Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, July 01, 2012

Jauhi sifat fanatik dan taksub

9:52 PM Posted by RIDHUAN TEE 77 comments

(Sinar Harian 2 Julai 2012)

Pada 24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan  lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda Umno), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9). Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu.

Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah? Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar. Isu partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli.  

Apakah ini dinamakan fanatik atau taksub sehingga menyangkakan mereka yang betul, orang lain salah? Fanatik bermakna sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. Tidakkah kita sepatutnya berlapang dada dan fikiran serta sabar yakni tasamuh atau bertoleransi?

Beberapa saya ingatkan, apabila berhujah, bincangkan apa yang betul, apa yang salah kerana itu akan membawa kebaikan dan meningkatkan minda. Bukannya menuding jari siapa betul, siapa salah, kerana ia hanya akan mengkerdilkan minda.

Ingatlah wahai umatku! sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. FirmanNya yang bermaksud:
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul". (Surah al-Ma'idah:77)

Saya lihat sebahagian besar mereka yang hadir teramat taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan mereka. Perbuatan mereka begitu melampau. Kejumudan pemikiran mereka begitu terserlah.  Kebekuan pemikiran mereka tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, terutama dalam mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

Menurut Mohammad Kamil Majid (2011), taksub dan fanatik adalah sikap yang menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat dengannya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Ia seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana, ia mahu mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan tidak betul, bidaah, kufur dan keluar dari agama.

Fenomena ketaksuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja. Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur. Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain. Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran. Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia. Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam (Mohammad Kamil, 2011).

Pada saya, inilah sebenarnya yang menjadi punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam terhadap akidah mereka. Dalam hal ini, bukan akidah itu yang salah, tetapi cara memahami akidah itu yang salah. Di manakah sikap kesederhaaan (berimbang) atau wasatiyyah yang sepatutnya menjadi pegangan kita semua? Lebih menyedihkan lagi, mereka bersorak dan mengejek-ngejek ketika ayat-ayat Quran dan Hadis dibacakan.

Maka benarlah kata-kata Syaikh Al-Albani yang mengatakan, umat Islam masa kini, semakin jauh tersasar. Mereka hanya berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang sesuai, mereka ambil, jika tidak, mereka sisihkan.

Saya ingatkan pimpinan negeri Kelantan, sebagai pemimpin umat Islam hari ini, hendaklah berhati-hati dalam memimpin anak buahnya agar jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat. Mereka hendaklah takut kepada Allah SWT. Bacalah surah Ibrahim : 21-22, Al-Ghafir : 47-48, dan As-Saba’ : 31-33. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat ke jalan benar dan hak, bukannya batil.

Bagaimanakah kita sebagai satu umat itu boleh maju ke hadapan, apa tah lagi boleh memimpin umat Islam, jika kita asyik berpecah belah sesama sendiri? Saling bermusuhan dalam perkara titik bengik dan hilang pertimbangan, kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan dan ajaran masing-masing.

Kenapa dengan bukan Islam kita begitu berlembut, sedangkan sudah jelas mereka menentang Islam? Apakah kita menjangka mereka akan memeluk Islam dengan menggadaikan prinsip dan maruah? Tidakkah boleh dibezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi?

Saya masih ingat ketika mengikuti kuliah-kuliah Pas dahulu, bertepuk tangan itu dalam majlis seolah-olah haram. Hari ini mereka terlebih bertepuk daripada Umno sendiri.  Apakah makna semua ini? Itupun mereka masih terus menuding jari kepada Umno tanpa mahu muhasabah kepada diri sendiri?

Kesimpulannya, mereka yang saya perkatakan ini sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu atau rakyat marhaen. Mereka tidak dapat membezakan antara ajaran tok guru dengan ajaran Islam yang sebenar. Semua yang dilakukan oleh tok guru, seolah-olah maksum.

Saidina Abu Bakar RA memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah. Pada peringkat individu, mereka sepatutnya melakukan amar maaruf nahi mungkar. Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya. Begitulah dalam konteks negeri Kelantan.

Rakyat Kelantan mesti dididik untuk berlapang dada dan bersikap terbuka menerima orang lain dan perbezaan yang wujud. Kita tidak mahu mendengar lagi ada yang sanggup bakar stadium dan trak polis hanya kerana kalah dalam permainan bola sepak. Ini bukan lagi taksub tetapi telah diserang dengan virus Permanent Head Damage  (PHD). Tidak dinafikan saya agak sedikit beremosi ketika wacana itu, tetapi saya tidak berada dalam kelompok PHD.

Saya mungkin akan dikutuk dan diserang lagi selepas ini seperti yang dilakukan dalam you tube Wacana tersebut, yang sedang tersebar dan hangat diperkatakan. Tetapi saya mengambil sikap tidak kisah. Puak-puak fanatik dan taksub ini boleh berkata apa sahaja tentang diri saya. Saya tidak perduli apa yang manusia mahu kata. Saya lebih peduli kepada apa yang Allah kata.

Jika ada kesempatan, mungkin saya akan pergi lagi ke Kelantan, untuk melihat telatah-telatah PHD ini. Mudah-mudahan dengan tersiarnya artikel ini, pihak kepemimpinan negeri Kelantan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan dan mengatasi masalah kefanatikan dan PHD di kalangan pengikut-pengikutnya.

Jika tidak, tag line “membangunkan bersama Islam” yang menjadi pegangannya, hanya akan tinggal menjadi kata-kata yang enak didengar, tetapi tidak ke mana-mana. Pakailah serban dan kopiah sebesar manapun, tidak ada maknanya, jika akhlak kita tidak mencerminkan sunnah yang sebenar. Pendek kata, jika kita ingin membangun bersama Islam, pastikan di dalam kopiah dan serban itu tidak bersarang PHD. Jauhilah sifat fanatik dan taksub.

77 comments:

Anonymous said...

Yang RT asyik hentam Cina ultra kiasu, saekligus PKR,dan Tok Guru Nik dan membela segala yanag dikatakn Melayu, buknkh inijug fntik dan tksub nmny?

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan kenyataan prof terhadap sikap fanatik dan taksub sebahagian pengikut ajaran kepartian. Islam sememangnya indah dan memberikan kebahgiaan, ketenangan kepada penganutnya tetapi menjadi hodoh, berserabut dan kacau bilau oleh sikap mereka. Tetap dan teguhkan pendirian prof, yang hak akan terserlah dan yang batil akan tenggelam.

Che Sue said...

Assalamualaikum wbt.

Saya harap Dr jangan bersedih, marilah kita sama-sama cuba membuka mata manusia-manusia yang bersifat fanatik dan taksub ini. Insyaallah Allah akan membantu kita. Saya akan sentiasa menyokong Dr.

Kadsekeping said...

Tahniah atas artikel ini. Btul2 membuka minda kepada sesiapa yg berlapang dada.

P/s: typo/ayat xlengkap di perenggan 7 dari bawah baris yg bertama.

Anonymous said...

Dr.ini cuma pandangan saya.Selepas saya menyaksikan wacana perdana di kota bharu baru2 ini saya sungguh terkejut bia melihat tuan Dr. berhujah bagi mempertahankan suatu badan politik yang saya kira lebih 50 peratus rakyat Malaysia menolak setelah banyak perkara yang dilakukan selama memerintah negara ini lebih 50 tahun ini.

Anonymous said...

saya sememmangnya setuju dengan dr...saya ada pada mlm itu ...membuak rasanya hati melihat gelagat penyokong PAS...mereka anggap pendapat mereka mengenai Islam sahaja yang betul...sudah letih dengan taksub puak pas yang terkadang terlebih tidak berakhlak...

Anonymous said...

Tingkah laku sebahagian dari peserta itu boleh di jangka. Jenis yang dulu baring di atas jalan pakai jubah dan ketayap, menghalang kereta Raja Muda Perak lalu. Jenis yang akhlak sudah berteraburan. Seperti mereka yang ikuti demo Bersih 3.0, bila di sembur air dan gas pemedih mata, juga lari berkeliaran dan berteraburan.

Sayang. Mereka orang Islam, penganut parti yang mengakui mereka Islam. Tingkah laku sudah tidak Melayu Islam lagi.

Ini lah akibatnya bila di pimpin oleh Ulama yang kafir mengkafir, jahanam menjahanamkan sesama orang Islam, bersekongkol dengan kafirun yang membantah Hukum Islam Hudud yang mereka impikan. Orang yang sudah tak masuk akal lagi pendiriannya. Maka menjerit sana, menjerit sini lah mereka. Rosak masyarakat Islam di Malaysia ni di buat mereka.

Anonymous said...

yehh..aku first

kelate jati said...

Salam Prof., Sebagai seorang Anak Jati Kelantan (AJK) saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kebiadaban dan keterlaluan segelintir para pentaksub PAS di Kelantan baru2 ini.. Percayalah bila saya katakan bahawa sikap & sifat sebegitu BUKANLAH sikap & sifat orang Kelantan yang sebenarnya.. Ianya adalah kesan lansung daripada ajaran2 dan seruan2 melampau being instilled by some irresponsible "self-professed" so called Islamic leaders.. The followers just doesn't know any better.. we seek your kind indulgence so as to forgive the misbehavior of my fellow "orang Kelantan".. Again, for what it's worth.. We are so sorry for the unfortunate incident..

Mohon Prof. banyak2kan bersabar dengan tingkah laku dan tidak patah semangat kesan daripada sikap & sifat segelintir umat Islam Melayu tersebut. Please be advised that we, the majority of Muslim Malay in Malaysia, appreciate so highly your untiring efforts to unite and enlighten the Ummah.. Keep it Prof. and may Allah bless you at all times.. Aamiiinnn..

Anonymous said...

Sokong pendirian Professor "mengambil sikap tidak kisah" kapada apa mereka yang fanatik dan taksub itu kata di Internet.

Kita terus bidas mereka dengan harapan mereka sedar dan di lorong Allah SWT supaya tidak fanatik dan taksub di suatu masa nanti.

Anonymous said...

saya cuma ingin menegur sedikit. bukan perkara yng salah pun. cuma lebih baik jika sesuatu ayat itu tidak disebut berulang kali.

dalam wacana tersebut tuan telah menyebut ayat 'itu saja' lebih 10 kali sehingga membuat saya berfikir, "tuan ini tiada ayat lainkah?"

perkara kecil saja
sekadar berkongsi pendapat

kelate jati said...

Dear Fellow Malay Muslims, Adakah yg menjemput berlaku adil terhadap yg dijemput? Adakah beliau dijemput oleh Penganjur utk memberi pendapat atau sengaja dijemput utk dicaci maki & dimalukan secara tersusun? Hinggakan Moderator jg secara jelas sengaja mengeluarkan kenyataan2 sinis terhadap Prof. Ridhuan seolah2 sengaja utk menggamitkan lagi sorakkan & herdikkan para hadirin terhadap Prof. Ridhuan. ADAKAH PENGANJUR/MODERATOR TIDAK FAHAM AKAN MAKSUD PERKATAAN "MODERATOR"? DARI SUDUT MANAKAH SIKAP SEBEGINI BOLEH DIPANDANG ISLAMIC OLEH MANA2 PIHAK?

Apakah motif jemputan Penganjur? Adakah Penganjur ikhlas mencari titik persefahaman atau sekadar sbg medan utk menghangatkan persengketaan sesama Islam dgn membajai api kebencian sesama Islam?

PERSOALAN ASAS.. Kenapakah pemimpin/penyokong/moderator PAS seperti sgt memusuhi Prof. Ridhuan? Sedangkan, dalam tulisan2 beliau TIDAK mengutuk PAS/pimpinannya TAPI beliau secara KONSISTEN & LANTANG MENGUTUK & MENDEDAHKAN SIKAP ULTRA RASIS & KIASU CINA2 DAP..

Bukankah beliau yg lebih layak utk mengulas & mendedahkan sikap ultra rasis & kiasu Cina2 DAP daripada mana-mana pemimpin PAS? Adakah pemimpin PAS merasakan bhw mereka lebih kenal & arif berkenaan sikap & sifat SEBENAR Cina2 DAP?

Sejujurnya, aku amat terharu dgn kesungguhan seorg ilmuan Islam bangsa Cina bersungguh2 ingin mencari titik persefahaman antara sesama umat Islam Melayu. Sbg seorg berbangsa Cina, apakah keuntungan yang beliau akan perolehi drp kesungguhan usaha tersebut?

Wahai pimpinan/peyokong PAS.. Tanyalah pd diri & jawablah dgn sejujurnya.. Adakah Prof. Ridhuan sbg seorg bangsa Cina mempunyai APA2 KEPENTINGAN dlm/dgn UMNO? Apakah sedangkal itu pemikiran segelintir drp kita sehingga blh menganggap Prof. Ridhuan berbicara sbg/bg pihak UMNO? Adakah begitu sukar utk kita menerima hakikatnya bhw beliau berbicara bg pihak seluruh umat Islam M'sia?

Sejujurnya,aku berpendapat bahawa kita umat Islam Melayu MESTI ambil inspirasi drp kesungguhan Prof. Ridhuan, ilmuan Islam bangsa Cina, dlm usaha mencari titik perdamaian UMNO/PAS sebagai sumber ilham utk menyemarakkan semangat & kesungguhan baru dlm usaha mencari kesatuan dlm beragama demi menyelamatkan kepentingan umat Islam di M'sia demi agama, bangsa & negara.

Brothers & sisters, in our excitement & enthusiasm to fulfil our never ending hunger for knowledge and Truth, forget not, that there is only Truth and the Truth knows NO PERSON NOR PARTY, thus, let it be known that impartiality of thoughts and conviction remains the utmost prerequisite in our struggle & scuffle for knowledge and absolute Truth. Hence, I humbly & unpretentiously pray to Allah the Almighty that the soon coming PRU will NOT end up being a chilling tombstone of Malay Sovereignty & serving as a grim reminder of the irreversible adverse consequences to befall upon us resulting from our current senseless and irrational disunity of Ummah.. InsyaAllah..

Yakinlah bhw bila Hakikat difahami serta iktibar diamati.. maka, jln ilmu akan terbentang luas bg org2 beriman yg ikhlas dlm perjalanan mencari kebenaran & keredhaanNya yg hakiki..Sama2lah kita berdoa semoga Allah s.w.t masih sudi untuk mengurniakan petunjuk & hidayahNya serta mengangkat hijab yang mengaburi kefahaman kita semua.. Sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Pengetahui akan setiap sesuatu & mengurniakan petunjuk dan hidayahNya kpd sesiapa yang Dia redha.. InsyaAllah..

kelate jati said...

Anonymous 1:41 AM, July 02, 2012,

ARE YOU SO SURE THAT "LEBIH 50% RAKYAT MALAYSIA MENOLAK"..

REALITY CHECK FOR YOUR MISGUIDED MIND:-

DALAM ISU MENCARI KESEFAHAMAN UMNO-PAS.. KUAT BETUL KORANG SPIN.. PAS BANYAK KALI MAIN WAYANG BAB NI.. DALILNYA : 1) HADI KATA NAK KERAJAAN PERPADUAN DGN UMNO & UMNO KATA MEREKA TERBUKA UTK BINCANG.. TAPI BILA NIK AZIZ SANGGAH TERUS HADI UBAH PENDIRIAN.. 2) LEPAS TU BILA NIK AZIZ CADANG MUZAKARAH DGN UMNO & UMNO SEKALI LAGI SAMBUT BAIK.. TAPI HADI PULA SANGGAH & NIK AZIZ TERUS UBAH PENDIRIAN..

PAS SENTIASA MAIN TARIK TALI DALAM SOAL PERDAMAIAN UMNO-PAS.. DAN SETIAP KALI PAS LAKUKAN MAIN WAYANG INI DALAM NADA YG SGT RIAK & BONGKAK.. KONON NAK BAGI RAKYAT MCM KO RASA UMNO TERHEGEH2 NAK KAWAN DGN PAS.. KALAU DAH RASA HEBAT SGT TAK PAYAH LAH NAK CADANG2 ITU INI.. LEPAS TU TARIK BALIK..

WALAUPUN PAS MAINKAN WAYANG NI DAH BANYAK KALI.. UMNO TAK PERNAH BERDOLAK DALIK DAN KEKALKAN SIKAP TERBUKA DALAM SOAL NI.. WALAUPUN HAKIKATNYA, UMNO SEBENARNYA TAK PERLU UTK LAYAN WAYANG2 PAS TU KERANA UMNO TIDAK LEMAH & TAK PERLUKAN PAS PUN.. TAPI SIKAP TERBUKA DIKEKAL OLEH UMNO DEMI KEBAIKKAN UMMAH KESELURUHAN..

HAKIKAT YANG PERIT UTK KORANG TERIMA IALAH..

DALAM MASA YG KORANG SANGKAKAN BN LEMAH.. UMNO TETAP PEGANG 80 KERUSI PARLIMEN.. BETUL KE UMNO LEMAH..??

DALAM MASA YG KORANG SANGKAKAN PAKATAN KUAT.. PAS CUMA PEGANG 23 KERUSI PARLIMEN (ITUPUN PENCAPAIAN TERBAIK SETAKAT NI).. BETUL KE PAS KUAT..??

YG LEBIH PERIT LAGI...

SELURUH KERUSI PAKATAN (DAP+PKR+PAS) = 31+21+23=75
SO.. BETUL KE PAKATAN KUAT..??

NAK TIPU SAPA..?? DIRI SENDIRI..?? ATAU NAK MENYEDAPKAN HATI KORANG SHJ.. HAHAHAHAHAHAHAHAHA..

STILL THINK THAT .. "LEBIH 50% RAKYAT MALAYSIA MENOLAK"..???????

Anonymous said...

11:44 PM,

Yang RT asyik hentam Cina ultra kiasu, saekligus PKR,dan Tok Guru Nik dan membela segala yanag dikatakn Melayu, itu memang tepat, mcm buku sama ruas nmny.

Awat hang tak sebut DAP? Hang ultra kiasu DAP ka?

Anonymous said...

semoga prof bersabar . itulah realiti keadaan masyrakat melayu muslim yang taksub dengan ideologi politiknya. apabila hati telah mati maka sukar untuk melihat kebenaran. semoga Allah memberi hidayah dan tidak mematikan hati kita semua.

Anonymous said...

1:41 AM,

Itu memang "cuma pandangan (anda)". Pandangan kusut dan tak masuk akal.

Mana masuk akal menohmah "lebih 50 peratus rakyat Malaysia menolak" parti "yang memerintah negara ini lebih 50 tahun ini". Kalau menolak, takkan masih merintah, sekarang dah 55 tahun. Anda "kira" pun tak reti, mcm mana nak caya apa anda cakap.

Sebulan lalu suatu syarikat pengkaji yang bebas (pengasas nya di Hong Kong) telah membuat penyelidekan dan kajian mendalam, meramalkan BN sekurang kurangnya akan mendapat 137 kerusi Parlimen yang di pegangnya sekarang. Masih ada lk setahun lagi dan DS Najib berkerja kuat mengambil hati pengundi. Saya fikir (tak boleh nak "kira") BN boleh dapat 2/3 kerusi Parlimen.

Anonymous said...

Well done, kelate jati. Saya pun amiiinkan juga kata kata Sdr.

Anonymous said...

kelate jati,

Saya sokong juga komen Sdr yang lain lain itu. Syabas, ada yang berfikiran waras, penuh tanggung jawab, cuba mendirikan kebenaran, seperti yang Sdr buat. Saya do'akan panjang umur, murah rezeki dan selamat selama lamanya.

Sedap dan gembira dengar suara seperti Sdr punya.

Anonymous said...

Kalau ada 2 orang kawan atara cina muslim ngan kelate melayu, aq pilih cina muslim... Sebab kelate berpuak2 pemikiran taksub... Pergi disko tiap2 hari.. Tapi ceramah kat member macam mulia, puak kelate lalu member baik ditinggal kan je, makan kat tempat kaum dia ... Tak kira laa sebesar hj hassan ayam kampung hinggala gerai kecik nasi kerabu ... Perangai berlagak... Takbur ... Pengotor....Peramah tapi berpuak... Ubah perangai laa baru... Rakyat sokong

Anonymous said...

Assalamualaikum PM Dr Ridhuan,

Pertamanya tentang Forum tersebut, sepatutnya rakyat kelantan khususnya dari Ahli PAS patut berasa malu dengan cara mereka melayan PM DR Ridhuan dan juga Ustadz Fathul Bari. Jika inilah konsep "Islam" atau turun tarafnya "berkebajikan" yang hendak dibawa, maka bukan sekadar hancur negara ini jikalau mereka memerintah tetapi hancur juga agama kita.

Secara ikhlas, saya juga berharap PM Dr lebih banyak bersabar dan kurang beremosi, kerana dibandingkan dengan UFB dari sudut kesenioran di pentas ceramah dan forum, PM Dr sepatutnya lebih pandai mengawal "crowd" apatah lagi yang brsifat "hooligan" seperti yang dialami oleh PM Dr. Easy to say than to practise, tapi hakikatnya di masa akan datang, saya berharap PM Dr beroleh kekuatan berucap di pentas2 lawan. Walaupun saya tidak bersetuju dengan Astora Jabat dari segi aqidah dan pemahamannya, tetapi jikalau tuan perhatikan, akhirnya dia mampu mengawal crowd lawan. Seorang lagi yang mampu berucap di pentas alwan adalah Dato Ahmad Shabery Cheek.

Saya kurang yakin Dr Asri kalau berada di tempat2 lawannya (spt di hadapan penyokong setia Azhar Idrus, atau Zamihan)boleh mengawal emosi. Anwar Ibrahim mungkin terus cancel untuk hadir, Dr Fazli mungkin terpksa keluar merangkak dari forum anjuran MTRK ataupun Perkasa Kelantan.

Moderator temph hari Amin idris adalah bekas pimpinan yang ditarbiyyah PAS di kampus UIA. jadi, PM Dr lihatlah mana2 sahaja ceruk yang ada label ugama, puak2 ini akan menyelitkan bekas2 pimpinan mereka dengan hasil kerajaan. Namakan Pejabat ugama, pejabat zakat, bank2 yg berbau islam, tv islam yang diperkenalkan oleh kerajaan, mereka akan tempelkan puak2 mereka.

Tapi tanyakan kepada mereka ini, berapa efisiankah pejabat zakat untuk selamatkan umat Islam dari kemiskinan dan tergeleincir aqidah? Berapa baguskah TV Islam berbanding TV bukan islam? Berapa "tidak riba" dan "tidak menindas" serta "halal" bank2 berbau Islam ini?

Inilah masa depan negara kita jikalau diberi kepada puak2 seperti ini. Memerintah negara tidak sama dengan berkuliah subuh, hasilnya selepas 22 thn memerintah kelantan hatta masjid pun cuma 3 biji terbina, infsrastruk lain.. minta maafla..Maksiat? Pemenang dewi remaja pun Kelantan yang supply..

Anonymous said...

Ini sebenarnya apa yang dikatakan Assobiyah,teralalu taksub kapada kumpulan sehingga tidak dapat membeza apa yang haqq dengan yang bathil.

PEMBANGKANG-DAP said...

Benar "Fanatik .. pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan." Tapi di Malaysia ini fanatik juga merangkumi ahli dan penyokong parti parti politik yang bermatian matian mengatakan mereka sahaja yang betul, orang lain semua salah.

Termasuk Karpal Singh yang bermati matian kata tak mahu Hukum Hudud, "langkah mayat aku dulu", katanya. Di laung juga dek Lim Guan Eng beberapa hari yang lalu, mengatakan DAP tak mahu terima Hudud.

Antara PAS dan DAP itu tak tahu mana satu yang fanatik, atau mungkin ke dua duanya sekali. Kamus DBP kata fanatik itu "pendirian yang amat kuat". Kalau dah tak boleh terima, masih di laungkan sampai mati, bukan kah itu fanatik? Pada hal Hudud tidak ada di sebut di dalam Al Qur'an. Pulak ada yang bantah sampai mati.

Saya tak kisah depa nak fanatik sampai mati tapi saya heran mengapa depa sekongkol sebantal kalau tak setuju dalam perkara asas sehngga bermati matian. Macam ini kah yang di namakan Pakatan Rakyat? Macam ini kah yang nak merintah sampai ke Putrajaya? Mana boleh merintah jika asyik bertelagah dalam pendirian asas, dalam perkara fundamental, tak habis habis. Nanti depa buat keputusan, tak lama tukaq sebab bertelingkah tengah jalan, macam mana rakyat? Jadi mangsa ka kita?

Bukan saja fasal Hudud depa tak sama pendirian. Fasal siapa jadi PM kalau depa sampai ke Putrajaya pun beza berbatu pendirian depa. DAP sokong Anwar jadi PM sebab Anwar calonkan Lim Kit Siang sebagai TPM. PAS tak sokong pun, malah kata siapa jadi PM antara depa boleh bincang bila dah sampai ke Putrajaya. Boleh kita undi ka depa yang macam itu, yang tak boleh setuju antara depa perkara perkara mustahak, fasal siapa jadi PM pun? Jahanam lah kita kalau depa sampai ke Putrajaya.

PAS dah kata tengok PRU13 siapa dapat lebih kerusi antara depa. Kalau PAS dapat lebih dari yang lain, depa mahukan jawatan PM tu. Jadi, bergaduh tak habis habis lah depa fasal siapa jadi PM pun. Apa hal pun, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng tak boleh jadi PM. Sebab Nik Aziz dah kata mesti orang Islam. Takkan LKS atau LGE mahu potong.

Thanatos said...

Golongan2 PHD ni memang boleh kata hampir mustahil untuk kita ubah cara pemikiran dan penerimaan mereka. Golongan2 ni juga la yang jadi batu loncatan kpd org2 yg berkepentingan, iaitu golongan2 kiasu.

My mother used to say stupid people should die. I thought "that's so wrong", but now I know what she means.

Anonymous said...

Pasal PAS pula. besok entah heboh apa cerita? alah. masuk gelanganglah sendiri dan bertarunglah sebagai jantan. pasti ramai yang sokong. ha..lagipun PRU dah dekat. ruang dan peluang dah ada. apa lagi. kalau dah menang nanti hantamlah PAS ke, DAP ke, Umno ke kat parlimen.sukahatilah.

aku said...

salam DRT/semua,
itulah perangai kebanyakan org2 Kelantan..tak boleh salahkan mereka 100%...di orang ni kebanyakan mundur/tak berpelajaran tinggi..tak terdedah pada dunia luar...dunia mereka hanyalah setakat dalam negeri Kelantan..itu yang pemimpin2 PAS suka..bila rakyat mereka tak cerdik, senang nak cucuk hidung....wife saya yang org Kelantan pun menyampah dan rasa malu dengan org kampung sendiri...bak kata DRT...menang bersorak, kampung tergadai...sabar je la...
TQ

aku said...

salam DRT,

Saya bangga dengan UFB dan DRT..hujah2 anda professional..saya kagum..kenapa saya tidak akda kekuatan seperti itu..tak seperti exco tu...awal2 lagi dah hentam UMNO/kerajaan..itu lah tahap pemikiran mereka..Sekali lagi saya bangga dengan anda berdua..last year DRT datang pejabat saya kat menara MRCB tapi masa tu saya out station...sedih. Akhir sekali...tahniah..
TQ

Anonymous said...

sangat menyedihkan dan memalukan bagi saudara seorang mualaf mampu menunjukkan sifat2x seorang islam terpuji daripada orang melayu yang lahir terus menjadi islam..

Anonymous said...

"Mereka hanya berpegang kepada pendapat pemimpin mereka."

Kalau pemimpin mereka itu bagus, tak mengapa. Ini mereka pun berperang antara tiga puak. Puak Erdogan, puak Ulama dan apa yang di panggil "Kuasa Ke3".

Puak Erdogan di bawah Khalid Samad di rasuk oleh Anwar Al Juburi telah berjaya pengaruhi perwakilan hingga gugurkan impian Negara Islam dan Hukum Hudud di Muktamar PAS Jun 2011. Puak Ulama tersengeh sengeh di masa itu, kemudian Nik Aziz pungut smula Hukum Hudud, di bantai dek Karpal Singh tak habis habis selepas itu.

Hadi Awang pulak pandai macam ular, kata dia bebas, tak menyebelah mana mana puak bila Negara Islam dan Hudud di baling berdentum di Muktamar itu.

Macam mana nak cakap pemimpin pemimpin mereka itu bagus? Macam mana nak cakap pengikut pengikut mereka yang hadzir di wacana itu bagus? Sudah tentu jenis yang tak semenggah, tak betul akhlak.

Anonymous said...

PHD pun PHD la dr..yg 'membesar'kan virus ni adalah UMNO. hingga kami dah tak kesah dunia nk buat ape. yang penting UMNO mesti lingkup..!!!
tapi hati-hati dr dalam melabel org.. bukan semua penonton mlm tu ada virus ni. sebahagian shj. sy pun malu dgn sebahagian tu. tp bila dr. mula provok dgn 'menyerang' seluruh isi dewan bahkan seluruh rakyat kelantan..ini kami tidak boleh terima!!
maaf dr.

RIDHUAN TEE said...

Assalam Anon 5.58. Jangan salah faham. Dalam para pertama saya sebut sebahagian, bukannya semua orang Kelate sebegitu. Cubalah beri saranan yang membina untuk membina ummah daripada menuding jari.

Anonymous said...

apapun jgn bersikap marahkan nyamuk habis kelambu dibakar..

Anonymous said...

bersabarlah DR..agar ALLAH merahmati usaha DR

TUAN MOHD NAZRI said...

Ujian dalam menegakkan kebenaran. Semoga terus sabar dan istiqomah. Para nabi dan sahabat telah melaluinya. Sekarang, giliran kita pula.

Anonymous said...

Salam..Orang yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertaqwa..RT kena belapang dada..Allah menilai apa yang kita lakukan..

Anonymous said...

Siapa dulu berdamai agaknya arab palastine dengan yahudi israel atau PAS dengan UMNO dulu? Tunggu tahun 3116 nanti.

aku said...

salam DRT/semua,
anon 5.58.
jgn terlalu beremosi..anda masih menuding jari pada UMNO lagi!! Anggap lah wujud nya UMNO di M'sia ni adalah ujian dari Tuhan pada diri kita/anda/PAS/org kelate yg jumud@taksub..ingat, jgn mudah menuding jari..muhasabah diri terlebih dahulu..adakah kita masih dalam kealpaan dengan asyik menyalahkan org lain..Cuba berlapang dada..terima teguran dgn terbuka...yang menghairankan saya seolah2nya UMNO itu lebih teramat salah dari kafir harbi DAP...sayang! Benda itu tak ada dalam fikiran anda..simpati saya pd anda (sedangkan UMNO itu saudara seIslam)

TQ

aku said...

salam DRT/semua,
anon 7.54.
Anda bersangka begitu pd DRT..pernahkah anda tujukan pepatah itu pada diri anda.

TQ

Anonymous said...

As salam,

Dr, memang begitulah sikap para fanatik Pakatan. Wacana sebegitu dikotorkan oleh sikap fanatik penyokong Pakatan. Dah macam Bersih 3.0 jadinya.

-CikguMuda-

NourelHousna said...

Assalamualaikum wbt

Tahniah kepada Dr kerana sudi menjadi panel jemputan dalam majlis wacana tersebut. Saya bukanlah orang yang layak untuk memberi kritikan namun saya terpanggil untuk melontarkan beberapa pandangan yang saya kira mungkin berguna untuk kita ambil sebagai muhasabah.

Sebelum itu, usahlah dilihat dengan terlalu besar masalah yang telah timbul tetapi lihatlah apakah pengajaran yang boleh diambil sebagai langkah berjaga-jaga di masa hadapan.

Saya berulangkali melihat rakaman wacana tersebut dan apa yang paling jelas saya nampak adalah masalah daripada Tuan Dr sendiri yang agak tidak jelas pendirian dan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan.

Masalah di kalangan hadirin sebagaimana yang kita maklum, mereka tidak memahami etika dan adab dalam majlis wacana. Saya tidak mahu tekankan disini kerana kita sudah maklum akan kesalahan mereka dan sememangnya sikap ini MESTI diubah jika mereka [sebahagian hadirin dalam majlis tersebut yang KURANG berakhlak] ingin melihat PAS terus melangkah ke Putrajaya seterusnya mengangkat Islam di arena dunia.

Tuan Dr, saya tertanya-tanya apakah isi utama yang Tuan Dr ingin sampaikan dalam wacana tersebut? Apakah isu perpaduan umat Islam?

Maaf saya bertanya begitu kerana saya lihat Tuan Dr tidak yakin dengan apa yang Tuan Dr ingin sampaikan. Jika isinya jelas dan solid, mengapa Dr agak tertekan apabila di'usik' sedikit oleh hadirin? Saya juga agak kabur akan peranan Tuan Dr sebagai wakil akademik dalam wacana tersebut.

Sejujurnya wakil akademik yang jelas saya lihat adalah Dr Asri. Tugas para akademik sebenarnya adalah sebagai pengemudi 'check and balance' dalam apa jua situasi dan keadaan. Mereka membetulkan apa yang salah tanpa mengira siapa dan status parti yang mereka kritik asalkan kebenaran dapat ditegakkan.

Saya cuba untuk memahami perasaan Tuan Dr berdasarkan latar belakang Tuan. Saya juga agak sensitif apabila melihat akhlak umat Islam yang ditunjukkan seperti dalam majlis tersebut. Namun, apa yang lebih penting, kita sendiri mesti membuka hati untuk menyokong kebenaran. Jika terus bermain dengan emosi, bagaimanakah umat Islam ingin bangkit dan berubah?

Maaf saya katakan kerana apabila membaca artikel Tuan Dr ini telah membenarkan apa yang saya jangkakan. Saya kurang nampak isu yang Tuan ingin sampaikan dan Tuan lebih menumpukan pada masalah yang berkaitan emosi. Lebih molek sekiranya Tuan bersikap memohon maaf secara terbuka dalam artikel ini dan jelaskan dengan lebih mendalam apa yang Tuan Dr ingin sampaikan sebenarnya dalam wacana tersebut.

Salah mereka, kita perbetulkan dan salah sendiri kita akui dan perbetulkan. Bukankah itu sikap Mukmin yang sebenar?

Akhir sekali, apabila berakhir wacana, kita diberi pilihan untuk membuat pilihan. Setelah dibentangkan pelbagai idea dan pemikiran, terserahlah pada individu untuk memilih. Tiada pilihan sebenarnya untuk memilih pihak yang tidak benar sebagaimana kita tiada pilihan untuk memilih jalan ke neraka melainkan apabila menurut nafsu dan ego sendiri.

Semoga dengan sedikit pandangan ini, dapat kita ambil sebagai pengajaran dan berubah kearah yang lebih baik. Mukmin yang baik tidak akan melakukan kesalahan yang sama berulangkali.

Semoga Tuan Dr terus diberi kekuatan untuk berdakwah dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Astaghfirullahal 'azim.

Wassalam.

Anonymous said...

Brother 12:38 PM, July 03, 2012

Habis tu mu dok nengok ustad olor dalam semok PAS, beri hujah2 dendam kesumat tah hape benda tu??Masa akhir2 tu ada pulak cakap kita mesti selesaikan isu bukan bertekak, padahal Ustaz PAS tu la yg menyimpang dari tajuk..ptuih busuk punya pencacai PAS cakap macam pariah..Akhlak wakil UMNO lagi baik..NAK tergelak dengar DR.MAZA ckp rakyat Kelantan mengamalkan politik yg matang. hahaha

Anonymous said...

saya sbg org kelantan, sikap pimpipan pas sbnrnya amat mudah di baca. pglmn brkerja dgn puak2 nie sdkt sbnyk melunturkn sifat taksub yg ada dlm diri saya. suatu masa dulu saya jg tergolong dlm mereka yg taksub, tidak terima pndapat org lain, kenegerian, ironinya mereka selalu menyelar prkataan nasionalis/kebangsaan sbg suatu sifat assabiyah, ttp hakikatnya puak2 nie lbh assabiyah dr yg mereka tuduh. semoga Allah selamatkn kita di dunia & akhirat....

Anonymous said...

Tok Guru dan segala ostad-2 pas dah berpuluh tahun menanam sifat demikian kpd pengikutnya. Kalau ada pengikut yg buat salah atau melakukan perkara yang bertentangan dgn agama pun, pemimpin mereka diamkan, hanya kerana takut kehilangan sokongan atau undi. kalau macam ni, sampai bila2 pun penyokong pas tak akan berubah, malah jauh lebih sesat dan menyesatkan (nauzubillah). Mereka didik supaya mendengar dan setuju dgn ostad dan lebai pas sahaja, lain2 org walau setinggi mana hikmah dan ilmu, tidak akan didengari. Yang salah disini sebenarnya ialah ostad2 dan pak lebai pas termasuk mursyidolnya. Tunggulah janji Allah di mahsyar untuk mula mengaku kesilapan... tapi dah terlambat.

Anonymous said...

Ya, selain dari menunjukkan betapa taksubnya penyokong Pas, satu lagi tujuan artikel ini adalah untuk membuktikan betapa TIDAK BERSEDIANYA mereka untuk menerima secara sihat dan rasional apa yang mereka duk cabar pemimpin2 Umno iaitu DEBAT.

Macam itu yang dikatakan rakyat yang sudah matang ?

Anonymous said...

pakai serban, besar-besar,
serban besar, tapi kosong,
terlalu taksub, sampai tersasar,
Otak beku, akal terpesong,

aku said...

salam DRT/semua,
Kpd NourelHousna,

-Mungkin anda tak pernah baca Mingguan Malaysia kot..(setiap Ahad), maka anda tak dapat mengagak hati budi DRT..(atau Haprakdaily sebagai sumber utama)
-mungkin anda patut terlebih dahulu perbetulkan/tarbiyah sesetengah adab/akhlak penonton pada ketika forum tersebut..mereka ingat ni perlawanan bola kot.
-terima kasih kerana sudi menaip panjang lebar..he..he..pada saya,apa jenis tetamu sekalipun, perlulah kita hormat..
TQ

hanan said...

Assalam Prof Dr RT, semoga Allah sentiasa bersamamu dlm memperjuangkan Islam Ad-deen.

memetik kata2 seorang yg dikagumi

Sahabat yang ikhlas akan menasihati kelemahan sahabatnya dan orang yang ada kepentingan dunia sentiasa akan melobi, mengampu dan memuji walaupun hanya kerana ingin mengambil hati...sedangkan hatinya mengeji perbuatannya... Nasihat yang baik tidak sama dengan meng`aibkannya.. Parti politik yang lantang mengkritik orang secara terbuka juga perlu ditegur dengan dikritik secara terbuka kerana biasanya orang yang hebat dan terkenal tidak akan mendengar bisikan orang2 yang lemah.

To add growth, lead followers. To multiply performance, lead leaders. Segalanya bermula dengan tarbiyyah. Teruskan usaha!!

Anonymous said...

Puak-puak tu sah dah jadi Syiah Khawarij ....

Unknown said...

Sokongan terhadap Pas sudah menurun kerana faktor Anwar Ibrahim.Apa yang pasti Pr akan kalah teruk di dalam Pilihanraya kali ini.Tapi apa yang menggusarkan ialah akan berlaku suatu perkara yang besar slepas itu seperti apa yang mereka mahukan terjadi di Timur Tengah..malahan tidak mustahil akan berlaku juga rusuhan kaum yang kita semua tidak mahukan..semua ini haail perancangan licik Zionist Laknatullah dan tali barut mereka di Rand Corporation caw Malaysia

sang sepakat said...

Dr..Teruskan Dr..saya setuju dengan Dr.

sang sepakat said...

Dr..Teruskan Dr..saya setuju dengan Dr.

Anonymous said...

10:16 AM,

Mesjid besar yang di bina ikut reka bentuk Cina, Nik Aziz namakan Mesjid Cina. Kesian orang Kelantan yang berpuluh tahun harapkan dapat faedah dari PAS, mesjid pun di lebihkan kapada Cina. Pada hal Melayu majoriti amat besar di Kelantan. Nik Aziz tak kisah kat diorang.

Anonymous said...

NourelHousna,

Bagus lah anda kata "kita sudah maklum akan kesalahan mereka dan sememangnya sikap ini MESTI diubah jika mereka [sebahagian hadirin dalam majlis tersebut yang KURANG berakhlak]".

Jika mereka "ingin melihat PAS terus melangkah ke Putrajaya", anda perlu tulis bertalu talu, tujukan kata kata anda kapada mereka. Jika kurang akhlak seperti itu bagaimana mahu sampai ke Putrajaya. Mereka ahli atau penyokong berbeuat demikian menyebabkan rakyat lain muak dengan mereka, mungkin ada yang benci kapada PAS.

Bagaimana nak "seterusnya mengangkat Islam di arena dunia? Di Malaysia pun mereka tak dapat buat demikian. Hukum Hudud mereka di bantah bermati-matian oleh DAP. Rakan seperjuangan mereka, DAP tu.

Anonymous said...

NourelHousna,

Tugas para akademik sebenarnya bukan lah "sebagai pengemudi 'check and balance'", tapi adalah "menegakkan kenebanaran". Masalah selalunya ada lah "memutar belitkan kebenaran". Sehingga ada berbagai apa yang di namakan "fatwa" oleh Murshidur Nik Aziz - kafir mengkafir, jahanam menjahanam. Maka pengikut pengikutnya saya lihat sudah terbawa bawa. Sehingga tidak menghormatkan undang undang, adat resam seperti baring di jalan menghalang kereta Raja Muda Perak lalu, dan menjerit, menejk dsbnya yang anda sendiri akui akhlak tidak baik sebahagian para hadzirin Wancana itu.

Maka, dalam situasi begitu, bagaimana mahu menegakkan kebenaran? Bukan kah perlu di beri tahu mereka seperti itu supaya mnjaga akhlak mereka. Oleh para akademik juga. Dengan cara yang sesuai bagi nya. Mengikut keadaan. Untuk mendapat efek yang sepatutnya. Walau pun beremosi, bagi mencuba menentukan mereka dapat faham dan sedar apa yang di katakan kapada mereka. Terutamanya apabila pengacara tidak buat demikian bagi menentukan hadzirin bercakap dengan tertatur, beradab dan berakhlak baik.

Jika sebahagian hadzirin tidak beradab dan tidak menunjukkan akhlak yang baik, bagaimana ahli panel, termasuk ahli akademik, mahu "membetulkan apa yang salah tanpa" seperti yang anda kata?

Masalahnya juga ia lah apa yang di anggap kebenaran oleh sesorang itu berlainan dari yang lain. Bila berlaku demikian, bukan kah adat bagi kita sekurang kurangnya hormat apa yang para akademik katakan? Tidak semestinya setuju, asalkan jangan tunjukkan akhlak yang tidak baik. Bukan kah begitu?

Han said...

Saudara Ridhuan Tee,
Sesugguhnya saya amat sedih dan kecewa dgn gelagat para penonton dalam majlis begitu. .

Dan yang paling saya kecewa, para panel2 lain seperti tidak sedar mereka ditegur oleh saudara dan asyik berbalah sesama sendiri.

"bahaskan apa yg benar dan apa yg salah,
bukan siapa yang benar siapa yang salah"

Apa yang anda ucapkan di atas amat benar.

Saya berdoa semoga saudara diberi kekuatan untuk terus berdakwah dengan sebaiknya. Amin

Anonymous said...

sememang nya manusia sentiasa berada di dalam kerugian kan...kecuali mereka yg selalu berpesan kepada kebaikan dan kesabaran...

Anonymous said...

Saya dah tonton Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam yg berlansung dibalai islam kelantan itu dan saya ingin memberikan beberapa pandangan terhadap panel2 yg terlibat.

1.Panel yg pertama Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan),
Saya rasa awal2 lagi telah terkeluar dari tajuk perbincangan, hujah beliau sepanjang tempoh 7 minit pertama yg diperuntukkan adalah semata –mata mempromosi Pas dan memburukkan Umno. Tiada langsung disentuh tentang permasalahan dan masa depan islam dan yg paling menonjol apabila dia berkata Kelantan telah membuat satu rekod dimana pentadbirannya tiada rasuah (zero rasuah).Hujah tak berfakta spt ini sebenarnya memalukan diri sendiri,apakah beliau sengaja membutakankan mata tentang siasatan sprm keatas syarikat air kelantan dan yg terbaru tentang penyelewengan dinar emas?.

2. Ustaz Fathul Bari (ulamak muda Umno),
Saya perhatikan beliau memahami tajuk perbincangan dan cuba menyampaikan kpd audiens tentang pendapat2 beliau bersandarkan kpd hadith2 dan sunnah Rasul. Beliau agak terbuka kepada perbezaan pendapat. Beliau tidak berhujah atas dasar mempromosikan umno dan memburukkan pas tetapi membawa audiens menilai kembali pegangan masing2 adakah berasaskan ajaran islam sebenar atau sekadar taksub kpd puak sendiri. Beliau mengakui antara kedua pihak masing2 ada kekurangan dan perbincangan inilah yg diharapkan akan menemukan titik2 persamaan dan menghuraikan perbezaan agar umat islam dpt bersatu dan seterusnya menjadi umat yg kuat.

3. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Saya nampak beliau cuba menonjolkan diri sebagai seorang yg neutral dan cuba memberikan pendapat sebagai seorang yg tak berpihak walaubagaimana pun dalam secara sedar beliau ada juga membuat ungkapan2 yg bias dan sesetengahnya seperti menghasut. Yang paling nyata apabila beliau membuat contoh dan memuji tentang sikap rakyat dan kerajaan britain apabila melibatkan queen Elizebeth sehinggakan pembelian kapal layar peribadi Queen pun memerlukan persetujuan rakyat.Contoh yg dibawa oleh beliau mungkin baik utk perbandingan tetapi tidak perlulah mengeluarkan ungkapan Queen tidak mempunyai nombor plat yg cantik utk kenderaan kerana ia mempunyai nada yg menghasut dan memprovoke kebencian kpd Raja-Raja Melayu. Selain i itu saya rasa beliau ada sedikit perasaan riak apabila sentiasa mengulas kembali hadith2 yg diutarakan oleh Ustaz Fathul Bari dan cuba memberikan definasi yg berlainan.

4. Dr. Ridhuan Tee.
Saya sedar beliau menjadi sedikit emosional dan diakui oleh beliau sendiri lantaran sikap audiens
Yg tidak dapat mengawal diri. Sebagai seorang pensyarah akedamik beliau mungkin sudah terbiasa dgn pelajar2 di dewan kuliah yg tertib dan berdisiplin semasa menerima ilmu. Selain itu saya rasa beliau terlalu menghayati dan cuba menyampaikan semua ilmu dan pengalaman beliau terutamanya dlm permasalahan perpecahan umat islam diMsia ini. Keihklasan dan kesedihan beliau tentang masalah yg menimpa umat ini menimbulkan kesan emosi dan menjejas sedikit fokus semasa penyampaian hujah. Sebagai seorang pendakwah beliau sepatutnya sudah menjangka sebarang tindakbalas org2 yg tidak bersetuju dgn kita. Beliau sebenarnya telah melaksankan tugasnya sebagai pendakwah dgn cemerlang kerana tugas pendakwah hanya menyampaikan terpulanglah kpd audiens utk menerimanya. Sebab itulah beliau menyatakan satu perkataan berulangkali “ITU SAJA’.

Drpd Silent Majoriti.

anak beringin said...

Assalamualaikum...

Sebagai salah seorang daripada rakyat Kelantan walaupun berada di perantauan, mohon maaf di atas kejadian yang menimpa.

Berada di atas pentas yang silap, maka kesilapan jugalah yang akan diperolehi berbanding jika sekiranya berada di atas landasan atau pentas terbuka yang lapang.

Langkah terbaik adalah mendoakan mereka supaya mendapat kebaikan dan pencerahan...

anak beringin said...

Assalamualaikum...

Sebagai salah seorang daripada rakyat Kelantan walaupun berada di perantauan, mohon maaf di atas kejadian yang menimpa.

Berada di atas pentas yang silap, maka kesilapan jugalah yang akan diperolehi berbanding jika sekiranya berada di atas landasan atau pentas terbuka yang lapang.

Langkah terbaik adalah mendoakan mereka supaya mendapat kebaikan dan pencerahan...

islam1st said...

assalamualaikum tuan yang dikasihi semoga tuan dan keluarga dilimpahi rahmat Allah subhanawataala selalu hendaknya...membaca artikel tuan membuatkan saya terpanggil untuk berkomentar tentang budaya taksub membuta tuli yang rampant dalam barisan yang satu ini.
tulisan saya bertajuk 'Surah al Khafi dan jalan pintas ke syurga-surat terbuka kepada Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah', wallahualam...

Anonymous said...

Salam Sdr islam1st,

Saya melayar ke blog Sdr sebentar tadi dan dapati berisi baik.

Kalau boleh saya beri sedikit "constructive criticism" (hopefully):

Mungkin kalau di pendekkan tiap pos itu (jadikan 2-3 pos) boleh menarik lebih ramai pembaca dan pengkomen. Pos yang sederhana panjangnya, ada masa masanya mengguna skrip yang besar sedikit, perenggan perenggan yang sederhana panjangnya, seperti RT buat di blognya ini, dapat menarik pembaca supaya membaca berterusan sehingga habis.

Tetapi, jika Sdr tujukan penulisan Sdr kapada para akedemik atau mereka yang mahu mebuat kajian ilmiah, mereka akan membacanya sehingga habis walau bagaimana pun.

Kalau Sdr mahu tujukan kapada mereka yang mempunyai "budaya taksub membuta tuli yang rampant dalam barisan yang satu ini", saya fikir mereka jenis yang tidak ada "attention span" yang cukup. Saya setuju benar bahawa mereka perlu di nasihatkan supaya jangan membuta tuli dan saya fikir caranya ia lah dengan selalu di nasihatkan tetapi dengan tulisan, perenggan dan ayat yang tidak panjang sangat.

Saya tidak empunya blog, selalu menyokong RT dan saya fikir pendirian Sdr pun selari dengan dia. Saya keluarkan cadangan ini dengan ikhlas supaya lebih banyak blog yang berisi baik di kunjungi ramai dan lebih ramai yang membuta tuli itu membaca dengan sepenuhnya. Mudah mudahan di berkati Allah SWT. Wassalam.

islam1st said...

assalamualaikum anon, saya setuju, terima kasih dengan pandangan saudara, InsyaAllah akan saya laksanakan.

Anonymous said...

A/kum Sdr Ridwan Tee,
算了吧,対牛彈琴,別狂費心機了,這些人確實無藥可救!

Anonymous said...

Sdr R T,
算了吧,別狂費心機了,他們的確無藥可救。

Anonymous said...

Ni apekedarah ada yang masuk sini dengan bhasa Cina ni? Ultra kiasu amat sangat ke?

BM ada lah Bahasa Kebangsaan negara ini. Termaktub di Perkara 152 Perlembagaan.

Bahasa alternatif yang saya lihat ada di gunakan di blog ini ia lah Bahasa Inggeris. Bahasa antarabangsa yang di gunakan menyeluruh di dunia dan banyak di gunakan sejak zaman kolonial British hingga sekarang di negara ini. Apekehalnya dengan bahasa Cina pulak? Mahu jadikan ngara ini sebagai appendage kapada Republic of China kah?

Ada muslihat nak beri tahu kpd Professor Ridhuan secara rahsia kah? Tak hormatkan kpd peserta blog ini yang hampir kesemua gunakan BM ke? Biadap ke seperti Lim Guan Eng macam yang di tuduh dek Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, sebelom dia cabut keluar dari DAP?

Apa jenis maanusia macam ini. Dia tidak hormatkan Bahasa Kebangsaan dan Perlembagaan negara ini, dia sepatutnya berambus ke China atau di Australia atau Canada. Mungkin tak diterima di negara orang putih pun sebab kurang ajar cakap bahasa dia bila di hadapan orang lain.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan sesetengah pandangan dr.Dan menghormati dr sebagai orang yang ada menuntut ilmu.berdasarkan artikel ini tidak sepatutnya beranggapan bahawa rakyat kelantan bersifat fanatik yang jumud.menilai dalam sifat kenegrian adalah amat2 tidak tepat.beremosi dalam mempertahankan hujah kita salah satu ciri2 sifat fanatik yang jumud.kalau kita lihat di selangor,perak,melaka,johor terutamanyer dan seluruh malaysia amnyer setiap kali ceramah PAS sering kali digangu oleh samseng2 dari umno sehinga ada yg tercedera.adakah ini seluruh rakyat negeri tersebut fanatik dan kepimpinan negeri gagal mendidik seluruh rakyatnyer.janganlah kita merasa diri kita maksum.sy xnafikan sesetengah org di dalam dewan tersebut agak keterlaluan dan tidaklah sampai melampau.seperti menyekat royalti dan pembangunan untuk rakyat islam kelantan kerana tidak sependapat dengan umno dan memilih Pas ini lah yang dikatakan fanatik yang jumud dan berniat jahat.memaksa rakyat kelantan memilih umno barulah di beri royalti seperti terengganu.(ini lah sifat fanatik yang jumud dan fanatik yang jahat yang harus kita sama perangi).semua ulama-ulama yang suka menkafirkan orang didalam pas dahulu sudah meningalkan pas dan telah menyertai umno dan diberi jawatan yg agak lumayan.kita boleh lihat didalam utube mereka2 ini menkafirkan orang tanpa segan silu.dan dinamakan bekas penyokong pas,kenapa tidak dilabelkan dengan nama pegawai agama umno.cube kita tanya umat islam kita dimalaysia kita pada hari ini.dalam kehidupan kita seharian kita.halal kah makanan kita?berapa banyak kedai2 milik melayu islam,hatta kalu bangsa lain cuti sahaja dua hari..kalau ada kematian kena tunggu kedai bangsa lain buka baru boleh kebumikan sebab xde kain kafan..xde melayu yang jual..
jadi tokey kain.ini kah yang dinamakan kerajaan dan rakyat bagus dan tidak fanatik.fikir2kan lah.xkan kita nak salahkan bangsa lain kerana kita yang gagal dan bodoh dalam berfikir dan memilih pemimpin yang bodoh2 lagi bengap dan fanatik yang jumud.sehinggakn orang kawin lebih dipandang serong dan kuat nafsu.tetapi mereka yang simpan perempuan dan berzina dianggap mulia.janganlah kita cuba mewujudkan sentimen kebencian yang melampau terhadap rakyat kelantan.tetapi nilailah dengan secara jujur dengan berpandukan ilmu.JANGAN SALAHKAN YANG BODOH KERANA TIDAK TAHU.TETAPI SALAHKAN YANG PANDAI KERANA TIDAK MENGAJAR.

Anonymous said...

Bukan YANG BODOH KERANA TIDAK TAHU. TETAPI yang bodoh sebab mengikut politik yang bodoh. Contohnya membuat mesjid ikut reka bentuk Cina, namakan mesjid Cina. Tak masuk akal. Contoh lagi satu bersekongkol dengan DAP yang mahu jahanamkan impian Hukum Hudud PAS.

Anonymous said...

6:28 PM,

Bagus lah anda "xnafikan sesetengah org di dalam dewan tersebut agak keterlaluan", tapi mengata "tidaklah sampai melampau" tu pendapat anda sahaja, tidak mengikut pendapat orang lain.

Bukan "kerana tidak sependapat dengan umno", Mamat, tapi kerana tak ikut adat resam menghadziri ceramah atau wancana. Kalau "menjerit-jerit, mengejek" tidak kah "berniat jahat"? Kalau tidak mahu beri peluang orang bercakap, mengeluarkan pendapat yang berlainan dari mereka, bukan kah itu fanatik. Kamus DBP kata fanatik itu = kepercayaan yang amat kuat.

Boleh kasi tahu siapa "ulama-ulama yang suka menkafirkan orang didalam pas dahulu sudah meningalkan pas dan telah menyertai umno dan diberi jawatan yg agak lumayan"? Setahu saya yang kafir mengkafir itu hanya Nik Aziz.

"dalam utube" tu ulama ulama PAS yang cabut lari masuk UMNO ke?

Mengarut kamu cakap "kalu bangsa lain cuti sahaja dua hari..kalau ada kematian kena tunggu kedai bangsa lain buka baru boleh kebumikan sebab xde kain kafan". Hari Raya Cina bukan cuti 2 hari tutup kedai ke? Boleh beri tahu kes yang mati tak bertanam sebab takda kain kafan?

Apa daaaaa lu.

Anonymous said...

6:28 PM,

Jadi, hang pun salah juga sebab tak mengajar depa?

Anonymous said...

Anon 6.28pm,

Janganlah suka buat cerita2 tahyul tak berfakta.Ini memang perangai penganut2 pas kan?

Ayat tak boleh blah,'kalau kita lihat di selangor,perak,melaka,johor terutamanyer dan seluruh malaysia amnyer setiap kali ceramah PAS sering kali digangu oleh samseng2 dari umno sehinga ada yg tercedera'.Ini salah satu contoh fitnah yang tak ada bukti amalan pas dan penganut2nya.Perhatikan pemilihan perkataan 'setiap kali' walaupun kemungkinan besar cuma berlaku sekali saja(itupun tak ada bukti).

Yang mula2 mengkafirkan umno itu bukan ke hj hadi yang terkenal dengan amanat hadinya itu?Hidup lagi orang tua tu,takde pula masuk umno.Cuma segala 'fatwa' kafir mengkafirnya dulu sudah berbalik pada dirinya sendiri(ingat janji tuhan?).Semua yg dia tuduh umno buat dulu sekarang dia sendiri buat malah belebih2 lagi adanya.

Fatwanya sangat berjaya memecah-belahkan masyarakat Islam dimana penganut2 pas telah menganggap orang2 umno sebagai kafir sehingga berlaku solat 2 imam,masjid pas-masjid umno,keluarga berpecah-belah,suami-isteri bercerai-berai dan berbagai lagi malapetaka kpd umat Islam dan umat pas.Tahniah hj hadi.

Tentang cuti 2 hari kedai kafir tutup,orang Islam sampai tak makan,mayat tak bertanam sebab takde kain kafan sangat kelakar bunyinya.Mungkin anda tak pernah keluar dari negeri anda dan naif tentang keadaan di tempat2 lain.Sebab itu kenyataan macam katak bawah tempurung ini keluar hahaha.

Sepesen aje semua penganut2 pas ni.Bab hukum orang sana-sini,tuduh(fitnah)tanpa bukti,melebih2kan,menokok-tambah dan mengada2kan cerita,suka percaya pada fitnah dan khabar-angin,perasan dia saja alim(walhal jahil)serah aje pada penganut2 pas.Tipikal sungguh.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Dr.

Saya rasa tuan doktor kena tengok semula rakaman tersebut beberapa kali. (2,3 @ 5 kali.. masa yang benar2 tuan doktor lapang)
InsyaAllah ada sesuatu yang boleh tuan doktor dapat iktibar dan perbaiki.. InsyaAllah...

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Sdr Ridhuan Tee,
Izinkan,

Kami telah melihat dan mendengar di U-tube dan bersetuju dengan komentar sdr. ttang masa depan dan kedudukan orang Islam dinegara tercinta ini dari segi kuasa politik dan ekonomi..selepas PRU 13.

But if your meaning of PHD - Permanent Head Damage is used to define the 'fanatics' present at the forum...'gelap lah masa depan orang Melayu/Islam.'

Alfatihah, Amin

Ps. Kami berasa abbrv. "ABI' ( Aggravated Brain Injuries) lebih molek diguna untuk gulungan PHD itu.

Unknown said...

salamualaikum?? sy ada benda yg tak puas hati dalam forum tu. pada pendapat sy forum tu xsampai pon tajuk asal. yg mana tajuk tu "pilihan raya 13, masa depan Islam". malangnya ahli panel pas menunding jari, ustaz n Dr maza plak sibuk bincang pasal kesahihan hasist2 ja. mana kala DR . plak xdiberi pluang untuk bckp sbb kena sorak.. moderator lak pon menyimpang.. peluang bg soalan untuk audien pun xkena pada masa depan Islam. Bagi sy bila ilmuan2 dpt berada meja bulat untuk bincnag pasal masa depan Islam sepatutnya kena bincang la pasal msa depan Islam.. contohnya, Kalau PAs menang nanti apa yg pas nk buat untuk selamatkan Islam, kalau Bn menang apa yg akan dibuat untuk Islam. pastu apa yg perlu parti2 ni buat untuk masa depan Islam,.. peranan Ust2 plak gtau la apa yg patut pemerintah buat untuk masa depan Islam. kita semua sudah maklum yg masyarakat Islam kt negara ni byk kena baiki... dr segi kejahilan, murtad, isu akidah, akhlak org2 Islam skng ni dan macam2 lg.. ekonomi plak apa yg akan terjadi bila lepas blaku plihan raya.. sepatutnya yg tu dibincnagkan.. ni mcm lari tajuk... kita semua sudah sedia maklum dngn masalah umat kt negara ni.. tu pon masih xleh pikir secara ilmiah lg.. sy hanya berkongsi bukan nk memburuk.. sy sygkan Islam.. diharapkan ada yg terasa mnx maap.. kalo ada yg takbaik sy tarik balik kata2.. dan seandainya ada kata2 baik dalam komen sy diminta masing2 amik pengajaran. tq

Anonymous said...

Salam tuan. Syabas tuan kerana bersabar dengan kerenah mereka2 yang taksub dan fanatik ini. Begitulah keadaannya sejak berpuluh tahun yang lepas, dan diburukkan lagi dengan sikap pemimpin negeri yang hanya pandai berpolitik.

Saya anak Kelantan tetapi saya bukan orang PAS.

Anonymous said...

Hang tak rasa hang sendiri tu altra fanatic ke?
Kalu kita sendirinya berasal Dan diciptakan Oleh sel-sel darah yg asalnya Ada DNA Babi, tak usah lah kita memburukkan burukkan kaum sendiri. Tak salad masuk Islam tuh DR. Yang salahnya ialah memburuk burukkan dan merendah rendahkan martabat orang lain. Hang tu manusia saja, bukannya tuhan.

Anonymous said...

die da jadi pengerusi wasatiyyah mmg la..na hentam pembangkang ja..lol

Anonymous said...

Assalamualaikum Tn Dr,
Slmt menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga segala amalan kita diterima olehNya, Amin...
Baru2 ini tn dr hadir sebagai ahli panel forum perdana bersama dr syarifah & ust fauzi di putrajaya. Agak mengejutkan sebagai pembuka bicara tn dr agak keras & telah mengelarkan'mangkuk' kepada penduduk setempat kerana tidak turun ke kemah utama. Apakah ini sifat sbg sorg daie? Dan yang paling penting apa agaknya tanggapan bukan islam yang berada di sekitar flat yang lebih dikenali sebagai 'flat hijau @ flat antarabangsa' Mujur la dr syarifah 'cover' ceramah pembukaan beliau dengan lebih santai. (dia pun cakap takut duduk sebelah)
Bagi pusingan kedua pla dah sedap2 ust fauzi bagi contoh layanan first class dalam kapal terbang untuk bekal para isteri buat contoh, tn dr smash kata layanan first class bole dapat kalau bayar mahal...
Tn Dr,
Dalam tv pun kadang2 tn dr macam nak naik angin (muka merah)terutama bila diskusi bersama orang politik, kenapa ye?
masa wacana perdana ke13 pun tn dr macam nak marah (siap berdiri)padahal ust fathul bari patut lebih tertekan tapi beliau relex. moderetor pun kena sebijik huhu...
p/s tn dr dah tgk ulangan wacana perdana ke blom??

mamamia1067 said...

Saya setuju dengan pandangan dan kenyataan Prof. Teruskan niat yang baik .