(Sinar Harian 30 Jul 2012)
Pada 20 Julai 2012, dua buah buku saya, bertajuk “Masih Adakah Ketuanan Melayu?” dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia, dilancarkan yang Menteri Pertahanan. Ucapan aluan saya telah dijadikan berita oleh beberapa laman web, termasuk Malaysianinsider dan diulas oleh Zan Azlee pada 27 Julai 2012, bertajuk Ridhuan Tee does it again!
Ternyata Zan Azlee tidak faham konteks dan maksud. Sebaik-baiknya hadirlah dalam majlis tersebut, baharulah boleh memberi komen dan ulasan. Apapun, saya maafkan, mungkin kerana beliau terlalu muda untuk memahami Islam, walaupun lahir Islam. Saya dilihat seolah-olah jahil dalam memahami Islam. Saya syorkan beliau lebih mendalami Islam agar ilmu Islamnya menjadi lebih luas. Bacalah sama buku karangan ulamak Islam tersohor, Yusuf Al-Qaradawi bertajuk Fiqul Awlawiyyat atau Memahami Keutamaan.
Zan Azlee cuba mengajar saya tentang konsep kesejagatan Islam dengan memetik ayat al-Quran dalam surah Ar-Rum, al-Hujurat, dan Hadis Nabi SAW, tentang kehebatan Allah SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa. Saya syorkan lagi supaya membaca buku Ibnu Khaldun bertajuk al-Muqaddimah, berkaitan dengan semangat cintakan bangsa.
Syor ini lakukan kerana cabang ilmu sangat luas. Tidak cukup sekadar memahami Islam dengan memahami kulitnya sahaja. Memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis, belum tentu boleh membuktikan kita ini hebat atau berilmu. Jika begitulah keadaan, ultra kiasulah yang paling cekap. Merekapun memetik ayat al-Quran dan mahu mengikut Umar Abdul Aziz. Sebagai umat Islam, sepatutnya kita perlu memahami ilmu-ilmu Islam hingga ke akar umbi, walaupun mungkin, kita bukan berlatar belakangkan pengajian Islam. Saya bukanlah ustaz, tetapi saya cuba menjadi ustaz.
Saya menjelaskan dalam ucapan tersebut, apabila berlaku pertembungan antara kepentingan bangsa dengan kepentingan agama. Maka kepentingan agama Islam mesti diutamakan berbanding kepentingan bangsa. Allah SWT tidak akan tanya, apakah bangsa kamu di alam kubur nanti. Tetapi yang akan ditanya adalah apakah agama kamu? Pada saya, persoalan bangsa sudah tidak menjadi penting apabila berlaku pertembungan dengan agama.
Persoalan besar yang saya ketengahkan adalah soal agama Islam, yang mesti dipertahankan daripada diinjak-injak oleh orang lain. Secara kebetulan, agama Islam itu dianuti oleh semua Melayu kerana dalam konteks perlembagaan, semua Melayu itu beragama Islam. Tidakkah menjadi kewajipan kepada kita mempertahankan mereka yang beragama Islam, selagi mereka berada di landasan yang betul.
Sepanjang kajian saya, dengan Islam yang menjadi anutan orang Melayu, orang Melayu menjadi satu bangsa yang begitu bertoleransi berbanding dengan bangsa lain, termasuk bangsa saya sendiri, yang sebahagian bersifat ultra kiasu. Orang Melayu sanggup korbankan kepentingan mereka, demi meraikan orang lain.
Misalnya, dalam bidang pendidikan negara. Tidak ada sekolah Melayu, tetapi ada sekolah berasaskan bangsa lain. Orang Melayu begitu berlapang dada menerima sistem pendidikan bukan Melayu. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk orang bukan Melayu menerima pendidikan Islam, institusi seperti MARA dan lain-lain berkaitan dengan Islam dan Melayu. Apa jua perkara berkaitan dengan Islam ditentang habis-habis. Sehingga orang Islam tidak dapat mengisytiharkan atau melaksanakan hukum Islam di negaranya sendiri.
Kita semua sedia maklumkan, setiap negara ada sejarah asal usul tuannya. Negara China membentuk ketuanan Cina, negara India membentuk ketuanan India, negara Arab membentuk ketuanan Arab, dan lain-lain. Tetapi negara Melayu tidak membentuk ketuanan Melayu. Yang ada hanya slogan sahaja. Identiti Melayu Islam semakin lama semakin terhakis. Jika tidak dipertahankan, ia akan hilang secara perlahan-lahan akibat desakan dan tuntutan bukan Melayu ultra kiasu yang begitu ekstrem.
Saya tidak kata mempertahankan Melayu yang melakukan kejahatan atau mengengkari hukum Allah SWT. Orang Melayu yang derhaka kepada Allah SWT tidak wajar dibela. Pendirian saya dalam soal ini amat jelas. Saya tidak faham kenapa Zan Azlee begitu keliru. Jika tidak faham konteks dan keutamaan, tanyalah saya. Itulah sikap anak muda yang sebenar. Bukan mahu menunjukkan pandai, wal hal sebenarnya tidak.
Rasulullah SAW adalah contoh individu yang terlalu sayangkan tanahair, kota kelahirannya. Baginda menitiskan air mata apabila meninggalkan kota tanahairnya semasa berhijrah ke Madinah. Nabi Ibrahim pernah berdoa untuk negeri Mekah dengan doanya di dalam surah Al Baqarah “Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman makmur”. Cendekiawan Islam,Yusuf al Qardhawi pernah menyebut: “Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi SAW sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, Baginda berkata kepada kota Mekah: “Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukan kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya”. Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergelenang air mata Rasulullah dan Baginda bersabda: “Biarkanlah hati ini memperakuinya”. Begitulah semangat cintakan negara dan bangsa kerana agama yang diungkapkan oleh Junjungan besar kita.
Justeru, anak muda seperti Zan Azlee perlu banyak membaca dan menambah ilmu tentang keutamaan dan prioriti, terutama apabila berlaku pertembungan sebegini. Zan Azlee dan saya tidak sebangsa, tetapi seagama. Mengikut kaedah, jika sesuatu berlaku kepada Zan Azlee, saya terpaksa mendahulukan saudara dahulu kerana saudara dengan saya seagama, walaupun tidak sebangsa. Saya terpaksa tinggalkan bangsa saya buat seketika.
Lainlah jika saudara hanya Islam pada kulit sahaja. Pada ketika itu saya perlulah mendahului bangsa saya yang lebih simpati kepada Islam daripada diri saudara sendiri, walaupun kita seagama. Ini kerana, belum tentu menyelamatkan saudara dapat menyelamat Islam. Tetapi dengan menyelamat bangsa saya yang bersimpati dengan Islam, saya yakin lama kelamaan dia akan memeluk Islam. Mengikut pengalaman, kadangkala menyelamatkan orang Islam yang tidak jelas Islamnya, boleh menjadi beban kepada Islam. Apatah lagi jika mereka terdiri dari kalangan yang bermuka-muka atau munafik. Saya harap Zan Azlee faham respon ringkas ini.
26 comments:
Salam PM RT,
Memang ramai sangat di Malaysia ni mengaku je Islam, menulis pun siap guna ayat Quran/Hadith nak tunjuk konon yang dia pun faham agama. Bak kata Dato Ismail Kamus dulu, kalau Doktor yang memberi nasihat tentang Perubatan tak apa lah sebab dia doktor yang mempunyai ilmu perubatan, tapi kalau berpendidikan sekular tu janganlah nak berceramah tentang Islam kerana ini menyesatkan orang lain.
Teruskan tulisan anda.
Wallahualam.
Sapa dia Zan Azlee tu? Takda sapa. Kita sesah disini cuma nk tunjukkan dia budak mentah. Bior yang lain pikir dulu belom nak akata apa apa.
Zan Azlee? Nama pun mcm golongan liberal. Tgk muka dia pun mcm kena tarik sinar keimanan je. Mmg langsung org tak kenal kalau tak sebab dia ni tak sentuh Dr Ridhuan. Tumpang glamer lah tu. Agaknya tak ada org Islam nak baca dia punya penulisan. Yg baca kafir harbi yg nak hancurkan Islam sebab ada totok bodoh mcm Zan Azlee tu dijadikan khinzir hitam. Maaf Dr. saya mmg cukup menyirap dgn perangai spesis Zan ni.
Ketuanan Melayu ?
Jika Melayu ialah tuan , adakah kaum lain ialah hamba ?
Adakah awak hamba juga ?
Bagaimana bumiputera di Sabah/Sarawak ? Adakah mereka juga hamba ?
10:30 PM,
Ketuanan Melayu ia lah lambangan kedudukan, peranan dan tanggong jawab Raja Raja Melayu yang di terangkan di di peruntukan peruntukan yang tertera didalam Perlembagaan negara ini.
YDP Agong ada lah Ketua negara - Yang Di Pertuan Agong. Dia yang melantik Perdana Menteri, Menteri Menteri, Ketua Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan kesemua Pegawai Pegawai yang di wartakan atau di "gazette".
Tidak ada lantikan olehnya, tidak ada lah pemegang pemegang jawatan itu.
Betul, YDP Agong bertindak "di atas nasihat Perdana Menteri." Tetapi ada juga Majlis Raja Raja Melayu yang bersidang memberi nasihat atau membuat keputusan secara musyawarah atau consensus.
Dan ada juga kuasa atau tindakan tindakan yang boleh di lakukan ole Raja Raja Melayu berdasarkan bijaksana atau discretion mereka. Kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang di bawah pokok umpamanya, berkaitan dengan Sultan Perak memutuskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada majoriti di DUN dan melantik Menteri Besar dari Barisan Nasional.
Kuasa kuasa itu, dan lain lain lagi, ada tersemat di Perkara 153 Kedudukan Istimewa Melayu. Bumiputera Sabah dan Sarawak ada Kedudukan Istimewa juga di Perkara 153 itu dalam lain lain segi.
10:30 PM,
Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak hamba, melainkan jika mereka undi DAP dan sepertinya yang sentiasa bertujuan menghambakan, mengeksploitasi, memerah keringat kita dan merosakkan kita.
Cogan kata DAP, Malaysian Malaysia kononnya, memang anti-Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka mahukan sama rata dengan tidak memperakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di perkara 153 Perlembagaan itu. DAP hampir kesemunya Cina dan kaum Cina sudah kaya raya, mana yang miskin kaum mereka ada berbagai Persatuan suku kaum - persatuan pernigaan Hokkien lah, Teochow lah, Kwangtung lah, Konfu lah - bantu membantu mereka yang kurang mampu.
Ada beribu jutawan Cina yang sentiasa mahu beri sumbangan wang dll kapada persatuan persatu begitu untuk berbagai tujuan. Begitu banyak wang sumbangan dari jutawan mereka sehingga Universiti Tengku A Rahman (UTAR) telah di beritakan di akhbar setahun lalu tidak mahu terima RM30 juta sumbangan dari seorang kontrekter - Jurutera jutawan Cina.
Mana ada persatuan Melayu atau Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menolak sumbangan, sebab yang menyumbang tak ramai dan jumlah sumbanganya pun tak banyak.
Tapi DAP mahu ungkit Kedudukan Istimewa kita itu. Mereka mahu hambakan kita secara hamba abdi, kalau boleh. Lihat lah berapa ramai Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang bertungkus lumus berkerja untuk Cina di ladang, di jalan raya, di projek projek pembinaan dan sebagainya.
Jadi, jangan undi DAP dan sekutunya jika kita tak mahu di hambakan secara hamba abdi.
8:32 PM,
"golongan liberal" -
kita kena hati hati bila mikirkan orang tu liberal.
slalunya liberal olok olok. "pseudo liberal" kta omputih.
blajor sikit dah ingat dia pandai. kiblatnya Nuor Berahim.
Tn Dr, kenapa tn dr sering berbicara tentang ketuanan melayu dengan ultra kiasu ni ye? dlm utusan ada, dlm metro ada, dlm majalah ada,kenapa ye?
Salam RT
Jangan duk peduli lah dengan orang macam Zan Azlee tu. Buang masa saja. Entah2 dia tu baca fatihah lancaq macam ayaq, tapi bila ditanya makna dia akan ternganga saja ...
Hj Mansuh.
Anon 10.45
Kerana Dr RT faham dgn jelas agenda ultra-kiasu dan kewajipan memperkasakn kekuatan umat Islam secara umumnya.
10:45 AM,
Setahu saya RT jarang sekli menjawab komen di blognya. Ingin saya beri pendapat.
Sebab nya ia lah ultra kiasu terlalu kiasu sehingga tak hormatkan Perlembagaan negara. Terutamanya Perkara 153 Kedudukan Istimewa Mlayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Di atas tu dah ada sikit penerangannya. Nanti masa yang lebih sesuai saya akan cuba kasi penerangan tambahan.
banyak nya fitnah dalam komen2 ni
LOL!
Fndy,
Kamu tak fitnah ke?
Tuduh orang tak tunjuk mana satu, tak kasi contoh, itu pun fitnah, kau tau tak?
12:47 PM,
Kamu puasa lebih dari orang lain ke? Dah tak kuat nak cakap apa ke?
Ketawa saja tak kasi tau apa sebab bahaya kawan oi. Nanti orang kata kau dah bio_ aku tak tau.
LOL.... Disini, semua pasal pembangkang memang tak bagus.
Tapi apa bagusnya umno.? Kalau bagus tak kan nak kasak wang rakyat untuk beli kondo untuk menternak lembu dan lembu yang nak pakai kereta Mercedes.
Takde cite lain ke, masih lagi cite kondo, lembu.
Kepala lembu betul. Kau tak tengok ke Lim Guan Eng jual tanah Kerajaan 100 ekar lebih RM1.07 juta komisen berpuluh juta. Cuma kongsi gelap dan gengster saja jaga orang Penang takut nak kata.
Keutamaan apa apa pun tindakan kita sebagai individu dan sebagai kumpulan mesti berdasarkan Perlembagaan negara. Siapa yang tak hormatkan Perlembagaan boleh blah.
Saya orang Melayu saya biasa saja tiada apa apa keistimewaan atau ketuanan yang saya rasa.Tak perlulah kita tekan kan sangat pasal ketuanan sampai kita nampak macam desperate.Apa yang perlu orang Melayu dan bumiputra Sabah n Serawak kena ada right attitude. Patutkah kita dipandang tuan jika pemalas bodoh dan tidak amanah. Adakah orang lain nak hormat agama Islam jika kita orang Islam sendiri dari jenis orang yang mementingkan diri dan kelompoknya sahaja dan bersikap untouchouble, menganggap orang lain kafir unclean n tak suci?
Lim guan eng jual tanah 100 ekar dengan harga rm1.07 billion?
Ada skandal ke?? Ada udang di sebalik batu ke? Cite sensasi ni. Ada repot SPRM ke? Kalau takde tu pergilah buat satu. Biar dia diheret ke mahkamah.
Kalau tak buat, jangan merepek yang bukan2 disini.
Salam PM Riduan Tee..saya ada satu pendapat nak di kongsikan dengan semua..setiap orang diciptakan berbangsa adlh untuk menunjukkan perbezaan..Krn Allah swt itu tahu manusia ciptaanNya tidak mampu menilai diri sendiri apkh mereka telah mendekati tuhan mereka yakni Allah swt..Tiadalah perlumbaan jikalau tiada pesaing..Kalau tiada pesaing, manakan kita tahu kita sudah mendekati Allah swt...maka adlh wajib setiap manusia itu mencintai bangsanya...seperti Rasulullah saw sayangkan Makkah..Namun kerana sayangkan bangsalah kita menjajah bangsa lain, kerana sayangkan keluargalah maka kita merompak, kerana sayangkan dirilah maka kita mencuri dan membunuh, kerana sayangkan harta kita menghalalkan segalanya...maka, dimana jalan sebenarnya...Apkh tidak boleh mencintai atau perlu mencintai..kerana kedua-duanya menghasilkan sesuatu yang baik mahupun buruk..fikir2kan..
11:21 PM,
Sedarlah kamu bahawa perkara Ketuanan Tuhan perlu di perkatakan sebab ada pihak ultra kiasu dan pihak yang tak sedar diri cuba mengungkitnya.
Jika puak kamu yang "pemalas, bodoh dan tidak amanah", itu kamu punya [asal lah. Atau kamu jenis ultra kiasu sengaja cuba mengata Melayu? Jenis kamu lebih buruk dari semua itu. Jenis DAP, bukan?
Kamu biadap menyentuh agama Islam, menuduh orang Islam kononnya "mementingkan diri dan kelompoknya sahaja dan bersikap untouchouble, menganggap orang lain kafir unclean n tak suci" dengan tidak memberi justifikasi. Bedebah kamu.
9:44 AM,
Banyak skandal, beribu orang komen, kutuk dan caci di Internet, di akhbar prima, kau tak baca ke? Kau baca penerbitan Pembangkang saja tentu lah tahi orang DAP pun korang kata wangi.
Kau bergelora sebab konsgi gelap, penjahat dan gengster DAP ugut bunuh atau cederakan semua orang yang ada bukti cakap fasal komisen Bayan Mutiara, sPICE dll. Ingat, pandai pandai tupai melompat, satu hari ...
944
ko pkr ke pas ke dap? korang bukan saja merepek, menyanyah, latah dan nyanyok tuduh bn juga. cakap tak serupa bkin.
Keutamaan di negara ini: hormati dan patuhi Perlembaan Negara dan Rukun Negara. Kesemuanya, sepenuhnya.
Jika hormati dan ikuti begitu, boleh aman negara, boleh timbul suatu yang di panggil Bangsa Malaysia.
Jika tidak, Bangsa rojak, sentiasa was was antara satu kaum dengan lain, ungkit mengungkit perkara perkara sensitif. Bila ungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, membikin yang lain ungkit hak kerakyatan pendatang pulak. Tak bagus.
Art_vespa,
Tidak benar kerana sayang bangsa kita menjajah ,kerana syang keluarga kita merompak..... Kita ada agama dan agama telah mengatur cara hidup kita. Ada peraturan , bukan ikut hati dan nafsu dan kehendak sendiri walaupun sayangkan bangsa, keluarga dan lain-lain. Jadi ikut panduan agama kita akan selamat.
Post a Comment