(4 Ogos 2012 Utusan Malaysia)
Terbaharu, Ketua Pemuda Pas
mengeluarkan kenyataan, Pas tetap mahukan hukum hudud dilaksanakan. Orang Islam
yang menolaknya boleh menjadi kafir. Tidak semena-mena pengerusi parti ultra
kiasu mengulangi pendirian tegas mereka, sebarang cubaan Pas sekarang untuk
memperkenalkan hudud atau mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, akan
ditentang kerana bercanggah dengan apa yang diputuskan di Muktamar PAS ke 57
tahun lepas, dalam usaha menawan Putrajaya.
Pas sebelum ini pernah menyebut
bahawa perkataan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, melainkan negara
kebajikan. Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat,
Buku Jingga. “Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang
boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan”, ujar ultra kiasu.
Kenyataan ultra kiasu ini
benar-benar mencabar maruah Islam. Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu
langsung tidak menghormati tuntutan agama Islam dalam sebuah negara
‘bertuankan’ ketuanan Islam (Melayu).
Sikap anti Islam ultra kiasu telah
wujud sejak dahulu lagi. Sudah berkali-kali ultra kiasu atau kafir harbi menolak
konsep negara Islam dan undang-undang Islam. Namun, kita terus bersangka baik atas
kepentingan politik. Pas mendakwa mereka perlu berkawan dan bersekongkol dengan
ultra kiasu bagi tujuan dakwah dan menumbangkan Umno. Pas yakin suatu hari
nanti ultra kiasu akan menerima hukum Islam. Pas menuduh Umno gagal untuk menyampaikan
mesej Islam ini.
Jika begitulah hujahnya, perkawanan
Pas dengan ultra kiasu agak lama juga. Namun, semakin lama berkawan dan berdakwah
kepada ultra kiasu, semakin kuat ultra kiasu menentang Islam. Mungkin alasan
Pas selepas ini, mereka masih baharu berkawan dengan ultra kiasu, hasilnya
belum nampak, berbanding Umno yang telah
sekian lama berkawan dengan komponen Barisan Nasional (BN) melebihi 50 tahun.
Lama atau baharu bukanlah ukuran
untuk mendakwahi seseorang. Tepuk dada tanya iman, adakah kita ikhlas dalam
memartabatkan Islam atau kita asyik berpolitik tidak pernah habis? Almarhum
Tunku Abdul Rahman tidaklah lama pemerintahannya, tetapi ada juga tokoh-tokoh
besar yang memeluk Islam. Jika Tunku ada keinginan melaksanakan hudud, mungkin
hukum ini sudah tertegak. Kenapa hari ini terlalu sukar untuk kita mengikuti jejak Tunku? Jawapannya mudah. Kita
tidak ikhlas, kita ada agenda lain. Sebab itulah, ultra kiasu tidak pernah
lembut terhadap Islam.
Pas begitu cepat melatah dengan desakan
ultra kiasu. Naib Presiden Pas terpaksa member respon dengan berkata bahawa Pas
sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan DAP berkenaan isu hudud. Perbezaan ini tidak dapat dielakkan. Namun,
masih terdapat persamaan seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan
hak asasi manusia. Apa yang penting bagi Pas dan DAP adalah kedua-duanya saling
memahami dengan proses demokrasi. Persoalan saya, ke manakah hendak dicampakkan
agenda hudud?
Lanjutan itu, Pengerusi Biro Perpaduan Nasional Pas
mengatakan isu hudud tidak perlu dibangkitkan sekiranya Pakatan Rakyat
memerintah. Fokus Pakatan Rakyat adalah ada isu ekonomi, kebajikan, gaji minima
rakyat dan sebagainya. Maknanya, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, yang
hanya akan wujud adalah negara kebajikan sahaja. Persoalan saya lagi, tidakkah
kita akan diazab oleh Allah nanti kerana melupakan hudud? Kenapa tidak disahut
cadangan ADUN
Kemelah (Umno), Ayub Rahmat?
Semua sedia maklum, Adun Umno ini
pernah membangkitkan
cadangan menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukuman
berkenaan. Cadangan ini dikemukakan pada 20 Jun lalu dalam mesyuarat pertama
penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang
Dun pada Disember tahun lalu. Kata Ayub, “Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan
Pas seperti Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak
menggambarkan kehendak Islam (hudud) yang menyeluruh dan melibatkan semua kaum.
“Jadi, saya mencadangkan hukum hudud sebenar yang meliputi semua kaum di negara
ini dapat diterajui Johor. Kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud
diterima semua kaum merentasi kefahaman agama ketika zaman pemerintahan Nabi
Muhammad SAW”.
Kenyataan
berani Ayub ini harus dipuji kerana tidak ramai orang Umno yang berani bersuara
isu ini. Pada saya, jika kita boleh menerima hukum buatan manusia seperti demokrasi
dan komunis, kenapa kita harus bersangka buruk atau menolak hukum Allah?
Bukankah kita makhluk Allah?
Selepas
kenyataan ini dikeluarkan, pemimpin-pemimpin Umno dan Perkasa turut memberikan respon yang positif, kerana
memikirkan kepentingan dan kebaikannya umat Islam di Malaysia. Sekretariat Ulama Muda Umno turut menyokong, dengan cadangan untuk “menghimpunkan
pakar-pakar terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini
benar-benar dapat dilaksanakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
turut bersetuju dengan syarat persediaan perlu dibuat seperti kemudahan
mahkamah, hakim dan pegawai pendakwa bagi melaksanakan hudud.
Melalui semua kenyataan, saya dapat
katakan sebahagian besar umat Islam di Malaysia mahukan hudud, tidak kira Umno
atau Pas. Jika berlaku penolakan oleh ultra kiasu, adalah perkara baisa kerana
mereka adalah kafir harbi. Termasuk juga ultra kiasu lain, seperti presiden MCA.
Ultra kiasu ini memberi amaran untuk keluar BN jika Umno cenderung kepada
hudud. MCA
menyifatkan pandangan Ayub sebagai idea gila, bankrup, sekadar mahu menarik
perhatian.
Begitulah
cerdiknya ultra kiasu berpolitik. Kita sahaja yang terpedaya. Persoalan saya, kenapa
kita perlu tunduk kepada telunjuk mereka? Adakah
hidup mati kita sebagai umat Islam ditentukan oleh mereka ini? Adakah umat
Islam langsung tidak ada hak untuk menentukan cara hidup sendiri?
Saya
berpendiriann, isu besar ini boleh diselesaikan jika Pas berlembut dengan Umno,
begitulah sebaliknya. Malangnya, semakin Umno mula cenderung kepada hudud, Pas pula
semakin tidak mempercayai Umno. Pas sanggup menggandaikan prinsipnya bersekongkol
dengan ultra kiasu semata-mata untuk menguasai Putrajaya. Sedangkan kita semua
tahu, ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, hudud Pas hanya
tinggal hudud. Pas tidak pernah dihargai dalam Pakatan Rakyat, walaupun
kekuatan Pas jauh melebihi ultra kiasu dan PKR.
Ingatan
saya kepada Pas, janganlah terlalu ghairah dengan
perlantikan Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Jawatan tersebut amatlah kecil nilainya di mata ultra kiasu berbanding dengan
jawatan Exco Kerajaan Negeri. Jawatan tersebut bukanlah jawatan pembuat dasar.
Segala peruntukan tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri yang dibolot oleh
ultra kiasu. Janganlah kita terlalu bangga dengan peruntukan tambahan terhadap
program atau aktiviti Islam, sekolah agama dan sebagainya. Jika mereka tidak
melakukan lebih daripada apa yang Umno lakukan, sudah tentu kerajaan ultra
kiasu ini tidak dapat bertahan lama.
Lakonan ini amat jelas. Janganlah
kita mudah kelabu mata. Saya tidak pula kata apa yang Umno selama ini betul
belaka. Umno perlu mengkoreksi diri untuk mendapat kepercayaan rakyat, terutama
dalam perkara melibatkan hukum Islam, integriti dan umat Islam. Apa yang
penting hari ini adalah umat Islam secara keseluruhan mesti diselamatkan
daripada keruntuhan berpanjangan.
Dalam menyelesaikan kemelut politik
umat Islam, kita semua perlu berlapang dada. Kecenderungan Umno terhadap hudud
makin terserlah, Pas perlu menyambutnya. Langkah pertama yang boleh dilakukan
adalah, terimalah hukum Allah ini dengan lapang dada dan ada keinginan untuk
melaksanakannya.
Kedua, jika belum bersedia,
bentuklah terlebih dahulu sekumpulan pakar untuk mengkaji undang-undang ini.
Kita tidak perlu takutkan ultra kiasu. Undang-undang ini bukan untuk mereka
tetapi hanya untuk orang Islam. Perlembagaan Persekutuan sudah baik untuk
menjadi rujukan mereka. Umno dan Pas tidak perlu hiraukan sokongan mereka dalam
pilihan raya. Jika Umno dan Pas boleh berbincang, kecut perutlah mereka.
Ketiga, berikan pendidikan dan
kefahaman mengenai hukum Islam. Umat Islam perlu disedarkan bahawa kita berhak
untuk menentikan cara hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Saya
tertarik dengan pandangan, bekas Ketua Pengarah JAKIM, Wan Mohamad Abdul Aziz, Malaysia
mempunyai banyak kelebihan apabila Islam diangkat sebagai agama rasmi negara,
justeru tiada alasan untuk melengahkan lagi pelaksanaan undang-undang Islam.
Menurutnya, Islam sebagai agama Persekutuan merupakan tunjang kekuatan umat
Islam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu ini adalah Ketua
Agama Islam dan ini juga adalah lambang keutuhan umat Islam di negara ini.
Pendek
kata, semua ini terletak di bahu kita sama ada mahu memulakan usaha ini, atau
tunggu dan lihat. Kita akan terus ketinggalan berbanding dengan negara yang
sebelum ini
dimomokkan seperti negara sekular Turki dan Mesir yang telah mula menapak ke hadapan. Justeru, apa yang ditunggu lagi.
dimomokkan seperti negara sekular Turki dan Mesir yang telah mula menapak ke hadapan. Justeru, apa yang ditunggu lagi.
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee
Abdullah
Ketua Jabatan
Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia
14 comments:
Pas sekarang sudah terdesak ramai pengikut pas menyertai umno pas tak ada cara lain selain dari hukum hudud itulah modal mereka. Mungkin kelantan jatuh ketangan BN pru13 sebab itu macam macam fakta dikeluarkan contohnya ALLAH mengarahkan pas merampas putrajaya hanya warna hijau milik ALLAH warna biru musuh ALLAH. Fatwa ini bukan saja mengelirukan malah menyesatkan umat Islam. Janganlah sampai Allah turunkan bala dinegeri serambi merah.
Pas sekarang sudah terdesak ramai pengikut pas menyertai umno pas tak ada cara lain selain dari hukum hudud itulah modal mereka. Mungkin kelantan jatuh ketangan BN pru13 sebab itu macam macam fakta dikeluarkan contohnya ALLAH mengarahkan pas merampas putrajaya hanya warna hijau milik ALLAH warna biru musuh ALLAH. Fatwa ini bukan saja mengelirukan malah menyesatkan umat Islam. Janganlah sampai Allah turunkan bala dinegeri serambi merah.
Sye stuju dgn pendpt prof.doa sye cume nk tengok sume umat Islam kt malaysia ni bersatu.tak kira la pengikot parti mana pon..
Kalau UMNO dan PAS bersatu, tentu hudud dapat ditegakkan tanpa MCA atau DAP. Tanah Air kita dan ugama kita, kita yg tentukan bukan kafir harbi. Dan PKR tentu tidak mahu di labelkan sbg KAFIR HARBI! BERSATULAH SAUDARA ISLAM KU! Politik ini cuma duniawi sahaja!
RSO
Ustaz saya lihat parti yang memimpin kerajaan pun masih kabur2 dengan isu penegakkan hukumhakam islam manakala pihak lagi satu pula ustaz maklumkan bahawa sukar untuk menegakkan hukum islam apabila berjaya meraih undi.jadi sekrang kalau semua parti macam ad masalah dalam menegakkan hukum Allah.saya nak undi parti mana?sekadar mahukan pandagan ustaz sebagai orang yang lebih berilmu. :-)
kita tetap bersaudara tidak kiralah apa pun fahaman kita...
Saudara RT
Dengan perkembangan terbaru dan ketegasan DAP menentang pembentukan negara islam dan perlaksanaan undang2 Hudud ... jika Pas masih juga hamoi (tebal muka) nak menempek dalam PR ... itu maknanya Pas adalah parti yang tak ada maruah ... kalau anjing kurap yang bergelandangan dijalanan itu di pandang hina ... maka pada saya lebih terhina lagi maruah parti Pas ... lebih tak bermaruah lagi 3 ulamak besar Pas ... ada maruah kah Nik Aziz ? ... ada maruah kah Hadi Awang ? ... ada maruah kah Nasrudin Tantawi ?
Hendaknya para pengikut Pas dapat memahasabahkan sokongan mereka kepada Pas selama ini ... sedarlah wahai bangsa melayu yang menjadi pengikut setia Pas ... sokongan anda kepada Pas bermakna anda menyokong perjuangan DAP ... bermakna anda sedang membawa rebah kepada orang melayu dan islam di negara ini ... fikir lah semasak2nya sempena ramdan al mubarak ini ... semua Allah memberi petunjuk kepada anda siapa sebenarnya yang berjuang untuk islam diantara Umno dengan Pas ...
Hj Mansuh.
Habislah undi orang-orang Sarawak dan Sabah sebagai "fixed deposit" selama ni.
Tau ke RT ni agama apa yang terbesar kat Sarawak dan Sabah?
Tak de Sultan-sultan kat Sabah dan Sarawak macam juga Penang, Melaka dan Kuala Lumpur.
Dah nak lemas baru teringat abang lama PAS. Dulu bukan main hebat tendang keluar rumah rakan seagama dan berpeluk dengan parti kafir harbi Gerakan, MCA , MIC, SUPP, UPKO, PBS dsbnya.
Lupa ke sejarah? Tu pun bukan lama sangat, tak sampai pun 100 tahun.
Mamak kunta kinte.
Karpal Singh gelar Nasrudin Tantawi adalah " Radio Buruk ".
Saya setuju kerana memang Nasrudin Tantawi telah cuba membohongi seluruh orang melayu yang mengikuti debat diantara belia dengan Ustaz Fathul Bari baru2 ini
" kononnya Karpal Singh pun dah mula kendur dalam membantah perjuangan Pas nak menegakkan islam di negara ini "
dan lagi
" kononnya itu adalah kesan dakwah islam yang di bawa oleh Pas bila berada dalam Pakatan Rakyat "
Hanya sebuah Radio Buruk saja yang boleh menyampaikan berita yang " syok sendiri " ..
Islam tidak suka orang islam menipu .. tapi Nasrudin Tantawi tak malu pun nak menipu .. dia tu seorang ustaz lagi.
Fikir lah sedara2 .. bila cita2 politik lebih besar daripada perjuangan menegakkan kebenaran maka ini lah yang berlaku .. seorang ustaz pun tak ada rasa malu langsung nak bercakap bohong tak ubah macam Radia Buruk saja.
Hj Mansuh.
MCA-CINA, DAP-CINA, TAK KEMANALAH MEREKA TU....DEPAN RAMAI SALING SAKIT MENYAKITI..... DIBELAKANG BERSATU HATI.....
UMNO-MELAYU, PAS-MELAYU....KALAU KITA SESAMA MELAYU TAK BERSATU HATI....JAWABNYA TERGADAILAH TANAH MELAYU INI....
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Kamu mengahsut cakap begitu, Mamak kunta kinte.
Nama kamu pakai pun nampaknya kurang ajar. Nanti ada yang marah akmu akan di potong kote.
Aku tahu kamu kote tak bersunat sengaja nak mengapi apikan rakyat di negara ini. Jenis yang menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Apa kamu nak sebut fasal sultan sultan? Dan agama di Sabah dan Sarawak? Apa yang kamu maknakan dengan mengata, "Lupa ke sejarah? Tu pun bukan lama sangat, tak sampai pun 100 tahun."
Aku cabar kamu keluarkan apa makna dan maksud kamu supaya boleh aku basuh kamu yang kotor, busuk dan berbau perkauman muntah kedarah.
1:29 AM,
Betul, kita masih bersaudara sesama Islam tak kira fahaman politik.
Tapi tolong fikirkan bukan Islam eksploitasi kita, kawan ha.
ash,
Setuju, "parti yang memimpin kerajaan pun masih kabur2 dengan isu penegakkan hukumhakam islam". Di Kelantan terutamanya.
Bukan saja kabur. Bengong juga. Satu puak kata nak Hudud, satu puak lain taknak, satu puak lagi membisu. Habis di bedal dek DAP Karpal Singh.
Riduan Tee anda sudah diracui agama. Agama tidak penting kepada manusia tetapi pemimpinlah menyebab ia penting. Agama ialah kepercayaan tetapi jangan terlampau percaya ! Terlampau percaya akan bermasalah kepada penganut lain. Kenapa anda tak fikir jika Allah berkuasa kenapa dunia ini masih banyak orang kafir dan mereka ada yang kaya-raya ? Kenapa Allah tak hukum mereka ? Adakah Islam boleh menyebab Muslim panjang umur, bertuah, kaya-raya, sehat dll. Hidup bukan untuk agama tetapi adalah apa sumbangan kita kepada dunia ini lebih maju, aman, sehat dll. Insaflah !
Post a Comment