Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 02, 2018

Antara negarawan dan cendawan

8:57 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2018/07/02/antara-negarawan-dan-cendawan/


Antara negarawan dan cendawan

SAYA semakin pelik melihat ultra kiasu ini. Lidah bercabang. Baru menang cakap lain. Lama sikit menang, jadi makin lain. Dahulu bila mula terlantik jadi menteri kanan, ditanya wartawan, apa perasaan jadi menteri kanan dalam kalangan orang Cina? Dia jawab, saya tidak lihat diri saya sebagai Cina, tetapi sebagai rakyat Malaysia (Malaysian). Tabik saya mendengarnya. Saya turut memuji.

Sama seperti ketika mereka memenangi Pulau Pinang PRU12 2008. Mula menang, mahu mencontohi pemerintahan Umar Abdul Aziz. Lama sikit menang, Umar Abdul Aziz dicampak entah ke mana.
Pendek kata, semakin lama menang, bukan sahaja mereka semakin lantang, tetapi semakin berani dan bongkak sehingga mencabar kedaulatan negara.

Tidak berapa lama selepas menang, menteri yang sama, heboh diperkatakan, menggunakan bahasa Cina (Mandarin) dalam akaun FB beliau. Apabila ditanya, kenapa menggunakan bahasa Cina, dia menjawab, itu akaun milik peribadi, beliau berhak atas segalanya.
Beliau ternyata tidak dapat membezakan antara diri, sebagai individu, sebagai ahli politik, sebagai ahli politik yang menang dilantik jawatan menteri, dan seterusnya menjadi negarawan.

Seorang menteri adalah seorang negarawan. Bermakna, segala apa jua tindakan, yang boleh dilihat, seharusnya tidak dapat lari daripada sifat negarawan, termasuk akaun FB. FB tidak lagi boleh dianggap milik peribadi apabila ada pengikutnya. Apatah lagi jika pengikut terdiri dalam kalangan pelbagai kaum.

Jika kita yakin dan mengakui sebagai Malaysian, bermakna kita akan menjunjung agenda negara tanpa berbelah-bahagi. Salah satu agenda negara adalah menjunjung bahasa Melayu (BM), selaku bahasa negara atau bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa yang menyatukan, sebab kita mempunyai lebih 137 bahasa di negara ini.
Jika tidak ada satu bahasa sebagai bahasa perantara, nak berkomunikasi dalam bahasa apa?

Jika Melayu bertemu Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh dan lain-lain, bahasa perantara apa yang mahu digunakan jika bukan BM. Begitu juga bangsa lain bertemu dengan orang Cina. Pendek kata, penggunaan BM sebagai faktor penyatu, bukan isu kecil, tetapi teramat besar.

Tindakan menggunakan bahasa Cina dalam akaun FB, menampakkan bahawa ultra kiasu ini tidak kenal diri sendiri. Juga tidak faham apa yang selama ini disebutkan sebagai Malaysian.
Jika kita Malaysian, dalam soal bahasa, keutamaan yang perlu didaulatkan adalah, pertama BM, kedua adalah bahasa ibunda dan ketiga bahasa Inggeris dan seterusnya bahasa lain. Jika berlaku sebaliknya, kita bukan Malaysian lagi. Jauh sekali negarawan, tetapi cendawan.

Sebab itu saya suka kepada istilah yang digunakan oleh orang Cina di Indonesia. Cina di Indonesia tidak melihat diri mereka sebagai Cina, tetapi dikenali sebagai Indonesia Tionghua. Meletakkan Indonesia dahulu, kemudian baharu Cina. Sebab itu, mereka seolah-olah tidak ada beza dengan orang Indonesia.

Cina itu Indonesia, Indonesia itu Cina. Malangnya, kita letak Cina dahulu, selepas itu baharu Malaysia. Kiblat kita ke mana?

Saya mendengar kata-kata amaran daripada pemimpin Indonesia kepada orang Cina Indonesia. Jika kamu tidak mahu semangat anti-Cina berlaku, lebih baik kamu mengutamakan agenda negara, mendukung pancasila dan bahasa Indonesia. Jika kamu mengetepikan bahasa Indonesia, pasti akan berlaku gerakan antiorang Cina.
Justeru, tidak hairanlah jika penghayatan bahasa Indonesia dalam kalangan Indonesia Tionghua sangat tinggi. Kita masih jauh daripada penghayatan. Bercakap boleh atau tidak masih diragui. Peringatan ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua.

Saya teruja dengan dengan komen Adam Tanging, apabila memberikan pandangan mengenai salah atau tidak seorang menteri menggunakan bahasa Cina dalam FBnya. Katanya, memang salah.. secara tidak langsung dia mengagap kaum Cina adalah buta bahasa Kebangsaan belaka. Ini adalah satu penghinaan kepada kaum Cina.

Begitu juga dengan twitter Rhys William yang berbunyi: “Tahukah anda di Malaysia terdapat 137 bahasa-bahasa dari pelbagai suku kaum dan bangsa. Tetapi antara semua bahasa hanya satu bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Tetapi kenapa ada ramai warga negara Malaysia tak reti cakap BM ataupun malu nak cakap BM”.

Jika Rhys William orang putih, saya benar-benar rasa malu sebagai rakyat Malaysia. Lebih 60 tahun kita merdeka dan bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini, masih ada orang yang masih meletakkan bahasa ibunda di tempat pertama, berbanding bahasa kebangsaan. Orang sebegini tidak layak tinggal di sini. Mereka sepatutnya mencari tempat lain yang lebih baik.

Pernah saya kongsikan sebelum ini bagaimana Cina dari negara China berkahwin dengan Cina Malaysia. Beliau amat terkejut melihat proses pencinaan di Malaysia begitu dahsyat. Mereka di China pun tidak secina di Malaysia. Sehingga beliau menasihatkan Cina Malaysia, supaya mengutamakan agenda negara seperti BM demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Sepatutnya ketika berucap di PBB pun, kita menggunakan BM biar mereka terjemahkan. Barulah menunjukkan BM kita penting, kita benar-benar Malaysian. Saya tidak bersetuju apabila pemimpin-pemimpin negara sebelum ini berucap dalam BI dalam perhimpunan PBB.

Lebih menjelekkan jika ada yang melakukan kesalahan dalam tatabahasa ketika berucapan dalam BI. Dalam PBB melambak penterjemah. Ucaplah dalam bahasa apa sekalipun, pasti diterjemah.
Cuba lihat Presiden Turki, Erdogen, apabila berucap dan berbahas dalam forum PBB. Semua dalam bahasa Turki. Ada beliau kisah orang lain faham ke tidak? Pokoknya, apabila kita berjaya menjadikan diri kita penting. Cakap lah bahasa apapun, segala apa yang dituturkan semuanya akan dianggap penting. Kelam kabut penterjemah menterjemahkan. Tidak faham lagi?

Sebagai rakyat Malaysia yang meletakkan BM sebagai sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa negara, apabila kita menulis, berbicara dan berdiskusi, apakah bahasa yang sepatutnya diutamakan? Bahasa mengikut bangsa kita? Dalam makna, apabila kita orang Cina, maka kita meletakkan bahasa Cina dan Tamil nombor satu?

BM bukan bahasa untuk orang Melayu, tetapi bahasa negara. Saya pun orang Cina, sebagai Malaysian, hidup mati saya sebagai rakyat Malaysia adalah BM dahulu, diikuti bahasa ibunda atau BI atau Arab. Jangan pergi jauh, lihatlah kenapa hari ini tidak ramai penyanyi dan pelakon dalam kalangan bukan Melayu seperti dahulu. Misalnya seperti Andre Goh, Dj Dave, Kenny Remy dan Martin dan banyak lagi. Mereka menyanyi sehingga menerbitkan air mata.

Kenapa hari ini boleh dikatakan tiada (ada) penyanyi bukan Melayu menyanyikan lagu Melayu seperti dahulu? Jika ada pun, penghayatan kosong. Menyanyi lagu sedih, tetapi muka nampak ceria dan gembira. Saya beri contoh penyanyi Jacklyn Victor. Suara dia (vokal) memang hebat, saya tidak nafikan, tetapi apabila menyanyi lagu Melayu tidak ada penghayatan. Menyanyi lagu sedih tetapi muka nampak ceria. Lagu tidak masuk dalam jiwanya. Benarlah kata-kata bahasa jiwa bangsa.

Majoriti rakyat Malaysia tidak faham mandarin Melayu dan India. Jadi kita tulis Cina, sebenarnya kita nak tujukan kepada siapa? Jika nak tuju kepada orang Cina, apakah orang Cina yang tinggal di Malaysia masih tidak faham BM. Jika begitulah keadaannya balik lah.

Bapa kepada ultra kiasu ini pun diam sahaja. Kenapa tidak bercakap menegur anaknya dalam isu ini? Teramat malang apabila isu menjadi tular, menteri berkenaan, masih tidak mengakui kesilapannya, malah mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange adalah sesuatu yang dibenarkan.

Jika adapun orang dari negara China yang berada di sini pun, tidakkah mereka perlu bersusah sedikit untuk belajar BM. Sama seperti kita pergi ke China, apakah kita beranggapan bahawa orang Cina di sana akan berbahasa Melayu? Alangkah bodohnya kita.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Monday, June 25, 2018

kenapa bikini jadi fokus

3:18 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Kenapa bikini yang menjadi fokus?

Sejak bila berbikini menjadi norma dan dibenarkan pemakaiannya di tempat awam? Di negara barat sekalipun, ada peraturan berbikini. Mereka hanya dibenarkan berbikini di kawasan pantai dan kolam renang. Apabila kembali ke tempat awam misalnya masuk semula ke hotel atau menaiki lif, mereka mesti memakai pakaian biasa. Begitu juga perjalanan daripada kawasan penginapan ke pantai atau ke kolam renang, mereka tidak dibenarkan berbikini. Ini peraturan antarabangsa.

Peliknya di Malaysia, kita lebih barat daripada barat. Orang barat pun terkejut melihat orang Malaysia, mula berbikini daripada tempat penginapan (hotel atau ) hingga ke kawasan pantai dan kolam. Lebih hina lagi, naik daripada kolam pun tanpa menukar pakaian, terus dengan berbikini dan menaiki lif dengan pakaian basah mereka. Apa sudah jadi dengan kita?

Sebab itu, saya mohon pimpinan kerajaan baharu Negeri Terengganu supaya kalau boleh elakkan bercakap soal bikini. Banyakkan bercakap soal kebajikan rakyat dan merangka strategi pembangunan negeri, terutama isu dadah yang sangat meruncing dan memerlukan perhatian yang sangat serius. Peningkatan penagihan baharu tertinggi di Malaysia.

Percayalah….Pelancong yang datang ke sini bukan mahu berbikini, tetapi mahu melihat keindahan dan budaya masyarakat setempat.

Lebih baik fikir bagaimana untuk membuktikan Terengganu sebagai negeri terbersih di Malaysia sebagaimana yang telah disenarai oleh Kementerian Pelancongan 2017. Terenggganu negeri terbersih daripada 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Saya masih ragu-ragu apakah benar Terengganu terbersih? Sepanjang berada di sini lebih daripada  empat tahun, saya masih mencai jawapan apakah benar Terengganu negeri yang paling bersih  melihat kepada persekitaran pantainya yang masih tidak memuaskan.

Yakinlah…pelancong yang datang ke sesebuah negara atau tempat bukan hendak telanjang atau berbogel. Tetapi melihat keindahan dan budaya setempat yang berbeza daripada mereka.
Mereka sudah puas berbikini dan berbogel di negara mereka. Mana mungkin mereka mahu berbogel dan berbikini di sini kecualilah kita buat tidak kisah. Mereka sudah puas minum arak di negara mereka, mana mungkin mereka mahu minum arak di sini, kecuali kita sediakan platform untuk mereka minum.

Sebab itu, saya mohon supaya kita bersikap rasional dalam bercakap soal sektor pelancongan negeri. Apa yang penting kepada saya langkah pertama yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri menjaga kebersihan seluruh negeri Terengganu terutama kawasan pantai daripada tercemar dan kotor. Program kitar semula masih tidak lagi berjalan sejak dahulu lagi.

Teramat sedih melihat pulau dan pantai yang cantik, tercemar dengan kekotoran. Penuh sampah sarap dan botol plastik. Pergilah ke Pulau Redang untuk melihat semua itu. Sedangkan tuntutan Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Saya amat mengharapkan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan PAS dapat merealisasikannya dan menjadi jaguh dalam soal kebersihan ini.

Bersih bukan dalam soal bersih diri, wuduk dan solat. Kebersihan hendaklah diterjemahkan dalam konteks luar dan dalam, termasuk di tandas, tempat yang disinonimkan dengan bersarangnya syaitan. Bagaimana syaitan nak lari jika kita biarkan tandas terus kotor?

Orang bukan Islam kurang faham dalam soal bersih lagi suci. Mereka tahu bersih, tetapi belum tentu suci. Tetapi kefahaman bersih mereka boleh sampai ke tahap suci. Malangnya, kita bahaskan soal bersih lagi suci, kefahaman bersih kita tidak sampai ke tahap suci.

Teramat sedih juga melihat negara barat yang tidak Islam, tetapi jauh lebih bersih meninggalkan negara-negara Islam. Tidak ada sebuah negara Islam yang tersenarai, 40 negara terbersih di dunia, meskipun Allah kurniakan air terbersih seperti air zam-zam di Tanah Arab.

Lebih menyedihkan, negara Arab Saudi, yang mana, kaabah dan makam Baginda Rasulullah s.a.w. juga di sana, namun tidak menyahut seruan Baginda agar menjadi kebersihan sebagai sebahagian daripada iman. Arab Saudi tidak tersenarai sebagai dalam negara 100 terbersih dunia.

Kefahaman yang bagaimanakah kita anuti sebenarnya? Sedangkan Baginda Rasulullah lahir dan bermula dengan penyebaran Islam di sana. Saya tidak sama sekali menyalahkan agama Islam, kerana agama itu adalah sesuatu yang suci mulia. Yang tidak suci dan tidak mulia adalah kita sebagai umatnya yang tidak menghayati ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Saya fikir inilah perkara utama yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, bukan berbincang pelancong boleh berbikini atau tidak di Terengganu.

Percayalah, tidak ada agama di dunia yang membenarkan penganutnya berpakaian menjolok mata. Tiada sama sekali. Jika tidak percaya, pergilah bacalah asas-asas hidup beragama dalam agama selain Islam sepert Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh.

Sudah tentu saya tidak perlu terangkan soal agama Sikh. Melihat kepada pakaian lelaki mereka, berserban tidak pernah lekang, sudah menunjukkan bahawa betapa mereka begitu mengambil berat soal etika berpakaian.

Bukanlah maksud saya selepas ini kita buat peraturan supaya pelancong bertudung d kawasan pantai dan kolam renang. Mereka boleh berbikini jika mereka mahu, tetapi mereka perlu memahami dan menghormati budaya dan sensitiviti masyarakat kita.  Negara kita, kita yang menjadi tuan rumah, takkan tidak ada peraturan atau mahu terlebih barat.

Sedih sangat baru-baru ini apabila bercuti di Tanjung Bidara Melaka, melihat, bukan sahaja pantainya kotor lebih malang lagi, Tanjung Bidara Beach Resort yang saya tinggal, dipunyai oleh orang Islam, persekitarannya bukan sahaja kotor, tetapi penuh dengan semut gatal. Serangga ini merayap hingga ke bilik dengan jumlah yang begitu banyak.

Apabila saya mengadu kepada pengurusan mereka, jawapan yang tidak masuk akal, resort dekat dengan hutan dan sekarang musim hujan, semut banyak. Jika begitu keadaannya kenapa resort atau hotel orang bukan Islam tidak ada semut.

Semua ini berkaitan dengan sikap, bukan soal dekat dengan hutan atau musim hujan. Tidak mustahillah jika bukan Islam menjadi 30 terkaya daripada 40 terkaya di negara kita. Rupanya kayanya kita sibuk untuk membina rumah lebih, beristeri lebih, berkereta lebih dan semuanya lebih, bukannya untuk memastikan agar perkhidmatan menjadi lebih. 

Belajar daripada Brunei. Pergilah ke sana. Lihat bagaimana orang Brunei mengajar pelancong bertamadun dan menghormati sensitiviti dan budaya setempat. Saya bukan terlalu obsess dengan Brunei, tetapi saya kagum dengan apa yang cuba dilakukan oleh mereka. Brunei laksanakan undang-undang Islam dan pada masa sama memberikan kebebasan kepada bukan Islam dan pelancong yang datang tetapi dalam ruang lingkup budaya setempat.

Tidak pula berkurang pelancong ke sana. Saya lihat pelancong berbondong-bondong ke Brunei. Tidak pula mereka bertanya boleh berbikini atau tidak. Berubahlah, sebelum kita diubah. Kadangkala saya jadi baik meluat apabila kita mahu menjadi lebih barat daripada barat.

Buanglah dalam pemikiran kita jauh-jauh bahawa pelancong yang datang mahu berbikini. Ya, mereka memang berbikini ketika di pantai dan kolam renang. Tetapi tidak berbikini sepanjang masa. Kadangkala pakaian mereka lebih bersopan daripada pakaian kita, seperti pakaian paramugari. Kita yang terlebih barat sehinggakan pakaian begitu singkat. Tidak malukah kita apabila pelancong menegur cara paramugari kita berpakaian pelacur? Saya teramat malu dan malu…




Tuesday, June 19, 2018

PAS UMNO mesti mengurus perbezaan bukan mencari titik pertemuan

4:35 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Dilema UMNO

Pasca PRU14 menyaksikan UMNO (BN) adalah parti yang paling menerima pukulan teruk. Ramai  seolah-olah masih tidak percaya, PH boleh membentuk kerajaan. Tetapi itulah hakikat. Dalam demokrasi, kuasa rakyat menentukan segalanya. Kekalahan BN sebenar sudah dijangkakan. Sebenarnya, rakyat hanya menunggu tarikh PRU diumumkan. Mereka sudah buat keputusan memangkah PH dan PAS, 3 bulan sebelum penetapan hari pengundian.

Lebih parah lagi, sudahlah BN tidak dapat membentuk kerajaan akibat kekalahan itu, banyak pula parti komponen BN meninggalkan pakatan itu yang bertahan lebih 60 tahun.   

Pengajaran buat semua, jagalah rakyat, rakyat akan jaga kamu, kerana rakyat adalah raja dalam menentukan siapakah yang akan menerajui kerajaan dalam sistem demokrasi. Jangan khianati amanah rakyat. Jika khianati, rakyat akan membuat keputusan setiap lima tahun. Sebab itu, apabila menang, jagalah kerajaan itu sebagai satu amanah, bukan merasakan kerajaan itu bapak kita yang empunya.

Kerajaan tetap kerajaan. Ia mesti diiktiraf kewujudan kerana ia berdaulat. Justeru, tidak ada istilah kerajaan PH atau kerajaan BN. Yang ada hanya kerajaan Malaysia, kerajaan negara atau kerajaan negeri. PH dan BN adalah hanya ‘ruling party’. Parti yang mengurus dan mentadbir kerajaan. Parti-parti politik boleh datang dan pergi. Kerajaan yang akan kekal. Saya mohon agar pemberita dan wartawan supaya melaporkan berita berteraskan ilmu.

Tidak ada istilah kerajaan PH kerana PH bukan kerajaan, PH hanya ruling party sama seperti BN dahulu. Tidak ada istilah ini projek kerajaan BN, tetapi orang yang mengaji akan menulis, ini projek kerajaan Malaysia. Begitu juga kerajaan negeri. Kerajaan adalah kerajaan.

Saya suka mengenai analogi kata pedang, laman sosial Isma, dalam mengulas tewasnya BN dalam PRU14, bertajuk pokok tumbang, monyet pun lari. Ternyata, semua telah lari, terutama komponen BN di Sabah dan Sarawak. Cuma yang hanya tinggal di Semenanjung. Saya amat yakin, parti komponen BN yang lain tidak lama lagi akan lari mengikut jejak parti komponen BN Sabah dan Sarawak iaitu MCA, MIC, MyPPP dan Gerakan.  UMNO akan keseorangan. UMNO akan menjadi BN, BN itu hanyalah  UMNO. Bermakna, UMNO (BN) hanya ada 54 kerusi.

Kerajaan yang diterajui PH akan menjadi kerajaan yang kuat mendapat lebih dua pertiga. Mereka boleh berbuat apa sahaja, jika mendapat mandat dua pertiga, terutama meminda perlembagaan. Apakah bentuk Malaysia baharu yang akan dibentuk? Sebagai rakyat, saya tunggu.

Benar kata pepatah Melayu . Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar diganti. PRU14 menyaksikanBN sudah tidak relevan lagi. Tidak mustahil berkubur.

Pilihan UMNO hari ini tidak lain, hanyalah PAS. Jika tidak, dalam PRU akan datang, kedua-dua parti ini akan bertembung sekali lagi di kawasan majoriti Melayu. Sudah tentu ini tidak menguntungkan. PH akan terus mencapai kemenangan yang lebih bergaya.

Persoalannya, bolehkah PAS dan UMNO bergabung atau membentuk kerajaan perpaduan. Pada hemat saya, terlalu sukar. Sejak dahulu PAS berkata, mereka hanya menerima UMNO jika UMNO menerima dasar PAS iaitu bersama menegakkan negara Islam

Saya tidak nampak PAS akan masuk kepada UMNO selagi UMNO tidak menerima dasar PAS. Begitu juga untuk UMNO masuk PAS, juga terlalu sukar. Mungkin hubungan UMNO-PAS akan menjadi lebih baik jika Tengku Razaleigh Hamzah menerajui UMNO, kerana sebelum ini PAS-Semangat 46 pernah bersama.

Berdasarkan keputusan PRU14, Banyak kerusi terutama di kawasan luar bandar dan semi bandar jika digabungkan undi PAS dan UMNO, memang  PH tidak akan mendapat banyak kerusi seperti hari ini. Dek kerana pertembungan tiga penjuru ini, yang memberi kelebihan kepada PH untuk menang.

Pemimpin PAS selalu berkata. PAS sudah biasa bersusah. Kalah menang dalam PRU bukanlah matlamat PAS. Apa yang penting kepada PAS sama ada dapat bersama membentuk kerajaan atau tidak adalah, Islam didaulatkan dalam pelbagai aspek terutama syariat. Persoalannya, bagaimana Islam dapat didaulatkan tanpa ada kuasa?

Persepsi ini perlu diperbetulkan. Suka atau tidak, jika PAS mahu mendaulatkan Islam, PAS perlu menang lebih banyak kerusi bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan. Untuk menang banyak kerusi dalam sebuah negara berbilang kaum yang mana majoriti-minoriti tidak tinggi, seperti 55-45 atau 50-50, bukan perkara mudah. Suka atau tidak, gabungan mesti dilakukan. Tidak boleh bersendirian. Jika tidakpun dengan bukan Melayu, paling kurang sesama Melayu.

Pilihan apa lagi yang PAS ada setelah PPBM dan PAN berada dalam PH. Tidak timbul soal, jika PAS bersendirian, malaikat akan turut membantu PAS untuk menaikkan bilangan undi. Kecualilah dengan izin Allah. Rasionallah.

Justeru, tindakan segera yang perlu dibuat. Pertama, UMNO perlu segera berbincang dengan PAS apakah kerjasama terbaik untuk menghadap PRU15. Bagaimana hendak memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru.

Kedua, perbincangan UMNO-PAS hendaklah fokus kepada mengurus perbezaan, bukan lagi mencari titik persamaan. Titik persamaan tidak akan ada lagi kerana setiap parti mempunyai prinsip dan perdirian masing-masing. Perbezaan yang sedia ada mesti diuruskan bagi membolehkan penyatuan atau gabungan menjadi realiti.

Ketiga, PAS hendaklah melupakan agenda untuk menegakkan negara Islam dan hudud. Manakala, UMNO pula janganlah pula terlampau kemelayuan atau hidup Melayu. Apa yang penting adalah membentuk Malaysia baharu dengan berpaksikan perlembagaan persekutuan. Formula telah ada. Perlembagaan Persekutuan sudah meletakkan kedudukan  yang istimewa kedudukan Islam, Melayu, Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan kebajikan minoriti yang lain. Maka, fokuslah semua perkara yang disebut ini.

Keempat, harta-harta UMNO yang begitu banyak bernilai berbilion ringgit ini tidak boleh lagi digunakan untuk kepentingan peribadi dan kroni tetapi hendaklah digunakan untuk merakyat. Carilah rakyat yang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Bantulah mereka. Hiduplah seperti pemimpin sepert Mahatma Gandhi.

Apabila ditanya oleh rakyat kerana tidak menaiki keretapi kelas pertama, berbanding asyik kelas ketiga. Maka jawab Mahatma Gandhi, aku naik kelas tiga kerana tidak ada kelas empat. Dalam maksud, jika ada kelas yang lebih rendah, sudah tentu beliau akan memilih. Apakah UMNO sanggup susah sebegini? Tetapi itulah hakikat kehidupan.

Saya memuji sebahagian pemimpin PH yang sanggup menaiki kapal terbang tambang murah bersama rakyat marhaen, berbanding kelas pertama mengikut kelayakan. Sudah sampai masanya UMNO belajar, sebab saya lihat PAS sudah belajar lama.

Kelima, UMNO jangan terlalu obsess dengan lulusan Oxford dan Cambridge. Institusi ini tidak membawa erti kepada seseorang individu dan pemimpin, sekiranya jika roh Islam telah mati dalam dirinya. Mulianya manusia bukan kerana nama tempat dia belajar, tetapi bergantung kepada taqwa, iman dan amal.

Kesimpulan, banyak lagi muhasabah yang mahu dilontarkan. Cukuplah sekadar ini dahulu. Apa yang penting, mulakan langkah pertama dengan segera seperti kata-kata pujangga Cina, Confucius, ketiap kejayaan bermula dengang langkah pertama. Berbincanglah untuk menguruskan perbezaan, pastikan akan menemui jalannya, kerana Allah sentiasa bersama orang yang benar. Maaf zahir batin.








Monday, June 11, 2018

AWAS! STRATEGI ULTRA KIASU MEMENANGI HATI MELAYU

5:56 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments



MUNGKIN ada yang mengutuk saya kerana sering kali menulis mengenai kebobrokan ultra kiasu. Pertanyaan standard mereka, sudah tidak ada jalankah untuk berdakwah kepada mereka? Terlalu mudahkah berputus asa? Sedangkan Baginda Rasulullah tidak pernah berputus asa, malah terus berdakwah tanpa henti kepada musuh-musuh Islam?

Jawapan saya, sekian lama mengenali ultra kiasu, cukuplah… Saya serahkan rakan-rakan ultra kiasu yang lain untuk berdakwah kepada mereka. PAS sudah sekian lama mencuba, tetapi masih ‘gagal’, malah semakin ultra kiasu tegar menentang sebarang percubaan untuk melaksanakan hukum Islam seperti Akta 355. Itu bukan bermakna PAS ‘gagal’ tetapi Allah mahu menunjukkan belang mereka sebenar.

“(Sesudah kamu wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” (Al-Baqarah ayat 75)

Kini, PAN mengambilalih tanggungjawab. Saya doakan semoga PAN berjaya. Jika tidak masuk Islam pun, sekurang-kurangnya ultra kiasu lembut terhadap Islam. Mungkin kerana dakwah PAN itulah yang menyebabkan pemimpin ultra kiasu berhenti berucap, ketika bergema suara azan, seperti yang diviralkan baru-baru ini. Tahniah! Saya ucapkan. Saya harap ia ikhlas.

Apapun tindakan berhenti ketika azan berkumandang telah membuatkan hati Melayu menjadi ‘cair’. Inilah sifat Melayu yang saya puji. Mudah cair. Mudah lupa. Terpedaya. Dahulu, Melayu turut terpesona dengan urus tadbir ultra kiasu yang konon mengikut cara Khalifah Umar A Aziz. Setelah hati Melayu cair, urus tadbir Khalifah Umar entah ke mana. Hilang, senyap, sunyi dan sepi. Yang muncul adalah pesta arak dan October Fest.

Saya gariskan di sini 11 perkara sebagai panduan agar kita tidak mudah terpedaya.

Pertama, ultra kiasu mahu memerintah Malaysia suatu masa nanti. Strategi demi strategi disusun untuk mencairkan dan memenangi hati Melayu. Caranya, dengan giat berkempen mencari seramai mana yang boleh untuk orang Melayu menyertai parti mereka bagi membuktikan mereka tidak perkauman. Benarkah?
Kedua, suara mereka seperti suara keramat. Lantang, berbisa dan menikam. Hari ini sahaja kita lihat, walaupun ultra kiasu tidak memegang tampok pemimpin tertinggi negara, tetapi suara-suara mereka menampakkan bahawa merekalah yang memerintah. Banyak jawatan strategik telah terlepas kepada mereka dengan tidak perlu saya namakan.

Ketiga, mereka tidak akan mencari Melayu yang faham agama, warak dan baik akhlaknya kerana mereka tahu implikasinya dengan merujuk kepada sejarah yang ditinggalkan PAS. Maka, mereka akan pilih Melayu liberal yang selalu mengkritik dasar kerajaan, terutama yang berkaitan dengan Islam dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Keempat, ultra kiasu akan memastikan Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, Malaysia untuk rakyat Malaysia, sama rata sama rasa. Melayu seperti ini yang dilantik memegang beberapa jawatan bagi membuktikan kepada rakyat ultra kiasu bukan parti perkauman.

Kelima, antara jawatan yang digula-gulakan setakat ini adalah setiausaha politik, pegawai penerangan, senator dan sebagainya. Mereka ini akan bertindak lebih ultra kiasu daripada ultra kiasu.
Keenam, setelah yakin ultra Melayu ini akan benar-benar setia kepada ultra kiasu dan boleh dipergunakan, mereka akan dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Apabila sudah menjadi wakil mereka akan menjadi lebih Cina daripada Cina seperti mana mereka menuduh saya lebih Melayu daripada Melayu

Ketujuh, apabila ultra kiasu ini menang pilihan raya dan mendapat kerusi yang banyak, mereka akan gunakan peluang keemasan ini untuk terus mencairkan hati Melayu bagi membolehkan mereka memerintah. Antara lakonan terbaik mereka berhenti berucap ketika azan seperti yang diviralkan baru-baru ini. Sedangkan kita semua tahu, orang bukan Islam berhenti berucap ketika azan, bukan suatu perkara baharu. Perdana Menteri India, Modi pun berhentikan berucap ketika azan dilaungkan, tetapi Modi ini jugalah yang paling agresif membunuh, menganiaya dan menzalimi umat Islam di India.
Kelapan dan terbaharu, ultra kiasu melantik seorang peguam liberal menjadi setiausaha politiknya. Melayu tidak sedar ini sudah tentu akan berkata, peluang keemasan ini amat berguna untuk belajar ilmu politik daripada ultra kiasu. Sekadar mahu belajar ilmu politik, ramai lagi bekas menteri yang tidak ada kerja hari ini boleh dijadikan mentor. Tidak perlu tunggu ultra kiasu lantik.

Muslihat ultra kiasu perlu dibaca, sudah pasti setiausaha politik ini akan memberikan nasihat yang paling berguna terutama dalam melangsaikan Malaysian Malaysia yang dicita-citakan sekian lama. ‘Fair and square’. Peguam ini jugalah yang akan mempertikaikan kedudukan Islam (Perkara 3(1) hingga Perkara 12, hak istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153) serta Akta 174, yang berkaitan dengan UiTM dan institusi pendidikan Melayu Bumiputera.

Kesembilan, ketika kontroversi perlantikan Menteri Pendidikan, ultra kiasu yang paling cepat bersuara secara positif, tatkala Melayu liberal yang lain menentang. Ultra kiasu berkata, berilah kepada Dr Maszlee Malik peluang. Berita ini mendapat liputan meluas dan dijadikan hujah betapa baiknya ultra kiasu seperti Malaikat. Cair habis hati Melayu. Alahai, Melayu mudah lupa kebobrokan ultra kiasu sebelum ini yang berkata ‘langkah mayat aku jika mahu laksanakan undang-undang Islam’.

Kesepuluh, begitu juga ketika hari pertama, ultra kiasu masuk ke pejabat, sudah menjadi adat budaya Melayu akan menunggu di lobi, menteri baharu masuk kerja. Serta-merta ultra kiasu membuat siar raya. Tidak perlu sambut beliau. Pergi buat kerja untuk rakyat. Malu tidak terkira pegawai kerajaan yang menunggu. Viral sekali lagi, hati Melayu menjadi cair. Baik sungguh ultra kiasu kata hati mereka.
Kesebelas, apabila semua ini berlaku, kita pun terpedaya. Maka, semua dalam kalangan kita pakat-pakat berkata, lebih menerima pemimpin bukan Islam yang tidak rasuah daripada memilih pemimpin Islam yang korup dan rasuah. Perbandingan standard antara positif dengan negatif bagi memperlihatkan betapa hebatnya ultra kiasu.

Mereka tidak membuat perbandingan antara epal dengan epal. Tetapi dibanding epal dengan buah ketum. Antara Lim Guan Eng dengan Isa Samad. Saya pun akan pilih LGE. Cuba bandingkan antara LGE dengan Tok Pa atau bapa LGE dengan Tun M. Pasti saya pilih Tun M.
Kecualilah perbandingan itu dibuat di negara China, sudah tentu nama-nama orang Islam tidak menjadi pilihan kerana komunis tidak akan menerima. Lihatlah nasib umat Islam Uighur, saban hari dikasari, dianiayai dan dizalimi, ada yang dipaksa makan babi serta tidak ketinggalan dibunuh.

Ingatan saya kepada semua, apabila perbandingan sebegini dibuat, lihatlah sejarah kenegaraan ini dahulu yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu. Sebaik mana pun ultra kiasu untuk menjadi Perdana Menteri misalnya, berbanding Melayu, saya tetap memilih Melayu meskipun tidak ‘sebaik’ ultra kiasu.

Kenapa negara ini ada sejarahnya. Sejarah ini perlu dihormati sama seperti sejarah Korea, China, Jepun dan sebagainya. Kerajaan Komunis China begitu zalim bertindak kepada umat Islam di China. Kenapa perbandingan tidak dibuat antara kerajaan komunis yang zalim dengan orang Cina Islam yang baik di China. Kita yang memahami sejarah, tidak akan tergamak melakukan kerana setiap negara ada asal usulnya.

Terbaharu, penghinaan mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan raja-raja Melayu orang Melayu. Begitu berani sekali melalui berita angin belum lagi sahihnya. Mereka merespon kenapa duit cukai pendapatan mereka perlu dibazirkan sedemikian rupa.

Apakah ultra kiasu sengaja memejamkan mata bahawa pembayar cukai yang paling tinggi datangnya daripada GLC kerajaan bukan ultra kiasu. Kenapa ultra kiasu ini begitu berani mengatakan duit cukai merekalah yang paling banyak digunakan? Sama-sama kita fikirkan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Monday, June 04, 2018

Pabila kaduk naik junjung

11:51 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2018/06/04/pabila-kaduk-naik-junjung/

Selepas PH mencapai kejayaan PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, kedengaran suara-suara sumbang dan desakan demi desakan daripada golongan minoriti atau ultra kiasu yang sangat menyakitkan hati. Ia sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mahukan keadilan. Ya..semua mahukan keadilan. Tidak berkecuali. Tetapi keadilan bukan fair and square, sama rata dan sama rasa atau seorang sebiji. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, atau memberikan hak kepada yang berhak. Jika tidak faham lagi, mari berjumpa saya.

Inilah akibat apabila kaduk sudah naik junjung. Mereka terlebih perasan bahawa kejayaan PH PRU14 adalah kerana undi mereka. Maka masa inilah mereka mahu menuntut segala yang selama ini terbuku di hati.

Saya semakin lemas apabila Hindraf mula mendesak supaya diwujudkan tanah rancangan seperti Felda untuk orang India, membuka Universiti (UiTM) untuk orang India dan lain-lain lagi. Sedar diri sedikit Hindraf. Jika tidak faham erti syukur mari saya ajarkan. Tanah rancangan Felda memang ada orang India yang susah. Pergilah banci tengok.

Saya sudah cukup masak dengan strategi ultra kiasu, mereka akan desak dan tuntut seekstrem-ekstremnya. Mereka tahu ia tidak masuk akal, rakyat (pribumi) akan marah memberontak. Namun, mereka tahu kerajaan sentiasa mendengar. Mereka tahu kerajaan tidak akan memenuhi sepenuhnya tuntutan ekstrem itu. Tetapi mereka amat yakin kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kejayaan terbesar mereka. Itulah strategi ultra kiasu yang sebenar sejak dahulu saya perkatakan. Apakah kita buta dengan permainan licik ini?

Tidak cukup lagikah dengan Universiti India yang sedia ada seperti AIMST di Merbok kepunyaan orang India (MIC). Begitu juga universiti kepunyaan orang Cina seperti KUTAR (MCA), UTAR (MCA), Universti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej Universiti New Era dan lain-lain universiti swasta berasaskan etnik. Tidak ada negara di dunia ini yang memberikan kemudahan sebesar ini. Nak buat macam mana. Malaysia boleh!

Tidak ketinggalan, begitu juga dengan kuil Hindu yang berselerak hampir 300,00 buah di seluruh negara, 10 kali ganda surau dan masjid. Ini belum campur rumah ibarat lain yang menghampiri 500,000 semuanya. Masih tidak cukup lagi kah? Itu pun masih kedengaran, janji Ketua Menteri Sabah yang baharu berkata, lebih banyak gereja akan dibina di Sabah. Saya pergi ke Sabah, saya jumpa setiap satu kilometer akan ada gereja. Masih tidak cukup? Apa sebenarnya yang berlaku?

Saya menjadi semakin keliru. Baik sungguh orang Islam (Melayu), mereka tidak akan bina surau atau masjid jika tidak ada penghuni. Ini tidak, kadangkala kita lihat penghuninya boleh dikatakan tiada, tetapi rumah ibarat berselerak. Lebih lucu lagi, jalan yang lurus terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada kuil. Apakah semua ini?

Apabila surau atau masjid menghalang pembangunan atau jalan raya, mudah sahaja dirobohkan. Tetapi apabila kena kepada bukan Islam, tidak boleh dirobohkan atas nama hak asasi manusia. Jika dirobohkan juga, maka berkokoklah ultra kiasu ini memberitahu dunia, betapa zalimnya Malaysia kerana tidak menghormati hak asasi manusia. Hak asasi apa ni? Hak asasi tahi kucing?

Bertindaklah mengikut landasan apa yang betul, apa yang salah berteraskan keadilan, bukan siapa yang betul, siapa yang salah? Inilah budaya politik kita yang masih belum matang. Nak maju macam mana?

Sebab itu, saya teruja dengan kenyataan Presiden PAS dalam wawancara bersama Astro Awani, yang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas PRU14 baru-baru ini. Ini suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

Beliau juga menyatakan, tidak ada masalah untuk PAS bekerjasama dengan DAP sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya. Katanya, PAS menerima semua dan mengamalkan prinsip taawun, iaitu kerjasama ke arah kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara yang tidak baik. Ini baharu betul matang.

Saya juga berharap ucapan Naib Presiden Pas, Mohd Amar, diambil di luar konteks yang mengatakan, biar PH tanggung hutang UMNO sekarang ini, bila dah bersih semuanya nanti, 5 tahun datang, barulah mudah untuk PAS mengambilalih. Jika benar, ia amat menyedihkan, seolah-olah memperlihatkan kita tidak mahu mengambil tanggungjawab.

Ketika PAS mengambilalih Kelantan suatu ketika dahulu dan kini Terengganu daripada BN (UMNO), adalah PAS  akan berkata, masalah atau hutang yang dicipta oleh BN dahulu kita biarkan sahaja. Tidak perlu bayar hutang tersebut kerana bukan kita punya. Ternyata PAS tidak berkata sedemikian. Inilah integriti namanya. Saya tabik PAS.

Kita perlu mengambil tanggungjawab apabila kerajaan berubah terajunya. Hutang tetapi hutang, menjadi tangungjawab kita untuk melangsaikannya, tidak kiranya siapa yang memulakan hutang tersebut. Dengan sebab itu, saya tabik kerajaan yang diterajui oleh PH mengambil pelbagai inisiatif untuk melangsaikan hutang sebelum ini (BN).

Tetapi biarlah telus, bukan tujuan untuk membalas dendam. Beritahu keadaan sebenarnya. Benarkah hutang kerajaan terajui BN dahulu melebihi satu trilion? Bentuk hutang yang bagaimana sehingga melebihi satu trilion. Berterus terang. Ini kerana rakyat sudah pandai menilai.

Saya fikir dalam menjayakan Persekutuan Malaysia, susah senang hari ini kita kena harungi bersama. Negeri-negeri di bawah persekutuan yang miskin perlu dibantu. Kemiskinan tidak oleh dibiarkan hanya kerana berbeza ideologi politik. Begitu juga perbezaan agama dan bangsa. Ia mesti dibenteras hingga ke akar umbi. Jika Melayu, Cina, India  atau lain-lain bangsa miskin, perlu bantukan bantuan. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bantu.

Sama halnya dengan Kelantan dan Terengganu. Jika kedua negeri di bawah persekutuan ini layak mendapat royalti minyak, berikan. Jangan hukum rakyat Kelantan dan Terengganu, hanya kerana mereka memilih PAS menerajui kerajaan. Rakyat tidak bersalah. PAS pun tidak bersalah. Mereka bergerak dalam ruang lingkup demokrasi. Rakyat telah memilih atas prinsip demokrasi. Maka hormati pilihan itu. Jangan hukum mereka kerana memilih parti yang berlainan dengan kerajaan pusat. Hormati sistem demokrasi berasaskan pilihan raya dalam menentukan kerajaan yang kita pilih. Jika tidak, beralih kepada sistem lain. Islam boleh menjadi alternatif, jika bukan sistem komunis menjadi pilihan.

Bertindaklah mengikut apa yang betul, apa yang salah, bukan melihat siapa betul, siapa salah? Apa yang betul? Pertama, mereka yang telah terpilih menjadi pemimpin, menteri atau exco, saudara semua bergelar negarawan. Negarawan tidak boleh lagi melihat kepada parti atau ahli parti sahaja. Tetapi melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan. Jika tidak, rakyat akan menghukum kamu pada masa akan datang.

Kedua, rakyat pula hendaklah sedaya upaya membantu kerajaan meringankan beban yang ditanggung. Jika kerajaan hari ini dikatakan dibebankan dengan hutang. Bantu bersama. Jika bukan dengan bantuan kewangan kerana tidak mampu, kita boleh membantu dengan cara seperti bekerja keras dan bekerja penuh integriti. Elakkan terlibat dengan salah laku, rasuah, korupsi, kroni dan sebagainya. Menjadi mata dan telinga kerajaan. Beri kritikan-kritikan yang membina. Tidak kira datang daripada siapa? Pepatah Cina ada berkata, nak tahu kelemahan tanya musuh, nak tahu kebaikan tanya rakan. Tetapi bukan rakan yang membodek gila-gila kerana nakkan habuan.

Masalahnya sekarang kita tidak berani menegur kerana takut hilang kepentingan dan jawatan. Saya teruja apabila BN gagal menerajui kerajaan selepas PRU 14, terdengar suara-suara sumbang menteri sebelumnya seperti Khairy Jamaludin yang berkata, sebenarnya, sudah lama beliau mahu menegur bekas PM, Najib Razak mengenai masalah 1MDB dan isterinya, Rosmah ketika berkuasa.

Masalahnya, kenapa tidak tegur ketika itu? Kerana takut hilang kuasa kan? Takut dipecatkan? Jika kamu ketika itu sebagai menteri tidak berani menegur, masakan siapalah aku selaku kakitangan atau civil servant cabok mampu untuk menegur? Setiap kali kami tegur, akan datanglah surat tunjuk sebab dan tindakan disiplin. Begitulah kuatnya budaya membodek menteri yang berlaku dahulu. Saya harap ia tidak berlaku lagi masa kini.

Sudahlah Khairy, saya kenal siapa kamu? Dahulu saya pernah mengkritik kamu ketika kamu berkuasa, kamu mempersoalkan aku dengan berkata siapa aku? Sehingga aku dikenakan tindakan disiplin. Tidakkah sebaik-baiknya kamu panggil aku untuk dapatkan penjelasan. Tetapi kamu gunakan kuasa kamu sewenang-wenang. Aku terkapai-kapai berhadapan dengan tindakan disiplin. Sekarang, siapa kamu? Siapa aku? Sudahlah. Apapun, aku masih menghormati kamu, selagi kamu sedar akan kesilapan kamu. Maaf, saya masih menggunakan perkataan siapa?

Sebelum ini, kamu juga berkata, jika nak hapuskan sekolah vernakular, maka sekolah agama mesti juga dihapuskan. Begitu juga pandangan kamu tentang Dasar Ekonomi Baharu dan Hak-hak istimewa orang Melayu. Kamu tidak percaya, betapa orang Melayu masih perlukan tongkat, sebab kamu lahir sahaja sudah bertongkat. Pergilah ke ceruk kampung dan desa, lihat betapa daifnya mereka. Pada semua tongkat perlu dibuang, kembali kepada fair and square. Disinilah salahnya kamu dalam menilai maksud adil.

Saya tegaskan di sini, adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberikan hak kepada yang berhak atau bahasa lain, diskriminasi perlindungan itu juga adil. Jika Melayu masih perlu hak istimewa, berikan selagi mana tidak disalahgunakan. Bukan hapuskannya, kerana ia termaktub dalam perlembagaan Perkara 153. Itu bukan bermakna bangsa lain, yang tidak disebutkan dalam perlembagaan berkaitan hak istimewanya tidak perlu dibantu. Bantulah kerana Islam adalah agama yang adil. Tetapi dengan berkata, hapuskan hak istimewa itu, maka tidak adil namanya.

Diskriminasi perlindungan dipraktikkan di merata tempat, bukan hanya di Malaysia. Lihat contoh di India. Moga Hindraf buka mata.

Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur (India). Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf. Diskriminasi perlindungan itu dibuat bagi tujuan; Pertama, ia dilakukan bagi membetulkan semula ketidak seimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baharu merdeka. Kedua,diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti. Ketiga, Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. Keempat, disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.

Cuba bandingkan dengan situasi di Malaysia? Masih tidak faham? Adakah ini bukan adil namanya. Ironinya, kenapa Hindraf tidak nampak semua ini. Malah tidak mengaku pula apabila berita menjadi viral. Buka mata buka minda, mari kita menuju Malaysia baharu, dengan azam baharu. Jika masih berlaku ketidakadilan, itu bukan salah sistem atau perlembagaan, tetapi salahnya adalah manusia yang rakus, bernafsu besar dan jauh daripada sifat menjadi negarawan.

Monday, May 28, 2018

Jadilah manusia ada harga diri dan maruah

9:48 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments

https://www.ismaweb.net/2018/05/28/jadilah-manusia-yang-ada-harga-diri-dan-maruah/

Jadilah manusia yang ada harga diri dan maruah

Tidak perlu dihurung-hurung Perdana Menteri dan Menteri kabinet yang dilantik. Jagalah harga diri dan maruah diri. Rezeki, ajal maut dan segalanya di tangan Allah s.w.t. Saya begitu sedih apabila ada sebahagian daripada kita kerjanya dok hurung PM dan Menteri-Menteri PH bagi mendapatkan habuan dan pangkat, walaupun sebelum ini mereka menentang.

Saya bukanlah dalam kalangan yang sealiran dengan pemimpin PH. Saya kenal sebahagian besar mereka. Tetapi bukan kerja saya hurung mereka meski pun sudah bertaraf menteri. Apa yang penting, jalankan kerja yang telah diamanahkan.  

Malu orang lain tengok, bila kita seolah-olah tidak ada harga diri dan maruah, hanya mahukan kuasa dan kepentingan tertentu. Mulianya kita bukan kerana pangkat dan kuasa. Semua itu hanya sementara. Mulianya kita kerana iman dan takwa serta harga diri dan maruah.  

Saya pun boleh lakukan sedemikian, kerana saya adalah Naib Yang diPertua PERKIM manakala Tun M adalah Yang diPertua. Paling kurang setahun enam kali kami akan bermesyuarat sejak 4 tahun yang lalu. Tetapi saya bukan jenis kaki kipas dan kaki bodek. Saya akan tegur jika ada kesilapan dan kelemahan.

Rezeki kita di tangan Allah bukan tangan manusia. Saya begitu teruja komen A. Kadir Jasin yang meluahkan rasa 'loyanya' terhadap golongan hartawan 'munafik' yang kembali menghurung PM Tun M. Beliau berkata, ramai kini muncul kembali, termasuk untuk berbuka puasa bersama PM Pakatan Harapan itu di Putrajaya. Sebelum ini mereka tidak pernah hadir dalam majlis buka puasa dan acara lain (melibatkan Mahathir).

Saya minta Kadir jangan salah mereka. Inilah budaya politik Malaysia yang telah lama bertapok. Hurung-menghurung. Kita tidak profesional seperti negara maju. Siapa pun memerintah, bisnes berjalan seperti biasa. Bukan macam kita, pasti bisnes mereka yang membangkang sebelum ini akan terancam. Berdendam dan membalas dendam. Ini bukan sifat dan akhlak Islam? Sampai bila nak maju?

Bersikap matanglah. Contohilah pemikiran negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britian. Contoh, pemimpin mereka silih berganti parti, tetapi mereka tidak ada agenda membalas dendam. Meskipun mereka tidak Islam, tetapi akhlaknya lebih Islam dari orang Islam. Betul kata Muhammad Abduh, nilai Islam ada pada orang bukan Islam, sedangkan bagi orang Islam, nilai agamanya semakin jauh.

Ketika Obama (Demokrat) berjaya menewas Mc Cain (Republican) 2008, McCain kata, dia akan terus menyokong Obama jika Obama berada di landasan yang betul. Obama dalam pidato kemenangan di Grant Park, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, berkata;

Senator McCain fought long and hard in this campaign. And he's fought even longer and harder for the country that he loves. He has endured sacrifices for America that most of us cannot begin to imagine. We are better off for the service rendered by this brave and selfless leader. I congratulate him; I congratulate Governor Palin for all that they've achieved. And I look forward to working with them to renew this nation's promise in the months ahead.(CNN 2008)

Lalu, McCain memberikan respon kepada Obama dengan kata-kata:

Senator Obama has achieved a great thing for himself and for his country. I applaud him for it, and offer him my sincere sympathy that his beloved grandmother did not live to see this day. Though our faith assures us she is at rest in the presence of her creator and so very proud of the good man she helped raise. Senator Obama and I have had and argued our differences, and he has prevailed. No doubt many of those differences remain. These are difficult times for our country. And I pledge to him tonight to do all in my power to help him lead us through the many challenges we face. I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our good will and earnest effort to find ways to come together to find the necessary compromises to bridge our differences and help restore our prosperity, defend our security in a dangerous world, and leave our children and grandchildren a stronger, better country than we inherited. Whatever our differences, we are fellow Americans.

Lihatlah, betapa profesionalnya mereka. Yang menang tidak sombong dengan kemenangannya. Yang kalah, tidak mencari-cari alasan untuk menggugat kemenangan lawan. Menang tanpa dendam, menang tanpa merendahkan pihak lawan. Bahkan Obama mengharapkan kerjasama dengan McCain untuk melakukan perubahan bersama demi untuk  Amerika Syarikat. Ada baiknya kita belajar dari Obama dan McCain.

Ketika Umar dilantik menjadi khalifah, beliau meminta rakyat menegurnya jika melakukan kesalahan. Maka bangun seorang pemuda menghunuskan pedang seraya berkata: Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu, jika kamu menyeleweng. Lalu Umar menjawab: Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan kamu dalam kalangan umat Muhammad yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya.

Dalam kisah yang lain, Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorang peminum arak, Umar menerima teguran tersebut dengan dada terbuka. Sahabat yang melihat merasa pelik dan janggal, lalu bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu terima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak? Umar menjawab: Ya, dia berdosa kerana minum arak tetapi teguran dia kepadaku adalah benar.

Pada hemat saya, menyindir mereka yang menghurung PM dan Menteri kerajaan baharu, dengan istilah hurung, munafik dan tikam belakang adalah tidak sesuai.  Lebih baik kita mencontohi rakyat ketika pemerintahan para sahabat Saidina Abu Bakar, Umar dan Ali. Ambillah iktibar perbualan Saidina Ali dan rakyat. Ketika Ali memerintah, seorang rakyatnya bangun menegurkan dengan berkata, kenapa pada zaman engkau negara asyik berada dalam keadaan tidak stabil, berbanding dengan zaman Umar aman tenteram. Ali menjawab: pada zaman Umar, khalifah dapat rakyat seperti aku. Malangnya, pada zaman aku, aku dapat rakyat seperti kamu.

Ingatan saya kepada mereka yang baharu naik takhta, ambillah sekali lagi iktibar ketika Abu Bakar memegang kuasa.  Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku.

Sepanjang perkhidmatan saya dalam sektor awam hingga kini, saya telah beberapa kali dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana ada kalanya saya lantang mengkritik pemimpin atau menteri tertentu. Saya tetap terima dengan seadanya. Pernah saya diberik amaran keras hanya kerana sepentas berforum bersama Tun M suatu ketika dahulu.

Saya pernah dipanggil oleh Tun M untuk berbincang mengenai betapa tenatnya rasuah di negara kita. Saya bercakap terus terang bahawa rasuah adalah lebih hina daripada makan babi. Jika tidak ada pilihan lebih baik makan babi.

Nasihat saya kepda kabinet yang baharu dilantik, jalankan tanggungjawab dengan penuh integriti. Pastikan tidak terlibat dengan gejala yang merosakkan seperti rasuah.Tidak perlu membalas dendam dan berdendam kepada mereka yang lalu. Jika mereka salah, dakwa mereka.

Hukumlah mereka. Tetapi jangan hukum rakyat yang menyokongnya. Begitu juga 1000 kebaikan yang dibuat, hanya dengan 1 kesilapan, habis 999 kebaikan hilang begitu sahaja. Berbaloikah politik sebegini. Dalam kata lain, kita suka orang ditimpa kesusahan. Berubahlah wahai saudaraku.

Maruah diri itulah harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga. Harga diri tidak boleh dijual beli. Biar miskin, biar papa, tidak mengapa, asalkan ada harga diri. Tiada guna harta, ilmu di dada, berjawatan,  jika tiada maruah. Tiada maruah diri, ibarat binatang yang hidup berupa manusia.

Jika sudah bersifat binatang, siapa akan hormati kita. Ingatlah! orang yang bermaruah akhlaknya mulia, ada sifat malu. Mereka sangat takut dengan Allah. Dengan manusia tidak meminta-minta. Miskin tidak meminta-minta, kayanya berkhidmat untuk manusia.

Orang marah, dia selamba. Dendam tiada, pemaaf pula. Ketika hidup miskin, dia macam orang kaya, kerana tidak meminta-minta. Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap dia,  kerana dia tidak melakukan kerja-kerja hina.