaul dengan masyarakat umum, supaya kau tahu bersopan santun, tak cuba nak menyakitkan hati rakyat lain, tahukan mana yang sensitif mana yang tidak.
Dan tanya emak bapak kau fasal itu, minta mereka bimbing kau. Dan berlajar fasal Perlembagaan negara yang nyata menyebut bahawa agama Islam ada lah agama negara ini.
Bila selalu sebut fasal Perlembagaan, ada sekor benda Allah marah. Tak peduli lah. Dia sekor yang tak hormatkan dan patuhi Perlembagaan. Yang tak sukakan Perlembagaan negara ada menyebut Kedudukan Istimewa Melayu, bahasa negara ini ada lah Bahasa Melayu, agama negara ini ada lah agama Islam. Dia tak suka, dia boleh blah dari negara ini.
Tiap negara demokratik ada Perlembagaan nya. Negara kominis pun ada yang punyai Perlembagaan. Perlembagaan ada lah undang undang tertinggi mana mana negara. Undang undang lain timbul daripada dan tidak boleh menentang Perlembagaan negara. Jika takda Perlembagaan, maanusia hidup seperti binatang - siapa kuat dia dapat, siapa cepat dia menang sentiasa. Mana boleh.
Nyata bahawa apa sahaja yang di lakukan oleh Pemerintah ada lah berpandukan kapada dan tidak lari dari atau menentang Perlembagaan. Termasuk 1Malaysia dan sebagainya.
Tiap apa yang di lakukan oleh rakyat tidak boleh merendahkan, meng'aibkan maruah agama Islam. Pihak berkuasa agama di ibu negara dan di negeri negeri di dalam negara ini boleh mengambil tindakan keatas tingkah laku sesiapa sahaja di negara ini yang di anggap mencemar kedudukan agama Islam yang tertera di Perlembagaan negara kita. Termasuk pakaian yang melanggar akidah Islam dan mencabul perasaan Muslimin dan Muslimat, salon rambut yang menggalakkan sentuhan lelaki perempuan dan khalwat secara bercumbu cumbu di lapangan terbang seperti di Kota Bharu.
Boleh, memang boleh. Samma ada mahu di lakukan dan berapa selalu melakukannya terletak di atas pihak berkuasa itu. Seperti pihak berkuasa negeri Kelantan. Sesiapa yang fikir tak adil fasal saman menyaman, boleh bersuara kapada Kerajaan negeri Kelantan.
boringlah isu2 politik nih.....aku dan kawan2 aku nak cari parti kucing lah.....Politik di Malaysia tiada kesudahan saling tuduh menuduh. BOSAN!!!!! Kepada DAP&PKR Jangan berangan!!! kepada PAS kembalilah landasan sebenar!!!!! kepada UMNO muhasabahlah kembali atas jalan kebenaran!!!!
Ramai orang2 muda dah bosan dengan karenah orang2 politik.
Apa yang berlaku di Pelastin gagal memberikan pengajaran berguna kepada orang melayu di negara ini ATAU orang melayu sengaja tidak mahu mengambil iktibar nasib yang menimpa rakyat Pelastin.
Rakyat Pelastin mungkin mampu berdepan dengan Israel jika Hamas dan Fatah bersatu. Tetapi Israel berjaya memecahkan perpaduan rakyat Pelastin hanya dengan memilih salah satu daripada 2 suara yang mewakil rakyat Pelastin. Fatah dipilih oleh Israel ... itu pun hanya bersifat sementara ... agendanya adalah supaya tidak ada perdamaian diantara 2 puak Pelantin.
Di Malaysia, perkara yang sama berlaku. Umno itu ibarat Fatah di Pelastin. Pas itu Hamas di Pelastin. Umno dan Pas sukar nak capai kata sepakat, sama lah seperti Fatah dengan Hamas. Kalau di Pelastin, Israel telah menggunakan sebaik mungkin keadaan ini untuk melemahkan rakyat Pelastin, maka di Malaysia parti ultra kiasu DAP juga tidak ketinggalan meniru modus operandi Israel dalam usahanya memecah kesatuan melayu untuk memudahkan mereka memerintah negara ini satu hari nanti. Dan bukan mustahil nasib akan menyebelahi DAP.
Tidak mengapa pemimpin Umno dan pemimpin Pas tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sedang merintis jalan untuk memudahkan DAP memerintah negara ini. Tetapi kita orang sebagai warga peribumi negara ini, adakah kita tidak sedar bahawa kita juga turut sama menyumbang untuk kejayaan cita2 DAP.
Kita jangan malu mengaku. Sehingga sekarang DAP telah mecapai beberapa kejayaan. (1) Menambah parahkan perpecahan melayu bila DAP memilih untuk menyokong Pas dan PKR. (2) Memecah belahkan Pas kepada 2 puak dengan memilih untuk tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas dalam isu kalimah Allah. (3) Memecah belahkan gulongan ulamak kepada 2 puak, satu puak yang mempertahankan kalimah Allah dan satu puak lagi yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian. (4) Menghakis keyakinan dan kepercayaan tinggi orang melayu terhadap para ulamak selama ini, kini orang melayu berani mencaci dan menhina ulamak gara2 fatwa2 karut marut, amanat sesat menyesatkan dan kesanggupan " ulamak " berkongsi Allah dengan agama lain.
Tidak dinafikan, sebelum ini Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hassan adalah nama2 yang diiktiraf oleh penyokong Umno sendiri sebagai ulamak walaupun tidak senada irama politiknya. Tetapi bila mereka bertiga mengikrarkan bahawa Allah kita adalah tuhan juga bagi penganut krisitian, hampir 90% melayu telah hilang rasa hormat kepada mereka sebagai " ulamak ".
Masih lagi kita tidak nampak bahawa DAP semakin berjaya sejak akhir2 ini ? Adakah kita nak tunggu sehingga DAP mengistiharkan orangnya menjadi PM baru kita nak kata mereka berjaya ... pada ketika itu kita dah terlambat kawan.
Jangan salahkan Umno atau Pas atau PKR jika DAP berjaya perintah Malaysia, salahkan diri kita kerana KEBODOHAN SENDIRI.
Hj Mansuh
Orang Kahfir tidak ikut ajaran Islam tetapi Alah tak hukum mereka. Jelas sekali Allah lebih suka orang Kahfir daripada Muslim dengan memberi mereka kelahiran tinggi, kebebasan dan kejayaan banyak bidang. Amat bangga sebagai seorang Kahfir ! Terima kasih Allah. I LOVE U. Heheeeee
Saya sendiri terasa pas ni syiah. Dorang hiporcratus. Darah pengikut sunni halal bg mereka. Imagine there are already 300,000k syiahs in msia. Jakim hang tidoq ka atau dlm pej jakim dah penohi dgn pengikut syiah yg hipocrates.
7.44am . Alhamdulillah. U've said your thanks and love to the Only Almighty Allah. May He show His Loving Path to u soon. INSYAALLAH.
Saudara janganlah nak permainkan sentimen perkauman dan berlagak super alim. Cuba saudara tanya diri sendiri, apa itu identiti Malaysia yang sebenarnya?
Songkok dari Pakistan
Baju Melayu dari kepulaun Indonesia
Lagu kebangsaan diciplak dari lagu Peranchis.
Malaysia sendiri adalah idea dari kertas kerja Cambridge tahun 1899.
Kalau macam tu bukankah Malaysia ini sendiri adalah hasil buah fikiran penjajah British?
Renung-renungkanlah sebelum saudara nak jadi super alim.
Post a Comment