Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 06, 2012

Selamatkan Akidah Umat Islam

2:17 PM Posted by RIDHUAN TEE 34 comments
Artikel ini mendapat liputan meluas dalam laman web ultra kiasu Malaysianinsider

Sinar Harian 6 Ogos 2012

Kempen “Selamatkan Maryam” atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia sedang hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap tahun.  Logik atau tidak, sama-samalah kita fikirkan. Pada hemat saya, mengambil kira situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan.

Antaranya faktornya adalah (i) kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan orang menjual akidah, (ii) tidak ada perlindungan terhadap Islam dalam perlembagaan, (iii) tidak ada program yang tersusun yang serius untuk menyelamat akidah umat Islam, (iv) saiz negara yang begitu besar, mempunyai lebih  13 ribu buah pulau, menyebabkan sukar untuk dikawal jika mengamalkan sistem demokrasi, (v) agama Islam hanya tinggal pada nama dalam Pancasila, (vi) nama-nama dan cara hidup sudah tidak membezakan antara Islam dengan Kristian, (vii) kebebasan media yang keterlaluan, (viii) tidak ada tindakan dilakukan jika ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, (ix) membenarkan perkahwinan antara agama dan sebagainya.

Negara Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Namun, kini tidak lagi. Hanya tinggal 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 jumlah keseluruhan. Selebihnya telah meninggalkan agama yang maha suci ini.

Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada tahun 2035, Indonesia akan menjadi sebuah negara majoriti Kristian. Jika perkara ini berlaku, ia merupakan satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu,  sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan.

Gerakan Kristianisasi tidak kurang hebatnya di sini. Apa yang berlaku di Indonesia ini, cuba dipraktikkan di sini atas nama hak asasi manusia. Kita bernasib baik kerana terdapat perlindungan terhadap Islam dan perlembagaan. Jika tidak, apa akan terjadi kepada orang Melayu? Saya tidak dapat bayangkan. Sebab itulah, saya selalu berkata, undang-undang sebegini tidak lapok. Rujuklah perkara 3(1), 11(4), 12(2) dan lain-lain lagi dalam perlembagaan persekutuan.

Saya amat mengharapkan kerajaan Malaysia sentiasa sensitif dengan perkara ini, walaupun ada pihak yang sinis, mengatakan, kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya? Jawapannya, negara kita berbeza dengan negara lain.  Kita mesti bersedia berhadapan dengan perancangan jahat orang lain.

Selain persediaan akidah yang mantap, kekuatan pertahanan dan keselamatan hendaklah dilakukan bersekali.  Firman Allah S.W.T dalam surah al-Anfal ayat 60: “Dan bersedialah untuk menghadapi mereka( musuh-musuh Islam ) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi”

Ingatlah, perancangan Kristian begitu tersusun dan licik. Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah ‘gagal’ dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Kini, mereka mengalih usaha mereka ke rantau ini. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian. Mereka ini apabila memeluk Kristian, lebih ekstrem daripada Kristian di barat. Inilah yang sedang berlaku di Indonesia. Inilah juga perancangan jahat InterFaith Commission (IFC) dengan 14 tuntutannya, yang mahukan kerajaan mengiktiraf mereka.

Mengikut sumber, gerakan Kristianisasi turut memberi khutbah pada hari jumaat bagi mengelirukan umat Islam. Penggunaan kalimah Allah, iman, solah dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa. Selain itu, mereka menyediakan talian hayat dan bantuan secara percuma kepada yang memerlukan. Lebih hebat lagi, mereka telah mempunyai sistem telekomunikasi sendiri atau siaran televisyen secara percuma.

Ingatlah wahai saudaraku, orang Indonesia itu juga adalah saudara kita. Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh.  Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang bersaudara dengan seseorang kerana Allah, nescaya Allah akan mengangkatnya ke suatu darjat di syurga yang tidak dapat diperolehi dengan sesuatu dari amalnya” (Riwayat Muslim). Dalam hadis Baginda menyebut; "Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari).

Kita masih boleh menarik nafas lega di sini. Itupun kita masih tidak dapat memastikan nasib pembantu-pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikankan orang bukan Islam. Sejauh manakah nasib dan hak-hak mereka terbela? Kita sudah biasa mendengar, bagaimana pembantu ini Islam tidak dibenarkana bersolat, memotong dan menghidangkan daging babi, menjadi hamba seks dan sebagainya. Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat.

Akhirnya, marilah kita menyambut dan menyahut kempen savemariam. Paling utama dilakukan ialah memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam.

34 comments:

Anonymous said...

KENAPAG GUNA SLOGAN 'SAVE MERIAM', BUKAN GUNA SLOGAN 'SELAMATKAN UMAT ISLAM'

Anonymous said...

Malaysian Insider tu terbitkan rencana ini fasal apa? Pengarangnya nama pelik di gambar pakai kupiah Taliban pasal apa? Dia Melayu/ Islam ke?

Kalau tidak, dia sengaja nak menaikkan semangat benci sebab renca itu nampaknya mengahsut, mendakwa ramai rakyat Indonesia murtad. Dakwa memang dakwa, atau menuntut, tidak semestinya benar. Nampak macam dakyah propaganda puak Kristian saja.

Tapi bedebah punya Malaysia Unsider jika niat busuk.

Anonymous said...

Saudara RT

Itu keadaannya yang sedang berlaku di Indonesia. Kalau kristian semakin berkembang, bukan mustahil akhirnya islam akan jadi minoriti di Indonesia satu hari nanti.

Kenapa jadi begitu ????

Kerana tiada campur tangan dari pihak pemerintah .. tiada undang2 untuk menyekat penghijrahan muslim kepada kristian.

Tetapi kenapa kedaan itu sukar untuk berlaku di Malaysia .. kalau pun berlaku ia adalah kes terpencil sahaja.

Kerana kerajaan Umno yang di tuduh kafir dan taghut ini masih mempunyai kuasa untuk mengawal dan memelihara maruah islam di negara ini.

Kepada anda yang sangat fanatik kepada Pas ... buka mata dan lihat lah keadaan yang berada di sekeliling negara Malaysia .. jangan setakat melihat keadaan dalam negara kita sahaja ... cuba bandingkan nasib islam di Malaysia dengan islam di negara lain ... bagaimana nasib umat islam Rohingya di Myanmar dan terbelakah nasib umat islam Fatani di Thailand ???

Kepada umat melayu yang menjadi pengikut Pas ... adalah amat malang jika anda menilai darjat islam seseorang itu hanya berpandukan kepada penampilan ... berserban, berjubah, berjanggut, dahi hitam, mata bercelak dan berkopiah putih. Bebaskan diri anda dari belengu kolot itu kerana islam tidak terletak pada pakaian.

Kalau pakaian serupa itu mahu dikata tinggi darjah keislamannya, maka bagimana dengan orang2 seperti RT yang tak pernah berjubah atau berkopiah putih dan tidak berdahi hitam tapi mereka tak jemu2 menyampaikan seruan islam ... adakah darjah keislaman mereka lebih hina daripada seorang pengikut Pas yang matanya bercelak, dahinya hitam, berserban besar (ikut fesyen Nasrudin Tantawi), berjubah dan berjanggut panjang sampai ke pusat .. tapi kencing orang tak habis2.

Sungguh malang bagi orang Melayu kerana mereka menyempitkan fahaman islam mereka tak ubah macam masyarakat melayu sekitar tahun 60an dulu.

Hj Mansuh.

Anonymous said...

Tolong betulkan saya jika saya tersilap ... pada pengamatan saya :

" Pas sebenarnya sedang berkerja keras untuk menghancurkan islam di negara ini "

" Pas sebenarnya sedang bekerja untuk membantu DAP mencapai cita2 menguasai Malaysia sebagai mana PAP menguasai Singapore "

Walau apa pun saya lebih menghormati Karpal Singh daripada hormat kepada Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Tantawi .. kerana :

" Karpal Singh sanggup mati untuk menghalang negara islam dan hudud, tapi sanggup mati kah Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Tantawi untuk menentang Karpal Singh "

Fikir2 lah sebelum tiba PRU 13.

Hj Mansuh.

Anonymous said...

selamat dan perbetul kan islam disini sebelum kesana. hancur kan kristianisasi di malaysia.

Le Chevalier said...

sy sgt bersetuju dgn hujah2 yg diberikan walaupun hakikat mutlaknya menyalahkan org lain kerana kegagalan menjaga aqidah sendiri ialah suatu kebodohan namun hujah2 yg diberikan amat bernas dan berkualiti.

setuju juga bahawa negara perlu ada undang2 untuk menghalang gerakan murtad sebegini.

namun ada juga yg cetek otaknya dgn hujah politik, menyalahkan parti PAS dgn dakwaan yang entah muncul dari mana.

cuba tanya sikit pada org sebegini, parti DAP tu bertanding berapa kerusi di parlimen? takkan itu pun tak mampu nk berfikir?

tak hormat ulama tapi nk bela islam. macam mana tu?

tolong jawab sikit hj. mansuh.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.
Saya admire courage Dr untuk menulis article as controversial as this.
Sememangnya ini adalah satu soalan besar kenapa rakyat kita yang rata-ratanya orang Islam yang berkemampuan untuk bersedekan, tidak membantu saudara kita di Indonesia, sebaliknya kita memandang rendah kepada mereka?
This is one fact which I still struggle to understand.
Bukankan Islam menggalakkan kita untuk membantu orang yang kurang bernasib baik? I do agree that we should help them so that they will not fall into the traps of those christian missionaries who use money/food in exchange of giving up one's faith.
And you are right. Our government does have a role in determining the fate of fellow Muslim sisters that came into our country as helpers.
But unfortunately, inilah negara kita..
I am worried about bringing up my children in our society today, but with people such as you still out there, fighting to straighten what is wrong in our society today, Islam will insyallah remain stronger than ever.
All I can say is keep up with your dakwah. There are people out there who appreciate your views.
Insyallah the change will come.

Salam,
WM

Anonymous said...

Le Chevalier tanya Hj Mansuh jawab :

" tak hormat ulama tapi nk bela islam. macam mana tu? tolong jawab sikit hj. mansuh ".

Kamu silap kata saya tak bela islam hanya kerana saya tak hormat sekoq dua ulamak dalam Pas.

Mungkin bagi kamu mereka tu ulamak sangat lah. Tapi pada saya mereka hanya lah sekadar menjadi tukang karut saja .. mereka banyak mengarut sehingga orang dah tak nak pakai cakap mereka lagi .. fatwa halal haram mereka lebih bermotifkan politik yang mereka perjuangan.

1. Nik Aziz mengarut sangat bila buat fatwa syurga kepada mereka2 yang sokong dan menganut agama Pas .. kasihan Nabi Muhamad dan para sahabat dan entah dimana mereka sekarang (mungkin tidak berada dalam syurga) kerana mereka tak berpeluang untuk menyokong dan menganut agama islam Pas.

2. Hadi Awang berpuluh tahun menipu orang melayu bahawa orang islam dituntut berjuang untuk menegakkan agama islam. Ramai orang melayu yang termakan fatwa Hadi Awang mati kerana nak menegakkan negara islam .. diantara yang boleh ditakrifkan sebagai "mati katak" (mati syahid bagi orang Pas) adalah Ibrahim Libya. Tapi akhirnya Hadi Awang sendiri bagi tahu orang melayu .. dalam quran tak ada negara islam, yang ada ialah negara berkebajikan. Walau pun begitu masih ada lagi orang melayu yang menerima Hadi Awang sebagai ulamak .. Karpal Singh lebih mulia dari Hadi Awang kerana dulu dan kini tetap "over my dead body" sedangkan Hadi Awang dulu "negara islam" kini "negara berkebajikan".

3. Nasrudin Tantawi barang kali baru belajar nak berbohong. Tapi bohongnya tak menjadi sebab semua orang melayu termasuk yang masih dalam buaian lagi tahu bahawa "Karpal Singh sanggup mati untuk menghalang Malaysia jadi negara islam dan melaksanakan Hudud" .. tapi Nasrudin bagi tahu orang melayu "Karpal Singh dah cool dah". Kenapa Nasrudin tak jawab bila Karpal Singh kata dia "radio buruk".. ?? Kalau Karpal sanggup mati kerana negara islam, tak kan Nasrudin tak berani mati kerana radio buruk ???

Saya harap saya dah menjawab pertanyaan kamu saudara Le Chavelier .. I love islam the way I do.

Fahaman bahawa umat islam mesti berjuang menubuhkan negara islam dan mesti melaksanakan Hudud .. itu hanya lah kepada para penganut islam Pas sahaja tapi tidak kepada jumlah terbesar orang melayu yang menganut islam universal.

Hj Mansuh.

Anonymous said...

Siapa yang bagi permit pembantu rumah Islam dibenarkan bermajikan orang bukan Islam?

Ngapa tak keluarkan lebih ramai permit pembantu rumah bukan Islam dari negara Filipina, Myanmar, India, China, Thailand dsbnya?

Salah siapa ni? Kerana wang ke, semua diam?

Dulu-dulu Indonesia negara Buddha, kemudian Hindu dan hari ni ramai yang Islam.

Kalau benarlah apa yang dikatakan, ngapa tak pi Indonesia tolong berdakwah kat sana? Takut ke atau cuma pandai berdakwah kat blog-blog dalam bilik air-con saje.

Atau tujaan sebenarnya cerita sabagini ialah bermotif politik untuk menakut-nakutkan penyokong Melayu yang lemah akidahnya?

Ngapa RT ni kalau hebat sangat dakyahnya, tak balik China dan cuba Islamkan berbilion orang sebangsanya? Kan lebih senang bagitu? Malaysia cuma 27 juta penduduk saje.

Tak dapat cari makan kat lain tempat, kut?

Anonymous said...

Hj Mansuh,

Saya setuju dengan banyak yang Sdr kemukakan di sini.

Tapi saya fikir takda orang PAS yang nak jawab. Depa tak sanggup. Sebab dah celaru pendirian puak puak dalam PAS, puak ini cakap itu, puak itu cakap ini. Umpamanya fasal Hudud.

Depa dah keliru, atau takut nak cakap apa. Jadi, kalau depa tak respon, boleh kita anggap apa yang Sdr cakap tu betul lah.

Anonymous said...

WM,

Saya fikir keadaan begitu di kalangan Kerajaan kita sebab Melayu/ Muslim lemah akibat di pecah belahkan oleh PAS dan PKR, di sorak dan geceh dek DAP tak habis habis.

Lihat sahaja isu kalimah Allah. PAS sokong Kristian menggunanya.

Itu sebab kita kena beri undi kapada UMNO/BN dan pujuk seramai mana yang lain berbuat demikian. Bila kuat dengan 2/3 majoriti lagi, saya fikir Kerajaan akan berani tegas dan tegar pendiriannya.

Ha nya UMNO/BN saja yang boleh membalikkan keadaan seperti dulu. PAS dan PKR akan di perkudakan dek DAP. Jika mereka naik, akhirnya Hudud tak tahu kemana, tak dengar cerita kuasa Melayu - Nik Aziz cakap "Ambo buke' Melayu, Isle je". Dan Anwar cakap fasal Ketuanan rakyat, melawan Ketuanan Melayu, demi mendapat undi punya pasal.

Jangan khuatir dengan masa depan anak anak. Kita cuba tentukan Melayu kuat cara menaikkan UMNO. Saya tak fikir PAS mahu bersatu - sudah berkali kali di cadangkan, termasuk makan malam di Istana Trengganu di hujung tahun dahulu, tapi tak di peduli Nik Aziz dan Hadi Awang sebab puak Erdogan yang di pengaruhi Anwar Al Juburi tak setuju.

Anonymous said...

4:40 PM,

Kamu mahu ada yang meresap tak balik ke negara mereka dan menambahkan orang bukan Islam di negara ini ke?

Apa kena mengena dulu Indonesia negara Buddha, kemudian Hindu dan hari ni ramai yang Islam?

Ngapa kau tanya ngapa tak pi Indonesia tolong berdakwah kat sana? Orang cakap pasal keadaan di Malaysia dan apa yang perlu di lakukan di negara ini lah, Mamat.

Apa pulak "bermotif politik untuk menakut-nakutkan penyokong Melayu yang lemah akidahnya"? Kamu tak kisah ke Melayu murtad? Kamu bukan Melayu, bukan Islam ke?

Ngapa kau nak mencaci RT pulak? Kau ultra kiasu ke? Cakap kau bodoh, kau marah. Jangan cari kena cakap bodoh lah. Jangan mengata penulis dengan tak ada hujah yang masuk akal.

Buatbest said...

selamatkan aqidah umat islam..

Anonymous said...

Bagus "Artikel ini mendapat liputan meluas dalam laman web ultra kiasu Malaysianinsider." Dapat pembaca pembaca ultra kiasu di sana tahu apa yang di perkatakan.

Saya tak mahu baca apa yang di tulis penjangak, pembohong, pembelit itu. Kita tinggal mjomen pun mereka tak siarkan. Demokratik, konon. Demokratik kepala hotak mereka.

Kita tahu MI telah di saman dek bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli, berjuta juta Ringgit kerana melaporkan bohongan, fitnah dsbnya. Menggeletar lutut Pengarangnya, terdiam beberapa hari, kemudian meminta ma'af bertalu talu di dalam blognya dan di media prima beberapa hari. Bukti sah mereka jenis membelit.

Anonymous said...

Indonesia dapat Merdeka dengan titisan darah. Pertempuran dengan askar Belanda bertahun tahun. Bila menang, dapat Merdeka, mereka terbawa bawa. Akidah sudah mula runtuh di zaman itu lagi.

Timbul pula pemerintahan Sukarno. Dia sendiri longgar akidahnya. Kahwin Jepun, prempuan kelab malam yang di kenalinya masa lawatan ke Japan. Lagi rosak akidah Islam di sana.

Pemerintahan Suharto di alu alukan kerana menjatuhkan diktator Sukarno. Tapi Suharto pun hilang akidahnya pada penghujung pemerintahan nya. Dia sendiri rasuah bersama dengan anaknya. Dia mati didalam tahanan(?), sebagai orang tua yang merana dan menderita.

Apa hal pun, sebagai orang Muslim, kita perlu bantu mana yang kita terdaya. Sekurang kurang nya sokongan moral kapada usaha usaha mereka menaikkan akidah Islam.

Dan jaga akidah Islam kita di negara ini. Sudah kelam kabut di buat oleh orang politik sekarang. Kita teruskan lah kata kata untuk membuka mata dan telinga pemimpin parti parti politik di sini juga.

Anonymous said...

Mufti Pahang kata haram sokong pihak (parti) yang menentang islam.

Ada kah parti yang menentang islam ?
DAP tak tentang islam, dia cuma kata dia membantah keras penubuhan negara islam dan perlaksanaan Hudud.

Mursidul Am DAP Karpal Singh kata " langkah mayat aku ", itu dia saja2 nak bergurau dengan Tok Guru Nik Aziz saja.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Hj Mansuh,

Yang ni saya tak setuju.

DAP dah lama di kenali sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Lihat lah Theresa Kok dan gerombolannya, azan pun nak di komplenkannya. Pada hal Islam ada lah agama negara ini seperti tercatit di Perlembagaan negara.

Dulu di beritakan ada kumpulan padri nah tubuhkan Republik Kristian ke apenamanya. Bermesyuarat di hotel di Penang. Di hebohkan. Polis menyiasat. Tak dengor berita pulak apa kesudahannya. Tapi takda siapa menafikan adanya mesyuarat itu.

Anonymous said...

Hahaha Hj Mansuh,

Tau le mike' me' nak menyindir orang PAS tu.

"Karpal Singh kata "langkah mayat aku", itu dia saja2 nak bergurau dengan Tok Guru Nik Aziz", hahaha.

Tapi orang PAS tak sedor kot. Aku kagum Karpal, aku kagum Karpal, kata Nik Aziz. Kesian.

Anonymous said...

Kpd mereka yang kata, "kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya?", ini dia jawapan saya:

Perlembagaan negara menyatakan Islam ada lah agama negara ini. Mesti di hormati dan jangan cuba di lawan secara menambahkan jumlah mereka secara pergerakan mubaligh atau missionary activities. Jangan "disturb the status quo" berkenaan nisbah jumlah penganut Islam dan penganut Kristian.

Itu sebab cubaan menggunakan kalimah Allah di kitab mereka dalam Bahasa Malaysia telah di bantah dan di tentang. Kitab kitab Kristian takda istilah Allah, Istilah Tuhan sudah mencukupi, sesuai dengan konsep The Trinity of the Father, the son and the holy ghost, tidak sesuai dengan istilah Allah, Tuhan yang hanya Satu.

Itu sebab juga selepas Merdeka padri padri mubaligh Krsitian yang bersepah di Semenanjong pada masa itu telah di hentikan kebenaran tinggal di sini. Mereka telah lari ke Sabah dan Sarawak. Apabila Malaysia di tubuhkan, Sabah dan Sarawak pun menyelaraskan pendirian mereka terhadap peruntukan Perlembagaan berkenaan Islam sebagai agama negara ini, dan telah juga menghentikan kebenaran padri padri asing tinggal di sana.

Hormati Perlembagaan negara. Hormati peruntukan Islam sebagai agama negara ini. Jangan cuba "disturb the status quo".

The Screw said...

alhamdulillah... saya juga dah menderma... semoga Allah memberkati usaha murni ini...

Unknown said...

Sebab tulah dunia ini ibarat Neraka bagi islam dan Syurga bagi kafir. Tentang "Save Maryam" memang patut tunjuk keajaiban masjid semasa berlaku Tsunami. Tetapi sekarang orang Indonesia masih lupa.... sebab tulah orang saudara2 kita senang dapat bala, tetapi orang2 baik yg mati dulu.

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'.
( Surah al-Asr : 1-3 )

Unknown said...

Sebab tulah dunia ini ibarat Neraka bagi islam dan Syurga bagi kafir. Tentang "Save Maryam" memang patut tunjuk keajaiban masjid semasa berlaku Tsunami. Tetapi sekarang orang Indonesia masih lupa.... sebab tulah orang saudara2 kita senang dapat bala, tetapi orang2 baik yg mati dulu.

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'.
( Surah al-Asr : 1-3 )

Unknown said...

Patutlah dunia ini ibarat neraka bagi orang2 islam dan syurga bagi orang2 kafir. Tak payah tunjuk slogan "Save Maryam" sebaiknya tunjuk keajaiban masjid semasa berlaku Tsunami di Indonesia sudah. Kesian saudara2 kita di sana dapat bala tetapi malangnya orang baik yang wafat.

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'.
( Surah al-Asr : 1-3 )

Anonymous said...

Kepada Anon 4.40pm Aug 7,

Soalan kamu mengapa Dr RT tak balik China utk menjalankan dakwah...

Saya jawab dgn soalan juga, apa usaha kamu untuk jalankan dakwah Islam di tempat tumpah darah kamu sendiri? (saya andaikan kamu adalah bangsa Melayu & beragama Islam.

Kebanyakkan org Malaysia kenal Dr RT amat konsisten dlm usaha beliau berdakwah. Dibandingkan dengan beliau, kamu siapa yg kenal? Apa blog kamu?

Justeru jangan mudah untuk memperlekehkan usaha seseorang sebelum menilai kemampuan diri sendiri.

Saya doakan agar saudara dibuka pintu hati untuk sama2 berdakwah mengajak kebanyakkan bangsa kita yg masih lalai & alpa tentang Islam.

Basikal Baru

Anonymous said...

Aku dah tak tau nak kata apa lagi dengan penganut2 islam Pas ni. Sebabnya mereka2 ni lebih mendengar cakap Nik Aziz daripada mendengar perintah tuhan dalam quran. Kadang2 terfikir juga aku mungkin pada mereka Nik Aziz ni mungkin sama taraf dengan Ayatollah Khumaini di Iran sampaikan orang ramai berebut2 nak ambil cebisan kain kapan dia untuk mendapat berkat.

Pada aku ni Aziz ni tak ada apa hebatnya pun. Ayat "langkah mayat aku" yang dilontarkan oleh Karpal Singh kepadanya samapi hari ini dia tak berani jawab. Ayat Nik Aziz yang berbunyi "Karpal kata mace tu kerana Karpal tu dah tua dan nyanyuk" bagi aku bukan lah jawapan kepada ayat "Langkah mayat aku".

Nik Aziz ni seorang pemimpin islam Pas yang pengecut dan yang mudah kena tipu. Tengoklah dengan Lim Kit Siang yang menjadi pencetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dia boleh bersalam dengan begitu mesra sekali.

Tahu kah dia apa yang ada dalam kepala Lim Kit Siang. Aku yakin dalam kepala ada ingat "kalau aku dah berjaya jadi PM, kalau malaysia dalam tangan DAP, kalau lu dan Pas berani sebut negara islam, kalau lu dan Pas berani sebut hudud, gua akan hantar lu dan pemimpin2 Pas pergi makan angin jauh2 dan tak akan balik2 lagi dah ".

Yang peliknya kita orang melayu yang bukan ahli Pas takut nak buat kawan dengan Lim Kit Siang, tapi orang tua nyanyuk nih pulak duk pujuk puak2 dia "tak po mu jange takut denge cino ni sebak dia dah terimo isle dah tingga lagi dia belum sampai seru nak peluk isle sajo. pado ambo lim kit siang ni fahe isle jauh lebih baik dari datok najib lagi. pada pru 13 ni kalu mu sokong ambo mu kena lah juga sokong lim kit siang. mu sokong lim kit siang supo lah mu sokong isle". Haa macam tu lah bunyinya sabda nik aziz kepada para pengikutnya.

Ikut cakap Nik Aziz .. silap2 rosak islam dan lingkup melayu.

Hj Mansuh.

Anonymous said...

Shah Lomyon,

Itu sudah kuasa Tuhan, bukan dunia ni ibarat neraka bagi Islam. Indonesia di kelilingi apa pakar pakar kajibumi panggil "Ring of Fire", ia itu gunung berapi di daratan dan dalam lautan, selalu meletup dalam sejarah. Banyak negara lain pun kena gempa bumi juga, termasuk Jepun.

Kita kena sentiasa cuba lah dengan apa yang kita terdaya supaya kurangkan keadaan "neraka di dunia" ini. Di negara ini keadaan neraka di timbulkan oleh orang orang politik, memecah belahkan bangsa Melayu dan ummat Islam. Menggunakan undi dengan baik ada lah suatu yang kita senang terdaya.

Anonymous said...

Le Chevalier,

Saya nak menyempil jawab so'alan Sdr kpd Hj Mansuh -

Setuju tnya "DAP tu bertanding berapa kerusi di parlimen? takkan itu pun tak mampu nk berfikir? .. menyalahkan org lain kerana kegagalan menjaga aqidah sendiri .."

Tapi yang "menyalahkan parti PAS" tu saya fikir dakwaan mereka muncul dari hati sanubari dan fikiran sendiri.

Setuju juga kata kata Sdr "tak hormat ulama tapi nk bela islam." Ini lah masalah kita bila orang menggunakan Islam di nama parti dan mempolitikkan Islam untuk tujuan parti.

Anonymous said...

Apa salahnya kalau seseorang menukar agama ?
Jika seseorang ingin memeluk agama lain , mengapakah kita harus menghentikan .
Betulkah agama lain adalah tidak benar ?

"Ingatlah, perancangan Kristian begitu tersusun dan licik. Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia." Kata RT .
RT ,apa maksud "licik" yang anda maksudkan ? Adakah anda menghina agama lain ?
Bukankah kita harus memghormati agama lain .

Apa salahnya mereka mempunyai kewangan yang mantap ?
Agama Islam turut boleh mempunyai kewangan yang mantap .

Apa salahnya mereka menyediakan talian hayat dan bantuan secara percuma kepada orang yang memerlukan ?
Bukankah agama mengajar kita nilai tolong-menolong .

Apa salahnya mereka mempunyai telekomunikasi sendiri atau siaran televisyen secara percuma ?
OIC turut mempunyai telekomunikasi sendiri .

Anonymous said...

Mengapakah kita perlu mengkategorikan seseorang dari segi agama ?
Bukankah semua agama kecuali agama sesat mengajar kebenaran atau hanya agama Islam mengajar kebenaran ?
Mengapakah kita perlu menghalang seseorang menukar agama Islam kepada agama lain di Indonesia?Tetapi kita tidak menghalang seseorang menukar agama yang lain kepada agama Islam di Malaysia .Seseorang ingin menukar atau menganut agama lain adalah atas keinginn mereka sendiri tiada siapa yang dapat memaksanya .
Sebagai contoh ,RT menukar agama ke agama Islam , adakah ada orang lain yang menghalang anda menukar agama ke agama Islam .Sudah tentu ,tiada orang dapat menghalang anda . Jika seseorang ingin menganut agama lain ,tiada sesiapa dapat menghalangnya .

Jika kita menghalang seseorang menukar agama Islam kepada agama lain di Indonesia , bukankah ini dipanggil “memaksa” .Adakah agama Islam mengajar memaksa ? Sudah tentu , aku percaya TIDAK sebagai jawapan .
Mengapakah kita perlu mengkritik pihak Kristian yang memberi bantuan yang percuma kepada penduduk di Indonesia ? Bukankah agama Islam ada mengajar nilai ini ? Sudah tentu , aku percaya agama Islam mengajar nilai ini juga .Adakah pihak Kristian mempunyai kewangan yang mantap merupakan kesalahan ? Tepuk dada tanya selera .

Anonymous said...

11:20 PM,

Takda salahnya kalau seseorang menukar agama, asalkan bukan dari Islam.

Islam ada lah "agama negara ini". Seperti tercatit di Perlembagaan negara. Agama lain tidak di sebut, walau pun boleh di praktikkan. Ini bermakna agama Islam ada kedudukan khas dalam negara ini. Tidak boleh di pertikai atau di persendakan.

Menyusul kapada kedudukannya di Perlembagaan itu, ada undang undang lain di kanunkan yang menyatakan
tidak boleh orang Islam di murtad atau prozelytizekan. Jika ada bukti yang kuat, siapa yang memurtadkan boleh di dakwa di Mahkamah.

Jika kamu bukan Islam "ingin memeluk agama lain" i.e Islam, tiada siapa "harus menghentikan." Tiada undang undang menahan kamu.

Anonymous said...

5:03 PM,

Mengapakah tak boleh kita engkategorikan seseorang mengikut agama? Kamu takmsedar kah bahawa Islam ada temppat khas di negara ini sebab tercatit di Perlembagaan sebagai "agama negara ini"?

Mengapa perlu menghalang seseorang menukar agama Islam kepada agama lain di Indonesia? Habis kenapa orang Kristian ikut apa yang di ajar Kristian di luar negara juga?

Tidak menghalang seseorang menukar agama yang lain kepada agama Islam di Malaysia - sebabnya ia lah Islam agama di negara ini, bukan saja terctait dalam Perlembagaan tapi juga ada undang undang khas tak boleh buat begitu. Kenapa kau risau? Tak hormatkan Perlembagaan dan undang undang ke?

"menukar atau menganut agama lain atas keinginn mereka sendiri"? Betul, boleh buat di negara lain. Kau cuba lah di negara yang ada Taliban. Malaysia tak ada Taliban pun tak boleh, sebabnya aku dah cakap di atas.

Anonymous said...

Kalau nak berdakwah pada muslim biar lah yang benar. Bagi Muslim tidak ada satu pun aliran kristen yang benar.

Malah kebenaran agama2 kristen sendiri masih dipertikai umatnya sejak dari kelahiran nya dulu sampai masa kini.

Kini sudah pun lebih dua ribu tahun sejak lahir sampai sekarang tapi umat nya masih terkapai2 mencari2 apa itu sebenarnya kristen.

Kalau ada mengaku kristen itu benar, sila tunjukkan kristen yang macamana -Unitarian atau Trinitarian.

Kalau trinitarian, apa protestan atau katolik atau orthodox itu benar?
Tak mungkin semua kristen yang pelbagai doktrin dan fahaman berbeda itu benar semuanya.Tak mungkin ada kristen protestan yang akan mengatakan katolik yang benar atau sebaliknya.

Umat kristen seharusnya tidak menganggu umat islam kerana mengikut sejarah,islam sudah dapat memberi temaddun dan solusi kemanusiaan pada dunia,sementara solusi kristen tidak pernah ujud dalam sejarah.

Yang ada adalah kekejaman umat kristen terhadap sesama umat , manusia dan sains.

Anonymous said...

Kenapa Allah paksa Muslim mengikut banyak peraturan Islam ? Kenapa Allah tak hukum bukan Muslim tidak mengikut peraturan Islam ? Bermakna Allah lebih suka bukan Muslim daripada Muslim ! Ha....Ha....Ha....

Anonymous said...

Ridhuan Tee fikiran anda fanatik ! Kata anda orang Kristian menolong orang Muslim kerana ada niat memujuk mereka masuk Kristian. Cara fikiran anda tak baik. Semua manusia adalah sama tolong-menolong adalah perlu jangan kira bangsa dan agama. Kalau orang Muslim mudah dimurtud bermakna agama Islam ada masalah dan kelemahan. Kita sudah dewasa takan macam budak senang ditipu. Jika mereka rasa agama tak sesuai haruslah bagi mereka kebebasan pilih lain. Agama yang baik tak perlu cara paksaan dan tak takut tiada pengikut ! Ingat RT jangan fikiran fanatik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!