Sunday, October 16, 2011

Belanjawan 2012 dan keadilan

(Buka Minda - Sinar Harian 17 Okt 2011)

Belanjawan 2012 telahpun dibentangkan. Ramai yang memuji, tidak kurang yang sinis. Sebagai akademia, izinkan saya memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan belanjawan pendidikan dan kaitannya dengan konsep adil.

Nampaknya, guru-guru sekolah lebih menjadi tumpuan, berbanding dengan kami sebagai akademia. Maklumlah, bilangan guru lebih ramai (412,042 orang), sudah pasti sokongan mereka amat penting dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selaku pemimpin persatuan pegawai akademik, bersama semua pimpinan persatuan pegawai akademik IPTA yang lain, kami telah bersidang dan menyuarakan pandangan kami kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), agar kebajikan akademia dilihat sama menggunakan indeks pembangunan manusia (Human Development Index) atau HDI. Namun, sehingga kini masih belum ada jawapan. Apapun kami amat mengharapkan kerajaan jangan terlalu menumpukan kepada sekolah sehingga terlepas pandang insitusi pengajian tinggi yang amat penting dalam melahirkan modal insan. Kami tidak dengki, cuma rasa sedikit terkilan kerana yang paling beruntung adalah sekolah vernakular.

Bilangan sekolah vernakular tidak banyak berbanding sekolah kebangsaan. Misalnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (1300 buah), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (527 buah) dan sekolah mubaligh (441 buah). Peruntukan yang sama RM100 juta diberikan termasuk yang diperolehi oleh sekolah agama kerajaan dan Maktab Sains Mara.

Peruntukan RM500 juta untuk sekolah kebangsaan, tidak perlulah dibincangkan, kerana memang wajar. Apatah lagi bilangan sekolah kebangsaan begitu banyak (9996 buah). Nasib sekolah agama rakyat masih tidak menentu dan langsung tidak disentuh. Sedangkan perlembagaan jelas membenarkan dan bantuan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, sekolah vernakular paling beruntung kerana mereka bukan sahaja dibantu oleh kerajaan, malahan jutawan, pertubuhan dan individu tertentu memberikan sokongan dan bantuan yang amat padu. Ini tidak termasuk peruntukan wakil-wakil rakyat yang sudah pasti akan mereka dekati untuk menambahkan dana yang sedia ada. Jika tidak percaya, lakukanlah audit terhadap pertubuhan-pertubuhan berkaitan pendidikan dan sekolah vernakular ini.

Berulang kali saya mengatakan bahawa makna adil bukannya sama rata atau sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Inilah formula sering kali kita lupa. Saya dikecam hebat suatu ketika dahulu agar pembinaan rumah ibarat perlu berpaksikan formula jumlah populasi penduduk. Jika tidak, akan berselerakanlah rumah ibarat yang halal dan yang haram.

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church. Memang menjadi perancangan Kristian untuk membina gereja terbesar di Asia. Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan plan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul sebagai mercu tanda nanti adalah gereja terbesar di Asia dan mereka akan mendapat mengecualian cukai atas nama kebajikan. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukuplah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai sebagai Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan 7 wasiat raja-raja Melayu itu?

Jika keadaan ini terus berlaku, akan berlakulah rumah siap, pahat berbunyi. Akan timbul rasa tidak puas hati. Yang dapat lebih, akan bersorak gembira, manakala yang dapat kurang, akan berasa tidak puas hati. Perkara inilah yang menjadi bahan perbualan hari ini.

Perlu dingatkan, jangan bandingkan dengan peruntukan dan bantuan kepada sekolah agama yang boleh dikatakan saban tahun semakin berkurang. Membantu sekolah agama tidak sama membantu sekolah vernakular. Perkara ini termaktub dalam perlembagaan. Umat Islam berhak menggunakan wang negara untuk perkembangan syiar Islam. Sila rujuk Perkara 12 (2). Perkara ini mesti difahami oleh setiap pemimpin Islam di negara ini. Tidak kira apapun berlaku, sama ada orang bukan Islam menyokong atau tidak, kita mesti tegas dalam perkara berkaitan dengan agama, bangsa dan negara.

Jika kita tunduk, ia akan menjadi precedent. Hujah ini akan digunakan apabila kepentingan mereka tergugat. Justeru, saya menyeru kepada pemimpin Islam, masa tidak lagi menunggu kita. Nasib tidak semesti menyebelahi kita pada masa akan datang, walaupun mungkin kita lihat ada pada masa kini.

Ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan mem¬bina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Menurut Pahrol Juoi, part yang kuat tidak menjamin bangsa yang kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah yang melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita kerana Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku.

Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kao¬mintang yang begitu berjasa, ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan di mana-mana jua. Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya ke¬matangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerja¬sama dengan mana-mana pihak, sama ada pihak NGO, parti politik (kerajaan atau pembangkang), organisasi kor¬porat dan sebagainya tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Yang penting matlamat tercapai, survival bangsa terjamin. Apabila mereka menjadi kuat, amat sukar untuk tergugat dan digugat. Akibatnya, kita terpaksa tunduk disebabkan oleh kekuatan mereka. Akibatnya, belanjawan tidak mencerminkan keadilan yang sebenar. Kita sentiasa berada di pihak yang rugi sehingga agama Islam turut menjadi taruhan. Agama Islam hari ini dicabar begitu hebat seperti isu murtad.

Kenapa kita tidak mahu belajar atau mengambil iktibar? “Himpunan Sejuta Umat”' (HIMPUN) yang akan diadakan di Stadium Utama Shah Alam pada jam 2.00 petang 22 Oktober ini sepatutnya dapat membuka mata kita semua. Tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, umat Islam perlutampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita dan saya yakin belanjawan yang akan dikemukakan nanti akan kelihatan lebih adil.

Buka Minda
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

11 comments:

Rahman said...

Assalamualaikum,

Saya setuju dengan pandangan Sdr Ridhuan, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Iaitu adil bukannya dibahagikan sama rata secara mengikut kuantiti.

Himpunan sejuta umat diharap dapat menyatukan semua umat Islam tak kira ideologi, survival umat Islam bergantung kepada kesatuan dan kekuatan umat itu sendiri.


InsyAllah . Marilah menuju kejayaan umat.

Mengharap RedhaMu said...

Wahai pemimpin ISLAM sedarkanlah diri kalian. Belum tentu kedudukan kalian akan menyebabkan kalian terlepas dari tanggungjawab. Sedang Kufar senantiasa mencuri ruang dan peluang....kini semakin terhakis dek kerana kelalaian penghayatan didalam agama Islam yang menyebabkan saluran dicerobohi. Apakah Malaysia ini milik kalian??? Fikir2kanlah WAHAI PEMIMPIN!!!

Bak lirik lagu nasyid. Saff One(Buta Mata)"....tidak nampak jalan menuju ke akhirat, negeri yang kekal abadi,tidak diukur dengan masa, tidak ada kawan yang dapat membantu...."

“Himpunan Sejuta Umat”' (HIMPUN)
insya'Allah DIA tidak mempersiakan mereka yang Ikhlas memperjuangkan AgamaNya.....
Allahu Rabbi.....

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan pandangan prof.agama memang kena nombor satu kat malaysia ni.baru keadilan akan tertegak untuk seluruh rakyat tak kira bangsa dan agama.tapi saya selalu musykil dengan persoalan ni.persoalannya adalah BAGAIMANA? itu je prof yang saya selalu fikirkan.kadang2 benda ni macam ibarat mencurahkan air kedaun keladi.tulisan diblog, ceramah dan diskusi sana sini itu bagi saya macam tak berhasil.kerana biasanya golongan yang mendengar dan mengikuti tulisan2 dan pemikiran2 ini adalah golongan yang memang sudah sedar dan sependapat dengan konsep agama ni.tapi golongan2 yang sepatutnya sedar seperti pemerintah,politician dan mereka2 yang pegang kuasa ni mereka tu yang buat benda2 ni tak boleh terealisasi.jadi saya bukan nak pesimis prof cuma saya macam belum nampak macam mana cara untuk perubahan ni prof.sebab orang yang memerintah kita adalah kriminal.macam mana nak expect orang camtu untuk berubah sedangkan dalam kepala dia sentiasa berfikir untuk buat jahat je.maaf dengan kenyataan pesimis saya ni.believe me saya rindu sangat nak kan negara kita ditadbir dibawah panji islam yang sebenar.i hope u can figure out the way prof.

abdullahngah said...

Kerajaan yang memerintah negara ini sudah tertinggal dibelakang selama 40 tahun lebih.

Nampaknya bajet 2012 yang prihatin sikit dengan pendidikan negara.

Sepatutnya sejak 40 tahun lepas lagi ia memberi tumpuan yang sangat berat kepada modal insan (pendidikan).

pendek kata pendidikanlah segala galanya.

Tanpa pendidikan rakyat tak akan ada doktor ke , pensayarah ke jurutera ke pemimpin politik ke dan lain lainnya.

Anonymous said...

salam ,sayangnya para pemimpin kita semakin bertambah umur dan semakin kurang lincah gerak tarinya...dan yang sangat2 menyedihkan semakin benak dan hati kaudu. gara2 keramat wang.. kasihan bangsa dan agama.

PEMBANGKANG-DAP said...

"yang paling beruntung adalah sekolah vernakular ... Peruntukan yang sama RM100 juta diberikan termasuk yang diperolehi oleh sekolah agama kerajaan dan Maktab Sains Mara." Ini yang kita tidak mahu.

Sekolah Cina sudah banyak kemudahan, banyak bantuan diberi dari yang kaya raya. Professor Ridhuan sendiri telah mengatakan bahawa ada diantara mereka yang berhawa dingin sepenuhnya. Apa saja yang diminta PIBG mereka akan dapat dari ibu bapa yang kebanyakannya berpendapatan tinggi. Malahan, banyak yang kaya raya.

Demikian banyak jutawan Cina yang sanggup membuat sumbangan kapada pelajaran murid murid Cina sehingga UTAR tahun lalu menolak RM30 juta yang mahu disumbangkan oleh seorang Jurutera jutawan Cina.

Sepatutnya sekolah vernakular tidak boleh diberi bantuan. Sebab sekolah tersebut bercanggah dengan Perlembagaan negara. Mereka menggunakan Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Masakan Perlembagaan Perkara 152 menyatakan Bahasa Resmi dinegara ini ialah Bahasa Malaysia. Bahasa ibunda boleh digunakan hanya untuk tujuan lain dari urusan resmi. Dan sekolah adalah urusan resmi mana mana negara didunia ini.

Mahu tak mahu, Budget ada diParlimen sekarang. BN majoriti, Budget itu akan diluluskan. Kita hanya boleh sejukkan hati kita sikit dengan menyedari ini lalah budget untuk tahun 2012 sahaja. Tahun pilihanraya umum rasanya. Nyata Budget itu bertujuan mengejar undi. Tindakan seperti ini akan dilakukan oleh mana mana parti yang memerintah.

Bersedialah kita membangkang dengan lantang jika tindakan seperti itu dilakukan berterusan ditahun tahun berikut nya. Saya mesti tidak halalkan 1-2 sen wang cukai saya jika berterusan begitu. Saya masih megharapkan akan timbul Kerajaan yang kuat dan barisan pimpinan yang berani dan tegas mengambil langkah langkah seperti menyatukan tiga sistem pelajaran kita sekarang - SK, SJKC dan SJKT - kapada hanya satu sistem, atau Satu Sekolah Untuk Semua (SSS).

Kapada pembaca bahru disini, dan yang belom mengenalinya, silalah keblog Kempen SSS untuk mengtahui butiran lanjut yang dikempen mereka. Semuanya ada diFact Sheet dsbnya disana.

anonymous1 said...

Janganlah kiasu sangat Dr.

kebanyakan sekolah cina (vernakular) wujud sebelum merdeka, sebelum perlembagaan digubal.

Seringkali Dr. membantah segala tentang sekolah vernakular. tetapi tidak pernah Dr sebut kebaikan yg dibawa oleh sekolah vernakular. Berapa ramai pakar2 yang dilahirkan oleh sekolah vernakular dan swasta?

Tidak dapat dinafikan jumlah peruntukan yang besar diberikan kepada sekolah vernakular kali ini, mungkin disebabkan PRU yang semakin dekat. Pernahkah Dr terfikir, disebabkan sekolah2 vernakular yg selama ini diderma dan diusahakan oleh kaum cina, berapa billion RM yang telah dijimat oleh kerajaan sebagai peruntukan kpd sekolah tersebut? Dan akhirnya pelajar2 ini akan berbakti kepada tanah air ini juga.

Dr menghantar anak ke sekolah vernakular, dengan alasan membolehkan anak belajar bahasa cina. Betul ke ini satu-satunya sebab Dr hantar anak ke sekolah cina? saya pasti anak Dr telah memdapat lebih daripada itu, termasuk mempelajari budaya cina yang kiasu dan tekun dalam pembelajaran.

sekolah vernakular sekarang bukan sahaja terdiri dpd palajar cina, malah bangsa2 lain, ada juga sekolah vernakular yang majoriti pelajar melayu. Sebab pada hari ini, sekolah vernakular telah diiktiraf oleh ibubapa pelbagai bangsa, termasuk Dr sendiri.

Biarlah kerajaan memberi peruntukan yang banyak ke, atau tidak beri peruntukan langsung, memberi bebas cukai ke tak beri langsung, cina tetap akan menderma sebanyak yg boleh. sebab bangsa cina tahu pendidikan adalah aset yg paling penting, pendidikan tu aset yang tidak akan dirampas oleh siapa2.

Jikalau sek keb atau sek agama begitu kurangnya peruntukan, saya yakin usahawan dan jutawan melayu pasti akan menderma kepada sek2 tersebut kan?

Kata Dr sekolah vernakular yg paling untung.. kalau pendidikan untung, negara juga untung, anak Dr untung juga... semua pelajar berbilang bangsa untung juga.
janganlah kiasu sangat.

sekian terima kasih.

Anonymous said...

12:09 AM,

"sekolah cina (vernakular) wujud sebelum merdeka, sebelum perlembagaan digubal" tidak bermakna ianya betul selepas ada Perlembagaan dan didalam keadaan sekarang. Menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar adalah melanggar Perkara 152 yang menyebut BM sebagai Bahasa Resmi.

Berapa ramai pakar2 yang dilahirkan oleh sekolah vernakular? Cuba anda senaraikan dan bandingkan dengan jumlah yang keluar dari sekolah itu semasa. Dan berapa ramai yang kandas, drop out sebelom SPM (30% kata Timbalan Menteri Pelajaran Wee 1-2 tahun yang lalu), kerja sebagai pembantu mekanik, pembantu jualan, menjual pita dan barangan tiruan. Berapa banyak sumbangan mereka kapada masyarakat terutamanya bila diambil kira sekolah vernakular itu subversif kapada Perkara 152 Perlembagaan.

Tidak timbul so'al berapa billion RM yang telah dijimat oleh kerajaan sebagai peruntukan kpd sekolah tersebut sebab sekolah vernakular bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan. Ingat, pekerja asing yang bukan rakyat negara ini pun "Berbakti kepada tanah air" juga.

Murid murid Melayu disekolah vernakular hanya tidak beberapa persen saja. Cuba anda sebutkan nama, alamat "sekolah vernakular yang majoriti pelajar melayu" supaya dapat disemak benar tidaknya dakyah kamu itu.

Kita tahu "cina tetap akan menderma sebanyak yg boleh. sebab bangsa cina tahu pendidikan adalah aset yg paling penting", tetapi sedarilah bahawa sekolah Cina bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan.

Sekolah vernakular perlu diserapkan kedalam sistem sekolah kebangsaan supaya ada hanya satu aliran persekolahan diegara ini. DS Najib telah menyebutkan diblog 1Malaysianya dan diParlimen bila sekolah satu aliran dibincang dimedia massa dahulu bahawa "sistem sekolah satu aliran akan dilaksanakan bila rakyat mahukannya tetapi dia tidak menyebut cara bagi menentukan sama ada rakyat mahukan sekarang atau tidak.

Masanya akan sampai bila pemimpin yang tegas dan berani akan timbul dan sistem sekolah satu aliran akan dilaksanakan.

anonymous1 said...

(6.24)

"Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam."

saya copy dari wikipedia.. betulkan jika saya salah.


senarai sekolah itu, saya tak ada lah maafkan. saya tak ada sumber/maklumat tentang komposisi pelajar untuk sekolah vernakular seluruh negara. namun saya dapat sebutkan satu sekolah iaitu SJK(c) Min Nam yang terletak di kuala teriang, langkawi, mempunyai lebih 70% pelajar malayu.
Berapa percen murid bangsa bukan cina yang memasuki sekolah vernakular, saya tidak pastilah. tapi setahunya saya, dalam percen yg sikit itu, terdapat anak Dr RT, penulis blog ini. Sedangkan PM Najib juga menyokong kewujudan sekolah vernakular. (http://www.malaysiakini.com/news/176808) -- janganlah baca link ini kalau rasa MK sumber berita bohong.
Berikutan dgn lapora di atas semasa Najib melawati Penang, saya rasa kerajaan semakin mengiktiraf kewujudan diversifikasi sistem pendidikan di negara.(ataupun najib ular dua kepala?)

untuk pengetahuan, jumlah peratus drop out yang besar itu, telah mengambil kira pelajar2 yang meneruskan pelajaran di luar negara misalnya singapura, australia, US dll. Kalaulah betul2 drop out pun, tidak bermakna mereka tidak berbakti kepada masyarakat. mungkin kereta anda yang rosak pun dibaiki oleh golongan drop out ini.. Jutawan-jutawan seperti Loh Boon Siew, Robert Kuok,... dan ramai lagi tidak mndapat pendidikan yg tinggi, namun masih memberi sumbangan kepada masyarakat.

salam

Anonymous said...

11:33 AM,

Bahaya bersandarkan kapada Wikipedia. Siapa saja boleh menulis disitu.

Selalu penyuntingnya keluarkan arahan mengatakan punca, kuasa (authority) bagi malumat maalumat berkenaan dinyatakan. Sebab maklumat itu tidak boleh diercayai.

Saya sendiri pernah baca penulisan diWikipedia mengatakan kaum Melayu menyebabkan Perang Larut yang berturut turut di pertengan kedua abad 19. Pada hal kongsi gelap, penjahat dan gengster yang dibawa masuk oleh suku kaum Ghee Hin dan Hai San yang menyebabkannya.

Begitu juga tak boleh bersandar kapada blog blog Pembangkang seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today dsbnya. Maklumat disitu mesti mereng kepihak Pembangkang.

Perkara 152 Perlembagaan mengatakan bahasa ibunda boleh digunakan hanya untuk tujuan selain dari tujuan resmi (other than for official purposes). Sekolah Sekolah tidak boleh gunakan Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sebab sekolah ada lah urusan resmi dimana mana negara pun.

Cubalah google Perlembagaan Negara Malaysia yang dikemas kini (updated) sehingga tahun 2006. Kalu ada masalah, google pula Perbadanan Cetak Negara yang mencetakkannya.

Anonymous said...

11:33 AM,

komposisi pelajar untuk sekolah vernakular seluruh negara pernah Professor Ridhuan keluarkan dahulu. Sila ke Archive dia jika minat. Tak beberapa persen saja murid Melayu disekolah Cina.

Saya akan cuba dapatkan pengesahan jika SJK(c) Min Nam yang terletak di kuala teriang, langkawi itu benar benar mempunyai lebih 70% pelajar malayu. Jika benar, mungkin demografi penduduk disitu menyebabkannya, tidak semestinya keagongan sekolah Cina.

Sementara waktu, jika anda boleh beri maklumat tentang punca maklumat itu, akan berguna untuk pembaca menilai maklumat itu.

PM Najib bukan "menyokong", hanya membiarkan kewujudan sekolah vernakular. Semata mata untuk undi. Bezanya bohong dengan "slanting the news", umpamanya dengan perkataan "menyokong", masakan dia "membiarkan" saja.

Gejala "ular dua kepala" ada diantara politikus BN dan PR.

Berkenaan peratus drop out dan "pelajar2 yang meneruskan pelajaran di luar negara" itu - takkan lah ramai yang belajar diluar negara diperingat Tingkatan 3-4.

So'al "berbakti kepada masyarakat" itu masuk bab lain, beb. Kamu dah mula nak mengarut cakap baiki kereta pun berbakti kapada masyarakt. Loh Boon Siew betul tidak berpelajaran tinggi. Robert Kuok ada pelajaran tinggi. Siapa punca maalumat kamu?

Salam.