(Utusan Malaysia 12 Januari 2013)
Akhbar
dan wartawan ultra kiasu terus menerus memainkan sentimen kalimah Allah. Mereka
sanggup lakukan apa sahaja, bagi memastikan isu ini berpihak kepadanya. Cara
yang paling mudah mendapat sokongan dan simpati, dengan menelefon dan menemu bual pemimpin-pemimpin
bukan Islam dan peguam-peguam ultra kiasu untuk mendapatkan pandangan mereka
dan seterusnya mensensikan isu ini. Orang yang tidak pro kepada agenda licik
mereka, tidak akan dihubungi. Malang sekali, kita terikut-ikut sama mengikut
rentak tari yang dimainkan.
Misalnya,
ada yang mencadangkan agar lagu negeri Selangor diubah kerana kalimah Allah ada
di situ. Tindakan ini dilakukan, sebagai sindiran tindakan umat Islam yang melarang
penggunaan kalimah suci ini. Ternyata, dari segi logiknya, kedua isu ini
berbeza. Lagu negeri Selangor mempunyai sejarahnya tersendiri. Kenapa kalimah Allah
terdapat lagu tersebut juga ada sebab musababnya? Sejak dahulu lagi bukan Islam
tidak selesa menyebutnya, kerana mereka tahu Allah itu adalah Tuhan umat Islam.
Mereka terpaksa akur kerana mereka rakyat negeri Selangor. Namun, apabila isu
ini timbul, lain pulak ceritanya. Yang tidak selesa menjadi selesa pula.
Masihkah kita buta? Perintah raja selaku ketua agama Islam sudah diabaikan.
Mereka menjadi semakin kurang ajar.
Sama
seperti lagu negara Singapura dan cogan kata “Majulah Singapura”. Versinya
tetap dalam bahasa Melayu, walaupun Singapura menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi. Begitu juga koman-koman dalam tentera, masih menggunakan
bahasa Melayu. Kenapa kerajaan Singapura tidak bertindak menukarnya walaupun
ada percubaan untuk berbuat demikian? Jawapannya adalah kerana ia ada nilai sejarah tersendiri. Ia
juga menyentuh sensitiviti Melayu. Justeru, jika tidak tahu, bertanyalah.
Jangan ikut sedap mulut.
Contoh
lain, selaku pengajar di universiti tentera, logo dan pemakaian pangkat (crown)
pasukan keselamatan seperti angkatan tentera (darat laut dan udara), dan polis,
rata-rata tertera kalimah Allah dan Muhammad. Orang bukan Islam yang memilih
untuk menjadi anggota keselamatan, wajib memakainya, suka atau tidak. Orang
bukan Islam menjunjung Allah dan Muhamad walaupun terpaksa.
Persoalannya,
adakah kita perlu ubah atau buat logo dan crown
yang lain untuk orang bukan Islam. Jawapannya, tidak boleh, kerana ia ada
sejarah tersendiri. Memang sebelum ini, ada percubaan untuk menukar logo dan
lambang yang tertera, termasuk askar Melayu, kerana ultra kiasu tidak selesa
dengan lambang dan identiti tersebut. Kini, secara tiba-tiba bila ada
kepentingan, yang dulu menjadi masalah, tidak menjadi masalah lagi. Tuhan
mereka juga adalah Allah. Kenapa baru sekarang? Pelik bin ajaib.
Apapun
ingin saya tegaskan, isu lagu, logo, lambang kalimah Allah berbeza dengan isu
penggunaan kalimah Allah secara rasmi oleh bukan Islam, meskipun dari segi
teologi mereka ada sejarah tersendiri.
Membuat perbandingan antara keduanya, membuktikan betapa dangkalnya ilmu kita.
Isu
utama adalah soal penggunaan dan perlindungan undang-undang. Sekian lama kalimah
Allah tidak pernah digunakan, kenapa baharu sekarang? Misalnya, salah satu
faktor kenapa tanah milik kerajaan boleh menjadi milik individu atau Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura,
adalah soal penggunaan. Mereka yang tidak menggunakannya atau membiarkannya, akan
terlepas hak milik. Kenapa setinggan mendapat pampasan, kerana mereka membangun
dan menggunakan tanah kerajaan. Sekian lama, kalimah Allah tidak pernah
digunakan, tiba-tiba ultra kiasu ini begitu beriya-iya. Kenapa ya?
Saya
tidak kisah sangat jika UMNO bersetuju penggunaan kalimah Allah di kalangan non
Muslim, kerana selama ini pun UMNO dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir
oleh PAS. Saya amat hairan juga, kenapa PAS tidak mengkafirkan PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan
Islam. Jangan hanya sepakatan, kita tidak berani menegur dan menyembunyikan
kemungkaran yang dilakukan.
Dek
kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan
perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua
orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS.
Melayu
PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya,
hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan
memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama
UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan
sebagainya.
Jika
tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih
buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP
usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi
Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.
Malangnya,
setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapok,
pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka?
Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama.
Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan
Islam?
Saya
memuji sangka baik PAS dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai
orang DAP yang akan diIslamkan oleh PAS melalui kerjasama ini? Apakah PAS dapat
melunak mereka yang anti Islam? Apakah PAS akan berjaya membenteras kemungkaran
anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.
Apapun,
dalam isu kalimah Allah, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian PAS
selama ini amat jelas. Pendapat ulamak mereka seperti Harun Din dan Harun Taib,
amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah
sayangnya segelintir ulamak PAS terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulamak PAS
bertindak sedemikian. Ada yang menjadi ularmak.
Apa
yang saya lihat, semakin lama PAS berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka
menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa?
Jawapannya. generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari
memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak PAS bersama mereka daripada
dakwah Islam yang berlaku. Justeru, PAS perlu kaji kenapa mereka gagal dalam
misi dakwah ini. Bukannya mendabik dada mengatakan, semenjak berkawan dengan
DAP, mereka sudah faham Islam. Jika sudah faham, kenapa mereka begitu kuat menentang
Islam? Di mana silapnya? Apakah masih menyalahkan UMNO BN itu wajar?
Saya
masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia
masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya, setelah
berada dalam UMNO, dia terus bergelumang dengan najis tersebut. Hari ini, dia
cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa?
Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai dan nafsu serakah yang
sama.
Saya
amat berharap UMNO tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu
kalimah ALLAH. UMNO akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat
simpati politik, kuasa dan undi. Jangan
biarkan kalimah keramat ini dinodai. Jika UMNO juga berlembut seperti mereka,
maka jelaslah UMNO masih lagi tidak berubah. UMNO sama juga seperti mereka.
Sejak
dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam,
walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya
bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.
Pertama,
agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja
Melayu. Saya telah huraikan sebelum ini, tidak perlu diulang.
Kedua,
selama ini kalimah Allah tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat
di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada,
sudah tentu dalam filem-filem barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit
kalimah ini. Kenapa kita tidak pernah jumpa? Kenapa hari ini ultra kiasu
terlalu beriya-iya? Kajilah agenda tersirat dan tersurat.
Agendanya
tidak lain, mereka mahu jadikan rantau Melayu sebagai syurga Kristian, setelah
mereka gagal di barat. Mereka telah
berjaya di Indonesia. Setiap tahun hampir 2 juta umat Islam di Indonesia
menjadi korban kerana ‘gula-gula’ agama ini. Targetnya hari ini adalah orang
Melayu dan bukan Melayu terutama orang Cina. Kerana mereka tahu, apabila kumpulan
ini memeluk Kristian, mereka lebih Kristian dari Kristian. Lihatlah apa yang
berlaku kepada Lina Joey atau Azlina Jailani. Orang Cina, usahlah dikira.
Mereka akan menjadi lebih ekstrim apabila memeluk Kristian. Saya lontar idea
ini kerana saya pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu.
Ketiga,
kalimah Allah dan orang Melayu Islam sudah sebati. Ibarat isi dengan kuku,
sudah menjadi darah daging, walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Sebab itu,
cara kita menggunakan kalimah-kalimah ini berbeza dengan orang lain. Kita
menghormati kalimah ini melalui urutan perkataan atau lenggok bahasa bersopan. Misalnya,
kalimah Allah, kita tidak sebut perkataan.
Perkataan menggantikan kalimah. Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan
Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal, atau
mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga
kemuliaanNya.
Keempat,
setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut
kalimah Allah dengan betul. Bila menyebut Allah, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah
ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu
bersungguh-sungguh mahu menggunakanNya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka
tidak biasa dengan sebutan Allah. Sebutan Allah mereka akan menjadi pelat dan
tidak tepat.
Kelima,
kalimah Allah bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Tuhan digunakan untuk
mengajar anak-anak mengenal Allah. Tetapi Allah adalah Allah. Terjemahan Tuhan
atau God atau Lord bukan merujuk kepada
Allah. Tetapi oleh kerana kita jahil, maka terjemahan Tuhan digunakan. Apapun,
Tuhan itu tidak sama dengan Allah. Sebab itu, apabila kita mengucapkan
shahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan
yang berhak disembah melainkan tuhan”.
Keenam,
kenapa bible dalam versi mandarin, tamil dan bahasa Inggeris langsung tidak tertera
kalimah Allah? Kenapa ultra kiasu begitu
bersungguh mahukan bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah? Cuba lihat bible
dalam bahasa Inggeris, apa yang tertera adalah tiga nama tuhan yang digunakan iaitu god, yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah
Allahnya? Saya berani menyatakan bahawa
niat jahat mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam supaya menjadi Indonesia
kedua di sini.
Banyak
lagi yang ingin saya hujahkan. Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan
(kalimah) dalam Islam membawa makna yang amat signifikan. Ia perlu difahami
dalam konteks perlembagaan dan penghormatan cara hidup penduduk majoriti. Kita
tidak boleh menyamakan lagu atau koir dengan selawat. Selawat tetap selawat
walaupun apapun bunyi atau melodi lagu digunakan untuk menyampaikan selawat.
Bayangkan selepas ini semua semua bukan Islam Islam boleh menggunakan perkataan
99 nama Allah, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang
Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Ini bukan boleh boleh guna atau
tidak, sampaikan dakwah atau tidak, memahamkan bukan Islam atau tidak. Ini soal
ancaman terhadap agama Islam yang sengaja dilakukan, kerana mereka tahu peluang
ini tidak datang dua kali.
23 comments:
Salam, saya sokong,,,,isu Allah ni kira klimaks,tepuk dada tanya iman. Tiada kompromi...bangkitlah Melayu Islam...
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
sejujurnya saya ingin menangis apabila membaca posting ustaz ini..saya sedih kerana ulama dan cendiakawan islam yang saya kagumi dan kasihi selama ini tidak berfikir panjang mengenai isu ini semata-mata mahu meraih sokongan politik dan menjaga hati sekutu mereka..kadang2 saya terfikir adakah saya yang terpesong ataupun adakah mereka yang tersalah jalan..adakah saya dianggap pembenci agama akibat tidak menyetujui pendirian mereka itu..apabila saya meluahkan pendapat saya di ruang fb yang majoritinya ahli pas saya dikecam dan dikatakan ahli umno dan dihina dengan pelbagai tohmahan ..padahal tahun lepas saya masih lagi penyokong pas yang setia..akibat hal ini perasaan saya pada parti pas sudah bertukar..muak dan benci menguasai..tp saya berdoa semoga Allah membukakan hati para pemimpin pas agar menjadi pemimpin islam yang benar2 sejati dan jauhkanlah mereka drp menjadi keldai si kuffar dan munafiq..alhamdulillah nampaknya kita tidak bersendirian dalam hal ini..ramai ulamak tampil menyatakan pendirian tegas mereka dan semoga Allah memberkati mereka..ameen..baarakaLLAHU fiik.
Kita ingat fikiran RT semakin moden malahan fikiran dia masih kuno ! Apa nak buat dia masih suka kereta lama tak ingin tukar kereta baru. Orang jenis ini mampu tetapi tak berani mengubah kehidupannya. Jenis inilah menggangu perkembangan tamadun manusia.
Semoga umat Islam akan datang boleh jugak bersepakat dalam menjaga kesucian Islam.
Yang kurang agama diajar oleh yg tinggi agama.
jangan yang tinggi agama terus berlawan untuk tunjuk siapa yng lebih tinggi agamanya..
akhirnya umat Islam yg kurang agamanya, terus dikelirukan oleh orang yg tinggi agama.
Bagus pendapat dan pendirian Siti Aisyah tu. Tak setuju dengan cara cara PAS tapi masih mendo'akan pemimpin mereka bertukar.
Saya pun do'akan moga moga mereka sedar mempolitikkan agama dll itu tidak membawa faedah, malahan kepincangan, kapada ummat Islam yang majoriti terbesar di negara ini ada lah Melayu.
Kita berbagai kelemahan, bermacam kekurangan, jauh ketinggalan di belakang. Kita perlu berganding bahu menukarkan keadaan dan memajukan kaum kita sendiri supaya ada imbangan yang baik dalam pembangunan negara ini.
Membaca komen si jahat niat di 12:16 AM, dan komen saya kira baik dari Sdr Ahmad Liwauddin di 1:54 AM, tergesa saya menyalinkan komen di pos yang lalu.
Kalau ia pun komen itu keluar di bahagian penghujung, tak lama selepas itu pos ini keluar, mungin tak banyak di baca pengunjung blog ini.
Izinkan saya:
"Istilah "ulama" tu nampaknya sudah di salah pakai oleh rakyat Malaysia di banyak tempat dan di berbagai masa.
Definasi "ulama" di Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
"Orang yang pakar dalam pengtahuan agama Islam"
Definasi pakar pula:
"Mahir, pandai sekali dalam sesuatu ilmu"
Apa kah Nik Aziz itu pakar dalam agama Islam? Kafir mengkafir tak tentu hala, berdasarkan pendirian politik seseroang dsbnya, itu pakar agama Islam?
Saya baca biodatanya di http://aashraff.tripod.com/biodatacm.html. Mula mula saya tertarik dengan datuk dia bernama Raja Banjar - dia berasal dari Indonesia - Kalimantan, berasal dari kaum Banjar?
Ayahnya Haji Nik Mat "Alim" tubuhkan sekolah pondok agama di Pulau Melaka (tak tulis di mana - tahu saja lah jenis biodata seperti itu). "He trained all his son and daughter about the Islamic knowledge from early days" - itu membolehkan Nik Aziz jadi "pakar"?
Nik Aziz di hantar ke "Khurasan" (juga tak sebut di mana). "Later, Tok Guru Nik Aziz continue his study with a few other Islamic Scholar in Kelantan and Jertih, Terengganu with the late Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad at Madrasah Ittifaqiah." Itu membolehkan dia jadi pakar?
"After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject .. 4 years .. Bachelor degree .." Itu membolehkan dia jadi "pakar"?
Orang menjadi pakar bukan sahaja selepas mendapat ijazah PhD, tapi juga selepas banyak tahun memusatkan perhatian dan masa di dalam jurusan yang berkenaan, terus mempelajari, meluaskan pengtahuan, menyelidik, mengkaji dan menulis berkenaan jurusan khasnya itu. Apa kah Nik Aziz ada buat begitu?"
Salam Prof,
Saya sedih dan bimbang dengan keadaan isu Allah yang hangat diperkatakan...
Saya risau masa depan anak dan cucu kita nanti, sedangkan sekarang tanpa penggunaan nama Allah dalam bible, ramai yg dipesong. Inikan pula kalau dibenarkan....
Taku-takut akan tersembul ayat-ayat seperti
"Kita sembah Allah... sama apa, orang islam tak boleh minum tapi kristian boleh... Kita sembahyang sekali seminggu bukan 5 kali sehari... Sembah Allah juga..."
Dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan instrumen untuk mubaligh kritian berdakwah...
Minta dijauhkan dari berlaku, Ya Allah.
Orang PAS mungkin tak sedar dengan keadaan politik dalam pakatan mereka... cuba kita tengok...
PAS mintak Negara Islam, DAP & PKR tak bagi... Boleh guna nama Negara Kebajikan...
PAS mintak Hudud, PKR & DAP tolak. Tak laksana...
DAP minta guna nama Allah?
PAS cakap.... boleh...
Hmmmm... fikir-fikirkanlah
PAS mintak tak dapat...
DAP mintak mesti dapat
Sorang lagi yg ada agenda sesatkan melayu islam
Saya sokong pandangan Prof!!!!!!!!!Saya bantah pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sekeras-kerasnya!!!!!
Oklah ALLAH sangat happy kamu sangat setianya. Allah akan bagi kamu tempat Surga first class tetapi oleh kerana kamu suka mempolitikan agama menjadi dunia ini tidak aman dengan ini Allah akan hukum kamu masuk neraka ! Kah Kah Kah
Mereka mengeksploitasi apa saja di masa sebelom PRU13 ini. Mereka tahu pihak berkuasa lembut kerana undi.
Tapi kita lihat Anwar dan lain lain pemimpin PR terdiam selepas Himpunan di Stadium Merdeka. Hanya 40,000 hadzir dari 1 juta yang di warwarkan.
Mengarut mereka menuntut ada 100,000 yang hadzir. Polis mempunyai Anti-Riot Unit sejak berpuluh tahun, berpengalaman menganggar kumpulan besar besar dengan kadar tepat sebab itu sudah periuk nasi mereka.
Tapi tak ramai bukan Melayu dan Kristian yang hadzir, agaknya sebab menyampah PAS dengan Hudud mereka dan tidak percaya PAS tidk akan kenakan Hudud kapada semua rakyat sebab dah lihat PAS Kelantan keluarkan saman kapada salon rambut kepunyaan Cina dan pasangan khalwat Cina.
Nasib lah mereka tak ramai keluar di himpunan itu. Kalau tidak akan bising lagi fasal mahu gunakan kalimah Allah di Stadium Merdeka itu.
Peringatan Menjelang PRU13
Sokong Hadi + Nik Aziz = Sokong Lim Kit Siang + Lim Guan Eng = Sokong DAP = Sokong Perjuangan Kristian = Sokong Perjuangan Menjatuhkan Melayu + Islam.
Hj Mansuh
Fikir punya fikir, rasa bersalah dan berdosa pulak dalam diri, kita pakat tuduh macam2 dekat Hadi Awang, kita pakat kata macam2 dekat Nik Aziz, kita berebut tuhan Allah dengan mereka berdua.
Hadi Awang dan Nik Aziz nak bagi tuhan Allah untuk jadi sembahan orang kristian, kita bantah, kita tentang. Kenapa ?
Mari kita ambil jalan tengah yang selamat yang boleh menjernihkan keadaan perpaduan orang melayu khasnya. Kenapa tidak kita bersetuju bahawa, memang orang melayu ini islam, memang tuhan orang melayu adalah Allah. Kenapa tidak kita mengakui bahawa, agama kedua2 puak melayu adalah sama iaitu Islam, tuhan kita hanya sama pada nama sahaja tapi dari segi sifat (zat) tak sama.
Allah yang dimaksudkan oleh orang melayu Umno dan para mufti adalah Allah yang Esa (ujud dengan sendiri dan tidak ada anak).
Allah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz dan sebahagian ulamak dan penyokong Pas (tak semua ulamak Pas dan penyokong Pas) adalah Allah yang diperanakkan (dilahirkan), yang punyai anak dan yang punyai roh. Barang kali ini lah Allah yang nak mereka kongsikan dengan penganut agama kristian. Kalau udah macam tu tak perlulah kita nak ribut2.
Jangan kerana berebut Allah, kita sama kita sampai berperang sama sendiri. Terimalah kenyataan bahawa TUHAN ORANG UMNO HANYA SATU, manakala TUHAN SEBAHAGIAN ORANG PAS ADALAH 3 DALAM SATU.
Semuga kehidupan kita orang melayu menjadi aman dan harmoni walaupun berlainan TUHAN tetapi masih satu agama. Jangan diputuskan silaturrahim sesama islam hanya kerana kita berbeza TUHAN.
Melayu Cyber
Cakap "sangat setianya," mana si benda Allah 11:08 PM bi orang Melayu/ Islam. Kafir lakntullah lah dia.
Terutamanya cakap pula fasal "Surga first class" dsbnya.
Mana dia ada syurga. Jenis yang percaya rohnya akan bertukar kapada bentuk lain selepas mati.
Kalau nak perlikan, macam macam kita boleh kata. Tapi tak boleh. Agama orang. Tak boleh perlikan. Kita tak percaya pun, kena hormatkan. Ini agama punya fasal.
Saudara RT
Terima kasih kerana menulis berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam bible.
Saya jadi pelik. Peliknya adalah kenapa dalam bible bahasa melayu sahaja, sepatutnya dalam semua bible tak kira lah apa bahasanya harus guna kalimah Allah. Ya memang saya pelik teramat.
Sedangkan quran kita tak kira dalam bahasa apa pun ianya diterjemah tetap sebut nama tuhan sebagai Allah.
Bertambah2 pelik lagi saya adalah kerana yang menyokong itu bukan kecil anak punya ulamak, dilihat pada serban dan jubahnya saja kita sudah tahu betapa amat tingginya pengetahuan dan penguasaan hukum islam oleh 2 ulamak ini. Kalau dikatakan Gunung Kinabalu itu tinggi, saya kira tinggi lagi ilmu islam yang dimiliki oleh dua ulamak ini.
Tapi bila dilihat dari sudut lain, bila Umno dikatakan Kafir oleh mereka hanya kerana Umno mengajak cina MCA dan india MIC membentuk kerjaan, namun Umno tak lah sampai ke peringkat bersetuju berkongsi Allah dengan penganut Kristian, maka saya suka ambil pendekatan yang kondusif kepada Umno dan kondusif juga kepada 2 ulamak itu.
Kenyataan saya adalah : Ia memang benar Umno jadi Kafir kerana berpakat dengan si kafir MCA dan MIC. Kalau Umno jadi KAFIR kerana itu, saya juga berpendapat 2 orang ulamak Pas ini bukan setakat KAFIR saja malah BAPA KEPADA SEGALA KAFIR bila mana mereka bersetuju penganut kristian menghina ALLAH.
Tuhan penganut islam (Allah) kita satu sahaja sedangkan tuhan penganut kristian 3 dalam satu, bila ditambah dengan tuhan (Allah) yang orang islam punya, maknanya mereka sekarang sudah ada 4 tuhan.
Kenapa saya kata 2 ulamak Pas itu BAPA KEPADA SEGALA KAFIR adalah kerana mereka bukan setakat menyesatkan orang melayu yang islam sahaja, malah mereka telah menyesatkan penganut kristian juga. Selama ini penganut kristian tahu mereka hanya ada 3 tuhan sahaja, tahu2 sekarang sudah bertambah menjadi 4.
Hj Mansuh
Kepada Hj Mansuh dan yang sama dengannya, sudahlah tu, hentilah baca Utusan Jamban, TV3suku dan yang sewaktu dgnnya. Ameno rompak duit rakyat makan dengan suku sakatnya tak nampak ke? Rakyat berebut2 ambil beras macam kat Afrika tu, sedih aku melihatnya.
Ini jahat puak Kristian ni, memang jahat:
Malam tadi Majlis Syura PAS, kuasa tertinggi parti itu, membuat keputusan tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka kerana ia tidak menggambarkan makna sebenar perkataan itu.
Mereka keluarkan suatu kenyataan 7 perenggan mengatakan bahawa istilah Allah ada lah suatu perkataan bagi Tuhan yang memberi nama nya sendiri sebagai Allah. Oleh itu, menterjemah perkataan "God" atau "Lord" kapada kalimah "Allah" dari mana mana kitab bukan Islam ada lah tidak di benarkan dan menimbulkan kekeliruan. "oleh itu, hal itu patut di elakkan," kata kenyataan PAS itu.
Pulaknya The Council of Churches Malaysia (CCM) kritik PAS sebab "paling tadah" dan mengatakan bahawa tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu sebagai "menunjukkan kuasa pihak majoriti" atau "as a show of power by the majority."
Memang lah mereka berpegang kapada apa yang mereka panggil "keputusan bersekutu" yang di umumkan oleh Hadi Awang selepas mesyuarat peringkat tertinggi PR minggu lalu. Hadi pun nampaknya buat pasal, agaknya nak sangat jadi PM sperti Muktamar PAS 2012 cadangkan. Setuju macam itu dengan Anwar dll, sekarang kena tempelak dek Majlis Syura PAS.
Bukan main keras kepala nampkanya CCM, mengata "PAS must resolve its internal conflicts over the matter", dan berkata CCM tidak akan berhenti menggunakan kalimah Allah itu.
Kan perkara itu sekarang berada di Mahkamah Rayuan, mengapa nak berkeras, takda langsung nak kata tunggu keputusan Mahkamah atau sebagainya.
Cina kena potong kotek sedang melolong dan menyalak macam anjing gila! Ayuh siapkan parang, asah kapak! Mari tengok siapa lagi pengecut! Kalau aku tak cincang kamu sampai lumat, kau belum tahu lagi! Cina bodoh kena potong kotek!
Melayu Cyber,
Tak bijak kamu cakap "berebut Allah", orang Kristian yang nak rebut Allah, tujuan nak Kristiankan orang lain dan nak murtadkan orang Islam yang mungkin terbaca kitab BM dmereka.
Ada sebahagian PAS pulak nak sokong. Mana boleh. Jual bontot le kalau kamu kata tak mengapa, boleh peluk peluk oang macam tu.
Mana boleh "berlainan TUHAN tetapi masih satu agama", Mamat. Betul, Jangan diputuskan silaturrahim sesama islam, tapi tak boleh berbeza TUHAN, kena cari jalan lain untuk bersalitur rahim.
Ke kamu bukan Islam menyamar sebagai Islam di sini? Jika demikian, memang neraka lah tempat kamu. Tuhan aku cakap begitu.
Buat Anon 5:01 PM, January 14, 2013
Hj Mansuh terima kenyataan bahawa kamu sangat benci kepada Utusan dan Umno. Tak apa kalau kamu itu bukan melayu. Tapi amat malang la kalau kamu orang melayu.
Saya pun tahu apa politik kamu, Pas kah atau PKR kah atau DAP kah. Yang pasti kamu bukan Umno.
Adakah Nik Aziz masih lagi seorang ulamak yang patut kita hormati dan sanjungi ? Apakah selepas Nik Aziz buat pusingan 360 darjah dalam isu kalimah Allah kita masih mahu menerima dia sebagai seorang yang mencintai Allah dan agama Allah ?
Orang lain saya tak tahu lah. Tapi Hj Mansuh ini walau sebesar kuman pun tak lagi mempercayai orang tua yang bernama Nik Aziz ini. Kenapa dia tak buat pusingan 360 darjah diwaktu para ulamak neutral dan para mufti dengan ikhlas dengan bersandarkan kepada nas dan hukum islam menegur ketelanjuran dia dan Hadi Awang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible. Kenapa tidak pada waktu itu ?
Kenapa Nik Aziz tidak bincang dengan ulamak2 seperti Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan Nasrudin Mat Isa sebelum buat kenyataan menyokong tuntutan puak kristian ? Kenapa selepas dah kena bantai teruk dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas baru nak sedar diri dan tahu diuntung ?
Dah terlambat. Pada Hj Mansuh dan orang melayu yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh puak kristian, kami melihat " Nik Aziz adalah contoh paling tepat ulamak munafiq yang ada dalam Pas " dan ramai lagi.
Sewaktu aku menonton berita jam 8 di TV3 malam tadi, jelas terpancar imej kemunafiqan pada wajah orang si tua itu, aku tak nampak langsung cahaya seri keimanan pada wajahnya ketika diwawancara oleh reporters. Sungguuuuh aku tak nampak langsung seri wajahnya sebagai seorang ulamak seperti yang dapat ku lihat pada wajah ulamak2 dan mufti yang membela kalimah Allah.
Bukan itu saja, diwaktu Hadi Awang mengumumkan sokongannya kepada isu penggunaan kalimah Allah dalam bible, aku terkejut kerana wajahnya pada saat itu ku lihat tidak lagi menampakkan serinya sebagai seorang ulamak, wajah Hadi Awang pada saat itu aku nampak sama bengis dan sama ganas persis wajah Anwar Ibrahim. Yang aku nampak adalah begitu, tapi aku tak tahu macam mana pulak orang lain nampak.
Hadi Awang dan Nasrudin Hassan masih membisu, jika mereka juga membuat pusingan 360 darjah, izinkan Hj Mansuh untuk menambahkan bilangan " ulamak manafiq dalam Pas dengan penyertaan dua manusia ini "
Jika Hadi Awang dan Nasrudin Hasan takut digelar " ulamak munafiq " maka ingin Hj Mansuh sarankan kepada mereka berdua, " teruskan perjuangan anda berdua dalam satu saf bersama2 dengan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sehingga ke akhir hayat anda berdua ".
Nik Aziz dah tak laku lagi, dah macam kupang tembaga hanya kerana membuat pusingan 360 darjah. Adakah Hadi Awang dan Nasrudin Hassan juga bersedia untuk jadi kupang tembaga ?????
Hj Mansuh
11:34 PM,
Kamu nampaknya masuk dlam tiap pos cakap lucu. Bedebah kamu.
Kamu tak potong kote, melolong dan menyalak bukan saja macam anjing gila, tapi juga macam orang gila!
Keluar pulak dengan kata kata provokasi nak siapkan parang macam gengster. Emak bapak kamu tak ajar, tak bimbing kamu, maka kamu jadi maanusia yang tak berguna. Kenapa lah Tuhan jadikan kamu di dunia ini.
Setuju!
Yang bermakna kita jangan beri sokongan buta dan usah tunduk terpesong kepada gerombolan ini yang jelas nyata tujuan dengan niat untuk memusnahkan bukan hanya diri kita, masa depan anak cucu kita, bangsa kita Melayu, negara kita Malaysia malah lebih utama dan menyedihkan lagi ialah perbuatan mereka ini untuk menghancurkan agama pegangan serta keyakinan kita iaitu Islam yang syumul dari Allah Subhanahu Wata'ala.
Hj Rizqi
Post a Comment