(Sinar Harian 24 Mac 2014)
Perjalanan
menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu
menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila
mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.
Selepas
transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal MAS akan
melakukan perkara yang sama. Rupanya tidak, anak kapal tidak diingatkan untuk
membesarkan Allah. Di manakah jati diri kita?
Apakah
selama ini MAS tidak mengajar atau melatih anak-anak kapalnya (Islam) apabila
menyampaikan maklumat, paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah? Kenapa semua ini tidak
dijadikan prosedur dan panduan?
Malu
sangatkah menyebut kebesaran Allah di hadapan menumpang? Kenapa tidak belajar
dari pengajaran MH370? Tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang
meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Hari
ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat MAS. Segala-gala
akan diperiksa. Luar dan dalam ‘dirabanya’. Paling ‘sakit hati’ barang yang
dibawa kena scan dua kali. Sebelum ‘check in’ dan selepas.
Apa
nak buat. Keselamatan lebih penting dari segalanya. Kenapa sebelum ini, keselamatan
kita begitu longgar? Kenapa bertindak ‘action oriented’? Apapun hati merasa
lega, setelah berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang
dikaitkan dengan Allah, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang
murah lain, sekelumit kalimah Allah pun langsung tidak kedengaran.
Saya
bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH 370.
Meskipun begitu, saya boleh rumuskan insiden ini merupakan konspirasi terancang
pihak Barat dan Yahudi yang mahu memusnahkan Islam dan negara berideologi
komunis yang tidak sehaluan dan memberi ancaman mereka.
Beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian daripada insiden ini adalah,
Pertama,
lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan hari ini. Tidak mengapa, saya
rela menanggal dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang
dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan
tanahair tercinta.
Jika
kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara yang sama, malah
lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.
Setakat
ini keselamatan negara kita begitu longgar. Tidak mustahil negara lain tahu
kekuatan pertahanan dan keselamatan kita. Apatah lagi, insiden ini telah
‘menelanjangkan’ rahsia keselamatan dan pertahanan yang kita ada.
Kedua,
semua anak-anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya
dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak
boleh hanyut dengan segala ‘keseronokan’ dalam kapal yang dianggap sebagai
kerjaya ‘glamour’.
Ketiga,
elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak
itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Maka tidak perlulah kita
jamu peminum arak dengan arak. Alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih
berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.
Keempat,
biasakan anak-anak kapal mengingati Allah (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah
kalimah Bismillah, Alhamdulillah, Salam dan lain-lain. Perkara ini nampak
kecil, tapi impaknya besar.
Kelima,
tutuplah aurat paramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan
rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika paramugari menutup aurat
(Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam.
Amat
menjengkelkan lagi apabila pakaian paramugari yang singkat dan jarang. Lebih
kelakar pakaian paramugari penerbangan tambang murah, yang hanya diselaputi
kebaya putih yang begitu jarang sehingga nampak yang tersurat dan tersirat.
Peliknya semua penerbangan ini, bos-bos yang menjaganya adalah orang Melayu
(Islam).
Keenam,
kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan
budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat
mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan
sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.
Ketujuh,
jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan
memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan
bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat
hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.
Nabi
Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa
Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan
Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah
membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah
diuji dan dicuba?
Jika bomoh
kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila
diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat,
serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga
0.03 sen per 1000 gelen?
Kepada
pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa untuk mencari keredhaan Allah
selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila sudah
tidak ada kuasa nanti, baru nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya
bertaubat setelah pencen. Buruk sungguh rasanya.