Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 23, 2012

Undang-undang lapok ada baiknya

6:47 AM Posted by RIDHUAN TEE 31 comments

(Sinar Harian 23 Jul 2012)

Artikel saya dalam sinar harian minggu lalu seolah-olah ada pertembungan. Peguam muda dalam kolum di bawah artikel saya mahukan undang-undang lapok tinggalan penjajah dihapuskan. Manakala, saya berpandangan, perlu ada pengganti kepada undang-undang tersebut, sebelum ianya dihapuskan, bagi mengelakkan vakum.  

Perlu ditegaskan, tidak semua undang-undang tinggalan penjajah itu lapok. Masih ada undang-undang yang masih relevan, termasuk perkara yang dibahaskan minggu lalu, mengenai ISA dan Akta Hasutan. Saya tidak nafikan bersifat agak negatif. Namun, adalah tidak wajar melihat sesuatu yang negatif dari perspektif negatif semata-mata.

Kadangkala kita perlu lihat sesuatu yang negatif dari perspektif yang positif. Begitulah sebaliknya, melihat sesuatu yang positif dari perspektif  yang negatif. Baharu kita akan lebih terbuka dan menjadi lebih berlapang dada.

Analogi saya begini. Makan babi itu adalah haram (negatif). Cuba lihat dari sudut positif kenapa pengharaman itu dibuat. Mesti ada kebaikannya, walaupun daging babi itu adalah antara daging yang paling sedap. Ingat! jangan pula ada umat Islam yang ingin merasanya. Saya hanya mencurahkan pengalaman sahaja. Begitu juga zina, seks bebas dan lain-lain itu, adalah sesuatu yang sedap dan nikmat atau boleh dikira sebagai positif. Lihat pula dari sudut implikasi negatifnya.

Analogi lain, sistem komunis yang terlalu mengongkong itu negatif. Cuba lihat dari sudut yang positif, bagaimana kerajaan China berjaya mengamalkan sistem ini. Ada teori mengatakan, untuk memerintah negara yang besar seperti ini memerlukan kepada sistem kuku besi, berbanding sistem demokrasi.   

Begitu juga dalam sistem demokrasi, kebebasan yang menjadi teras demokrasi itu adalah positif. Cuba lihat daripada sudut negative. Kehancuran sedang berlaku dalam masyarakat barat hari ini, akibat terlalu bebas, termasuk negara kita. Kita tidak boleh terima semua kebebasan atas nama demokrasi, seperti untuk menghalalkan LGBT.

Sebab itulah, Islam datang sebagai penyelamat dengan sistemnya sendiri. Sistem Islam menggabungkan kedua-dua isme-isme tersebut. Dalam Islam, ada kebebasan dan ada kongkongan atau paksaan. Begitu hebatnya agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT. Jika demokrasi meletakkan kebebasan itu segala-galanya, maka kebebasan dalam Islam ada batasnya. Kebebasan jangan sampai melanggar suruhan dan larangan Allah SWT.

Begitu juga dalam konteks kongkongan dan paksaan. Ia boleh dilakukan demi menyelamatkan manusia daripada azab Allah SWT. Kebebasan dan ketaatan mestilah berteraskan kepada al-Quran dan Hadis. Misalnya, sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehkah mereka yang tidak berpuasa dengan sengaja dihukum? Jawabnya, sudah tentu boleh! demi untuk menyelamatkannya. Namun, peringatan dan proses tarbiyyah berjalan terlebih dahulu.

Mungkin ada yang beranggapan berpuasa itu adalah sesuatu yang negatif kerana terpaksa meninggalkan makan dan minum. Lihatlah dari sudut yang positif. Nikmatnya mereka yang berpuasa dan ganjaran yang akan diperolehi. Sebab itu, adalah tidak wajar melihat sesuatu yang negatif dengan kaca mata negatif sahaja. Begitu juga perkara yang positif dengan kaca mata positif sahaja. 

Negara kita bernasib baik, kerana penjajah British meletakkan kedudukan Islam di tempat yang tinggi dalam perlembagaan. Bayangkan jika kedudukan dan keistimewaan Islam tidak ada langsung dalam perlembagaan, apakah akan terjadi dengan umat Islam (orang Melayu) di negara kita? Bandingkan dengan negara Indonesia, kedudukan Islam, langsung tidak terdarjat. Akhirnya, negara yang seratus peratus Islam, hari ini semakin berkurang dan berkurang. Tidak mustahil suatu hari nanti, jumlahnya akan terus menurun.

Sama juga peruntukan perlembagaan membenarkan umat Islam menggunakan dana negara bagi membina rumah ibadat, institusi Islam, menyebarkan syiar Islam dan sebagainya. Jika ditakdirkan peruntukan ini tidak ada, apakah akan jadi dengan kedudukan Islam. Berapa masjid atau surau yang boleh atau mampu kita bina dalam keadaan umat Islam tidak ada kekuatan ekonomi? Saya tidak nafikan ada juga dermawan yang membantu membina masjid dan surau, tetapi bilangannya masih sedikit.

Itupun dalam keadaan adanya peruntukan ini, rumah ibadat bukan Islam terus tumbuh seperti cendawan selepas hujan banyaknya berbanding dengan rumah ibadat umat Islam. Walaupun peruntukan itu ada, tetapi kita masih tidak menggunakan sepenuhnya atas nama toleransi dalam masyarakat berbilang kaum.

Keadaan menjadi lebih gawat, apabila hari ini orang bukan Islam turut menuntut peruntukan pembinaan rumah ibadat daripada kerajaan. Mungkin ada yang akan berhujah, mereka perlu dibantu kerana Islam membenarkannya. Benar, kita perlu bantu. Tetapi jika tidak bantu sekalipun, tidak salah, kerana ia tidak termaktub dalam perlembagaan. Namun, atas nama Islam dan toleransi, kerajaan terus membantu.

Begitu juga kedudukan hak istimewa orang Melayu. Bayangkan jika peruntukan ini tidak ada. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu? Dalam keadaan peruntukan ini sedia adapun, kedudukan orang Melayu masih lagi tidak terdarjat.

Setelah timbang tara, ada juga baiknya penjajah ini. Sebelum meninggalkan negara ini, mereka sediakan sesuatu yang berpihak kepada Islam dan orang Islam. Kedudukan dan keistimewaan ini dilindungi melalui akta-kata yang dikatakan lapok itu.

Sebab itu janganlah dengan mudah mengatakan sesuatu itu telah lapok, kerana tidak semestinya yang lapok itu tidak berguna. Saya masih teringat kepada pepatah Melayu, tak ada rotan, akar pun jadi. Hari ini, dalam keadaan semuanya itu sudah termaktub dalam perlembagaan dan ada undang-undang untuk mengawal, kedudukan istimewa itu masih lagi dipermainkan. Bayangkan jika perkara ini tidak disebutkan langsung. Apa yang telah dan akan terjadi? Justeru, janganlah terlalu terburu-buru melihat sesuatu perkara itu lapok kerana ia mungkin berguna dalam keadaan tertentu.

31 comments:

Admin said...

SAYA SETUJU DGN TULISAN DR.

Anonymous said...

Banyak undang undang zaman kuno pun masih berlaku lagi sekarang. Undang undang bukan saja yang bertulis tetapi termasuk juga yang tidak bertulis. Undang undang adat (customary laws) ada yang tidak bertulis, ada yang begitu berpengaruh dalam tamadun maanusia sehingga di tulis bila muncul kanon negara dalam sejarah.

Masalah nya timbul bila ada gerombolan yang bertabi'at janggal. Dari segi kepentingan peribadi atau pendirian politik. Maka keluarlah kata kata dari yang mengaku mereka pemimpin, kononnya. Mahukan LBGT, umpamanya, di pertahankan. Mengarut itu semua.

Anonymous said...

Undang undang aga sudah beribu tahun. Agama Hindu di katakan satu daripada yang tertua di dunia ini. Agama Yahudi sudah lebih 3,000 tahun.

Hindu mengharamkan daging lembu. Yahudi mengharamkam babi. Begitu juga Islam. Islam mengharamkannya dari segi kesihatan. Ada penyakit berpunca dari daging babi di masa Islam muncul di dunia.

Undang undang agama seperti itu semua tidak lapok. Walau pun tahap kemajuan sains sudah begitu tinggi sekarang, siapa berani berkata makan babi boleh antara ummat Islam atau ummat Yahudi. Begitu juga makan daging lembu di kalangan penganut agama Hindu.

Baik tak baiknya boleh di lihat dari hal agama agama itu telah ada sejak beribu tahun.

Minat politik dan sejarah said...

Assalamualaikum Dr. Selamat menjalani ibadah PUASA 2012. Tahniah.......kerana sudah berwajah baharu. Kan.......lebih menarik dan tersusun...............blog niiiiiiii
C u soonnnnnnnn.

Anonymous said...

Prof,

Salam Ramadan Karim!

Saya memohon izin untuk memberikan sedikit gambaran berhubung kenyataan prof. berikut:
"Negara kita bernasib baik, kerana penjajah British meletakkan kedudukan Islam di tempat yang tinggi dalam perlembagaan. "

Menurut catitan sejarah pengubalan Perlembagaan Persekutuan, penjajah British (malahan raja-raja Melayu sendiri) asalnya tidak mahu meletakkan Islam sebagai agama resmi Persekutuan!

Hasil cadangan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan dan juga penegasan pemimpin Melayu yang berjiwa Islam (termasuk almarhum Tunku, ulama UMNO dan lain)barulah peruntukan Islam sebagai agama resmi dimasukkan dalam perlembagaan.

Penjelasan ini perlu supaya pembaca mempunyai gambaran sejarah yang lebih tepat.

Anonymous said...

Prof,

Salam Ramadan Karim!

Saya memohon izin untuk memberikan sedikit gambaran berhubung kenyataan prof. berikut:
"Negara kita bernasib baik, kerana penjajah British meletakkan kedudukan Islam di tempat yang tinggi dalam perlembagaan. "

Menurut catitan sejarah pengubalan Perlembagaan Persekutuan, penjajah British (malahan raja-raja Melayu sendiri) asalnya tidak mahu meletakkan Islam sebagai agama resmi Persekutuan!

Hasil cadangan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan dan juga penegasan pemimpin Melayu yang berjiwa Islam (termasuk almarhum Tunku, ulama UMNO dan lain)barulah peruntukan Islam sebagai agama resmi dimasukkan dalam perlembagaan.

Penjelasan ini perlu supaya pembaca mempunyai gambaran sejarah yang lebih tepat.

Anonymous said...

Kerana Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah di hapuskan berikutan hasutan hasutan bahawa kononnya sudah lapok, maka pihak Pembangkang sekarang lantang mengkritik apa saja, siapa saja dengan nada ikut suka saja.

Lim Kit Siang yang pernah di tahan di bawah ISA di laporkan di Malaysian Insider bukan main gah dengan tuduhan

"Hishammuddin a coward .. the most cowardly, craven and irresponsible ... proving to be the lousiest Home Minister in the nation’s history.

Kitty Siang marahkan Pegawai tinggi Cawangan Khas (Special Branch) Polis mengata parti parti Pembangkang DAP & PAS di resapi oleh pengganas Jemaah Islamiah untuk menjadi calon di PRU13.

Di tanya secara rambang, Hishamuddin berkata dia tidak pasti dan dia berkata bahawa itu isu sensitif. Tapi patut kah si ganas Kitty Siang itu marah begitu sekali dengan Hishamuddin? Tak patut. Pendek kata, itu bunyi macam reaksi seorang pengganas.

Demikian lah ganasnya kata kata seorang yang pernah di ISAkan apabila "undang undang lapok" sudah di hapuskan.

Orang_MuOr said...

Salam alaikum, selamat berpuasa di bulan Ramadhan.Artikel yang cukup bernas dan menarik..

Anonymous said...

Bukan tak ada rotan, akar pun jadi. Ini kes buang rotan.

Patut rotan tu jangan di buang, beb. Amat berguna bila nak sebat bebudak nakal dan degil.

Anonymous said...

benda yang masih banyak gunanya dan boleh dipakai bukanlah benda lapok.

Al-Quran yang usianya di muka bumi sudah melebihi 1400 tahun, sudah cukup lama tetapi tetap tidak akan lapuk.

Yang lapuk ialah perkara baru ciptaan manusia yang sering tidak sesuai dengan masa. Umpamanya undang2 ciptaan manusia. Ianya akan lapuk dalam masa yang singkat sahaja.

Corak pemerintahan demokrasi adalah satu contoh perkara lapok. Lihatlah hari ini betapa seluruh dunia telah bergoncang, kerana sistem demokrasi itu sudah semakin lapuk.

Lihat di Malaysia, fitnah serta banyak gejala rasuah berlaku tanpa batasan. Semuanya itu demi untuk mengakkan demokrasi lapuk.

Dunia ini sudah berada di penghujungnya. Lihatlah hari ini, ulama atau yang mengaku ulama, sudah tidak jujur lagi dengan ilmu mereka. Budak hingusan yang belum mengenal sifat 20 pun dengan bangganya dijulang sebagai ahli agama. Yang menjadi kepalanya ialah siapa? Demi sedikit wang bukan.

Pemikiran yang dibentuk oleh sitem lapuklah yang menjadi punca kepada semua yang berlaku pada hari ini.

Umpamanya seorang ustaz yang menggalakkan muridnya menyintai sunnah Rasul, sedangkan dirinya sendiri mengagungkan budaya barat. Itulah pemikiran atau ideologi lapuk yang akan pupus setelah munculnya Islam sebenar.

Siapakah yang menjadi punca keruntuhan persaudaraan Pas-Umno (Islam)? Siapakah yang mewujudkan agenda bangsa, yang menyebabkan Cina Muslim, India Muslim serta muallaf lain tersepit dengan perbalahan dua puak tersebut.

Anonymous said...

12:58 PM,

Kenyataan anda "(malahan raja-raja Melayu sendiri) asalnya tidak mahu meletakkan Islam sebagai agama resmi Persekutuan!" bunyi seperti menghasut. Saya tahu Akta Hasutan 1948 sudah di hapuskan. Tapi ada ramai seperti saya yang tidak mahu sesiapa menghasut terhadap Raja Raja Melayu.

Anda perlu keluarkan bukti. Dan jangan keluarkan link dari Wikipedia atau punca yang tidak tentu arah. Sebab Wikipedia tidak boleh di percayai sepenuhnya - sesiapa saja boleh menulis di situ.

Anda perlu sebutkan "authoritative source(s)" untuk apa yang anda sebutkan itu. Selagi tidak ada punca yang boleh di percayai, kata kata anda itu perlu di anggap sebagai berniat tidak baik. Apa "gambaran sejarah" anda maksudkan dengan menonjolkan Raja Raja Melayu tidak mahukan agama Islam di dalam Perlembagaan? Itu berbentuk tuduhan liar yang sudah menjadi tabi'at buruk parti parti Pembangkang.

Apa kah anda juga seorang yang mahukan Akta Hasutan, ISA dll itu di hapuskan? Supaya anda boleh keluar kata kata liar dengan tidak memikirkan apa kesannya kapada pembaca? Apa kah kamu yang pandai BM dan dulu selalu keluar di atas nama PENYOKONG DAP? Jika benar, kamu ultra kiasu darjat yang tinggi.

Anonymous said...

Saya setuju sepenuhnya perlu ada pengganti kepada undang-undang seperti ISA dan Akta Hasutan. Sebelum atau selepas ianya dihapuskan.

Jika tidak saya khuatir akan berlaku lagi pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Anonymous said...

Tidak ada so'al sifat negatif mahukan undang undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948 di teruskan atau penggantiannya di adakan.

United States yang di laungkan sebagai yaqng paling bebas di dunia pun masih ada tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay. Patriot Act yang di adakan hanya beberapa tahun yang lalu itu pun begitu kuat membendong kebebasan maanusia masuk keluar dan bergerak di dalam negara itu.

Mereka yang hebohkan undang undang lapok, kononnya, perlu buka mata kapada keadaan di US.

Anonymous said...

Nyata bahawa PKR/ Anwar menyebut undang undang lapok sebab mahukan sokongan politik, menuju kapada mereka yang tak hormatkan Perlembagaan.

Juga kepentingan peribadinya, mahukan kebebasan LBGT, sebab dia sendiri Gay atau Bisexual - depan belakang. Dua Hakim Mahkamah Rayuan Sodomi I telah mencatitkan penghakiman mereka bahawa Anwar ada menyondol.

Anonymous said...

Nyata bahawa DAP menomah undang undang seperti ISA dan Akta Hasutan, yang membendong kegiatan mereka sebagai lapok kerana pendirian mereka mirip kapada tidak hormatkan Perlembagaan.

Apa yang di panggil Malaysian Malaysia mereka itu tidak menghormati dan tidak memperakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di Perkara 153 Perlembagaan. Mereka juga menyokong sekolah Cina dengan Mandarin sebagai bahasa pengantar, tidak hormatkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan di Perkara 152 Perlembagaan.

Nanti keluar lah hamba Allah yang mengatakan asyik keluar Perkara 152 dan 153 di sini. Jenis yang perlu berhijrah ke Australia dan Kanada di mana mereka boleh hormatkan Perlembagaan negara negara itu.

Anonymous said...

Parti parti Pembangkang yang tak kesahkan agama memang mahukan undang undang kuno di hapuskan. Mereka tak kisah bahawa agama pun ada lah undang undang kuno.

Anwar apa kisah sangat fasal agama kalau dia main bontot, mahu pertahankan keselamatan Zionist Israel, busukkan nama negara di sana sini, amalkan katak lompat, apa saja, tak tahu perinsip pergi ke mana.

DAP mana kesahkan agama sangat. Yang kerja mekanik, jual pita tipu, kerja binaan pun pakai nama Kristian tapi bukan tahu pun apa itu Kristian sebenarnya, saja nak "kelas" lah konon. Yang lebih sikit pelajaran, kerja lebih baik pun masuk Kristian Evangelical, yang merecup keluar beratus di sana sini di zaman moden ini, bukan Katholik, fahaman Kristian yang asal, yang serius yang mereka tak minat atau tak faham mendalam.

Jadi, buang yang kuno, "agama kuno" pun, tak kesah lah. Jahanam punya jenis itu semua.

Anonymous said...

PAS tak bising sangat fasal undang undang lapok, mahukan Hukum Hudud.

Tapi Karpal Singh bantai PAS fasal Hukum Hudud bukan main lagi.

Baca lah apa Karpal kata berikut ini:

New Straits Times - ‎Jul 20, 2012‎

Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for the country during a political debate.

Karpal: Pas reps must toe the line
New Straits Times - ‎Jul 22, 2012‎

GEORGE TOWN: DAP chairman Karpal Singh, describing Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi as "a relatively minor official in the Pas hierarchy", has asked Pas leaders to keep "members in the lower ranks" ...

Karpal ticked off for telling PAS to give up 'hudud' - Malaysia Chronicle

Anonymous said...

Ini kepala berita keluar di Google news headlines page tapi tak dapat di akses, berkali kali keluar kotak mengatakan Eror 404 Cannot be traced. Pelik jugak tu.

Malaysia Chronicle

Don't be scared, Mahfodz tells Karpal

New Straits Times - ‎5 hours ago‎

"But at the same time we do not want to shock people as we also respect their needs and beliefs. We can always talk and discuss for the betterment of our alliance.

Nak tahu apa sebenarnya di kata antara Karpal dan Mahfoz, sama ada perang besar ke tidak, pecah ke tidak "alliance" depa. Tapi nampaknya puak depa dah buat sesuatu, hijackkan laporan itu, tak kasi kita tahu sepenuhnya ke, ape ke. Kalau betul, jahat, amat jahat depa.

Anonymous said...

Ada sesetengah di blog ini suka fitnah memfitnah di bulan yang mulia ini. Jenis melayu apa ini. Asyik mengutuk parti pembangkang yang bukan bukan. Tanpa bukti. suka menghasut. Jenis ini suka main buntot kot.

Anonymous said...

3:34 PM,

Saya tak faham bagaimana "sistem demokrasi itu sudah semakin lapuk."

Demokrasi sudah bermula di England dengan Magna Carter di tahun 1215, dekat 1,000 tahun yang lalu. Konsep demokrasi masih tegap di dunia, pendek kata perang masih berlaku untuk menegakkan demokrasi. Di Mesir dan Libya rakyatnya memberontak, melawan pemerintah, banyak yang mati, mahukan demokrasi.

Fitnah dan rasuah berlaku di merata dunia, bukan di Malaysia sahaja. US dll perang dan menawan Iraq di atas tuduhan ada sejata memusnah massa atau weapons of maass destruction (WMD), fitnah besar sebab tidak di jumpai hingga sekarang. Rasuah pun ada di negara negara Barat.

Jika tidak "mengakkan demokrasi", tolong beri tahu apa lagi yang perlu di tegakkan. Sila ambil perhatian bahawa sistem di Iran pun melibatkan pilihan Presidennya, walau pun Khomeini yang pegang kuasa mutlak, se olah olah ada sistem autokrasi pulak. Dan Iran tidak sebegitu maju seperti negeri Barat, walau pun sejarah negeri Parsi lebih tua dari banyak negara Barat.

Dunia masih lama lagi wujud, walau pun itu kuasa Tuhan dan walau pun anda kata sudah berada di penghujungnya. Benar ramai "ulama" sudah tidak jujur lagi dengan ilmu mereka. Setuju, ada yang dijulang sebagai ahli agama walau pun masih muda dan pengtahuan agama nya tidak begitu mendalam. Tapi saya tak faham so'alan anda siapa kepalanya dan kata kata anda "Demi sedikit wang bukan."

Sedar lah bahawa pemikiran yang dibentuk oleh sitem demokrasi telah membenarkan usaha usaha bebas atau "free enterprise", membawa persaingan dan kemajuan yang negara kominis pun tiru, dan singkirkan sistem kominis yang mereka cuba di awal abad 20. Seperti Russia dan China.

Anonymous said...

3:34 PM,

Sebenarnya, demokrasi dah di praktik di dunia sejak 2,000 tahun lalu. Di Empayar Roma (Roman Empire), zaman Maharaja Julius Caesar dll.

Tindakan berdasarkan suara majoriti. Mereka ada Senat untuk keluarkan suara, berdebat.

Sejarah Mesir dah lebih 4,000 tahun. Zaman Fir'aun tidak ada demokrasi sehingga lk 1 tahun lalu. Autokrasi, sejak Gamal Abdul Nasir rampas kuasa, perintah dengan kuasa dharurat (Emergency laws) selama 60 tahun sehingga Hosni Mubarak di gulingkan dan pemilihan Presiden di lakukan beberapa minggu yang lalu.

Walau pun tamadunnya lebih 4,000 tahun, tidak ada apa yang boleh di banggakan oleh orang Mesir di zaman moden selain dari peninggalan zaman kuno mereka. Mereka ada Aswan Dam tapi di Malaysia yang demokratik ada beberapa ampangan air besar besaran seperti Temenggor dan Kenyir. Dan Malaysia ada bangunan 100 tingkat, tertinggi di dunia di suatu masa lalu.

Anonymous said...

Hah, buang lah lagi undang undang lapok, konon. Depa naik kepala, melanda landa, tak hormatkan apa, ni baca apa dah jadi masyarakat negara ni:

More grouses over rude Malaysians
Malaysia Star - ‎4 hours ago‎

PETALING JAYA: Double-parking and blocking other cars, jumping and hogging queues, vandalism, jay walking, driving slowly on the fast lane and spitting in public.

Recently, Reader's Digest ranked Kuala Lumpur almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world.

Anonymous said...

Ala 10:12 PM,

Kau tuduh "sesetengah di blog ini suka fitnah memfitnah", kau contoh pun tak kasi. Kau jenis Pembangkang biasa ke? Tuduh liar saja. Apa daaa.

Kan banyak berita kahbar yang di sebut tu. Akhbar tak fitnah, takut kena sue, tau. Blog Pmbangkang tak tau lah. Malaysian INsider kena sue, menggigil lutut Pengarangnya, mintak ma'af bertalu talu beberapa hari di blognya dan di akhbar prima.

Kau eja "buntot" pun pelik tu. Kau Melayu ke?

Anonymous said...

Anwar Ibrahim yang menyebut undang undang lapok beberapa kali. Dia juga mengatakan Malaysia tidak demokratik, ada Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dan sebagainya.

Dia cakap macam orang yang kepala tersumbat di antara peha, di bawah ekor. Dia sengaja buat tak tahu bahawa Amerika masih ada 160 orang tawanan tanpa bicara di Guantanamo Bay. Patriot Act yang di jadikan undang undang berikutan keganasan terhadap Twin Towers di New York beberapa tahun lalu menyekat kebebasan masuk keluar dan bergerak di Amerika.

Yang lebih penting sekali, parti dia sendiri, PKR, ada lah yang paling tidak demokratik. Bekas Menteri Zaid Ibrahim cabut lari dari PKR dengan mengutuk cara pemilihan Timbalan Presiden parti itu yang tidak demokratik.

PEMBANGKANG-DAP said...

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di adakan sebab tidak ada jalan lain bagi membendong dan mengawal penjahat yang mahu merosakkan keselamatan dalam negara dengan menggunakan cara cara yang susah dan memakan masa yang lama untuk mendapat bukti yang kukuh.

Selalunya, bukti bukti yang di dapati di atas depa tidak begitu kukuh untuk mendapatkan hukuman penjara atau "custodial sentence". Jika di bawa ke Mahkamah, di bicarakan, ada kemungkinan tidak dapat di sabit kesalahan dan akan di lepaskan. Depa akan meroyan, lebih menjahanamkan keadaan keselamatan dalam negara akibatnya. Oleh itu, depa di tahan tanpa bicara. US yang di katakan paling demokratik di dunia, pun ada tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay.

Depa yang di ISAkan biasanya yang melampau, fanatik fahaman politik (termasuk kominis dan subversif yang mahu jatuhkan Kerajaan dengan cara selain dari undi di pilihan raya), fanatik agama (seperti penganut Al Qaeda yang di tahan di US), dan penjenayah penjenayah serius yang lain.

Tujuan tahanan ISA itu juga ia lah mendapatkan depa sedarkan kesalahan depa supaya, selepas di lepas, boleh menyumbang kapada masyarakat. Di percayai depa di bawa berbincang, berdebat dari masa ke masa, di beri buku buku dan bahan bacaan yang sesuai, sehingga di dapati nyata depa sudah sedar kesalahan depa, kemudian di lepaskan. Joseph Kitingan Sabah ada menulis pengalamannya dalam tahanan ISA dan di keluarkan di blog. Lim Kit Siang DAP juga pernah di tahan tapi tak tahu lah jika ada menulis pengalaman dia.

Sekarang ISA sudah di hapuskan. Apa kah gantinya memberi kesan dan memenuhi kehendak kawalan keselamatan yang sama, kita belom lihat Akta gantian itu di gunakan. Ancaman pelampau dan puak fanatik itu sentiasa ada, contohnya Jema'ah Islamiah dan depa yang berfahaman kiri dulu di kenali sebagai komunis, yang mahu menjatuhkan Kerajaan dengan cara kasar. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bila di minta komen nya berkenaan himpunan Bersih 3.0, berkata dia nampak ada unsur unsur komunis dalam hal depa berhimpun tanpa permit, melanggar perintah Mahkamah jangan sentuh Dataran Merdeka, dan merusuh sehingga Polis perlu gunakan tembakan air kimia dan gas pemedih mata.

Anwar Ibrahim juga di katakan mahukan rusuhan berlaku, menjadi besar besaran seperti di Mesir dan Libya, walau pun kemnungkinannya tidak ada sebab keadaan di Mesir dan Libya, yang tidak ada pilihan raya tiga puluh tahun lebih, jauh berbeza dengan Malaysia, yang ada pilihan raya setiap 4-5 tahun sejak Merdeka.

Saya setuju dengan pendapat perlu ada gantinya dahulu sebelom undang undang seperti Akta Hasutan 1948 di mansuhkan. Nyata bahawa yang lapuk tidak semestinya buruk. Yang mengungkit perlu di kutuk.

PEMBANGKANG-DAP said...

ISA - susah nya mendapat bukti yang kukuh sebab sistem kongsi gelap, penjahat dan gengster yang di bawa dari negeri China di masa pendatang mula masuk Penang di zaman Capt. Francis Light lagi.

Kemudian di bawa masuk ke Larut oleh Ghee Hin dan Hai San, berbunuh menawan lombong bijih timah kepunyaan lawan, sehingga mencetus Perang Larut I, II, III dan IV di pertengahan kedua abad 19. Bila British mula menjajah negara ini, sistem itu telah merebak ke lain lain negeri.

Sistem itu gunakan cara mengugut, memberi amaran kapada sesiapa yang tahu salah laku pihak yang depa pertahankan, yang sama kongsi, geng atau kumpulan, atau orang luar yang bayar wang untuk mendapat "lindungan" (gangster protection) depa.

Dua hari yang lalu, berita mengatakan seorang yang mendampingi seorang lain yang di tuduh di Mahkamah telah memberi amaran kapada dua pemberita/ juru gambar yang menggambar yang di tuduh di luar Mahkamah, memberi amaran serta menggunakan talipon bimbitnya mengambil gambar pemberita itu. Itu lah cara gengster yang berlaku di kawasan Mahkamah pun. Ugut mereka termasuk bunuh. Ugut mereka pernah di laksanakan. Maka takut lah rakyat mahu berkata apa apa bila di so'al jika tahu jenayah yang di siasat pihak berkuasa.

Kongsi gelap, penjahat dan gengster ada di kalangan penyokong DAP. Di pergaduhan kaum 13 Mei 1969 peranan gengster ada di rakamkan. Demikian juga unsur unsur komunis, subversif dan pelampau. Boleh di baca di buku kecil "13 May 1969: A Tragedy", published by the National Operations Council, October 1969. Boleh di Google perkataan perkataan itu untuk mengtahui lanjut.

Maka gejala kongsi gelap, penjahat dan gengster ini sudah menjadi suatu institusi buruk masyarakat di negara ini. Ada di sana sini, di Chinatown di bandar bandar. Oleh itu, susah lah mendapat bukti kukuh bagi jenis jenis jenayah yang telah di terangkan. Sayang sekali ISA telah di hapuskan, dan di harap gantinya memberi kesan yang cukup bagi membendong dan mengawal kegiatan pelampau, fanatik dan sepertinya itu.

Anonymous said...

Sistem kominis dan undang undang kominis tak boleh jalan. Konon nak sistem baru tapi Russia dan China pun dah pakai sistem kapitalis Amerika sejak berpuluh tahun dulu.

Anonymous said...

Yang "terburu-buru melihat sesuatu perkara itu lapok" tu ada kepentingan sendiri. Anwar Ibrahim sokong undang undang baru untuk LBGT sebab dia gay.

Anonymous said...

RT tanya Berapa masjid atau surau yang boleh atau mampu kita bina dalam keadaan umat Islam tidak ada kekuatan ekonomi?

Betul, tak banyak. Gereja gereja Kristian merecup macam cendawan. Sebab banyak yang berniaga, beri sumbangan besar besaran.

Agama lain pun mcm tu jugak. Sorang kontrekter Cina di Perak berbelas tahun dulu buat jalan dapat untung dekat RM2 juta, kasi RM1/4 juta kpd kuil Buddhist, jadi besar dan gemilang nampaknya kuil tu.

Anonymous said...

kalau nak halalkan LBGT kena tukar undang undang agama. mana boleh.

Anonymous said...

Betul, mereka tuntut bantuan membina rumah ibadat daripada kerajaan.

Saya sokong mereka kata perlu ikut kadar % orang Islam dengan bukan Islam. Mesjid mesti tak kurang dari 60%. Lebih pun boleh sebab Islam agama negara Ini.