(Sinar Harian 19 Sept 2011)
Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk diperbahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik.
Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1000. Bayangkan berapa banyak masa,wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ini belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa yang untung, siapa yang rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur berbanding orang lain yang telah jauh meninggalkan kita, menunggu masa untuk mengambil kesempatan.
Suka atau tidak, kita akan terus berurusan dengan negara-negara komunis seperti China dan Russia bagi mengekang hegemoni barat yang semakin mencengkam. Dengan makna, dari aspek diplomatik, kita akan terus berhubung dengan negara komunis demi kemajuan negara seperti lawatan pemimpin komunis negara China baru-baru ini, selagi mana kita tidak terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran mereka.
Waima, saya merasa amat pelik, kenapa kita harus ‘melayan’ isu ini yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini, sedangkan banyak lagi perkara besar yang perlu diberikan perhatian, seperti masalah ekonomi negara, masalah kemiskinan semakin menghantui sehingga boleh menyebabkan akidah tergadai, gejala sosial yang semakin menakutkan, perkauman yang semakin menebal, kelemahan umat Islam yang semakin ketara, bahasa Melayu yang semakin terhakis dan banyak lagi isu yang tidak menyebelah umat Islam. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.
Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah. Sama ada ia perlu ditulis semula atau tidak, bergantung kepada keadaan. Apa yang perlu dibuat hari ini kajian ilmiah perlu banyak dilakukan dari masa ke semasa untuk membuktikan fakta sejarah tersebut, jika masih samar dan dipertikaikan. Bukannya dengan saling mengkritik dan menghentam, seolah-olah dunia akademik ini begitu sempit. Sedangkan semua tahu bahawa dunia akademik tidak ada sempadan. Hari ini mungkin kajian kita sesuai dan relevan, mungkin tidak untuk masa hadapan. Ia akan menjadi bahan sejarah. Kajian baru perlu dibuat untuk membuktikannya. Marilah kita bersama-sama melakukan kerja-kerja yang membawa lebih banyak faedah daripada mewujudkan budaya bebal dan pandir seperti yang dibahaskan oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Attas, telah saya sentuh sebelum ini.
Menurut beliau, golongan intelektual adalah orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliah. Ia membawa maksud bahawa memiliki kelayakan akademik dan mempunyai gelaran, sebagai contoh, gelaran professor, masih belum layak untuk menggelarkan seseorang itu sebagai seorang intelektual jika tidak berfikir. Misalnya, Herbert Spencer, yang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi diiktiraf dan dikategorikan sebagai salah seorang intelektual pada zamannya. Cara Spencer berfikir dan tindak tanduknya menepati ciri-ciri golongan intelektual sebagai seorang ahli falsafah, biologis, psikologis, sosiologis dan politikus.
Tidak perlulah saya membandingkan dengan ketokohan dan kehebatan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, tetapi pemikiran intelektualnya begitu terserlah berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Perkara ini sengaja disenyapkan oleh orientalis barat kerana mereka tidak mahu agama Islam ditonjolkan sebagai pelopor budaya intelektual.
Bukan seperti segelintir masyarakat hari ini yang jelas masih kabur tentang makna sebenar intelektual. Mereka ternyata telah menyelewengkan makna hakikat ilmu yang sebenar. Bebalisme dan kepandiran semakin menjadi-jadi. Kita gagal melahirkan golongan intelektual, yakni masyarakat menjadi malas berfikir. Lebih parah lagi kemalasan berfikir ini turut terbawa-bawa oleh kalangan elitis sehingga menjadi bebal, yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Misalnya, orang kaya sepatutnya berfikir bagaimana membantu orang miskin atau golongan yang memerlukan. Ini tidak, kerjanya asyik mengintai artis untuk dikahwini. Perkahwinan mereka inilah diperbesar-besarkan oleh media seolah-olah tidak ada lagi isu lain yang lebih penting.
Istilah ini bukan bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang, tetapi pemikiran ini perlu dibenteras kerana ia diibaratkan parasit yang berserabut dalam pemikiran masyarakat. Gejala ini menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutamanya dari segi keinginan dan kemampuan menuntut ilmu. Antara sikap yang ditunjukkan dalam gejala bebalisme ini adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak mempunyai daya cipta yang baik.
Paling ketara bagi mereka yang terperangkap dengan gejala ini ialah tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah. Tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak memberi penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Akibatnya, wujud kemalasan intelek yakni untuk berfikir lebih jauh. Sedangkan kita semua tahu bahawa otak perlu dirangsang (stimulate) supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Bebalisme akan menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh politik, pangkat, nama dan sebagainya.
Budaya inilah yang telah membelenggu pemikiran masyarakat kita. Syed Husein berkata: “Menjadi salah satu ciri bebalisme untuk mengharapkan orang lain percaya pada apa yang dikemukakannya tanpa memberi alasan atau penjelasan apabila pokok permasalahan tersebut di luar dari pokok permasalahan biasa. Bebalisme juga tidak mempunyai kecintaan kepada hujah yang tertib dan rasional apabila membahaskan suatu pokok permasalahan atau isu”.
Paling menyedihkan menurut Syed Hussien apabila gejala ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. Natijahnya, gejala sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat ini. Justeru, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan, pemikiran bebalisme dan pandir yang perlu dibenteras. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Sesama sendiri bercakaran. Ilmu tidak meningkat, masa dan tenaga terbuang, negara tidak membangun, sehingga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan. Siapa yang rugi akhirnya?
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Monday, September 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



135 comments:
Kenapa gejala ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi lain? Kenapa gejala ini sukar dihapuskan?
Tahukah aelama ini Mahathir dan kroninya sedang berencana untuk menipu orang Melayu dengan berusaha memberi makna dan tafsiran mengenainya mengikut versi beliau?
Malangnya, ia makin jelas menyimpang dan terkeluar dari apa yang diharapkan oleh orang Melayu pejuang Anti Malayan Union dulunya.
UMNO “Asal” – sebelum Dr. Mahathir mengambilalih sebagai President parti, memperlihatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangkumi kemudahan pembiayaan pendidikan, peluang pekerjaan, bantuan perniagaan dan perusahaan, hak orang Melayu mempertahankan hak asasi di negara sendiri, peruntukan kedaulatan Raja-raja Melayu melindungi rakyat – selari dengan yang diperakukan Perlembagaan dan undang-undang.
Tetapi sejak Dr. Mahathir menerajui UMNO/BN dan selanjutnya pemerentahan negara; apa yang nampak – kesemua itu makin terhakis, dikikis dan dibuang jauh dari kehidupan orang Melayu.
DEB bertukar menjadi Dasar Ekonomi yang di”Baru(a)”kan oleh Mahathir untuk mengisi tembolok rakus rakan kongsi kroni dan nepotisma anak-beranak beliau.
Mahathir lebih mengutamakan rakan kongsi kroni seperti Eric Cheah, Vincent Tan, Tan Pheik Khing, Abdullah Ang, dll. Kerana kesemua mereka ini tidak berpelajaran, mereka tidak ada rasa tanggungjawab sosial. Mereka sanggup dan tidak teragak-agak melakukan apa saja untuk mendapat kekayaan.
Mahathir amat menyayangi dan lebih mempercayai mereka dari orang Melayu yang lebih jujur dan berpelajaran.
Kerana, dasar peribadi Mahathir adalah jelas memprcayai bahawa: untuk memperolehi kekayaan, seseorang itu tidak wajar dan tidak perlu jujur, bersih dan berpegang kepada norma-norma akhlak yang terpuji seperti amalan umat Islam.
Dengan itu, Mahathir menggalakkan manipulasi dan rompakan keatas harta rakyat.
Mahathir melindungi mereka yang terlibat dalam kemuflisan PERWAJA, Indah Water Consortium, Syarikat Perkapalan “Mirzan” (sekadar menyebut cuma) dan membiarkan rakyat menanggung hutang puluhan billion. Kerana Mahathir tahu, PETRONAS masih ada untuk dicagarkan.
Orang Melayu UMNO yang sah telah dikasi dan dibaruakan, dan kemudiannya telah diperlakukan sebagai “eunuchs”, tunduk akur mencium najis Mahathir – seorang sepinggan..! Mereka sanggup menjadi pemimpin dungu lagi bebal hingga meredhakan sistem pentadbiran negara semacam diFeudalkan.
Dengan membenarkan segelintir pemimpin UMNO melakukan rasuah, penyelewengan dan maksiat; ditokok dengan dua tiga orang kakitangan awam di jabatan Polis, Kehakiman, Peguam Negara dan BPR, beberapa Ketua agensi rakyat yang diswastakan diberi ganjaran besar – Mahathir sewenangnya mengugut mereka mengikut telunjuk beliau!!
Akhirnya mereka yang terbabit diperangkap dengan mudah, dijadikan abdi dan hamba hingga sanggup melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat banyak yang dahagakan khidmat mereka!!
Sekaligus dengan itu, kemudahan biasiswa pendidikan orang Melayu bertukar menjadi “pinjaman dan hutang”, peluang pekerjaan cuma setakat menjadi “minah dan mamat kilang”, kakitangan awan bawahan diperhambakan dengan ganjaran sekadar cukup makan, dan bantuan perniagaan dan perusahaan dibebani “bunga dan cagaran” yang dibolot oleh jutawan Bank..!!
Soalnya: Mana mungkin UMNO “Baru(a)” yang sudah menjadi hak milik Mahathir akan memberi orang Melayu hak mempertahankan keistimewaan mereka; jika segala-gala yang diwujudkan cuma menelusur demi kepentingan dasar kronisma dan nepotisma agenda Mahathir semata-mata?
Tanya peneroka FELDA, siapakah yang memiliki tanah mereka yang dipujuk supaya tergadai?
Tanya Raja-raja Melayu – sejuhmanakah kedaulatan Baginda melindungi rakyat?
Perhatikan dengan teliti, bahagian manakah dalam Perlembagaan yang melindungi Mahathir hingga seakan-akan beliau berhak memanipulasi undang-undang guna melindungi diri beliau sendiri dari heret ke makhkamah untuk dibicarakan. Adakah?
Tanya orang Melayu yang berdemo di Dataran Merdeka dan di Masjid Negara, apakah mereka punya keistimewaan jika mereka dibelasah dan dihumbankan ke dalam lokap Bkt. Aman?
Tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, apakah ‘mata lebam’ beliau mencerminkan hak keistimewaan beliau (jangankan sebagai orang Melayu) malah diperakukan sebagai manusia oleh regim Mahathir?
Tidakkah makin jelas sekarang bahawa “Hak Keistimewaan orang Melayu” tidak ada dalam Perjuangan UMNO Barua(a) ciptaan Mahathir?
Habis, apakah rasionalnya Pemuda UMNO berdemo bergila-gila kununnya memperjuang ‘hak keistimewaan orang Melayu”, dan Mohd Khir Toyo pula mendabik dada kununnya sanggup “bermandi darah” untuk tujuan yang sama?
Aduhai… makin nampak puak UMNO Baru(a) ini sudah jadi sehabis-habis dungu lagi bebal – paling tidak cerdik dengan bertindak bodoh tidak berakal..!!
Dah Mahathir pulak jadinya. Apa ke bendalah nie?
Dari pengalaman saya bercakap dengan ramai orang Melayu, rata- rata orang Melayu tidak berapa marah dan benci dengan korupsi.
Walaupun mereka ada yang benci dengan UMNO namun apabila ditanya berkaitan dengan amalan2 korupsi, mereka boleh menerima dengan tiada rasa takut ataupun rasa takut akan halal atau haram.
Rata-rata orang Melayu tidak menjadikan Islam sebagai panduan sangat dalam masaalah korupsi, salah guna kuasa, nepotisma dan kronisma.
Bagi mereka dalam bab memakan harta rakyat ataupun mengkayakan diri dengan menyalah guna harta rakyat, itu bukan perkara yang ada kaitan dengan halal ataupun haram.
Orang Melayu sudah begitu lama duduk di bawah UMNO menyebabkan majoriti orang Melayu tidak berapa marah dan benci dengan korupsi.
Sebagai contoh, saya bertemu dengan beberapa orang Melayu dan makan bersama. Saya membuka cerita bagaimana saya mendapat maklumat seorang ahli lembaga pengarah salah sebuah anak syarikat GLC mendapat gaji puluhan ribu sebulan.
Beliau berjaya mendapat gaji sebanyak itu kerana bapanya adalah salah seorang Lembaga Pengarah GLC tersebut walaupun umurnya belum sampai 40 tahun.
Salah seorang yang makan dengan saya itu berkata kalau beliau mendapat peluang, beliau pun akan membantu anak beliau sebegitu.
Saya tidak membalas, tapi saya hairan, tidakkah orang Melayu risau rezeki yang diberikan kepada anak cucu mereka samada rezeki itu haram atau halal?
Masyarakat Melayu tidak kesah halal haram dalam perkara berkaitan amanah, perlantikan, gaji dan juga kontrak. Yang penting dapat gaji, dapat pangkat, dapat darjat. Halal dan haram nombor dua.
Ungkapan2 seperti "kalau aku dapat peluang, aku pun ambik" adalah sangat biasa didengari di kalangan orang Melayu.
UMNO sedari mula kewujudan mereka sudah mencampur adukan halal dan haram.
Sudahkah kita lupa aktiviti ekonomi UMNO yang pertama adalah Loteri UMNO 1951?
Ertinya, semenjak 1951 lagi UMNO telah melatih orang Melayu tidak memperdulikan halal haram dalam perkara berkaitan mata pencarian atau sumber pendapatan.
Yang penting, ada sumber wang masuk tidak kira wang tersebut halal atau haram.
Jadi, tak hairanlah amalan korupsi begitu berleluasa di kalangan orang Melayu dan Islam.
Secara tidak sedar, setelah dipimpin UMNO sedari lima puluh tahun dahulu, orang Melayu telah kabur perbatasan antara halal dan haram.
Amalan2 haram di dalam mencari sumber pendapatan dilihat sebagai PELUANG KEEMASAN dan bukannya dibenci sebagai perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
Saya cuma takut penyakit yang sama juga melanda penyokong2 PAS dan Pakatan Rakyat terutama mereka yang dahulunya UMNO.
Kadang-kadang unsur UMNO itu masih kuat melekat dalam diri-diri mereka sehingga terbawa-bawa perkara tersebut dalam parti baru mereka.
Sehingga ada kesedaran di kalangan orang Melayu terhadap halal haram dalam sumber pendapatan mereka, maka sehingga itulah masaalah korupsi ini tidak selesai.
Selagi korupsi wujud, selagi itu orang Melayu kekal terkebelakang dalam ekonomi Malaysia.
Kebetulan Dr sebut gelaran "profesor" dan kaitannya dengan "intelektual" ada baiknya saya sebut sikit satu kata kata yang "hikmat" yang keluar dari mulut Profesor Dr.Kamaruddin Hussin Naib Conselor uniMAP ketika berucap dalam majlis konvokesyen ke -6 pada 17 September 2011.
Kata kata itu berbunyi: "kita merancang mereka mencincang".
Disini dapat kita lihat dengan terang dan nyata bahawa satu pihak "merancang" tapi satu pihak lagi "mencincang".
Jadi, "bebalisme" tetap wujud manakala "pandir" tak boleh dihapuskan miskipun seorang demi seorang jatuh dari tempat yang tinggi.
Persoalan yang timbul siapa yang bebal dan siapakah pandir didalam masyarakat kita sekarang.
Profesor jika ijazahnya dibeli sudah tentu bebal dan pandir, kerana mereka bebal merancang dan bertindak diluar kewibawaannya sehingga lahir begitu banyak pandir yang bukan saja boleh mendapat risiko yang tinggi terhadap bangsa Melayu tuan negara ini.
Terlalu banyak tanda2 kemurkaan Allah terhadap penganut2 yg kununnya beragama Islam seperti gejala rasuah yg amat besar impaknya terhadap masyarakat, menipu, merompak, salahguna kuasa, pembuangan bayi secara amat tragis sekali kerna dilahirkan luarnikah, sumbang mahram, pelbagai jenayah yg dijuarai Melayu spt menyalahguna dadah, ...... banyak lagi!
Jadi, apa sudah jadi segala "pahla2" haji/umrah, solat fardhu 5 waktu sehari, solat Jumaat setiap minggu, puasa di bulan Ramadhan dan bulan2 Sya'ban, dsbnya?
Mungkin kerna besarnya peratus amal2an tu sebenarnya bukan mendatangkan pahla, malah sebenarnya mendatangkan kemurkaan Allah, kot!
Ini lantaran umat Islam telah memalingkan diri dari menghayati isi kandungan quran.
Tk terfikirkah kita mengapa saban tahun ketika mulanya musim perayaan aidilfithri bagi menyambut kejayaan selesai melaksanakan puasa Ramadhan, statistik kemalangan jalanraya yg melibatkan golongan yg beragama Islam/Melayu cukup tinggi?
Lu fikirla sendiri! Kaum Cina main mercun punyalah panjang bertingkat2bangunan, ada yg sebesar dinamit, jarang kita dengar yg cedera/mati, tapi bagi orang Melayu pula tiap2 tahun kita dengar kemalangan main mercun cara bodoh ni.
Lu pikir la beribu2 kali mana silapnya aqidah umat Islam negara ini!
Sudah mula lagi salin menyalin copy paste disini. Komen panjang 1-2 minit antara satu sama lian seperti 8:34, 8:35 dan 8:38 AM.
Ini jenis yang bebal sekali, tak reti bahasa, dah dikritik dan dicaci bertalu talu disini. Jenis kepala bolong.
Bila sempat saya akan komen sikit lagi. Keatas komen komen yang berupa ultra kiasu.
Siapa yang bebal sekali, tak reti bahasa dan berkepala bolong?
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh bukan kerana tuntutan Pakatan Rakyat, sebaliknya bagi mendengar luahan hari rakyat.
"Hairan saya, (angggota) Pakatan Rakyat bukan rakyatkah?" soalnya yang juga menteri besar Kelantan.
Najib semalam dilapor menegaskan, keputusan memansuhkan ISA dibuat kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian. Justeru, katanya, jangan ada pihak yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman itu hasil perjuangan mereka.
Nik Aziz berkata, baginya perkara baik tidak salah untuk ditiru.
"Bukankah Rasulullah SAW memerintahkan supaya mengambil apa jua hikmah (kebijaksanaan) di mana saja ia ditemui?"
" Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh bukan kerana tuntutan Pakatan Rakyat, sebaliknya bagi mendengar luahan hari rakyat " (Anon 1014)
Itu sebagai contoh kenyataan yang berbau " bebalisme " daripada Najib.
Kumpulan rakyat mana kah yang minta ISA di mansuhkan ? Adakah mereka terdiri daripada ahli Umno ? Adakah mereka terdiri daripada orang melayu yang pro Umno ? Adakah mereka terdiri daripada rakyat bukan melayu yang pro BN ?
Yang jelas tak mahu ISA ada lah kumpulan rakyat yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka ada lah ahli-ahli Pas, ahli-ahli PKR, ahli-ahli DAP dan rakyat yang menyokong PR secara senyap.
Kenyataan bebal Najib itu bermaksud, dia mansuhkan ISA kerana mendapat desakan dan tekanan daripada rakyat yang menyokong BN sendiri. Betul kah orang Umno tak mahu ISA ? Boleh jadi Najib sorang saja yang tak mahu ISA.
Tak habis-habis bebal.
Hanya sempat mengatakan 11:35 AM teramat bebal bila mengatakan "Mereka ada lah ahli-ahli Pas, ahli-ahli PKR, ahli-ahli DAP dan rakyat yang menyokong PR secara senyap."
Takda so'al menyokong senyap senyap jika mereka benar. Sebenarnya hanya segelintir sahaja rakyat menyokong mereka. DAP dah 40 tahun lebih tak dapat sokongan banyak. Begitu juga PAS. Siapa mahu sokong DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam. Dan PAS yang sudah dicucuk hidung diheret dek DAP macam lembu.
PKR tak payah cakap lah.
Bila baca komen2 di atas, terserlah lah sikap buruk bangsa melayu ( bangsa yang menikam bangsa sendiri ). Tak pernah mahu bersatu atas nama Islam. Saya sedih di lahirkan sebagai seorang melayu. Namun bersyukur di lahirkan sebagai Islam....
effa..mung jadi lah macam stt al wuzara hihihi
Effa,
Itu bukan Melayu,dia tu budak Cina bukit dimana makanan kegemarannya adalah babi berulat.Komennya hanya selang berapa minit.Budak tak sunat diam-diam sajalah.
al wuzara tu adik or akak or mak si anon 2.47pm
kesian dia...hahaha
Anon 1233
Yang jadi masalah si Najib tak mengaku dia mansuhkan ISA kerana takut kepada PR. Semua rakyat tahu, yang duk riuh minta ISA dihapuskan adalah PR. Ada pernah kah kita dengar wakil BN minta ISA dihapuskan ?
Rakyat yang mahukan ISA adalah rakyat yang mahu keamanan negara berkekalan. Mereka rakyat yang cintakan negara ini, mereka rakyat yang tidak mahu negara ini huru hara dan kacau bilau.
Bila ISA sudah tiada, maka akan bermaharaja rela lah mereka yang selama ini melakukan pelbagai provokasi terhadap orang melayu dan agama islam. Mereka menghina bangsa melayu, mereka menghina raja-raja melayu, mereka menghina agama islam. Dulu mereka takut kerana ada ISA, tapi sekarang apa nak takut lagi.
Rakyat manakah yang berdiri di belakang Najib menentang Bersih 2.0 ? Rakyat manakah yang mendesak kerajaan menggunakan ISA untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 ?
Mereka adalah rakyat yang tidak mahu negara ini huru hara, rakyat yang mahu hubungan antara kaum dalam keadaan harmoni.
Bila Najib mansuhkan ISA, kumpulan rakyat ini sangat keciwa dengan Najib tapi bukan dengan Umno. Umno masih relevan kepada mereka tapi Najib mungkin sudah kurang relevan buat mereka.
Najib lebih mahu melayan Namawee daripada melayan rakyat yang mahu ISA kekal untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Nasi Lemak 2.0 dihasilkan oleh orang yang bebal kepada perlembagaan Malaysia bagi tujuan mempandirkan orang ramai (kononnya hak kebebasan bersuara).
Menteri yang sanggup jumpa dan melayan orang yang menghasilkannya pun sama-sama bebal malah pandir!
Kalau saya duduk termenung memikirkan nasib UMNO pada masa akan datang, seperti juga ramai yang lain saya tidak dapat berfikir apa cara yang perlu dilakukan oleh UMNO untuk kembali menjadi parti yang dihormati dan disanjung bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain seperti yang pernah dialaminya dahulu.
Maklum sajalah UMNO selama ini adalah tunjang kepada politik tanah air. Semasa hebatnya UMNO, rakyat berfikir tanpa UMNO kita akan rebah rempah dan tidak tahu apa akan terjadi kepada negara. Semasa itu UMNO! UMNO! UMNO! Tidak ada yang lain melainkan UMNO.
Tetapi itu sudah menjadi bahan bacaan sejarah kepada kita. Sebagai seorang ahli sejak awal tujuh puluhan, saya terasa dan nampak jelas perubahan yang berlaku di dalam UMNO.
Kita akui semuanya itu tetap berubah mengikut waktu dan zamannya tetapi perubahan budaya dan etika di dalam UMNO itu hanyalah menjurus kepada kejatuhannya dan bukannya ke arah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO.
Kelemahan UMNO ialah untuk menguruskan kejayaannya. Itu nyata. Masalahnya bermula apabila UMNO diwariskan kepada pemimpin yang tidak berjiwa UMNO. Mereka hanya berteriak kuat tentang UMNO tetapi UMNO dipergunakan oleh pemimpin yang menerima warisan itu untuk kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.
UMNO yang membina segala institusi demokrasi, UMNO jugalah yang membinasakan institusi-institusi ini. Apabila pelacuran ke atas bidang Kehakiman negara pada 1988 dahulu, institusi kehakiman tidak kebah-kebah dengan imej yang tidak meyakinkan, bukan sahaja oleh rakyat negara ini tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa.
UMNO yang memperkuatkan institusi Raja-Raja untuk memperkuatkan kedudukan orang Melayu dahulu, UMNO jugalah yang merobek dan merebahkan institusi ini sehingga institusi ini menjadi lemah dan longlai.
Tetapi warisan yang amat mengecewakan rakyat ialah budaya rasuah dan menggunakan kuasa dengan salah itu adalah dosa yang tidak dapat diampunkan oleh ramai rakyat pengundi. Mereka adalah di kalangan the ‘silent majority’ dan di antara mereka ini adalah ahli-ahl UMNO sendiri.
Tidak guna UMNO mempunyai ahli yang ramai. Ibarat tubuh badan yang besar tetapi tubuh yang mengalami banyak penyakit yang ‘terminal’ hanya untuk menunggu akhir kalamnya sahaja.
Apabila ada ahli yang sedar dan mengkritik, penyokong dan pengampu-pengampu tanpa tauliah akan menerpa mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedar ini. Pendeknya tidak ada apa-apa ruang untuk UMNO memperbaiki dirinya.
salam..
rasanya masih belum terlewat utk saya ucapkan slmt hari malaysia kpd semua..
selain merayakan hari Malaysia, sy juga meraikannya sbg mengingati rancangan bodoh DSAI yang GAGAL..
lihatlah betapa ramainya bebal dan pandir di dalam PR, sehingga semua kebangangan dan kebahlolan tidak terlihat oleh mereka semua..
video terbaru DSAI, semoga dapat membuka mata mereka yg JUMUD..
bangunlah dan bangkitlah dari kebebalan dan kepandiran anda wahai penyokong PR!
-anti komunis-
Assalamua'laikum saudara-saudaraku sekalian semoga kita semua sentiasa di dalam Rahmat dan Keampunan Allah SWT.Sekadar bertanya khabar kepada anda semua. Maaflah andai coretan ini menggangu sesiapa jua insan yang membacanya ataupun tidak.
Akhir-akhir ini ataupun sekian lama pertelagahan sesama kita yang seagam a Islam semakin hebat sehinggakan saya seorang remaja ini mula keliru dan hanya mampu berdoa ditunjukkan jalan yang lurus bersama orang-orang yang benar dan kekal bersama mereka.Apapun perjuangan, perbincangan, pendapat, idea,kritikan dan atau apapun perbezaan yang berlaku biarlah tidak melebarkan jurang kita yang bergelar Muslim. Berpeganglah dengan Al-Quran dan As- Sunnah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh kekasih kita Nabi Muhammad SAW.
Hanya berharap dapat menjahit jurang-jurang perpisahan yang makin melebar.
=Nak Belajar Agama=
Kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam .
Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .
Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan .
Saya suka apabila umat Islam datang dan duduk bersama-sama di dalam masjid tidak kira untuk bersolat atau melakukan ibadah yang lain tanpa mengenal perbezaan politik.
Ahli Pas atau Umno atau apa pun parti sama sahaja kecuali darjat keimanan dan ketaqwaan masing-masing.Kita boleh bersatu jika kita memahami kejahilan dan menerima pandangan dengan hati yang terbuka untuk bersama berjuang di atas landasan agama tercinta iaitu ISLAM.
Wassalam..
Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar.
Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah.
Mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah, berjudi, minum arak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina, menggelapkan wang, peras ugut dan 1001 kefasadan.
Berita Terbaru
Bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bimbang ujud penentangan dariu dalam terhadap Najib ekoran isu Masuh ISA.
Elok lah kalau ada pemimpin besar macam Pak Lah sedar. Najib patut jelaskan kepada ahli Umno dan penyokong Umno siapa dia pemimpin Umno yang tak mahu ISA. Rakyat nak tahu.
Yang kita nampak Najib mansuhkan ISA kerana takut kepada pengaruh PR. Tapi Najib tak mengaku, cakap berbelit2.
Lawak bodoh sungguh bila Najib kata ISA di mansuh untuk membolehkan negara ini lebih maju ke hadapan. Apakah semasa adanya ISA negara kita tak maju dan tak membangun ?
Nampak sangat Najib dah mula meraban. Mungkin kesal kerana tersilap cakap mahu memansuhkan ISA.
Pak Lah jangan bimbang, ahli Umno dan para penyokong Umno akan memastikan Umno menang pada PRU 13 nanti. Yang kami tak mahu menang adalah calon Umno yang bernama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerana dia bertindak sendirian memansuhkan ISA tanpa bertanya kepada rakyat jelata ahli Umno dan NGO melayu yang berjuang membela nasib melayu yang di hina oleh bukan melayu ultra kiasu sejak akhir2 ini (zaman Najib jadi PM).
Penyokong Umno
salam. selamat pagi.
yg nyata, dlm blog dr. ridhuan tee ni ttp akan ada anon2 yg akan bg komen pjg berjela dlm sela masa yg pendek. sudah tentu kita menjangjkakan bhw anon2 tu salin dan tampal (cop and paste) dari mana2. boleh jadi semua tu hasil penulisan sendiri yg lama (sbb asyik ungkit cerita lama ja kan) dan boleh jadi juga dari hasil penulisan orang lain. apa2 pun, bla ada anon2 yang buat macam tu, hanya satu perkara yang pasti- mereka setuju dgn penulisan2 tu. cuma, yang tak seronoknya, lari dari tajuk asal yg dr. ridhuan kemukakan.
kalau nak diikutkan, dr. ridhuan mulakan bicara dgn menyatakan sikap politik di malaysia yang tidak menyelesaikan sesuatu isu sehingga peringkat akar umbi sebelum memulakan isu baru. natijahnya, segalanya terbengkalai. ini memang benar. bagaimana ini boleh berlaku? saya melihat puncanya dari sikap media sendiri. kalau nak diikutkan, media sendiri memaparkan isu2 itu bukan sbg satu pernyataan masalah sebaliknya satu hentaman kepada sesuatu pihak. ini berlaku kerana media dikawal pihak kerajaan dan kerajaan menggunakan saluran2 media tertentu sebagai lidah rasmi mereka. berkenaan media2 lain yg dijadikan lidah rasmi pembangkang, sy kurang pasti adakah tabiatnya sama atau tidak kerana kurang ambil berat. tapi dari satu aspek, kerajaan mengambil langkah mengawal media untuk bela diri. kita semua tahu bahawa dakyah pembangkang melalui saluran yang lebih global sangat hebat. ada berita yang dibawa pembangkang itu betul, ada yang tak betul. namun sy ttp x setuju apabila media dijadikan lodah rasmi kerajaan. akhirnya, pemikiran wartawan tempatan terpaksa disempitkan gara2 memenuhi kehendak kerajaan. d
berkenaan isu ucapan mat sabu, seharusnya hal sebegini tidak mendapat liputan langsung. tiada gunanya kita popularkan lagi ideologi yang mmg akan ditolak ramai orang. namun hal ini tetap dipaparkan di media kerana memberi kelebihan kepada parti yang mendominasi kerajaan. dalam erti kata lain, keprihatinan yang terpapar hanyalah satu kempen politik semata-mata.
soal sejarah negara, jika mahu ditulis semula, harus dikaji kepentingannya. untuk apa menulis sejarah kalau penekanan tentang pengajaran darinya tidak dilakukan? mmg begitulah sukatan pelajaran di malaysia yang tercinta ni. sedangkan subjek2 agama juga hanya menjadi teori. saya tidak tahu apa yang dipelajari oleh mat sabu dalam kelas sejarahnya sewaktu persekolahan. sementelah bagi saya pula, guru sejarah saya sememangnya menekankan inggeris sebagai penjajah dan komunis sbg pemangkin perjuangan menuntut kemerdekaan. tak ingat pula istilah penderhaka digunakan ke atas orang2 melayu yang menyertai komunis. yang saya ingat, istilah 'haluan kiri' digunakan. sdh tentu kerajaan gunakan istilah tersebut kerana hala tuju golongan sedemikian tak sama dgn mereka. meskipun kedua-dua belah pihak ingin mengeluarkan british dari tanah melayu, senario pasca bebas dari british yang cuba dibawakn adalah berbeza. satu meletakkan tanah melayu di bawah rejim yang lain dan satu lagi inginkan tanah melayu diperintah melayu sendiri. tapi kita tak dapat mencapai pemerintahan melayu dimonopoli orang melayu sbb hakikat bhw golongan bukan melayu sudah lama menetap di tanah melayu bahkan sama2 berjuang menentang kekejaman jepun dan komunis. cuma itu sajalah kesimpulan yg dpt sy buat dgn pengetahuan sejarah yang cetek. sejarah bukan bidang saya. saya menjurus dalam bidang sains.
namun begitu, kerajaan hari ini sudah terlampau berlembut dgn masalah2 sebegini. terlampau banyak isu2 yang menggugat institusi pelbagai kaum dan agama di malaysia dibiarkan tanpa tindakan undang2. sehabis baik yang kerajaan akan buat hanyalah membidas kembali kenyataan dan memberi alasan. SAYA JADI GERAM!!! isu2 berkenaan homoseksualiti, dakyah kristian serta menghina negra spt namewee, semuanya terbengkalai. sekiranya ini berterusan, KERAJAAN SEMEMANGNYA MENEMPAH KEJATUHAN NEGARA.
wassalam.
jika BN kalah pru13 ni, ianya krn kelemahan NAJIB, dan bukan krn PR kuat! ini adalah pasti.
malang bg NAJIB dan PAK LAH krn terpaksa dibandingkan dgn TUN M, hingga jelas sekali kelemahan dan ketidak mampuan mereka menangani ULTRAKIASU ini.
Umno sebuah parti nasionalis yang pragmatik dan sekular. Sejak awal kehadirannya, ia telah ditinggalkan oleh golongan ulama Melayu ketika itu yang tidak lagi yakin bahawa Umno akan membela Islam. Sebab itu mereka menubuhkan Parti Islam Semalaya (PAS).
Meskipun sudah 50 tahun lebih merdeka Umno-BN memerintah dan membangun negara namun hakikat yang menyebabkan para alim ulama yang menganggotai Umno dahulu meninggalkannya, masih relevan dan tetap benar.
Umno kini tidak lagi diyakini oleh sebahagian besar rakyat boleh membela mereka, baik orang Melayu mahupun kaum India dan Cina.
Ini bukan hanya kerana dasarnya yang salah atau batil; tidak pernah dibawa oleh Rasulullah s.a.w., kerana perjuangannya tidak pernah berlandaskan nilai keikhlasan, keimanan, ketakwaaan dan nilai-nilai lohor yang lain tetapi semata-mata kerana kepentingan segelintir pemimpin atasan dan pertengahan yang mendapat habuan kebendaan dan pangkat daripada perjuangan politik mereka.
Keikhlasan adalah istilah agama Islam yang merujuk kepada perjuangan yang dilandaskan kepada Islam dan berbuat semata-mata kerana Allah.
Nawaitu yang menghalakan tindakan dan perbuatan atau perjuangan hanya kerana bangsa, negara dan sebab lain, malah tidak mengutamakan Allah tidak akan membibitkan keikhlasan sebab dia tidak dilakukan kerana Allah.
Sebab itulah hakikat ikhlas, iman dan ihsan bukan menjadi asas kepada tindakan politik dan sosial Umno.
Perjuangan kumpulan ini adalah untuk mendapatkan habuan yang lebih besar daripada kadar perbelanjaan yang telah dihamburkan. Sebab itu nilai ikhlas, tawaduk dan takwa bukan resipi atau matlamat perjuangannya.
Mereka mahu menghapuskan kejayaan pertubuhan politik Islam.
Mereka mahu sampai kepada peringkat sifar parti Islam daripada menduduki kerusi Parlimen.
Kalau mereka berjaya mengalahkan gerakan politik Islam di seluruh negeri itulah tanda parti mereka kuat dan gagah.
salam bro ridh.
sdikit pesan buat bangsa 'mim'..
cerdik akal tonjol-tonjolkan,
agar dapat dkongsi bersama..
BODOH diri sorok-sorokkan,
nanti cantik rentak gelanggang..
mesra2kan diri dgn agama..
kepada yg semangat mengutuk umno tue, nilailah dulu parti kesayangan anda..PAS atau PKR, x lebih baik pun dari UMNO..
bandingkan org PAS, PKR dgn org UMNO..
x nmpk pun mrk lebih baik..
bandingkan timbalan PAS dgn timbalan UMNO..
x nmpk lebih pandai pun.. ITM pun x lepas..
bosan betul la..
Dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:
Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.
Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain.
Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa.
Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried.
Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.
Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian.
Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama.
Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.
Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam.
Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam.
Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah s.w.t. semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini.
Pada Pandangan Saya:-
Berkaitan kenyataan Dr. Ridhuan berkenaan isu Mat Sabu tersebut adalah perkara kecil dan remeh tidak dapat saya terima kerana kenyataan Mat sabu itu boleh mempengaruhi minda anak-anak muda negara ini kerana emosi mereka yang rapuh dan mudah dimanipulasikan. Adalah betul tindakan kerajaan memperbesarkan isu serta menerangkan fakta-fakta dari mereka yang terlibat terus didalam isu tersebut untuk memperbetulkan informasi kepada anak-anak muda negara. Isu ini adalah satu isu yang besar yang merangkumi pegangan agama Islam, perkauman, budi bahasa, emosi dan lebih-lebih lagi berkaitan keselamatan negara.
Bebalisme dan Pak Pandir akan sentiasa ada pada setiap generasi kerana ada segelintir yang emosinya amat mudah dimanipulasikan, sikap berdendam dan ketaksuban.
UMNO bukannya satu entiti yang bebas daripada membuat kesilapan dan dosa seperti junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO adalah pejuang yang mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam, hak-hak orang Melayu dan Bumiputra, kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan dan institusi Raja Berpelembagaan.
Kebanyakan hak-hak dan peluang orang Melayu yang terlepas kepada bukan Melayu adalah kerana orang Melayu tidak bersatu dan berpecah-belah. Meraka tidak bersatu dan kuat untuk memberi tentangan kepada tuntutan bukan Melayu. Semangat dan jati diri orang Melayu sudah hilang tidak seperti semangat dan jati diri pejuang anti Malayan Union dahulu dimana segenap orang Melayu bersatu dan berjuang dibawah satu payung menentang pembetukan MU tersebut.
Sebahagian Orang Melayu tidak boleh berdikari dan sentiasa hendak subsidi atau barang percuma.
Mereka tidak menunjukkan bahawa mereka boleh berdikari seperti bangsa asing yang berjaya dari segi ekonomi. Peluang telah disediakan untuk orang Melayu dari segi ekonomi tetapi mereka tidak menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk memajukan diri dan bangsa Melayu.Mereka lebih mementingkan kesenangan jangka pendek dan tidak berfikiran jauh.
Sebahagian orang Melayu juga amat suka menyalahkan orang lain diatas kelemahan, kekurangan dan kemalasan diri sendiri.
Mana ada didalam dunia ini rakyat sesebuah negara itu semuanya senang lenang tanpa kesusahan ekonomi.
Mana ada didalam dunia ini sesebuah negara itu tidak dilanda masalah rasuah dan sex bebas. Selagi manusia menyanjung duniawi maka rasuah dan sex bebas tetap akan berlaku.
Kronisma dan nepotisma amat perlu untuk seseorang ketua itu untuk berdiri kukuh dan memerintah. Tanpa kroni maka tiada seorang pun yang boleh menjadi ketua.
Apa yang sebahagian orang Melayu tidak nampak adalah jika semakin ramai bukan Melayu dan bumiputra yang berada didalam Parlimen maka apa-apa yang tidak diingini boleh berlaku.
Kerajaan BN yang memimpin negara ini sejak tahun 1957 hingga sekarang telah menghadapi malapetaka seperti pengganas komunis, rusuhan perkauman, banjir besar, ekonomi merundum, campur-tangan negara luar dalam hal ehwal negara dan lain-lain malapetaka telah berjaya dihadapi dengan kebijaksanaan dan berlandaskan undang-undang. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita wajar percaya dan memberi sokongan padu kepada kerajaan setiap masa dan dalam setiap keadaan kerana fakta sejarah telah membuktikan bahawa segala malapetaka telah dapat dihadapai dengan bijaksana oleh pemimpin negara.
Tun Mahathir adalah negarawan ulung negara kita kerana jasa-kasa Tun mengeluarkan negara dari negara dunia ketiga ke negara membangun.
Haluan Kiri pada masa itu adalah API, BATAS, AWAS, PKMM.
Komunis tetap komunis dan entiti ini bukan pejuang kemerdekaan seperti UMNO tetapi berjuang atas nama kemerdekaan untuk menjajah dan menubuhkan kerajaan komunis diTanah Melayu.
4:39 PM,
Betul, PR yang dok hebohkan mansuhkkan ISA. Terutama DAP yang chauvinis, rasis dan subversif.
ISA cukup sesuai bagi kominis dan subversif. Mesti BN mahu.
Tapi tengoklah nanti apa gantinya.
5:17 PM,
Sedarlah anda bahawa masalah besar sekarang ialah Melayu sudah berpecah tiga - UMNO, PAS dan PKR. Banyak dari keputusan dibuat pemimpin UMNO kebelakangan ini ialah untuk menentukan UMNO/ BN dapat undi besar diPRU13.
Anwar Al Juburi (Mat Sabu yang mula gunakan pangkat ini) dan Nik Aziz banyak peranan memecahkan Melayu. PAS menggugurkan Negara Islam diMuktamar nya yang lalu untuk kepentingan DAP menguatkan hujah ini.
Pandangan anda sudah serong. Saya tidak setuju apa yag anda kata. Bila ada masa lapang akan menemplak hujah hujah anda itu dengan terperinci.
7:46 PM,
Dahulu saya hormatkan PAS. Tapi bila PAS menggugurkan impian Hukum Hudud dan Negara Islam, berdentum menjunam rasa hormat saya kapadanya.
Sejak dulu lagi PAS diamkan Lim Kit Siang jerit "Never" dan Karpal Singh teriak "Over my dead body" kapada Hukum Hudud. Langsung tak ada sebut boleh runding, bincang atau sebagainya. Maka sekarang PAS baling konsep Negara Islam tak tahu kemana.
Nik Aziz ber"fatwa" kafir mengkafir, Jahanamlah UMNO, dsbnya bila orang tidak menyokong dia. Dia kata "Aku kagum dengan Karpal Singh". Seorang yang sanggup keluarkan ugutan nak saman Kerajaan PAS Kedah haramkan pusat hiburan dibulan puasa. Pada hal PAS rakan seperjuangan DAP. PAS pusing U turn dengan keputusan itu.
Ada banyak lagi kelakuan PAS dan pemimpinnya yang saya tak setuju. Saya fikir kebanyakan rakyat pun begitu.
Salam Siti Najwa,
Lama tidak mendengar berita atau berjumpa disini. Bagus sekarang kita bersama, masih dibulan Raya, diruang Professor RT ini - dia sudah dapat jawatan Associate Professor.
Bila lapang nanti berharap dapat memberi sedikit ulasan kapada apa yang saya setuju di komen anda yang saya baca sepintas lalu setakat ini.
Khabarnya Nik Aziz nak jumpa najib untuk minta kebenaran nak laksana Hudud di Kelantan.
Saya sokong biar Kelantan laksana Hudud sebagai test run kesesuaian undang itu di praktikkan.
Harap Najib jangan tolak jika mahu selamat pada PRU 13 nanti. Jika Najib tolak Pas akan kata memang Umno tak nak islam, dan Pas akan mendapat advantage menjelang PRU 13.
Dr Jomo Sundram pernah menerangkan kepada kita betapa orang Melayu telah ditipu hidup-hidup oleh UMNO dan Barisan Nasional. Alasan menaikkan ekuiti Bumiputra sering digunakan oleh UMNO dalam memperjuangkan “Dasar Ekonomi Baru (DEB)”.
Namun, mengikut kajian Dr Jomo Sundram, pemegangan ekuiti Melayu telah membeku ke tahap 18-22% semenjak pertengahan 1980’an, yakni semenjak Malaysia mendapat Mahathir.
Bayangkan, kalau mengikut statistic umum:
Zaman sebelum Mahathir : Ekuti Melayu meningkat dari 4% kepada 18%
Zaman Mahathir Memerintah : Naik turun antara 18 ke 22% untuk 30 tahun.
Mahathir dan UMNO memastikan saham-saham syarikat awam hanya diberikan kepada kroni-kroni beliau sahaja. Manakala, majoriti orang Melayu hanya dapat melihat sahaja saham-saham yang begitu berharga ini disapu oleh kroni-kroni Mahathir dan pemimpin2 UMNO.
Kroni2 dan UMNOPUTRA ini kemudiannya akan menjual saham-saham ini untuk mendapat durian runtuh apabila saham-saham ini mula-mula masuk ke KLSE. Mereka menjual saham untuk mendapat keuntungan yang cepat.
Sewaktu ekonomi Malaysia merudum pada tahun 1997, banyak kroni-kroni serta UMNOPUTRA telah “terpeleot” dan bangkrap.
Mahathir dan Daim telah menggunakan duit rakyat (dan duit Petronas) untuk membeli balik saham2 ini dengan harga asal (bukan harga semasa) demi menyelamatkan kroni-kroni beliau serta UMNOPUTRA.
Ertinya, bila kroni2 Mahathir dan UMNO bangkrap, rakyat Malaysia mesti selamatkan mereka. Waktu untung, kroni-kroni ini makan sorang-sorang manakala orang-orang Melayu hanya tengok sahaja.
Segala saham dan kekayaan negara difaraid oleh Mahathir dan UMNO kepada kroni-kroni dan UMNOPUTRA sahaja. Rakyat hanya bertanggungjawab membuat “bail-out” apabila kroni-kroni ini kerugian.
Orang Melayu di Malaysia jadi seperti orang bodoh. Pendapatan perkapita orang Melayu masih rendah. Purata pendapatan sebuah keluarga Melayu tidak lebih dari RM3000 sebulan.
Pulak tu, orang Melayu kena tipu lagi melalui jalan lain oleh UMNO dan Mahathir. Orang Melayu kena tipu dengan:
a. harga kereta yang 3x ganda harga pasaran,
b. harga rumah yang sengaja ditinggikan kerana mahu menjaga kepentingan kroni-kroni UMNO dalam bidang hartanah,
c. harga barang makananan yang semakin tinggi kerana menjaga monopoli pengimpot makanan yang rata-rata kroni UMNO dan BN,
d. gaji pekerja tidak pernah diusahakan untuk setara dengan kos hidup oleh kerajaan UMNO/BN dsbnya.
Wang simpanan hari tua kita seperti EPF juga digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni. Maka, akhirnya, rakyat Malaysia dan orang Melayu hanya kuda tunggangan UMNO, Mahathir serta UMNOPUTRA sahaja.
4:37 PM
Implikasi undang undang Perlembagaan Negeri-Federal mcm mana? Tak ultra vires ke?
Kot Nik Aziz nak taruk "ultra virus" saja.
4.46pm,
saya stuju sangat tulisan dan fakta2 saudara. harap orang melayu yang menyokong umno itu semua dapat membuka minda dan mata agar tidak menyokong buta dan terus menjadi bodoh seperti dahulu.
jangan pertikai hak Melayu
jangan ungkit keistimewaan Melayu
jangan cabar Malayu
Demi mengjaga perut pemimpin Melayu
Melayu makan Melayu memang pelik namanya tetapi ada disebalik nama..
Melayu Dulu Kini Dan Selamanya Memperbodohkan Kaum Sendiri
Siapa Punya Kerja?
Sebuah parti politik yang kononya memperjuangkan hak melayu tetapi sebaliknya menindas dan menipu hak2 kaum sendiri!
nama parti pun mat saleh
siapa yang gubal hak raja-raja?
tanya lah umno!
mereka mesti tahu
Hari ini UMNO sangat lemah, tidak berkeyakinan dan tidak dapat meramal masa depannya.
Dibenci dan dilaknati oleh bangsa sendiri kerana amalan rasuah yang meresapi ke dalam kerajaan dan organ parti hingga ke akar umbi.
Rasuah sistemik ini turut memusnah akar tunjang sistem kehakimannya dan badan penguatkuasa rasuah SPRM sendiri.
UMNO menjadi lemah bukan kerana PAS dan PKR ! UMNO lemah kerana pemimpin parti dan kerajaan yang RASUAH (ditekankan) dan salah guna kuasa.
Kita perlu melihat kepada problem bukan symptom of the problem !
JIka UMNO tidak berupaya dipulihkan dari rasuah, parti ini perlu dihumban kerana nasib rakyat adalah lebih penting dari survival UMNO.
Rakyat Melayu tidak boleh berlindung di bawah pemimpin yang rasuah.
Jika UMNO bersih, PKR dan PAS akan mati meragan. Orang Melayu akan bersatu.
Hari ini UMNO bukan sahaja dibenci oleh PKR, PAS, dan lain-lain bangsa tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri.
Persoalan yang harus kita tanya ialah berapa lama mahu menipu bangsa sendiri?
Wahai anon 2.02pm;
Betulkah kebanyakan hak-hak dan peluang orang Melayu yang terlepas kepada bukan Melayu adalah kerana orang Melayu tidak bersatu dan berpecah-belah?
Betulkah sebahagian Orang Melayu tidak boleh berdikari dan sentiasa hendak subsidi atau barang percuma?
Masih ingat kah lagi, berapa kali Mahathir mengutuk Pengusaha Kecil Melayu (IKS), kununnya mereka masuk UMNO kerana hendak mendapat kemudahan dan kekayaan?
Berapa kali Mahathir mengutuk petani-petani Melayu kerana mengharapkan subsidi baja? Hingga Mahathir sendiri mengatakan "Orang Melayu berbudaya "subsidi"...!". Sungguh malu dan memalukan.
Sepuloh juta orang Melayu dan 8 juta petani-petani Melayu di negara ini dikutuk oleh Mahathir!!
Mahathir memalukan orang Melayu sendiri.
Sebenarnya Suku-sakat dan anak-anak Mahathir lah yang rakus diberi SUBSIDI oleh Mahathir!!
Berbilion-bilion ringgit!! Mengapa Mahathir sanggup memalukan orang Melayu?
Sebab Mahathir bukan berasal dari zuriat orang Melayu. Mahathir tahu orang Melayu mudah diperkutak-katikkan kerana bodoh sombong tak mengenal untung (dalam buku Mahathir "Malay Dilema", Mahathir mengata orang Melayu adalah "DOCILE"!).
Mahathir tak peduli, sebab dia berketurunan Mamak dari India!!
Sebenarnya, Mahathir tidak berterima kasih kepada orang Melayu kerana diterima masuk menjadi ahli UMNO!!
Apa yang sebenarnya terjadi - MAHATHIR & DAIM lah (serta anak-anak, suku-sakat, saudara mara mereka) telah menggunakan UMNO untuk menjadi kayaraya dengan mudah hingga harta berbillion-billion ringgit didalam dan luar negara.
Bila jatuh muflis, maka orang UMNO dan orang Melayu sendiri dipaksa menanggung hutang itu.
Ini lah dia SUBSIDI yang paling besar ditanggung oleh rakyat untuk seseorang.
Orang Kampung, petani sendiri yang dipaksa menanggung subsidi untuk anak-anak Mahathir!!
9:09 PM,
Kamu kritik peribadi orang. Amat tidak baik, tidak wajar dan membayangkan apa lain yang kamu sebut itu pun adalah pandangan yang bias, tidak boleh diterima sepenuhnya.
Mahathir telah mengakui bahawa dia ada keturunan India. Apa yang kamu nak sibokkan lagi?
Kamu sedar ka bahawa tidak ada maanusia yang boleh dianggap ras tulin didunia ini sejak berpuluh ribu, malah beratusan, tahun maanusia suadh berinteraksi antara satu ras dengan lain didunia ini.
Pernah kah kamu buat DNA keatas kamu sendiri? Berapa tulenkah Melayu kamu?
Apa hal pun, sudah ada garis panduan, malahan undang undang, bagi menentukan siapa Melayu dinegara ini, apa yang kamu hebohkan lagi. Kamu tak tahu ka definasi Melayu didalam Perlembagaan? Kamu hormat kah dan patuhi kah Perlembagaan negara? Kamu perlu buat demikian. Jika tidak, kamu boleh ikut yang lain cari negara yang Perlembagaannya kamu boleh hormati dan patuhi.
6:55 am ;
Sebuah kereta Honda Jazz di Indonesia berharga RM36,000 tetapi di Malaysia nilainya ialah RM108,000 atau tiga kali ganda lebih tinggi.
Pada kadar 4% faedah bank untuk 9 tahun pinjaman yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk kereta ini ialah sebanyak RM146,000 dan jika dibayar dalam tempoh 9 tahun jumlah bayaran sebulan ialah sebanyak RM1,351.00.
Jumlah faedah bank yang ditanggung pengguna ialah sebanyak RM 38,000 atau sebanyak RM351.00 sebulan.
Jumlah cukai (secara berbanding) yang disedut oleh kerajaan UMNO ialah sebanyak RM72,000 atau sebanyak RM666.00 sebulan berbanding dengan harga di Indonesia daripada seorang rakyat.
Jika harga tanpa AP dan perlindungan oleh projek pemimpin UMNO ini, rakyat pengguna boleh mengumpul lebihan sebanyak RM 666.00 sebulan yang boleh digunakan untuk membiayai, sewa rumah atau persekolahan anak-anak dan sebagainya.
Begitu juga tanggungan hutang dalam bentuk faedah bank jika harga kereta itu hanya RM36,000 yang dibayar dalam masa 5 tahun, kadar fedah bank hanyalah RM7,200 sahaja atau hanya RM120.00 sebulan.
Inilah riba yang diurus melalui cukai dan keuntungan niaga menerusi AP UMNO yang sedang menjerut leher rakyat.
Begitu juga dengan harga kereta-kereta yang lain seperti Toyota Camri 2.4L yang hanya berharga 69,969.00 tetapi dijual di Malaysia dengan harga RM170,000.
Kereta Toyota Altis yang hanya RM46,000 tetapi kerajaan Malaysia telah menekan pengguna yang kebanyakannya orang-orang Melayu dengan harga sebanyak RM112,000.00 atau tiga kali ganda lebih tinggi.
Harga kereta proton tidak juga murah. Harganya mahal demi menutup kos kerana pengeluaran dan pasaran yang kecil.
Semua ini ditanggung oleh pengguna dan majoritinya orang Melayu.
Rakyat Malaysia dan orang Melayu terus membayar nilai keuntungan AP kroni UMNO, cukai dan faedah bank yang sebenarnya adalah nilai riba yang diharamkan oleh Allah di dalam al-Quran. (pendapat penulis mengenai riba - ia adalah perdagangan atau jual beli yang mengambil untung berlipat kali ganda atau "profiteering" dalam bahasa Inggeris) .
Dengan dasar dan sistem ini bolehkah ekuiti Melayu 30 % tercapai?
Segala tenaga rakyat digembleng untuk menimbus hutang dan bagaimana mereka boleh membaiki tahap ekonomi diri mereka?
Jenis pemimpin ini tak boleh dikritik? Angkara akibat pemimpin ini masih sangat peribadi untuk dikasi penghormatan?
Pemimpin tersebut telah mengubah Perlembagaan memihak kepada beliau dan kerajaan kini masih di bawah telunjuk bayangan beliau dengan Daim dan anda masih terlena dengan mata terbuka?
9:09 PM,
Sedar kah kamu bahawa majoriti yang besar Melayu dinegara ini puas hati, berterima kasih dengan UMNO, Kerajaan yang telah memimpin negara ini sejak Merdeka dulu?
Kamu mengarut bila mengatakan banyak Melayu yang tidak suka UMNO dan BN. Kamu tidak lihat kah keputusan PRK Hulu Selangor, Galas, Tenang, Merlimau tidak lama dahulu. Bukan kah itu hampir kesemuanya kawasan Melayu? Bebal kah kamu tak sedar bahawa semuanya BN menang, menunjukkan majoriti Melayu sukakan UMNO & BN?
DiPRU12 banyak Melayu fedap dengan Tun Dol merintah tak betul. Tapi merka sudah nampak perubahan sejak itu.
Lebih penting lagi, mereka sudah lihat kerenah Pakatan Rakyat merintah 3-4 negeri dengan tak betul. Segala apa yang PR tuduh UMNO/BN, PR ada lakukan. Tak sedar ka? Ata sengaja tidak mahu akui? Sengaja nak menuduh lain pihak?
Banyak Melayu yang pangkah Pembangakang diPRU 12 bukan buat demikian sebab sukakan PR, tapi sebab bencikan Tun Dol. Tapi banyak yang sudah menyesal. Banyak mereka dah berkata akan pangkah UMNO/BN semula diPRU13.
Amacam, kuat tak kempen aku? Tahulah kamu bahawa aku apa parti pun tak jadi member. Tapi aku tak boleh terima PKR mahu ketepikan Ketuanan Melayu yang tersemat diPerkara 153 Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu, DAP anti-Melayu dan anti-Islam dan PAS main enggeh saja, sangat tunduk kapada DAP hingga dibully, sampai ketahap gugurkan impian Negara Islamnya.
7:23 AM,
Tidak tahu kah kamu bahawa semua orang boleh mengkeritik, ini negara bebas?
Yang aku kemukakan ialah yang bebal, mengeritik hal hal peribadi orang, seperti asal usul Mahathir. Kamu tak sedar ka? Aku tak boleh kata kamu bodoh ke bila begitu? Tuduhan yang bodoh tidak boleh dibalas dengan dikata kamu bodoh ka?
Aku tak ada masalah dengan kritik yang berpatutan, yang tak gunakan unsur peribadi, yang tak menomah menuduh melulu, yang bersandangkan fakta atau hujah hujah yang munasabah.
Komplen harga naik, harga Proton tak sesuai, kamu tahu kah faktor faktor jualan yang digunakan bagi menentukan harga barangan yang dikilangkan? Kamu tahukan faktor faktor ekonomi yang memain peranan berkenaan turun naik harga barang? Kalau tak tahu, tanyalah dulu. Jngan menuduh melulu dan secara buas.
day macha 7:25AM,
“Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba.
"Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya” Al-Baqarah :275
macha 7:25 AM, lihat ayat berikut ;
“Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin” Al-Baqarah :278
dan
“Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
Allah telah mengisytiharkan perang terhadap orang-orang yang makan riba dan orang-orang yang tidak menentangnya.
Apakah hang tidak percaya terhadap ayat-ayat Allah yang sepatutnya menyanggah kerajaan UMNO yang memeras rakyat dengan sistem ribanya yang lebih dahsyat dari sistem yang diamalkan oleh negara dan bank-bank di negara Yahudi?
Kenapa hang sebagai rakyat tidak dapat melihat segala kebobrokan ini?
Dalam derita yang dilalui kenapa hang sebagai rakyat masih boleh mengampu dan menyokong UMNO pada setiap pilihanraya?
Setelah 50 tahun, tidak cukupkah untuk bangsa hang menilai tentang kebobrokan dasar-dasar UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang hidup bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa?
Hang masih mabuk dalam derita?
Siapakah yang boleh membangkitkan orang-orang Melayu supaya mereka sedar bahawa sudah setengah abad mereka telah ditipu?
DEB hanya satu utopia kerana dasar-dasar UMNO-BN yang mengiringi dasar ini bersifat menindas dan akan menjadikan orang Melayu seperti ayam yang kelaparan di kapok dan itek yang haus di kolam.
Segala kekayaan negara telah dibaham oleh suku sakat UMNO dan BN sedangkan hang dan rakyat masih terus mabuk dalam penderitaan!
Aiyoh macha 7:41AM,
Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang BEBAS mengamalkan political dynasty di mana ahli keluarga boleh bertanding dan menang dalam pilihan raya jika dipilih rakyat.
Ayah dan anak bertanding dan menang kerusi masing-masing.
Kelantan telah 22 tahun diperintah oleh Pas berturut-turut tidak berjaya digugat oleh parti BN disebabkan pilihan raya yang adil.
wahi anon 7.41 am ;
Faktor ekonomi jenis apa yang ada di Indonesia membolehkan kereta di sana dijual dengan harga sepertiga?
7.25am
Betulke di PRU12, Melayu fedap dgn Pak Dol?
Bukankah kuasa bayangan disebalik tirai yg fedap tu mengarahkan pengundi hantu yg diberi kad pengenalan supaya TIDAK mengundi?
7:23 AM,
Bagus, kamu kritik secara bertanya "Dengan dasar dan sistem ini bolehkah ekuiti Melayu 30 % tercapai?"
Tidak ada so'al boleh tercapai atau tidak. So'alnya hanya berapa cepat. Ingat, Melayu ada hanya 18% kekayaan korporat sekarang. Belom kira bidang bidang ekonomi lain seperti bangunan komersial dan perumahan.
Tapi aku fikir lebih baik kamu hebohkan fasal mereka yang tidak patut menuduh Melayu sudah 40 tahun pun belom mencapainya. Dengan memberi tahu bahawa:
1. Melayu tidak ada budaya berdagang secara ambil risiko, letak harga, timbang, ambil untung, berniaga, kumpul harta. Melayu berbudaya berdagang secara tukar barang atau "barter trading" sejak beribu tahun dulu. Tukar barang keperluan harian dengan barangan yang dikeluarkannya. Diabad 19 pun masih ada lagi Melayu kayuh perahu ke mulut sungai, bawa "pasir hitam" (istilah Long Jaafar diLarut, Perak, gunakan untuk bijih timah) dan tukar dengan kain dengan peniaga dipekan pekan.
2. Tempoh satu generasi bagi Melayu mencapai 30% itu bukannya absolute, tapi hanya anggaran. Dan anggaran yang dibuat Melayu sendiri diMajlis Gerakan Negara (MAGERAN) masa menggubal DEB selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Jika tokeh Cina yang menganggarkannya pun, tidak akan tepat sebab tidak ada siapa yang pernah mengalami dan boleh menganggar nya dengan tepat.
Melayu tidak diajar, tidak digalakkan penjajah British dalam
bidang perniagaan - tidak seperti mereka galakkan kaum Cina. Pendek kata, British mahu Melayu "menjaga pengeluaran makan dinegara ini". Maka dibiarkan mereka terus menjadi petani tanam padi dan enangkap ikan. Professor Dato Zainal Abidin Wahid ada mengkaji perkara ini dan membentnagkannya disuatu seminar ditahun 1980an.
Dan tentu lebih baik kamu gunakan masa meminta pihak pihak yang tidak minat atau tidak sokong DEB supaya sedar pentingnya sama ratakan padang (level the playing field) bagi keharmonian dan keamanan jangka masa panjang negara ini.
Ingat, DEB timbul akibat pergaduhan kaum 13 Mei. Kita mesti elakkan berlakunya lagi.
Dan ingat, jangan kata aku cuba mengapi apikan rakyat. Aku hanya kata semua rakyat perlu sedar bahawa selagi keadaan ekonomi dan pemegangan jawatan professional diantara Melayu dengan Cina tidak diseimbangkan, selagi itulah akan berterusan rasa iri hati, cemburu, dan bermacam lain yang berkaitan dengannya, yang boleh mencetuskan pergaduhan.
Perasaan demikian tidak baik bagi kesejahteraan negara dan perlu dikurangkan dengan levelling the palying field. Dan kamu akan dihormati jika cuba membantu membuatnya.
7:59 AM,
Bagus kamu menanya, tidak menuduh melulu.
Tapi jangan lah mengarut pula mengeluarkan so'alan yang juga berbentuk menuduh melulu. Keluarkanlah hujah hujah yang munasabah baginya.
Dan jangan mengarut berkata "kuasa bayangan disebalik tirai", "mengarahkan pengundi hantu yg diberi kad pengenalan" dan "(mengarahkan) supaya TIDAK mengundi".
Kau dengar sana sini tuduhan yang tidak ada fakta, tidak ada justifikasi, kau ulang disini sebulat bulatnya, menunjukkan kau orang yang tidak guna dicuba berdailog. Membuang masa dan boleh hanya dibodohkan, diketawakan dan sebagainya saja.
Sayang, kesian, rugi Melayu - kalau kau Melayu. Kebelakangan ini ada bermacam hantu (itu benar boleh diistilahkan sebagai hantu) yang meniru, menyamar sebagai Melayu dan sebagainya disini. Itu jenis kurang ajar ultra kiasu DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam. Malangnya, ada pulak Melayu lain terikut ikut dengan cara mereka, sebab pelahap kemarukkan kuasa.
Di antara penjajah-penjajah dunia, British dianggap paling berpengalaman dan licik. Portugis, Belanda, Perancis dan Spanyol satu persatu telah lenyap namun British tetap teguh antara kuasa Imperialis dalam order baru dunia bersama Amerika.
Strategi pecah-perintah adalah menjadi dasar kuasa imperialis ini dulu dan sekarang. Mereka beraksi sebagai pelindung apabila timbul krisis di antara kaum atau suku bangsa di negara jajahan seperti Afrika India dan termasuk Malaya.
Di Malaysia dasar imperialis ini diwarisi oleh UMNO yang bukan sahaja melakukan pecah-perintah tetapi telah mengkhianati bangsa sendiri pula.
Apakah bezanya antara British dan UMNO?
Pemimpin UMNO menyambung … “Orang Cina adalah ancaman terhadap kepentingan Melayu”
Dalam waktu yang sama pemimpin UMNO menjadi kaya raya adalah kerana orang Cina juga. Menjadi rakan kongsi tanpa modal. Menjadi maling projek-projek kerajaan dan diserahkan kepada orang Cina dan menjadi malaun kepada bangsa sendiri. Menjadi komprador APs sedang modal berdagang adalah dari orang Cina.
anon 8:25 am;
Ko nak fakta dan justifikasi?
Nampak sangat ko ni sangat jahil dengan hal ehwal semasa...
Apakah kalu ko disubsidikan dengan 3 pendedahan mencukupi?
PERTAMA : Pendedahan kad pengenalan palsu;
http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2011/09/pendedahan-kad-pengenalan-palsu.html
KEDUA : Bangladesh dakwa diberi kerakyatan mudah M'sia;
http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/09/isu-kewarganegaraan-untuk-bangla-tubuh.html
KETIGA : 170,818 pengundi guna kod negara misteri;
http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/09/170818-pengundi-guna-kod-negara-misteri.html
Umno perlu menang untuk melayu terus menjadi teras kuasa di negara ini. Umno perlu menang untuk sejarah negara dikekalkan seperti mana yang kita pelajari sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Umno perlu menang untuk islam di malaysia terus berkembang dan diterima kehadirannya oleh masyarakat antara bangsa.
Islam cara Umno lebih diterima oleh masyarakat bukan islam. Islam cara Pas juga diterima oleh masyarakat bukan islam tetapi adalah kerana mereka bukan islam itu ada agenda tersembunyi yang Pas tidak nampak.
Jika kita sedar ini maka akan nampak lah kita siapa yang patut kita sokong jika kita nak jadikan islam sebagai asas pemilihan. Nak pilih Umno atau Pas ?
anon 8,58am;
Jangan risau. UMNO pasti menang dalam PRU13.
Dakwat kekal tiada masalah sebab setiap pengundi hantu mempunyai jari.
Biometrik pun tiada masalah sebab setiap pengundi hantu mempunyai kad pengenalan dan berdaftar dalam komputer SPR.
Arahan telah terang lagi bersuluh untuk mereka keluar beramai2 mengundi.
Leaked cable: Ex-EC chief issued 60,000 fake ICs
reference :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/09/leaked-cable-ex-ec-chief-issued-60000.html
Mengimbas sejarah bagaimana Perlembagaan dipinda untuk menghalalkan kewujudan pengundi hantu.
Nampaknya ada usaha secara berahsia oleh Perdana Menteri, dengan sekongkolan pihak media, untuk melaksanakan satu pindaan kepada Perlembagaan yang membabitkan hak istimewa kerakyatan tanpa menarik perhatian umum.
Ini akan mencetuskan pelbagai implikasi yang antara lainnya menjamin pengundi hantu itu tidak lagi digugat oleh undang-undang.
Bayangkan implikasinya terhadap puluhan ribu pengundi hantu ini yang merupakan pendatang tanpa izin daripada Filipina dan Indonesia yang kini tertumpu di Sabah.
The Sun keluaran semalam (19 Julai) merupakan hanya satu akhbar yang menerbitkan kisah ini.
Ia telah mendedahkan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan (Artikel 119) yang menjamin setiap daftar pengundi yang diwartakan tidak boleh lagi dicabar di mahkamah. Sayangnya tidak ada lagi sebarang tulisan mengenai perkara ini di mana-mana media pun pada hari ini.
Namun pada hari ini, beberapa akhbar yang menyentuh fasal pindaan kepada perlembagaan yang menyangkuti pendaftaran pengundi telah memengapkan sama sekali bahagian yang paling utama kepada pindaan itu: sesuatu daftar pengundi, apabila diwartakan, adalah di luar bidang kuasa mahkamah.
Sebaliknya, akhbar–akhbar ini sengaja menyiarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan daripada Mahathir, yang bertujuan untuk menyungkup kenyataan yang sebenar daripada pengetahuan umum. Mahathir telah disebut sebagai berkata:
“Pindaan itu adalah perkara biasa dan tidak ada apa-apa yang radikal. Sekarang ini terlalu banyak soalan dan ketidak-tentuan. Pindaan itu nanti akan menjadikan pendaftaran pengundi itu menjadi lebih jelas lagi.”
Mahathir juga menyatakan betapa tujuan utama pindaan itu ialah untuk membolehkan pendaftaran pengundi dilaksanakan sepanjang tahun.
Dengan hal demikian, dengan memberikan fokus kepada peraturan baru yang membolehkan pendaftaran itu, dan dengan adanya persekongkolan media untuk mengalihkan perhatian kepada tujuan sebenar dilakukan pindaan itu, Mahathir bercadang untuk mempercepatkan usaha melaksanakan pindaan itu tanpa banyak masalahnya.
Tidak ada satu perkataan pun yang disebut mengenai isu yang lebih penting lagi apakah dikira sah dan menepati keluhuran undang-undang usaha menolak hak semakan semula secara perundangan terhadap kesahihan setiap daftar pengundi, ataupun apakah wujudnya dalil yang memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SP) menerima pendaftaran pengundi itu sebagai satu usaha yang begitu keramat sehingga membolehkannya mengatasi undang-undang negara ini?
Memang tidak dinafikan betapa para wartawan di negara ini mempunyai kebijaksanaan yang berpada untuk mengenal-pasti beberapa unsur yang penting dalam segala pindaan ini dan juga kepentingan besar yang menyumbang kepada semangat perlembagaan itu dan prinsip demokrasi negara.
Jika demikian, kenapakah perkara ini sengaja dilaksanakan secara senyap-senyap dengan menyelinap usaha itu dan cuba mengalihkan perhatian dengan tujuan untuk mengelirukan masyarakat yang ada?
Seandainya ini bukannya satu kolusi (sama ada secara sukarela ataupun paksaan) di mana kuasa yang sedang memerintah cuba mensabotaj demokrasi negara ini, apakah pula halnya?
bersambung.../-
sambungan dari atas...
Ini adalah satu contoh yang paling jelas betapa hinanya dunia kewartawanan masa kini, setelah disuap selama berdekad lamanya oleh pemerintahan yang autokratik sehinggakan akhbar-akhbar tempatan sudah menjadi tukang ulang yang taat setia kepada tuannya, sehingga sanggup dihamba-abdikan.
Berbalik kepada isu di atas: Kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberikan kuasa yang sungguh mutlak, sehingga tidak perlu lagi dikaji semula segala kerjanya?
Jawapannya ‘pasti tidak’, waima dalam satu demokrasi yang lebih maju, di mana Suruhanjaya Pilihanraya diberikan penuh kebebasan dan martabatnya memang tidak dipertikaikan.
Alasannya adalah jelas kerana ia tidak dikira bersesuaian dengan konsep demokrasi yang mengamalkan kedaulatan undang-undang.
Tidak ada satu keputusan eksekutif yang boleh mengatasi undang-undang, apatah lagi kalau ia menyangkuti hak utama yang termaktub dalam perlembagaan akan hak demokrasi membuat pilihan terhadap penubuhan sesebuah kerajaan.
Di Malaysia, apabila kedaulatan undang-undang itu diragui, dan SPR kerap diulit pelbagai skandal, sebarang usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya itu harus dilihat sebagai satu usaha yang tidak kena pada tempatnya.
Ia harus dilihat sebagai hanya satu usaha terdesak untuk memudahkan usaha jijik menghalalkan segala pendaftaran puluhan ribu nama pengundi hantu di Sabah, seperti yang dikesan dalam penghakiman mahkamah yang bersifat sebahagian 'mercu gunung air batu' yang masih tenggelam di samudera kepalsuan.
Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai satu rekod paling buruk kerana mudah diperkotak-katikkan oleh parti yang memerintah.
Apabila diambil-kira kejijikan perangai parti yang memerintah dalam mengamalkan segala penipuan dan putar belit dalam pilihanraya, membuatkan kita menggeletar memikirkan apa yang akan jadi seandainya kuasa mutlak diserahkan bulat-bulat kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh berpuas hati dengan keraguannya apabila melihatkan betapa mudahnya SPR memutarbelitkan daftar pengundi Sabah dengan pengundi hantu?
bersambung.../-
sambungan dari atas...
Apakah maknanya proses pilihanraya negara ini apabila pengundi hantu terbabit dan menjadi penentu dalam sesuatu pilihanraya yang sengit tandingannya?
Kita masih tidak lupa akan proses pilihanraya yang sudah tercemar kerana parti yang memerintah sengaja menyalahgunakan kuasa segala institusi dan sumber dan media massa untuk memihak hanya kepadanya. Termasuklah penipuan yang memang bersahaja.
Mahathir telah menggunakan alasan yang terdapat dalam ‘keraguan dan soalan’ mengenai daftar pengundi itu untuk mengemukakan cadangan pindaannya.
Tetapi alasan demikian memang tidak ada gunanya. Disebabkan ketiadaan mekanisme semakan semula yang membuatkan wabak mendaftarkan pengundi hantu itu menjadi begitu menular dalam daftar pengundi sehingga menyebabkan ‘soalan dan keraguan’ seperti yang disebutkan oleh Mahathir.
Dengan menolak hak semakan semula mengikut undang-undang (yang merupakan semakan semula yang mutlak dan terakhir) seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu, segala mekanisme semakan semula SPR yang sememangnya lemah itu akan lebih tergugat lagi.
Ia boleh disamakan dengan perbuatan mencurahkan minyak kepada api yang marak menyala.
Masalah SPR ialah ia tidak bebas, tidak bermaruah dan tidak cekap. Ia terlalu mudah mengampu parti yang berkuasa; UMNO, yang baru sahaja didapati terlibat oleh penghakiman mahkamah memainkan peranan besar dalam kerja-kerja jijik menggunakan pengundi hantu dalam pilihanraya di Sabah.
Dalam penghakiman yang terbaru yang memansuhkan keputusan pilihanraya Likas, Hakim Muhammad Kamil telah memberikan bukti yang terperinci menunjukkan senario yang amat menakutkan bagaimana sebuah kerajaan yang ganas sanggup menggunakan segala taktik kotor untuk menjejaskan kedaulatan negara semata-mata kerana mahu terus berkuasa.
Kempen besar-besaran telah dilancarkan untuk mendaftarkan pendatang tanpa izin sebagai pengundi semata-mata untuk memperteguhkan kekuatan undi parti yang memerintah.
Dalam proses melaksanakan kerja jijik ini, martabat institusi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Pendaftaran Negara, dan polis telah tercemar, hanya kerana mahu menjayakan kerja-kerja haprak dan haram ini.
Bantahan rasmi kepada kewujudan puluhan ribu pengundi hantu ini telah ditolak dan diperlekehkan dengan mudahnya, sedangkan semua kerja jijik itu amat bertentangan dengan undang-undang pilihanraya. Dengan demikian, rakyat Sabah sedang dihantui ancaman besar yang menggugat keselamatan dan hak demokrasi mereka disebabkan adanya ramai pendatang tanpa izin yang kini berlakon dan berlagak seperti rakyat dan pengundi yang sah.
Semua ini adalah gara-gara perbuatan UMNO yang tidak menghormati undang-undang dan sengaja memperlekehkan kesejahteraan rakyat Sabah.
Apabila diambil kira semua keadaan ini, bukankah satu keaiban kepada demokrasi kita seandainya kita biarkan pindaan sedemikian dilakukan kepada Perlembagaan negara di mana kuasa Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak terkawal itu menjadi begitu berbisa seiras kuasa polis yang tidak terhad dan jijik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun ISA.
disalin semula dari :
http://mindarakyat0.tripod.com/2001jul/2001-2262.htm
saya sangat dan amat setuju orang china amcaman kepada kepentingan Melayu di negara ini.
Sebabnya para pemimpin melayu yang mengaku membela nasib melayu mudah dan boleh dibeli dengan seadanya oleh orang China.
Kadir jasin dalam blognya menyatakan sudah 33 GLC dijual. Siapa yang banyak duit sudah pasti orang china, terutama sekali orang china Singapura.
Dijual kepada orang china. Siapa pula yang tukang jual sudah tentu mereka (menteri)yang ada kaitan dengan GLC.
Menteri berkenaan tak lain dan tak bukan ialah Idris Jala dengan restu perdana menteri menteri menteri kabinet yang lain.
Tindakan seumpama inilah yang menjadi ancaman kepada kepentingan orang melayu sejak sekian lama.
lagi.
Sama ada mereka sedar atau tak, itulah realitinyanya apabila umno diberi amanah memerintah negara.
Realitinya semua pengundi hantu akan undi Umno BN.
Realitinya majoriti orang Melayu akan tetap undi Umno Barisan Nasional (BN).
Realitinya majoriti orang India akan tetap undi Umno BN.
Majoriti orang Sarawak sudah pun undi Umno BN.
Realitinya apa salahnya harga minyak, barang makan dan barang-barang lain naik harga?
Realitinya majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan tetap undi BN.
Kerajaan Umno BN GERENTI tidak akan jatuh. Yang realitinya mungkin jatuh ialah pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor yang dibantu Datuk Seri Najib Tun Razak kalau Umno BN tak dapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.
Realitinya, apa salahnya semua barang naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak semuanya banyak duit.
Saya sangat gembira apabila DR redhuan tee menulis artikel kali ini.
Apabila saya menilai sesaat di dalam kebanyakkan komen rata-rata semuanya sedar, nampak dan jelas kepada kepincangan barisan kerajaan yang diterajui oleh umno yang anda geram!!
Tetapi dari sudut ilmiah anda nampak nya berhenti disitu dan hanya membebel sahaja tanpa kesudahan menyalah, menyindir, memburuk-burukkan, berleter menyalahkan orang itu pemimpin ini parti itu, beralih ke parti pembangkang dan segala-galanya.Ada juga membandingkan umno dahulu seperti tembaga berkilau yang lebih baik daripada umno sekarang selepas mahathir yang kian rosak dan pudar warnanya. Dari sudut ilmiah dan berfikir apakah suatu barang lama yang bernilai itu mesti dibuang terus kedalam longkang atau boleh digilap semula? Jika kita tidak berfikir secara ilmiah sudah tentu barang tadi kita campakkan kedalam longkang sahaja. Oleh itu saya memerlukan orang cerdik pandai seperti saudara-saudara peng komen diatas supaya boleh berfikir dengan teliti dan ilmiah untuk mengembalikan semuala kecemerlangan umno mengikut apa yang dimaksudkan oleh otak dan bukan membuangnya kedalam longkang terus.Secara bebalisme dan tidak ilmiah orang akan berkata umno sudah tak boleh dibetulkan atau digilap kilau lagi "full stop"!! Kereta buruk kalau dibaiki oleh orang yang pakar, secara paksa atau tidak kita akan lihat ia mundar-mandir dijalan sana. fikirkanlah.
Janganlah geram dengan UMNO. Layanlah UMNO seadanya.
Seperti biasa, kalau secara tiba-tiba dijanjikan sesuatu, dengar sajalah. Sudah 12 kali, masakan tidak kenal perangai ini lagi?
Jangan bantah nanti 'dia' kecil hati. Tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang-kadang tidak ingat apa yang dijanjikan. Kena ingat itu kerana ianya boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi.
Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya, tetapi menutup segala kemungkarannya.
Kalau anda berbual dengan pimpinan UMNO sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin 'ajalnya' sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan menuduh anda tidak menghormati orang tua.
Kini Umno menghimpunkan generasi lama. Barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar, dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima ‘cerita reka’ mereka.
Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya.
Tak apalah anda pun dah faham, dia kan sudah tua.
kita sedar ramai orang melayu keciwa dengan najib dalam banyak perkara. rengkas cakap orang melayu yang selama ini menyokong umno dan menyokong najib dah mula nampak najib hanyut dibawa arus desakan pihak pembangkang yang semakin hari semakin kuat.
pembangkang kuat bukan kerana dirinya tapi kerana disaat umno hampir lemas rakan baik umno sendiri turut bertindak cuba nak menambahkan emas umno. sebagai rakan sepatutnya mereka menghulurkan galah untuk membantu umno keluar dari dalam tasik berpuaka itu.
sangat mengeciwakan. dan mungkin kerana itu, sudah ada di kalangan penyokong umno (tapi bukan ahli umno) yang mulai tidak berminat lagi dengan rakan baik umno (siapa mereka, lu orang sendiri boleh jawab).
tapi najib, jenis muka tebal punya orang, masih juga menaruh harapan kepada mereka. bermacam-macam layanan baik diberi oleh najib kepada mereka. akibatnya sebahagian orang melayu (bukan ahli umno)yang sokong najib mulai rasa kecil hati. orang umno sendiri najib tak perlu risau, mereka juga macam orang pas, fikiran mereka sudah dijumudkan, insyallah kalau najib pilih batu nesan sebagai calon bn pun mereka tetap akan sokong, sebab sudah 54 tahun mereka ahli umno membuktikan setiakawan mereka kepada bn.
kepada ahli umno, najib mansuh ISA kerana ISA selama ini didapati menghalang kemajuan negara.
kepada penyokong umno (bukan ahli umno), najib mansuh ISA kerana rasa bimbang dengan pengaruh PR.
najib boleh membohongi ahli umno tapi tidak boleh kepada penyokong umno.
Umno harus sedar bahawa ia sudah dimamah kebusukan yang melampau. Kepimpinannya, dari Presiden, MT dan seluruh akar umbi sudah tidak mampu diperbetulkan.
Mereka sudah rosak dengan segala bentuk kekayaan dan ketamakan kerana terlalu lama di puncak kuasa. Amalan korupsi, kronisme dan nepostisme sudah semakin merosakkan Umno.
Umno lama berjuang untuk memartabatkan rakyat, justeru ramai kalangan pemimpinnya ketika itu datang dari golongan guru dan marhain. Menaiki basikal cabuk dan motor lama keluar masuk kampung berkempen.
Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah.
Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'.
Hebat Umno ini. Punyalah sakan mereka meratah harta rakyat. Bahayanya ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri.
Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Pengerusi Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas?
Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuang Melayu tulen. Nasionalis tulen yang hebat.
Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak.
Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara.
Akhirnya rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong Umno? Menyokong Umno kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin Umno?
Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah?
Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Dr Mahathir tidak layak untuk mendabik dada mereka adalah pejuang nasionalis yang sebenar.
Mereka sebenarnya hanya berjuang untuk memenuhkan wang saku serta kantung mereka semata-mata.
Mempertahankan kuasa Umno samalah seperti mempertahankan serta melindungi kepentingan peribadi yang begitu banyak dalam negara.
Jika Umno dijatuhkan dan Umno tidak lagi menjadi parti pemerintah, nescaya mereka semua akan turut tersekat daripada terus meratah harta rakyat.
Tiada jalan lain untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan hak rakyat, selain menghumban Umno ke dalam muzium. Cukup-cukuplah Umno-BN berkuasa.
Walaupun begitu, saya yakin Umno-BN tetap akan berkuasa selepas PRU 13. Ini semua kerana Perlembagaan telah banyak diubah memihak kepada Umno-BN. Kesemua institusi kerajaan telah dijadikan hak milik Umno-BN.
Hanyalah tinggal mimpi dan ilusi untuk mengalahkan Umno-BN!
Kpd Anon 8.58 @ 21.9.11
"Umno perlu menang untuk melayu terus menjadi teras kuasa di negara ini"
Itu adalah kenyataan kau. Aku pun setuju. Teeetaaapiiiiii ...
Siapa yang Umno nak harapkan untuk buat dia menang ? Ahli Umno dengan penyokong Umno bukan ? Aku ada terbaca dalam blog (dah lupa blog mana) kajian menunjukkan cuma sekitar 25-30% bukan melayu sahaja yang sokong BN.
Aku bertambah rasa goyah dengan peluang Umno bila SPR buat kenyataan lebih daripada 3 juta rakyat layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi. Entah-entah 75% daripada 3 juta itu adalah orang melayu, yang ini SPR tak dedahkan. Yang kita nampak Umno duk sibuk nak kejar undi bukan melayu, tapi budak-budak melayu yang umur 21 tahun yang terdiri daripada Mat Rempit, Mat Lepak, Mat Gian, Mat Ragut, Mat Raba, Mat Perkosa dan macam-macam Mat dan Minah melayu, adakah siapa-siapa yang pergi pujuk mereka atau bawa mereka untuk daftar sebagai pengundi. Bebudak Mat dan Minah melayu tu tak ada siapa pedulikan mereka, seolahnya undi mereka tidak penting. Bebudak Mat dan Minah melayu tu sebenarnya masih ada kesedaran politik dalam diri mereka, jika diasah dan dicanai kesedaran politik mereka mungkin menjadi semakin tajam. Mereka jadi tumpul dan berkarat kerana tidak dipedulikan.
Entah lah aku kadang-kadang nampak Umno macam syok sendiri saja. Tak kan Umno tak sedar lagi, tahun 2008 dia nyaris-nyaris bungkus kerana duk yakin sangat dengan sokongan daripada "orang lain" tau-tau Kedah, Penang, Perak, Selangor dan Kelantan tinggal dalam lipatan sejarah perjuangan Umno saja. Entah-entah PRU 13 nanti Perlis, Trengganu, Negri Sembilan dan Melaka pula menyusul.
Entah lah Najib, kalau lu mahu hidup lu sendiri fikir lah.
8:40 AM,
Aku sebut kau bodoh, kau marah. Tapi kau beri link blog blog yang tak tau siapa, apa guna? Blog pro-PR tentulah mencaci BN dan dasar dasar Kerajaan.
Orang lain boleh keluarkan beratus blog yang pro-BN. Semuanya mencaci PR. Terutamanya Anwar Al Juburi (pangkat yang Mat Sabu beri). Dan pasal Mat Sabu sendiri.
Begitu juga blog blog pro-BN yang mencaci Kerajaan PR Slangor, PAS Kelantan dan Kedah, DAP Penang.
Berilah hujah hujah dan justifikasi. Yang menunjukkan masuk akal tuduhan kamu itu. Bukan beri link blog yang orang lain boleh anggap tahi.
Hanyalah tinggal mimpi dan ilusi untuk mengalahkan Umno-BN!
3:35 PM
Haa .. mengaku pun anda bahawa untuk mengalahkan Umno hanya lah illusi. Macam Pas berillusi nak pi PJ (bukan Pataling Jaya daa).
Tak kan UMNO nak kalah?
Nak cari nahas kalu kalah nanti. Anak2 dan kroni nak makan apa?
UMNO dari dulu hingga kini telah merancang dengan terperinci dari Gerry Mandering kepada Perlembagaan memastikan tampok pimpinan gerenti dengan UMNO.
Yang dek sokong UMNO tok sah lah risau. UMNO tetap dari dulu, kini dan selama-lamanya menerajui negara.
Buat apa macam pun, UMNO sudah kasi control. Tak lama lagi akan control jugak ekonomi bangsa lain.
4.40pm
Sangat setuju!
Memang bodoh! Terserlah kebodohan mereka.
Buat apa macam pun, dedah macam mana pun, SPR masih dalam control. Nombor kad pengenalan hanya satu kad. Tukar kad dengan nombor lain, habis cite.
Undi tetap masih boleh undi. Bawa kad lain aje!
daripada semua kekayaan dpt kat kroni limkitsiang atau kroni jef oii, baik bg kat kroni aku..!
ape la bangang korang nie, tgk iraq skrg, dulu sibuk jatuhkan saddam sbb serba serbi dpt kat kroni dia (kuasa, pngkt, harta dll)..tp skrg sape yg sebat? bukan org iraq pun, amerika jugak yg sapu..
satu hari nnti melayu jd mcm tu jgk la, umno jatuh tp bukan dpt kat melayu pun..cer DAP jgk yg sebat..skrg pun diorg dah kaya raya, dpt kuasa nnti dabel triple la diorg sebat..
-anti komunis-
sape2 yg mengata umno dah lama, dah tua, dah membusuk..
tgk2 la kat parti PAS pulak..
bukan makin muda, makin cergas..
makin nyanyuk ade la..
p/s- harap2 nik aziz tak kan pegang jwtn MB sampai mati..
ramai org kat sini bukan geram kat umno..
tp dah termakan racun PAS/DAP/PKR yg saban hari mengamal politik kebencian..
aku pun x suka PAS, tp x la nak maki hamun Nik Aziz bila muka die keluar TV..
X mcm penyokong PAS ni, pantang nmpk muka pemimpin UMNO kuar TV, mulut mcm longkang mengalir laju habis %&^%&&^*^^@%^@& semua keluar..
sedarlah sikit..lu pun bukan maksum..
Always remember there are two things to hate about PAS – its face.
-anonymous.
-anti komunis .-
Kenapa semua orng pkaai anonymous jer? At least tulis la name sebenar. On the other hand, saya sangat setuju dengan Dr. Ridhuan. Keep it up!
D.R,
Kenapa kamu pun tak pakai "name sebenar"?
8:17 PM,
Bukan face saja. Hati lagi teruk. Kapada DAP depa membongkok.
7:48 & 7:52 PM,
Sokong pendapat anda.
6:32 PM
Tak masuk akal lah kau cakap.
Takkan bawak kad lain saje boleh undi. Takkan takda orang periksa. Kan ada banyak orang tempat menguni tu.
Kau tembernag saja.
5:17 PM
Kamu mencaci UMNO tak ada fakta pun. Main tuduh saja. Tak ada bukti, justifikasi sikit pun.
kasilah contoh. Berilah siapa, bila, dimana, dan sebagainya.
Berkhutbah panjang lebar tak ada gunanya. Orang pun boleh buat gitu pasal Pakatan Rakyat.
10:37 PM,
Saya pun harap begitu. Kalau lah UMNO dan PAS dapat bersatu, Melayu boleh bersatu.
Dah nak habis air liur kita cakap. Tapi kena terus cakapkan. Pastu berdo'a. Mudahan mudahan Tuhan kabulkan. Ameeen.
4:46 PM,
Kamu dok bantai saja Umno apasla? Banyak sangat baca buku Jomo Kenyatta .. oopps, Jomo entah apa.
Barang naik pun kau nak balon gomen. Kau taukanlah faktor faktor ekonomi baginya dan keluarkan disini.
Wang EPF belom lebur le kawan. Tunggu le sampai "returns of investment"nya diketahui.
Kalau dah jadi macam Perwaja Steel dulu boleh balun. Main hentam saja sapa nak dengor popaganda politik kau.
aiyah macha 11.55
kasi link, lu kata tak boleh percaya. SPR pun ada kasi link kasi check. dia orang kasi check, satu orang ada 2 kad pengenalan yg lain nombor.
kemudian, dia orang kasi check lagi satu kali, nombor lagi satu sudah kasi padam.
mungkin lu tak lah faham. (ini bukan saya cakap...orang susah faham ada orang kasi kategori sebagai bebalisme.)
dia orang bilang ada kad palsu kasi orang bukan rakyat malaysia.
jadi yang cakap itu orang yang bilang itu bodoh kerana nombor yg sudah padam, kad palsu tetap palsu.
kalu orang yg kasi keluar kad palsu, orang itu jugak boleh bagi kad palsu yg lain.
oleh itu, memanglah bodoh kasi bising2 sebab yg kasi kad boleh kasi kad lain.
memanglah lu taklah percaya sebab lu percaya sama JPN dan SPR. itu undang2 perlembagaan sudah cakap itu tindakan SPR tak boleh dicurigai dan kasi periksa.
orang macam lu banyak suruh kasi hormat perlembagaan. jadi perlembagaan itu sudah macam tuhan sama lu.
6:21 PM,
Aku pun beci rausah tak habis habis. Tapi ingat, setiap yang Pembangkang tuduh BN, Pembangkang pun buat.
Aku tak nampak langsung alternatif bagi BN.
Kalu PR dipilih sebagai alternatif, jahanman negara. 3 tahun saja perintah dan macam macam tak betul. Kalu lebih, lagi teruk. Nik Azizh yang pakai serban pun rasuah. Dah banyak ditulis pasak pakej Haji, kasi duit kpd pengundi Orang Asli diPRU Galas dsbnya.
Antara yang dah 54 tahun merintah ada banyak kemajuan dengan 3 tahun meritah negeri tapi pun banyak tahi, baik aku pilih yang 54 tahun.
aiyoh macha 12.18
mana boleh kasi balun sama itu UMNO?
tak ada hal sama itu UMNO. dulu, kini dan selama-lamanya sudah gerenti.
lu tak perlu susah hati. semua barang akan kasi naik. mana ada turun punya?
robert kuok pun kena kasi hijrah. genting pun kena buat bisnes kat Singapork, Lundon, US.
itu UMNO mana boleh kasi main2 punya?
macha 12.24
itu rasuah mana boleh kasi selesai.
itu Tun pun ada bilang dari dulu mau kasi hapus rasuah pun sampai sekarang tak boleh kasi selesai.
haiyah, tak payah mimpi lagi lah. satu dunia pun main rasuah.
kena kasi terima realiti. rasuah gerenti ada sampai kiamat.
9:09 PM,
Kalau Dr Mahathir kutuk peniaga peniaga Melayu dan lain lain lagi, tidak semestinya bermakna peniaga Melayu semua tak bagus.
Dia selalu menyindir, jugak membalon Melayu terus. Tapi tahulah kamu bahawa dia mahu naikkan semangat orang Melayu.
Kau patut cakap benda benda yang boleh menyebabkan bangsa yang terkaya dinegara ini setuju dengan levelling the playing field.
Bukan setuju saja, tetapi beri fair treatment. Contohnya, beri harga dan kemudahan berniaga seperti credit terms yang sama dnegan bangsa diorang senndiri.
Dan juga show the ropes. Contohnya,
ajak peniaga Melayu kalau tak boleh jadi ahli pu, kurang kurangnya jemput kemajlis majlis Persatuan suku bangsa (clan associations) dan persatuan perniagaan (business guilds) diorang supaya peniaga Melayu boleh berkenalan dan bina semangat "kamcheng" supaya lebih sennag berniaga dan dapat fair treatment berbanding dengan peniaga diorang.
Amacam? Aku nak tengok kau buat macam itu mulai sekarang. Cakap begitu disana sini.
macha 12.34
dalam satu komen, lu boleh kasi idea!
kenapa itu kerajaan setengah abad tak lah idea macam lu ada dalam satu komen?
12:31 PM,
Kamu cakap bodoh. Terang terang aku cakap kau bodoh.
Kau tak tau ke rasuah timbul sejak permulaan zaman. Dari orang ketiga selepas Adam dan Hawa.
Negeri Cina yang undang undangnya kasi hukum mati keatas sesiapa yang rasuah berat, sampai sekrang bergelumuran dengan rasuah.
Apa kau asyik tuduh rasuah. Semua orang tau. Semua parti buat. Kau cakap lah apa apa yang boleh memberangsangkan rakyat supaya jangan rasuah. Kau cadangkan supaya hukum mati yang rasuah berat, contohnya. Kau cakap sebiji pun tak guna nak buat apa?
Cuba kau diam dulu, fikir apa cadangan kau nak keluarkan, selain dari hujah hujah politik. Amacam?
Nak cadangkan supaya disekolah adakan himpunan supaya sianak yang bapaknya kena hukum bersalah rasuah dimalukan supaya anak anak lain tak buat? Boleh ka rakyat terima macam tu sebab sianak tak bersalah?
Cuba lah keluarkan apa saja cadangan yang tak berbau politik. Aku nak tengok kau. Boleh buat cadangan? Sila lah. Yang bagus aku akan puji kau. Sumpah. (Boleh sumpah ke kat sini?)
Aku ada urusan lain sekarang tapi harap nak baca cadangan kau selepas ini.
macha 12.43
kalu aku tak bodoh, macam mana aku boleh ditipu hidup2 lebih setengah abad?
PAS sering diperli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya sengaja mencipta isu pengundi hantu.
Kita tentu masih ingat bagaimana mantan Setiausaha SPR memperli kononnya jika benar pengundi hantu wujud sudah tentu kaki pengundi hantu tidak akan jejak tanah.
Boleh dikatakan pendirian rasmi SPR adalah menafikan dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya di negara ini.
Fenomena kewujudan pengundi hantu hakikatnya bukan rekaan PAS atau partai pembangkang.
Kewujudan pengundi hantu adalah satu realiti. Kewujudannya disenangi oleh pihak yang mendapat manfaat besar daripada pengundi tersebut.
Secara mudahnya pengundi hantu boleh didifinisikan sebagai pengundi yang tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk mengundi tetapi telah berjaya mengundi di dalam pilihan raya.
Pengundi hantu menjelma dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang paling biasa adalah pengundi yang namanya wujud berbilang kali di dalam daftar pemilih atau pengundi yang memiliki kad pengenalan palsu. Identiti di dalam kad pengenalan palsu tersebut sama dengan identiti pengundi yang sah di dalam daftar pemilih.
Petisyen pilihan raya Dun Likas di Sabah membuktikan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud. Di Likas pempetisyen berjaya membuktikan dua isu yang besar. Isu pertama kewujudan kad pengenalan palsu dalam kuantiti yang besar dan menggerunkan.
Isu kedua adalah kewujudan daftar pemilih yang tidak bersih dan amat-amat meragukan.
Isu nama pengundi yang sama bertindih di dalam daftar pemilih disahkan oleh Mahkamah.
Kesannya Hakim Dato’ Kamil Awang dengan penuh keberanian mengisytiharkan pilihan raya Likas tidak sah dan terbatal.
Saya katakan hakim tersebut berani kerana meskipun diarahkan oleh mantan Ketua Hakim Negara supaya beliau membatalkan petisyen Dun Likas, hakim tersebut tetap meneruskan perbicaraan dan membuat keputusan yang mengejutkan negara.
Dalam mana-mana negara yang bertamadun, demokratik dan cintakan pilihan raya yang adil dan bersih, keputusan mahkamah di Likas itu sepatutnya disambut secara positif oleh pihak Kerajaan dan SPR.
Negara yang maju dan matang demokrasinya akan membaiki kelemahan sistem pilihan raya jika dihidangkan dengan keputusan Mahkamah di Likas. Di Malaysia bagaimanapun tidak berlaku begitu.
Reaksi Kerajaan BN di atas keputusan Mahkamah di Likas adalah reaksi sakit hati dan dendam. Dendam pada hakim dan mereka yang berani mempersoalkan kebersihan daftar pemilih.
Jika Mahkamah di Likas membenarkan daftar pemilih dibantah di dalam kes petisyen pilihan raya bagi mengeluarkan ‘hantu-hantu’ di dalam daftar pemilih, hal yang sama tidak boleh lagi dilakukan selepas keputusan tersebut.
Selepas keputusan Mahkamah berkait kes pilihan raya Likas, Kerajaan BN meminda undangundang yang berkaitan. Pindaan tersebut boleh dikatakan ‘mesra hantu’ ( phantom’s friendly).
Mengapa? Pindaan tersebut melarang mana-mana daftar pemilih yang telah diwartakan untuk dicabar di mahkamah. Pindaan yang benar benar menggembirakan ‘hantu’ dan ‘bakal-bakal hantu’.
bersambung
sambungan
Adakah tidak ada jalan langsung untuk mencabar pengundi hantu di dalam undang-undang pilihan raya yang sedia ada?
Jawapannya ada tetapi undang undang yang ada lebih memihak kepada ‘hantu’.
Undang-undang pilihan raya iaitu Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menggelar pengundi hantu sebagai penyamaran (personation) dan ia dianggap sebagai amalan rasuah.
Namun, undang-undang yang sama juga meletakkan beban yang amat berat untuk kita mencabar penyamaran tersebut.
Berdasarkan seksyen 32(c) Akta yang sama, bagi membolehkan sesuatu pilihan raya dibatalkan oleh Mahkamah kerana terdapat penyamaran (pengundi hantu), kita bukan sahaja perlu membuktikan pengundi hantu itu wujud dan berlaku malah perlu membuktikan pengundi hantu itu wujud dengan keizinan calon atau dengan pengetahuan calon - suatu yang hampir mustahil untuk dibuktikan.
Pengalaman pasukan peguam PAS dalam petisyen Dun Pengkalan Pasir, Kelantan adalah satu contoh klasik. Di dalam petisyen Dun tersebut kami berjaya membuktikan kewujudan dua kes penyamaran (pengundi hantu - hantu betina dan hantu jantan).
Yang Arif Hakim Dato’ Hassan Lah juga mengakui hal tersebut.
Namun, kami gagal membatalkan pilihan raya Dun itu kerana tidak dapat membuktikan penyamaran itu berlaku dengan izin calon BN atau dengan pengetahuan beliau.
Jika pengundi hantu itu wujud hasil dari kraftangan agensi-agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mana mungkin pihak yang memfailkan petisyen dapat membuktikan hal tersebut?
Terdapat juga mekanisme lain untuk menghalang pengundi hantu mengundi iaitu Borang 11.
Borang 11 adalah borang yang perlu diisi oleh para pengundi yanb diragui identitinya meskipun nama beliau ada di dalam daftar pemilih.
Sebagai contoh jika A yang semua orang tahu telah mati tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih, beliau masih boleh mengundi jika ada orang yang memegang dan mengguna pakai kad pengenalan palsu beliau.
Jika orang yang menyamar sebagai A tersebut datang mengundi, beliau boleh diminta untuk mengisi Borang 11.
Jika orang itu benar benar menyamar ia akan pasti enggan mengisi Borang 11 tersebut. Mekanisme ini jika pun boleh mengesan pengundi hantu tetapi prosesnya sangat leceh dan tidak begitu berkesan.
Tidak keterlaluan untuk saya katakan berdasarkan pengalaman, ada juga pegawai SPR iaitu Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang tidak tahu kewujudan Borang 11!
Mekanisme paling mudah dan murah untuk mencegah penyamaran atau pengundi hantu sudah tentu pencalitan dakwat di jari para pengundi.
Percayalah jika BN atau SPR menentang penggunaan celupan dakwat sudah tentu ada sesuatu pada sistem tersebut yang ‘menghantui’ mereka.
Hanipa,
Pencalitan dakwat mungkin solusi terdekat kalau pengundi 'hantu' itu satu orang yang memiliki beberapa kad pengenalan.
Jikalau kad pengenalan diberi kepada setiap warga PATI (warga asing) untuk mereka mengundi, maka pengundi 'hantu' masih boleh turun mengundi beramai-ramai.
Mohamed Hanipa,
Saya benar benar tidak terbaca laporan keputusan bicara Likas dan Pengkalan Pasir itu. Mungkin tiada disini dimasa masa berkenaan.
Tolong beri link kapada website yang boleh dipercayai berkenaan dengannya. Contohnya website Mahkamah atau laporan Bernama.
Saya sanggup menerima fakta walau pun tidak sedap mendengarnya. Tapi saya mahu pastikan kesahihan maklumat itu dahulu.
Mohamed Hanipa Maidin,
Tahukah saudara bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat telah mendedahkan kepincangan sistem pilihan raya di negara ini dengan mendakwa manipulasi boleh berlaku pada Borang 11?
Menurut exconya Suhaizan Kaiat, Borang 11 merupakan borang yang membolehkan pengundi hantu untuk mengundi semasa pilihan raya.
Jelasnya, Borang 11 merupakan borang akuan daripada pemilih yang mungkin mempunyai sedikit perbezaan nama atau nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih yang menyebabkan beliau tidak dapat mengundi.
Bagaimanapun, ketua tempat mengundi katanya mempunyai kuasa yang besar untuk meluluskan sebarang permohonan daripada pemilih tadi dan membolehkan pemilih tadi mengundi seperti biasa.
Di sinilah ruang manipulasi yang boleh digunakan oleh pengundi hantu.
Borang 11 diperakukan oleh seksyen 20(1) dan 20(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 seperti berikut :
20 (1) Ketua tempat mengundi di mana-mana tempat mengundi boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki mana-mana pengundi, sebelum dia diberikan suatu kertas undi, untuk memberikan apa-apa keterangan mengenai identitinya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh ketua tempat mengundi dan untuk membuat serta menandatangani akuan yang dinyatakan dalam borang 11 dalam Jadual Pertama dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.
20 (2) Jika mana-mana orang tidak memberikan keterangan itu atau enggan membuat akuan itu, ketua tempat mengundi hendaklah enggan memberikan kertas undi kepadanya.
Beliau turut mengemukakan contoh situasi bagaimana manipulasi Borang 11 boleh berlaku, seperti berikut:
Pada awal pagi Sharudin Bin Hussain yang mempunyai kad pengenalan baru 660808-02-6013 mengundi di Dun Bukit Selambau, Parlimen Merbok, Kedah tanpa sebarang masalah.
Pada sebelah petang beliau mengundi di Dun Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah dengan membawa kad pengenalan yang sama namun nombor kad pengenalannya tidak sama dengan yang terdapat dalam daftar pemilih di Dun Pantai Merdeka. 4 digit nombor dihujungnya iaitu 6031 ditulis 5811 pada rekod daftar pemilih Dun Pantai Merdeka.
Maka beliau akan memberi alasan bahawa kad pengenalan lamanya sama iaitu A0509568. Oleh itu identiti Sharudin Bin Hussain dalam dafar pemilih Dun Pantai Merdeka, Parlimen Sungai Petani adalah identitinya.
Beliau mengisi borang 11 dengan menyatakan bahawa nombor 4 digit dibelakangnya adalah salah iaitu bukan 5811 sebaliknya 6013 seperti dalam kad pengenalannya yang sah.
Ketua tempat mengundi dengan kuasa yang ada padanya boleh meluluskan permohonan ini.
Maka Sharudin Bin Hussain boleh mengundi dua kali dalam pilihanraya tersebut.
Sehubungan itu, Suhaizan berkata ruang manipulasi borang 11 tersebut sewajibnya ditutup oleh SPR bagi mengelakkan pengundian lebih daripada sekali.
Dewan Pemuda PAS telah mendesak agar borang 11, seksyen 20(1) dan 20(2) digugurkan daripada Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
Walaupun ketua tempat mengundi mempunyai kuasa terhadap borang 11 tetapi kuasa ini sangat mudah dimanipulsi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pun pernah mengaku bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih yang sah.
Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll” yang secara tidak langsung beliau telah mengaku bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih yang sah.
DR M cabar Nik Aziz laksana HUDUD!
apa lagi? DR m dah pencen, dah xde kuasa nak hukum kelantan kalau kelantan buat HUDUD. cepat2 la, esok jugak bentang..
jgn seronok2 je fitnah org x bagi la, org halang la..ni org tu dah cabar, jgn nak spin2 lagi la..
-anti komunis-
anon 2:59PM;
Tahukah anda di dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu sahaja, PAS (tidak termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP) telah memfailkan 25 petisyen pilihan raya di seluruh negara dan di dalam kesemua petisyen tersebut SPR telah dijadikan pihak iaitu sebagi Responden. PKR juga telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ke atas SPR.
Mungkin ramai orang yang buta undang-undang itu keliru memandangkan petisyen yang difailkan ditolak oleh Mahkamah, maka bagi mereka, SPR adalah di pihak yang benar dan pilihan raya yang diadakan adalah mengikut undang-undang.
Kekeliruan orang ramai sebenarnya boleh dielakkan jika mereka mengambil masa sedikit membaca beberapa penghakiman yang ditulis oleh beberapa orang Hakim yang mendengar petisyen pilihan raya berhubung pengendalian pilihan raya oleh SPR.
Jika mereka membaca penghakiman tersebut adalah jelas terdapat “judicial recognitions” tentang perlanggaran undang-undang pilihan raya oleh SPR.
Di dalam kes petisyen yang difailkan oleh ahli PAS bagi Dun Pengkalan Pasir, Kelantan pempetisyen telah mendakwa bahawa SPR telah melanggar undang-undang pilihan raya antaranya perlanggaran seksyen 19(7) Peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981.
Yang Arif Hakim Dato’ Hassan Lah yang mendengar kes tersebut bersetuju bahawa terdapat perlanggaran undang-undang pilihan raya di dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau menyatakan di dalam penghakimannya:
“Pihak Responden Kedua (pegawai pengurus pilihan raya) dan Ketiga (SPR) tidak memanggil sebarang saksi untuk menafikan keterangan saksi-saksi pempetisyen berkaitan perkara ini. Dengan itu saya menerima keterangan SP 12, SP 13 dan SP 15 bahawa mereka telah tidak dibenarkan untuk mengundi bagi pihak ibu atau bapa mereka pada hari tersebut oleh petugas-petugas SPR di saluran-saluran tersebut.”
Di dalam kes yang sama, Hakim Dato’ Hassan Lah juga berpuashati bahawa terdapat orang lain yang telah mengundi (melalui penyamaran) dengan menggunakan nama pengundi yang sebenar yang terdapat di dalam daftar pemilih.
Hakim Dato Hassan Lah menyatakan:
“Berdasarkan keterangan-keterang an yang ada, saya telah berpuashati bahawa ada orang lain yang telah mengundi dengan menggunakan nama Yusuf bin Harun dan Zainab binti Mat Jusuh dan kedua-dua mereka telah tidak mengundi pada hari tersebut.”
cont...
cont...
Sekiranya mereka dan anda masih belum puas hati dengan bukti di atas, saya kemukakan di sini keputusan Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang di dalam kes Harris Mohd Salleh v The Returning Officer, Ismail Majin & Ors (2001) 3 CLJ 161 iaitu kes yang melibatkan petisyen pilihan raya di N 13 iaitu Dun Likas.
Antara isu utama dalam pilihan raya tersebut adalah isu daftar pemilih 1998 yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah.
Daftar pemilih untuk Dun Likas disahkan oleh SPR pada Disember 1998.
Sebelum tarikh itu terdapat 4,585 bantahan yang dibangkitkan bagi Senarai A dan 246 bantahan bagi Senarai B.
Senarai A mengandungi nama pengundi di mana semakan daftar pemilih hanya boleh dilakukan jika melibatkan pengundi yang mati dan pengundi yang hilang kelayakan.
Senarai B pula mengandungi nama mereka yang memohon untuk bertukar kawasan.
Semasa perbicaraan, pihak pempetisyen telah berjaya mengemukakan bukti 4,197 orang yang mempunyai kad pengenalan yang diragui.
Pempetisyen juga telah menerima dari orang ramai 36 kes kad pengenalan yang diragui di mana nama mereka ada di dalam daftar pemilih bagi Dun Likas dan pempetisyen telah membuat laporan polis (No Report 1438/1999) tetapi tiada penyiasatan dibuat oleh polis.
Meskipun SPR melalui pegawai pendaftarnya mengakui bahawa dia menerima sebanyak 4,585 bantahan terhadap Senarai A dan 246 bantahan ke atas Senarai B, namun tiada sebarang inkuiri diadakan sedangkan bantahan tersebut sepatutnya wajar didengar oleh SPR kerana ia melibatkan kelayakan seorang pengundi untuk mengundi.
Melalui surat SPR yang dikeluarkan oleh ibu pejabat SPR bertarikh 7 dan 8 Oktober 1998 (eksibit P21 dan P22) SPR secara jelas enggan membenarkan bantahan yang bermerit tersebut didengar oleh SPR Sabah.
Meskipun pempetisyen telah membuat rayuan kepada SPR Pusat, tiada sebarang jawapan ke atas rayuan tersebut.
Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang secara jelas menyelar tindakan SPR tersebut di dalam penghakimannya apabila beliau menyatakan :-
“The SPR has to face the truth. The 4,585 objections in List A were cases of persons having dubious identity cards or persons who had been convicted of having fake identity cards.
"The people who raised the objections were exercising their rights as citizens, and it is unthinkable that the SPR should shutt-off the objections in List A without public inquiry.
"It is a constitutional wrong for SPR to habe rejected the objections outright.
"More importantly, it is wrong for SPR to allow non-citizens and disqualified persons to be on the electoral roll as voters.
"It appears that the certification of the electoral roll for the 1998 Likas Constituency by SPR ultra vires the Constitution and is in fact illegal.” (m.s 175)
( Terjemahan: SPR harus berhadapan dengan kebenaran. 4,585 bantahan pada Senarai A adalah kes yang melibatkan orang-orang yang memiliki kad pengenalan yang diragui, atau orang-orang yang telah disabitkan di Mahkamah mempunyai kad pengenalan palsu.
Mereka yang membuat bantahan telah melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dan tidak dapat difikirkan SPR harus menutup pintu untuk membuat bantahan pada Senarai A tanpa perbicaraan awam.
Adalah bercanggah dengan Perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan begitu sahaja.
Yang lebih penting adalah satu kesilapan untuk SPR membenarkan bukan warganegara dan orang yang hilang kelayakan berada di daftar pemilih sebagai pengundi…)
Hakim tersebut juga telah menyatakan bahawa nama-nama berikut iaitu Kassim bin Ali No KP H 508335; Anwar No KP H 512235 dan Kadir Labak No KP H 0454652 telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah di Tawau di atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu namun nama-nama mereka masih berada di Daftar Pemilih 1998 di Dun Likas tanpa SPR membuang nama-nama tersebut.
Hakim Dato’ Muhammad Kamil bertanya soalan berikut kepada SPR:
“Why has the SPR failed to hold a public inquiry and have their names deleted from the Electoral Roll?” (m.s. 177)
6:23 PM & sambungannya,
Saya nak dengar dari Mohd Hanipa sendiri dulu.
Lpeas tu baru saya baca perenggan perenggan lain komen anda itu.
Saya mahu link kapada laman web yang boleh dipercayai, seperti yang saya sudah katakan.
aiyoh ma thamby...
lu masih mau itu link...manjanya...
http://harismibrahim.files.wordpress.com/2010/04/likas-case.pdf
Banyak bolo la lu. baca lah apa olang tulis. Baca 4, 5 kali kalau lu tak faham juga.
6:58 PM
wa punya komen 7:55 PM diatas untuk lu.
haiyah
macam mana tak lah jadi bodoh. bukan satu tahun tapi sudah lebih 50 tahun sudah kena kasi tipu.
tok sah baca 5 kali.
sudah kasi baca sampai lebih 50 tahun pun tak lah faham.
aiyoyo thamby 7.57pm
itu orang tak lah baca. itu orang mau itu link baru kasi baca.
mana boleh cakap wa bodoh kasi itu link untuk orang itu baca?
orang itu mau bukti. kita kasi bukti lah. kasi bukti itu bodoh kah?
podah!
podah!
8:08 PM,
Awak faham kah apa makna bukti?
Tengok Kamus lah.
Dah bagi link yg tunjuk bukti, kini nak putar alam pulak dengan kamus?
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menytakan
bukti =
keterangan yang nyata,
dalil,
saksi,
kesungguhan.
Contohnya, kad pengenalan ada lah bukti identiti.
dalil =
alasan (yang menguatkan kebenaran terutama ayat ayat Qur'an),
bukti,
keterangan.
Jadi, yang mengatakan ada Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan kad pengenalan untuk "pengundi hantu" dan sebagainya itu, ada bukti ke tidak?
Apa kah dakyah politik semata mata.
dakyah =
penyaranan (penyibaran) fahaman unntuk mendapat bantuan (sokongan).
Jadi, dakyah tidak semestinya benar. Banyak yang sampai ke tahap membohong, untuk mendapat sokongan politik. Perlu ada saksi.
saksi =
1. orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)
2. keterangan yang diberi oleh orang yang melihat (mengtahui dll),
bukti,
kenyataan.
Perpandulah kita kapada apa yang terkamus diatas. Ikutilah mana yang benar. Jauhilah dari mana yang tidak.
Awasilah, wahai insan.
6.40 am
Mereka nie berani dan terang lagi bersuluh memutar alam sebab mereka belajar dari ketua mereka mamak kutty yang kata Melayu itu 'docile'.
Mereka tahu majoriti Melayu tidak pegang kepada tali Allah yang menyeru umatnya periksa setiap berita yang diterima.
Sungguhpun link yang dipinta dan bukti yang ternyata dalam link tersebut, mereka tahu majoriti pembaca tidak akan pergi ke link tersebut. Maka, mulalah putar alam kerana mereka tahu majoriti akan mudah ditipu hidup2 tanpa usul periksa.
Saya menyeru pembaca pergi ke link ini;
http://harismibrahim.files.wordpress.com/2010/04/likas-case.pdf
Penghakiman oleh hakim yang arif tentang SPR.
Muat turun pdf tersebut dan tolong sebarkan.
7:36 AM,
Orang mintak kau berikan link yang boleh diorng percaya, kau berilah.
Link haris ke sapa, siapa nak tengok. Semua orang tau dia pembangkang. Tak tau entah apa ditulisnya. Buang masa saja orang nak cuba.
Kau yang nak "bukti" kan sesuatu, kau buatlah mana yang perlu.
Kan orang dah kasi tau apa makna bukti dna mcm mcm lagi tu.
Orang dah cakap kau bodoh. Nanti orang cakap kau bahalol pulak, marah lagi.
Cuba lah kerjasama. Kerjasama jangan buat orang ngata kau macam macam lagi.
Cari berita Bernama ke laman Mahkamah ke yang orang mintak lah. Kalu tak sanggup cari, tak payah keluarkan link blog pembangkang lah untuk menyokong Pembangkang.
BUKTI Penghakiman terhadap SPR
Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya meminta pembaca yang setia kepada Kebenaran supaya muat turun (download) PDF dari link tersebut dan simpan ke dalam desktop.
Kemudian emelkan sebagai PAUTAN (attachment) kepada saudara dan sahabat yang sehaluan kepada Kebenaran.
Link yang mempunyai pdf kehakiman tersebut boleh dimuat turn di;
http://harismibrahim.files.wordpress.com/2010/04/likas-case.pdf
Elok juga di salin penulisan di bawah dengan terjemahannya kerana penghakiman dalam bentuk pdf tersebut terlalu panjang untuk dibaca :-
KEPUTUSAN Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang di dalam kes Harris Mohd Salleh v The Returning Officer, Ismail Majin & Ors (2001) 3 CLJ 161 iaitu kes yang melibatkan petisyen pilihan raya di N 13 iaitu Dun Likas.
Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang secara jelas menyelar tindakan SPR tersebut di dalam penghakimannya apabila beliau menyatakan :-
“The SPR has to face the truth. The 4,585 objections in List A were cases of persons having dubious identity cards or persons who had been convicted of having fake identity cards.
"The people who raised the objections were exercising their rights as citizens, and it is unthinkable that the SPR should shutt-off the objections in List A without public inquiry.
"It is a constitutional wrong for SPR to habe rejected the objections outright.
"More importantly, it is wrong for SPR to allow non-citizens and disqualified persons to be on the electoral roll as voters.
"It appears that the certification of the electoral roll for the 1998 Likas Constituency by SPR ultra vires the Constitution and is in fact illegal.” (m.s 175)
( Terjemahan: SPR harus berhadapan dengan kebenaran. 4,585 bantahan pada Senarai A adalah kes yang melibatkan orang-orang yang memiliki kad pengenalan yang diragui, atau orang-orang yang telah disabitkan di Mahkamah mempunyai kad pengenalan palsu.
Mereka yang membuat bantahan telah melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dan tidak dapat difikirkan SPR harus menutup pintu untuk membuat bantahan pada Senarai A tanpa perbicaraan awam.
Adalah bercanggah dengan Perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan begitu sahaja.
Yang lebih penting adalah satu kesilapan untuk SPR membenarkan bukan warganegara dan orang yang hilang kelayakan berada di daftar pemilih sebagai pengundi…)
Hakim tersebut juga telah menyatakan bahawa nama-nama berikut iaitu Kassim bin Ali No KP H 508335; Anwar No KP H 512235 dan Kadir Labak No KP H 0454652 telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah di Tawau di atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu namun nama-nama mereka masih berada di Daftar Pemilih 1998 di Dun Likas tanpa SPR membuang nama-nama tersebut.
Hakim Dato’ Muhammad Kamil bertanya soalan berikut kepada SPR:
“Why has the SPR failed to hold a public inquiry and have their names deleted from the Electoral Roll?” (m.s. 177)
Bercakap tentang bebal, baru-baru ini terdapat kontroversi penghinaan syahadah dalam filem Hantu Bonceng. Walau apa pun ulasannya, sama ada dipersetujui oleh 'ustaz' di LPF, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Dua kalimah syahadah wajib diucapkan secara penuh dan lengkap.
Pengarah Melayu Islam menganggap perkara ini sebagai biasa malah menganggap orang yang menegurnya sebagai pandir. Bebal sombong betul!
Kita sudah sampai tahap dimana orang Islam sendiri tidak memandang mulia ucapan dua kalimah syahadah malah syahadah tersebut boleh dipotong dan disambung dengan perkataan lain (walaupun bukan senafas).
Nak buat macam mana, kita juga menyokong filem-filem sebegini yang memuatkan tampalan berunsur Islam secara tidak tepat.
8:07 AM,
Saya yang minta link kapada website Mahkamah atau berita Bernama berkenaan penghakiman itu.
Ini sebab bermacam tipu helah berlaku dialam citra. Diblog ini juga ada hamba hamba Allah yang meniru nama orang orang yang biasa komen disini, menyamar berbagai cara. Contoh contohnya ada dikomen komen 1-2 pos yang lalu dan sebelomnya.
Maka siapa yang mahu membuktikan sesutau dakwaan perlulah memberi link seperti yang diminta itu.
Jika tidak, apa yang didakwa atau di tuduh tinggal sebagai dakwaan dan tuduhan semata mata dan tidak dapat dipercayai.
Di alam citra, tidak ada so'al "sudah terang lagi disuluh." Sebab banyak yang menangguk diair keroh. Air selalu keroh dimalam bulan tidak mengambang dan biasanya tidak terang. Maka selalu pulak bulan tidak mengambang.
Tanggung jawab atau "onus" memeberi bukti atau meyaakinkan pembaca disini - atau dimana mana pun dialam citra - adalah pada orang yang mahu meyaakinkan pembaca itu.
Harap maalom.
Berkenaan komen mengatakan banyak orang komen disini secara Anonymous tu, saya mengaku juga terbawak dengan arus buat begitu.
Tapi senang nak komen Anon tu, taip saja, tekan butang Publish.
Saya ada beberapa kali cuba masuk dengan nama saya diatas, kadang lupa password, kadang silap taip email add atau password, nak cepat tak sempat, tak komen.
Kalau dengan anon tak berapa minit saja boleh satu komen. Asal jangan merepek aje dah lah.
Tapi saya fikir tak mustahak nak pakai nama atau cara anon. Ikut suka diri sendiri lah.
Tapi saya setuju Siti Najwa kata banyak komen tak ikut topic Prof Ridhuan.
Ni satu lagi hal. Saya pun ada buat begitu. Nak kata ikut arus saja, tak boleh. Kena tanggung jawab sendiri.
Tapi selalunya tak ada masa nak baca penuh tulisan Professoor tu. Main nak jawab siapa yang cakap kurang sedap saja. Atau nak kasi tau sikit berita.
Tapi nak cuba lah lepas ni. Kalau tak dapat ikut perbincangan Prof tu pun, sekurang kurangnya cakap benda yang ada sikit kaitan dengan tajuk lah.
Amacam, boleh kita cuba kawan kawan?
Mana geng lama ada yang tak keluar? Masih berRaya ke? Apa khabar tokgaru, Aldan, lebih biasa dari kebiasaan, Rawang dan lain lain yang seangkatan. Ikhwan nampaknya ada keluar mengucapkan selamat hari raya.
Tak terlambat sangat rasanya, saya juga ucapkan Selamat Hari Raya.
Saya menyokong pandangan DR...kita banyak membuang masa dengan perkara yang menyusahkan kehidupan seluruh rakyat malaysia...Isu ekonomi, isu kewangan dunia, semuanya ditutup dan didiamkan...Dan hanya sedikit saja info yang dikongsi..
Isu nasionalisme digembar gemburkan...nk memberitahu bahawa pemerintahan kapitalis lebih bagus dari pemerintahan islam...Terang lagi bersuluh, PAS yang dulu menegakkan untuk membangunkan negara islam, telah bertukar kepada negara berkebajikan....hujah yang saya baca dari blog Abdul hadi & Tuan guru nik aziz, menampakkan kebuntuan untuk mengulas erti & maksud negara berkebajikan....Saya menjadi heran kerna mereka menukar segala perancangan terdahulu...
Ditambah lagi dengan penyebaran khilafah didalam internet. saya nampak akan kesungguhan mereka untuk menegakkan khilafah.
Apa yang mereka semua lakukan ; UMNO, PAS, KHILAFAH & pelbagai gerakan islam menyebabkan generasi baru tertanya2, siapa harus mereka ikuti...
nFx
http://noframex.blogspot.com
http://framefx.blogspot.com
klu nak diikutkan komen yg lari dari tajuk tu lah salah satu punca satu2 perbincangan tak selesai. maka jadilah timbunan isu2 terbengkalai tak begitu Abda?
kalau negara ni penuh dgn orang yg tak mampu memberi fokus kpd sesuatu hal dan asyik menyimpang siur fokusnya, tukar kerajaan puluh kali pun tak maju2. sbb mentaliti masyarakat yang gagal menumpukan pemikiran pada sesuatu hal. natijahnya, daya dan usaha yang maksimum tidak dapat digerakkan
Saya fikir perbincangan tak boleh selesai punya, Siti Najwa.
Walau macam mana pun, dimana mana mana pun. DiMahkamah pun sampai Mahkamah paling tinggi pun tak puas hati juga lagi.
Tak boleh buat apa lagi, mencaci pulak disana sini. Sejak Tun Dol, gomen nampak macam biarkan saja. Banyak yang naik muka.
Teoh Beng Hock pun tak dapat rest in peace. Minta COI, dah buat COI, pun tak terima pulak.
Sekarang isteri pegawai Kastam Sarbaini pulak keluar kenyataan. Tak tau lah. Kalau dia cakap sendiri mungkin saya percaya. Tapi cuma keluar kenyataan/ statement bertulis. Tak taulah jika dia "dinasihat" loyar yang sama mcm TBH ke.
Saya dah bosan dibuatnya. Pulak kata nak hapuskan ISA. Saya harap ada gantinya yang sama kesannya.
DiBangsa Bangsa Bersatu pun tak boleh selesai. Palestin nak ikrar negara sendiri pun tak dapat - dulu Israel dapat. Amerika ada banyak Yahudi, duit Yahudi banyak masuk kempen Presiden Amerika. Amerika kata tak boleh.
Kalau ada jalan lain nak selesaikan macam macam tak betul dinegara ini saja pun, tolong lah beri tau.
Maanusia sentiasa berbeza fikiran, bergaduh, berperang sejak beribu tahun.
Lepas Perang Dunia Pertama, League of Nations ditubuhkan untuk mengelakkan perang lagi. Tahan 20 tahun. Perang Dunia Kedua pulak. Sekarang dah 60 tahun tak perang dunia. Tapi perang lain ada disana sini. DiKorea, Vietnam, Timur Tengah, Argentina, Iraq, Afghanistan. Bully membully macam Yahudi Zionis diIsrael keatas Arab diPalestin.
DiMalaysia bangkang membangkang hingga yang tak betul dikata betul, yang betul dikata tak betul. Tuduh menuduh tak habis habis. Tuduh liar pulak tu. Tak ada bukti, justifikasi, fakta, walau apa apa penerangan. Lihatlah diblog blog Pembangkang. Bukan main banyak yang menuduh liar, komen satu ayat, satu baris saja pun.
Banyak yang bebal dan pandir. Nakkan undi punya pasal, kominis pun dikata wira. Sejarah pun nak ditukar.
Banyak pulak yang ultra kiasu. Pentingkan diri sendiri melampau sangat. Tak kisahkan orang lain. Tak mau ketinggalan konon. Tak mau kalah. Jenis DAP. Nakkan sama rata tapi Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak depa tak diakui pun. Sejak mula DAP ditubuhkan, memikul sepandok rasis dan subversif Malaysian Malaysia kononnya.
Namun demikian, kita tak boleh putus asa. Mesti cuba patahkan tuduhan tuduhan depa. Berterusan.
Depa bangkang kita bangkang. Depa tuduh kita tuduh. Kita beri bukti, kalau tak, kita beri justifikasi, atau penerangan, atau hujah hujah yang menasabah.
saya ingat selagi bernama parti selagi itulah kita berpecah belah berdasarkan ideologi parti masing-masing.
Pada pandangan saya secara makronya - ada 3 predicaments iaitu islam, melayu dan who is in charge. diwaktu ini, di antara 3 faktor tadi yang mana satu lebih penting?
Jangan lupa jika kita in charge kita boleh adjust banyak benda. otherwise, kita boleh meyembang sampai kiamat agaknya.
Saya jugak nak dapatkan feedback samada kebajikan rakyat dan kemakmuran orang melayu/islam di negeri2 kelantan, kedah dan selangor semakin meningkat mendadak di bidang2 akademik dan ekonomi. jika terbukti banyak kelebihan dan kemajuan ianya harus diikuti terutama yang melibatkan aktiviti ekonomi dan fardhu kifayah orang islam ni.
jadi, apakah analisa terakhir anda?
Maanusia hidup berdasarkan bangsa atau kaum (race) sejak berzaman dan tidak akan bertukar selagi tidak ada pemerintah yang tegas, mungkin fascist, seperti diThailand disuatu masa dahulu, yang memaksa penduduk disana menukar nama, pakaian dan cara hidup kapada yang diguna kaum majoriti disitu.
DiAmerika keadaannya berlain dan perkembangan sejarahnya seperti itu tidak akan timbul lagi dimana mana didunia ini.
Di Malaysia, politik berdasarkan bangsa telah dibenarkan penjajah British. Parti parti politik mengikut kaum telah didaftarkan dan tidak akan bertukar melainkan ada pemimpin yang tegas dan berani atau pemerintahan tentera timbul dan menukarkannya.
Politik akan begerak berdasarkan bangsa dan apa yang dikatakan bangsa Malaysia tidak akan timbul selagi ada merka yang tidak hormatkan dan patuhi Perlembagaan sepenuhnya. Isu Bahasa Malaysia, hormatkan agama Islam, Kedudukan Istimewa Melayu akan berterusan.
Pecah memecah bangsa majoriti dinegara ini akan juga berterusan dan yang "in charge kita" akan "adjust banyak benda" tapi arah kapada mendapat undi. Saya fikir memang kita akan "meyembang sampai kiamat".
Berkenaan "feedback" kebajikan rakyat dan kemakmuran orang melayu/islam di negeri2 kelantan, Kedah dan Selangor, saya fikir tidak "semakin meningkat mendadak di bidang2 akademik dan ekonomi". Feedback yang baik ialah berdasarkan kapada angka angka yang dikeluarkan oleh yunit perancang ekonomi tetapi sudah banyak sangat tipu menipu, tuntut menuntut kebelakangan ini, susah nak percaya.
Fikir saja lah Lim Guan Eng DAP Penang menuntut mereka berjaya membawa tanaman modal beribu juta Ringgit dari German masakan DS Najib kata dia yang mula pergi ke Germany, bercakap dengan syarikat berkenaan, kemudian pegawai pegawai MIDA dll berjumpa mereka lagi diSingapore dan KL, luluskan beberapa kelonggaran syarat yang diminta, akhirnya syarikat itu buat keputusan menumpukan tanaman modal bahru mereka itu diPenang sebab mereka sudah ada kilang disana dan Kerajaan pusat membenarkannya asalkan mereka tanam modal dinegara ini.
Jadi, Kerajaan Selangor, Kedah dan Kelantan juga mesti menuntut mereka telah memajukan dan telah giat dengan aktiviti ekonomi dan fardhu kifayah orang islam juga. Tapi kita tahu negeri negeri itu kekurangan wang bagi memajukan ekonominya.
Kerjaan Federal tidak memberi wang berbentuk "grant" atau sebagainya kapada negeri negri yang diperintah Pembangkang. Hingga MB Khalid Ibrahim suatu masa dahulu bercadang menggunakan wang zakat bagi projek pembangunan negeri Selangor, tetapi tak jadi sebab ditegur Sultan Selangor.
Begitu juga diKelantan. Papan makluman projek ditepi jalan selalunya menyatakan projek Kerajaan Federal membina sekolah, pejabat dll. Hampir tiada projek swasta pada keseluruhannya. DiKota Bharu ada projek seperti Mall dan hotel besar tetapi tidak memajukan orang Islam secara terus menerus. Orang Melayu Kelantan masih berduyun duyun keluar negeri itu mencari kerja dinegeri negeri lain.
Jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.
Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.
Jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara).
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Al-Hujurat 9.
Jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu – mendorong kamu menceroboh.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Al-Maidah 2.
Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Ar-Rum 6-9.
Situasi negara kini gawat dengan krisis identiti dan keyakinan. Maka lahirlah kenyataan yang bebal, pandir dan flip flop tentang kemerdekaan, wira, hala tuju bangsa Malaysia (?), pendidikan dan ekonomi.
Pandangan saya:
1. Kemerdekaan- secara teknikal Tanah Melayu adalah protectorate (naungan) British. Lihat dimana2 rujukan, istilah ini digunakan British utk me'mutih'kan diri mereka dr aspek sejarah. Tapi natijahnya kita dijajah (secara halus) kerana pemerintahan negara tertakluk kepada British.
2. Wira negara perlu dilihat secara lebih teliti berdasarkan perjuangan mereka di kala itu dan bukan sembrono bhw UMNO sahaja lah wira negara seperti dalam fakta Sejarah yg pernah saya pelajari dahulu. Perjuangan komunis walau ia menentang British tetapi matlamatnya ialah pembentukkan negara komunis berkiblatkan China. Sudah berkurun penjajahan British, tapi kita berada dlm keadaan tidak sedar adakah Polis dan penjawat awam (merujuk kpd Bukit kepong)sebagai entiti kerajaan Tanah Melayu yang berdaulat (sebagai protectorate shj) atau pegawai British. Kesempitan kita menganalisa fakta sejarah saya kira didorong oleh rasa bongkak kerajaan yang diberi kemerdekaan oleh British hingga sanggup mengkesamping perjuangan berasaskan agama seperti Tok janggut yang digantung kaki ke atas oleh British.
samb.
3. hala tuju bangsa Malaysia? Pada saya ia berkait rapat dgn sistem pendidikan, ekonomi, politik, sosial, perundangan dan keseluruhan sistem negara. Saya kurang setuju dgn penggunaan bangsa Malaysia disebabkan faktor pegangan agama dan kaum-kaum terbesar. Sejak diberi kemerdekaan,perlembagaan menyatakan Islam adalah agama rasmi dan penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka. Orang melayu lazimnya Islam (ada yg nama shj Islam tetapi mahu ambil separuh2, mengenepikan Al-Quran, hadith dan sunnah. Dlm blog ini ada juga yg marah apabila diberi ayat2 quran....). Bila ini terjadi pembangunan fizikal (kerajaan berjaya dlm hal ini) tidak selari dgn pembangunan rohani dan emosi. Lihat shj gejala sosial dan kepimpinan, dadah, zina, rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dll. .
Dr RT
Isu terkini adalah berkenaan Nik Aziz nak laksanakan Hudud di Kelantan, Kelantan sahaja tak melibatkan negeri2 lain.
Saya setuju dan menyokong penuh.
Harap saudara tulis artikel dalam blog ini tentang Hudud untuk di bincangkan. Saya pasti topik ini akan mendapat sambutan.
Harap tidak dihampakan.
Akibat kurang ilmu dunia dan agama, mereka ini bebal, pandir dan bertindak mengikut nafsu. Hari ini PPSMI, esok lain, lps tu wallahualam. Yg jadi guinea pignya adalah murid2 yg bakal mewarisi pendidikan yg gagal dan berkecamuk kerana pemimpin yg bercelaru. Ank muda masa kini adalah hasil pendidikan 10- 20 tahun yg lepas. Lihatlah bagaimana hasil sistem pendidikan kita pd masa itu.
Yg nmpk lompong sumber duit akan bertindak bijak membolot wang rakyat. Di sini lah KELEMAHAN yg yg mengembangbiak budaya rasuah, beli undi, salahguna kuasa dll hingga tiada pendirian tegas dlm sesuatu isu.
Suasana gawat ini diburukkan dgn 'politiking' yg keterlaluan, baik BN mahupun PR. Utk PAS lebihkan bekerja dan kurangkan terlalu berpolitik walau politik sebahagian dr agama. Tindakan PAS dlm isu hudud lbh bersifat damage control demi undi kerana isu Bukit Kepong selain merasakan sokongan Melayu Islam berkurangan. Tidak dinafikan sesbuah parti memerlukan undi utk memerintah tetapi sebagai parti Islam jgn bersikap keterlaluan sanggup ditunggangi. Politik keterlaluan PAS tidak kelihatan cantik dgn imej Islamnya. UMNO pula bersikap talam dua muka nak menjaga hati orang Melayu dan bukan Melayu juga demi undidlm isu hudud ini.
Sekiranya kita bijak, kembalilah kepada Islam dan berpegang dgn tali agama Allah. InsyaAllah kita tidak bebal, pandir dan segalanya yn buruk
9.29pm,
" Lihat shj gejala sosial dan kepimpinan, dadah, zina, rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dll. "
wahai saudara, saya setuju dengan kenyataan atas saudara. Marilah sama sama kita bertaubat dan kembali kepada Allah dan MENOLAK regim UMNO-BN yang telah memimpin sekian lama dan penyebab utama gejala2 sosial diatas berlaku.
1.35pm
UMNO dari dulu, kini dan selama-lamanya TIDAK akan ditolak.
Majoriti dari dulu, kini dan selama-lamanya akan tetap dengan UMNO.
Dari dulu, kini dan selama-lamanya akan ada pengundi hantu mengundi UMNO!
Saya merasa sedih kerana masih ramai yang bebal dan pak pandir moden menulis di ruangan ini. Semangat kepartian yang melampau di iringi dengan kebencian kepada individu tertentu menjadikan individu melayu ISLAM tidak dapat memahami mesej yang cuba di sampaikan melalui penulisan ini. Semuga kita memahami bidalan orang tua-tua, Ayam di Kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan
PEMBANGKANG DAP,
Eloklah kita mengaku, ramai di kalangan kita membesar dan mendapat pendidikan di luar negara dengan duit yang kurang suci, iaitu samada duit rasuah yg diberikan kpd ayah kita sebagai menteri, ketua Bahagian, pegawai kerajaan dan sebagaunya atau biasiswa yg diberikan kita tidak berasaskan natijah kecemerlangan, tapi atas dasar pilih kasih!
Jika ayah kita terlamabat taubat, atau malu untuk mengaku kesalahan kerana rasa itu keaiban yang besar, sekurang-kurang kita yang sedar tentang hukum halal-haram tidak mengulangi kesilapan ayah kita!
Masa depan orang Melayu adalah malap tanpa diterangi cahaya Islam!
Orang Melayu mesti serious dengan Islam! Allah akan tarik segala nikmat jika kita terus membelakangkan Islam!
Post a Comment