Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, November 21, 2011

Fahami makna ibadah haji sebenar

4:03 PM Posted by RIDHUAN TEE 18 comments
(Sinar Harian 21 November 2011)

Pengalaman mengacarakan rancangan Salam Baitullah 2011,TV1, selama 20 malam berturut benar-benar mencabar minda. Keluar kerja seawal pagi, balik lewat malam, menunaikan tanggungjawab. Namun, hati ini merasa puas, kerana rancangan agama ini mendapat sambutan yang amat baik dari penonton. Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan, terutama dalam menyampaikan makna ibadah haji yang sebenar. Ini kerana ramai yang masih keliru akan makna yang tersurat dan tersirat di sebalik ibadah mulia ini.

Ada yang beranggapan bahawa tujuan hajilah adalah untuk ‘mencuci dosa’, tempat menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Jika begitulah keadaannya, sudah tentu kemuncak mengerjakannya ketika usia tua, kerana banyak dosa yang telah dikumpulkan. Usia muda disia-siakan dengan melakukan dosa. Seolah-olah melakukan dosa seharian adalah sesuatu yang dibenarkan. Sebelum itu, kita jarang menyesali atau menghisab dosa yang telah dilakukan. Kenapa pergi ke Mekah, barulah segalanya bermula, yakni bertaubat. Namun, tidak kurang juga yang tidak berubah, walaupun telah pergi ke Baitullah Suci berkali-kali, kerana mereka beranggapan akan berpeluang lagi ke Mekah untuk mencuci dosa atau bertaubat lagi.

Tindakan ini seolah-olah mempermainkan-mainkan Islam. Bila timbul rasa berdosa, atau menghadapi masalah, maka Baitullahlah tempatnya untuk mencari ketenangan dan pengampunan. Persoalannya, apakah sebelum ke Baitullah kita tidak perlu bertaubat? Kita terus membiarkan diri berdosa? Kita tahu salah, kita terus buat dan lakukan kesalahan yang sama, kerana ada tempat untuk menyucikannya. Saya tidak menafikan ada yang telah berubah selepas ke sana.

Tetapi jangan letakkan dalam kepala kita bahawa mengunjungi adalah titik tolak untuk berubah. Seolah-olah haji ini bertujuan menjadikan kita insan tidak berdosa. Perlu diingat, ibadah haji adalah puncak kepada segala kebaikan. Seperti kata Dr Shariati, “is a show of creation, a show of history, a show of unity, a show of the Islamic ideology and a show of the Ummah”. Islam adalah agama yang terbaik. Umat Islam sepatutnya menjadi baik sejak mengenali Islam. Tidak timbul pergi haji baru boleh jadi baik.

Tidakkah umat Islam perlu sentiasa menjadi baik sepanjang masa? Lagi pula tidak semua mampu mengerjakan fardu haji. Adakah mereka yang tidak berkesempatan ke baitullah, maka dosa mereka tidak terampun? Jika demikian, maka rugilah menjadi umat Islam yang berada jauh dari Baitullah. Yang beruntung adalah orang Arab Saudi atau yang tinggal berdekatan dengan Baitullah, kerana mereka dapat menatap dan mengerjakan umrah dan haji berkali-kali atau sepanjang tahun. Merekalah yang akan memenuhi syurga berbanding kita di sini.

Perlu diingatkan, bahawa mengerjakan haji dan umrah adalah tanggungjawab individu, sedangkan membantu orang Islam antara hidup dan mati adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan kerana ia melibatkan masyarakat atau orang ramai. Kewajipan mengerjakan haji menjadi tidak wajib, jika ada umat Islam yang lebih memerlukan wang haji kita itu, misalnya membantu umat Islam yang kelaparan di Somalia. Sebab itulah haji diwajib sekali seumur hidup. Bukannya pergi berkali-kali sehingga peluang orang lain tertutup.

Lucu sekali membawa berita seorang artis berkata, hidupnya tidak akan sempurna jika tidak menunaikan umrah di bulan Ramadan. Ternyata ilmu kita terhadap Islam amat cetek. Pergilah umrah beratus kalipun sama ada di bulan Ramadan atau tidak, pahala sunat tidak akan dapat memadamkan dosa meninggalkan kewajipan fardu, misalnya menutup aurat, meninggal solat lima waktu dan sebagainya, kecuali kita jahil dan tidak faham akan kewajipan kepada Allah SWT.

Lebih baik lagi jika wang untuk menunaikan fardu haji tersebut digunakan untuk membantu mereka yang pergi mencari bantuan daripada gereja. Pahalanya sudah pasti lebih besar daripada pahala mengerjakan umrah beratus kali. Sama seperti membantu umat Islam di Somalia dan Palestin, jauh lebih besar pahalanya daripada mengerjakan umrah. Yakinlah bahawa haji dan umrah tidak dapat membeli syurga, sedang syurga di depan mata, yakni membantu mereka yang memerlukan dilupakan begitu sahaja. Sebanyak mana pun wang yang dibelanjakan, tidak akan sama pahalanya membelanjakan untuk kepentingan diri dengan kepentingan umat.

Ini kerana menyelamatkan akidah umat Islam adalah wajib. Sudah tentu kewajipannya mengatasi ibadah individu seperti mengerjakan haji apatah umrah yang sunat. Sebab itu antara syarat mengerjakan haji adalah jika mampu (fizikal dan material). Umat Islam sewajarnya dapat membezakan kewajipan sunat dan fardu. Misalnya solat sunat edul adha, kita berebut-rebut ke masjid mendirikan solat sunat, sedangkan solat fardu jumaat dan solat fardu seharian kita tidak ambil pusing. Bila tiba yang sunat, kita bersungguh-sungguh.

Yusuf al-Qaradawi mengatakan jika keadaan umat Islam mendesak, wang yang dikumpulkan untuk menunaikan haji, lebih baik disedekahkan kepada mereka yang memerlukan daripada menunaikan haji. Isunya di sini bukan ibadah haji itu, tetapi soal survival umat Islam secara keseluruhan. Apa guna jika semua umat Islam telah menunaikan tetapi pada masa sama maruah Islam diinjak-injak.

Apabila Ibn Abbas ditanya mengenai ibadat haji, beliau menjawab di dalam ibadat haji itu dipenuhi dengan hikmah yang dalam, nikmat yang besar, rahsia yang tidak terungkap oleh lidah yang bertutur. Ingatlah peristiwa Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida’ yang penuh dengan kenangan detik-detik terakhir Rasulullah menyampaikan wahyu al-Quran. Ini adalah kali terakhir Rasulullah mengunjungi Mekah dan Kaabah. Pada waktu itu, Tuhan menyempurnakan agama Islam kepada umat manusia dan mencukupkan nikmat-nikmatNya.

Rasulullah menyampaikan pesanan-pesanan penting kepada umatnya. Baginda menyampaikan beberapa pesan yang memperingatkan kepada kita berkaitan kesempurnaan agama. Di antara pesanan baginda adalah, pertama, sesiapa telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya. Kedua, berpegang teguh padanya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Ianya adalah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis). Ketiga, setiap muslim adalah saudara muslim yang lain. Seseorang tidak dibenarkan (mengambil hak) saudaranya, kecuali dengan pemberian yang senang hati.

Ingatan Baginda amat jelas akan betapa perlunya kemaslahatan umat diberikan prioriti utama dalam kehidupan berbanding individu. Apa guna darjat diri terangkat, jika maruah umat dan Islam dipijak-pijak.

Justeru, adalah baik untuk kita memahami serba sedikit tentang falsafah di sebalik ibadah Haji. Profesor Hitti, seorang sarjana terkemuka di German, pernah berkata, tidak pernah ada dalam sejarah manusia, boleh mengumpulkan sejumlah manusia yang begitu ramai, berlainan bangsa dan darjat, melakukan ibadah yang sama pada satu masa dan ketika, melainkan agama Islam. Namun, Hitti merasa amat hairan kenapa falsafah haji yang sebegitu besar tidak diterjemahkan dalam bentuk realiti. Umat Islam masih berpecah belah, seolah haji tidak meninggalkan kesan apa-apa. Maka, ingatlah para haji dan hajjah, kemuncak kepada haji yang mabrur adalah kita mengamalkan segala kebaikan yang selama ini kita dilakukan berada di Baitullah. Janganlah menjadi orang lain pula apabila telah pulang ke tanah air. Ingatlah walaupun Baitullah jauh di mata, tetapi ia tetap dekat di hati.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Monday, November 14, 2011

Jangan terlalu berlagak pandai…

9:11 PM Posted by RIDHUAN TEE 120 comments
(Sinar Harian 14.11.11)

Secara peribadi, sebagai ahli akademik, saya amat menghormati bidang kepakaran seseorang. Bidang kepakaran inilah yang menentukan sama ada seseorang layak dipanggil pakar atau tidak. Namun, gelaran profesor tidak semestinya menjadikan seseorang itu terlalu pakar, sehingga boleh menidakkan kepakaran orang lain yang tidak sebidang dengannya. Dalam bidang agama sekalipun ada pecahan kepakarannya seperti usuluddin, syariah, akidah, dakwah dan lain-lain lagi. Bidang perubatan usahlah dibincangkan kepakarannya. Apa yang meloyakan lagi, ada orang merasakan dengan sedikit kelayakan yang ada, semua bidang dia mahu bercakap.

Kepakaran adalah bidang pengkhususan. Gunakanlah kepakaran tersebut untuk kebaikan terutama dalam menjaga maslahah agama, bukan diperalatkan. Janganlah terlalu ghairah mengatakan orang ini betul, orang itu tidak betul, tanpa merujuk kepada konteks yang di maksudkan. Pada saya, di sinilah penelitian yang perlu dilihat oleh Aziz Bari, bukannya ghairah menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh ultra kiasu, seolah-olah memperlihatkan di Malaysia ini tidak ada lagi yang lebih pakar selain Aziz Bari. Jika Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim masih hidup, mungkin Allahyarham akan tersenyum.

Inilah gambaran yang cuba dibuat oleh akhbar dan laman web ultra kiasu. Saya hanya membela diri setelah diserang bertubi-tubi melalui kenyataan Aziz Bari. Rujuklah sama pakar-pakar lain yang tidak kurang pakarnya seperti Profesor Shad Saleem Faruqi, Zaleha Kamaruddin dan ramai lagi profesor undang-undang. Tidak ketinggalan pengamal undang-undang seperti Mohamad Safiee Abdullah dan Sulaiman Abdullah. Kenapa mereka tidak dirujuk? Jawapannya, kerana pandangan mereka tidak menyebelahi ultra kiasu. Profesor pakar di Institut Pengajian Tinggi dilabelkan sebagai profesor kangkung, yang tidak kangkung hanyalah Aziz Bari.

Pada saya, sepakar manapun kita, memang kita sepatutnya bercakap benar. Saya puji keberanian itu. Tetapi fikirkanlah sama, implikasinya terhadap agama, bangsa dan negara. Cakap jangan ikut sedap mulut. Mengkritik raja-raja Melayu secara terbuka, yang menjadi payung kepada agama Islam perlu dibuat secara berhati-hati, supaya tidak merugikan Islam. Kenapa ultra kiasu semakin berani memijak-mijak atau mencabar kesucian agama kita, ada kaitan dengan persekongkolan kita.

Kenapa Aziz Bari tidak tampil membela mereka yang telah dimurtadkan? Kita hanya akan faham situasi yang sebenar jika melibatkan diri bersama khalayak dan NGO-NGO Islam, bukannya sekadar duduk dalam bilik membaca buku. Down to earth amat penting. Selamilah keadaan sebenarnya bagaimana Islam diratah dan dimamah oleh musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu? Jangan hanya pandai bercakap, praktikalnya entah ke mana. Bidang kepakaran satu hal, dengarlah sama rintihan-rintihan dan keluhan-keluhan akar umbi. Jangan syok sendiri kerana kita adalah pakar.

Semua tulisan dan kenyataan saya buat hendaklah difahami dalam bentuk konteks yang ingin disampaikan, bukan sekadar mendengar serba sedikit atau membaca separa dua. Inilah yang selalu dilakukan oleh ultra kiasu, memanipulasikan isu. Apa yang menyebelahi mereka disenyapkan, yang mana tidak, akan diheboh-hebohkan untuk mendapat perhatian.

Yang jelas, kita mudah melatah seperti apabila ultra kiasu meminta pandangannya. Janganlah terlalu bangga kerana dalam segala hal ultra kiasu meminta pandangan kita. Saya dihubungi saban hari oleh pelbagai jenis media untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, tetapi saya tidaklah terlalu obsess. Ada timbang taranya . Ini tidak, pantang ditanya, melatah selalu.

Menurut Aziz Bari, kenyataan saya tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama. Persoalan saya, adakah Islam memberikan kebebasan yang begitu luas kepada minoriti sehingga menenggelamkan kedudukan Islam sebagai agama majoriti? Jika kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud, apakah perlu bertanya kepada orang bukan Islam seorang demi seorang yang tidak sampai sepuluh peratus? Jika begitulah keadaan, kenapa umat Islam di China, terpaksa mengikut dan menurut undang-undang komunis di sana sehingga puasapun tidak dibenarkan?

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Misalnya kajian Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah (2006), antara memilih calon Umno yang dikatakan ‘korup’ dengan calon Pas yang dikatakan mempunyai integriti. Jawapan kajian tersebut adalah, orang Cina lebih memilih Umno walaupun korup daripada memilih Pas yang mahu melaksanakan hudud. Orang Cina lebih rela bersama Umno daripada hidup di bawah undang-undang Islam. Saya hanya melaporkan kajian orang lain.

Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia?

Misalnya, antara agenda Seksualiti Merdeka akhirnya nanti adalah mahu menghalalkan hubungan sesama jantina seperti yang berlaku di barat. Kenapa kita begitu menjaga hak asasi ini? Sedangkan undang-undang Tuhan tidak dipedulikan. Saya hanya mengambil contoh bagaimana orang Melayu dijinakkan oleh Lee Kuan Yew di Singapura melalui ‘kekerasan’. Bila saya berhujah sebegini, mereka katakan jangan bandingkan Malaysia dengan Singapura.

Apabila hak kita disentuh, kita disuruh berdiam diri, seperti isu sembelihan korban yang dicadangkan oleh Majlis Agama bukan Islam supaya penyembelihan korban tidak dibuat di tempat awam seperti di sekolah dan padang awam. Cuba kalau kita keluarkan kenyataan jangan rayakan perayaan Thaipusam, hantu lapar, kau ong yeh dan lain-lain perayaan, di tempat-tempat awam mengambil kira sensitiviti umat Islam dan kesusahan yang dihadapi akibat kesesakan jalan raya. Begitu juga dengan babi-babi diangkut berlori-lori sepanjang jalan raya. Saya boleh gambarkan seolah-olah Malaysia akan kiamat melalui bantahan demi bantahan atas asas hak asasi manusia.

Kenapa hari ini mereka begitu kurang ajar? Kenapa dahulu mereka tidak berani mengangkat muka pun. Jawapannya, kenapa mereka tahu, ada umat Islam yang mudah diperalatkan. Perlembagaan boleh dipinda jika umat Islam bersatu. Amat malang sekali Malaysia yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu tidak dapat melaksanakan identiti Islam di negaranya sendiri. Inilah konteks yang perlu difahami oleh Aziz Bari.

Aziz Bari boleh bertanya pada saya jika ada kekeliruan. Janganlah terlalu menunjuk pandai di hadapan ultra kiasu. Ianya tidak akan menguntungkan Islam. Saya ahli akademik dalam bidang politik dan kerajaan, pernyataan saya perlu dilihat dari sudut kepakaran. Begitu juga beza antara penteori undang-undang dengan pempraktikkan undang-undang. Cubalah menyelami apa yang dikatakan oleh Profesor Mohd Kamal Hassan. Kebebasan akademik ada limitasinya. Janganlah terlalu ghairah untuk menunjukkan kepandaian. Wal hal sebenarnya tidak.

Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kumpulan Pemikiran Politik dan Peradaban Islam
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Monday, November 07, 2011

Akibat hilang jati diri

9:10 AM Posted by RIDHUAN TEE 144 comments
(Sinar Harian 6 Nov 2011)

Saya ucapkan tahniah dan syabas atas ketegasan Timbalan Perdana Menteri mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Inilah ciri-ciri pemimpin sejati. Mendengar suara rakyat dan berintegriti.

Nyamuk-nyamuk yang menyangka dirinya kuat ini tidak perlu dilayan. Niat tersurat dan tersirat amat jelas, mahu meluntur bahasa Melayu dan jati diri Melayu. Berani dan berterus terang, tanpa ada rasa takut dan adab sopan. Pendapat dan pandangan pakar sudah tidak dipeduli, sikap ultra kiasu makin menjadi-jadi. Malang sekali, ada Melayu yang jadi batu api.

Akhbar-akhbar bukan Melayu memberikan publisiti secara besar-besaran. Parti politik ultra kiasu semakin mendesak. Tidak menghairankan, kerana selama inipun mereka tidak pernah menghormati atau menghargai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Lagipun tahap bahasa Melayu merekapun meragukan. Saban hari mereka berbahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Amat jarang sekali sesama mereka berbahasa Melayu. Lebih menyedihkan, apabila Melayu bertemu dengan bukan Melayu, tiba-tiba accent (slang) bahasa Melayu terus bertukar menjadi slang bukan Melayu.

Saya tidak sedikitpun hairan jika pengerusi persatuan yang kononnya mewakili ibu bapa ini mendakwa mereka berjaya mengumpulkan lebih 100, 000 sokongan ibu bapa terhadap PPSMI sejak penubuhan petisyen online. Hatta, sehingga sejuta sekalipun, saya hanya akan tertawa sahaja melihat kedangkalan spesis ini, kerana kita tahu jenis orang yang mengundi. Apatah lagi jika mereka mendakwa mewakili 5.4 juta keluarga.

Mereka begitu yakin untuk memberikan kemenangan majoriti dua per tiga kepada Barisan Nasional (BN), sekiranya BN bersetuju dengan PPSMI. Terkejut beruk saya, kata orang muda hari ini. Aduh! kuat sungguh kuat persatuan yang baru setahun jagung ini sehingga dapat mempengaruhi berjuta-juta orang. Saya harap kerajaan tidak terpengaruh dengan kelentong kosong ini.

Saya cadangkan ahli jawatan kuasa persatuan ini pergilah belajar ilmu-ilmu linguistik dan peradaban sebelum bercakap soal PPSMI. Kalau belum tamat pengajian, habiskan. Tidak perlu mengeluarkan kenyataan pengecut untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kerajaan tidak perlulah risau jika mereka tidak mengundi BN. Adapun mereka tidak memberikan kesan, daripada membiarkan orang Melayu dan pejuang bahasa memberontak kerana jumlahnya lebih ramai. Jangan pedulikan desakan ultra kiasu di Pulau Pinang. Keadaan di sana sudah seperti Taiwan dan Hong Kong. Bahasa Melayu dan orang Melayu semakin tertekan. Jika diberikan mukapun, mereka tidak akan mengundi BN. Mereka ibarat sambil menyelam minum air.

Saya amat pelik, kenapa PPSMI ini langsung tidak disentuh dari segi perlaksanaannya di sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) oleh ultra kiasu? Jika aliran kebangsaan yang diusik, ultra kiasu begitu bersungguh-sungguh mahu ianya diubah. Namun, bila pendidikan ibunda mereka diusik, maka melompatlah mereka ini ibarat cacing kepanasan. Semuanya bersatu, tidak kira MCA atau MIC. Masihkah kita buta?

Saya ingin mencadangkan supaya kajian turut dibuat untuk melihat adakah mereka yang terlalu obses dengan PPSMI ini begitu berjaya dalam hidup dan boleh dijadikan contoh dalam memperkukuhkan jati diri kebangsaan? Jangan jadi lebih orang putih dari orang putih. Hidup sudah tidak kenal jati diri berbangsa apa dan agama apa, terutamanya orang Melayu.

Apakah dengan kebolehan bahasa Inggeris, mereka ini telah diangkat memegang jawatan tinggi, atau sekadar mengharap ihsan ibu bapa yang bergelar dato atau mungkin datin? Ingatlah, kejayaan seseorang bukan bergantung kepada bahasa, walaupun tidak nafikan kepentingannya, jauh lebih penting adalah sikap dan perangai. Jika pandai bahasa Inggeris sekalipun, tetapi perangai dan jati diri Islam semakin jauh dari kehidupan, tidak ada ertinya.

Kajilah kejayaan negara China dan Cina seberang laut. Apakah resepi kejayaan mereka? Ramai yang tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi berkat kerja keras dan usaha tidak jemu, mereka berjaya. Persoalan bahasa asing bukan terlalu kritikal yang menentukan hidup mati seseorang. Orang Cina tetap berkeyakinan bahawa bangsa dan bahasa Cina tetap boleh meninggikan dan meningkatkan kejayaan mereka. Inilah semangat Cina yang amat saya puji. Bukan seperti persatuan tersebut, langsung tidak yakin dengan keupayaan bangsa dan bahasa Melayu. Jika diri sendiri sudah memandang rendah kepada bangsa dan bahasa sendiri, janganlah harapkan orang lain menghormatinya. Orang lain hanya mengambil kesempatan, sebab sudah ada dalangnya.

Dengan pupuskan jati diri Melayu dan bahasa Melayu, maka mudahlah untuk mereka mendominasi. Perancangan ini sudah lama berlaku. Bacalah sejarah Tanah Melayu, terutama berkaitan dengan evolusi pendidikan bahasa Melayu dan bukan Melayu. Jika tidak mahu membaca, mari saya ajarkan. Ramai kalangan kita hari ini yang buta sejarah apabila membincangkan isu bahasa. Inilah yang membutakan mata dan hati mereka sehingga sukar untuk melihat kebenaran dan kepentingan masa hadapan.

Persatuan ini turut mendakwa bahawa pihak yang menentang PPSMI, keliru dan tidak faham konteks. PPSMI bukan bertujuan untuk memandaikan pelajar-pelajar sekolah dengan bahasa Inggeris tetapi lebih kepada mendedahkan mereka dengan istilah-istilah bahasa Inggeris yang digunakan dalam pengajian sains dan matematik. Kata mereka lagi, Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan German, Korea dan Perancis, kerana bahasa ibunda mereka jauh berada di hadapan, berbanding bahasa Melayu.

Jawapan saya, jika begitu keadaannya, marilah kita mulakan bersama. Pertahankan bahasa kebangsaan, perkukuhkan bahasa Inggeris. Bukan sahaja bahasa Inggeris, tetapi juga bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Arab. Jangan sampai lidah kita cair berbahasa Inggeris, tetapi menjadi kelu, pelat dan gagap apabila membaca al-Fatihah. Ingatlah, bahasa Arab bahasa syurga, bahasa Inggeris bahasa dunia? Paling baik, belajarlah kesemuanya. Jika tidak, sekurang-kurangnya hubungan dengan Allah selamat. Jangan ceritalah soal aurat.

Saya hanya akan terpengaruh dengan persatuan ini jika mereka yang obses dengan bahasa Inggeris ini, dapat menjadi contoh untuk diikuti, yakni berjaya di dunia, berjaya di akhirat. Jati diri Melayu dan Islam kuat dan kental. Ini tidak, melihat kepada cara hidup dan rambutnya sudah memualkan. Ikutlah nasihat pakar yang begitu ramai di kementerian pelajaran dan pengajian tinggi. Pihak kerajaan sedang berusaha untuk memandaikan anak bangsa dengan bahasa Inggeris melalui kaedah yang betul bukan dengan merubah sistem. Tidakkah kita terasa malu dan terpukul apabila dalam pertandingan pidato bahasa Melayu peringkat antarabangsa baru-baru ini? Ternyata peserta-peserta dari negara luar begitu fasih berbahasa Melayu, sedangkan kita masih merangkak-rangkak untuk mencari jati dan kekuatan bahasa sendiri? Janganlah terlalu menegakkan benang basah.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Sunday, October 30, 2011

Hati-hati agenda jahat ultra kiasu

11:09 PM Posted by RIDHUAN TEE 145 comments
Hati-hati agenda jahat ultra kiasu (Sinar Harian 31 Okt 2011)

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya.

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira ‘kegagalan’ beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam.

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia? Kenapa kita tidak mempertikaikan sistem komunis yang dilaksanakan di China dan Korea Utara yang telah banyak mengorbankan ramai manusia?

Saya amat bersetuju dengan kata-kata bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor, bahawa gerakan hak asasi manusia ini ibarat wabak komunis. Ramai yang berselindung di bawah gerakan ini melalui perancangan jahat untuk menghapus dan melunturkan kesucian agama Islam. Jika gerakan ini tidak dibendung, tidak mustahil nanti ia akan merosakkan sesebuah peradaban sesuatu bangsa dan negara, terutama negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini. Gerakan ini sedang berlaku di Malaysia. Atas nama kebebasan, mereka mahukan kita mengiktiraf apa jua yang dirasakan sesuai dengan cita rasa dan keseronokan manusia, termasuklah memurtadkan Melayu Islam yang dilindungi oleh perlembagaan.

Sebab itu, beberapa kali telah saya tegaskan, dalam melaksanakan Islam, perlu ada penegasan. Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur. Jangan biarkah Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan diratah dan dimamah oleh perancangan gerakan ini. Percayalah, jika orang bukan Islam, sudah lembut dengan Islam, sudah tentu persepsi mereka terhadap Islam sudah mula kendur. Ini tidak, sebut sahaja Islam, akan ditentang daripada pelbagai sudut, sedangkan Islam tidak bersangkut-pautpun dengan mereka. Lebih-lebih lagi, kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka. Kenapa mereka begitu berani? Pasti ada gerakan lain di sebalik keberanian ini.

Bukti-bukti menunjukkan, persepsi negatif terhadap Islam tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang. Saya mengambil contoh, saat yang paling baik untuk melaksanakannya adalah selepas peristiwa 13 Mei 1969. Saya katakan ‘by force’ kerana ternyata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berjaya mendisiplinkan rakyatnya secara paksaan. Saya bercakap dalam konteks selepas 13 Mei 1969. Malaysiakini dengan sengaja mensensasikan berita tersebut supaya saya diserang kiri dan kanan. Aziz Bari juga tidak faham kerana telah diperalatkan.

Namun, saya tidak hairan, kerana semua yang membaca web tersebut adalah kalangan ultra kiasu, termasuk Melayu yang telah diultrakiasukan. Pemikiran ultra kiasu adalah pemikiran komunis. Jika ultra kiasu boleh memberikan pandangan sesuka hati dan menghina Islam serta sultan, kenapa saya tidak boleh memberikan pandangan saya sebagai seorang Islam?

Jika ultra kiasu ini benar-benar berani, berterus-terang dalam memberikan pandangan. Jangan berselindung menggunakan nama samaran. Saya secara tegas mengatakan bahawa dalam menegakkan kebenaran, isu bangsa sudah tidak penting. Apabila berlaku pertembungan, agama mesti diselamat dan dipertahankan.

Apa guna darjat bangsa terangkat jika agama dienjak-enjak oleh ultra kiasu. Saya rela tidak berbangsa, asalkan agama Islam tertegak. Lagipun, Allah SWT tidak akan bertanya akan bangsa saya di akhirat kelak. Beberapa kali saya tegaskan, antara mempercayai sesama bangsa tidak seagama dengan mempercayai sesama saudara seagama (Islam), tetapi tidak sebangsa, sudah tentu saya kena meletakkan kepercayaan terhadap saudara seagama walaupun tidak sebangsa, daripada saudara sebangsa tidak seagama.

Saya menyeru berulangkali, untuk mengembalikan kekuatan dan maruah Islam, UMNO dan PAS mesti bersatu. Kita tidak ada pilihan. Islam akan terus menjadi mangsa jika umat Islam tidak kuat. Lihatlah betapa berani mereka mencabar dan menghina agama Islam. Malangnya ada di sebahagian daripada kita yang terikut-ikut sama. Mengkritik raja-raja yang menjadi pelindung agama Islam secara terang-terang di khalayak tidak akan menguntungkan Islam.

Belajarlah daripada politik orang lain, bagaimana mereka bersatu atas asas bangsa. Kepentingan mereka tetap terpelihara dan tidak boleh diusik langsung. Asasnya mudah, mereka cukup bersatu. Kenapa kita asyik berpecah, sedangkan kita tahu perpecahan itu amat merugikan kita. Lebih malang lagi, kita lebih mempercayai musuh daripada agama dan bangsa berlainan, daripada sesama saudara sendiri, sebangsa dan seagama.

Jika laman Malaysiakini begitu berani memanipulasikan isu, terus terang saya katakan, laman web ini adalah musuh Islam, walaupun ada wartawan mereka yang beragama Islam. Mereka mengatakan bahawa tidak ada sesiapapun yang mendengar suara dan pendapat saya. Tidak mengapa, kerana saya tahu siapakah orang yang ditemuduganya.

Penyelidikan yang dibuat amat kerdil. Mereka sengaja mencari musuh Islam untuk melawan apa yang saya hujahkan. Saya tidak pernah merasa gentar. Sama ada suara saya didengar atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting, Islam mesti dipertahankan. Saya mempunyai hak untuk bersuara seperti mana orang lain. Fikirkanlah, apakah saya lebih merbahaya daripada gerakan hak asasi manusia sedang cuba untuk menghapuskan agenda Islam dan Melayu? Ingatlah wahai saudaraku, sasaran gerakan hak asasi manusia ini yang terakhir adalah negara kita, setelah mereka berjaya melaksanakannya di negara-negara Islam yang lain. Masihkah kita mahu berdiam diri?

Sunday, October 23, 2011

Mengenali calon pemimpin boleh menang

11:15 PM Posted by RIDHUAN TEE 185 comments
(Sinar Harian 24 Okt 2011)

Isu calon boleh menang menjadi perbincangan hangat masa kini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). Semua parti politik mahu memastikan hanya calon ‘bersih’ sahaja yang patut diketengahkan. Perkara ini amat penting dalam menilai jangka hayat sesebuah parti politik yang akan berkuasa atau yang mahu meneruskan kuasa. Dahulu, kita selalu dengar kata-kata, ‘kalau letakkan tunggul kayu pun boleh menang’. Tetapi kini, tidak lagi. Usahkan tunggul kayu, orang alimpun belum tentu menang. Ledakan teknologi dan informasi menjadikan rakyat semakin bijak untuk menilai dan memilih.

Saya menjadi lebih teruja mengulas isu pemimpin hidup mewah sehingga rakyat menjadi jelek seperti kata Tun Dr. Mahathir. Inilah isu besar yang perlu dimuhasabahkan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh jadi kaya atau hidup mewah, tetapi biarlah wang itu datang dari usaha sendiri, bukan dari jerih perit orang lain atau wang hasil rasuah dan sebagainya.

Lihatlah contoh Nabi Muhammad dan para sahabat. Kesemua mereka adalah pemimpin negara. Adakah mereka hidup senang lenang dan kaya raya? Jawapannya tidak, sebahagian besar wang dan harta mereka digunakan untuk rakyat. Bukan untuk membesar perut dan menambah isteri. Golongan ini pergi menemui Allah SWT dalam keadaan sehelai sepinggang. Tidak ada banyak harta untuk diwarisi atau ditinggalkan. Bukan seperti kita, jadi wakil rakyat sepenggal, harta boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Dari mana mereka memperolehi wang sebanyak itu, sedangkan gaji wakil rakyat tidaklah seberapa. Sebab itu, saya setuju jika gaji atau elaun wakil rakyat dinaikkan. Sekurang-kurangnya dapat juga membendung sedikit gejala rasuah. Jika tidak, wakil rakyat ini akan sentiasa mencari funder untuk menambah pendapatan. Timbal baliknya, funder akan dianugerahkan projek dan tender.

Kadangkala hairan juga memikirkan bagaimana wakil rakyat ini boleh hidup mewah, jika tidak ada pendapatan tambahan. Jangankan masuk ke rumah, melihat keretanya sudah mencukupi. Jika wakil rakyat tersebut berjawatan logik juga. Kadangkala yang tidak berjawatanpun boleh hidup mewah, sedangkan sebelum jadi wakil rakyat kehidupannya serba sederhana.

Ramai yang mencadangkan supaya wakil rakyat dicalonkan dipilih dari kalangan orang kaya, yang sudah biasa dengan wang, supaya mereka tidak terkejut apabila melihat wang. Maka tidak berlakulah rasuah. Perkara ini ada kebenarannya, kerana hari ini kita pantang lihat wang selonggok, kelabu mata. Namun, pada hemat saya, sama ada calon boleh menang kaya atau miskin, tidaklah menjadi kriteria utama, yang penting mereka yang mahu menjadi pemimpin mesti ikhlas. Rakyat mesti dahulukan, pencapaian mesti diutamakan, itulah kata-kata yang mesti disematkan di hati seperti tagline gagasan 1Malaysia.

Ingatlah wahai para pemimpin, kepemimpinan itu satu amanah yang akan dihitung oleh Allah SWT. Ada perkiraan dunia akhirat. Rasulullah SAW memberi ingatan kepada Abu Dzar ketika beliau meminta jawatan. Kata Abu Dzar: “Wahai Rasulullah! Tidakkah Tuan memberi jawatan kepada saya”. Baginda seraya berkata: “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah. Sesungguhnya jawatan pada hari kiamat itu merupakan kerugian dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan penuh bertanggungjawab” (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Berapa ramai kalangan kita yang mengambil iktibar riwayat hadis tersebut? Berapa ramai yang faham maksud amanah dalam berpolitik? Imam al-Ghazali memberikan beberapa ingatan kepada para pemimpin dalam menjalankan amanah besar ini. Pertama, pemimpin hendaklah meletakkan dirinya supaya bersesuaian dengan semua aliran dan golongan rakyat walaupun berlaku perbalahan di antara mereka. Kedua, Pemimpin hendaklah tidak menghampakan orang yang datang kepadanya untuk mendapatkan keadilan. Ketiga, pemimpin hendaklah mengelakkan diri dari melakukan pembaziran atau hidup mewah yang keterlaluan, kerana akan menyebabkan keadilan sukar ditegakkan.

Keempat, pemimpin hendaklah bersikap terbuka dan lemah lembut, bukan bersifat ganas dan kasar dalam pentadbirannya. Kelima, pemimpin hendaklah menjadikan agama sebagai landasan pentadbirannya. Keenam, pemimpin tidak sepatutnya tunduk kepada desakan sesiapapun dalam menegakkan keadilan.

Ketujuh, pemimpin hendaklah menjaga kebaikan rakyatnya sama seperti dia menjaga kebajikan diri sendiri. Kelapan, pemimpin hendaklah berusaha berdamping dengan rakyat dan menggalakkan mereka menyuarakan hak-haknya. Kesembilan, pemimpin hendaklah mengawasi kakitangan, hakim dan pegawai-pegawai yang lain supaya mereka menjalankan masing-masing dengan jujur dan amanah. Kesepuluh, pemimpin hendaklah menggunakan mandat yang diperolehi untuk mencapai tujuan yang baik.

Pendapat al-Ghazali turut dikongsi sama oleh sarjana dan ahli falsafah bukan Islam seperti Plato, Aristotle, Rousseau, Confucius dan Mencius. Apa yang membezakannya hanyalah dari sudut matlamat yang ingin dicapai. Kepimpinan politik dalam Islam bermatlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT ketika menjalankan amanah besar ini.

Manakala, orang bukan Islam jarang membincangkan pentingnya agama dalam kehidupan. Mereka lebih mementingkan hak asasi manusia, berbanding hak Tuhan. Akhirnya, berlaku kepincangan sosial yang amat sukar untuk diubati. Misalnya, pemimpin negara Eropah hari ini sudah mula mengeluarkan kenyataan mengharamkan hubungan seks atau persetubuhan haram antara manusia dengan binatang yang sebelum ini dibenarkan.

Justeru, semua kriteria ini sepatutnya menjadi Key Performance Indicator (PKI) dalam mencari calon yang boleh memberi kemenangan dalam pilihan raya. Ditambah lagi, calon boleh menang mestilah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, sanggup berkorban masa dan tenaga demi agama, bangsa dan negara. Lebih penting lagi, mereka mestilah sentiasa menghubung dirinya secara langsung dengan Allah SWT supaya tingkah lakunya sentiasa terkawal atas batas-batas yang telah ditetapkan.

Calon boleh menang perlu mengambil iktibar, ramai di kalangan pemimpin beberapa buah negara yang menggunakan kuasa yang dimiliki, bertindak sesuka hati, seperti di Mesir dan Libya, telah menerima hukuman setimpal. Pemimpin yang membiarkan rakyat hidup menderita, sementara mereka hidup senang-lenang dan menimbun harta, tidak akan kekal lama.

Mereka yang hanya berlagak dengan jawatan sebagai lambang kekuasaan, keunggulan dan kebesaran sahaja, tanpa mahu melihat ke bawah, akan tewas. Sudah sampai masanya kriteria calon boleh menang dilihat secara serius oleh semua kepemimpinan parti-parti politik demi masa depan negara. Manakala, rakyat pula patut menggunakan hak yang ada untuk memastikan calon boleh menang dipilih kalangan yang benar-benar berwibawa dan berkualiti.

Monday, October 17, 2011

Selamatkan akidah umat Islam

9:04 AM Posted by RIDHUAN TEE 175 comments
Utusan Malaysia 17 Oktober 2011.

Sdr pembaca, hari ini terdapat dua artikel saya dalam akhbar harian, Utusan Malaysia mengenai "Himpunan 1 Juta Umat Islam" (dijemput menulis isu ini) dan dan Sinar Harian, mengenai "Belanjawan 2012 dan Keadilan" (kolum tetap setiap Isnin). Kedua-duanya artikel ini ada perkaitan antara sama lain. Mohon baca jika ada masa. Kedua-duanya ada dalam blog ini.

*************************************************************************************

Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah. Percubaan untuk menghimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.

Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.

Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. Saya difahamkan bahawa sekretariat HIMPUN telah berjumpa dengan beberapa orang mufti untuk memohon restu. Para mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan padu ke atas niat murni ini, jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan negara tercinta, yang berasaskan sistem kenegeraan Melayu. Jangan biarlah negara ini menjadi Singapura yang kedua. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia mesti dipertahankan sehingga titisan darah yang terakhir. Jika tidak, kita akan menyesal dan dikutuk oleh generasi akan datang kerana gagal mempertahankan kalimah yang mulia ini.

Tujuan HIMPUN amat murni untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan. Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.

Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang. Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan. Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan plan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda, adalah gereja terbesar di Asia. Itupun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukuplah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai sebagai Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?

Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu. Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Dengan mengambil contoh bagaimana warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, para akademia dan pelbagai organisasi, telah bersatu suara dan tindakan, atas nama mempertahankan maruah dalam isu novel Interlok yang dianggap menghina kaum mereka. Hasil kesatuan ini, tuntutan mereka berjaya membuahkan hasil dan semangat bersatu padu inilah yang wajar dijadikan iktibar. Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi ‘hak eksklusif’ kepada umat Islam.

Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan mem¬bina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Menurut Pahrol Juoi, parti yang kuat tidak menjamin bangsa yang kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah yang melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita kerana Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku.

Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kao¬mintang yang begitu berjasa, ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan di mana-mana jua. Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya ke¬matangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerja¬sama dengan mana-mana pihak, sama ada pihak NGO, parti politik (kerajaan atau pembangkang), organisasi kor¬porat dan sebagainya tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Yang penting matlamat tercapai, survival bangsa terjamin. Apabila mereka menjadi kuat, amat sukar untuk tergugat dan digugat. Akibatnya, kita terpaksa tunduk disebabkan oleh kekuatan mereka.

Titah Raja Nazrin agar Majlis Agama Islam di bawah payung naungan Raja-Raja Melayu berada di barisan hadapan bagi memenuhi peranan kritikal ini perlu dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Begitu juga titah Sultan Selangor yang mahukan peneraju dan kakitangan penguatkuasaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya jangan terus bersikap “mengalah” atau apologetik ketika berhadapan dengan sebarang percubaan untuk melunturkan akidah orang Islam.

Bukan Islam sengaja mahu mencabar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 dipayungi oleh Fasal (1) dan (4) Perkara 11 perlembagaan persekutuan tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada umat Islam. Sesungguhnya, tiada kompromi dalam soal akidah.

Pun begitu langkah preventif pada masa sama mesti diambil. Umat Islam tidak boleh terlalu dilekakan dengan hiburan. Akidah mereka mesti diperkemaskan dan diperhebatkan. Baru-baru ini saya menghadiri taklimat sebuah pertubuhan HIV/AIDS. Nampaknya, kita terlalu tunduk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sehingga soal istilah pun kita masih mengalah. Misalnya, istilah pelacur tidak boleh digunakan tetapi digantikan dengan pekerja seks. Seks selamat menggantikan istilah seks bebas atau seks luar nikah. Apa erti semuanya ini? Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.

Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi. Selamatkan akidah umat Islam!

Utusan Malaysia 17 Oktober 2011
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sunday, October 16, 2011

Belanjawan 2012 dan keadilan

11:00 PM Posted by RIDHUAN TEE 11 comments
(Buka Minda - Sinar Harian 17 Okt 2011)

Belanjawan 2012 telahpun dibentangkan. Ramai yang memuji, tidak kurang yang sinis. Sebagai akademia, izinkan saya memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan belanjawan pendidikan dan kaitannya dengan konsep adil.

Nampaknya, guru-guru sekolah lebih menjadi tumpuan, berbanding dengan kami sebagai akademia. Maklumlah, bilangan guru lebih ramai (412,042 orang), sudah pasti sokongan mereka amat penting dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selaku pemimpin persatuan pegawai akademik, bersama semua pimpinan persatuan pegawai akademik IPTA yang lain, kami telah bersidang dan menyuarakan pandangan kami kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), agar kebajikan akademia dilihat sama menggunakan indeks pembangunan manusia (Human Development Index) atau HDI. Namun, sehingga kini masih belum ada jawapan. Apapun kami amat mengharapkan kerajaan jangan terlalu menumpukan kepada sekolah sehingga terlepas pandang insitusi pengajian tinggi yang amat penting dalam melahirkan modal insan. Kami tidak dengki, cuma rasa sedikit terkilan kerana yang paling beruntung adalah sekolah vernakular.

Bilangan sekolah vernakular tidak banyak berbanding sekolah kebangsaan. Misalnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (1300 buah), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (527 buah) dan sekolah mubaligh (441 buah). Peruntukan yang sama RM100 juta diberikan termasuk yang diperolehi oleh sekolah agama kerajaan dan Maktab Sains Mara.

Peruntukan RM500 juta untuk sekolah kebangsaan, tidak perlulah dibincangkan, kerana memang wajar. Apatah lagi bilangan sekolah kebangsaan begitu banyak (9996 buah). Nasib sekolah agama rakyat masih tidak menentu dan langsung tidak disentuh. Sedangkan perlembagaan jelas membenarkan dan bantuan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, sekolah vernakular paling beruntung kerana mereka bukan sahaja dibantu oleh kerajaan, malahan jutawan, pertubuhan dan individu tertentu memberikan sokongan dan bantuan yang amat padu. Ini tidak termasuk peruntukan wakil-wakil rakyat yang sudah pasti akan mereka dekati untuk menambahkan dana yang sedia ada. Jika tidak percaya, lakukanlah audit terhadap pertubuhan-pertubuhan berkaitan pendidikan dan sekolah vernakular ini.

Berulang kali saya mengatakan bahawa makna adil bukannya sama rata atau sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Inilah formula sering kali kita lupa. Saya dikecam hebat suatu ketika dahulu agar pembinaan rumah ibarat perlu berpaksikan formula jumlah populasi penduduk. Jika tidak, akan berselerakanlah rumah ibarat yang halal dan yang haram.

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church. Memang menjadi perancangan Kristian untuk membina gereja terbesar di Asia. Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan plan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul sebagai mercu tanda nanti adalah gereja terbesar di Asia dan mereka akan mendapat mengecualian cukai atas nama kebajikan. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukuplah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai sebagai Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan 7 wasiat raja-raja Melayu itu?

Jika keadaan ini terus berlaku, akan berlakulah rumah siap, pahat berbunyi. Akan timbul rasa tidak puas hati. Yang dapat lebih, akan bersorak gembira, manakala yang dapat kurang, akan berasa tidak puas hati. Perkara inilah yang menjadi bahan perbualan hari ini.

Perlu dingatkan, jangan bandingkan dengan peruntukan dan bantuan kepada sekolah agama yang boleh dikatakan saban tahun semakin berkurang. Membantu sekolah agama tidak sama membantu sekolah vernakular. Perkara ini termaktub dalam perlembagaan. Umat Islam berhak menggunakan wang negara untuk perkembangan syiar Islam. Sila rujuk Perkara 12 (2). Perkara ini mesti difahami oleh setiap pemimpin Islam di negara ini. Tidak kira apapun berlaku, sama ada orang bukan Islam menyokong atau tidak, kita mesti tegas dalam perkara berkaitan dengan agama, bangsa dan negara.

Jika kita tunduk, ia akan menjadi precedent. Hujah ini akan digunakan apabila kepentingan mereka tergugat. Justeru, saya menyeru kepada pemimpin Islam, masa tidak lagi menunggu kita. Nasib tidak semesti menyebelahi kita pada masa akan datang, walaupun mungkin kita lihat ada pada masa kini.

Ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan mem¬bina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Menurut Pahrol Juoi, part yang kuat tidak menjamin bangsa yang kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah yang melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita kerana Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku.

Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kao¬mintang yang begitu berjasa, ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan di mana-mana jua. Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya ke¬matangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerja¬sama dengan mana-mana pihak, sama ada pihak NGO, parti politik (kerajaan atau pembangkang), organisasi kor¬porat dan sebagainya tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Yang penting matlamat tercapai, survival bangsa terjamin. Apabila mereka menjadi kuat, amat sukar untuk tergugat dan digugat. Akibatnya, kita terpaksa tunduk disebabkan oleh kekuatan mereka. Akibatnya, belanjawan tidak mencerminkan keadilan yang sebenar. Kita sentiasa berada di pihak yang rugi sehingga agama Islam turut menjadi taruhan. Agama Islam hari ini dicabar begitu hebat seperti isu murtad.

Kenapa kita tidak mahu belajar atau mengambil iktibar? “Himpunan Sejuta Umat”' (HIMPUN) yang akan diadakan di Stadium Utama Shah Alam pada jam 2.00 petang 22 Oktober ini sepatutnya dapat membuka mata kita semua. Tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, umat Islam perlutampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita dan saya yakin belanjawan yang akan dikemukakan nanti akan kelihatan lebih adil.

Buka Minda
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Sunday, October 09, 2011

Di manakah agenda kebangsaan?

10:30 PM Posted by RIDHUAN TEE 173 comments
(Sinar Harian 10.10.11)

Resolusi perhimpunan MCA minggu lepas terus mendesak kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vernakular setanding dengan pendidikan kebangsaan. Antara desakan mereka adalah, kerajaan mesti membantu pembangunan lebih 78 peratus sekolah Cina sedia ada melalui peruntukan khas.

Lembaga pentadbir sekolah Cina mesti dirujuk terutama berkaitan penempatan guru besar (pengetua), penolong kanan dan guru bahasa Melayu. Mereka mesti berlatar belakangkan Cina dan boleh berbahasa Cina dengan baik. Masa pembelajaran dan pengajaran bahasa Cina mesti dikekalkan minima 5 period seminggu. Tiap-tiap tahun inilah desakan yang kedengaran ketika perhimpunan tahunan mereka. Tidak perlulah ditanyakan pendapat Gerakan dan parti ultra kiasu.

Soal untuk memandaikan anak Cina yang lemah dalam komunikasi dan gagal dalam penulisan bahasa kebangsaan langsung tidak disentuh. Yang penting bagi mereka, anak Cina mesti pandai dalam bahasa Cina. Sekolah Cina mesti mendapat bantuan lebih dari sebelumnya, penguasaan bahasa Cina mesti diutamakan.

Sebelum ini Perdana Menteri amat bermurah hati bersetuju menyalurkan kutipan cukai arak dan judi kepada sekolah Cina. Mengecualikan cukai terhadap mereka yang memberi sumbangan kepada tabung pembangunan sekolah Cina dan banyak lagi. Pendek kata, sekolah Cina hari ini mendapat perhatian yang begitu tinggi daripada pelbagai pihak. Kerajaan terpaksa tunduk demi mendapatkan undi. Undi pun belum ditentu diberikan kerana undi adalah rahsia. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, usahlah dicerita. Peruntukan datang mencurah-curah. Pendek kata, kiri kanan, semua makan, ibarat gergaji dua mata. Buatlah perbandingan antara sekolah kerajaan dengan sekolah vernakular. Mana lebih baik. Kalau tidak percaya pergilah ke salah sebuah sekolah di kampung saya, SK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan, lihatlah betapa daifnya sekolah ini. Guru besar sekolah tersebut meminta saya memberitahu kementerian supaya membantu sekolah tersebut. Terfikir juga saya, apa yang dibuat oleh wakil rakyat di sana.

Inilah isu yang terus menjadi duri dalam daging yang tidak berkesudahan. Tidak cukup dengan bantuan kepada sekolah Cina setakat ini? Saya memohon dan menasihatkan kerajaan, jika mahu terus mengarus perdanakan sekolah vernakular setanding setanding dengan sekolah kebangsaan, beberapa perkara berikut perlu diberikan perhatian.

Pertama, kerajaan tidak perlu tertakluk atau tunduk kepada desakan atau keputusan lembaga pentadbir sekolah Cina. Kedua, pentadbiran sekolah Cina hendaklah ditentukan oleh pihak kerajaan, bukannya pentadbir sekolah Cina. Ketiga, sebahagian besar tanah sekolah Cina hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Keempat, bahasa Melayu hendaklah diajar melebihi period minima bahasa Cina. Jika mereka tidak mahu melakukannya, adalah tidak wajar kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menyamakan taraf sekolah vernakular dengan sekolah kebangsaan.

Sudah lama saya tidak menyentuh isu kerana saya ingatkan kita semua mengambil iktibar. Namun, keadaan masih tidak berubah. Kita begitu takut dengan ugutan orang Cina kerana undi. Realitinya, undi tetap tidak bertambah. Jika orang Cina Islam lahirkan hasrat yang sama di negara komunis China, kita sudah dapat menjangka nasib mereka. Hatta, berpuasapun tidak dibenarkan.

Yang amat menyedihkan, sama ada pelajar-pelajar Cina boleh menguasai bahasa kebangsaan atau tidak, langsung tidak menjadi agenda atau resolusi. Kita amat serius dengan bahasa ibunda, tetapi tidak kepada agenda negara. Saya tidak nafikan ramai juga orang Melayu menghantar anak-anak ke sekolah vernakular. Tetapi situasinya berbeza. Melayu dapat menguasai bahasa dan budaya Cina. Manakala Cina tetap dengan kecinaannya (keindiaan).

Inilah dilema pendidikan negara yang kita hadapi sekian lama. Tidak salah memandaikan anak kita dengan bahasa ibunda. Tetapi apakah langkah yang dibuat untuk memandaikan anak kita dengan bahasa negara? Pihak ultra kiasu terus mendakwa bahawa sekolah vernakular adalah satu kekuatan. Tetapi pernahkah kajian dibuat untuk melihat kesan sekolah vernakular ke atas pembangunan negara bangsa dan integrasi nasional?

Selaku ahli akademik, saya pernah memohon grant untuk melakukan kajian seperti ini tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan sensitif. Jawatan kuasa penilai terdiri kalangan bebal dan pandir. Saya amat hairan, perkara sebesar ini melibat masa depan negara dikatakan tidak penting. Sedangkan ada kajian yang tidak penting dianggap penting.

Kita hanya melihat dari sudut yang positif, sedangkan sudut yang negatif, yang sudah tentu implikasinya lebih besar tidak mahu dibincangkan. Saya memohon kepada kerajaan supaya memberikan kami grant untuk membuat kajian ini secara menyeluruh. Implikasi sekolah vernakular ke atas pembangunan negara bangsa.

Sepatutnya orang Cina berlapang dada menerima pandangan-pandangan daripada pihak berautoriti bukannya defensif. Kita seharus merasa bertuah kerana dapat mengekalkan pendidikan ibunda di sini. Di negara lain, seperti Indonesia dan Thailand, bukan sahaja pendidikan vernakular diharamkan, hubungan dengan negara asal diputuskan sama sekali. Kelonggaran hanya diberikan pada tahun-tahun 1990an. Tidak seperti kita, tidak pernah melarang sama sekali. Saya yakin, jika dibuat kajian, sebahagian besar rakyat Malaysia, berhubung dan membuat lawatan yang amat kerap di negara asal. Pernahkah kerajaan menghalang?

Menurut Aimee Dawis (2002), orang Indonesia Cina yang membuat kajian mengenai orang Cina di sana, pada tahun 1965 hingga 1998, kerajaan Indonesia mengharamkan penggunaan bahasa Cina, tulisan Cina dan alat komunikasi Cina secara paksa. Semua perayaan kebudayaan orang Cina termasuk menyambut Tahun Baru Cina. Hubungan dengan China diputuskan sama sekali.

Bandingkan dengan negara kita, saban tahun sekolah Cina bertambah, perayaan kebudayaan bukan Islam disambut secara besar-besaran sehingga menenggelamkan perayaan kebesaran umat Islam. Malah cuti umumpun hampir sama dengan cuti perayaan agama rasmi ini. Masihkah kita tidak bersyukur?

Memanipulasikan situasi politik Melayu hari ini amat tidak wajar sama sekali. Walaupun nampak kerajaan berlembut kerana terpaksa, di peringkat bawah dibincangkan secara hangat. Kita terus menyimpan dendam. Jika tidak percaya, layari laman-laman web yang ada pada hari ini. Amat malang sama sekali, ramai kalangan kita yang tidak dapat mengikuti penulisan-penulisan rakyat Malaysia dalam bahasa Cina. Jika tidak, saudara semua akan dapat tahu bagaimana penghinaan dibuat. Janganlah hanya obses dengan Namewee sahaja. Saya juga tidak nafikan ada juga orang Melayu bertindak sedemikian.

Rakyat Malaysia sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan. Tidak timbul soal ada yang langsung tidak dapat bertutur dan memahami bangsa kebangsaan. Buatlah kajian mendalam dalam isu ini. Bancian 2010 yang dibuat oleh jabatan perangkaan sudah cukup membuktikannya. Adakah perkara ini dibincangkan dalam perhimpunan MCA, Gerakan dan parti ultra kiasu? Ingatlah, titik permulaan dalam pembentukan Bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pembelajaran negara kita. Sikap terhadap rakyat Malaysia ini harus di bentuk dari peringkat asas. Justeru, desakan demi desakan daripada ultra kiasu ini mesti dikaji secara mendalam. Janganlah kerana mahukan undi kita terpaksa melukut di tepi gantang. Akhirnya nanti, siapakah yang akan menerima akibatnya. Saya tidak nafikan kekuatan kata-kata unity in diversity. Tetapi bacalah bersama kesan multiculturalism yang semakin menghantui negara-negara barat hari ini yang konon memperjuang kebebasan hak asasi manusia.

Saya akan berikan komen mengenai Belanjawan 2012 minggu hadapan

Monday, October 03, 2011

Mengambil iktibar politik Cina

12:27 PM Posted by RIDHUAN TEE 100 comments
(Sinar 3 Okt 2011)

Isu hudud bergema lagi, belumpun sempat isu-isu lain ditangani. Begini lelucon politik Malaysia. DAP sudah memberi amaran kepada PAS. MCA menggertak UMNO untuk keluar Barisan Nasional jika UMNO bersetuju atau memberi sokongan kepada PAS melaksanakan hudud. Terfikir pula, kuat sangatkah MCA?Tidakkah MCA (termasuk Gerakan) sedar,selama ini mereka hanya bergantung harap kepada undi Melayu untuk menang. Jika mereka bertanding di kawasan majoriti Cina, awal-awal lagi telah bungkus. Janganlah terlalu bongkak.

Kepada umat Islam, jika kita boleh menerima sistem atau ideologi lain seperti demokrasi, sosialis komunis, dan sebagainya, kenapa kita begitu elergi dengan sistem pemerintahan Islam? Lagipun, hudud adalah untuk orang Islam, tidak ada kena mengena dengan bukan Islam. Apatah lagi negeri Kelantan yang penduduknya lebih 90 peratus umat Islam.Saya tidak nampak hasrat kerajaan Kelantan perlu ditentang.

Biarkanlah kerajaan Kelantan melakukan percubaanini. Jika berjaya, Alhamdulillah. Jika tidak, sama-sama kita bermuhasabah kenapa ia gagal?

Belajarlah dengan mengambil iktibar politik Cina. MCA dengan parti ultra kiasu tidak ada banyak bezanya. Satu bangsa dan satu bahasa, begitu licik dalam menguruskan krisis dan tahu bila mahu berhenti apabila keadaan memerlu¬kan mereka bersatu.

Baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan untuk mengecualikan cukai kepada mereka yang menderma kepada Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ yang diwujudkan oleh ahli korporat Cina, bagi membantu pendidikan sekolah vernakular termasuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Saya yakin orang Cina mampu melakukannya. Cuma saya bimbang jika pendermaan tersebut dikecualikan cukai, pendapatan negara akan berkurang. Siapakah yang untung?

Ini belum termasuk dana-dana lain yang dikumpulkan.Untuk makluman, dana Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) disetiap sekolah vernakular rata-rata berjumlah lebih daripada satu juta setiap tahun kewangan berakhir. Ini belum termasuk danaNGO-NGO yang lain seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Jiao Zong dan lain-lain. Lakukanlah audit. Apakah semua ini tidak cukup? Jika semua sektor korporat memberikanbantuan kepada tabung ini nanti, apakah nasib yang akan diterima oleh sekolah kebangsaan.

Sekadar berkongsi pengalaman, sebagai Yang DiPertua PIBG selama lebih 10 tahun. Saya dapat merasai betapa sukar untuk mencari wang bagi membantu pembangunan sekolah-sekolah kerajaan. Semua sekolah boleh diberikan budget yang cukup-cukup sahaja. Jika ada sebarang kekurangan seperti kerosakan prasarana, makmal, kerusi meja dan berbagainya, amat sukar untuk mendapat bantuan daripada pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri. Alasanmudah, tidak ada budget. Budget sudah habis.

Akhirnya PIBG menjadi mangsa. Maka bertungkus lumus PIBG mencari dana. Saya tidak fikir perkara ini dihadapi oleh SJKC. Hartawan dan ibu bapa mereka amat pemurah. Laporan tahunan menunjukkan mereka mempunyai akaun dan asset yang luar biasa. Sekolah mereka ada yang berhawa dingin untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti tahun enam, tingkatan tiga dan lima.

Kemudahan makmal dan computer mereka lengkap. Bangsa ini sanggup berbelanja besar untuk pendidikan ibunda anak-anak mereka walaupun mere katidak kaya. Tidak seperti kita, begitu kedekut apabila dikenakan sedikit bayaran bagi memandaikan anak-anak kita.

Sekolah kerajaan yang mempunyai bilangan yang begitu banyak terpaksa berkongsi perbelanjaan, sedangkan sekolah vernakular yang turut dibantukerajaan, kini ditambah pula dengan bantuan sektor swasta dan dikecualikan cukai, sudah tentu akan menjadi lebih hebat dan akhirnya nanti sekolah kebangsaan tidak akan mampu bersaing dengan sekolah vernakular.

Lebih-lebih lagi, kini sekolah vernacular mempunyai akses dan membuat perjanjian dengan sekolah-sekolah di Taiwan. Ramai pelajar yang akan ditaja ke sana. Sama seperti saya katakana sebelum ini,Institusi PengajianTinggiAwam (IPTA)terpaksa berkongsi budget, sedangkan IPTS berasaskan kaum senang-senang sahaja mendapat bantuan sektor swasta dan dikecualikan daripada cukai.

Kadangkala amat sedih sekali melihat kedudukan sekolah agama, ibarat mati segan hidup tak mahu. Keadaan sekolah agama begitu daif berbanding dengan sekolah vernakular. Kita terpaksa mengharapkan derma daripada orang ramai. Janganlah hairan jika ada ‘pengemis-pengemis’ yang datang meminta dan mengutip derma di pintu masuk bank-bank untuk dana pendidikan sekolah agama.

Ini sifat bangsa saya, dalam pendidikan dan perniagaan, mereka begitu objektif. Sesiapa yang dapat menyumbangkan keuntungan dan setia dalam perniagaan, me¬reka akan diterima dan sanggup berkerjasama. Dalam politik, ada disiplin politik, maka dalam bidang perniagaan, pendidikan dan budaya, ada jua disiplin dan etikanya yang tersendiri. Justeru, disiplin politik tidak lagi relevan untuk mendapat per¬timbangan yang tidak bias, prejudis dan emosional dalam bidang-bidang yang lain.

Sekadar mengambil iktibar supaya umat PAS dan Umno membuka mata. Sejarah persengketaan antara Muawiyah dan Sayidina Ali r.a. Perbezaan pandangan dan ideologi antara mereka berdua telah menyebabkan berlakunya perang saudara. Peluang dan kelemahan yang berlaku ini telah diambil kesempatan oleh pihak ketiga iaitu kerajaan Rom. Wakil Rom yakni pihak luar ketika itu berjumpa dengan Muawiyah untuk menghulurkan bantuan bagi menghadapi tentera Sayidina Ali, namun Muawiyah dengan tegas telah menolak tawaran itu.

Ini membuktikan bahawa Muawiyah tahu adab-adab dalam berbeza pendapat. Umat Islam tidak boleh sama sekali bersekongkol dan bersubahat dengan musuh yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menyelesaikan masalah sesama Islam. Tidak seperti kita, musuh sudah didepan mata, sahabat sendiri masih lagi tidak dipercayai. Lebih malang lagi, politik turut terbawa di kalangan para pendakwah, ahli ekonomi, pakar sains dan teknologi. Sepatutnya, biarlah orang politik bertikai, kita buat kerja. Ini tidak, kita bersentimen sama.

Ambillah iktibar ini dalam isu hudud. Saya amat bersetuju dengan komen Nadim dalam blog saya. Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakan, tetapi kita harus melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan di antara kita. PAS dan UMNO harus bersatu dalam isu ini. Biarkan sahaja DAP, MCA dan Gerakan terus menggertak untuk keluar Pakatan dan BN. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka. Tidak adanya ketegasan kalangan kita semenjak dari dahulu lagi, membuatkan mereka menjadi semakin berani. Kepentingan kita semakin terhakis dek kelicikan mereka menari gendang politik, ditambah dengan perpecahan dan persengketaan sesama kita.Renungkanlah kata-kata hikmah Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazzini.

“There can be no black-white unity until there's first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves”

Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Monday, September 26, 2011

Politik desperado PKR

6:58 AM Posted by RIDHUAN TEE 157 comments
(Sinar harian 26 Sept 2011)

Saya amat pelik dengan tuduhan Timbalan Ketua Pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap sahabat saya Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, yang kini menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengenai kedudukan rumahnya. Saya sudah lama mengenali Jamil Khir dari mula menjadi pegawai kanan tentera sehinggalah menjadi menteri. Seringkali saya ke rumah beliau untuk bersama-sama pergi menjadi tetamu majlis forum atau ceramah. Rumah beliau seadanya sejak dulu sampai sekarang. Bezanya hanya, ada sedikit ubah suai yang dilakukan yang masa ke semasa mengikut cita rasa. Belanjanya tidaklah begitu besar berbanding mereka yang membina mahligai.

Pemimpin PKR menuduh beliau menggunakan wang zakat untuk ubah suai rumah. Tuduhan ini amat berat. Inilah politik desperado PKR yang bercita-cita rakus menguasai Putrajaya bersama parti ultra kiasu. Mereka tidak ada kerja lain, asyik pergi mengintai rumah orang untuk mendapatkan laba politik. Tidak mustahil nanti, bilik mandipun akan diintai, untuk mengetahui jenama sabun apa yang dipakai. Hina sungguh politik sebegini.

Saya ingin bertanya, adakah semua rumah pemimpin PKR kecil-kecil? Kenapa tidak melihat rumah pemimpin mereka seperti rumah Menteri Besar Selangor sekarang? Adakah wajar kita menuduh beliau dia mengambil duit PNB atau Guthrie semasa menjadi pemimpin organisasi tersebut? Saya tidak sebacul itu walaupun fahaman kita berbeza.

Saya lihat tidak kurang pemimpin PKR (ketika berada dalam Umno) dan sekutunya hidup mewah, menaiki kapal terbang kelas satu dan sebagainya. Mengata dulang paku serpih. Kita jarang mahu mencontohi pemimpin seperti Mahatma Ghandi. Begitu tawaduk. Jika naik keretapi, jarang dia naik kelas pertama, tetapi dia memilih kelas tiga. Rakyat merasa hairan lalu bertanya kepada Ghandi: “mengapa membeli tiket kelas tiga? Ghandi menjawab: “kerana tidak ada tiket kelas empat!” (Hamka, 2007). Maaflah, saya tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, nanti dituduh terlalu Islamik pula.

Saya tidak nafikan ada juga pemimpin Umno yang hidup mewah bergaya, berlagak ke sana ke mari dengan isterinya yang bergelar artis. Percayalah pemimpin sebegini tidak akan kekal lama. Tibanya masanya, spesis seperti ini akan diundurkan atau berundur sendiri. Goustave Le Bon pernah berkata: orang yang percaya akan dirinya tidaklah mengharapkan pujian manusia. Orang yang mengharapkan pujian, nescaya ragu-ragu akan harga dirinya.

Mengintip hal ehwal peribadi seseorang untuk mendapatkan laba politik adalah perbuatan yang amat keji. Berhujahlah secara professional jika kita mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan seseorang. Tidak perlulah menggunakan kaedah pengintipan jika ingin mendapat publisiti murahan. Cara kita berpolitik jauh sekali berbeza, berbanding negara maju yang lain.

Peranan pembangkang di negara maju, jarang menjaga tepi kain orang. Tetapi mereka sentiasa memberikan input yang terbaik untuk pemerintah. Tidak seperti parti ultra kiasu mahu menukar jalur gemilang jika berjaya memerintah. Ini adalah pemikiran komunis yang amat bahaya. Apa salahnya dengan bendera. Bendera tidak pernah mengacau orang. Bendera adalah lambang kedaulatan dalam sebuah negara. Dalam peperangan, jika bendera dipacakkan, itu adalah lambang kemenangan. Jika gagal, itulah nasib bendera. Justeru, jangan mangsakan bendera dek kerana perbezaan politik.

Siapa jatuh dan bangun, bendera tetap sama. Tidak perlu ditukar kerana ia warisan zaman berzaman. Sama juga apabila Perdana Menteri mengistiharkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sepatutnya semua pihak menyokong. Ini tidak, ada yang berkata ini disebabkan oleh desakan pembangkang. Tanpa pembangkangpun, pasti ada rakyat yang akan bangun menentang ISA.

Kenapa kita tidak amalkan politik yang ada sedikit nilai intelektual? Kenapa kita begitu bebal dan pandir? Tidakkah lebih baik kita berpolitik secara lebih Islamik, yang baik disokong hatta datang daripada Yahudi sekalipun. Inikan pula kita sesama Islam.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Pertama, berpolitik secara matang, yang tidak bebal dan tidak pandir, seperti yang saya sentuh minggu lalu. Kedua, berhujah secara professional. Jangan gunakan isu peribadi untuk menjatuhkan seseorang, tetapi gunakan hujah berasaskan kepada faktan ilmiah dan rasional kajian.

Ketiga, mengiktiraf pilihan rakyat. Jika rakyat telah memilih Barisan Nasional untuk mengetuai Putrajaya maka hormatilah keputusan itu. Begitu juga dengan pilihan rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor. Tidak perlulah menggunakan taktik-taktik kotor untuk saling menjatuh, kerana rakyat akan memilih semula lima tahun yang akan datang.

Keempat, bijak menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan. Malang sekali, persamaan yang dapat memberi manfaat yang banyak nampaknya semakin kabur disebabkan oleh api kemarahan dan per¬musuhan yang tidak pernah kunjung padam. Kaedah yang digunakan untuk menyerang lawan begitu hina sehingga yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Jika pertembungan ini sekadar berlegar waktu pilihan raya masih lagi boleh diterima. Ini tidak, ia terus berlarutan seolah-olah tidak ada noktahnya.

Pihak yang kalah, tidak boleh menerima hakikat dan terus menimbulkan suasana haru biru. Manakala pihak yang menang pula, bertindak balas sama, terus meng¬hentak musuh politiknya. Terlupakah kita bahawa kerja untuk membina masih banyak menunggu? Mengapa dan kenapa kerja untuk meruntuh terus menerus berlaku?

Berbeza sungguh dengan politik negara maju. Begitu beretika dan profesional. Di Amerika Syarikat, pertandingan merebut jawa¬tan presiden adalah perkara biasa dan mereka akan berkempen secara profesional. Namun, apabila keputusan pemilihan presiden diumumkan. Seluruh rakyat akan menerima. Kemenangan Obama (Democrat) diterima baik oleh lawannya McCain (Republican).

Begitu juga ketika Al Gore dan George W. Bush merebut jawatan sebagai presiden Amerika pada tahun 2000. Tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya tersebut, Al Gore membawa kes ini ke mahkamah. Mahkamah memutuskan, Bush diterima sebagai presiden Amerika. Al Gore menerima keputusan tersebut dengan lapang dada. Al Gore menyeru kepada rakyat Amerika agar menumpukan taat setia kepada Bush. Tidak ada dendam-berdendam, kutuk-mengutuk dan tuduh-menuduh selepas itu. Pemimpin yang terpilih boleh terus menjalankan tugasnya, manakala yang kalah, menerima kekalahan dan terus memberi sumbangan. Dengan sifat sebegini, ditakdirkan orang barat memeluk Islam, maka pupuskan umat Islam di Tanah Arab, termasuk negara kita, yang asyik berpecah tidak berkesudahan.

Rakyat Amerika tidak kira parti apapun, terus bekerja membina ne¬gara mengikut apa yang dirancang oleh parti yang memerintah kerajaan. Setiap warga akan berfikir dan berusaha bagaimana untuk membela kebajikan rakyat dan keutuhan negara se¬panjang tempoh pemerintahan tersebut. Jika ada ketidakpuasan hati, maka ia disuarakan secara betul dan profesional di meja perundingan.

Politik di kalangan ahli-ahli politik tidak terbawa-bawa dalam sektor awam dan sektor swasta. Pegawai kerajaan, para akademia, dan golongan marhaen tidak terikut-ikut rentak ahli politik kerana mereka telah memberi tumpuan untuk membangunkan negara mengikut bidang kepakaran. Masing-masing berhempas-pulas mahu menyumbang. Anak-anak mereka tidak dimangsakan meskipun parti politik berbeza. Berbeza dengan kita, memberi bantuan masih berkira, siapa dia? Apa partinya?

Melihat kepada perbandingan tersebut, jelas kematangan berpolitik seumpama itu belum ada di kalangan rakyat di negara kita. Sama ada di pihak mana pun, masing-masing masih kuat terikat dengan politik kepartian sempit walaupun bahang pilihan raya telah lama tamat. Akibat¬nya, yang menang sukar mengisi kemenangan, manakala yang kalah pula terus mencari kesalahan yang menang. Masa banyak terbuang dengan mengintip orang lain seperti yang dilakukan oleh PKR ke atas Jamil Khir. Inilah politik desperado PKR.

Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Monday, September 19, 2011

Membasmi bebalisme dan orang pandir

8:22 AM Posted by RIDHUAN TEE 135 comments
(Sinar Harian 19 Sept 2011)

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk diperbahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik.

Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1000. Bayangkan berapa banyak masa,wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ini belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa yang untung, siapa yang rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur berbanding orang lain yang telah jauh meninggalkan kita, menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Suka atau tidak, kita akan terus berurusan dengan negara-negara komunis seperti China dan Russia bagi mengekang hegemoni barat yang semakin mencengkam. Dengan makna, dari aspek diplomatik, kita akan terus berhubung dengan negara komunis demi kemajuan negara seperti lawatan pemimpin komunis negara China baru-baru ini, selagi mana kita tidak terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran mereka.

Waima, saya merasa amat pelik, kenapa kita harus ‘melayan’ isu ini yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini, sedangkan banyak lagi perkara besar yang perlu diberikan perhatian, seperti masalah ekonomi negara, masalah kemiskinan semakin menghantui sehingga boleh menyebabkan akidah tergadai, gejala sosial yang semakin menakutkan, perkauman yang semakin menebal, kelemahan umat Islam yang semakin ketara, bahasa Melayu yang semakin terhakis dan banyak lagi isu yang tidak menyebelah umat Islam. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.

Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah. Sama ada ia perlu ditulis semula atau tidak, bergantung kepada keadaan. Apa yang perlu dibuat hari ini kajian ilmiah perlu banyak dilakukan dari masa ke semasa untuk membuktikan fakta sejarah tersebut, jika masih samar dan dipertikaikan. Bukannya dengan saling mengkritik dan menghentam, seolah-olah dunia akademik ini begitu sempit. Sedangkan semua tahu bahawa dunia akademik tidak ada sempadan. Hari ini mungkin kajian kita sesuai dan relevan, mungkin tidak untuk masa hadapan. Ia akan menjadi bahan sejarah. Kajian baru perlu dibuat untuk membuktikannya. Marilah kita bersama-sama melakukan kerja-kerja yang membawa lebih banyak faedah daripada mewujudkan budaya bebal dan pandir seperti yang dibahaskan oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Attas, telah saya sentuh sebelum ini.

Menurut beliau, golongan intelektual adalah orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliah. Ia membawa maksud bahawa memiliki kelayakan akademik dan mempunyai gelaran, sebagai contoh, gelaran professor, masih belum layak untuk menggelarkan seseorang itu sebagai seorang intelektual jika tidak berfikir. Misalnya, Herbert Spencer, yang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi diiktiraf dan dikategorikan sebagai salah seorang intelektual pada zamannya. Cara Spencer berfikir dan tindak tanduknya menepati ciri-ciri golongan intelektual sebagai seorang ahli falsafah, biologis, psikologis, sosiologis dan politikus.

Tidak perlulah saya membandingkan dengan ketokohan dan kehebatan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, tetapi pemikiran intelektualnya begitu terserlah berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Perkara ini sengaja disenyapkan oleh orientalis barat kerana mereka tidak mahu agama Islam ditonjolkan sebagai pelopor budaya intelektual.

Bukan seperti segelintir masyarakat hari ini yang jelas masih kabur tentang makna sebenar intelektual. Mereka ternyata telah menyelewengkan makna hakikat ilmu yang sebenar. Bebalisme dan kepandiran semakin menjadi-jadi. Kita gagal melahirkan golongan intelektual, yakni masyarakat menjadi malas berfikir. Lebih parah lagi kemalasan berfikir ini turut terbawa-bawa oleh kalangan elitis sehingga menjadi bebal, yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Misalnya, orang kaya sepatutnya berfikir bagaimana membantu orang miskin atau golongan yang memerlukan. Ini tidak, kerjanya asyik mengintai artis untuk dikahwini. Perkahwinan mereka inilah diperbesar-besarkan oleh media seolah-olah tidak ada lagi isu lain yang lebih penting.

Istilah ini bukan bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang, tetapi pemikiran ini perlu dibenteras kerana ia diibaratkan parasit yang berserabut dalam pemikiran masyarakat. Gejala ini menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutamanya dari segi keinginan dan kemampuan menuntut ilmu. Antara sikap yang ditunjukkan dalam gejala bebalisme ini adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak mempunyai daya cipta yang baik.

Paling ketara bagi mereka yang terperangkap dengan gejala ini ialah tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah. Tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak memberi penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Akibatnya, wujud kemalasan intelek yakni untuk berfikir lebih jauh. Sedangkan kita semua tahu bahawa otak perlu dirangsang (stimulate) supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bebalisme akan menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh politik, pangkat, nama dan sebagainya.

Budaya inilah yang telah membelenggu pemikiran masyarakat kita. Syed Husein berkata: “Menjadi salah satu ciri bebalisme untuk mengharapkan orang lain percaya pada apa yang dikemukakannya tanpa memberi alasan atau penjelasan apabila pokok permasalahan tersebut di luar dari pokok permasalahan biasa. Bebalisme juga tidak mempunyai kecintaan kepada hujah yang tertib dan rasional apabila membahaskan suatu pokok permasalahan atau isu”.

Paling menyedihkan menurut Syed Hussien apabila gejala ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. Natijahnya, gejala sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat ini. Justeru, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan, pemikiran bebalisme dan pandir yang perlu dibenteras. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Sesama sendiri bercakaran. Ilmu tidak meningkat, masa dan tenaga terbuang, negara tidak membangun, sehingga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan. Siapa yang rugi akhirnya?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sunday, September 11, 2011

Sindrom mahu jadi pakar

9:22 PM Posted by RIDHUAN TEE 70 comments
(Sinar Harian 12 Sept 2011)

Kini semakin ramai yang mahu menjadi pakar walaupun bukan bidangnya. Semua mahu bercakap. Ini kerana masing-masing terlalu ghairah mengambil kesempatan, mabuk kuasa dan politik terdesak hari ini. Mereka berselindung atas nama Islam, pertubuhan Melayu, pertubuhan ibu bapa dan macam-macam badan lagi bagi merealisasikan cita-cita merekanya. Sekumpulan mahukan Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Sekumpulan lagi mahu komunis diberikan pengiktirafan. Jika kita kaji latar belakang mereka, langsung tidak ada kaitan dengan bidang kepakaran. Tetapi mereka mahu berlagak macam hero kampung. Inilah sindrom yang menggusarkan dunia akademik hari ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asal cita-cita mereka tercapai.

Sebuah pertubuhan yang kononnya mewakili ibu bapa membuat kenyataan bahawa majoriti ibu bapa menyokong PPSMI. Tertanya-tanya pula kita, siapakah ibubapa tersebut? Apakah modus operandi kajiannya? Apakah kaedah dan metodologi yang digunakan? Sejauhmanakah kesahkan dan kebolehpercayaan kajian yang digunakan? Siapakah sasaran atau respondennya? Semua ini masih menjadi tandanya, berbanding dengan kajian akademik oleh para akademia sebelum ini. Malang sekali, penemuan para academia tidak dibincangkan berbanding pertubuhan picisan ini.

Pertubuhan ini meminta untuk bertemu dengan kabinet supaya mengembalikan semula PPSMI. Mereka mendakwa mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa berhubung perkara ini. Satu perkara yang luar biasa. Teruja saya untuk melihat kajian mereka.

Persoalannya, bagaimana mereka boleh mendakwa mempunyai bukti dan mendapat sokongan, sedangkan rata-rata kajian yang dibuat sebelum ini, PPSMI gagal mendapat sokongan, apatah lagi untuk memajukan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar bagi mendepani pendidikan Sains dan Matematik.

Seingat saya, hampir 100 NGO Melayu yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI telah tampil secara agresif menentang. Ini tidak termasuk NGO Cina yang telah menentang sejak awal lagi. Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu sendiri yang terdiri daripada profesor-profesor dalam bidang, dari awal lagi telah menentang beserta bukti-bukti kajian. Tanyalah Professor Abdullah Hassan, Professor Awang Sariyan, Profesor Nik Safiah Karim dan ramai lagi.

Ini belum termasuk pandangan pakar sains yang lain seperti Professor Shahril M. Zain (Pakar Sains Matematik), Profesor Tan Sri Zulkifli Razak (Pakar Perubatan), Profesor Yusof Othman (Pakar Fizik) dan ramai lagi.

Nasihat saya, jika ingin mendapatkan pendapat dan suara pakar Melayu, sepatutnya kerajaan mendengar dan merujuk kepada cendekiawan dan NGO-NGO Melayu seperti Persatuan Akademik IPTA, Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Majlis Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) dan banyak lagi. Kenapa kita begitu terpukul dengan sebuah pertubuhan kerdil yang disebut sebagai Page. Siapakah mereka? Apa kepakarannya?
Tidak payahlah menggunakan gelaran datin untuk mencari pengaruh. Hina sangat rasanya. Gelaran datin adalah tumpangan gelaran datuk yang diperolehi oleh suami. Jika benar-benar berani mari kita berdebat dengan para akademia secara akademik.

Yang memelikkan lagi kenapa pihak berkuasa perlu merasa tergugat dengan tindakan mereka? Sedangkan pakar-pakar bahasa memberikan pandangan daripada pelbagai aspek, termasuk pedagogi, linguistik dan sebagainya. Manakala mereka yang tidak ada kepakaran langsung, dan mungkin tidak mengaji setinggi manapun, sibuk bercakap, hanya kerana dia isteri bergelar datin dan mendapat sokongan bukan Melayu?

Negara kita teramat sedih kehilangan seorang pejuang bahasa, Dato’ Dr Hasan Ahmad yang kembali ke ramahtullah baru-baru ini. Ketika Allahyarham masih hidup, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu tidak pernah luntur sehinggalah kerajaan bertindak memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita amat mengharapkan kementerian pelajaran akan bertegas dengan pendiriannya.

Kumpulan ini sedang diperalatkan oleh golongan yang mahukan bahasa kebangsaan ini lenyap, maka diberilah publisiti secara besar-besar dalam laman-laman web dan akhbar anti Melayu dan Islam. Tidak ada sesiapapun yang rasional menolak kepentingan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bahasa dunia, ia perlu dipelajari. Cara mempelajarinya perlulah tepat,betul dan mengikut kaedah, bukan beremosi.

Persoalan pokok, adalah isu penguasaan bahasa. Bukan isu sains dan matematik. Jika bahasa yang lemah, yang harus diperhebatkan adalah kaedah pembelajaran dan pengajaran bahasa, bukan mengubah sistem. Inilah perkara yang kurang difahami oleh mereka. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga.

Saya amat terusik dengan pesanan akhir Dato Dr Hassan Ahmad, kerajaan akan jatuh jika tidak mendengar suara ilmuan. Siapakah ilmuan tersebut? Ilmuan tersebut adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, jujur dengan ilmu dan bertindak berpaksikan Quran dan Sunnah serta perlembagaan negara. Bukannya mereka yang bukan sahaja tidak pakar, tetapi sekadar bergantung nasib atas nama suami bergelar datuk. Kepakarannya entah ke mana. Alahai malang sungguh.

Sama juga isu yang menganggap komunis ini sebagai pejuang. Bacalah dahulu sejarah komunis dari awal hingga akhir daripada pelbagai sumber. Jangan hanya membaca satu sumber sahaja atau sebelah pihak sahaja, kerana ada kepentingan atau mahu mengambil hati rakan dan taulan. Selepas itu, barulah boleh memberikan komen dan pandangan. Barulah terserlah kepakarannya. Berkata benar, walaupun amat pahit, kerana itulah yang terbaik, kerana kebenaran pasti akan menang, walaupun kalah buat sementara waktu.

Saya sempat membaca buku berkaitan perjuangan komunis oleh Rashid Maidin, Tunku Abdul Rahman, Hanrahan, Purcell, Thompson dan sebagainya. Saya tidak menafikan sumbangan komunis memang ada, tetapi tidaklah boleh meletakkan mereka setaraf dengan pejuang kemerdekaan. Perjuangan komunis yang kononnya dikatakan menentang penjajah British amat jauh berbeza dengan perjuangan Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela menentang penjajah British. Pejuang-pejuang Melayu hanya mahu menghalau penjajah, berbanding dengan perjuangan komunis yang mahu menguasai Malaya melalui teori dominonya.

Adalah tidak rasional menolak kebaikan seorang, hanya kerana mungkin dia musuh kita atau tidak bersefahaman dengan kita. Dalam kes Mat Indera, beliau adalah seorang pejuang, cuma platformnya salah, kerana bersama komunis. Perlu diingat, walaupun komunis telah berjaya dihapuskan, pemikiran komunis masih lagi tidak lekang dalam sanubari segelintir rakyat di negara ini. Masih ada lagi yang menyanjung Bintang Tiga (MPAJA), Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, dan sebagainya. Tindakan membina tugu MPAJA menunjukkan bahawa perjuangan komunis masih lagi bertapak di negara ini.

Profesor Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Monday, September 05, 2011

Padah jika terlalu berbaik sangka

7:33 AM Posted by RIDHUAN TEE 105 comments
(Sinar Harian 5 Sept 2011)

Siapa kata orang Islam yang menerima bantuan dan pertolongan bukan Islam itu salah? terutama bantuan gereja atau orang Kristian yang sedang hangat diperdebatkan hari ini, ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Jika itulah faktanya, bermakna sejak Nabi Muhammad SAW lahir, kemudian menjadi anak yatim piatu semasa kecil, siapakah yang membantu Baginda?

Hatta selepas dilantik menjadi Rasulpun, ketika itu, agama Islam baharu sahaja diturunkan, siapakah orang di sekeliling Nabi? Orang Islam atau bukan Islam? Jawapannya, sudah tentu orang bukan Islam. Siapakah bukan Islam itu? Ada beberapa kategori. Pertama, yang pro dan simpati dengan Islam. Kedua, golongan yang anti Islam, pura-pura baik kerana ada udang di sebalik batu. Ketiga, musuh Islam yang sebenar seperti Yahudi dan Nasrani. Dalam kes gereja DUMC dan sebahagian Kristian, kategori manakah mereka? Manakah satu kafir zimmi dan kafir harbi, fikirkanlah sendiri.

Semua sedia maklum bahawa bapa saudara dan isteri Baginda, Abi Talib dan Khadijah adalah antara paling banyak membantu Baginda. Malah, sebelum nabi diangkat menjadi Rasul. Rasulullah menerima bantuan daripada bukan Islam yang simpati dengan Islam. Sebahagian orang bukan Islam ketika itu (termasu Yahudi) tidak ada agenda tersembunyi atau ada udang di sebalik batu.

Yang paling menyedihkan Baginda SAW adalah pemergian Abi Talib, yang masih lagi tidak memeluk Islam, sedangkan pengorbanannya terhadap Islam tidak ada tolok bandingnya. Jika Nabi bertindak tidak menerima bantuan bukan Islam, apakah mungkin Islam boleh berkembang? Hanya Allah SWT yang tahu.

Begitu juga jika Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah memeluk Islam, tidak membantu orang bukan Islam, bagaimanakah mungkin orang bukan Islam yang lainnya akan memeluk Islam? Oleh kerana agama Islam bersifat sejagat, sudah tentu bantuannya tidak mengenal darjat, warna kulit dan agama.

Perkara pokok yang perlu dibincangkan di sini bukan soal boleh atau tidak, orang Kristian membantu orang Islam atau orang Islam membantu Kristian! Tetapi perkara pokok adalah, apakah agenda tersembunyi, yang tersurat dan tersirat di sebalik bantuan tersebut? Saya memohon mereka yang mahu menjadi hero ini kepada ultra kiasu ini, supaya membaca pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Sinar Harian akan kelicikan pihak Kristian dan luahan pengalaman saya semasa pernah menjadi Kristian.

Namun demikian, umat Islam juga patut dipersalahkan kerana ‘membenarkan’ orang Islam mencari orang Kristian untuk mendapatkan bantuan atau didekati oleh Kristian untuk dibantu. Jika orang kaya berperanan dan sedar diri, serta zakat diagihkan dengan betul, tidak ada orang Islam yang merempat di muka bumi bertuah ini. Persoalannya, kenapa umat Islam masih merempat? Kenapa kita tidak mencari mereka? Kita berseronok dengan kekayaan kita? Menghitung dan melihat angka kutipan yang besar? Kemudian, mengahwini artis sana sini. Seterusnya, pergi menunaikan umrah beratus kali untuk mengejar pahala sunat, sedangkan pahala wajib membantu mereka yang fakir miskin dan merempat, dibiarkan begitu sahaja.

Kita hanya menunggu mereka datang meminta bantuan? Kita tidak bertindak seperti contohnya Khalifah Omar atau Umar Abdul Aziz. Khalifah-khalifah ini sibuk mencari orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Yang ada dalam benak fikiran mereka, orang yang memerlukan mesti dibantu.

Sama juga soal dakwah. Adakah kita tidak pergi berdakwah kepada bukan Islam atau kita menunggu mereka datang menyerah ke pejabat agama untuk memeluk Islam? Sudah tentu dakwah perlu keluar. Umat Islam perlu mendekati bukan Islam, bukannya menunggu mereka datang menyerah diri. Jika begitulah keadaannya, bagaimana Islam boleh berkembang di zaman para Nabi?

Berbeza dengan Kristian, mereka keluar berdakwah mendampingi sasaran untuk menyebarkan dakyahnya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Cina dan orang Asli beralih kepada agama Kristian. Missionari mereka tidak hanya datang dengan dakyah tetapi dengan bantuan wang ringgit sebagai penarik. Kadangkala, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana memang menjadi tangungjawab dan kewajipan mereka menyebarkan dakyah agamanya. Sama seperti tanggungjawab kita.

Cuma silapnya Kristian adalah, mereka mendakyahkan agamanya kepada orang Islam yang dilindungi perlembagaan. Jika mereka berdakyah kepada bukan Kristian yang lain, mungkin tidak banyak timbul masalah. Namun, mereka amat licik. Kristian tahu jika sekadar berdakyah kepada yang bukan Kristian (bukan Melayu), impaknya tidak seberapa.

Justeru, mahu tidak mahu mereka mesti berdakyah kepada orang Melayu yakni peribumi, walaupun dilindungi perlembagaan. Sokongan Melayu amat penting untuk mendapatkan Melayu yang lain. Barulah negara ini mudah untuk dikristiankan. Terus terang, saya tidak pernah takut kepada dakyah Kristian, kerana saya kenal diri saya dan saya mampu menghadapi mereka bila-bila masa. Masalahnya, sasaran mereka bukan saya, tetapi mereka yang tidak faham Islam, jahil, terdesak dan memerlukan bantuan.

Bayangkanlah ketika seseorang memerlukan bantuan dan terdesak, tiba-tiba kita datang sebagai penyelamat, tidakkah kita rasa terhutang budi? Saya teramat sedih membaca kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang dua pemimpin agama mufti yang tidak memahami konteks dakyah Kristian dan penglibatan dalam pertubuhan atau NGO. Nasihat saya, biasakanlah diri dengan kerja-kerja NGO, saudara semua akan tahu apa perancangan Kristian sebenarnya.

Sekian lama saya berkecimpung dalam NGO terutama, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Perkim, apatah lagi pernah menganut agama Kristian bersama-sama bekas rakan-rakan Kristian yang lain, kita semua tahu apa perancangan mereka. Janganlah terlalu bersangka baik, walaupun bersangka baik memang dituntut dalam Islam, seperti pesan Sheikh Abdul Kadir al-Jailani, jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.

Bagaimana kita masih boleh berbaik sangka pada mereka yang terang-terang mahu memurtadkan umat Islam, menghina dan melanggar perlembagaan? Dalam konteks pemerintahan, kita kena patuh kepada undang-undang atau undang-undang patuh kepada kita? Kristian kena patuh kepada perlembagaan atau perlembagaan kena ikut Kristian? Sama juga kes kita kena ikut pembangunan atau pembangunan kena ikut kita. Sudah tentu sebagai rakyat kita perlu berkorban untuk memberi laluan kepada pembangunan yang tidak bercanggah dengan Islam. Namun, adakah ia berjalan dengan betul dan adil?

Misalnya, jika ada Chinatown yang terjejas untuk memberi laluan kepada pembangunan seperti di Jalan Sultan, Petaling Street, heboh satu dunia. Golongan ultra kiasu tampil mempertahankannya dengan hujah ia adalah warisan zaman berzaman dan menjadi tumpuan pelancong, sedangkan melambak lagi kawasan Chinatown di negara ini. Tidak perlu dinamakan Chinatown pun, Kuala Lumpur sebenarnya sudah menjadi Chinatown. Kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan daripada memberi laluan kepada pembangunan. Sebagai tindakan ‘win-win’, pembinaan bawah tanah yang melibatkan kos yang lebih besar terpaksa dilakukan. Bayangkan kalau tempat itu adalah Malaytown (jika ada). Apakah tindakan win-win akan berlaku? Lihatlah nanti nasib Kampung Bharu.

Selama ini tanah rezab diambil dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan pembangunan. Apa reaksi orang Islam? Sama juga jika satu rumah ibadat bukan Islam dirobohkan bagi tujuan pembangunan, heboh satu Malaysia. Jika diberipun, tempatnya mesti strategik dan lebih besar, berbanding dengan jika surau masjid dirobohkan, ganti belum tentu lagi. Yang pasti orang Melayu hanya berdiam diri dan tidak banyak membantah. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.