(Sinar Harian 13.8.12)
Saya merasa amat bersyukur dan menarik nafas lega di atas keprihatinan dan kelembutan Perdana Menteri membentuk jawatan kuasa mengkaji pembayaran royalti minyak kepada kerajaan (raktyat) negeri Kelantan. Sama ada Kelantan layak mendapatkannya, masa akan menentukan. Apa yang penting langkah pertama telahpun bermula.
Langkah ini perlu disambut dengan baik. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Lupakanlah masa lalu, kerana ia tidak akan berulang pada masa kini. Apa yang penting, jadikan masa lalu sebagai iktibar untuk melayari kehidupan hari ini.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Tun Razak menjadi Perdana Menteri, antara lain menetapkan bahawa Petronas perlu membayar nilai lima peratus setiap tahun daripada hasil petroleum yang diperolehi daripada negeri berkenaan. Akta berkenaan menetapkan bahawa perairan negeri merupakan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
Jika Kelantan memang mempunyai hak tersebut, berikanlah hak itu. Lagipun orang Kelantan itu juga adalah saudara kita semua, walaupun berlainan ideologi. Ingatlah, kita boleh paksa kuda ke tebing, tetapi kita tidak boleh paksa kuda minum air. Janganlah disiksa rakyat Kelantan, hanya kerana mereka memilih PAS.
Sepatutnya, kita mengkaji kenapa rakyat Kelantan memilih PAS, bukan yang lain. Lagipun PAS bukanlah satu ancaman kepada UMNO. PAS hanya memerintah dua buah negeri (Kedah). Apa yang lebih ditakuti adalah kepada ultra kiasu. Walaupun mereka memerintah satu negeri, tetapi satu negeri sudah melambangkan 10 negeri. Begitulah hebatnya ultra kiasu berstrategi. Hujahnya mudah, ultra kiasu terdapat di luar dan di dalam.
Tidak seperti kita, walau memegang di banyak negeri, tetapi kedudukan kita tidak kuat. Kekuatan kita bergantung kepada simpati orang lain. Bayangkan jika kita siksa rakyat Kelantan, Kedah, atau mungkin juga Selangor. Kekuatan umat Islam akan menjadi semakin bertambah sedikit. Ini menjadikan kita semakin bergantung kepada orang lain, yang bersekongkol dengan ultra kiasu. Sudah tentu mereka akan mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan apa yang belum dapat dan menambah apa yang telah didapati. Apabila semua telah didapati, kita akan dilupakan, percayalah. Itulah sifat kafir harbi.
Saya selalu mengibaratkan antara UMNO dan PAS ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Perbezaan antara kedua parti ini tidak banyak. Isunya Cuma untuk mendaulatkan Islam, walaupun sebahagiannya telah terdaulat. PAS rela dibubarkan jika UMNO mendaulatkan Islam, yakni melaksanakan Islam sebagai cara hidup.
PAS sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya. Dahulunya boleh dikatakan semua haram. Bertepuk tangan dalam majlis, bertentang muka dengan wanita, nyanyian, muzik dan lain-lain semuanya haram. Hari ini PAS mula terbuka. PAS semakin moderat. Kadangkala, PAS bertepuk tangan lebih kuat dari UMNO, tidak lagi malu bersemuka dengan wanita, terhibur dengan lagu-lagu Aishah dan Dayangku Intan, menerima muzik moden dan sebagainya. Terbaharu, suara wanita tidak lagi aurat dalam menyertai tilawah al-Quran.
Saya melihat ini sebagai perkembangan menarik. Interpretasi PAS terhadap Islam semakin luas dan terbuka. Dahulu agenda negara Islam dan hudud adalah satu kemestian. Sesiapa yang menolaknya kafir belaka. Hari ini sudah tidak lagi, agenda tersebut berada dalam hati, agenda yang lebih besar adalah negara berkebajikan. Apapun yang dimahukan oleh PAS, saya sudah tidak kisah, selagi PAS tidak menghalalkan yang haram. Apa yang penting, PAS tidak boleh bekerjasama dengan ultra kiasu. Ini kerana ultra kiasu adalah kafir harbi. Mereka secara terang menolak Islam.
Saya tidak nafikan parti komponen Barisan Nasional juga menolak Islam. Sebab itu saya tidak mengharapkan mereka. Saya lebih menganjurkan penyatuan antara UMNO dan PAS, bukan PKR. Walaupun PKR parti majoriti Melayu Islam, ia sukar dipercayai. PKR adalah parti cari makan, tali barut dan parti balas dendam.
Seruan saya kepada PAS, sambutlah saranan Perdana Menteri itu. Berbincanglah secara baik dan berhikmah. UMNO mungkin beranggapan, PAS tidak pandai mentadbirkan wang petroleum tersebut. Pada saya, sama ada PAS pandai menggunakan wang tersebut atau tidak, terpulang kepada mereka. Kembali hak kepada yang berhak. Jangan siksa rakyat Kelantan hanya kerana majoriti memilih PAS.
Kadangkala kita tidak banyak pilihan. Jika terpaksa memilih antara pemimpin yang pandai mentadbir, tetapi durhaka kepada Allah dengan pemimpin yang kurang pandai mentadbir, tetapi taat pada Allah, sudah tentu mengikut keutamaan, adalah memilih mereka yang taat kepada Allah. Walaupun ada sesetengah yang berpandangan sebaliknya. Namun, saya tetap meletakkan mereka yang takut kepada Allah sebagai keutamaan. Ini kerana mereka yang taat kepada Allah, mereka tidak akan tersasar jauh. Tetapi manusia yang durhaka kepada Allah, akan durhaka kepada manusia. Inilah nasib yang telah menimpa Hosni Mubarak, Gaddafi dan sebagainya.
Saya yakin masih ramai orang dalam UMNO dan PAS yang taat dan masih takutkan Allah. Jangan siksa mereka ini. Jika sesuatu berlaku ke atas umat Islam, adakah kita lebih mempercayai Kelantan atau ultra kiasu untuk membantu?
Ingatan saya kepada PAS, jangan terlalu bersangka buruk mengatakan isu royalti ini adalah gula-gula pilihan raya. Sama ada ia gula-gula atau tidak, sudah tidak penting lagi. Semua ini berlaku dengan izin Allah. Jikapun benarpun ini adalah gula-gula pilihan raya, mungkin Allah mahu satukan kita semua ketika pilihan raya. Lagipun, saya tidak nampak UMNO mampu untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS sekalipun royalti diberikan. Itupun kelebihan manisnya gula.
Kelantan akan terus berada dalam genggaman PAS sampai bila-bila jika UMNO terus berdolak dalih dalam mempertahankan hak umat Islam untuk menunaikan haknya kepada Allah. Adalah menjadi hak orang Islam untuk mendapatkan cara hidup mereka agar terlepas daripada siksaan Allah. Kembalikan hak itu. Lagipun orang bukan Islam sudah mendapat hak mereka. Kenapa kita harus takut?
22 comments:
Salam Prof,
harap Prof boleh buat sedikit bacaan di www.kickdefella.net
terima kasih
"Apa yang penting, PAS tidak boleh bekerjasama dengan ultra kiasu. Ini kerana ultra kiasu adalah kafir harbi. Mereka secara terang menolak Islam."
Ini punca bagi segala galanya. Ini yang menjadi sebab saya tak bersetuju dengan PAS. Gilakan kuasa, PAS tak kira apa. Pecah ummat Islam, pecah le. Mereka mesti sekongkol dengan DAP kafir harbi jugak. Walau pun di ludah dek DAP impian Hukum Hudud mereka.
Oleh kerana itu, Kelantan tak wajar dapat royalti minyak? Saya masih memikirkan lagi. Ikut nada politik, tak wajar. Jika di beri, Kelantan maju, PAS akan naik kepala, mahu perintah seluruh Malaysia dan saya tak setuju politik PAS, pendirian PAS terhadap pembangunan negara dsbnya. Begitu juga DAP. Dan Anwar Al Juburi.
Dari segi undnag undang dllnya, saya belom membaca mendalam lagi. Belom sempat ke blog kickdefella - kalau lah aloya tulis 1-2 ayat apa yang di sebut di situ alang kah baiknya.
Namun demikian, saya akan melayar blog itu dll dan akan keluarkan pendapat saya lagi di masa berikutan. Terima kasih.
Seruan kepada Najib.
Jangan diberi wang royalti kepada Kelantan selagi mana Kelantan di perintah oleh Pas.
Kalau beri apa kan jadi ?
Berani sumpah junjung kuran, Pas kelantan akan ambil sebahagian daripada wang itu untuk membiayai aktiviti politik mereka di Kelantan .. at the end Pas akan semakin kukuh di Kelantan .. dan rakyat Kelantan pi mai pi mai duk tang tu juga lah.
Kalau tak beri wang royalti, rakyat Kelantan akan tambah menderita kan ....
Betul mereka akan sedikit menderita. Tapi peduli apa dengan kita .. kerana mereka sendiri yang menyediakan diri mereka untuk di bodoh2kan oleh ulamak Pas dengan umpan syurga .. tak dapat royalti mereka tak kisah pun.
Sampai bila melayu Kelantan nak jadi bodoh .. sekali umpan dengan balasan syurga terus jadi bodoh selama hampir 25 tahun.
Nak tanya untuk sama2 kita fikirkan ...
Kenapa orang melayu saja yang tertarik untuk mempercayai dan mengidam sangat dengan janji syurga yang di hamburkan oleh para ulamak Pas ????
Apakah orang2 cina dan india yang beragama buddha, kristian dan hindu lebih yakin dengan janji syurga dalam agama mereka adalah lebih baik daripada syurga yang dijanjikan dalam agama islam ?
Perkiraan mudah saya adalah, kalau cina dan india non muslim itu nampak keindahan syurga yang digambarkan oleh para ulamak Pas, pasti mereka akan mengundi parti Pas sebagai cara mudah atau cara pintas untuk mendapat balasan syurga yang di janjikan oleh Pas.
Kesimpulan saya adalah. Mereka non muslim dapat berfikir dengan waras tentang temberang balasan syurga oleh Pas, tetapi tidak begitu dengan orang2 melayu yang menyokong Pas yang pada pendapat saya mereka ini adalah golongan melayu yang malas beribadah kepada tuhan tapi teringin nak masuk syurga ... so jawapan mudah adalah dengan menyokong Pas.
Hj Mansuh.
Kurang orang komen di pos ini tanda tak suka Kelantan dapat royalti minyak?
So'al nya: jika Kelantan dapat royalti minyak, boleh kah mentadbirnya dengan baik, memajukan negeri dengan pesat, menarik pelaburan supaya merecup kilang kilang sehingga cukup peluang kerja di Kelantan, tak payah rakyatnya merana pergi ke negeri negeri lain cari kerja, siksa nak balik kampong terafik menggila tiap kali hari raya.
Saya tak yaakin. PAS dengan Hukum Hududnya menakutkan pelabur yang hampir kesemuanya bukan Islam. Melainkan PAS boleh menarik pelabur asing dari Timur Tengah. Tapi apa ada pelabur dari Timur Tengah? Bergolak politik di Mesir, Libya dll pun takda pelabur yang cabut lari ke Malaysia menanam modal di sini. Pahal pun, mana ada banyak pelaburan di negara mereka sendiri, mana ada kilang dengan teknoloji baru, mengeluarkan berbagai barangan pasaran dunia antara bangsa? Mesir yang 4,500 tahun sejarah pun boleh banggakan hanya peninggalan purba - "monuments, artifacts and antiquities." Artifak mereka pun dah nak habis di curi dan di jual ke luar negara Mesir. Kesian.
Jadi, bukan kah lebih baik wang royalti minyak mana yang ada itu di gunakan untuk projek projek besar di laksanakan oleh Kerajaan Federal untuk faedah rakyat Kelantan? Jalan raya Timur-Barat melalui Gerik dan Jeli sudah lama BN siapkan. Takda juga kilang di bina dengan banyak di Kelantan. Jalanraya melalui Gua Musang pun sudah siap. Kelantan Selatan sudah di majukan dan di beri infrasturktur oleh Kerajaan Federal di atas nama Klantan Selatan Development Authority atau KESEDAR, suatu badan Kerajaan Federal. Pun kilang tak merecup di Kelantan.
Saya fikir masalahnya ia lah Kerajaan negerinya - PAS. Kalau tukar ke BN bagi tempoh yang pelabur yaakin PAS tak akan kembali merintah Kelantan, saya pasti akan banyak bertambah kilang dan kemajuan di negeri Kelantan.
Selamat Hari Raya kapada semua rakyat Kelantan.
Ikhsan.
Setuju "Apa yang lebih ditakuti adalah kepada ultra kiasu". Tapi PAS sekutu depa. Sekongkol dengan depa. Kita badulkan depa lah. Selagi depa tak sampai ke bendul.
" Lagipun PAS bukanlah satu ancaman kepada UMNO. PAS hanya memerintah dua buah negeri (Kedah). Apa yang lebih ditakuti adalah kepada ultra kiasu. Walaupun mereka memerintah satu negeri, tetapi satu negeri sudah melambangkan 10 negeri. Begitulah hebatnya ultra kiasu berstrategi. Hujahnya mudah, ultra kiasu terdapat di luar dan di dalam ". (ridhuan tee)
Sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Mudahan2 diantara ahli Umno dan ahli Pas mereka sedar akan perkara ini. Mudahan2 diantara ahli Umno dan ahli Pas mereka sedar siapa sepatutnya yang mereka patut takut lebih dan curiga lebih.
Kalau Pas menjadikan ultra kiasu sebagai rakan untuk berdepan dengan Umno, apa kurang nya Umno bila nak berdepan dengan Pas.
Sedarkan kita orang2 Umno dan orang2 Pas, pemimpin2 parti kita tidak merasa ultra kiasu adalah ancaman kepada mereka, tapi yang berlaku adalah pemimpin Umno melihat pemimpin Pas sebagai ancaman dan begitulah sebaliknya.
Saya percaya tidak ada diantara kita walau seorang pun orang Umno mahu pun orang Pas yang nampak sesama kita menjadi ancaman kepada yang lain.
Saya setuju dengan Ridhuan Tee bahawa ancaman kita (Umno dan Pas) adalah puak ultra kiasu. Kerana mereka tidak suka Umno duduk diatas dan mereka juga tak mahu Pas menggantikan tempat Umno.
Dalam Pakatan Rakyat, sepatutnya awal2 lagi mereka telah menyebut bahawa Pas akan diangkat menggantikan Umno jika PR berjaya bentuk kerajaan pada PRU 13 nanti. Malangnya PR tak pernah membayangkan Pas, sebaliknya PKR yang disebut2 menggantikan Umno.
Saya tak tahu sama ada orang melayu yang menjadi penyokong PR sedar atau tidak, idea mengangkat Anwar sebagai PM jika mereka menang adalah idea siapa sebenarnya. Kenapa isu siapa yang dominan maka dialah yang layak diangkat jadi PM tidak di ketengahkan. Kerana dari sudut demokrasi " dominant to lead " is universally accepted.
Mari kita fikir dengan akal yang waras. Kalau DAP dominan, lembu sangatkah Lim Kit Siang nak bagi laluan kepada Anwar ? Kalau Pas dominan, unta sangatkah Hadi Awang nak bagi laluan kepada Anwar ?
Jika saya atau Ridhuan Tee sekali pun, dan kami berdua menjadi kepala kepada parti yang menyertai PR, jika parti saya dominan, saya tidak akan bersetuju Ridhuan Tee dilantik mengetuai PR, sama juga kepada Ridhuan Tee kerana beliau juga tidak akan merelakan saya mengetuai PR dalam keadaan parti beliau dominan. Pada hal kami berdua adalah kawan baik dan saudara seagama.
Boleh nampak kut kenapa Pas membisu di saat Anwar berkata, " jika Pakatan Rakyat menang, saya akan jadi PM dan Timbalannya adalah Lim Kit Siang ".
Betul kan, Hadi Awang sepatah apa pun tak sebut atau ulas terhadap kenyataan si Anwar tu kan. Tapi saya percaya dalam hati Hadi Awang ada menyebut, " kepala bapak kau Anwar, kalau parti kau tak dominan, sedangkan yang dominan adalah parti aku, maka murtad lah aku kalau aku nak bagi kau jadi PM untuk menegakkan Negara Islam dan Hudud di negara ini ".
Pada saya cakap si Anwar tu tak boleh pakai kerana itu adalah cakap orang yang " tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri ".
Hj Mansuh.
Just wondering, bila DAP tentang hudud cerita ini akan diulang-ulang selamanya. Memang betul yg salah tetap salah tp bilamana MCA kata hudud tak relevan dan outdated serta akan saman kerajaan Kelantan kalau laksana hudud. Sedihnya hanya segelintir sahaja yang menentang and the issue just gone by the wind, mana yang lain dan mana pergi ilmuan Islam yang lain? Mengapa tidak ditentang puak ini juga? Adakah kita mcm setuju dgn apa yng dikatakn oleh MCA? Kenapa wujud double standard bila isu menentang hukum hudud ini? Kita kata kita beriman dengan Al-Quran tapi bila ada manusia kata hukum hudud outdated dan tak relevan ramai yg diam membisu dan ambil endah pun. Renung2 kan lah.... Aku bukan pandai agama tapi payung aku adalah agama bukan parti politik.
"Apabila semua telah didapati, kita akan dilupakan, percayalah. Itulah sifat kafir harbi."
TIDAK DINAFIKAN, SEPERTI DI DALAM SEBUAH SYARIKAT NON-BUMIPUTERA YANG INGIN MENDAPATKAN PROJEK KERAJAAN BERBUAT-BUATLAH BAIK DENGAN SYARIKAT BUMIPUTERA HANYA KERANA NAK PINJAM NAMA UNTUK MASUK TENDER KERAJAAN. YG ORANG MELAYU NI PUNYALAH BAIK HATI, BAGI LAH PINJAM NAMA SYARIKAT...SYKT BUMI TAK DAPAT APA..
SYARIKAT NON-BUMI NI, DAH LAH GUNAKAN ORG MELAYU UTK KEPENTINGANNYA DAN DALAM MASA YANG SAMA MENINDAAS PEKERJA-PEKERJA MELAYU... BAIK DARI SEGI PEMBAYARAN GAJI DAN PEMBAYARAN BONUS.
Kita tak siksa ummat Islam Kelantan. Kita hanya tak mahu PAS berpanjangan. Bila rakyat Kelantan buang PAS, kita terus bantu sepenuhnya rakyat Kelantan.
Kalau bantu sekarang, PAS kata dia yang buat. Projek gomen federal JKR Kelantan buat pun orang PAS kata bukan gomen federal buat - JKR yang buat, kata depa. Pokman, Pokdo, Poksu caya sokmo. Kesian, depa tak faham. PAS yang menipu.
Saya tak suka Pas tapi bukan lah tak bersebab. Sebabnya adalah bila Pas sanggup bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Umno (BN). Saya akan tabik dekat Pas andai dia berjuangan sendirian atau join dengan Umno.
Walau apa pun, pada saya Umno dan Pas ada ciri utama yang sama yang membuatkan saya tak bolek nak tolak. Apa dia ... Umno itu melayu dan Umno itu islam, Pas juga melayu dan Pas juga islam. Yang membezakan Umno dengan Pas hanyalah kerana ... Umno buat kawan dengan cina MCA dan cina Gerakan, dan Pas buat kawan dengan cina DAP dan sedikit cina PKR.
Kita rakyat melayu yang biasa ni jangan jadi bodoh. Kita rakyat melayu Umno dan melayu Pas .. tak ada apa2 masalah.
Yang bermasalah adalah pemimpim, kerana mereka tu berebut nak berkuasa, mereka yang jahat, mereka yang pengaruhi supaya kita melayu Umno dengan melayu Pas jangan bersatu.
Kalau kita rakyat melayu bersatu mengikut cara kita, pemimpin politik yang jahat tak kira lah yang pakai topeng islam kah atau topeng kebangsaan kah .. mereka akhirnya akan mati kutu begitu saja.
Ayoh bangsa ku .. jangan jadi bodoh kerana bersemangat islam sampai sanggup membuang kebangsaan atau kerana bersemangat kebangsaan samnpai sanggup buang semangat islam.
Yang paling selamat adalah .. jaga kedua2nya iaitu melayu dan islam.
Hj Mansuh
Cerita dan komen semua penuh dengan kepentingan politik saje.
Umno bila dah nak mati lemas baru teringat saudara. Baru keluar cerita sebangsa dan seagama dan ugut serta buat cerita dongeng tentang musuh kafir harbi lah, komunis lah, illuminati lah dan macam -macam lagi.
Taktik 54 tahun sebelum setiap pilihanraya, mengeluarkan cerita macam ni tak habis-habis lagi ke?
Kali ni, mungkin kerana PR semakin kuat menentang BN dan rasa tergugat maka UMNO cuba pulak meminang PAS semula atas dasar sebangsa dan seagama. Apa benda ni? PKR tu bukan saudara seagama dan sebangsa juga ke?
PAS memang merupakan parti dominan dalam PR yang akan menentukan samada Anwar jadi PM ke tidak walaupun kerusi yang ditanding kurang berbanding PKR.
Ni, kerana dah terbukti yang menyebabkan kemenangan PR dalam 4 negeri semasa pilihanraya 2008 adalah sokongan semua rakyat tak kira bangsa atau agama kepada PR. Yang cerita lain tu kerana Hindraf ke atau TDM sabotaj ke atau TAB tidur ke atau calon UMNO yang tak kredibel ke, tu hanya cerita nak menyedapkan kekalahan saje.
Sebenarnya, yang menyelamatkan BN yang masih kekal kuasa kat Persekutuan ialah sokongan rakyat negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang digelar simpanan tetap undi BN. Kenapa bagitu? Di sana pun ada UMNO dan parti-parti BN lain yang macam kat sini jugak? Kenapa rakyat kat sana menyokong parti BN pulak? Kat Malaysia Timur, bilangan Melayu pun kurang berbanding kat Malaysia Barat ni.
Mungkinkah cara berpolitik kat Malaysia Timur tu berlainan? Adakah realitinya, cara berpolitik mendapat sokongan ramai rakyat kat sana kerana tidak sangat menekankan agenda sebangsa dan seagama dan lebih kepada cara 1Malaysia?
Rasanya rakyat Malaysia Timur lebih cerdik berbanding rakyat kat Malaysia Barat ni. Mereka lebih pentingkan muhibah dan kemuafakatan demi kesejahteraan negeri serta negara.
Berapa kerusi kat Parlimen sebenar yang majoriti Melayu? Kalau ikut agenda Melayu saje dan menang atas agenda ni, boleh ke, menguasai Parlimen? Rakyat Malaysia Timur pun dah cerdik mengetahui mereka mempunyai kuasa menentukan siapa yang akan jadi PM kelak.
Yang menyebabkan UMNO semakin lemah dan merosakkan kepercayaan semua rakyat sebenarnya ialah kumpulan-kumpulan kepentingan dan NGO-NGO yang asyik memainkan agenda bangsa dan agama saje. Sesetengah mereka yang dari kawasan majoriti Melayu bolehlah mainkan lagu sedap ni untuk menang kat kawasan mereka, tetapi bagaimana pulak kat lain-lain tempat? Main lagu berbedza ke? Hipokrit kan bagitu?
Rakyat keseluruhan dah semakin cerdik dengan permainan semua ni. Mereka dapat tau yang mana retorik dan yang mana ungkapan ikhlas. Permainan agenda sebangsa dan seagama mengikut masa tertentu selama 54 tahun dah lapuk dan hanya kepunyaan modal politik orang-orang tidak berkeyakinan diri sendiri dan cuba menakut-nakut orang lain untuk mendapat undi saje.
BN terutama UMNO harus berubah agenda kalau masih hendak berkuasa. Menyakinkan rakyat keseluruhan mendapatkan undi mereka atas kepercayaan dapat memimpin dengan iklas dan jujur hendaklah diutamakan daripada memainkan lagu sebangsa dan seagama, ni.
Kalau tak berubah, maka ungkapan "Won the Battle, lost the War" memanglah tepat akan terjadi. Seumpamanya ialah "Menang sorak, kampung tergadai"
Sahabat Jebat.
Sahabat yang nak kena sebat,
Kau kata "Cerita dan komen semua penuh dengan kepentingan politik saje."
Tapi kau punya pun begitu. Kau bodoh ke, memang jenis Pembangkang cakap tak serupa bikin?
Mamat sahabat Jebat
Kau ni aku kenal. Dari cara kau sign off. Dua tiga spacing sebelom kau tulis nama kau.
Pakai banyak nama samaran. Aku tak kisah. Kalau kau ada hujah. Tapi kau kanya menjelajah.
Menuduh Umno macam macam. Hingga aku yang tak ahli Umno pun terasa nak jadi ahli Umno. Sebab meluat dgn mulut rebeh mcm kau.
Benda Allah 11:18 PM tu kata "Taktik 54 tahun sebelum setiap pilihanraya".
Dah berapa ratus tahun kita ada pilihanraya.
Cakap main lepas saja ni konon nak harap sampai ke Putrajaya. Pooodah, Ampang Jaya pun tak tahu sampai ke tidak.
Sahabat Jebat kata "PAS memang merupakan parti dominan dalam PR yang akan menentukan samada Anwar jadi PM ke tidak walaupun kerusi yang ditanding kurang berbanding PKR."
Betul ke?
Aku degor DAP tanding 90 kerusi, tinggal 130 kerusi utk PKR & PAS.
Kalo "kerusi yang ditanding kurang berbanding PKR", mcm mana nak kata PAS dominan?
Mcm ni cakap korang nak ke Putrajaya ke?
"UMNO cuba pulak meminang PAS semula atas dasar sebangsa dan seagama. Apa benda ni? PKR tu bukan saudara seagama dan sebangsa juga ke?" -
Sori le. PKR tak masuk buku pun. Main bontot punya orang, nak pertahankan Yahudi Israel, sapa nak?
ramai pengundi dah sedor 3-4 tahun pkr merintah pun dah banayk tahi. kalau lebih lama, lebih teruk.
ramai pengundi dah kata mereka nyesal undi pr di 2008 dulu. tun dol badawi dah tak ada kuasa sekarang. nak undi bn semula.
najib kerja kuat. banyak rakyat melayu cina india bumiputera sabah & sarawak sedar perlu beri bn mandat kuat di pru13.
buat sementara waktu, korang mimpi lah banyak mana korang mau. sebantal dengan kafir harbi, mimipi pun mungkin pasal babi. hudud korang pun karpal hentam bertubi tubi.
Kenapa xske PAS sb die pakat nga DAP?UMNO pon pakat nga MCA n MIC..mca dan micpon non-muslim..rakyat klntan plh pas bkn sb syurga y djanjikn..tp cara hidup dan pimpinan..bg atau royalti, kelantan tetap plh pas..cuma persoalannya, jika rakyat kelantan mmg berhak ke atas royalti itu, kenapa PM menyekat hak rakyat?sekiranya bkn kerna politik..bkn kah undi itu hak rakyat?demokrasi kah kita dgn menyekat hak rakyat hanya kerana tidak memilih BN?
pas pasal duit dan betina memang tak boleh percaya langsung, teman dah jelak bila sebut pas, seduit tak boleh pakai, samada berjubah ke, lebai ker.. ustaz kelantan ker.. termasuk pok nik aziz sendiri..
kalau ditakdirkan kelantan mendapat royalti minyak..alamat pemimpin pas termasuk nik aziz akan joli katak ler.. rakyat kelantan merempat juga menjadi sampah di negeri lain. sampah yang membawa lebih banyak penyakit busuk hati..
Siapa yang menindas sesama umat ni? Siapa yang menghina umat Islam? Macam ini kah contoh Islam ala umno? Tidak sanggup membayar wang royalty kononnya atas sebab bersepakat dengan kafir harbi?
Bukan kah umno juga bersekongkol dengan mca, yang menentang hudud secara total?
Mca bukan kafir harbi ke?
Menyampah dan otak sampah lagi bodoh betul penyokong umno.
10:02 AM,
Sapa cakap tak sanggup membayar wang royalty kononnya atas sebab bersepakat dengan kafir harbi? Tak pernah aku dengor orang cakap begitu. Mengarut kamu cakap begitu.
umno juga bersekongkol dengan mca, tapi UMNO tak perjuangkan Hudud, tak macam PAS. PAS pun puak Erdogan tak mahu Hudud dan negara Islam. Puak Ulama' saja yang pungut semula Hudud selepas Erdogan dah buang di Mukatamr PAS 2011.
Kamu lah yang otak sampah lagi bodoh, bukan penyokong UMNO. Kita orang bijak bijak belaka. Kalau pandai cuba jawab apa aku cakap. Jawab dengan tepat lah betul tidak apa aku cakap.
Post a Comment