(Sinar Harian 7 Jan 2013)
Saya merasakan amat hairan dengan kenyataan seorang
ahli akademik daripada UIA yang selalu
menjadi moderator Wacana Sinar Harian. Saya tidak pasti posisi beliau dalam masyarakat
sehingga membolehkan beliau mengeluarkan kenyataan akhbar, sama ada mewakili
individu atau pertubuhan. Jika individu, siapalah beliau? Saya sendiri masih
ragu-ragu berbuat demikian walaupun telah lama dalam dunia penulisan dan
dakwah.
Pandangannya mengenai polemik penggunaan kalimah
Allah dan desakannya agar subjek agama-agama dijadikan subjek teras di peringkat
sekolah, IPTA dan IPTS, seolah-olah memperlihatkan kejahilan dalam memahami
realiti yang berlaku. Apakah tujuan kenyataan tersebut dikeluarkan?
Selalu tenaga pengajar subjek teras universiti,
izinkan saya memberikan sedikit penjelasan untuk merungkai kejahilan ini. Sebenarnya,
subjek agama-agama Malaysia telahpun diajar dalam subjek Tamadun Islam Tamadun
Asia (TITAS). Walaupun tidak begitu terperinci, subjek tersebut sudah cukup
untuk memahami sensitiviti beragama. Begitu juga subjek yang diajar di
peringkat sekolah.
Subjek ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi subjek
teras universiti, iaitu Hubungan Etnik yang diketuai oleh Prof Ulung Dr Shamsul
Amri Baharuddin, yang mana saya sendiri adalah salah seorang team penulisan
modul tersebut. Agama-agama Malaysia diceritakan agak jelas. Buku ini telah
dijadikan rujukan asas setiap universiti. Saranan saya kepada beliau, bacalah.
Jangan hanya pandai bercakap.
Mengenai polimik kalimah Allah, seperti yang telah
dijelaskan oleh ramai cendekiawan, kalimah Allah tidak pernah digunakan oleh
penganut Kristian sebelum ini, di barat apatah lagi. Mereka hanya menggunakan
istilah God (Tuhan) atau Lord. Jika tidak, sudah tentu sekali sekala kita akan
terdengar penggunaan dalam filem-filem barat.
Saya tidak nampak isu yang dibangkitkan
dipolitikkan. Jika benarlah kalimah Allah telah digunakan oleh penganut
Kristian di Sabah dan Sarawak sekian lama, kenapa baharu hari ini hendak
dirasmikan pengunaannya. Guna sahaja seperti biasa. Persoalannya, kenapa pihak
paderi mereka mensensasikan perkara ini? Apa tujuan di sebalik? Mohon, beliau
fahami makna tersurat tersirat. Jika tidak faham, tanyalah kami yang terlibat
dalam NGO ini.
Kita sebenarnya telah meraikan agama lain lebih
dari agama sendiri. Bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali-kali
ganda daripada bilangan masjid surau. Rumah ibadat tidak seimbang dengan
penganutnya, seperti yang saya jelaskan dahulu. Kerajaan Selangor memperuntukkan
lebih sekali ganda bantuan kepada rumah ibadat bukan Islam tahun ini.
Lihat sahaja sambutan tahun baharu 2013 seminggu
yang lalu. Secara tidak langsung kita sudah meraikan perayaan orang Kristian, malah menenggelami perayaan tahun baharu dan hari
kebesaran kita sendiri. Sedangkan kita tahu bilangan penganut Kristian tidak
sampai 10 peratus. Kebetulan, saya berada di KLCC malam tahun baharu Masehi.
Melihat gelagat anak muda Melayu yang sudah rosak amat menjengkelkan.
Kita perlu memahami strategi dan pendakyahan agama
Kristian yang telah tersebar sekian lama, sebelum bercakap. Saya mempunyai
ramai rakan beragama Kristian. Ramai kalangan yang bersimpati dengan Islam
berterus terang mengenai perancangan jahat Kristianisasi. Saya tidak kata semua.
Untuk menjadikan subjek setiap agama dan
menceritakan secara detail pada saya adalah tidak wajar kerana bercanggah
dengan perlembagaan persekutuan. Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut
bahawa agama Islam adalah agama persekutuan, walaupun tidak terpakai sepenuhnya
di Sabah dan Sarawak.
Namun, dek kerana umat Islam adalah majoriti, sudah
sewajarnya agama Islam perlu difahami lebih daripada agama lain. Kita cukup
beruntung, kerana hanya negara kita yang membuka peluang untuk semua warganya
belajar dan menimba ilmu tentang agama dan budaya hidup bangsa lain.
Di negara lain, subjek sebegini tidak diajar
sebagai matapelajaran wajib. Subjek perbandingan agama hanya ditawarkan untuk
mereka yang mengkhusus dalam bidang sahaja. Pendek kata, pelajar minoriti tidak
mempunyai hak ke atas agama mereka sendiri, walaupun mungkin agama tersebut
mempunyai sejarah tersendiri dan dominan suatu ketika dahulu.
Misalnya, kedudukan agama Islam di negara China,
India dan Eropah. Bolehkah sarjana tersebut jelaskan kepada saya, adakah agama
Islam diajar sebagai subjek wajib di sana, hatta di tempat beliau belajar mendapat ijazah doktor falsafah? Bila
bercakap biarlah berpijak di bumi nyata. Tidak perlulah berlagak pandai.
Saya bimbang, yang terserlah nanti bukan kepandaian
kita, tetapi kebodohan dan kejahilan kita. Isu kalimah Allah dan subjek wajib
agama telah lama disensasikan oleh kumpulan Inter
Faith Commission (IFC), Majlis Peguam
dan Persatuan agama-agama bukan Islam. Mereka amat cemburu dengan
kedudukan istimewa Islam dalam perlembagaan.
Mereka sedaya upaya sepenuh hati mahukan kedudukan
Islam itu tercabut daripada perlembagaan. Maka, berbagai usaha dilakukan untuk
mempastikan perkara itu berlaku. Apakah kita mahu bersuara mewakili menjadi
juru cakap mereka? Apa matlamat kita sebenarnya?
Tidakkah beliau sedar bahawa kenyataan akhbar yang
dikeluarkan itu digunakan peluang oleh kumpulan ultra kiasu untuk melengkap
misi jahat mereka? Kadangkala saya musykil dengan cendekiawan Malaysia yang
cuba mendapat publisiti murahan bagi kepentingan peribadi atau melangsung
agenda kumpulan tersebut.
Saya tidak nampak isu kalimah Allah ini bertujuan mendapatkan miledge politik, kecuali beliau. Memang akan wujud pertikaman lidah antara parti politik. Tetapi, itu adalah politik. Isu sebenarnya perlu diketahui dan didalami.
Di penghujung kenyataan, beliau menyatakan adalah
menjadi tanggungjawab setiap warga di Malaysia untuk bersama-sama menghargai
kemajmukan masyarakat Malaysia dan ianya wajib disikapi sebagai kekuatan dan
bukannya sebagai faktor perbalahan. Persoalan saya, siapakah yang mengganggu
gugat kedudukan agama Islam.
Untuk makluman, selama ini kita tidak pernah
langsung mencampuri urusan agama orang bukan Islam, walaupun mereka telah
menggugat kedudukan agama Islam sendiri dalam segala hal. Apakah mewajibkan
pembinaan rumah ibadat di setiap taman perumahan itu wajar, yang diluluskan oleh
kerajaan negeri Selangor? Tidakkah adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya?
Jika dalam sesebuah taman itu ada begitu sedikit sekali bukan Islam, adakah
wajar setiap rumah ibadat disediakan? Berapa banyak rumah ibadat mereka yang
berselerakan berdekatan? Berapa banyak yang diperlukan? Sehinggakan jalan
terpaksa dibengkokkan semata-mata memberi laluan kepada rumah ibadat tersebut.
Bayangkan jika yang terletak di tengah jalan tersebut adalah masjid? Sudah
tentu telah lama dirobohkan untuk memberi laluan pembangunan tanpa perlu
membengkokkan jalan. Sebenarnya, banyak lagi isu lain yang kebanyakannya kita
mengalah hanya kerana terlalu meraikan agama-agama lain. Adakah ia dihargai?
Fikir-fikirkan.
39 comments:
Terima kasih Prof......
Apa tajuk lagu Arab yg tuan mainkan ? sedap sangat .TQ
Polimik kalimah Allah dalam bible.
Yang kita rasa pelik kenapa nak gantikan perkataan God atau Tuhan dengan kalimah Allah dalam bible versi bahasa melayu saja ? Bagaimana dengan bible versi bahasa mandarin dan tamil ?
Kalau mereka betul2 ikhlas dan tidak mempunyai agenda hitam terhadap kepercayaan orang melayu kepada agama islam maka desak kerajaan membenarkan juga penggunaan kalimah Allah dalam bible versi mandarin dan tamil.
Nampak sangat target mereka adalah melayu. Mereka mahu melayu nampak islam dan kristian adalah sama tak ada beza kerana kedua2nya bertuhankan yang sama iaitu Allah.
Hj Mansuh yang bukan ahli agama nampak agenda hitam mereka, tapi sangat menyedihkan bila ahli agama (ulamak) seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan Mujahid Rawa yang ada ribuan pengikut tidak nampak agenda jahat DAP nak menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Ketiga2 makhluk yang saya sebut tanpa segan silu menyokong pengunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.
Tidak keterlaluan kalau Hj Mansuh mengatakan mereka bertiga adalah pendakwah kristian dalam islam yang menjelmakan diri sebagai ulamak (berserban, berjubah, berjanggut dan bertanda hitam pada dahi) untuk menyesatkan orang melayu supaya menerima kenyataan bahawa agama islam dan kristian adalah sama. Lanjutan itu Mat Sabu, Khalid Samat dan Mahfuz Omar yang bersetuju dengan pendirian 3 " ulamak " itu juga berjaya disesatkan dan sekarang mereka pula cuba menyesatkan para penyokong2 Pas yang lain.
Memang tak silap lagi jika MB Trengganu kata PAS itu adalah Parti Ajaran Sesat.
Hj Mansuh
Macam ni lah...orang melayu wajib mati sebagai islam dari masa dilahirkan sampai mati....tapi orang cina, india, asli,kadazan, iban, dan lain boleh beragama lain sesuka hati kecuali masuk islam......orang melayu x boleh murtab, bangsa lain pun x boleh tukar agama kepada islam sahaja....macam ni baru fair n square....tak kan u saja boleh ajar non muslim masuk islam tapi yang lain x boleh buat sedemikian.....
Assalam Anon 817, lagu tersebut bernama Lawkana bainana. Cari dalam you tube akan jumpalah.
Sewajarnya para cendiakwan Islam buat note,
Bercakp kerana ilmu, atau priuk nasi..
Baru senang orangbfaham
Nak salahkan polemic ni, pi Tanya siapa yang luluskan kitab Injil menggunakan Nama Kalimah Allah dahulu kat Sabah Dan Sarawak? Kan bodoh Dulu cara dakyah senyap-senyap? Tu lah kerja kaki tangan kerajaan Dulu yang ingat pandai sangat tentang cara dakyah halus.
Golongan cauvinis yang berkiblatkan barat (anglicised cauvinits) yang kononnya mengagungkan bahasa Inggeris pun tak tau grammar.
Perkataan 'god' adalah noun (katanama) sedangkan perkataan 'Allah' adalah proper noun (katanama khas).
Noun apabila diterjemah ke dalam bahasa lain tetap noun. Adalah bodoh apabila noun bila diterjemah menjadi proper noun.
Jadi isu terjemahan kepada Allah dalam bible sejak abad 17 adalah satu kesalahan yang disengajakan yang dilakukan oleh pendakyah kristian di kepulauan Melayu.
Apa kah ahli akademik daripada UIA itu pengikut bekas pensyarah di situ, Aziz Bari. Bekas Pensyarah itu ada kaitan dengan Konrad Adenaur Foundation yang menerbitkan buku dia.
Foundation itu di curigai maksud sebenarnya. Kononnya mempromosi demokrasi seperti National Endowment for Demokrasi (NED) di US yang terpengaruh oleh Neocons, Yahudi dan Zionis. Tujuan tersembunyi mereka ia lah melemahkan pemerintahan di negara negara Islam untuk memanjangkan ajenda jahat mereka.
Apa kah akademik UIA itu ejen mereka secara sedar atau tak sedar. Mengarut bila menyokong hasrat kegunaan kalimah Allah bagi pihak Kristian. Atau menyebarkan perkara itu bagi faedah kaum Kristian.
Anon 1222
Kau mungkin juga salah sorang agen kristian dalam islam yang berguru dengan Nik Aziz dan Hadi Awang.
Habis, adakah kau setuju kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa melayu. Kenapa bible bahasa melayu saja, kenapa tidak dalam bible bahasa tamil dan mandarin juga ?
Hj Mansuh
Isu Kalimah ALLAH dilihat sbg salah satu 'market test' oleh DAP melalui LGE untuk melihat KESETIAAN PAS/PKR dalam Pakatan Rakyat disebabkan PRU13 semakin dekat. Sekiranya PAS/PKR bersedia untuk mempertahankan desakan LGE itu maka akan TERBUKTILAH kesetiaan/ketaatan membabi buta mereka kepada Pakatan Rakyat sehingga sanggup menggadai kesucian kalimah ALLAH demi
kepentingan politik dan kuasa.
Ini pengalaman saya masa di Sabah dulu....saya cina semenanjung yg kerja travel ke KK..masa tu selalu lepak dengan seorang pen. pengarah jabatan kerajaan..jadi saya pun makan di tempat orang muslim...xada masalah ..biasa saja...saya pun agak fasih BM....biasalah ...kena friendly dengan orang ramai...ingat ada satu malam dengan x sengaja ada kumpulan group dari jabatan agama pun joint kita orang....saya pun layan saja lah...pengawai pengawai JPM ni pun high ranking... Dalam 3 to 4 hrs tu saya pun borak,cakap,berjenaka,serta main respect dia orang ni macam biasa lah...kan saya ni orang muda, pintar, easy go person...dari conversation pun dia orang pun tau nama dan hotel mana saya duduk....
Berita yg cukup pelik nya esok pagi pukul 5.30am....ada kumpulan dakwah lima orang pakai baju macam ustah warna putih ni cuba masuk bilik i....dengan kasar nya ugut frontdesk nak dapat no. Bilik saya...biasalah staffs hotel pun suspect sesuatu...mereka ni buat bising sampai staffs security pun datang..manager hotel pun telepon saya...rupa dia orang ni nak islam kan saya lepas berjumpa dgn saya...terpaksa i turun settle dgn kumpulan ni...dia orang ni nak jumpa dan bincang dalam bilik saya.pelik kumpulan ni...i pun cakap baik dgn dia orang atas berbagai alasan i x minat islam...
Walaupun dia orang tengah maki, ugut, cakap buruk pasal agama lain sampai i terpaksa minta hotel security staffs secara baik halau dia orang keluar kaw. Hotel....
Memang gile pagi tu....
I saja nak share insiden ni....rupa rupa cara dakwah macam ni....
Tepuk dada tanya sendiri, ler.
Jangan pandai-pandai kritik orang lain. Sendiri pun masih tahap jagung baru nak berbuah.
12:22 PM,
Tak boleh nak salahkan Pegawai Kerajaan fasal "luluskan kitab Injil menggunakan Nama Kalimah Allah dahulu kat Sabah Dan Sarawak". Isu begitu besar tentu telah di rujuk dan di putuskan oleh pemimpin politik di negeri negeri itu. Dan mereka yang buat keputusan.
Kristian telah bertempat di Sabah dan Sarawak kerana kerajaan British kolonial yang merintah di situ telah membenarkan, malah menggalakkan, agama Kristian di sebarkan di situ. Bila Malaya merdeka di tahun 1957, mubaligh mubaligh Kristian asing (foreign Christian missionaries) telah di beri kebenaran tinggal tetap di Malaya. Mereka telah pergi ke Sabah dan Sarawak yang di perintah oleh British sehingga tertubuh Malaysia di tahun 1963.
Di zaman Tun Mustapha menjadi Ketua Menteri Sabah, dia juga telah tidak membenarkan mubaligh mubaligh Kristian asing itu tinggal tetap di sana (Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa sendiri berkenaan imigeresen). Mereka telah meninggalkan Sabah.
Tetapi ramai penduduk tempatan Sabah telah di kristiankan oleh mereka. Dan ada mubaligh kristian orang tempatan yang lebih gigih dari mubaligh Kristian asing cuba menyebarkan agama Kristian itu. Bak kata pepatah Inggeris, "new brooms sweep clean." Mahukan istilah Allah di gunakan bagi menyebarkan agama itu di Sabah dan Sarawak. Maka timbul lah masalah penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak itu.
(Bersambung)
Pembetulan:
"Bila Malaya merdeka di tahun 1957, mubaligh mubaligh Kristian asing (foreign Christian missionaries) telah di beri kebenaran tinggal tetap di Malaya."
Sepatutnya
"Bila Malaya merdeka di tahun 1957, mubaligh mubaligh Kristian asing (foreign Christian missionaries) telah TIDAK di beri kebenaran tinggal tetap di Malaya. Atas alasan bahawa Perlembagaan negara yang merdeka ini menyatakan agama negara ini ia lah agama Islam."
(Sambungan)
12:22 PM,
Tidak ada so'al dakyah halus dakyah kasar. Bagi kaum Muslimin dakyah boleh terbuka. Sebab Perlembagaan ada menyatakan agama negara ini adalah agama Islam.
Tapi mungkin mereka yang mahu menggunakan kalimah Allah sedang mencuba dakyah halus. Jika tidak, mengapa tidak cukup dengan kalimah Tuhan? Nyata kalimah Tuahan lebih sesuai bagi Tuahn mereka yang berbentuk tiga - The Father, The Son and The Holy Ghost. Masakan Allah ada lah hanya satu, yang Maha Esa.
Dakwaan bahawa Kitab Kristian di Indonesia telah lama menggunakan istilah Allah tidak boleh di gunakan sebagai hujjah. Malaysia ada Perlembagaan yang menyatakan Islam ada lah agama negara ini. Bila rakyat Malaysia, yang 61% darinya beragama Islam, membangkang penggunaan kalimah Allah di kitab Kristian di negara ini, maka semua pihak mesti ambil perhatian bahawa itu ada lah kehendak majoriti.
Dan Malaysia ada lah negara demokratik. Mesti ikut kehendak majoriti. Tak payah buat referendum antara rakyat Islam di negara ini - parti PAS pun telah menyatakan pendirian mereka bahawa kalimah Allah ada lah untuk orang Islam sahaja.
9:34 PM,
Kamu kata, "kan saya ni orang muda, pintar, easy go person...dari conversation pun dia orang pun tau nama dan hotel mana saya duduk...."
Dari situ sahaja aku dah nampak kamu ni jenis angkat bakul sendiri, sekarang nak temberang di sini.
Nanti aku ada masa lagi, aku akan kupas kata kata kamu yang mengarut kononnya orang nak Islamkan kamu tu. Kau mimpi kot. Atau delusional.
Salam Assoc. Prof. Dr. Riduan Tee. Saya setuju dengan perasaan terkejut Dr. berkenaan sambutan Ambang Tahun Baru 2013, tapi kenapa Dr. sendiri tidak memuji apatahlagi menyatakan dengan terang bahawa Kerajaan Selangor telah menyambut majlis itu dengan cara yang cukup Islamik berbanding di KLCC? Adakah kerana Selangor PEMBANGKANG?? The truth revealed Dr.
Betul cakap ! Manusia ada hak memilih agama yang dia suka. Agama yang paksaan bukan agama yang baik. Barang yang tak sesuai kita boleh pilih lagi sama juga dengan agama. Cara paksaan seperti paksa pelanggan beli barang dia. Tak baik but no refund ! Hahahahah
Agama Kristian lebih baik daripada agama Islam ! Kenapa RT tak minat ?
Dr mendapat petunjuk dan hidayah. Dr juga telah mengkaji ilmu agama. Itu sbb dr memilih islam sbg agamanya. Sy bangga melihat dr yg br memeluk islam lebih baik dr mereka yg dilahirkan islam.
Komen kebudakan dari orang yang sama, 2 minit antara satu dengan yang lain.
Betullah maanusia boleh pilih agama, Mamat. Tapi di Malaysia Melayu tak boleh pilih agama sebab ada undang undang begitu. Kau tak tahu ke?
Kalau undang undang telah di luluskan di Parlimen oleh majoriti wakil rakyat, apa kau nak cakap paksa pulak, Mamat. Kau tak faham demokrasi ke? Kau sekolah mana, ketawa di komen kau macam budak sekolah.
Tapi kalau kau nak sebutkan apa kebaikan dalam agama kau, boleh, kita boleh bincang di sini, yang Muslim boleh sebutkan kebaikan dalam agama Islam pulak.
Cakap "Agama Kristian lebih baik daripada agama Islam", budak kecik mana pun boleh cakap. Beri hujah hujah lah, Mamat. Main akui atau tuntut saja tak ada guna nya.
9:34 PM,
Kamu kata "esok pagi pukul 5.30am....ada kumpulan dakwah lima orang pakai baju macam ustah warna putih ni cuba masuk bilik i...", kamu mimpi lah tu.
Takkan lah orang nak dawkawh pukul 5.30 pagi, kawan wei. Tak masuk akal. Kamu nak temberang saja le nampaknya. Jahat niat kamu nih.
Cakap pulak "dengan kasar nya ugut frontdesk nak dapat no. Bilik saya..." Kamu duduk hotel hamsat ke? Biasanya kalau ada hal macam tu, hotel security pelupuh dia orang tak kasi naik atas ke bilik kamu dan panggil Polis.
Ke sebab kamu bawak pompuan masuk bilik kamu dan hotel security halang kamu? Atau ada hantu paki jubah nak kasi tahu kamu jangan minum arak sampai pukul 5.30 pagi?
Aiseh, Mister, kalau dia orang nak dakwah, dia orang tak pergi cari orang macam kamu le. Dan tak "maki, ugut, cakap buruk pasal agama lain". Nampak cara pemikiran budak lepasan sekolah Cina ahli DAP kamu nih. Menyamar nama orang lain, menuduh orang lain, buat cerita tak tentu arah.
Tapi bodoh kamu. Kalau pandai, kamu buat cerita yang orang boleh percaya le!
Kalimah Allah yang mahu digunakan dalam bible versi Melayu untuk apa??? hanya mengelirukan orang2 Islam yang "lemah akidah dan budak2 yang tidak matang". Sememangnya Islam akhir2 ini semakin tenat dengan penganutnya yang tidak mahu mencari ilmu untuk mendalaminya. Buktinya anak2 muda yang semakin jauh pada pengangan islam ini tidak lagi termasuk dalam kumpulan sesat dan SYIAH yang berleluasa di MALAYSIA. Apakh dengan bertikam lidah isu ini akan menyatukan akidah Umat Islam di Malaysia??? fikirkanlah sendiri. Yang lebih utama adalah mendalami Islam itu sendiri yang bermulanya di rumah oleh IbuBapa dan keluarga dahulu dan setrusnya pada masyarakat sekeliling, janganlah pula "gah" berceramah sana sini berdakwah sana sini tapi keluarga???Fikirkanlah sendiri...!!!
Berapa kali nak cakap ! RT nak khawin 4 isteri ! Ada faham kah !
"desakannya agar subjek agama-agama dijadikan subjek teras di peringkat sekolah, IPTA dan IPTS"?
Ini ahli akademik apa macam ni? Dia tak tahu ke bahawa Perlembagaan negara mengatakan bahawa agama negara ini ia lah agama Islam? Agama agama lain langsung tidak di sebut pun.
Jadi, apa nak kemukakan keagungan agama agama lain? Mereka nak dakwah sendirian mereka bebas, asalkan jangan kapada penganut agama Islam. Sebab ada undang undang lain mengatakan orang orang Melayu/Islam tidak boleh murtad atau di murtadkan.
Kalau "agama agama" di jadikan subjek teras di sekolah, IPTA dan IPTS, itu menyamakan taraf agama agama lain sama dengan taraf agama Islam. Kalau begitu, kenapa Perlembagaan mengatakan dengan terang dan jelas bahawa agama negara ini ada lah Islam?
Macam mana punya akademik si polan itu? Mengecewakan.
Father Abdul Hadi. Pope Nick Abdul Aziz. Itulah panggilan terbaru saya kepada 2 orang yang sebelum ini diagung2kan sebagai "ulamak" oleh saya, sudara RT sendiri dan majoriti orang melayu. Perkataan "ulamak" merujuk kepada ilmuan islam.
Tetapi bila mereka berdua mati2an mahu kalimah Allah digunakan dalam bible, maka saya rasa sebutan "ulamak" dah tak sesuai lagi, begitu juga panggilan "tuan guru" atau "tokguru" pun dah tak sesuai.
Saya bukan nak menghina mereka. Tetapi adalah sebagai satu pengiktirafan terhadap kegigihan mereka berjuang menyama tarafkan agama islam dengan agama kristian.
Sebenarnya perjuangan 2 tokoh pluralisme ini belum selesai lagi. Kenapa agama kristian saja mahu dibenarkan guna kalimah Allah, bagaimana dengan agama Hindu dan Budhist ? Adakah mereka nak membiarkan penganut Hindu dan Budhist dalam kesesatan dengan menyembah tuhan yang bukan Allah ? Adakah mereka tidak memerlukan sokongan undi daripada penganut Hindu dan Budhist ? Adakah mereka ingat dengan sokongan penganut Kristian saja mereka boleh menang pilihanraya ?
Kepada Father Abdul Hadi dan Pope Nick Abdul Aziz, "anda sepatutnya mengALLAHkan juga tuhan Hindu dan Budhist" jika anda ingin mencapai kejayaan dalam PRU13 nanti.
Hj Mansuh
Kalau orang melayu Pas masih mengatakan Pas berjuang untuk islam. Saya terkedu.
Kalau orang melayu Pas nak kata Hadi Awang dan Nik Aziz adalah pejuang islam. Izinkan saya untuk menambahkan senarai pejuang islam yang berjuang bersama Pas.
Mereka adalah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Pada masa yang sama saya nak tanya orang melayu Pas .... Najib, Muhyidin, Jamil Khair dan Fatul Bari mereka sebagai pejuang apa ?
tok garu :MCA ,MIC orang apa yer?
Kalau kat Sabah...matahari terbit pada pukul 5:30am pagi....untuk yang x pernah pergi tu...jangan buat macam tau sangat....
10:38 PM,
Apa kau punya point?
Asyik nak marah Umno/BN saja ke? Matahari terbit di timur tiap pagi pun nak marah Umno/Bn ke?
Haaaa, baru terbaca "subjek agama-agama Malaysia telahpun diajar dalam subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS). Walaupun tidak begitu terperinci, subjek tersebut sudah cukup untuk memahami sensitiviti beragama. Begitu juga subjek yang diajar di peringkat sekolah."
Tu le, nak komen tak baca apa orang tulis dengan terperinci. Macam saya. Tapi saya komen tak keluar dari apa yang sepatutnya di perkatakan. (Cheeeeehhh, angkat bakul sendiri pagi ni ... tapi betul ape, kalau tidak dah selalu kenan hentam. Ni kena ajuk dek orang yang kebudak budakan sekali dua, saya tak kisah pun).
Setuju, yang penting ia lah bagi murid murid tahu sensitiviti agama sejak di peringkat sekolah lagi.
Kerana kita masyarakat berbilang etnik, sensitivi etnik begitu kuat pada masa masanya, seperti sekarang sebelom pilihan raya dan isu kalimah Allah masih di Mahkamah Rayuan, mungkin di peringkat universiti pun tidak perlu ada kajian kajian ilmiah berkenaan "comparative religious studies". Melainkan pihak pensyarah universiti boleh mendorong penunntut penuntut ke arah yang membina dan membawa saliturahim agama dari kajian comparative religious studies itu. Tidak seperti Aziz Bari bekas pensyarah UIA atau Azmi Sharom, pensyarah UM, yang membuat interpretasi Perlembagaan sesuai kapada pendirian parti parti pembangkang.
Saya fikir "acedemic freedom" pun ada batasnya. Perlu sentiasa ada sense of responsibility atau tanggung jawab kapada negara. Dan semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kata putus berkenaan interpretasi Perlembagaan terletak di Mahkamah tertinggi negara ini, bukan yang di katakan "pakar dalam undang undang Perlembagaan" sekali pun.
Tengok RT lembut-lembut dia ada kuat ke ?
"Saya merasakan amat hairan dengan kenyataan seorang ahli akademik daripada UIA yang selalu menjadi moderator Wacana Sinar Harian. Saya tidak pasti posisi beliau dalam masyarakat sehingga membolehkan beliau mengeluarkan kenyataan akhbar, sama ada mewakili individu atau pertubuhan. Jika individu, siapalah beliau? Saya sendiri masih ragu-ragu berbuat demikian walaupun telah lama dalam dunia penulisan dan dakwah. "
Paragraph di atas menunjukkan penulis rencana ini seorang manusia yang angkuh, mutakabbir diri yang tidak segan-segan untuk merendah-rendahkan orang lain!
Hahaha 6:37 PM,
Apa yang awak tengok? Tengok salah tempat kot.
Hj Mansuh,
Istilah "ulama" tu nampaknya sudah di salah pakai oleh rakyat Malaysia di banyak tempat dan di berbagai masa.
Definasi "ulama" di Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
"Orang yang pakar dalam pengtahuan agama Islam"
Definasi pakar pula:
"Mahir, pandai sekali dalam sesuatu ilmu"
Apa kah Nik Aziz itu pakar dalam agama Islam? Kafir mengkafir tak tentu hala, berdasarkan pendirian politik seseroang dsbnya, itu pakar agama Islam?
Saya baca biodatanya di http://aashraff.tripod.com/biodatacm.html. Mula mula saya tertarik dengan datuk dia bernama Raja Banjar - dia berasal dari Indonesia - Kalimantan, berasal dari kaum Banjar?
Ayahnya Haji Nik Mat "Alim" tubuhkan sekolah pondok agama di Pulau Melaka (tak tulis di mana - tahu saja lah jenis biodata seperti itu). "He trained all his son and daughter about the Islamic knowledge from early days" - itu membolehkan Nik Aziz jadi "pakar"?
Nik Aziz di hantar ke "Khurasan" (juga tak sebut di mana). "Later, Tok Guru Nik Aziz continue his study with a few other Islamic Scholar in Kelantan and Jertih, Terengganu with the late Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad at Madrasah Ittifaqiah." Itu membolehkan dia jadi pakar?
"After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject .. 4 years .. Bachelor degree .." Itu membolehkan dia jadi "pakar"?
Orang menjadi pakar bukan sahaja selepas mendapat ijazah PhD, tapi juga selepas banyak tahun memusatkan perhatian dan masa di dalam jurusan yang berkenaan, terus mempelajari, meluaskan pengtahuan, menyelidik, mengkaji dan menulis berkenaan jurusan khasnya itu. Apa kah Nik Aziz ada buat begitu?
Siapalah Ridhuan Tee yang telah disunatkan sebab suka cibai Melayu? Cina tak sedar diri! Kalau tak ada bangsa Cina dah tentulah Ridhuan Tee tak wujud! Sekarang nie nak perangi bangsa sendiri macam orang bodoh! Perbuatan bodoh kamu sedang diperhatikan oleh keseluruhan masyarakat Cina di dunia! Cubalah datang ke Cina kalau berani! Kiasu konon! Kiasu puki mak engkau!
To Anonymous 11:37pm, 14 januari 2013...
Anak siapalh dia... biadap sungguh.. kesian mak bapa dia... klu kau ni org islam spatutnya keseganan trhadap dr ridhuan tee menebal sbb wlupun dr ni cina mualaf, dr tahu tatacara, kesopanan n hukum hakam tntng islam... x memaki hamun, menuduh org lain x islamik n berbagai2 lagi lh... mngkin aku lbh berusia sikit dr kau ni jd x salah aku bg kau nasihat sikit... beradap sopan amalan mulia... kesian...
11:37 PM,
Emak bapak kamu tak ajar, tak bimbing kamu, maka kamu jadi maanusia yang tak berguna. Kenapa lah Tuhan jadikan kamu di dunia ini.
Kamu penduduk di China ke? Kamu rakyat China pandai berbahasa Melayu ke? Rami rakyat China yang kurang ajar ye? Padan lah undang unadang China begitu kejam, begitu banyak kesalahan yang membawa hukum mati. Kamu nak mati ke?
Post a Comment