Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, September 26, 2011

Politik desperado PKR

6:58 AM Posted by RIDHUAN TEE 157 comments
(Sinar harian 26 Sept 2011)

Saya amat pelik dengan tuduhan Timbalan Ketua Pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap sahabat saya Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, yang kini menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengenai kedudukan rumahnya. Saya sudah lama mengenali Jamil Khir dari mula menjadi pegawai kanan tentera sehinggalah menjadi menteri. Seringkali saya ke rumah beliau untuk bersama-sama pergi menjadi tetamu majlis forum atau ceramah. Rumah beliau seadanya sejak dulu sampai sekarang. Bezanya hanya, ada sedikit ubah suai yang dilakukan yang masa ke semasa mengikut cita rasa. Belanjanya tidaklah begitu besar berbanding mereka yang membina mahligai.

Pemimpin PKR menuduh beliau menggunakan wang zakat untuk ubah suai rumah. Tuduhan ini amat berat. Inilah politik desperado PKR yang bercita-cita rakus menguasai Putrajaya bersama parti ultra kiasu. Mereka tidak ada kerja lain, asyik pergi mengintai rumah orang untuk mendapatkan laba politik. Tidak mustahil nanti, bilik mandipun akan diintai, untuk mengetahui jenama sabun apa yang dipakai. Hina sungguh politik sebegini.

Saya ingin bertanya, adakah semua rumah pemimpin PKR kecil-kecil? Kenapa tidak melihat rumah pemimpin mereka seperti rumah Menteri Besar Selangor sekarang? Adakah wajar kita menuduh beliau dia mengambil duit PNB atau Guthrie semasa menjadi pemimpin organisasi tersebut? Saya tidak sebacul itu walaupun fahaman kita berbeza.

Saya lihat tidak kurang pemimpin PKR (ketika berada dalam Umno) dan sekutunya hidup mewah, menaiki kapal terbang kelas satu dan sebagainya. Mengata dulang paku serpih. Kita jarang mahu mencontohi pemimpin seperti Mahatma Ghandi. Begitu tawaduk. Jika naik keretapi, jarang dia naik kelas pertama, tetapi dia memilih kelas tiga. Rakyat merasa hairan lalu bertanya kepada Ghandi: “mengapa membeli tiket kelas tiga? Ghandi menjawab: “kerana tidak ada tiket kelas empat!” (Hamka, 2007). Maaflah, saya tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, nanti dituduh terlalu Islamik pula.

Saya tidak nafikan ada juga pemimpin Umno yang hidup mewah bergaya, berlagak ke sana ke mari dengan isterinya yang bergelar artis. Percayalah pemimpin sebegini tidak akan kekal lama. Tibanya masanya, spesis seperti ini akan diundurkan atau berundur sendiri. Goustave Le Bon pernah berkata: orang yang percaya akan dirinya tidaklah mengharapkan pujian manusia. Orang yang mengharapkan pujian, nescaya ragu-ragu akan harga dirinya.

Mengintip hal ehwal peribadi seseorang untuk mendapatkan laba politik adalah perbuatan yang amat keji. Berhujahlah secara professional jika kita mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan seseorang. Tidak perlulah menggunakan kaedah pengintipan jika ingin mendapat publisiti murahan. Cara kita berpolitik jauh sekali berbeza, berbanding negara maju yang lain.

Peranan pembangkang di negara maju, jarang menjaga tepi kain orang. Tetapi mereka sentiasa memberikan input yang terbaik untuk pemerintah. Tidak seperti parti ultra kiasu mahu menukar jalur gemilang jika berjaya memerintah. Ini adalah pemikiran komunis yang amat bahaya. Apa salahnya dengan bendera. Bendera tidak pernah mengacau orang. Bendera adalah lambang kedaulatan dalam sebuah negara. Dalam peperangan, jika bendera dipacakkan, itu adalah lambang kemenangan. Jika gagal, itulah nasib bendera. Justeru, jangan mangsakan bendera dek kerana perbezaan politik.

Siapa jatuh dan bangun, bendera tetap sama. Tidak perlu ditukar kerana ia warisan zaman berzaman. Sama juga apabila Perdana Menteri mengistiharkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sepatutnya semua pihak menyokong. Ini tidak, ada yang berkata ini disebabkan oleh desakan pembangkang. Tanpa pembangkangpun, pasti ada rakyat yang akan bangun menentang ISA.

Kenapa kita tidak amalkan politik yang ada sedikit nilai intelektual? Kenapa kita begitu bebal dan pandir? Tidakkah lebih baik kita berpolitik secara lebih Islamik, yang baik disokong hatta datang daripada Yahudi sekalipun. Inikan pula kita sesama Islam.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Pertama, berpolitik secara matang, yang tidak bebal dan tidak pandir, seperti yang saya sentuh minggu lalu. Kedua, berhujah secara professional. Jangan gunakan isu peribadi untuk menjatuhkan seseorang, tetapi gunakan hujah berasaskan kepada faktan ilmiah dan rasional kajian.

Ketiga, mengiktiraf pilihan rakyat. Jika rakyat telah memilih Barisan Nasional untuk mengetuai Putrajaya maka hormatilah keputusan itu. Begitu juga dengan pilihan rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor. Tidak perlulah menggunakan taktik-taktik kotor untuk saling menjatuh, kerana rakyat akan memilih semula lima tahun yang akan datang.

Keempat, bijak menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan. Malang sekali, persamaan yang dapat memberi manfaat yang banyak nampaknya semakin kabur disebabkan oleh api kemarahan dan per¬musuhan yang tidak pernah kunjung padam. Kaedah yang digunakan untuk menyerang lawan begitu hina sehingga yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Jika pertembungan ini sekadar berlegar waktu pilihan raya masih lagi boleh diterima. Ini tidak, ia terus berlarutan seolah-olah tidak ada noktahnya.

Pihak yang kalah, tidak boleh menerima hakikat dan terus menimbulkan suasana haru biru. Manakala pihak yang menang pula, bertindak balas sama, terus meng¬hentak musuh politiknya. Terlupakah kita bahawa kerja untuk membina masih banyak menunggu? Mengapa dan kenapa kerja untuk meruntuh terus menerus berlaku?

Berbeza sungguh dengan politik negara maju. Begitu beretika dan profesional. Di Amerika Syarikat, pertandingan merebut jawa¬tan presiden adalah perkara biasa dan mereka akan berkempen secara profesional. Namun, apabila keputusan pemilihan presiden diumumkan. Seluruh rakyat akan menerima. Kemenangan Obama (Democrat) diterima baik oleh lawannya McCain (Republican).

Begitu juga ketika Al Gore dan George W. Bush merebut jawatan sebagai presiden Amerika pada tahun 2000. Tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya tersebut, Al Gore membawa kes ini ke mahkamah. Mahkamah memutuskan, Bush diterima sebagai presiden Amerika. Al Gore menerima keputusan tersebut dengan lapang dada. Al Gore menyeru kepada rakyat Amerika agar menumpukan taat setia kepada Bush. Tidak ada dendam-berdendam, kutuk-mengutuk dan tuduh-menuduh selepas itu. Pemimpin yang terpilih boleh terus menjalankan tugasnya, manakala yang kalah, menerima kekalahan dan terus memberi sumbangan. Dengan sifat sebegini, ditakdirkan orang barat memeluk Islam, maka pupuskan umat Islam di Tanah Arab, termasuk negara kita, yang asyik berpecah tidak berkesudahan.

Rakyat Amerika tidak kira parti apapun, terus bekerja membina ne¬gara mengikut apa yang dirancang oleh parti yang memerintah kerajaan. Setiap warga akan berfikir dan berusaha bagaimana untuk membela kebajikan rakyat dan keutuhan negara se¬panjang tempoh pemerintahan tersebut. Jika ada ketidakpuasan hati, maka ia disuarakan secara betul dan profesional di meja perundingan.

Politik di kalangan ahli-ahli politik tidak terbawa-bawa dalam sektor awam dan sektor swasta. Pegawai kerajaan, para akademia, dan golongan marhaen tidak terikut-ikut rentak ahli politik kerana mereka telah memberi tumpuan untuk membangunkan negara mengikut bidang kepakaran. Masing-masing berhempas-pulas mahu menyumbang. Anak-anak mereka tidak dimangsakan meskipun parti politik berbeza. Berbeza dengan kita, memberi bantuan masih berkira, siapa dia? Apa partinya?

Melihat kepada perbandingan tersebut, jelas kematangan berpolitik seumpama itu belum ada di kalangan rakyat di negara kita. Sama ada di pihak mana pun, masing-masing masih kuat terikat dengan politik kepartian sempit walaupun bahang pilihan raya telah lama tamat. Akibat¬nya, yang menang sukar mengisi kemenangan, manakala yang kalah pula terus mencari kesalahan yang menang. Masa banyak terbuang dengan mengintip orang lain seperti yang dilakukan oleh PKR ke atas Jamil Khir. Inilah politik desperado PKR.

Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

157 comments:

Anonymous said...

Saya juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sanggup menjadikan isu peribadi sebagai modal politik.

Coba imbas tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilibatkan pula dengan skandal video terlampau.

Sebenarnya, sudah begitu banyak skandal dan salah laku moral pemimpin politik yang berpengaruh di Malaysia ini didedahkan.

Ada berita yang melumpuhkan dan menamatkan karier politik individu tertentu, tidak kurang yang masih bertahan malah terus mendapat kepercayaan walaupun skandal tersebut dibuktikan dan diakui sendiri oleh individu tersebut.

Mujurlah tiada satu pun skandal peribadi yang pernah terbongkar yang dimulakan oleh Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Ini kerana PAS mengamalkan Politik Islam, menyelesaikan masalah, selain memimpin dan membawa manusia ke arah kebaikan.

Politik Islam tidak boleh bercampur dengan unsur-unsur maksiat seperti membuka aib, mencari kesalahan (bersifat peribadi), apalagi memfitnah dengan mereka-reka cerita dan memburuk-burukkan peribadi.

Ianya sangat ditegah malah diterangkan dalam ayat yang cukup jelas di dalam Al-Quran, surah Al-Hujurat, 49 : 12.

tokgaru said...

Timbalan Ketua Pemuda PKR itu tak ada kerja sebenarnya. Mungkin juga dia tak berapa sehat otak.

Tapi percaya lah, cerita macam tu dah tak laku lagi. Tak ada siapa nak terpengaruh untuk mengundi PKR kerana cerita2 macam tu.

Nasib baik saudara RT bukan orang kuat Umno. Jika RT orang kuat Umno bukan setakat rumah RT dia akan perhatikan malah selipar nak ke tandas yang RT gunakan pun akan dibeleknya.

Cara berpolitik semacam itu sangat menjijikkan dan meloyakan tekak. PKR tobat tak akan menang pada PRU 13 nanti.

Nadim said...

Salam semua,

Apa yang ingin saya sampaikan ini agak panjang dan mungkin off track sedikit dari tajuk perbincangan. Maafkan saya. Tetapi saya rasa ia amat penting dalam konteks hari ini....

Speaking my thoughts @ 25 September 2011

Pertamanya, saya tidak tahu dimana kesudahannya hasrat pemikiran ini. Walaupun begitu, saya lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja.

Berikut adalah pemerhatian dan pandangan saya:

Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan pendirian dan fahaman masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?

Dewasa ini, isu Hudud timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita? Kita boleh memilih untuk mencari angin badai melanda dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita bagi menghentam lawan disebelah sana, akan tetapi saya memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakkan, tetapi saya melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita. Apa kata jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal Hudud ini? Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Puak mereka sahaja juga yang akan untung dihujung cerita. Tiada ketegasan pada kita umat Melayu dan Islam ini semenjak dari dahulu lagi yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah dengan perpecahan dan persengketaan sesama kita. Insaflah, puak Ultra-Kiasu ini baik dalam DAP atau MCA/GERAKAN, sebenarnya boleh bersatu dalam senyap dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka.

samb..

Nadim said...

samb...

Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam dan Melayu ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak. Untuk itu, apa kata jika sekali ini kita gertak balik mereka tanpa menyentuh hal ehwal dan hak asasi serta kepercayaan agama mereka. Kita gertak mereka tanpa berkata apa-apa. Hudud ini hal kita dan suruh Agama kita, kenapa mereka pula yang nak terasa. Kita tunggu sahaja dan lihat apa yang mereka nak kata pula. Benarkah mereka akan bertindak seperti yang dikata?

Saya menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. Mereka tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal menegakkan syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.

Akan tetapi yang pentingnya disini adalah keduanya mesti berjumpa kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada PAS/UMNO dan saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud. Segala persoalan mengenai Hudud dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan dan teknologi semasa. Suruhanjaya Di Raja dibawah payung DYMM adalah platform yang terbaik bagi membentuk pemuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli pemuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM untuk membuat keputusan muktamad kerana beliau adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat apa-apa yang diputuskan oleh DYMM.

samb...

Nadim said...

samb..

Kemudian kita sebarkan ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya. Kita sebagai rakyat kebanyakkan telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak.

Pada rakan yang bukan Islam pula, saya percaya mereka akan sedar keindahan hukum Allah SWT tersebut memainkan peranannya nanti. Siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri.

Timbalan Perdana Menteri dan Dr Mohd Asri sudah menyatakan sesuatu yang amat baik sebagai permulaan. Kita perlu sambut dan mengambil isi serta roh kenyataan mereka tanpa prejudis dan menterjemahkannya didalam bentuk gerak strategi yang komprehensif.

Saya menyeru untuk kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata hikmat Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini..

“There can be no black-white unity until there's first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves”

Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua membantu agama DIA. Wallahualam.

Ikhlas,
25 September 2011

Anonymous said...

pembangkang memang lawak..

spin, twist, divert mmg keje utama diorg..

bile satu2 isu timbul itulah yg akan mrk lakukan.. mgkn tuduhan mrk ke atas Jamil Khir hanyalah usaha mrk utk alihkan perhatian rakyat drpd isu video DSAI yg terbaru itu..yg LEBIH jelas dan LEBIH warna!

-anti komunis-

Anonymous said...

Jelas, kita, rakyat dalam negara yang sudah merdeka lebih separuh abad ini patut malu kerana pemimpin negara masih tidak tahu cara untuk berpolitik. Mungkin mereka ini kurang ilmu atau kurang cerdik.

Apalagi yang perlu dan tidak cukup? Ilmu memerintah yang diturunkan oleh Inggeris - dicontohkan oleh Jepun kepada pemimpin tempatan setelah sekian lama berkonfrontasi dan bertumpah darah, pengalaman bergelut dengan situasi-situasi kritikal negara sepanjang merdeka, meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, lima Prinsip Rukunegara yang mantap, penerapan nilai Islam dan moral dalam negara dan sistem pendidikan nasional: apakah semua ini gagal membentuk sebuah budaya masyarakat, pemimpin dan politik yang matang, atau bersih atau setidak-tidaknya agak bersih?

Paling penting, kenapa kematangan berpolitik pemimpin negara kita semakin rencat dalam sedekad dua ini yang banyak berlegar sekitar anu dan dot dot dot? Kenapa tidak dari dahulu lagi?

Apabila negara dikejutkan dengan betapa rendahnya moral Anwar Ibrahim selaku sosok yang dicanangkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia; iaitu apabila kemunculan video seks oleh individu tertentu yang mengaku sebagai Datuk T dan mendakwa pelakunya adalah Anwar Ibrahim. Apakah reaksi pertama anda?

Ada yang terus percaya, ada yang tidak percaya, ada yang cuma mendiamkan diri. Ya. Walaupun jelas pelakon itu "sedikit buncit", ia tetap akan mengundang pelbagai reaksi.

Biar saya nyatakan bahawa tulisan ini bukanlah untuk mengulas mengenai isu video seks tersebut; siapa pelakon ataupun pelakunya mahupun siapa yang terlibat di balik tabir. Bukan itu tujuan saya sebab terlalu ramai telah mengulas lanjut dan berhukum mengenainya. Percayalah.

Semua itu sebenarnya tidak penting lagi. Malah siapapun sama ada rakyat biasa dan ahli politik, pro BN mahupun pro PR sangat "faham" bahawa isu ini bertujuan mengaibkan orang yang dituduh justeru sebagai percubaan untuk membunuh karier politik beliau.

Neutronboy said...

disebabkan politik kepartian, demokrasi kita berpecah..

Saya lebih menykai sistem beraja/sultan/khalifa seperti dahulu kala di Kepulauan Tanah Melayu ini.

Anonymous said...

UMNO telah menggulingkan raja secara halus, dengan menghilangkan kuasa-kuasa tetap raja-raja, bukan sahaja dinegeri-negeri ketika UMNO mentadbir negeri, bahkan dipersekutuan juga sebelum ini, kuasa-kuasa raja telah dihilangkan oleh UMNO rakus.

Perlembagaan negara telah digubal ketika era pentadbiran Tun Mahathir, dengan menghilangkan kuasa raja-raja. Kuasa Agong hanya lebih tertumpu kepada hal ehwal agama semata.

Anonymous said...

10.18

bila terlalu byk baca huruharakah begini la jadinyer..

wake up..

Anonymous said...

11.17 am

Wake up! Bukan harakah la!

Koleksi Ucapan PM di Parlimen;

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh : 18-01-1993


Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Bacaan selanjutnya;

http://blog.marhaen.info/laman-utama/tag/699-rang-undang-undang-umnobn-lucut-kuasa-raja-raja

abdullahngah said...

Nak tahu baik seseorang itu kenalah tanya kawannya dan nak tahu jahat seseorang itu kena tanya musuhnya.

Demikianlah realiti yang berlaku sejak dulu hingga kini.

Anonymous said...

12:26 PM

itu namanya menghadkan kuasa raja..bukan melucutkan atau menghilangkan..

wake up..

Anonymous said...

1.41pm

Ini cakap MAHATHIR BIN MOHAMAD;

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara.

Wake up la! "Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan"

Anonymous said...

Aku tengok dekat tv aku kira 5 buah sekolah dapat 1 juta setiap sekolah masing-masing.Najib pikir CINA nak undi BN ke?Bodoh ayam mongol

Anonymous said...

Puji Sekolah Cina di Penang - Najib BODEK Nak Mampus !
Arrrrghhhh ..... saya kalau bab artikel Najib bodek sekolah cina, memang PANTANG ! Terus terang saya cakap Najib TIDAK berpijak dibumi nyata dengan kenyataan bodek cina yang terbaru ini -


Najib bangga peranan kaum Cina majukan pendidikan
Boleh Najib puji diri sendiri kononnya -

semasa beliau menjadi menteri pelajaran, beliau mengambil tindakan berani dengan menggugurkan kuasa Menteri Pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan dan salah satu hasil positif daripada penukaran ini adalah meluaskan diversiti dalam sistem persekolan Malaysia.

Najib anggap tindakannya itu dipuji oleh rakyat semua ? Kerana Najiblah, sekolah cina TERBELA sepenuhnya, Menteri pelajaran sudah tidak ada kuasa keatas sekolah cina ! Itu yang Najib banggakan ? BODOH ! Agaknya itulah juga yang Najib mahu lakukan keatas Hak Melayu - gugurkan Hak Melayu ?

Orang tak lepaskan kuasa yang ada ditangan sendiri, kecuali orang itu dah kena Mandrem, dia lupa diri, dia tak sedar diri ! Itu bukan berani tapi itu BODOH namanya !


Kerana banggakan sangat bahasa cina maka sekolah cina diagungkan ? Kenapa tidak dari dulu ditekankan saja matapelajaran Bahasa Cina, import masuk segala pakar bahasa cina dari negara China, tambahkan masanya TANPA perlu di berikan hak kekal kepada sekolah cina ?

Apakah Najib TIDAK NAMPAK kesan sosial kewujudan sekolah cina keatas hubungan antara kaum dalam masyarakat sekarang ini ?

Perpaduan kaum HANCUR , kaum cina bawa diri mereka, hidup berkelompok sesama mereka, tidak mahu bercampur, tidak mahu belajar Bahasa Kebangsaan dan Menteri Pelajaran tidak mampu berbuat apa-apa kerana Najib telah mandulkan kuasanya, dan Najib bangga ?


Kenapa setiap kali Najib memuja sekolah cina, TIDAK SEKALI Najib kaitkan dengan isu Perpaduan ?

Bercakap di Pulau Pinang, depan orang cina, itulah yang Najib pandai - BODEK !

Anonymous said...

Isu sekolah Cina - Politik Melayu Kini Akan Pastikan Kehancuran Melayu
Bila sebut je isu sekolah cina, orang Melayu yang vokal dalam isu politik akan rasa gelisah. Mereka jadi serba salah. Ikutkan hati, ramai yang nak mengamuk. Tapi apakan daya, kepentingan politik parti masing-masing memaksa mereka memendam rasa.

Pendirian pemimpin Melayu yang jelas TERPAKSA memberi sokongan kepada sekolah cina demi memastikan sokongan politik kaum cina tidak lari membuatkan penyokong serba salah. Ini adalah SAMA kepada Umno dan Pas ... dua parti Melayu terbesar yang masing-masing mengaku mewakili suara Melayu tapi lesu bila masuk isu sekolah cina.

Demi kuasa politik, maruah bangsa rela dikorbankan. Saya benar-benar sedih dan amat terkilan dengan senario yang semakin ketara ini semakin lama saya mengikuti rapat dunia politik tempatan. Bangsa Melayu sememangnya ditakdirkan akan hilang jati dirinya. Kita hanya mampu memerhati ketirisan yang berlaku didepan mata tanpa mampu melakukan sesuatu.

Puak Umno menyalahkan Pas yang memecah belahkan kuasa politik Melayu sehingga memaksa pemimpin Umno mengalah dalam banyak hal perjuangan bangsa, puak Pas juga menyalahkan Umno atas perkara yang sama. Dua-dua mengalah ..... kaum cina yang tidak sampai 25% jumlah penduduk memegang telur kaum Melayu yang melebihi 60% !

Orang Melayu berterusan saling menuding jari, orang cina pula semakin kuat pegangan mereka keatas Tanah Melayu ini. Alasan 'sokongan politik cina' terus diberi baik semasa berkempen sebelum Pilihanraya, maupun selepas menang. Yang nyata mereka dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sesekali mengamuk juga orang Melayu bila mereka menuntut secara melampau tapi hakikatnya, ia tidak lebih hanyalah penyedap hati ...... tuntutan tetap juga dipenuhi, dan mereka terus juga dibelai.

Bodohnyalah orang Melayu .....

Tidak ada yang berani mengambil risiko untuk keluar dari arus membodek cina yang sekian lama dipupuk oleh pemimpin Melayu sendiri. Mereka yang lantang menjadi hero dalam kelompok penyokong sendiri hanya jaguh dalam perang sesama bangsa sendiri. Tika itu muncullah perwira-perwira Melayu yang bangkit mencabar musuh yang sama bangsa, biar bermandi darah sekalipun ... perjuangan politik tetap dipertahankan. Malangnya perwira-perwira yang sama bila berdepan dengan musuh cina, hanya mampu menjadi juara pantun dan puisi.

Ramai yang dalam proses memujuk diri sendiri akan mengatakan isu sekolah cina tidak ada kaitan dengan perjuangan bangsa Melayu. Mungkin berpegang pendirian itu, mereka anggap ia bukan perjuangan mereka. Maaf saya katakan, ia amat berkait rapat. Hanya saja mereka ini mahu membuka minda yang sengaja ditutupkan untuk mengelakkan perasaan bersalah dari menguasai diri.

Ramai yang menyokong Najib memberikan alasan bahasa ibunda adalah hak kaum mereka. Ya, saya setuju dan saya juga menentang sebarang usaha yang menafikan hak sesiapa mempelajari bahasa dan budaya ibunda mereka. Tapi apakah tidak ada cara lain selain dari sekolah cina ? ADA tapi minda mereka ditutup pada peringkat ini. Ia umpama membuka Pintu Risiko politik, dan ramai yang tidak berani memasukinya.

Bahasa menunjukkan Bangsa, Bahasa menunjukkan Jatidiri Bangsa. Bahasa apa yang diutamakan menunjukkan bangsa apa yang diutamakan. Itu hujah saya secara mudah.

Orang cina menuju kearah memantapkan lagi maruah bahasa mereka, orang Melayu pula menuju kearah Liberalisasi bahasa Melayu mereka. Dan lihatlah hasilnya disekeliling kita.

Keutamaan yang cina berikan kepada bahasa ibunda mereka secara berlebihan ketahap mengatasi kepentingan Bahasa Kebangsaan mewujudkan apa yang kita lihat sekarang sebagai kelompok-kelompok kaum yang hidup berasingan dalam masyarakat. Ia lebih kronik bila kita tidak diajar hidup berinteraksi bersama apabila dipisahkan oleh sekolah cina. Tidak perlu saya tulis panjang lebar perkara yang sudah kerapkali diulang sebut ini.

Kuasa ekonomi sememangnya ditangan cina. Bila kuasa politik cina juga semakin kuat dan mengambilkira sikap kiasu dan tidak mahu bercampur mereka, yang pasti jurang pemisah semakin lebar.

Anonymous said...

Majunya Malaysia melalui pelbagai program Najib yang tidak mengambilkira isu perpaduan bangsa ( perpaduan yang sebenar BUKAN perpaduan plastik ala 1Malaysia ) akan hanya menyaksikan penguasaan mutlak cina dalam semua perkara. Kemajuan atas nama Malaysia, ya, Malaysia mampu maju tapi dimanakah Melayu tika itu ? Apakah cina akan mendahulukan bangsa Malaysia kemudian baru diikuti oleh bangsa cina ? Apakah cina akan bantu rakyat Malaysia dari kaum Melayu untuk sama-sama maju ?

Sekolah cina akan pastikan itu tidak berlaku !

Pemimpin Melayu pula akan pastikan kewujudan sekolah cina demi sokongan politik cina.

Orang Melayu pula akan merestui tindakan pemimpin Melayu kerana takut saingan politik mereka yang sama bangsa akan mengambil kesempatan sekiranya mereka protes.

Kesannya ?

Tidak ada keikhlasan dalam perjuangan politik Melayu !

Anonymous said...

Ur blog is boring!

Anonymous said...

4:43 PM

Hha, boring kpd orng mcm ko saja.

Anonymous said...

Politik kampung dan Mamak dibawa UMNO sampai ke peringkat Nasional.

Orang ultra rasis dibenarkan bersuara tanpa had termasuk NGO, surat khabar, blog dsbnya.

Berpolitik dengan mengaibkan orang melalui berbagai cara dah jadi modal orang-orang UMNO.

Sekarang ni bila pihak lain pun gunakan cara yang sama balas balik, dah mula cerita nak berpolitik cara matang dan dewasa.

Yang jelas, tiada penghabisannya selagi mahkamah tidak adil menjatuhkan hukuman saman tampa kira parti politik.

Kenapa tak berlaku kat Singapura?

Anonymous said...

anon 5:23 PM

cerita matang versi harakah, keadilan dan roket ke?

surat khabar tabloid murahan macam tu yang boleh percaya? ramalan kaji cuaca pun takde dalam surat khabar tu tau tak!

Anonymous said...

Mentality malaysian rendah.

Takada sportmanship. Bola kalahje hantam. Bawak kereta macam hantu. Politik main sampai potong saudara. Petanding kalah je terus balik tak mau salam tahniah ke pemenang.

Orang tua/mengandung yang di bagi tempat duduk kat bas atau LRT pun jarang pernah cakap terimakasih. Macam orang yang dulu terima biasiswa dan sekarang bawa kereta mewah, tak pernah ingat pun nak rasa atau ucap terimakasih.Mudah lupa, Banyak lupa.
Pulak. Yang dulunya pekerja lombong timah yang merantau negeri orang pun macam tu juga. Setelah bertungkus lumus dan dah maju menguasai peratus besar negara, dah mula ada impian nak mengubah menguasai - seakan nak duduk di master bedroom pulak, setelah lama duduk di rumah kawan.

Zalee said...

Matang mcm mna yg kita hndak,klau ahli politik UMNO sndri yg stngah masak.PR ksana kmari mnrang kn dasar mreka.UMNO ke hulu ke hilir dok mmfitnah.PR dok cuba mmaju kn ngeri2 yg di tadbir olh mreka,BN dok mnyusup dn nk mruntuh kn krajaan yg ada.Mcm2 crita di reka utk mmburuk kn krajaan2 PR.Krajaan PR Perak di kata kn mlebih kn kaum Cina.Saya rkyt Perak,apa sya tk tau ke crita ny?DI Kdah di kta kn bgini,di PP di katakn bgitu.Di Klntan di kata kn mcm ini,di Slangor di kata kn mcm itu.Tolong le,rkyt bkn ny bodoh.Spatut ny ksmua ahli BN ni prg blajar brpolitik dulu,bru trjun ke bidang politik.Jgn ingt politik ni sbgai jln pintas utk jadi kaya raya.

Anonymous said...

Sungguhpun pemimpin UMNO setengah masak, hakikatnya UMNO sudah perintah selama setengah abad.

Sungguhpun UMNO dikatakan memfitnah, hakikatnya rakyat dari dulu hingga kini menerima budaya tersebut.

Setuju, rakyat bukannya bodoh. Tetapi hakikatnya, inilah kenyataan yang perlu terima iaitu inilah yang dikatakan politik untuk menerajui Malaysia sekian lama!

Anonymous said...

2:39 PM

tu la makna kuasa diHADkan? ngerti? kuasa raja x hilang, masih ada cuma x sebesar x sesuka hati diorg boleh buat apa..

kau suka kalau raja kita mcm gaddafi?

wake up!

Anonymous said...

11:32 PM

setengah masak pun, dah byk berjasa pd rakyat mcm aku..

PR apa ada? sembang lebih.. berjasa dulu kat rakyat 3-4 negeri tu dulu, baru bleh pk putrajaya..

kutuk org pakai kete mewah, die pun 2x5 jek..

sucks!

Anonymous said...

" Sungguhpun UMNO dikatakan memfitnah, hakikatnya rakyat dari dulu hingga kini menerima budaya tersebut. "

Sudah diperbodohkan 54 tahun, nak pula terus diperbodohkan. Bodoh Dan buta betul. Sampah.

Anonymous said...

Rakyat tak bodoh. Rakyat kan ada akal?

Rakyat bijak memilih yang banyak berjasa. Sudah tentu UMNO banyak berjasa. Kalau tidak, tak kan dipilih sebegitu lama?

Tak kan sehingga setengah abad boleh membuat kesilapan?

Jauhari juga yang mengenal manikam.

Anonymous said...

Sudah 9 pagi. Wake UP la!

Ini Mahathir cakap;

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan.

Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya.

Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

Anonymous said...

UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit.

Ini bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan.

Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Anonymous said...

sudahla 9.21

Islam diperalat untuk dapatkan kuasa - Raja Nazrin Nazrin

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

ini pemangku raja Perak yg titah..baginda tegur BN ke PR?

kes PR hilang majoriti di perak, siapa yg biadap dgn sultan perak? siapa yg sembah derhaka? Bn ke PR? nak raja kuasa penuh tp kurang ajar pulak dgn raja, wat pe?

wake up!

Anonymous said...

PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13.

PAS telah melancarkan manifestonya yang berbunyi ‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan’.

Fokus PAS ialah menghapus korupsi dan membina negara yang menjadikan kebajikan asas penting dalam pembentukan negara. Dalam merealisasikan matlamat pembentukan negara berkebajikan ini, terdapat 12 perkara pokok yang digariskan antaranya ialah:

1. Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
2. Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara,
3. Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
4. Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
5. Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
6. Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
7. Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
8. Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
9. Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
10. Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
11. Pemuliharaan Alam Sekitar
12. Dasar Perpaduan Nasional

Konsepnya berbeza dengan konsep welfare state mengikut acuan Barat. YB Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang menyebut: “Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih.

Konsep ini di tunjangi oleh aspek spiritual yang perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam (konsep tarhib dan targhib).

Dengan menerapkan aspek itu, rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain.

Bagaimana pelaksanaan? Hanya akan di ketahui apabila mereka di beri mandat. Mandat bersih dari rakyat, mandat yang suci dari sebarang manipulasi yang berkepentingan.

Para pengundi seperti anda dan saya wajar meletakkan keputusan terbaik, kerana undi kita adalah benih negara! Selamatkan negara dari korupsi, aman dan damaikanlah Malaysia dengan pilihan terbaik!

Anonymous said...

Mahathir cakap;

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda.

Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.

Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja.

Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.

Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.

Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

Ini Mahathir cakap tahun 1993. Sekarang tahun 2011. Tolong wake up la!

Anonymous said...

Ku Li pernah menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09.

Ku Li sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09).

Tiba-tiba Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno.

Saya yakin hak yang pergi demo itu (depan ofis Karpal) memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

Anonymous said...

Waaah, bukn main ligat orang PR berdakyah disini sejak semalam nampaknya.

Dah balik cerita salin copy paste nampaknya.

Frust pasal PAS, DAP dan PKR bergduh ke? Nik Aziz nakkan Hukum Hudud, Anwar sokong dia, DAP melenting ke?

Nak lepas kan geram, masuk sini hentam ke?

Anonymous said...

Apo la ko nie?

Sikit sikit nak lepas geramlah, frustlah...

Tak matanglah ko nie...grow up la...

Jenis memang tak malu ke?

Anonymous said...

11:38 AM

Ko korek 2009 punya cerita nak tunjukkan orang kurang IQ kononnya, ke?

Ko punya IQ 2 ke?

Anonymous said...

10:44 AM

Ini sampai perenggan atu perkara 40 ni bukan main panjang cerita.

Ko korek dari buku mana ni?

Ko ambik dari fail PAS ke Harakah ke Suara Keadilan ke?

Anonymous said...

12:26 PM

Ko salin apa TDM cakap rupanya.

Pulak ko sebutkan link yang tak tentu arah. Boleh percaya ke tu?

Kalo ko sebut link Hansard atau rekod Parlimen dilaman citra Parlimen, aku senang sikit percaya.

Korang PR banay penipu. Terutamanya DAP.

Anonymous said...

Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tajuk : SEMASA PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh : 08-03-1993


Tuan Yang di-Pertua, Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immunity Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.

Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang- undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Raja atau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya.

Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua- kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang- undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan.

Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan oleh Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang.

Sebaliknya jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang- undang biasa.

2. Setelah dibahas, Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menurut prosedur, Rang Undang-undang ini telah dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:

* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau

* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.

Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari.

Bacaan selanjutnya;

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=857

Anonymous said...

anon 4.02pm;

Kalu masih tak caya, boleh kasi periksa kat link nie;

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=851

(mengenai PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993)

Anonymous said...

hairan sungguh aku. hudud hanya untuk orang islam. kenapa bukan islam yang jadi sasau tak mahu hudud.

yang menentang hudud itu bukan rakyat bukan islam yang biasa-biasa. tapi mereka adalah pemimpin parti puak2 bukan islam. aku rasa kalau ditanya kepada rakyat bukan islam yang biasa-biasa mereka tak kisah pun nak buat ke tak buat hudud apa ada kena mengena dengan mereka.

tak apa lah. aku terima bila pemimpin DAP, MCA, Gerakan dan MIC bantah hudud. memang pun mereka bukan islam. malah mereka mungkin tak faham pun apa itu hudud. mungkin bagi karpal singh, lim kit siang, chua soo lek dan koh soo khoon mereka ingat hudud itu sejenis penyakit yang seakan2 HIV/AIDS. jadi tentulah mereka bantah bila hudud nak dibawa ke dalam pentadbiran negara ini. malah di kelantan pun mereka bantah. kerana mereka takut virus hudud nanti akan menyerang semua rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama.

tapi yang paling aku pelik bila najib dan lain2 pemimpin umno pun turut takut kapada hudud. boleh jadi najib dan pemimpin umno juga tak berapa tahu binatang apa hudud tu, boleh jadi pada najib dan pemimpin umno hudud itu adalah sejenis toyol dari negeri arab yang di bawa balik oleh nik aziz. dan kalau begitu fahaman mereka maka memang ada asas najib dan pemimpin umno bantah hudud di kelantan kerana najib takut toyol arab itu akan bermaharaja lela mencuri duit rakyat kelantan secara diam2.

tapi kepada aku dan ahli umno yang biasa-biasa kami tahu apa itu hudud dan apa matlamat hudud. kami tak bantah malah kami alu2 kan lagi jika ada pihak yang nak cuba laksanakan hudud.

yang silap paling besar adalah nik aziz kerana dia gagal menerangkan kepada najib bahawa hudud itu bukannya toyol atau hantu raya tetapi ia adalah suatu bentuk undang2 islam yang diperintah oleh allah supaya di kuatkuasakan keatas orang2 islam sahaja manakala kepada orang bukan islam hudud tak ada locus standi untuk menghukum.

aku ingat kalau najib dah faham senang lah sikit sebab dia kemudian akan bagitahu kepada chua soo lek dan koh soo khoon "you dont worry la, this hudud has got nothing to do with your people, this hudud is mean to punish muslim people only what"

aku ingat lepas tu mesti chua soo lek dan koh soo khoon pula pergi jumpa lim kit siang dan berkata "haiya brother kit siang, you dont matter la, this hudud is not going to touch we the chinese people la"

kesimpulannya adalah najib, chua soo lek, koh soo khoon, lim kit siang dan karpal singh bantah hudud kerana mereka tak faham apa itu hudud. di kalangan mereka berlima ada yang sangkakan ingat hudud itu sejenis penyakit berjangkit yang merbahaya dan ada yang sangka hudud itu sejenis makluk halus.

aku adalah ahli umno yang dah mula tawar hati dengan najib.

Anonymous said...

kerajaan pimpinan BN/Umno dikatakan pembohong, zalim, fitnah, rakyat menderita tapi yg sebenarnya...
segala kemudahan yg disediakan oleh kerajaan BN/Umno selama puluhan tahun utk rakyat telah dinikmati oleh segenap lapisan rakyat termasuk puak Pembangkang/Puak lupa diri...
dari peringkat pemimpin sehingga pecacai mereka berlumba2 mengumpul harta kekayaan, rumah, kereta dan segala2nya disapu...(masih x sedar diri)...
majoriti berkerja dgn kerajaan sampai buncit perut mkn duit kerajaan siap bg mkn anak bini lg..
dari dulu hingga skrg keturunan mereka puak2 PR ni guna segala kemudahan kerajaan yg sediakan... patutnya bersyukor tp lupa diri ( kononnya kerajaan BN/Umno pembohong dan zalim menindas rakyat puluhan tahun )
anak2 mereka sekolah pun htr sekolah kerajaan..
pg haji pn guna duit/bantuan kerajaan..
malah sakit pn guna klinik/hospital kerajaan...
pendek kata semua suku sakat mereka 100% guna kemudahan kerajaan yg sediakan dulu kini dan selamanya...
tp puak2 ini tidak pernah bersyukur dgn segala keselesaan yg disediakan oleh kerajaan...
mmg diakui terdapat kelemahan dlm pentadbiran kerajaan sebab itu ada pembaikan dan tindakan telah dn sedang diambil tetapi.....
kepada kerajaan PR yg baru memerintah yg sentiasa mendabik dada kononnya terbaik yg sepatutnya menunjukan contoh apa dpt dilihat hancus...
kita boleh lihat dan menilai permasaalahan yg berlaku dinegeri2 pimpinan PR, semuanya cuba ditutup dan dialihkan masaalah tersebut kpd kerajaan Bn/Umno...( kelemahan diri sendiri salahkan org lain itulah prinsip PR ) sebenarnya PR mmg x mampu utk memerintah....
terlalu banyak masaalah dn keburukan dlm pentadbiran PR ini kalau hendak diceritakan...
kalau mereka ini ke Putrajaya akibatnya akan lebur/tergadailah negara
Cubalah jadi umat yg bersyukur

Anonymous said...

anon 12.50am

Nabi Muhamad SAW ajar umat dia supaya tolong orang yang zalim dan orang yang kena zalim. Cara tolong yang buat zalim ialah dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman.

Hari ini kita (rakyat) kena tolong Umno yang buat zalim dengan cara kita menghalang Umno dari terus melakukan kezaliman.

Ini kerana, dengan ‘kuasa’ (memerintah) Umno boleh melakukan apa sahaja. Dia boleh bercakap apa sahaja dengan percakapan yang tidak bertanggungjawab.

Cara kita hendak tolong Umno ialah dengan tidak memberi kuasa atau undi kepada mereka dalam pilihan raya.

Undi dalam pilihan raya merupakan kuasa rakyat yang perlu digunakan dengan betul.

Memang kita (PAS) nampak Umno ini zalim, khianat, jijik, hanyir dan busuk. Itu kesimpulan yang dapat kita gambarkan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

Kuasa yang hendak hentikan kuasa itu ada pada rakyat. Dalam negara demokrasi berparlimen ini ‘tangan’ (undi) rakyat yang menentukan. Undi dalam pilihan raya merupakan kuasa rakyat.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani.

Setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA], kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata - mata kerana persaingan politik yang tidak matang.

Biarpun UMNO dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang-undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan kerana PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam.

Anonymous said...

Salam anon 7:36 AM;

Hari ini, negara masih berdepan dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan keraguan yang timbul dari daftar pemilih, corak pengendalian pilihanraya, identiti pengundi, mykad palsu, pengundi klon dan undi pos sebagaimana yang didedahkan oleh PAS Malaysia, malah ianya masih gagal dijawab dengan jawapan yang meyakinkan oleh pengendali pilihanraya iaitu SPR mahupun kerajaan sendiri.

Ketelusan sistem pengurusan pilihanraya menjadi perkara terpenting setelah dilihat kepada usaha YAB Perdana Menteri cuba melakukan perkara yang serupa dengan apa yang mahu dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Apabila dilihat program dan subjeknya serupa, maka rakyat perlu kepada keadilan dan ketelusan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk menjadi kerajaan atau pemimpin bagi melaksanakan program reformasi negara tersebut.

Apa yang pasti, kini Pakatan Rakyat telah dilihat mampu memimpin dan memerintah. Tiada siapa boleh menafikannya lagi setelah banyak idea dan program reformasi negara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat kini dilaksanakan oleh kerajaan UMNO dan BN.

Saya sendiri bertambah yakin. Bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju kepimpinan negara, kerana rakyat kini beralih perhatian untuk memilih siapa yang paling layak memimpin dan memerintah setelah dilihat idea dan program perubahan hampir serupa dari kedua - dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Malah rakyat tahu siapa yang menggerakkan program dan idea perubahan tersebut.

Ertinya selepas ini nilai integriti, akhlak pemimpin, kecerdasan dan karisma kepimpinan akan menjadi nilai fokus pada pengundi untuk diberi mandat kepimpinan negara, kerana tiada erti diserahkan urusan pemerintahan kepada manusia yang rosak nilai integriti, rasuah dan tidak diyakini kewibawaannya.

Anonymous said...

mutakhir ini najib nampak banyak beri tumpuan kepada orang cina. kerana najib tahu tanpa undi mereka najib tak akan dapat jadi pm. najib tak kisah jika MCA kalah kepada DAP, tak kisah jika Gerakan kalah kepada DAP kerana najib tahu memang peluang untuk menang kepada 2 parti itu bila berdepan dengan DAP adalah amat tipis.

bukan najib sorang saja, aku dan ramai lagi pun rasa macam tu lah.

yang paling najib takut adalah Umno akan kalah bila berdepan dengan Pas. di sini lah yang najib bimbang. najib tahu ahli umno gerenti akan undi umno. melayu atas pagar sebahagian akan undi umno dan sebahagian lagi akan undi Pas. pada pengundi cina lah najib meletakkan harapan. pengundi cina sedar akan hal ini.

isunya adakah pengundi cina akan bg peluang lagi kepada umno sedangkan mereka tahu parti mereka MCA dan Gerakan bungkus bila berdepan dengan DAP, bungkus juga bila berdepan dengan Pas. maknanya mereka mungkin tidak ada wakil dalam kabinet najib seperti yang berlaku di sarawak.

apakah akhirnya najib akan keletihan begitu saja tanpa mendapat sekor ikan pun sedangkan umpan habis di baham ikan tanpa menelan mata pancing.

ahli umno ramai yang sedar bahawa inilah keadaannya yang akan terjadi. tapi najib masih memasang angan2 mengharapkan para ikan itu akan menelan mata pancing.

ahli umno sendiri semakin keciwa dengan najib termasuklah aku. kera diberi susu anak sendiri diberi air panas mati saja.

aku adalah ahli umno yang keciwa.

Anonymous said...

aku lagi hairan dgn PAS..

diorg boleh terima dan percaya fitnah ke atas najib itu ini esp berkaitan mongolian..

tp tolak mentah2 amalan songsang DSAI. walaupun pelbagai bukti disertakan..

apa maksudnya? PAS talam 2 muka? PAS hipokrit?

korang pikirlah sendiri..

Anonymous said...

aku pun menyampah dgn najib..

tp tu bukan alasan utk aku terima lim guan eng apalagi bapak sgl chauvinist lim kit siang..

DSAI lagi la, nama je melayu islam..

korang pikirla sendiri..

Anonymous said...

sbnrnya PAS boleh laksanakan hudud kalau betul2 nak..

kalau betul2 ikhlas..

tp dlm politik strategi memainkan peranan penting.. semua nak dpt mileage..

PAS x laksanakan sbb tahu mrk x mampu..jd sblm kegagalan tu memakan diri lebih baik x laksanakan sebaliknya skdr jadikan retorik dan propaganda..

Anonymous said...

PAS sepatutnya mengajar org kafir ttg islam..

tp mrk terbalik..mengkafirkan pulak org yg sedia islam..

nyata ketaksuban membawa mrk semakin jauh dr bayang kemenangan..

Anonymous said...

ramai tuduh Pas tak ikhlas nak laksana hudud. aku rasa Pas ikhlas tapi silapnya Pas tidak bersungguh2. dah 20 tahun perintah kelantan, patutnya mereka ambil segala tindakan yang perlu untuk pastikan hudud menjadi undang2 syariah yang boleh dilaksanakan di kelantan. ini yang mereka tak buat.

hudud timbul bermusim. bila nak ada PRU baru nik aziz kalut nak buat hudud di kelantan. maka tak salah lah jika orang tuduh Pas jadikan hudud sebagai modal untuk PRU.

sebagai orang islam aku juga nak lihat keberkesanan hudud, sebab itu aku sokong dan setuju nik aziz kata nak laksana hudud di kelantan.

kita orang islam sepatutnya bagi nik aziz peluang nak test-run hudud di kelantan. bagi galakan dan cabaran kepada dia. tapi yang pemimpin islam pun turut menentang bersama2 dengan orang kafir. aku jadi bingong.

karpal singh tentang, okay. lim kit siang tentang, okay. chua soo lek tentang, okay. koh soo khoon tentang, okay. tapi bila najib bantah, mahyudin bantah, itu dah kira kay O (KO) kerana mereka berdua ni beragama islam.

adakah tahap pemahaman hudud oleh najib dan mahyudin sama macam karpal singh, lim kit siang, chua soo lek dan koh soo khoon saja ?

Anonymous said...

kalau aku kata pemimpin umno bodoh, tentu rakan2 umno aku akan marah kepada aku. tapi hakikatnya mereka tak berapa cerdik diatas peluang yang tersedia depan mata.

isu hudud sebenarnya mempunyai nilai tambah yang besar kepada umno. mengatakan Pas jadikan hudud sebagai modal PRU tak banyak membawa kesan kepada penyokong Pas, mereka tetap setia kepada Pas. tapi membenarkan Pas laksana hudud di kelantan, jika Pas gagal itu adalah killer message daripada umno kepada penyokong Pas. itu jika hudud gagal. jika hudud berjaya pulak umno juga akan dapat advantage bila umno bersetuju untuk terima dan laksana hudud di negara ini, maka pada saat itu orang melayu dah boleh menerima bahawa perjuangan Pas dah tak relevan lagi kerana umno ada segala2nya yang Pas perjuangkan.

terus terang saya kata, 95% ahli umno yang mengaku islam tidak menentang hudud, yang menentang sangat2 ni adalah para pemimpin umno yang takut kepada pengundi bukan islam terutamanya pengundi cina. tetapi benarkah orang cina takut kepada hudud kerana hudud tak akan sentuh mereka. yang nampak takut sangat pun adalah pemimpin2 besar parti orang cina saja, sama macam pemimpin besar parti orang melayu iaitu umno.

kesimpulannya : kalau pemimpin umno kata nik aziz nak laksanakan hudud di kelantan sebagai modal politik PRU 13. saya pula nak kata pemimpin umno menolak perlaksanaan hudud di kelantan juga sebagai modal politik PRU 13.

aku adalah ahli umno yang semakin confused dengan perangai pemimpin umno.

Anonymous said...

dah semakin jelas mereka2 yang menyertai blog ini adalah terdiri daripada mereka2 yang fanatik umno membabi buta.

kalau dulu mereka pernah kata kepada penyokong Pas " kalau tokguru mereka suruh makan taik pun penyokong Pas itu akan makan taik ". tapi sekarang aku nampak cacian itu dah kena balik kepada mereka bila mana najib dan mahyudin bantah hasrat perlaksanaan hudud di kelantan oleh nik aziz maka mereka2 pun turut sama membantah dan mencaci nik aziz.

aku cuma nak tanya, korang faham dan tahu tak apa binatang nya Hudud itu yang korang takut tak tentu fasal.

aku adalah ahli umno yang bukan pak turut.

Anonymous said...

11.19

ko tu yg jumud..

jawatankuasa fatwa sendiri dah rumuskan hudud belum wajib dilaksana skrg nie..

kau nak ckp ape, kau lagi layak tentukan hukum?

wei, ibadat haji yg masuk rukun pun ada syarat yg perlu fulfill sblm jatuh wajib ko tunaikan la!

ni pulak hudud yg bg implikasi besar, kalau silap bukan saja boleh malukan diri kau sbg org islam, boleh malukan agama islam sendiri, negara islam, mahkamah syariah..dll..


dahla, aku mls nak ulas lagi, bagi gol jumud mcm kau bukan reti nak pk luar kotak..asal nik aziz ckp ko telan semua..

kau lupa tabung haji wujud bukan PAS mintak apalagi PAS yg buat..brp byk manfaat tabung haji ni pd org msia x kira umno ke PAS? ade umno syaratkn org PAS kene pg sendiri guna agen swasta?

aku x pernah tolak hudud, tp aku tau kalau PAS buat jgk mmg cacamarba la nnti..yelah, buat sbb nak dpt mileage politik, x mampu pun berlagak mcm mampu..

Anonymous said...

aku mmg nak hudud dilaksanakan..

org2 mcm DSAI dan mat sabu tu mesti panas bontot..

Anonymous said...

Memilih pemimpin adalah penting. Kalau pemimpin kuat tipu, maka pengikutnya pun kuat tipu.

Ini kisah benar. Suatu hari saya terlihat seorang wanita bekereta Mercedes Benz berhenti di tepi jalan pada siang hari memetik daun pucuk ubi yang ditanam di tepi jalan.

Hati saya pun tergerak kenapalah mencuri di siang hari? Daun pucuk ubi bukannya mahal sangat.

Saya pun belilah daun pucuk ubi dari sebuah pasaraya gergasi. Harganya pun dalam lingkungan seringgit dua sahaja.

Bila masak dan makan barulah saya ketahui yang dibeli ialah daun ubi bukannya pucuk.

Saya pun heran kenapalah pasaraya tersebut manamakannya daun pucuk ubi sedangkan yang dijual ialah daun ubi?

Kini, saya faham yang walaupun seseorang ada duit, daun pucuk ubi sukar dibeli. Maka terpaksalah mencuri!

Inilah satu-satunya kisah benar yang berlaku di bandaraya negara kita.

Anonymous said...

Anon 145pm

suka hati kau lah nak kata fikiran aku jumud. cuma aku tak fanatik umno macam kau. tapi masih ahli umno yang akan undi calon umno yang aku suka. calon yang aku tak suka, bye bye gua ada calon alternatif.

calon yang "kera diberi minum susu tapi anak sendiri diberi minum air panas mati saja", not my taste lah bro.

Anonymous said...

saudara RT

nampaknya hudud terpaksa melalui berbagai halangan dan kekangan. boleh jadi mustahil hudud akan jadi kenyataan sebagai undang2 jenayah syariah di malaysia satu hari nanti.

kita lupakan hudud untuk sementara. kerana hudud melayu sama melayu berbalah dan berpecah. bukan hudud yang menjadi punca tapi kita yang ambil hudud sebagai tiket untuk menghalalkan kita melayu sama melayu berbalah.

dalan isu hudud ini, kedua2 Pas dan Umno sama2 bodoh. yang tak bodoh adalah DAP, MCA, Gerakan dan MIC.

tiap negeri ada undang2 jenayah syariah masing2. so kenapa tidak perkemaskan undang2 itu. perberatkan hukuman, tambahkan denda, tambahkan peruntukan dalam undang2. benda ni boleh dan mudah dibuat daripada kita duk sibuk nak buat hudud.

hudud sampai kesudah tak menjadi yang semakin menjadi adalah perpecahan sesama melayu dan sesama islam.

kita hairan. apa yang pegawai2 agama kita baik yang tadbir negeri mahu pun yang tadbir daerah buat selama ini. adakah mereka berpuas hati dengan peruntukan undang2 jenayah syariah yang sedia ada. saya nampak langsung tak ada transformasi dalam undang2 jenayah syariah.

saya nampak puak pegawai agama ini masih duk tidur lagi, agaknya rasa selesa kerana duk mentekedarah gaji buta setiap bulan. bagi saya mereka pegawai agama telah tidak melaksanakan tugas mereka dengan penuh bertanggung jawab terhadap agama islam.

saya nampak macam para pegawai agama ni seronok melihat melayu sama melayu, islam sama islam duk berbalah tak habis2 pasal hudud ni. saya pun tak tahu apa agenda tersembunyi mereka.

walahualam.

Anonymous said...

Kuota Akan DiHapuskan Jua Akhirnya ! Muahahahaha ...- Najib
Nah, saya copy artikel TMI, supaya semua boleh baca dan beri pendapat. Kali ni saya buka pada pendapat korang dulu sebelum saya meracau.
Bumi quotas to go eventually, says Najib

Datuk Seri Najib Razak expressed today the need to eventually do away with Bumiputera quotas but said the government must continue to support the community’s best talent to ensure a more competitive business environment.


The prime minister pointed out that the New Economic Model (NEM) promotes affirmative action based more on meritocracy, saying “we must promote the right Bumiputera”.


He said offering quotas would promote complacency, hamper economic growth and bury Bumiputera talent.

“What we have done in the past is we have not promoted the right kind of people.

“We want to do away from (with) quotas but we must support them (Bumiputera entrepreneurs) in a way that would allow them to grow,” he told the Khazanah Megatrends Forum 2011 here this evening.

“If we give them quotas, what will happen is that they will rest on their laurels and eventually, they will not gain expertise,” he added.

Terjemahan saya - Najib menegaskan keperluan kuota Bumi digugurkan sepenuhnya namun kerajaan akan terus bantu mereka yang terbaik dikalangan Bumi bagi memastikan lebih persaingan dalam dunia perniagaan.

Najib kata MBE masih ada dasar2 affirmatif tapi ia akan berasaskan kepada Meritokrasi dan berkata, kita akan bantu Bumi yang tepat ( yang layak ). Kuota hanya melekakan, menghalang kemajuan dan mematikan bakat.

Kesilapan kita selama ini adalah kerana kita tidak membantu mereka yang tepat / layak.

Kita akan hapuskan kuota tapi kita akan terus bantu Bumi dalam bentuk yang menolong mereka berkembang. Jika diteruskan kuota, mereka tidak akan bersungguh-sungguh dan akhirnya tidak akan bertambah maju.

Anonymous said...

Najib Kencing Melayu ... BerKali-Kali ! NI Nak Kencing Lagi. Jom Nganga Mulut !
bersambung dari artikel sebelum ini - susulan kenyataan terbaru Najib di SINI yang akhirnya akan hapuskan juga Kuota Bumi

Cara Baru Najib - mewujudkan satu kelas Bumiputera baru yang lebih berdaya maju dan mampu berjaya dalam jangka panjang. Sebagai contoh 1100 usahawan kecil dan sederhana yang akan dikenalpasti dibawah program khas Teraju.


Najib juga akan menghapuskan faktor-faktor 'kaku dalam sistem ekonomi' untuk mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya maju.


Kita sedar faktor padang yang tidak sama rata, kita sedar akan ada yang menang dan ada yang kalah ... dan sudah tentu kita juga perihatin kepada mereka yang lebih memerlukan bantuan dari mereka yang mampu.


Begitu juga, kita mahu lihat mereka yang berjaya turut transform nasib keluarga mereka dari mengayakan mereka yang sememangnya sudah kaya.

**********************************************
Bahagian cakap belit, serah kat Najib ! Cakap jelah yang kerajaan Najib mahu hapuskan semua dasaar-dasar DEB, habis cerita. Pot pet, pot pet ... LU SIAPA NAJIB NAK PANDAI-PANDAI BUANG KUOTA BUMI ?

Sekali dah buang, ingat senang nak dapat balik ? Nak buat sama macam kau dengan bodohnya buang kuasa Menteri Pelajaran keatas Sekolah Cina ? Orang cerdik tak hapuskan kelebihan atau kuasa yang ada, dia cuma buat perubahan atau penambaikan sebab sekiranya perlu diubahsuai lagi, ia masih boleh dibuat. Tapi kalau bendanya dah dibuang, nak ubah apa lagi dah ?

Apakah Najib yakin formula nya itu yang TERBAIK ? TERBAIK buat orang Melayu SEKARANG, TERBAIK untuk orang Melayu AKAN DATANG ? Saya tanya begitu sebab, dengan membuang apa yang ada, Najib telah MEMAKSA formula nya keatas bangsa Melayu SELAMANYA ! Maka saya tanya - LU SIAPA NAJIB ? Begitu angkuh dan bodoh sombong sekali dengan kuasa PM yang ada.. nak menentukan Melayu masa depan tidak perlukan Kuota.

Seriusli saya nak tanya, jawaplah dengan jujur sejujunya, dengan apa yang kita dah tahu tentang Najib - Korang percaya cakap belit Najib kali ni ?

Ingat balik masa deraf pertama MBE tahun lepas yang mendapat tentangan SELURUH orang Melayu, TIDAK ADA seorang pun Melayu sejati yang sokong MBE Najib waktu itu .... Perlu diingat, Najib begitu berbangga, begitu yakin dengan deraf pertama MBEnya konon disiapkan oleh otak-otak paling professional dalam bidang ekonomi ..... bila orang Melayu bantah, apa reaksi Najib ?

Tergagap-gagap Najib dibuatnya, terus disebut ia BELUM MUKTAMAD. Selepas keluar MBE keduanya diikuti dengan ETP ternyata TIDAK ADA disebut juga hak Bumi.... semuanya hanya mainan kata-kata Najib. Bendanya TETAP SAMA seperti roh asal deraf MBEnya iaitu LIBERAL.

Bila orang Melayu mula resah balik, baru Najib umumkan Teraju. Kenapa tidak diumumkan serentak dengan Pemandu ? Ia seperti langkah nak ambil hati orang Melayu, tidak ada kesungguhan langsung menolong Melayu disebalik Teraju. Lepas tu senyap balik.

Baru ni bila orang Melayu bising lagi, barulah Najib ambil hati lagi dengan Teraju versi barunya. Nampak tak trend Najib bila berurusan dengan Melayu ? Najib akan terus dengan cara liberalnya, Najib tidak punya semangat Melayu dalam dirinya ! Bila Melayu bising baru Najib akan umumkan sesuatu untuk ambil hati. Tapi habuk pun tarak. Dan ia berlaku berulang kali. BERKALI-KALI NAJIB KENCING MELAYU !

Orang Melayu kita ni juga lah tiap kali memaafkan Najib, berulangkali beri peluang pada Najib. Biar dah basah lenjun dengan airkencing, orang Melayu masih beri muka pada Najib. Biarlah ..... kita kena sokong Najib .... apa alternatif yang ada ?

APAKAH MELAYU SEKARANG SUKA DALAM KEADAAN MENGALAH ? Terus redho dikencing Najib berkali-kali ? Bagi saya APA BEZANYA PAKATAN MENANG PUN KALAU DIBAWAH NAJIB HAK MELAYU AKAN DIHAPUSKAN NAJIB JUGA ?

Baik saya berhenti dulu sebelum saya mula mencarut terhadap Najib. Bersambung hehehehe ...

Anonymous said...

Kuota Bumi Mahu DiHapuskan - DiMana Suara Pejuang Melayu ?
Saya cuba semak paper online lain... HAIRAN bilamana paper Utusan dan Berita Harian walaupun ada artikel mengenai ucapan Najib semasa menutup Forum Megatrends Khazanah 2011 TAPI tidak satu pun disebut perkataan KUOTA !

Utusan - PM : Semai daya tahan, penyesuaian agenda transformasi

Berita Harian - Agenda transformasi untuk semai daya tahan negara : PM

Berpinar lah mata korang kalau berani klik dan baca bahasa yang mereka gunakan... contoh -

"Fenomena ketidaktentuan ini menjuruskan kepada sesuatu yang kebiasaan yang meletakkan ekonomi terdedah kepada kejutan itu, tetapi jika kita melihat ekonomi sebagai satu sistem, kita akan mengetahui bahawa hanya ekonomi yang stabil dan berdaya tahan akan mampu mengharunginya,"


Najib berkata, bagi membina dan mewujudkan satu sistem yang berdaya tahan dan pada masa yang sama mempunyai keanjalan dan tangkas malah pantas, kerajaan perlu mengenepikan yang kaku di dalam sistem dan pada masa yang sama membina kapasiti dan keupayaan mereka yang mengendalikannya.

Tapi sebelum korang , atas dasar nak sedapkan hati, tuduh TMI punya berita palsu, cuba klik BERNAMA yang terbaru ni, ternyata TMI tidak salah lapur. Hairan sebab Bernama Melayu yang dipetik oleh Berita Harian dan Utusan tidak ada langsung disebut KUOTA tapi versi omputeh ada !

Kenapa macam takut je nak sebarkan kepada orang Melayu ? Diorang akan tahu juga nanti nya .... Bulan lepas semasa Najib merasmikan Konvensyen Memperkasa MBE : Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, Najib cakap - Utusan

Sehubungan itu beliau menyelar golongan yang mahu kuota bumiputera dihapuskan dan mengamal meritokrasi sepenuhnya sebagai tidak mengenang jasa kerajaan yang ditunjangi oleh orang Melayu.

"Ada orang kata tidak perlu kuota, laksana masyarakat meritokrasi, mereka juga ada dalam kalangan Melayu liberal, memang mereka kaya kerana kerja kuat tetapi ia kerana negara kita aman dan dari dahulu diberi peluang, siapa yang beri lesen gula, lesen mesin padi dan sebagainya.

"Sekarang mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa hakikat Melayu masih banyak ketinggalan terutama di pinggir bandar dan luar bandar,"

Ingat 2 bulan lepas KLIK ? Lim Guan Eng mempertikaikan Hak Istimewa Bumi dalam ekonomi negara sebagai penghalang kepada kemajuan .... ramai pejuang Melayu yang marah, hentam LGE ! Sekarang bila Najib yang sebut benda yang sama, kenapa tak bising ?

Saya merujuk kepada komen seorang pembaca saya diartikel sebelum ni, beliau kata dalam isu REHDA dimana persatuan pemaju perumahan komplen kata kuota bumi telah menaikkan kos rumah, melenting juga pejuang Melayu, sekarang bukan saja kuota bumi dalam sektor perumahan yang mahu dihapuskan Najib, tapi KUOTA BUMI dalam SEGALA HAL mahu dihapuskan ...... pejuang Melayu senyap ?

Tahun lepas semasa Kongress Ekonomi Cina, ahLek dengan berani sekali mempertikaikan Hak Bumi dan Kuota dan mahukan Merit, SELURUH bloggers pro BN mengamuk ! Ditambah pula dengan kenyataan Bastardise oleh adik Najib, si Nazir ..... Ingat lagi ? Saya ada bertanya waktu itu, kenapa Najib tidak sekalipun menegur Nazir ataupun ahLek tentang kenyataan mereka ? SEBAB NAJIB PUN SETUJU DENGAN MEREKA !

Orang semua bantai Nazir sebagai lupa diri, sebagai Melayu Liberal tapi takde sorang pun berani kaitkan abangnya Najib yang turut berucap dimajlis yang sama ! Mak ayah sama, dibesar bersama, cara pemikiran pun sama tapi yang kena bantai Nazir sorang .

Entahlah, saya benar-benar kecewa dengan para pejuang Melayu yang ada sekarang. Perkasa pun sokong Kuota Bumi dihapuskan ?

Lepas ni kita bincang nak buat apa dengan Najib !

Anonymous said...

Penghapusan Kuota - Lagi Kritikan Saya
Pagi ni saya cek paper online, ternyata mengecewakan.... status quo masih kekal, paper Melayu masih TAK SEBUT sepatah pun perkataan Kuota , baik Utusan, Berita Harian, Sinar, Metro ....semua Hampeh !

Sementara The Star ada - Only deserving bumiputras should be promoted, says PM dan NST ada - Najib : We're committed to reform agenda dan ada disebut tentang niat Najib mahu hapuskan kuota ini. Jelas ada arahan/pakatan/inisiatif sendiri ( ? ) sesama paper Melayu untuk tidak sebarkan rancangan Najib ini. Cakap berapi-api, takkan takut kot ? Sejak bila fenomena ucapan PM ditapis untuk tatapan Melayu ?

**************************************
Macam biasa, tiap kali keluar benda-benda yang sensitif kepada Melayu, Najib akan cuba alihkan perhatian kepada 'inisiatif baru' , kali ni satu gabungan baru jana usahawan Melayu - MTEM akan dilancarkan esok. KLIK


Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) — badan menggabungkan pertubuhan-pertubuhan Ekonomi Melayu di Malaysia di bawah satu payung, dengan 63 keanggotaan buat masa sekarang termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. bla bla bla ....

Harapan Najib supaya MTEM ini mampu dijadikan back up oleh penyokongnya bila berdepan dengan golongan ultra Melayu yang mempertikaikan tindakannya. Macam pemansuhan ISA, dialihkan tumpuan kepada 2 akta baru yang AKAN diperkenalkan dan tulisan kecilnya, kedua-dua akta itu baru dalam proses nak buat kajian ...

Saya besarkan AKAN bukan dalam konteks bersungguh-sungguh tapi sebaliknya, tidak ada kesungguhan. Secara logiknya, kalau dikatakan keputusan pemansuhan ISA itu dibuat setelah kajian mendalam mengenainya dilakukan, kenapa tidak DI WAKTU SAMA setelah dikenalpastikan kelemahan-kelemahan ISA, dicadangkan juga cara-cara Jawapannya, bagaimana kelemahan-kelemahan itu boleh diatasi.

Bukankah itu caranya yang diajar oleh guru-guru disekolah, dalam mengkaji sesuatu isu, selain dari mencari kelemahan yang ada, kita juga mesti memberi cadangan balas mengatasinya. Bukankah itu juga yang sering dilaungkan oleh wakil-wakil rakyat kerajaan kepada wakil pembangkang ?

Lainlah keputusan pemansuhan itu dibuat terburu-buru TANPA sebarang kajian, atas dasar politik dek nasihat pakar-pakar imej yang diimport dari luar ........ cool bro !

Untuk mereka yang suka memerhati cara Najib ni, mngkin dah boleh baca cara beliau. Isi utama ucapan Najib adalah yang penting, ia menunjukkan diri Najib, apa yang Najib mahu. Kemudian disusuli beberapa back-up point untuk meredakan impak hentaman point utama tadi. Back-up point ni hanya hangat dipermulaan saja, bukan oleh Najib tapi oleh para penyokong Najib. Sementara Najib akan teruskan tumpuan beliau kepada point utamanya. Ingatlah balik sebelum ni, memang begitulah cara Najib mempermainkan perasaan orang Melayu.

Percaya atau tidak, sejak jadi PM, Najib LEBIH BANYAK mengguris hati orang Melayu dari pemimpin lain ! Najib yang lebih banyak mempertikaikan Hak Melayu, dasar-dasar afirmatif dan mempromosikan Meritokrasi dari Dap. Seperti yang saya tulis sebelum ni - Bila Najib Cakap Berbelit - Melayu Waspada ! - Najib akan bersembunyi disebalik rangkaian kata-kata bombastik yang setakat ini berjaya mengelirukan musuhnya, iaitu orang Melayu sendiri.

Isu terbaru ini, saya harap orang Melayu jangan terikut dengan back-up point Najib, tumpukan kepada - Penghapusan Kuota Melayu. Sudah terhapus, tidak akan kembali lagi. Bahaya sebenarnya cara Najib ni kepada survival bangsa Melayu. PERLU KE DIHAPUSKAN ? Apakah orang Melayu dek kerana 'terpaksa' menyokong Najib maka merelakan segala hak dan kuota yang ada dihapuskan ?

Anonymous said...

Bila diingat kembali ucapan Najib semasa PAU tahun lalu - Hak Melayu terkunci kemas oleh Perlembagaan - terasa kosong, tidak ada jiwa Melayu langsung disebalik ucapan itu. Waktu itu orang Melayu beranggapan Najib akan mempertahankan segala Hak Melayu tapi kini ternyata, apa yang ada dalam fikiran Najib waktu itu adalah - Aku akan lepaskan segala Hak Melayu yang Nyata dan biar orang Melayu terus berilusi dengan Hak dalam bentuk Maya.

Jangan kita lupa, Kuota bukan terhad kepada ekonomi semata-mata, bagaimana pula dengan perkara lain seperti Biasiswa yang sudah pun dilepaskan secara perlahan-lahan oleh Najib kepada cina ? Kuota Bumi dalam sektor pekerjaan ? Kuota perumahan, kuota pinjaman ..... semuanya akan dihapuskan jugakah ? Kita tengok sendiri dengan mata apa yang berlaku, orang macam Najib ni dah tak boleh pakai cakapnya.

Najib Melayu Liberal. Kenyataan yang semakin menampakkan kebenarannya. Mungkin sebab itu kritikan terhadap golongan Melayu Liberal ini sudah jarang kedengaran tidak seperti 1-2 tahun yang lalu. Pengkritik sedar ia akan terpalit ke muka Najib semula !

Kepada mereka yang pro Najib, saya berharap sangat sekiranya dapat tuan-tuan berikan hujah sokongan kenapa Melayu kena sokong tindakan-tindakan Najib yang kontroversi terhadap bangsa sendiri jangan sekadar marah-marah kerana hentam Najib. Saya danramai juga yang tertanya-tanya soalan yang sama. Gunakan ruang ni bagi menerangkan dasar-dasar anti Melayu Najib.

Nota : Saya percaya ramai pembaca baru yang tertanya-tanya pendirian politik saya hehehehe, apakah saya pro Pakatan .... hehehehe, artikel ini menjelaskan pendirian saya -

Saya Sokong Perjuangan Umno / BN TAPI Saya Tak Sokong Perjuangan Najib - Dilema Ku.
Jika Umno buruk , maka PR baiklah ?

Anonymous said...

ko x payah nak paste byk2, buat semak..

aku yakin ramai penyokong umno yg lain mcm aku jugak skrg nie..

tgu masa jatuhkan najib..

bukan mustahil, umno dah lakukan pada pak lah, so sejarah akan berulang..

jd sbg rumusan, x payah la nah semakkan ruang komen ni dgn paste itu ini... troll namanya..

sbb ko x paste pun kitaorg bleh pk sendiri, najib bukan bijak sgt..

Anonymous said...

apa nak dibincang ttg najib?

buang masa. pru13 nnti ko undi calon lawan die la..

kalah kerusi parlimen nnti turun la najib tue..

die pernah menang major 400 je kan, so x susah mana pun..

PEMBANGKANG-DAP said...

Depa banyak salin copy paste kesini apa apa sampah yang depa pungut dimana mana (saya tak baca melainkan 1-2 baris saja nak taukan bentuk sampah ke tidak) sebab depa frust banyak masalah bergaduh antara depa diPakatan Rakyat.

Akibat Anwar sokong Nik Aziz nakkan Hukum Hudud.

Malam ni Karpal sama Hadi nak bincang. Tapi Anwar ka, wakil PKR ka tak disebut ada hadzir ke tidak.

Nampaknya dah lintang pukang depa tu. Banyak orang kata dah luka besaq, nak jadi pekong, susah nak baik.

DAP dah kata depa akan tarik diri dari semua jawatan negeri dan federal kalau pun PR dapat ke Putrajaya dan PAS mahukan Hudud. Berat pukulan tu.

Ini beza ideologi politik yang begitu berbeza macam siang dan malam. Saya fikir akan terus malam dan kelam diantara depa. Kita tunggulah apa berita ini malam.

Anonymous said...

Kenapa korang nie?

Hormatlah ketua korang di UMNO. Ingat mudah ke nak jadi PM?

Kalu MCA masih boleh hormat ketua mereka yang sudah terang bersuluh mengaku berskandal, apa lah korang UMNO?

Anonymous said...

anon 7.44pm

Setuju dengan anda.

Kalau dalam Umno sendiri pun tidak boleh bersatu, jangan harap nak bersatu secara keseluruhannya!

Anonymous said...

7:44 PM

tula bezanya..

kitaorg x jumud..

x mcm penyokong sesetengah parti tue.. belum jadi PM, baru berangan nak jadi PM..

tp pengikut dah taksub x ingat..smpi salah songsang pemimpin die semua die tolak tepi..suci abis la kununnya pemimpin diorg tue..

yg lg satu parti lagi dasat..pemimpin die ckp sanggup kerjasama dgn syaitan pun diorg terima..

cam kitaorg nie, paklah dah terima akibatnya.. najib pun bakal la..

Anonymous said...

lagipun pemimpin dtg dan pergi..

lain la MB kelantan..

x pergi2..

Anonymous said...

Mungkin Umno sudah lupa dengan nyanyian lagu parti mereka;

Bersatu Kita Bersatu
...
Jiwa Teguh Berpadu
...
Dipandang Mulia Dan Indah

INGAT Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
INGAT Mulia ke kalau tidak bersatu?

Anonymous said...

pembangkang DAP,

diorg ni politik pandai..x nak cakap bodoh la, kasar sgt..

tp kalau diorg sedar la realiti politik kat malaysia nie, diorg akan faham yg kerjasama dgn non muslim tu perlu..

tp bila jahil, tu yg timbul ckp haram kerjasama dgn org kafir tue..

cuma yg peliknya skrg diorg plak yg lebih2..siap peluk2 lagi..

Anonymous said...

anon 8.06pm

Lihatlah begitu teguhnya PAS kerana menghormati ketua mereka!

Anonymous said...

8:11 PM

teguh..

walaupun jd liabiliti pun tetap sokong..

sokong bawa rebah.

Anonymous said...

8:06 PM

MB Kelantan tak akan pergi sampai mati. Tu sebab dia keluar degan cerita Hudud pulak. Dah lintang pukang Pakatan Rakyat. Pada hal PAS Erdogan dah dapatkan PAS tunduk melutut kat DAP.

Kau, berdentum PAS Ulama Nik Aziz letupkan tembelang dia. Anwar pulak menyempil sama. Tunggang langgang lah deme.

Silap silap apa Nik Aziz buat ada kaitan dengan makan malam diIstana Trengganu Krismas lalu. Maalomlah, dia sama Hadi. Pulak Najib sama Muhyiddin pun ada disitu.

Anonymous said...

8:20 PM

haha.. ye kot..smpi mati.

setakat ni xde tanda nak pencen pun..

Khairul Ikhsan said...

Pujian Najib terhadap SJK Cina baru2 ini memang berlebihan. Tidak ada apa yang perlu dipertahankan. Kata anak2 halaqah PAS, takrifan zalim ialah apabila meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. "Sistem SJK Cina membantu pendidikan Malaysia", pernyataan ini pada suatu sudut tidak kena pada tempatnya. Dari sudut menguasai bahasa Malaysia sebagai medium menyatupadukan rakyat Malaysia, pernyataan ini adalah 'zalim'.
Kalau ditanya pada Datuk Najib berbanggakah beliau apabila ramai pelajar lepasan SJK Cina tidak menguasai bahasa Malaysia, apakah jawapan yang akan diberikan. Kalau dengan alasan menarik ramai pelajar Melayu masuk SJK Cina dapat membantu pelajar Cina menguasai bahasa Malaysia, maka apakah kelak perlu ditutup semua sekolah kebangsaan dan biar SJK Cina dan sekolah agama saja yang dibuka?
Tidak salah memberi peruntukan kewangan yang sama rata. Tetapi SJK Cina diharap menunjukkan kesungguhan dalam mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai medium menyatupadukan rakyat Malaysia. Banyak saluran yang boleh digunakan tanpa perlu bongkak dengan kemasukan ramai palajar Melayu. Saya hairan kenapa tidak ada program ko-kurikulum yang melibatkan sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK India secara bersama? Program ko-kurikulum seperti pengakap, kem sukan dan kem kepimpinan pelajar sepatutnya boleh menjadi platform untuk menggalakkan penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Cina.

PEMBANGKANG-DAP said...

Boleh cakap saja, tapi tak boleh bikin. PAS dan Hukum Hudud.

Cakap saja, tapi tak serupa bikin. DAP dan Lim Guan Eng. Dulu cakap Malaysian First, Chinese Second. Tapi resmikan pembukaan bangunan bernama Sun Yat Sen, mahu jadi Sun Yat Sen First, China Second.

Anwar sudah flip flop malam tadi. Alih alih timbul di mesyuarat yang semua orang kata hanya diantara Karpal Singh dan Hadi Awang. Dia jawab pun tidak panggilan Karpal supaya diadakan "top level meeting" diantara parti parti komponen PR. Alih alih "show up at the meeting" saja, nampaknya.

Dia peduli apa. Karpal Singh "makan gaji" dengan dia - berapa banyak Karpal dapat duit membela dia diperbicaraan Sodomy II. Kalau ia pun, DAP pun memang macam itu juga. Bila Lim Kit Siang cakap "Never" dan Karpal cakap "Over my dead body" kapada Hukum Hudud, depa takda nak ajak runding ke hapa ka.

Kesian lah kat Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS. Depa tau banyak ahli dan penyokong PAS yang conservative dah bertahun tahun mengharapkan Hukum Hudud. Merajuk sejak Muktamar PAS gugurkan Negara Islam beberapa bulan yang lalu. Depa tu ada pengaruh juga diKelantan dan lain lain tempat. Nik Aziz nak cuba ambik hati depa. Walau pun dulu kata "Saya kagum dengan Karpal" beberapa kali, dan tahu Karpal ugut nak saman MB PAS Kedah pasal haramkan pusat hiburan dibulan puasa, Nik Aziz timbulkan semula isu Hudud.

Sekarang berdentum lagi dibuang rancangan dia. Tak taulah sama ada Nik Aziz dan Pemuda PAS akan cuba komplot diam diam nak tarik PAS keluar dari Pakatan pulak.

Kalau DAP dua hari lalu ada ugut nak letak semua jawatan negeri dan federal jika dapat ke Putrajaya dan PAS mahu laksanakan Hudud, nak dengar pulak Nik Aziz ugut apa benda ka.

PEMBANGKANG-DAP said...

8:11 PM,

Saya ni baran benar dengan DAP, kalau PAS tak mau kerja sama dengan bukan Melayu/ Islam pun, asalkan boleh memasak renggangkan lagi PAS dari DAP, saya sokong.

Politik jahanam, kata orang. Apa hal pun, Nik Aziz kata UMNO jahanam. Saya bukan UMNO tapi tak sukakan perpecahan kaum Melayu. Di buat dek PAS dan PKR. Apa saja yang boleh memecahkan PR, menyingkirkan DAP, saya sokong.

DAP anti-Melayu dan anti-Islam. Sejak depa pikul sepandok Malaysian Malaysia kononnya lebih 40 tahun dulu lagi. Mahukan sama rata tapi tak akui Kedudukan Istimewa Melayu. Pada hal depa dah dapat kerakyatan. Yang nenek moyang depa tak dapat dan "stateless" selama 100 tahun masa British jajah dan sebelomnya dulu. Tak patut punya orang.

PEMBANGKANG-DAP said...

Untuk mereka yang tak selalu ziarahi blog ini, ingin saya terangkan bahawa saya keluar diatas nama PERMBANGKANG DAP sebab dahulu ada orang DAP yang menggunakan beberapa nama, selalu dengan nama PENYOKONG DAP, mendakyah atau propagandakan politk DAP, termasuk mengata Melayu bodoh, malas dan sebagainya.

Bila saya dan kawan kawan yang sengkatan telah bertalu talu menuding komen komen seperti itu, komen diatas nama PENYOKONG DAP sudah lenyap sekarang.

Komen komen tersebut juga asyik menuduh secara liar berkenaan rasuah. Saya bencikan rasuah dan telah menyatakan parti pembangkang pun ada rasuah.

Bacalah sedutan laporan Bernama dibawah ini:

DAP ALSO CORRUPT -

50 detained in Penang this year for bribe-taking: MACC

2011-09-28 12:00

GEORGETOWN, Sept 27 (Bernama) -- The Malaysian Anti-Corruption Commission have detained 50 people involved in bribe-taking in Penang so far this year.

"40 others will be charged soon," (the State MACC Chief) told reporters at a meet-the-public session here.

He said the state MACC had received 621 reports in the first nine months of this year, 220 of them involving corruption.

Anonymous said...

Keluaq balik cerita basi DAP tu. Boring betoi pck nyanyiok ni. Cis....

Khairul Ikhsan said...

Dalam sistem demokrasi di Malaysia, mempunyai dua parti berbeza mewakili orang Melayu adalah perkara baik. Kerana orang Melayu akan mempunyai sekurang-kurangnya dua wakil dalam dewan senat, dan orang Melayu mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan yang berbeza dalam dewan senat. (Dewan senat tidak sama dengan dewan rakyat)

Politik adalah tugas memikul amanah yang serius. Manakala kempen politik hanyalah suatu permainan. Perkara yagn tidak baik bukanlah apabila orang Melayu tidak sebumbung bawah satu parti. Tetapi apabila rakyat bawahan terikut-ikut taksub dengan permainan pemimpin mereka.

Dari segi kemampuan untuk mentadbir negara saya yakin dengan UMNO. Tetapi UMNO bukanlah parti malaikat, sebaliknya terdiri dari manusia yang tidak terlepas membuat kesilapan. Namun saya tidak akan menyalahkan susu sebelanga hanya kerana nila secawan. Kerana itulah perlunya satu parti lain sebagai check and balance.

Apa saja yang tidak baik untuk urus tadbir negara dan tidak baik untuk penyatuan rakyat Malaysia pemimpin harus ditegur. Dan tidak sepatutnya pengikut yang taksub merasa tersinggung dengan teguran tersebut. Bukan UMNO sahaja boleh menghadkan kuasa raja* tetapi rakyat juga boleh menghadkan kuasa pemimpin dari melakukan kesilapan yang akhirnya mreugikan negara.

*Saya tidak setuju kalau dikatakan UMNO melucutkan kuasa raja. Saya telah baca kandungan dari apa yang dibahaskan oleh Che Det dan memang apa yang dilakukan hanyalah menghadkan kuasa raja, melindungi raja dari melakukan kesilapan yang boleh menggadaikan negara.

Anonymous said...

10:00 AM

haha..akhirnya aku jumpe jgk org yg sependapat dgn aku.. - kuasa raja tidak dilucutkan tp dihadkan..


tp bg org yg ketagih harakah, die akan nmpk UMNO buang kuasa drpd raja..

auta x abis2..

sbnrnya dibandingkan ape yg rakyat negara lain buat i.e di iran, russia, perancis, yg raja terus diturun takhtakan melalui revolusi, kira langkah umno jauh lebih berhemah.

Anonymous said...

HUDUD.

akhirnya jelas apa, siapa dan di mana PAS..

bagi yg mahu berfikir.

Anonymous said...

Khairul,

Saya fikir Senat tak mustahak. Senat biasanya rubber stamp saja.

Dewan Rakyat yang mustahak. Disitu undang undang di bahath dan diluluskan. Majoriti biasa dah cukup. Tapi majoriti 2/3 perlu untuk meminda Perlembagaan.

Kuasa raja dsbnya dah berpatutan sekarang. Raja dipertanggung jawabkan diatas tindakan personal dia. Tindakan resmi yang dilakukan Raja, walau macam mana dikatakan salah pun, Kerajaan yang memerintah mempertahankanya sebab tindakan tersebut biasanya dilakukan diatas nasihat Kerajaan.

Raja boleh menggunakan bijaksana sendiri mereka pada tempat tempatnya. Seperti Sultan Perak mahu memastikan parti yang menjadi Kerajaan negerinya benar benar ada majoriti diDUN. Itu hak dia.

Apa hal pun Sultan Perak yang menggunakan kebijaksanaanya sendiri bila PR didapati tidak ada majoriti DUN Perak akibat katak lompat dulu itu adalah bekas Lord President atau Ketua Hakim Negara. Dia loyar dan mahir undang undang.

Anonymous said...

khairul ikhsan 9.30 pm,

Saya sbg ajk tadika perpaduan pernah mengajak sekolah tadika Cina menyertai sukan anjuran kami atas dasar perpaduan. Malangnya mereka menolak, sang ultrakiasu merasakan mereka terlalu hebat buat kita.

Anonymous said...

Saya sedih dgn perkembangan terbaru. Saya mengharapkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Malangnya hanya diperingkat cadangan dah terbantut. Walaupun begitu saya akan tetap menyokong Islam dan melayu. Kepada DAP bubye, siapa setuju sila angkat tangan

Anonymous said...

DAP keluar PR jika PAS terus nak HUDUD.

Kenapa PAS tak keluar PR jika DAP terus bantah?

no egg huh?

Anonymous said...

11:35 AM,

Bagus usaha dan cubaan anda mengajak mereka itu. Walau pun tidak direspon dengan positif, jangan putus asa. Bila ada peluang lagi, cuba lagi.

Nanti satu masa kita harap akan timbul pemimpin yang tegas dan berani "mengajar" dan "memujuk" dengan cara yang tegas mereka seperti itu supaya memegang dan mempraktikkan nilai nilai murni menuju kapada penimbulan suatu Bangsa Malaysia, berpandukan kapada Perlembagaan negara.

Masalahnya ialah mereka tidak hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara sepenuhnya. Pada hal hormat kapada Perlembagaan negara adalah bukti ta'at setia rakyat kapada negara ini. Kita tidak mahu rakyat yang tidak setia. Tetapi sekarang masih belom timbul pemimpin yang tegas dan berani itu. Saya fikir akan timbul satu masa nanti.

Kita usahakanlah mencari, mengenal pasti, mengesyurkan dan mempromosi bakal bakal pemimpin yang boleh menjadi seperti itu. Tidak besok lusa. Mungkin bertahun tahun juga.
Ayoh. Marilah.

Anonymous said...

Bukan sahaja BN UMNO cuba memancing undi cina&india, tetapi juga PATI terutamanya di negeri Sarawak & Sabah, dengan memberikan MYKAD projek haram....

Anonymous said...

Dalam kita dok bertelagah, sedar tak sedar Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Cina 2011 (Hua Zong) telah meluluskan beberapa usul pada 24 September lalu.

Sila teliti usul tersebut; boleh dibaca di (http://www.pribumiperkasa.com) atau cari dari sumber lain (kalau ada yang hentam Perkasa).

Sila beri perhatian pada usul yang hanya menguntungkan cina sahaja. Ditakuti itu yang akan diberi secara sukarela oleh 'siapa lagi' menjelang PRU13.

Lawan usul-usul berat sebelah dan anti perpaduan dengan cara memberi amaran kepada Umno agar jangan melayan jika tidak mahu kehilangan undi Melayu.

Anonymous said...

10:42 PM,

Kamu perlu keluarkan bukti pasal PATI dapat MyKad itu jika kamu mahukan pembaca percaya apa kamu cakap.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menytakan

bukti =

keterangan yang nyata,
dalil,
saksi,
kesungguhan.

Contohnya, kad pengenalan ada lah bukti identiti.

dalil =

alasan (yang menguatkan kebenaran terutama ayat ayat Qur'an),
bukti,
keterangan.

Jadi, yang mengatakan ada Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan kad pengenalan untuk "pengundi hantu" dan sebagainya itu, ada bukti ke tidak?

Apa kah dakyah politik semata mata.

dakyah =

penyaranan (penyibaran) fahaman unntuk mendapat bantuan (sokongan).

Jadi, dakyah tidak semestinya benar. Banyak yang sampai ke tahap membohong, untuk mendapat sokongan politik. Perlu ada saksi.

saksi =

1. orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)

2. keterangan yang diberi oleh orang yang melihat (mengtahui dll),
bukti, kenyataan.

Berpandulah kita kapada apa yang terkamus diatas. Ikutilah mana yang benar. Jauhilah dari mana yang tidak.

Anonymous said...

aii..

senyap jek penyokong PAS nie..

meh la sembang pasal hudud nie..

kita kutuk2 parti yg xa mau laksana hudud..

jom la..

Anonymous said...

"Bukan sahaja BN UMNO cuba memancing undi cina&india, tetapi juga PATI terutamanya di negeri Sarawak & Sabah, dengan memberikan MYKAD projek haram...."


jangan sampai kat akhirat nnti kau mampus merangkak mintak maaf kat semua peg JPN, imigresen dan semua peg yg kau fitnah..

ramai tu geng, x termampu kau nak cover fitnah kau tuh..

Khairul Ikhsan said...

Anon 11.35am, (ajk tadika)

Selepas ini kalau ada lagi ajakan untuk aktiviti ko-kurikulum bersama, elok dibuat surat hitam putih dan salinan dihantar ke kementerian pelajaran. Kalau mereka menolak maka selepas ini mereka tidak ada lagi alasan untuk menyalahkan kerajaan atau guru2 atas kegagalan anak2 mereka menguasai bahasa Melayu. Ini kerana mereka sendiri yang mengongkong anak2 mereka untuk bersosial dan berinteraksi menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu seperti bahasa lain memerlukan ia diprakttik dan ditutur secara kerap. Kalau mengharap pendidikan dalam kelas yang berorientasikan peperiksaan semata-mata maka guru cemerlang pun tidak boleh mengubah apa-apa melainkan lulus peperiksaan semata-mata. Dengan adanya salinan tersebut, maka sebagaimana kerajaan memberikan kepada SJK Cina, maka guru2 juga berhak minta ditukar kalau pelajar, guru2 dan ibu bapa enggan memberi kerjasama. Setidak-tidaknya kerjaya perguruan mereka tidak terjejas.

Surat respon dari SJK Cina juga perlu disimpan. Kalau boleh aktiviti ko-kurikulum janganlah terbatas setakat tadika sahaja tapi berterusan hingga sekolah menengah.

Anonymous said...

10.01 AM

Betul, kita perlukan hitam putih sebegini. Sepatutnya kerajaan perlu lihat hitam putih ini sebelum main tabur aje peruntukan kepada SJK/SMJK yang beberapa ni. Ni, sebab politik aje, senang-senang aje tabur peruntukan berjuta ringgit.

SK/SMK punya payah kena kongsi peruntukan yang ada.

Khairul Ikhsan said...

*Tambahan

Menjadi penjawat awam kerajaan Malaysia bermaksud bahawa seseorang itu perlu berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat majmuk Malaysia tidak kira Melayu, Bumiputera, India, Siam atau Cina. Komunikasi akan menjadi sukar jika si penjawat awam tidak memahami bahasa dan budaya masyarakat majmuk. Cara terbaik memastikan seseorang individu dapat memahami bahasa dan budaya masyarakat majmuk ialah dengan membiasakan dan menggalakkan interaksi dengan masyarakat majmuk sejak usia muda.

Maka, jika SJK Cina, Hua Zong, atau apa sahaja zong dan dong terus mengongkong anak2 mereka dari berinteraksi bersama masyarakat sejak usia muda. Bukan sahaja kerajaan malah sesiapa pun boleh menganggap bahawa entiti-entiti tersebut tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Mana2 entiti politik yang bersekongkol mengongkong anak2 rakyat Malaysia berketurunan Cina dari berinteraksi dengan masyarakat majmuk tidak boleh lagi dianggap sebagai memperjuangkan rakyat berbilang kaum.

Anonymous said...

Orang-orang melayu bangkitlah dari tidor. Sudah waktunya anda perlu menghukum dan menyingkirkan pemimpin-pemimpin melayu yang masih tidak sedar diri,hipokrit dan menjadikan bangsa sendiri sebagai alat untuk kepentingan mereka.

Jangan salahkan bangsa lain apabila kepentingan melayu semakin terhakis.Kerana pemimpin melayu lah yang memberi laluan hinggakan kini mereka telah mulai tersepit dengan tindakan berpolitik mereka.

Gunakanlah PRU yang akan datang sebaiknya untuk memilih siapakah pemimpin melayu yang boleh dan benar-benar layak memimpim bangsa melayu demi survival jenerasi akan datang.

Anonymous said...

TDM menangis dalam ucapan penutupnya dalam pau yang bersejarah, kerana gagal ubah sikap melayu dalam tempoh dia perintah negara (22 tahun ). najib senyum jer, dia mampu ubah melayu dalam masa tak sampai 5 tahun dia perintah.

maka pm najib kita amat la hebat dengan cakapnya. dalam seminggu, berapa banyak janji dia mau cakap pasal tugas dia mendampingi rakyat dan memberitahu berita gembira setiap masa. rakyat dilambung dengan mimpi yang indah setiap masa melalui ucapan yang menarik minat rakyat yang ingin kedudukan kewangan kukuh dgn cara mudah. naik gaji, gaji tinggi, taraf negara maju. waw, saya sangat suka mendengarnya.

SAY DAMN TO NAJIB,SAY NO TO MERIT

Anonymous said...

Najib mahu hapuskan kuota kontrak perniagaan bagi Melayu.Jadi di mana letaknya hak istimewa orang Melayu yang terdapat di perlembagaan?Sudahlah biasiswa pelajaran telah diberi kepada kaum Mongol.

Antara isu komunis yang dianggap remeh oleh dr ridhuan,isu hudud dan ISU KUOTA Melayu,yang manakah lagi penting?

For a coming PRU 13,let's VOTE FOR UMNO but give a damn shit to Najib Mongol.Ayuh Melayu bersuaralah dengan melalui undi anda dengan tidak memberi undi kepada Najib.

Anonymous said...

yes, jom undi for Najib! he is the best!

Anonymous said...

2:22 PM

Orang macam kamu lah yang menyebabkan Melayu berpecah dan menyalahkan sama sendiri sebab kepentingan melayu semakin terhakis.

Khairul Ikhsan said...

Komen saya bukan bertujuan untuk membunuh karier politik sesiapa. Saya hanya highlight 'pujian-pujian dan kenyataan yang tidak kena pada tempat' sahaja.

Saya juga tidak berminat tumpang bermain 'hudud blame game'.

Anonymous said...

pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memberi yang banyak memberi kebaikan kepada rakyat bukan yang pandai bercakap kepada rakyat mcm pembangkang m'sia.takde pemimpin yang perfect skg malahan kalu yang pandai bercakap tu naik lg haru biru jdnya

Anonymous said...

aku bukan penyokong PR.

tp aku mmh menyampah gile kat najib..

jom undi umno, kecuali najib..

kasi die jatuh, kasi dia sedar diri sikit..

Anonymous said...

NAJIB - perdana menteri paling dayus dlm sejarah.

PEMBANGKANG-DAP said...

3:21 PM,

Anda ketawakan "Kuota Akan DiHapuskan Jua Akhirnya". Tak tahu anda bukan Melayu rasa seronok atau Melayu Pembangkang mahu menyindir. Kedua dua itu saya mahu bangkang.

Najib mahukan undi bukan Melayu. Tak tahu sejauh mana apa yang disebutkannya akan dilaksanakan. Bergantung diatas interpetasi apa yang disebutkannya. Atau sejauh mana Melayu lain, termasuk yang memegang jawatan Kerajaan akan menykong atau melaksanakan apa yang disebutkannya dimedia massa.

Ingat, pemerintah (politicians) dan pelaksana (the executive, pegawai pegawai Kerajaan) perlu seimbang hasrat dan tujuannya bagi idea boleh dilaksanakan sepenuhnya. Kita telah lihat Lim Guan Eng diPenang ajak Pegawai Kemajuan Negeri (Pegawai Persekutuan) "perang" diakhbar dimasa lalu. Tak dapat langsung apa yang dimahukannya dilaksanakan.

Betul, pelaksana perlu jalankan kerja tak kira siapa merintah. Tapi lihatlah sejarah dunia: theory always differs from practice.

Yang penting ialah dasar dasar pemerintah mesti sejajar dengan kemahuan majoriti rakyat. Melayu majoriti lk 60%. Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak majoriti lk 70%. "Pemansuhan" 30% saham Bumi itu menjejas kepentingan mereka.

Ingat juga: Najib cuba senyapkan DEB dalam MBE dulu. Heboh disana sini bantahan. Sekarang bacalah penggal kedua MBEnya. DEB masih ada lagi didalamnya.

So'alnya ialah meratakan padang atau "levelling the palying field". Bagus kalau tujuan Najib mahu pilih yang "competitive" dalam perjalanan kesitu.

Saya fikir "pemansuhan quota" yang dimaksudkan nya itu adalah sistem memberi kemudahan kapada siapa saja Bumi seperti yang lalu, termasuk orang orang politik. Yang menyebabkan DEB terpesong, dikondem implementasinya. Sekarng dia mahukan hanya yang layak saja dapat faedah itu. Itu bagus.

Benar, jika sudah tercapai sasaran DEB, maka boleh "do away with Bumiputera quotas but said the government must continue to support the community’s best talent to ensure a more competitive business environment."

Ingat, sasaran yang ada sekarang hanya bagi kekayaan korporat. Belom ambil kira lain lain bentuk kekayaan seperti bangunan komersial dan kediaman.

Saya sokong kata kata dia “we must promote the right Bumiputera”.

Saya fikir terjemahan anda tidak tepat. Baca semula apa dia kata. Seperti saya sebut lagi dalam inverted commas diatas. Bukan kuota Bumi digugurkan sepenuhnya, tetapi kerajaan akan bantu mereka yang terbaik dikalangan Bumi bagi memastikan lebih persaingan dalam dunia perniagaan.

Ingat, menghapuskan kuota hanya bila sasaran DEB sudah tercapai kesemuanya. Dan sasaran itu bukan hanya di bidang kekayaan korporat saja. Benar, kita akan terus bantu Bumi dalam bentuk yang menolong mereka berkembang. Tapi diteruskan kuota, hanya pemberiannya dilakukan berdasarkan mereka yang layak sja.

Anonymous said...

Kalau anda sokong Umno, hormatlah ketua yang dipilih oleh majlis tertinggi Umno.

Jangan berlaku kurang ajar.

Anonymous said...

Apakah tiada demokrasi dalam Umno sehingga Najib seorangan berkuasa membuat keputusan?

Janganlah coba mengaibkan ketua parti Melayu kerana secara tidak langsung anda juga mencerca satu parti.

Apakah Najib bukan seorang Melayu juga?

PEMBANGKANG-DAP said...

7:54 AM,

Siapa kah yang kamu tujukan komen kamu itu? Kenapa tak sebut dengan nyata?

Sebaliknya kamu menomah orang kurang ajar. Dengan tidak memberi apa apa hujah atau justifikasi.

Bukankah kamu yang kurang ajar berbuat demikian?

Tidak timbul so'al sokong UMNO atau tidak. Dimana mana dalam dunia, pemimpin boleh dikritik. Tidak kira peringkat Pesiden dan/ atau MKT. Apa kamu berpendirian tidak demokratik?

Tidak ada tempat bagi kamu disuasana bebas bercakap dsbnya. Kurang ajar kamu bila menuduh dengan tidak memberi alasan.

PEMBANGKANG-DAP said...

7:58 AM,

Juga tidak tahu kapada siapa kamu tujukan komen kamu itu.

Tidak faham tujuan kamu diperenggan permulaan bertanya "Apakah tiada demokrasi dalam Umno sehingga Najib seorangan berkuasa membuat keputusan?" tetapi diperenggan berikutnya melarang orang "mengaibkan ketua parti Melayu".

Mengapa tidak boleh mengkritik ketua parti Melayu? Mengapa tidak boleh walau pun jika berbuat demikian "secara tidak langsung anda juga mencerca satu parti"?

Apakah ada "satu parti" yang tidak boleh dikritik langsung? Nilai demokrasi mana kah yang kamu pegang ini?

Pemikiran kamu amat cetek bila menanya "Apakah Najib bukan seorang Melayu juga?"

Aku tanya kamu balik: Apakah Najib atau Melayu tidak boleh dikritik langsung? Walau pun dengan tujuan baik?

Aku biasanya menghentam parti parti Pembangkang disini. Tapi aku bukan orang UMNO atau ahli apa apa parti pun. Kalau kamu ahli UMNO, kamu kena tahu siapa lawan siapa kawan. Jangan masuk menjerjah disini pagi pagi buta dengan tak tahu hala tujuan.

Gunakanlah fikiran kamu dengan baik sebelom mengeluarkan komen.

Anonymous said...

"Baguslah" tolong Melayu yang perlu sahaja.Kau tau tindakan Najib ini mungkin boleh menimbulkan ISU KRONI.Apakah sudah ada bukti jaminan dengan sistem merit saham lebih 30% dicapai?Aku tidak setuju dengan sistem kuota dihapuskan sepenuhya.Sepatutnya diberi tempoh masa untuk sistem merit digunakan untuk diteliti sejauh mana keberkesananya menolong Melayu.

Sudahlah dengan berasa bangga menukar akta pendidikan untuk mengekalkan sekolah vernakular.Sekarang pula mahu hapuskan kuota Melayu.Malapetakalah Melayu lepas ini.

Anonymous said...

8:40 AM,

Aku pun tak setuju sistem quota dihapuskan sepenuhnya. Aku rasa tak akan dihapuskan selagi padang tak sama rata.

Setuju dengan pendapat bahawa sama rata tu bukan dibidang kekayaan korporat saja. Juga dibidang bidang lain ekonomi.

Juga setuju bahawa ada banyak Melayu diberbagai tempat yang akan menentukan sistem quota itu tidak dihapuskan begitu saja. Kalau diketepikan pun, akan timbul bentuk lain.

Betul, orang politik buat keputusan. Pegawai Kerajaan laksanakan. Perkhidmatan Tadbir PTD tu bukan bodoh. Diorang dah berpuluh tahun sejak zaman British masih ada lagi dinegara ini. Diorang tahu macam mana nak laksanakan dasar.

Buat dasar pun dia orang ada masuk campur - banyak yang dia orang yang derapkan dasar tu. Lihat saja MBE. DS Najib panggil konsultan, tapi yang buat "fine tuning" tu PTD juga.

Orang politik tak boleh main buang saja sistem quota. Mungkin berontak Pegawai Kerajaan PTD dll nanti. Memang belom ada PTD mogok dinegara ini. Tapi siapa tau kalau ada "work to rule" sehingga orang politik pulak "fine tune" kehendak mereka.

Anonymous said...

Kepala korang nanti kena sekel baru tahu.

Tak kan la Najib boleh buat decision sesuka hati!

Macam la Najib langsung tak boleh ditegur. Majlis tertinggi tu buat apa? AJK yang lain buat ape? Ketua caw buat ape?

Korang bikin macam Umno ni sangat lemah la sehingga perlu ditegur dalam blog.

Anonymous said...

umno tak lemah..

yang lemah adalah pemimpin yg syok sendiri spt Pak Lah dan Najib..

salah kah aku mengutuk Najib si sini?

tolong jgn ikut mcm org PAS yg taksub pada pemimpin hinggakan yg salah pun tetap di sokong..

Anonymous said...

korang bikin Umno macam Najib control 100%.

macam la tak ade saluran dalam Umno sehinggakan terpaksa mengguna saluran blog.

Umno itu dikuasai oleh diktator ke?

Anonymous said...

anon 4.26pm

Melayu dalam UMNO ada banyak kem.

Budaya Melayu UMNO sudah terkenal dengan mengaibkan dan menjatuhkan sipolan sipolan.

Anonymous said...

Mentaati pemimpin itu sangat dititikberatkan dalam ajaran Islam.

Ketaatan itu mestilah teguh dan penuh. Sama ada suka atau tidak. Tidak boleh sewenang-wenangnya ditarik bahkan seolah-olah tidak ada sebab yang dibolehkan bagi seorang itu menarik diri daripada taatkan pemimpinnya, apalagi dia merupakan pemimpin peringkat tinggi negara.

Perbuatan itu dihukumkan haram dan berdosa besar.

Anonymous said...

Melayu Tidak Perlu Kuota Untuk Berjaya - Mat Liberal
Kalau tak percaya apa yang saya tulis tentang Najib sebelum ni, nah, bacalah artikel Utusan mengenai kenyataan Najib semasa merasmikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu ( MTEM ) semalam. Maksud kau, Din ? Maksud saya tentang point utama Najib dan point-point sampingan bagi mengaburi mata orang Melayu terhadap point utama tadi..... Takper, kita layan dulu ucapan pemimpin Melayu Liberal ni -

"Inilah cabaran oleh orang Melayu pada abad ke-21. Sekiranya kita mahu orang Melayu yang bermaruah dan terhormat, kita tidak boleh berselindung tetapi kita perlu ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.

"Kerana kita ada kelebihan dan inilah ciri-ciri Melayu abad ke-21 iaitu Melayu yang berjaya yang bukan dilindungi kerajaan tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam,"

Amacam ? Kembang tak jubur korang baca ? Memang bagus kata-kata semangat pemimpin Liberal kita ni. Memang semuanya benda-benda positif yang seharusnya menjadi matlamat setiap orang Melayu. Usaha, Berkeyakinan Tinggi, Berdikari, Berilmu bla bla bla.

Point UTAMA Mat Liberal ni - Hapuskan KUOTA BUMI.

"Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu, kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada."

Masa bila yang kita ambil Hak orang lain ? Sejak melahirkan hasrat mahu menghapuskan Kuota, beberapa kali dah Najib sebut, Jangan Ambil Hak Orang Lain . Apakah maksud Najib Kuota 30% Bumi itu bermaksud kita menafikan hak cina ?

Pro Najib Liberal dengan pantas akan cuba mempertahankan kata-kata Najib cuma saya nak peringatkan satu perkara, tahun lepas semasa ahLek mempertikaikan Hak Bumiputera termasuk Kuota, hampir semua orang Melayu bangun membantah dan mempertahankan Kuota itu.


Tak cukup lagi ke 70 % ? Ekonomi berkembang, 30% itu akan berkembang .... 70% lagi banyak kembangnya ! Bla bla bla .....

Jadi pastikan kenyataan korang tahun lepas itu dipadamkan dulu sebelum korang cuba menyokong penghapusan Kuota oleh pemimpin Melayu Liberal kita ini.

Nak buat apapun, KUOTA TIDAK PERLU DIHAPUSKAN ! Najib hanya melihat kepada kejayaan adiknya saja sebagai menunjukkan orang Melayu sudah mampu untuk bersaing dengan cina. Padang dah rata. Tak perlulah kuota.

Mungkin untuk menguatkan hujah, Najib patut bentangkan kepada orang Melayu berapa % dari 30% itu yang sudah dicapai Melayu ? Hmmmm kalau tak silap baru ni ada yang menyebut 22% kan ? OK, dari 22% itu berapa % yang dimiliki oleh GLC dan berapa % oleh orang perseorangan dan syarikat Melayu ?

Secara jujur saya tanya - apakah anda semua rasa Melayu sudah bersedia untuk bersaing dengan cina ?

Mungkin ada kebenarannya juga kata mat Liberal ni .... sebab bukti pun ada. Tengoklah banyak mana hak cina kita telah ambil di Pulau Pinang .......kan ? kan ? Kan ? Cukup-cukuplah ... kesian orang cina, berapa ramai tinggal dalam rumah perahu terapung sebab hak mereka orang Melayu nafikan.

Disemua banda-bandar besar pun, kesian kat orang cina. Nak berniaga pun kita nafikan hak mereka, habis semua premis perniagaan orang Melayu bolot.

Sekali lagi - Perlukah Kuota Bumi dihapuskan ? Ya, sikap orang Melayu mesti diubah. Jangan bergantung kepada kuota untuk maju. Jadi kenapa tidak ditekan kepada Melayu yang dah maju, yang dah kaya raya baik melalui usaha sendiri atau melalui jalan politik supaya mereka ini MENOLAK perlindungan Kuota, minta mereka ini diberi layanan sama adil dengan cina sebab mereka sudah mampu bersaing.

Jadi kuota yang dulunya mereka ini ikut bolot sama bolehlah diberi kepada orang Melayu lain yang sememangnya masih memerlukan perlindungan itu. Yang menjadi masalah ialah mereka yang sudah berjaya tapi masih lagi mengharapkan Kuota, golongan inilah yang seharusnya menjadi lebih bertanggungjawap, golongan inilah yang Najib harus nafikan Kuota BUKAN bangsa Melayu keseluruhannya !

Anonymous said...

"Sebagai contoh apabila kerajaan memutuskan projek transit aliran massa (MRT), kita putuskan 43 peratus daripada projek ini kita berikan kepada usahawan Melayu dan bumiputera,"

Kalau betul bagai dikata, Alhamdulillah. Tapi terus terang saya cuak ....... saya tak tahu kenapa, mungkin kerana ketiadaan bantahan secara besar-besaran dari kaum cina... pelik kan ? Biasiswa 2-3 orang anak mereka pun boleh riuh satu negara dibuatnya, tapi benda yang bernilai berbillion RM ini mereka boleh senyap ? Did i miss anything here ? Kita tunggu ..... Bukan apa, setakat ni apa saja yang diumumkan Najib untuk orang Melayu tidak ada satu pun yang tidak dipertikaikan kemudian hari. Semuanya bermasalah ...hehehehe

"Kita tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata tetapi perlu memperkasakan individu dan NGO yang bangkit dan bertindak sebagai barisan depan dalam menuntut apa yang perlu bangsa kita miliki,"

Yang ini lawak ! Najib suruh NGO Melayu bangkit dan tuntut hak Melayu ? OK, Kita tuntut Kuota dikekalkan ! Kita tuntut dasar-dasar afirmatif DEB dikekalkan ! hehehehehehehe .....


Melayu yang merampas hak cina atau Najib yang merampas Hak Melayu ?

Najib pernah berkata dulu -

“If we want to benefit from equal opportunities and realise our human potential we must stop extremists from continually degrading others as inferiors so as to uplift ourselves."

“Some politicians tell our children that they can never be good enough, that they need special rights and favours to survive. How do we build up a child’s confidence if we instil this sense of inferiority that they need special assistance?”

Eh, silap ..... itu Lim Guan Eng yang cakap 28 Julai baru ni, ( klik) tapi bunyinya hampir sama kan ? Cuba beritahu bahagian mana ucapan ahLim tu berbeza dengan ucapan Najib ? Kenapa reaksi orang Melayu terhadap ucapan ahLim berbeza dengan reaksi orang Melayu terhadap ucapan Najib ? Kenapa masa ahLim cakap tu, orang Melayu marah tapi masa Najib cakap perkara yang hampir sama orang Melayu yang sama sokong ?

Anonymous said...

Kuatkan Kempen "No Vote For Najib in 13th General Election". Walaupun saya penyokong Barisan Nasional, tapi saya tidak boleh menyokong pemimpin yang menjadi perosak seperti Najib. Najib tak perlulah nak berlagak, nanti jadi macam Pak Lah, sila berambus dari UMNO dan Barisan Nasional, letak jawatan sajalah, 1Malaysia konon, entah apa 1Malaysia pun rakyat tak faham sangat, banyak sangat retorik, itulah negara ini tak bekembang, sibuk retorik dan minum teh 1Malaysia, boleh blahla, cakap banyak pun tak guna, kuatkan kempen untuk singkirkan Najib untuk selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, lagi satu satu geng dengan Najib seperti Nazri Aziz dan si bapuk Hishamuddin pun sama boleh pergi berambus, isu Namewee, Katy Li Lian, Anwar, Mat Sabu, Ambiga, Chua Soi Lek, Shuhardi Md Isa dan macam-macam lagi isu tak boleh diselesaikan, tak guna jadi PM dan Menteri, lebih baik jadi pecacai Namewee sajalah.

Anonymous said...

Saya dapat tahu perkara ini dah lama, dari kawan2 yg bekerja dlm industri kewangan dan terlibat dlm sesi perbincangan dgn DS Najib sendiri.

Dari logik akalnya, idea DS Najib ada baik dan benarnya, tapi disegi realitinya nak bersaing macam mana kalau terpaksa bersaing 'atas padang yg tidak rata'?

Cuba bagi contoh dalam bidang atau industri apa yg Melayu ada rangkaian2 yg berkesan yg boleh bantu membantu antara satu dgn yg lain dan bersaing secara sihat dgn bukan Melayu? Semuanya tiada, kerana dari segi ekonomi segala2nya telah dimonopoli oleh bukan Melayu terutamanya bangsa Cina.

Paling tidak kuota 30% ini jika diteruskan akan dapat juga mempertahankan equiti bumiputera dlm ekonomi, walau pun tidak mencapai tujuan seperti yg diharapkan, tapi menolong menempatkan jumlah orang Melayu dlm satu2 sektor ekonomi walaupun dlm sesetengah bidang pencapaian bumiputera sememangnya tidak langsung dapat dibanggakan.

Dlm bidang pekerjaan sektor swasta pula umpamanya, dgn quota 30% inilah pekerja2 Melayu banyak yg ditindas - dibebankan dgn kerja, diberi gaji yg minima, bonus sekadar ambil nama; sedangkan pekerja bukan Melayu dilayan sebaliknya; supaya yg Melayu ini akhirnya tidak puas hati dan dgn sendirinya 'angkat kaki'. Bayangkan jika sistem kuota sudah tidak ada lagi.

Apa2 pun yg jadi PM dan punya kata pemutus adalah DS Najib, kalau dia rasa ini menguntungkan bangsanya, kita lihat sajalah hasilnya bila penghapusan kuota ini dikuat-kuasakan nanti

Anonymous said...

Penghapusan Quota 30% Bumiputra

1- Jika betul terjadi seperti yang di uar-uarkan ini, maka DS Najib sedang mencari penyakit dan membuat pasal sebelum PRU13.

Seperti ISA 1960, dimana kita dipaksa menerima keputusan Najib, tetapi naib baik telah disediakan alternatif dengan 2 akta terbaru sebagai penganti. Akta terbaru itu pun belum pasti lagi keberkesanannya dan dapat membendung penghuru-hara negara.

Adakah penghapusan quota 30% Bumi kelak, entah bila tarikh berkuatkuasanya, akan digantikan dengan sistem bantuan sokongan yang lebih baik. Setakat ini memang tidak nampak jalan dan DS Najib tidak mendapat sokongan 100% dari penulis kerdil ini.

Apa kah yang lebih baik dari 30 % quota Bumi?

2- DEB yang didasarkan oleh Tun Razak dan dilaksanakan besar-besaran oleh PM di zaman Tun Dr Mahathir.

Setelah melalui zaman perlaksanaan Tun Mahathir, maka pada zaman Najib ia sepatutnya dilakukan pembaikpulihan dan perkembangan berterusan (continual improvement) sistem kuota 30%.

Jika ia dikatakan oleh Najib sebagai "tidak membawa apa-apa makna" dan menyekat perkembangan usahawan bumiputra, maka segala usaha hendaklah kearah pembaikpulihan dan pengkuatkuasan sistem yang longgar sekarang dan bukan penghapusannya sama sekali. Najib silap perhitungan kali ini.

Tidak boleh kah, segala cadangan-cadangan Najib digabungkan dengan sistem kouta 30% sekarang sebagai improvement, bukan hapuskan langsung.







3- Lihat alasan-alasan yang diberikan oleh Najib ketika sesi soal-jawab di Forum Megatrends Khazanah 2011.

Najib berusaha mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota 30% Bumiputra yang dikatakan tidak berkesan.

a- Najib berkata Kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang”

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka,"

b- Najib berkata penetapan kuota 30% "tidak membawa apa-apa makna".

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka),"

Langkah afirmatif pilihan sebagai ganti kuota 30%

3- Najib maklumkan Kerajaan akan mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.

"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju,"

TERAJU ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Dengan menyokong "bumiputera bijak", Najib berharap ia akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat, juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.

Sekali lagi Najib cukup phobia dengan orang-orang China dan segala yang dilakukan semata-mata untuk mengembirakan kaum asal pendatang ini. Najib cukup celaka didalam hal ini.


Najib mahu merombak norma budaya masyarakat iaitu budaya "mengenali seseorang” (know who) ditukar kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

4- Meritokrasi.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi”

"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang,"

5- Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada rakyat.

6- Harus diingat bahawa PAS dan PKR akan mengambil peluang kesilapan Najib ini dan meraih undi ahli-ahli Umno-BN yang tidak puashati dengan tindakan terkini Najib

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w menyeru umat Islam supaya menghormati tiga golongan ini:

- Orang tua yang soleh. Menghormati orang tua adalah merupakan tanggungjawab seorang muslim. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya ialah : " Bukan daripada umatku atau golongan ku, mereka yang tidak menghormati orang tua dan mengasihi golongan kanak-kanak.

- Ulama' yang takutkan Allah s.w.t. Iaitu ilmuan Islam yang beramal dengan ilmunya dan menyeru orang lain untuk melakukan maaruf dan mencegah kemungkaran. Ulama' yang berani menyatakan kebenaran kepada masyarakat dan sanggup berkata benar walaupun di hadapan sultan yang zalim. Ulama' yang tidak menjual agama mereka demi kepentingan kehidupan duniawi.

- Pemimpin yang adil. Yakni pemimpin yang berlaku adil kepada rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan status. Pemimpin yang menurut segala perintah Allah s.w.t serta melaksana segala tuntutan Allah s.w.t seperti menegakkan Islam sebagai ad-din atas muka bumi ini. Menjadikan Islam yang memerintah bukan diperintah.

Khairul Ikhsan said...

Dalam tempoh beberapa bulan mutakhir ini, Islam di Malaysia lebih banyak menurut kerenah daripada memerintah.


Segala teguran dan pandangan telah diberikan. Terpulanglah bagaimana tindakan mahu diambil sebelum terlambat.

Anonymous said...

Saya sokong penuh pendapat bahawa 30% itu mesti diteruskan. Malahan saya mahukan 30% bukan saja dalam bidang kekayaan korporat, tapi juga dalam bidang bidang lain ekonomi negara. Bidang banguan komersial dan perumahan, contohnya.

Saya amat kecewa Kampung Bahru, KL, akan dimajukan secara 40% akan jatuh ketangan bukan Melayu. Pada hal Kerajaan boleh mengarahkan GLC seperti Petronas, Tabung Haji, Talikom dan sebagainya memajukannya. Sendiri atau secara konsortium. Mana unit bangunan yang Melayu belom berupaya membelinya boleh dipegang oleh pemaju, dikerah GLC dan badan badan Kerajaan menyewanya, pindah dari tempat tempat sewa lain yang ada sekarang, sewa disitu sehingga Melayu lain mempunyai upaya membelinya.

Dibidang kekayaan korporat, angka terakhir yang saya baca keluar dari Kerajaan ialah 18%, bukan 22%. Jika lebih dari 18% sekarang, tolong beri tahu saya puncanya. Saya masih ingat banyak yang meraung minta angka angka demikian dimasa DEB didapati disenyapkan didalam Model Baru Ekonomi bila mula diumumkan dulu. Di Bahagian Kedua MBE, DEB nampaknya keluar, tapi angka itu tidak disebut.

Angka 22% pernah tercapai dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. Tetapi telah menurun akibat Asian Financial Crisis.

Siapa yang tahu angka yang terakhir dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, atau mana mana pihak resmi yang boleh dipercaya, tolong lah beri link nya disini, terima kasih.

Anonymous said...

Saya faham perasaan kecewa yang disebut diatas berkenaan 30% saham Bumiputera. Tetapi saya ragu sama ada semua yang disebut DS Najib itu berniat tak baik atau salah dari segi kepentingan Melayu.

Saya tidak ada halangan jika DS Najib pilih yang "competitive" saja dalam usaha usaha "levelling the playing field" itu. Tetapi saya mahu lihat pemilihan itu saksama, tidak ada lagi kroni, nepotisme dan unsur unsur politik. Banyak kritik sudah dikeluarkan terhadap Menteri Mohd Nor Ackop, peranannya berkaitan projek projek besar.

Banyak juga kritik kebelakangan ini berkenaan "share swap" MAS dan Air Asia yang melibatkan Khazanah dan peranan adik Najib, boss CIMB. Badan badan Kerajaan seperti Khazanah dan perusahaan yang menggunakan wang Kerajaan atau Khazanah seperti MAS adalah penyimpan harta yang boleh digunakan bagi "levelling the playing field" dan jangan dibuat "share swap" yang merugikan MAS dan sebaliknya menguntungkan Air Asia berlipat ganda.

Dan adik Najib telah dapat banyak ratus juta Ringgit keuntungan dari "menasihat" GLC dan sepertinya, tidak tahu sama ada semua untuk CIMB atau jika sebahagiannya untuk kepentingan dirinya sendiri. Jika adiknya dimaksudkannya sebagai yang "competitive", bukankah itu nepotisme dan apakah dia perlu dibantu dalam rangka "meritocracy" yang disebutnya.

Saya ragu sama ada boleh "do away with Bumiputera quotas" walau pun "the government must continue to support the community’s best talent" dan itu bermakna Bumiputera community. Dan apa yang dikatanya "to ensure a more competitive business environment" itu bermaksud persaingan diantara kaum Bumiputra itu saja.

Jika dia mahukan Bumiputera bersaing dengan peniaga Cina sekarang juga tanpa quota, saya fikir dia sudah gila. Sekurang kurangnya gila kuasa, mahukan undi Cina sesangat hingga sanggup buang quota Bumiputera. Jika demikian dia perlu dinyahkan dari jawatan Presiden parti, kalau tidak jahanam Melayu. Tapi saya tidak yaakin dia begitu. Dalam pada itu, kita perlu selalu memperingatkan dia jangan begitu.

Semua orang, termasuk Najib, perlu sedar bahawa kaum Cina kuasai ekonomi negara ini, ada sistem bantu membantu diantara mereka, tidak boleh sesiapa lain masuk persatuan persatuan sukubangsa (clan associations) dan persatuan perniagaan (business guilds) mereka, peniaga Melayu tidak dapat bercampur ramah dengan peniaga mereka, tidak adapat bina perasaan "kamcheng" yang memebantu perniagaan, ada yang beri harga lebih mahal kapada peniaga Melayu, tidak beri kemudahan kredit dsbnya.

Dalam keadaan yang demikian, jika qota dibuang dan Melayu dimahukan bersaing dengan peniaga Cina begitu saja, maka gila lah dia. Quota boleh diketepikan hanya bila Melayu sudah mencapai sasaran DEB itu. Bukan saja dibidang ekuiti korporat, tapi juga dibidang bidang lain ekonomi.

Tapi saya sokong kata kata dia “we must promote the right Bumiputera”. Saya harap Kerajaan akan bantu mereka yang terbaik dikalangan Bumiputera bagi memastikan kekayaan yang dicapai akan berterusan. Kita perlu sedar bahawa dikalangan Cina pun, mereka dikatakan menjangka bahawa kekayaan tidak kekal, tahan hanya 2-3 generasi saja. Maka Melayu mesti punyai lebih peniaga peniaga yang gigih dan boleh bersaing untuk mengekalkan kekayaan itu lebih lama. Supaya pertus kekayaan itu boleh meningkat, tidak menurun.

Anonymous said...

Dalam demokrasi, rakyat pilih pemimpin untuk mewakili mereka.

Pemimpin yang dipilih diamanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab yang bermanfaat untuk negara dan rakyat.

Oleh itu, hormatlah keputusan dan tindakan pemimpin yang telah diamanahkan itu.

Anonymous said...

Isu Penghapusan Quota Bumiputra -

Betul tidak nya, sejauh mana akan diketepikan Kerajaan, munkin boleh dilihat dari hal bahawa MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan nampaknya senyap setakat ini.

Mustahil semua MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO bodoh. Tidak mungkin semua yang korap, sudah disuap Najib atau wakil wakilnya supaya diam, ikut saja apa yang Najib mahu. Kita perlu beri sedikit hemah kapada kebijaksanaan mereka. Masih banyak yang waspada dan berfikir panjang diantara mereka.

DiPerhimpunan Agong UMNO (PAU) yang lalu, Najib telah bercakap kapada semua perwakilan disuatau majlis tertutup, tiada pemberita, utusan rahsia. Dia dikatakan telah menerangkan, umpamanya, mengapa tidak tangkap Chua Soi Lek yang berani umumkan hasutan membantah kemudahan dan sasaran ekonomi Bumiputera dibawah DEB. Kita perlu tanya sesiapa diantara lebih 1,000 ahli perwakilan yang mendengarnya disitu, apa penerangan dan pesanan Najib.

Perbahathan diPAU berikutnya nampak "muted", hampir tiada maki hamun, menghunus keris dan sebagainya. Hingga Pengerusi tetap hanya membuat jenaka. Jika tiada sebab sebab yang kuat bagi menagkis Chua Soi Lek, maka akan jahanam lah UMNO. Tapi saya fikir, mereka yang berfikiran waras dan selalu memandang jauh kehadapan setuju dengan penerangan yang diberi Najib kapada PAU sessi tertutup itu.

Banyak yang menjangka itu adalah berkenaan strateji PRU13 UMNO. Ada juga kemungkinan Chua mengeluarkan "hasutan" tersebut selepas "membayangkan" strateji MCA kapada Najib. Ada "sefahaman" diantara mereka. MCA telah nampak dayus dimata Cina ultra kiasu pengikut DAP. Malangnya yang tidak ultra kiasu pun mungkin sudah terikut kesana.

MCA pulak ada kelemahan dan kesalahannya. Skandal PKFZ, politik wang berleluasa (bekas Presiden MCA sendiri menuduhnya), sehingga Chua sendiri ada skandal sex yang divideokan.

Mungkin Najib biarkan "hasutan" MCA (1) supaya tidak berbalah besar antara parti parti komponen BN (2) supaya menunjukkan Cina ultra kiasu dan separa kiasu bahawa MCA berani menghentam UMNO seperti DAP buat demikian dan MCA perlu diundi juga. Dan Lee Liong Sik pun dibawa keMahkamah untuk membuktikan bahawa Kerajaan sanggup dakwa "ikan besar".

Maka tindakan dan kata kata Najib kebelakangan ini hanya kearah menang PRU13. Hapuskan ISA, bantu sekolah Cina, hapuskan quota Bumiputera dll.

Selagi kita tidak mendengar dari yang hadzir disessi tertutup PAU yang lalu, kita terpaksa "mengagak dan menjangka" saja lah.

Tapi saya masih mengharapkan bahawa akan ada berita baik dibelakang tabir gelap yang nampak disana sini. Kita sudah lihat DEB akhirnya keluar dalam MBE. Rang akta gantian sedang disediakan untuk pemansuhan ISA. kita harapkan quota berterusan dan tindakan affirmatif berbentuk lain meningkatkan lagi kekayaan dan melebih luaskan lagi penerima kekayaan iu diantara kaum Bumiputera.

Tidak boleh itu semua nampak nyata sebelom PRU13, sebab strateji memang tidak dinyatakan, kalau tidak, kalah sebelom "perang". Tetapi diharapkan dibayangkan dengan lebih terang sedikit kapada pengundi Bumiputera. Oleh UMNO Bahagian dan Cawangan, di peringkat akar umbi atau "grass roots and on the gound". Terutamanya oleh mereka yang hadzir ditaklimat sessi tertutup PAU yang lalu. Kalau tidak, mungkin silap faham, akibatnya, bukan lawan tapi kawan yang ditembak mati dalam "perang" PRU13 nanti.

Anonymous said...

Mana boleh mengagak dan menjangka.

Itu bukan justifikasi. Tanpa bukti itu namanya memfitnah. Mengaibkan. Subversif. Pengkhianat.

Anonymous said...

Sangat berkurang ajar mencurigai kewibawaan semua MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO!

Pemimpin UMNO dan negara dicemuh sebegitu jijik sekali.

Anonymous said...

Ini 7:37 dan 7:40 AM memang nyata kurang ajar.

Menuduh orang demikian dengan tidak ada hujah atau alasan yang menasabah.

Tak faham apa itu demokrasi dan sengaja mahu mendatangkan perasaan tidak baik diantara pembaca.

Tidak perlu dilayan. Hanya ditegur sekali sahaja seperti ini sudah cukup.

Anonymous said...

Melayu jenis apo yang lupa Pak Lah terpaksa dikorban untuk bagi laluan kepada Pak Jib?

Sudah lah Tun M mengaku buat silap. Apokah pengorbanan Pak Lah pun silap?

Anonymous said...

9:13AM,

Coba ko pi kat "Perbezaan budaya keluarga dua Pimpinan"

http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/10/perbezaan-budaya-keluarga-dua-pimpinan.html

Anonymous said...

Tidak menjadi hal kepada kita orang jika Najib tersungkur. Tapi akan memembawa masalah kepada kita orang melayu jika Umno tersungkur.

Nampaknya semakin ramai penyokong Umno yang dah mula tak berapa senang dengan Najib. Kalau Najib bertanding di Pekan, penyokong Umno di Pekan kena lah buat satu keputusan yang bijak. Untuk menyelamatkan orang melayu Najib harus di turunkan, pada masa yang sama anda terpaksa mengorbankan satu kerusi parlimen Umno pada PRU 13 nanti. Tidak mengapa jika kita berniat mahu mendapatkan seorang pemimpin Umno yang peka kepada nasib melayu. Najib semakin hari semakin tidak peka kepada masalah melayu. Ramai lagi pemimpin Umno yang peka kepada nasib melayu.

Kita harap Pas tidak melepaskan peluang bertanding di tempat di mana Najib bertanding. Kalau PRU 12 Najib mengalahkan calon Pas, tapi PRU 13 kita akan pastikan Najib tewas kepada calon Pas.

Anonymous said...

Hang dah lupa siapa Najib?

Beliau adalah anak kepada Tun Razak.

Beliau adalah ketua Umno BN.

Beliau hanya bersuara dan bertindak setelah bermesyuarat dengan penasihat, MT Umno dan Kabinet BN.

Berhati-hatilah bila hang kutuk Najib sebab beliau bertindak atas nasihat Umno dan BN.

Anonymous said...

Kita boleh bersetuju dengan Najib jika (1) membenarkan Nik Aziz laksana Hudud di Kelantan (2) tidak terlalu tunduk kepada puak ultra kiasu.

Kita masih mahukan Umno membentuk kerajaan selepas PRU 13. Yang kita tak mahu adalah Najib menjadi PM.

Anonymous said...

UMNo seperti kuching sakit sekarang. undilah umno dan najib demi menjaga hak-hak orang melayu.

Anonymous said...

Kita yakin jika Najib membenarkan Hudud di Kelantan, sokongan orang melayu kepada Umno akan meningkat, malah orang Pas juga akan menyokong Umno sebagai mengakui komitmen Umno dalam menegakkan hukum tuhan di bumi Malaysia ini.

Kita keciwa kerana Najib nampak lebih takut kepada ugutan MCA dan Gerakan yang akan keluar BN jika Umno sokong Hudud. Apa kena mengena Hudud dengan MCA dan Gerakan. Orang bukan muslim mencuri, Hudud tak ada locus standi untuk potong tangan mereka. Orang bukan muslim membunuh, juga Hudud tak ada locus standi untuk memancung kepada mereka. Orang bukan muslim berzina, Hudud tak ada locus standi untuk merejam mereka. Jadi apa masalah nya yang Umno takut sangat dengan MCA dan Gerakan.

Kami nampak, MCA dan Gerakan sedar bahawa jika Umno menyokong Hudud maka langkah pertama kearah penyatuan orang melayu sudah bermula. Ini yang mereka tidak mahu lihat. MCA dan Gerakan sedar selagi Umno tidak bersetuju dengan Hudud maka selama itulah Umno akan berperang dengan Pas.

Apa yang kami boleh sebut adalah Najib telah membawa Umno masuk ke dalam perangkap MCA dan Gerakan. Bagi kami MCA dan Gerakan tak ada beza dari segi matlamat perjuangan, yang berbeza hanyalah baju yang mereka sarungkan ke badan mereka.

Adakah kita ahli dan penyokong Umno mahu di tipu oleh Najib. Walau pun kita tidak sebulu dengan Pas, tapi kita tidak boleh menolak Hudud selagi kita mengaku sebagai seorang muslim. Yang menolak Hudud adalah kelompok muslim yang hidup bergelumang dengan maksiat dan dosa. Ahli Umno tidak punya wang yang banyak untuk melakukan maksiat dan dosa, tapi pemimpin Umno kita mereka banyak wang untuk melakukan maksiat dan dosa yang boleh di hukum di bawah Hudud. Mereka lah sebenarnya yang tidak mahu Hudud sedangkan kita ahli Umno biasa dan penyokong Umno biasa masih menaruh harapan agar Hudud bisa membuatkan kita jadi hamba yang taat kepada perintah tuhan.

Berfikirlah dan bertanyalah kepada diri. Apa buruknya Hudud dan apa jahatnya Hudud kepada umat islam sehingga kita mengikut rentak tari bukan islam menentang Hudud seperti yang dilakukan oleh Najib.

Najib sudah tidak relevan kepada perjuangan melayu dan islam bila dia berani menolak hukum tuhan. Cara Najib bukan semakin merapatkan jurang diantara kita, malah kita menjadi semakin berpecah.

Sebenarnya Hudud adalah titik perpaduan buat kita orang melayu dan umat islam dalam mendepani cabaran politik daripada bukan islam dalam negara sendiri.

Anonymous said...

Kalau nak jatuhkan Najib supaya calon PAS naik, kata oghang Peghok ghenti kan le.

Anonymous said...

Asalamualaikum wrt wbt kepada semua rakan-rakan yang semua yang beragama Islam...

Sampai bila kita nak bertekak...
Sampai bila kita nak bertelagah..

Pendapat saya... menang jadi arang kalah jadi abu.. selagi mana kita tak bersatu.... kita tak berdamai...

Sedangkan nabi ampun Umatnya..
Sedangkan Allah SWT Maha Pemurah Maha Pengampun.... adakah kita sebagai hamba ini terlampau besar dan bongkaknya....

maaf... pendapat saya.. hudud tak mustahil boleh dilaksanakan di negara kita... yang pasti.. apabila kita umat Islam yang mojoritinya Melayu bersatu padu... ikhlas...

selagi belum bersatu padu.. selagi itulah kita berbalah sesama sendiri...

lapangkanlah dada kita semua.. bermunajatlah dan bedoalah untuk yang terbaik...

saya hanya berdoa.. agar Umat Islam di Malaysia terutamanya Melayu berbaik-baik..dan bersatu padu...

amin...

wassalam...

Anonymous said...

malam tadi teman nengok berita jam 8 kat tv 3. negok najib beri ucapan dalam perhimpunan agung mca. tak habis-habis nak ambil hati orang cina. najib beri jaminan kolej tunku abdul rahman akan di naik taraf ke universiti.

nampaknya perjuangan mca yang minta nak tubuh universiti merdeka sejak dulu lagi akhirnya berjaya juga pada zaman najib jadi pm.

dalam perhimpunan itu yang menarik perhatian teman adalah sokongan melalui tepokan para hadirin kepada ucapan yang bersemangat daripada najib. teman nampak najib bersemangat membuat seruan dan menaburkan janji tapi response daripada audience sangat hambar. tepokan mereka tak bergemuruh seperti mana audience dalam perhimpunan agong umno. para perwakilan mca bertepok tapi tak seramai mana pun, macam nak tak nak saja.

dari situ najib boleh menilai sendiri lah pendirian kebanyakan perwakilan mca terhadap semangat bn. apa yang boleh teman rumuskan adalah " mca hari ini dah tak sama lagi dengan mca dulu ".

yang masih tak mahu sedar adalah pemimpin umno. masih duk "hemoi" (kata orang utara).

Anonymous said...

Jika ada sesiapa tahu kajian yang matang, yang dibuat oleh pihak yang boleh dipercayai atau dihormati, berkenaan implikasi jika UMNO tidak layan "MCA demands" dan "go it alone" jika perlu, tolong beri tahu disini.

Teman nak dengor dan tengok angka angka jangkaan undi dan sebagainya berkaitan denganya.

Teman jugak dah bosan tengok deme buat macam macam demands dan Najib melulu ke sana sini ni.

Tapi jangan cakap nak jatuhkan Najib sebab nak naikkan PAS. Itu mengarut.

Kalau jatuhkan Najib, naikkan Muhyiddin contohnya, itu teman minat nak dengor.

Anonymous said...

Undi la pak jib untuk jaminan masa depan anda.

Anonymous said...

teman tak kata teman nak kan umno jatuh. teman nak umno jadi kerajaan. teman cuma tak mahu najib jadi pm.

pas belum boleh lagi nak jadi kerajaan. bior pas jadi pembangkang dulu. cuma kita bantu perbanyakkan wakil pas dalam dewan rakyat dan dewan negeri. macam mana nak buat ?

kalau udah kamu ngaku islam, tak kan kamu nak pilih bukan islam juga bila dia berlawan dengan islam. kalau pilih bukan islam maknanya memang sah lah kamu tu kaldai bebenor .. kaldai tua pula tu.

Anonymous said...

10:14 AM,

Tu le, kalo tak mahu najib jadi pm, kasilah nama ganti dia, naikkan gantinya. Yang kata jangan undi Najib, undi calon PAS di kawasan Pekan itu mengarut.

Pas tak boleh nak jadi kerajaan sampai bila bila jika terus dengan keadaan sekarang. Mana nak bior pas banyakkan wakil pas dalam dewan rakyat dan dewan negeri sebab akan menguntungkan kafir laknat DAP.

Aku tak sanggup nak tunduk kapada DAP, Kow tow atau melutut kpd deme macam PAS sekarang buat. Gugurkan konsep Negara Islam dsbnya diMuktamar yang lalu.

Yang kamu cakap "kalau udah kamu ngaku islam, tak kan kamu nak pilih bukan islam juga bila dia berlawan dengan islam" tu, amat cetek hujah hujah kamu.

Bila kamu kata "kalau pilih bukan islam maknanya memang sah lah kamu tu kaldai", itu kamu bukan saja mengarut, kamu juga dah kurang ajor dan tak perlu dilayan lagi.

Kamu dah kepala budah kecik, patut pergi main guli, jangan cakap politik orang dewasa.

Anonymous said...

Anon 11:12 AM

kamu sedor tak, hujah kamu di akhir tulisan menampakkan memang kamu lah sebenor-benor kaldai yang teman maksudkan.

kerana kaldai yang macam kamu ni lah yang menyebabkan orang melayu sekarang ni jadi menggelabah. semua ni gara-gara sikap fanatik ahli Umno kepada lambang dacing. sebab itu lah dulu-dulu kalau letak sekor babi sebagai calon guna lambang dacing, berduyun anak pinak puak Umno pakat pangkah.

memang kaldai sungguh ahli Umno jenis ini. tak apa jadi lah kau sebagai kaldai sampai ke mati.

memang patut pun orang Pas gelor korang UmNGOK sebab dah tak boleh nak membezakan islam dengan bukan islam.

sorry beb. teman pun Umno macam ko juga. tapi teman tak lah NGOK macam ko.

PEMBANGKANG-DAP said...
This comment has been removed by the author.
PEMBANGKANG-DAP said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Prof,

Dato' Jamil Khir bukannya NABI, dia main golf juga. Dulu dalam askar mana pergi buat syarahan dalam kem sebab tak masuuuk.

Saya harap dia berubah kalau nak jadi calon p/raya ni.

Anonymous said...

Prof,

Dato' Jamil Khir bukannya NABI, dia main golf juga. Dulu dalam askar mana pergi buat syarahan dalam kem sebab tak masuuuk.

Saya harap dia berubah kalau nak jadi calon p/raya ni.

Anonymous said...

Sdra,

Ramai yg tak suka kenyataan Prof ni kerana yg terkena hidung tu memang tak akan terima.

Namun begitu, biarlah Prof lebih adil. Tak semua yg tak betul tu dibuat oleh PR. Ada yg ahli UMNO pun tak berhati perut. Biarlah adil dan saksama. Mengenai tabiat kerakusan utk mengaut kekayaan berlaku bukan sebab pegangan politik, ianya mengenai sikap seseorang dan UMNO dilihat terkehadapan dalam soal ini kerana mempunyai kuasa dan authoriti. Tidak dinafikan PR buat dajal juga, tetapinya kalangan mereka agak kecil kerana mereka yg di atas sedikit (masa kini).

Cuba jelajah negara dan buat perbandingan terhadap tahap kekayaan YB2PR dan UMNO baik yg baru dan lama. Kita akan lihat YB UMNO lebih `cemerlang' dan hebat2 semuanya. Buat mahligai kat kg, sedangkan kg tersebut banyak lagi yg perlu dibantu. Bukan kita tak mahu dia jadi kaya, tetapi timbul persoalan bagaimana dia dapat kekeyaan begitu dgn cepat. Kalau kumpul gajinya utk 2 penggal jadi YB pun belum tentu boleh buat mahligai begitu terseregam dgn asetnya yg melimpah2.

Kita org Islam, jgn menunjuk2, jgn takbur. Berapa banyak YB UMNO yg bantu masy Islam di kgnya (kecuali musim dekat p/raya).

Saya cukup sedih YB2 ni cukup berinteluaktual malah ada kalangan mereka yg mempunyai ilmu agama yg tinggi. Tapi tak pernah mengikut contoh alim ulama terdahulu. Tengok Mufti negeri Perak, beliau sangat dihormati, ilmu dan keperibadiaan yg tinggi. Tidak bermewah2an dan bermegah tunjuk lawatannya.

Ini tidak di KL bagai nak rak, kereta menjalar dipandunya, tapi bila jumpa org kampong pakai JUBAH je. Cubalah jadi macam biasa, tetapi nak jadi org biasa dah menjadi satu kejanggalan. Ini semua kerana riak dan takbur.

Jadinya, org kg macam saya ni, kena pilihlah yg mana satu yg benar2 dpt memenuhi keperluan saya.

Saya juga amat pilu, YB UMNO tak pernah berubah, asik2 nak berebut jawatan. Dari sekecil2 jawatan hinggalah sebesar2nya. Asik bergaduh sesama sendiri. Ubahlah diri hai YB UMNO.

zakwan said...

1.0 Rumah Tan Sri Khalid dibina sebelum beliau menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid mempunyai sejarah kareer dalam sektor korporat dan berjaya menjadi seorang yang kaya hasil dari usaha beliau.

2.0 Sejelasnya, Tan Sri Khalid membina kekayaan beliau dengan jalan halal dan tiada keraguan. Tiada siapa yang berani mempersoalkan dari mana hasil kekayaan beliau datang.

3.0 Berbanding rumah Dato Jamil Khir Baharom, ia diubahsuai SELEPAS beliau menjadi Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

4.0 Dianggarkan nilai rumah Dato Jamil Khir Baharom di sekitar RM5 juta ringgit.

5.0 Mustahil beliau dapat membina rumah sebegitu mahal dengan elaun yang beliau dapat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

6.0 Seharusnya, Jamil Khir Baharom mesti menjawab di mana beliau mendapat wang untuk membina rumah sebegitu mahal terutamanya selepas beliau menjadi Senator dan Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri.

Maka, tiada asas untuk penulis artikel "BODOH" tersebut membandingkan rumah Jamil Khir Baharom dengan rumah MB Selangor. Hasil kekayaan Tan Sri Menteri Besar Selangor jelas dan tidak pernah dipersoalkan sesiapa. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk Menteri Agama UMNO, Dato Jamil Khir Baharom.

zakwan said...

1.0 Rumah Tan Sri Khalid dibina sebelum beliau menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid mempunyai sejarah kareer dalam sektor korporat dan berjaya menjadi seorang yang kaya hasil dari usaha beliau.

2.0 Sejelasnya, Tan Sri Khalid membina kekayaan beliau dengan jalan halal dan tiada keraguan. Tiada siapa yang berani mempersoalkan dari mana hasil kekayaan beliau datang.

3.0 Berbanding rumah Dato Jamil Khir Baharom, ia diubahsuai SELEPAS beliau menjadi Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

4.0 Dianggarkan nilai rumah Dato Jamil Khir Baharom di sekitar RM5 juta ringgit.

5.0 Mustahil beliau dapat membina rumah sebegitu mahal dengan elaun yang beliau dapat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

6.0 Seharusnya, Jamil Khir Baharom mesti menjawab di mana beliau mendapat wang untuk membina rumah sebegitu mahal terutamanya selepas beliau menjadi Senator dan Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri.

Maka, tiada asas untuk penulis artikel "BODOH" tersebut membandingkan rumah Jamil Khir Baharom dengan rumah MB Selangor. Hasil kekayaan Tan Sri Menteri Besar Selangor jelas dan tidak pernah dipersoalkan sesiapa. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk Menteri Agama UMNO, Dato Jamil Khir Baharom.

zakwan said...

If u have solid evidence that TS Khalid amassed wealth beyond his standard salary as Selangor MB through dubious means, then lodge a report at the MACC
I dare you