(Sinar Harian 9.9.13)
Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan
hubungan Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita
dalam buku terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009
kepada Malaysia? Katanya, jika Malaysia tidak membekalkan air yang mencukupi
kepada Singapura, penyelesaiannya adalah perang.
Suka
atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan Melayu. Sebab itulah, sejak
dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan yang ada. Belanja
pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka adalah Yahudi.
Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara Melayu
sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik mungkin.
Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?
Kita
sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari dahulu sampai sekarang dan
akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke Singapura dengan harga SG20
(dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan pada kadar harga yang amat
murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu juga dengan harga air.
Saya
perincikan sekali lagi perjanjian air antara kita dengan Singapura. Sejak
dahulu kepemimpinan Singapura mengulangi akan terjadi perang jika air
dihentikan atau dicerobohi kawasan tadahan air di negeri Johor.
Malah,
kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura. Tidak
ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah jawabnya. Pihak Singapura
menolak rundingan semula perjanjian air kerana menganggap ia mencabar
kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang kita buat selepas itu,
selainkan terpaksa bersetuju.
Persoalan
saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi hari, pemimpin mereka mengeluarkan
kenyataan yang menyakitkan hati kita, terutama buku terbaharu Kuan Yew.
Tidakkah
kita sedar bahawa perjanjian bekalan air antara kerajaan Malaysia dan Singapura sentiasa menjadi
beban politik kepada kita kerana ia langsung tidak menguntungkan kita. Ini
tidak termasuk ruang udara kita yang sentiasa diceroboh.
Malah,
Singapura untung berlipat kali ganda memperniagakan air yang kita salurkan
dengan harga yang tidak masuk akal. Selain daripada dijual mahal kepada kita
semula. Mereka juga membuat keuntungan berlipat ganda dengan menjualnya kepada kapal-kapal
yang berlabuh di pelabuhan.
Singapura
hanya membayar 0.03 sen setiap seribu gelen. Malaysia pula menurut perjanjian
baru air tahun 1962 perlu membeli air terawat dari Singapura pada harga 0.50sen
setiap 1000 gelen. Sedangkan Melaka membeli air dari Johor pada kadar 0.30 sen
setiap seribu gelen. Sehingga kini (2061) kita jual air kepada Singapura pada
kadar 0.03 sen bukan 0.30 sen! Sebab itu Singapura cepat maju, sebab mereka
pandai memanipulasikan keadaan. Kita pula bagaimana?
Dalam
perjanjian air, terang-terang menyebut bahawa kita ada hak untuk mengkaji
semula harga air tersebut. Kenapa sukar sangat untuk Singapura mematuhi dan
berbincang mengenainya.
Teks
bahasa Melayu:-
"Klausa
17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada Perjanjian 1962 jelas menyatakan:
"Provisi pada perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi
kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh
iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini dimeterai...." Dua puluh lima
tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya bermaksud bila-bila masa selepas tahun
1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar
segera di antara dua tahun ini. Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987,
kedua-dua belah pihak dibenarkan mengikut perundangan menyemak semula harga
tersebut."
Hari
ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan Singapura bertindak balas
dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water pada kos SG 0.30 sen. Tindakan
ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan air, tetapi juga sebagai membuktikan
kepentingan strategik pertahanan negara Yahudi ini.
Pada
1 September 2011, Syarikat Public
Utilities Board (PUB) Singapura telah
menyerahkan kembali 4 kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air
dan dua buah rumah air kepada kerajaan negeri Johor iaitu Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam
Tebrau, Johor.
Pemulangan
kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan kontrak 50 tahun bekalan
air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada tahun 2011. Lagipun Singapura
sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana masih ada satu lagi
perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun 2061.
Kenapa
jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di negeri Johor dicerobohi atau
pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri lain? Jawapannya, kawasan sekitar
kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera Singapura. Kita selaku rakyat
Malaysia tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat
takut sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara tersebut.
Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku.
Persoalan
saya, ketika orang lain asyik menyindir dan menekan kita, adakah kita mahu
terus bersabar? Apakah kita terus mahu berada di tempat yang kalah? Bila pula
kita mahu menang?
Sun
Tzu pernah memberikan nasihat, kenali diri dan musuh, anda akan menang ratusan
pertempuran. Adakah kita sudah mengenali diri dan musuh? Saya fikir belum. Kita
terlalu banyak berpolitik sehingga terlepas pandang ancaman ini walaupun telah
56 tahun merdeka. Berdaulatkah kita sebenarnya?
Dr Mohd
Ridhuan Tee Abdullah
Penganalisis Sosio
Politik