(Sinar Harian 21 November 2011)
Pengalaman mengacarakan rancangan Salam Baitullah 2011,TV1, selama 20 malam berturut benar-benar mencabar minda. Keluar kerja seawal pagi, balik lewat malam, menunaikan tanggungjawab. Namun, hati ini merasa puas, kerana rancangan agama ini mendapat sambutan yang amat baik dari penonton. Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan, terutama dalam menyampaikan makna ibadah haji yang sebenar. Ini kerana ramai yang masih keliru akan makna yang tersurat dan tersirat di sebalik ibadah mulia ini.
Ada yang beranggapan bahawa tujuan hajilah adalah untuk ‘mencuci dosa’, tempat menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Jika begitulah keadaannya, sudah tentu kemuncak mengerjakannya ketika usia tua, kerana banyak dosa yang telah dikumpulkan. Usia muda disia-siakan dengan melakukan dosa. Seolah-olah melakukan dosa seharian adalah sesuatu yang dibenarkan. Sebelum itu, kita jarang menyesali atau menghisab dosa yang telah dilakukan. Kenapa pergi ke Mekah, barulah segalanya bermula, yakni bertaubat. Namun, tidak kurang juga yang tidak berubah, walaupun telah pergi ke Baitullah Suci berkali-kali, kerana mereka beranggapan akan berpeluang lagi ke Mekah untuk mencuci dosa atau bertaubat lagi.
Tindakan ini seolah-olah mempermainkan-mainkan Islam. Bila timbul rasa berdosa, atau menghadapi masalah, maka Baitullahlah tempatnya untuk mencari ketenangan dan pengampunan. Persoalannya, apakah sebelum ke Baitullah kita tidak perlu bertaubat? Kita terus membiarkan diri berdosa? Kita tahu salah, kita terus buat dan lakukan kesalahan yang sama, kerana ada tempat untuk menyucikannya. Saya tidak menafikan ada yang telah berubah selepas ke sana.
Tetapi jangan letakkan dalam kepala kita bahawa mengunjungi adalah titik tolak untuk berubah. Seolah-olah haji ini bertujuan menjadikan kita insan tidak berdosa. Perlu diingat, ibadah haji adalah puncak kepada segala kebaikan. Seperti kata Dr Shariati, “is a show of creation, a show of history, a show of unity, a show of the Islamic ideology and a show of the Ummah”. Islam adalah agama yang terbaik. Umat Islam sepatutnya menjadi baik sejak mengenali Islam. Tidak timbul pergi haji baru boleh jadi baik.
Tidakkah umat Islam perlu sentiasa menjadi baik sepanjang masa? Lagi pula tidak semua mampu mengerjakan fardu haji. Adakah mereka yang tidak berkesempatan ke baitullah, maka dosa mereka tidak terampun? Jika demikian, maka rugilah menjadi umat Islam yang berada jauh dari Baitullah. Yang beruntung adalah orang Arab Saudi atau yang tinggal berdekatan dengan Baitullah, kerana mereka dapat menatap dan mengerjakan umrah dan haji berkali-kali atau sepanjang tahun. Merekalah yang akan memenuhi syurga berbanding kita di sini.
Perlu diingatkan, bahawa mengerjakan haji dan umrah adalah tanggungjawab individu, sedangkan membantu orang Islam antara hidup dan mati adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan kerana ia melibatkan masyarakat atau orang ramai. Kewajipan mengerjakan haji menjadi tidak wajib, jika ada umat Islam yang lebih memerlukan wang haji kita itu, misalnya membantu umat Islam yang kelaparan di Somalia. Sebab itulah haji diwajib sekali seumur hidup. Bukannya pergi berkali-kali sehingga peluang orang lain tertutup.
Lucu sekali membawa berita seorang artis berkata, hidupnya tidak akan sempurna jika tidak menunaikan umrah di bulan Ramadan. Ternyata ilmu kita terhadap Islam amat cetek. Pergilah umrah beratus kalipun sama ada di bulan Ramadan atau tidak, pahala sunat tidak akan dapat memadamkan dosa meninggalkan kewajipan fardu, misalnya menutup aurat, meninggal solat lima waktu dan sebagainya, kecuali kita jahil dan tidak faham akan kewajipan kepada Allah SWT.
Lebih baik lagi jika wang untuk menunaikan fardu haji tersebut digunakan untuk membantu mereka yang pergi mencari bantuan daripada gereja. Pahalanya sudah pasti lebih besar daripada pahala mengerjakan umrah beratus kali. Sama seperti membantu umat Islam di Somalia dan Palestin, jauh lebih besar pahalanya daripada mengerjakan umrah. Yakinlah bahawa haji dan umrah tidak dapat membeli syurga, sedang syurga di depan mata, yakni membantu mereka yang memerlukan dilupakan begitu sahaja. Sebanyak mana pun wang yang dibelanjakan, tidak akan sama pahalanya membelanjakan untuk kepentingan diri dengan kepentingan umat.
Ini kerana menyelamatkan akidah umat Islam adalah wajib. Sudah tentu kewajipannya mengatasi ibadah individu seperti mengerjakan haji apatah umrah yang sunat. Sebab itu antara syarat mengerjakan haji adalah jika mampu (fizikal dan material). Umat Islam sewajarnya dapat membezakan kewajipan sunat dan fardu. Misalnya solat sunat edul adha, kita berebut-rebut ke masjid mendirikan solat sunat, sedangkan solat fardu jumaat dan solat fardu seharian kita tidak ambil pusing. Bila tiba yang sunat, kita bersungguh-sungguh.
Yusuf al-Qaradawi mengatakan jika keadaan umat Islam mendesak, wang yang dikumpulkan untuk menunaikan haji, lebih baik disedekahkan kepada mereka yang memerlukan daripada menunaikan haji. Isunya di sini bukan ibadah haji itu, tetapi soal survival umat Islam secara keseluruhan. Apa guna jika semua umat Islam telah menunaikan tetapi pada masa sama maruah Islam diinjak-injak.
Apabila Ibn Abbas ditanya mengenai ibadat haji, beliau menjawab di dalam ibadat haji itu dipenuhi dengan hikmah yang dalam, nikmat yang besar, rahsia yang tidak terungkap oleh lidah yang bertutur. Ingatlah peristiwa Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida’ yang penuh dengan kenangan detik-detik terakhir Rasulullah menyampaikan wahyu al-Quran. Ini adalah kali terakhir Rasulullah mengunjungi Mekah dan Kaabah. Pada waktu itu, Tuhan menyempurnakan agama Islam kepada umat manusia dan mencukupkan nikmat-nikmatNya.
Rasulullah menyampaikan pesanan-pesanan penting kepada umatnya. Baginda menyampaikan beberapa pesan yang memperingatkan kepada kita berkaitan kesempurnaan agama. Di antara pesanan baginda adalah, pertama, sesiapa telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya. Kedua, berpegang teguh padanya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Ianya adalah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis). Ketiga, setiap muslim adalah saudara muslim yang lain. Seseorang tidak dibenarkan (mengambil hak) saudaranya, kecuali dengan pemberian yang senang hati.
Ingatan Baginda amat jelas akan betapa perlunya kemaslahatan umat diberikan prioriti utama dalam kehidupan berbanding individu. Apa guna darjat diri terangkat, jika maruah umat dan Islam dipijak-pijak.
Justeru, adalah baik untuk kita memahami serba sedikit tentang falsafah di sebalik ibadah Haji. Profesor Hitti, seorang sarjana terkemuka di German, pernah berkata, tidak pernah ada dalam sejarah manusia, boleh mengumpulkan sejumlah manusia yang begitu ramai, berlainan bangsa dan darjat, melakukan ibadah yang sama pada satu masa dan ketika, melainkan agama Islam. Namun, Hitti merasa amat hairan kenapa falsafah haji yang sebegitu besar tidak diterjemahkan dalam bentuk realiti. Umat Islam masih berpecah belah, seolah haji tidak meninggalkan kesan apa-apa. Maka, ingatlah para haji dan hajjah, kemuncak kepada haji yang mabrur adalah kita mengamalkan segala kebaikan yang selama ini kita dilakukan berada di Baitullah. Janganlah menjadi orang lain pula apabila telah pulang ke tanah air. Ingatlah walaupun Baitullah jauh di mata, tetapi ia tetap dekat di hati.
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Monday, November 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



18 comments:
Menarik tajuk kali ini.
Memang masih ada yang anggap pergi haji tu macam pergi cuci dosa. Sebab itu dulu2 orang balik haji yang lelaki di panggil Pak Aji dan yang perempuan di panggil Mak Aji. Lepas tu, setelah sebulan balik dari haji yang lelakinya masih lekat jubah dan serban di badan, manakala yang perempuannya sampai ke mati melekat pakaian yang menutup aurat di badannya.
Tapi Pak Aji dan Mak Aji hari ini, instant haji. Cuma nampak pakaian Pak Aji dan Mak Aji masa di tanah suci saja. Bila pesawat landing saja di KLIA, imej Pak Aji dan Mak Aji tu rupa2nya dia terlupa nak bawa balik bersama ke Malaysia, agaknya dah tercicir dekat Jedah Airport kut ?
Kawan saya kata itu tak di panggil Haji Tamatto' tapi kena di panggil Haji Tomato .. suka hati ko lah labu.
Syukur kerana sahabat saya Haji Najib dan isteri Hajjah Rosmah selamat dan sehat sepanjang di tanah suci, dan selamat kembali ke tanah air untuk menyambung tugas.
Heran aku. Kalau la ustaz begitu hebat, macam mana aku tak pernah baca cerita bapak ni di suratkhabar di Jakarta.
Saya juga turut berdoa agar Haji Dato Najib dan Hajah Datin Rosnah Mansur dapat haji mabrur.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin negara yang bertaqwa!
Semoga Malaysia tidak lama lagi mencapai Baldatun Toyyibah, Wa Rabbun Ghafur!
terlalu ramai orang berdoa agar Najib dan Rosmah dapat haji mabrur iaitu haji yang diterima.
Haji mabrur tak lain dan tak bukan balasannya syurga.
Kalau dapat haji mabrur pasti balik negara tutup aurat.Pergi Bali tiada tudung pun di kepala.
Demikian Najib tiada apa apa perubahan pun pada dirinya, macam dulu juga.
Kalau dapat haji mabrur pasti minta kelantan laksanakan hudud.
Bayangkan seorang yang hajinya diterima, sudah tentu segala yang dilakukan tak bercanggah dengan Islam yang dianutinya.
bercakap pasal doa rakyat agar haji Najib dan Rosmah diterima, maka teringat kata kawan saya yang baru pulang dari mengerjakan haji baru baru ini
Kawan saya yang baru saja pulang dari menunai fardhu haji berkata pada saya di Mekah Rosmah tak bertudung.
Jika dia tak tutup aurat boleh terima, kerana terlalu ramai perempuan yang menyahut seruan sebagai tetamu Allah di Mekkah tak tutup aurat.
Termasuk kaum lelaki yang memakai ihram ketika mengerjakan umrah.Tak terkuali ketika mengerjakan fardhu haji. Ini pengalaman saya ketika mengerjakan umrah dan haji suatu ketika dulu.
Betul kah begitu? Tengok dalam laporan media semasa di Mekah kelihatan ia sentiasa bertudung tapi mengapa kawan saya itu berkata Rosmah tak bertudung?
Tudung dan tutup aurat suatu yang berbeza. Ada yang bertudung tapi tak tutup aurat. Ini telah dijelaskan oleh Hadis Rasulullah SAW bahawa “mereka berpakaian tetapi bertelanjang”.
Itu mereka yang berpakaian, termasuk bertudung.
Bercakap pasal tutup aurat di Mekah memang suatu yang sangat lazim, malahan ada yang berihram pun terbuka auratnya.Ini bagi mereka yang tidak ikut spek yang dikehendaki syarak.
Kebanyakan berlaku pada perempuan yang memakai seluar panjang yang nampak bentuk tubuhnya. Hal ini berlaku pada jemaah Indonesia yang pakai ihram ketika mengerjakan umrah meqa’di Bea Ali dan Tananim.manakala lelaki pula nampak pusat dan lutut.
Pendek kata terlalu ramai jumlahnya mereka ke Mekah mengerjakan umrah dan fardhu haji yang tak sempurna ihramnya. Yang tak pakai tudung mungkin tak kelihatan. Boleh dikatakan mereka yang datang ke Mekah semuanya bertudung. Cuma ia tak tutup aurat
Atas sebab itu saya naik hairan apabila kawan say a yang baru saja pulang dari tanah suci itu berkata Rosmah tak bertudung sedangkan kelihatan laporan media massa ia sentiasa bertudung dan tak tutup aurat kemungkinan berlaku. Mungkin jambul terkeluar ketika dalam majlis bertemu dengan jemaah haji rakyat Malaysia.
Tak lama kemudian kawan saya itu sebut “ saya bersalam dengan Najib” bermakna dia dekat dengan Posisi Rosmah dan dapat lihat bahawa Rosmah tak bertudung seperti mana yang dikehendaki syarak.
Mungkin itulah yang di maksudkan kawan saya bahawa Rosmah tak bertudung. Bukan bogel tak ada tudung langsung. Rosmah bertudung tapi tak sempurna.Itu saja.
Kalau kawan saya sebut Rosmah tak tutup aurat barangkali boleh terima seratus peratus, kerana semenangnya dia tak tutup aurat dan malah tak bertudung selepas pulang dari mengerjakan fadhu haJI baru baru ini ketika bersama Najib di Bali.
Teman setuju kalau ada yang kata pergi haji untuk cuci dosa. Buktinya, masa tengah duk buat haji mana ada orang islam yang berani buat dosa .. dosa kecil atau dosa besar semua dihentikan, yang tak pernah tutup kepala seumur hidup pun boleh tutup kepala masa buat haji. Memang pada waktu itu para jemaah haji ibarat bayi yang baru lahir, bersih seperti sehelai kain putih.
Tetapi bila saja sampai balik ke tempat masing2 .. dosa kecil atau dosa besar dah tak peduli lagi (saya tak berani nak kata rasuah juga adalah dosa dalam islam), yang tutup kepala kain tudung kepala terus campak dalam tong sampah sebaik saja mendarat di KLIA.
Tak apa .. bagi yang ada duit tahun depan pergi haji lagi, cuci dosa lagi .. macam baju, pagi bersih lepas tu lewat petang kotor dan bau peluh, malam masuk dalam mesin basuh, besok pagi jadi bersih semula.
Tak dapat "Haji Tamattoq" dapat "Haji Tomato" pun jadi lah .. yang penting ada gelaran Pak Aji dan Mak Aji.
Ustaz RT
Tajuk kali nih tak ada Ummmppphhhh .. sebab tu tak ramai yang masuk.
Saudara abdullah ngah
Awak ni tak habis2 nak attack Najib kerana tak setuju Kelantan laksana Hudud. Cerita basi lah beb, ko cari lah cerita lain yang lebih menarik.
Ko ada tanya tak, bagi orang Kelantan antara air bersih dengan Hudud mana yang lebih penting ? Kalau buat Hudud tapi tak ada air yang bersih dan suci, sempurnakah solat beruduk dengan air yang tak mensucikan ?
Kerajaan Nik Aziz nak bekal air yang bersih kepada rakyat Kelantan pun tak mampu, tapi duk sibuk nak laksana Hudud Hadad .. kalau orang Kelantan masih juga tak nampak lagi .. habis lah sampai ke cucu cicit pakai air telaga yang penuh dengan kuman yang berCOLI.
11:11 AM,
Setuju. Sokong.
terima kasih ustaz...teruskan usaha ustaz dalam berkongsi ilmu dan pendapat kepada seluruh umat Islam di Malaysia tidak kira apa bangsa..
Marilah Saudara dan saudari Muslim Malaysia tidak kira cina,melayu,india dan lain2 marilah kita bersatu di ata tauhid yang satu,agama yang satu dan pemimpin yang satu. Marilah kita mengembalikan kegemilangan Islam yang berpandukan Kasih dan Sayang
:-) betul la tu..
Assalamualaikum ustaz,
Bagaimanakah sekiranya orang yang pergi menunaikan ibadah haji itu masih mempunyai hutang2 yang perlu dijelaskan dahulu tetapi tidak menyelesaikannya walaupun sudah berbelas2 tahun. apa pendapat ustaz?
1244
Saya nak jawab soalan awak. Dia dapat juga title Haji tapi bukan lah Haji yang Mabrur melainkan setakat Haji yang Mahfuz saja lah.
Awak kenal Mahfuz ? Dia orang kuat Pas lah. Parti flip flop fasal islam. Sekejab negara islam, sekejab negara berkebajikan. Sekejab nak buat Hudud, sekejab nak kaji dulu.
Asyik flip flop tak habis2 sampai kita yang selama ini sokong Pas kerana perjuangan islam nya pun naik pening.
Nampaknya PRU 13 ni teman kena patah balik kepada Umno juga lah. Betul lah kata orang melayu yang berjiwa melayu " busuk2 Umno tak lah sebusuk Pas kepada perjuangan melayu dan islam " .. hancus melayu kalau termakan dakyah Pas.
Iklan : Anda teringin nak bergelar Ustaz ?
Caranya : Jadi lah ahli Pas, berani naik atas pentas ceramah maki orang, hukum orang Murtad. Anda kini dah layak memakai gelaran Ustaz.
Mereka yang telah berjaya : Ustaz Bob Lokman. Dulu seorang pelakon, kini sudah bergelar Ustaz.
Ciri2 diri yang diperlukan : Sanggup pakai serban dan jubah pada setiap masa. Ada memiliki tanda hitam (kematu) di dahi sebagai simbol orang kuat sembahyang.
Jangan lepas kan peluang keemasan ini. Bilangan yang diperlukan adalah terbatas. Siapa cepat dia dapat.
Yang berminat sila hadir diri di mana2 Ibu Pejabat Pas yang berdekatan dengan rumah anda.
1:49 PM
Setuju. Sokong.
220
Awak tak minat ke nak jadi Ustaz. Meh kita cuba. Teman kalau setakat nak pakai serban pakai jubah satu hari semalam tak buka2 .. tak da masalah. Nak isi borang keahlian Pas pun tak da masalah. Tapi teman tak tahu camna nak buat bagi dahi teman ni jadi hitam (kematu) macam dahi Ustaz Bob Lokman. Cuba mike kabor meh dekat teman.
Teringin bebenor teman nak dengor orang panggil Ustaz macam orang panggil bekas pelakon Bob Lokman.
dengaq kata orang kelantan duk tengah pecah kepala pikiaq. tok guru nik aziz dah bagi kata dua. hangpa nak yang mana satu .. nak hudud atau nak air.
dengaq kata tok guru kata .. kalau hangpa nak hudud hangpa kena undi pas masa pru 13 nanti, kalau nak air hangpa pi lah cari parti lain.
dengaq kata .. orang kelantan nak kedua2nya sekali .. nampaknya tok guru lah yang pening sakan .. kalau hudud tak payah keluaq duit, tapi kalau air kena keluar belanja berjuta2.
Setuju. Bob Lokman tu katon. Mat Sabu pun katon. PAS parti katon.
saya sebgai seorang pelajar sangat bersetuju dengan isu yang diutarakan oleh ridhuan tee ini.namun malangnya masih ada lagi kenyataan-kenyataan dari saudar2 kita ini yang kurang baik.. seperti mendedahkan aib orang seperti dilarang dalam islam
Post a Comment